02 June 2012
Jakim minta adakan solat sunat 'khusuf' gerhana bulan
WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua masjid dan surau mengadakan solat sunat "khusuf" berserta khutbah sempena gerhana bulan separa Isnin ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata, fasa pertama gerhana itu dijangka bermula pada 4.49 petang (waktu Malaysia) dan mencapai tahap kemuncak pada 7.03 malam.
"Gerhana dijangka berakhir pada 9.17 malam. Justeru, umat Islam disunat menunaikan solat sunat "khusuf" berjemaah disertai dengan khutbah gerhana," katanya dalam kenyataan.
Dipetik Bernama, beliau berkata, Jakim akan menganjurkan solat sunat itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara selepas solat Maghrib.
Menurutnya, Seksyen Falak jabatan itu dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia akan mengadakan aktiviti cerapan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari berkenaan.
"Orang ramai terutama penduduk Putrajaya dijemput menyaksikan fenomena alam semula jadi serta menunaikan solat sunat itu," katanya

label
Gerhana bulan,
jakim,
solat sunat
01 June 2012
Projek Lembu : Shahrizat tak terlibat??? - Skandal yang cukup unik
Kes skandal NFC (National Feedlot Corporation) cukup unik. Betapa untungnya keluarga ini yang tiada pengalaman menternak tetapi berjaya menikmati satu kontrak berskala besar yang cukup lumayan daripada pihak kerajaan Malaysia bernilai RM250 juta di mana Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah pengerusi syarikat tersebut, manakala anak-anaknya merupakan pengarahnya.
Sehinggakan anak syarikat Felda contohnya yang ada pengalaman menternak pun tidak mendapat kontraknya. Sukar untuk dipercayai, tetapi inilah yang berlaku?
“Memang bersih dan telus sungguh pemberian kontrak ini”
label
nfc,
SHAHRIZAT,
shahrizat lembu
Subscribe to:
Posts (Atom)