31 August 2008

ADUN Negeri Sembilan ditahan BPR

31/08/2008 9:39pm

KUALA LUMPUR 31 Ogos — Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, Seremban, petang ini.

Menurut sumber, ADUN berkenaan ditahan oleh sepasukan pegawai BPR ketika menerima suapan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Adalah difahamkan, ketika kejadian itu, ADUN berkenaan cuba melarikan diri tetapi terjatuh sebelum berjaya ditahan oleh anggota BPR yang bertindak pantas mengejarnya.

Ahli politik berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat BPR Negeri di Jalan Dato Kelana Maamor, Seremban, bagi membantu siasatan.

Sehingga pukul 8.30 malam ini, beliau masih lagi disoal siasat di BPR Seremban.
Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.
Tukar Tiub > Kah kah kah – Utusan Melayau nak tipu lagiii… Adun ni tak ada nama ke wak…… nama dia siapa? Saya ada kawan nama dia Mustapha Salim – dia suka berlari-lari sampai jatuh dalam longkang ….. kah kah kah. Mustapha kawan saya ni suka menebeng dan melangok di Lenggeng.Lupa nak cakap pek pong pek Mustapaha ni dari United Malays National Organisation…… kah kah kah kah..Utusan oh utusan….. nak tipu lagi …. Zaman ni dah ada bloglaaaaa…. Tak yalaaa klentong. Kalau Adun PKR yang ‘sengaja diperangkap’ di Ipoh bukan main lagi…….bukan main buat fitnah ratnah. … sampai kondom koyak atas katil hotel Pak Pong pun ada gambar….. bila peminat setia Ketuanan Melayu katoi nama kawan saya Mustaspha ni ini pun tak muncul-muncul…. Kah kah kah….

Depa Dah Gaduh

Parti Gerakan dah marah pada ketua umno bhg bukit bendera Ahmad Ismail (gambar) kerana katanya telah menghasut semasa berkempen di Pmtg Pauh baru-baru ni.

Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.


Dan Adnan Mansur pun keluarlah kenyataan ni ,,,


jawatankuasa pengurusan BN akan berbincang mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman.


Ha apa lagi gunakan lah akta hasutan ...


Gaduh, gaduh lah cepat la bn berkubur and slowly umno lah


Gerakan dan MCA memang dah berura-ura nak cabut dari BN ...


aku nak tanya dengan KJ, sapa yang akan terkubur dulu ni, DSAI or bn or umno

Kulim-Bandar Baharu antara 3 kerusi lagi saksi pilihan raya kecil?

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Selepas pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu kini tumpuan beralih ke atas tiga kerusi termasuk dua di utara Semenanjung.

Sejurus selepas keputusan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diumumkan, pemerhati-pemerhati dan parti-parti politik sudah mula melihat tahap saingan jika pilihan raya kecil diadakan membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sebenarnya terdapat tiga kerusi yang menjadi banyak pihak perhatian sejak kebelakangan ini.
Ketiga-tiga kerusi berkenaan membabitkan keputusan petisyen pilihan raya berbanding Permatang Pauh yang pilihan rayanya diadakan selepas ia dikosongkan oleh penyandang Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketiga-tiga kerusi berkenaan ialah Sanglang di Perlis, Kulim Bandar-Baharu (Kedah) dan Pensiangan (Sabah), kata Wan Ahmad.

"Rayuan berkenaan keputusan petisyen kerusi Sanglang sedang didengar di Mahkamah Persekutuan manakala petisyen kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu akan didengar dalam waktu terdekat.

"Sebenarnya, satu lagi kerusi menarik untuk diperhatikan ialah Pensiangan," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Pada 19 Ogos lalu, Mahkamah Pilihan Raya telah menetapkan 16 September ini untuk mendengar semula petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada pilihan raya umum 8 Mac lalu sebagai tidak sah.Hakim Datuk Balia Yusof Wahi menetapkan tiga hari bermula dari tarikh itu untuk meneruskan perbicaraan setelah kes berkenaan tertangguh tiga kali.Setiap petisyen yang dikemukakan perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan dari tarikh ia difailkan.

Ia difailkan pada 27 April lalu.Bekas calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan tersebut, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir memfailkan petisyen memohon keputusan pilihan raya umum bagi kerusi itu diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah.Alasan yang dikemukakan oleh Abdul Aziz ialah Zulkifli Nordin yang memenangi kerusi Parlimen itu tidak mengemukakan penyata perbelanjaan beliau pada pilihan raya lalu yang melanggar Akta Pilihan Raya.Zulkifli dari PKR mendapat 22,255 undi, menewaskan Abdul Aziz yang memperoleh 16,672 undi.
Dalam pada itu Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan sebelum menentukan sama ada pilihan raya kecil Sanglang perlu diteruskan atau sebaliknya.
Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan yang difailkan calon Pas, Hashim Jasin.Rayuan itu difailkan pada 26 Jun lalu bertujuan meminta Mahkamah Persekutuan mengisytiharkannya sebagai pemenang, sekali gus dipilih menjadi wakil rakyat DUN Sanglang.Mahkamah Tinggi Pilihan Raya menyerahkan kepada SPR sama ada perlu mengadakan pilihan raya ataupun sebaliknya.

Mahkamah Pilihan Raya menolak permohonan Hashim untuk mengisytiharkan dirinya sebagai pemenang yang layak bagi kerusi Sanglang, walaupun petisyennya untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi itu diterima.

Pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh awal minggu ini, Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi apabila memperoleh 31,195 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendapat 15,524 undi.

Seorang lagi calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu, Hanafi Mamat, 61, daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia pula telah hilang wang pertaruhan selepas memperoleh hanya 92 undi.

Mahkamah Tinggi Pilihan Raya menetapkan 17 September ini untuk memberikan keputusannya mengenai petisyen pilihan raya kerusi Pensiangan yang dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN, Tan Sri Joseph Kurup.

Menurut Wan Ahmad, kesemua petisyen perlu didengar oleh Mahkamah Tinggi Pilihan Raya dalam tempoh enam bulan manakala rayuan pula oleh Mahkamah Persekutuan juga dalam tempoh enam bulan dari tarikh rayuan didengar.

"Oleh itu, kes Sanglang mungkin mengambil sedikit masa untuk diketahui keputusan," katanya.

Hari Terakhir Pakatan Rakyat di Perak

IPOH: The prediction by Perak Barisan Nasional chief Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali that the Pakatan Rakyat state government would fall today was not made to topple any government but to show how difficult it was.

Tambun MP Datuk Husni Hanadzlah, who said this, added "he is telling the world that even getting two people to cross over is difficult"."How to get 31 (to cross over as predicted by Parti Keadilan Rakyat adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim)? That is his message," said Husni.
Pulak dah ... macam tu pulak katanya. Dulu bukan ker Tajol Rosli beria-ria sangat dah yang kerjaan PR akan berakhir pada hari ini .. tapi sekarang lain pulak bunyi nya.
Jangan dok buat lawak laa Husni ai ... kalau dah umpan hangpa tu tak makan, hangpa buat la cerita lagu ni pulak

Selamat Hari Kemerdekaan ke 51

KEPADA SEMUA SAYA UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 51

Tanya lah diri sendiri adakah kita benar-benar MERDEKA?

... dan seterusnya SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADAN AL MUBARAK.

Salam dari saya STONE at MIMPI SENJA

Anwar: 'Saya sibuk minggu depan temui MP bincang lompat parti'

30-08-2008 09:05:21 PM Oleh G. MANIMARAN

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi sasaran 16 September masih kekal sambil menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.Wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak - antara lain laluan bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.
mStar Online difahamkan kelmarin beliau telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.
Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen Sarawak di Kuching esok.Bagaimanapun Anwar masih meneliti perkara itu kerana mempunyai jadual menemui pengundinya di Permatang Pauh.
Selepas mengangkat sumpah, desas-desus timbul mengatakan 40 hingga 50 wakil rakyat sudah menyatakan kesediaan untuk melompat parti.

Ketika ditemui wartawan di Permatang Pauh sempena majlis perhimpunan bersama rakyat dan terima kasih selepas kembali sebagai Ahli Parlimen bahagian itu hari ini, Anwar berkata, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang beberapa hari akan datang untuk membuktikan sasaran 16 September akan dicapai.
Kata Anwar, tidak menjadi masalah bagi beliau jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan.
"Pada awalnya mereka mendakwa jika saya menang di Permatang Pauh, saya hanya akan memperoleh majoriti lebih 1,000 undi sahaja."Mereka juga mengatakan bahawa tiada negeri yang akan jatuh kepada pembangkang dalam pilihan raya umum Mac lalu. Tetapi satu pun daripada tanggapan sedemikian menjadi," katanya.
Pembangkang kini menguasai lima negeri - Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.

Mengulas lanjut mengenai soal melompat ke Pakatan Rakyat, Anwar berkata, pihaknya tidak akan menggunakan wang, tekanan ataupun ugutan bagi menarik wakil rakyat BN menyertai barisan pembangkang.Kata beliau, tiada mana-mana wakil rakyat BN yang ditawarkan jawatan menteri setakat ini."Mengapa saya harus menjanjikan mereka ketika saya sendiri pun tidak pasti di mana kedudukan saya (dalam kerajaan Pakatan Rakyat)," kata beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya menjanjikan keadilan dan kesaksamaan perwakilan kepada ahli-ahli Parlimen yang menyatakan kesediaan untuk melompat ke dalam Pakatan Rakyat.

Sumber-sumber terdekat PKR tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Kelmarin, beberapa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Anwar mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Kemenangan itu dikatakan menambah spekulais bahawa beliau akan mempercepatkan strategi melompat parti.

30 August 2008

MP Sabah Tak Mahu Tandatangan Surat Akuan

Sebahagian dari MP dari Sabah tak nak tandatangan surat akuan seperti yang dicadangkan oleh Shafie Afdal 2 hari lalu. Ini diakui sndiri oleh Najib.

Katanya, semua MP tersebut ada menghubungi beliau sendiri dan memberi pengakuan bahawa mereka akan tetap bersama BN, cuma katanya mereka ini tak mahu tandatangan surat akuan tersebut yang akan menampakkan seolah-olah mereka tidak setia dengan BN.

Betul ker seperti apa yang Najib kata ni? Adakah sekadar nak sedapakan hati yang mendengar saja?

Bagi aku kalau dah tak nak tandatangani surat akuan ni makna nya mereka ni seoalah-olah dah tak setia dan hanya sekadar menunggu masa untuk berhijrah ke PR saja. Hanya menunggu 16 Sept ...

Dilema imam Ramlang: 'Saya tidak kempen, cuma jelaskan isu sumpah

30-08-2008 02:03:48 PM Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang menjadi saksi angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengejutkan banyak pihak ketika kempen pilihan raya Permatang Pauh minggu lalu menjelaskan dia masih lagi imam masjid berkenaan.

"Hingga kini, Insya-Allah saya masih lagi imam di Masjid Wilayah Persekutuan," katanya kepada mStar Online semalam.

Ramlang memberitahu, beliau tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab atau arahan daripada pihak pentadbiran berhubung kedudukan jawatannya sekarang.

"Tidak, tidak terima apa-apa surat pun. Mengapa pula saya nak dikenakan tindakan sedangkan saya tidak melakukan kesalahan," katanya.
Beliau yang kini sedang bercuti selama seminggu bermula Isnin lalu akan kembali bertugas seperti biasa Selasa ini.

Rabu lalu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, kemungkinan Ramlang boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dengan kempen pilihan raya Permatang Pauh.

Bagaimanapun jelas beliau, kehadirannya di Permatang Pauh, yang dikatakan 'berkempen' untuk Anwar, adalah bertujuan menjelaskan kepada masyarakat mengenai perkara sebenar serta tidak mahu orang ramai salah anggap tentang kehadirannya semasa Mohd Saiful bersumpah.

"Saya bukan berkempen. Saya hanya mahu beri penjelasan sebenar. Satu patah perkataan pun saya tak sebut mengenai kempen.

"Saya tidak kata pun kepada mereka di sana supaya undi mana-mana calon," katanya yang enggan menyatakan di mana beliau berada sekarang.
Beliau yang dihubungi hari ini juga enggan menyatakan di mana beliau berada bimbang keselamatannya terancam.

Ramlang berkata, beliau hadir ke 'pentas' Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah atas kehendak sendiri tanpa didorong oleh sesiapa mahupun untuk kepentingan peribadi.
Anwar bertanding atas tiket PKR dan menang Selasa lalu.

Jelasnya lagi 'kebetulan' PKR menyediakan platform serta memberi ruang kepadanya untuk membuat penjelasan berhubung perkara ini.

Ditanya mengapa tidak menggunakan saluran lain untuk membuat penjelasan, beliau berkata pihak lain mungkin susah menerima penjelasannya itu.

"Saya tak pilih Barisan Nasional (BN) sebab saya tahu penjelasan saya tidak akan diterima.
"Cuba anda fikir, jika saya ada pilihan iaitu sama ada BN, kenyataan media atau PKR... mana satu saluran yang orang nak dengar dan percaya?"

Diminta penjelasan mengapa beliau tidak memilih PAS untuk tujuan itu kerana PAS sememangnya memperjuangkan Islam, beliau berketa: "Sebab PAS tak jemput saya dan tak beri peluang kepada saya,".

Ramlang juga menyatakan kehadirannya semasa Mohd Saiful bersumpah laknat pada 15 Ogos lalu adalah secara kebetulan kerana beliau bertugas pada hari tersebut.
"Kebetulan saya bertugas, jadi pihak atasan mengarahkan saya untuk mendengar sahaja, bukan untuk mengatur.

"Saya tegur sewaktu dia (Mohd Saiful) tersalah sebut perkataan Watallahi sebab terlalu jelas kesalahannya, yang lain-lain saya dengar sahaja," katanya.
Bagaimanapun beliau kesal kerana ramai pihak yang menuduhnya bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu.

Diminta mengulas mengenai 'arahan pihak atasan' seperti yang dimaksudkannya sebelum ini, beliau berkata dalam hal ini ia perlu difikirkan secara logik akal.
"Ini kena fikir logik. Masjid Wilayah Persekutuan adalah di bawah kerajaan negeri, jika kita ingin melakukan sesuatu di dalam masjid, perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari pihak atasan.

"Sepatutnya imam besarlah... tapi dia tidak ada kerana mengerjakan umrah. Jadi anda fikirlah masjid ini di bawah pentadbiran siapa? Siapa lagi yang boleh memberi kebenaran?" katanya yang enggan menyebut siapakah pihak yang dimaksudkannya itu.

- mStar Online

Air PERCUMA - Letrik PERCUMA

Aku masih ingat (kalau tak silap, Khir Toyo yang kata) kenyataan nya lebih kurang membawa maksud sebegini ... Kerajaan PKR Selangor memberi rasuah pada rakyat Selangor dengan memberi 20liter padu air percuma sebaik saja PKR memerintah Selangor selepas PRU 12 baru-baru ini.

Maka yang lain-lain pun turut sama lah menyokong kenyataan Toyo ni.

Ha sekarang apa daha jadi?

Bukan ka dalam pembentangan belanjawan semalam PAk Lah bagi bekalan eletrik percuma untuk bil bulanan bawah daripada RM20.00??

Tapi tak kisah lah RASUAH dah jadi darah daging mereka dalam UMNO/BN.

Kita tengok apa komen Khir Toyo dan yang sewaktu dengan nya bersabit dengan "rasuah" letrik yang diumumkan pak lah semalam.

29 August 2008

DSAI temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan Rakyat

29-08-2008 08:52:57 PM Oleh G. MANIMARAN

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak dipercayai antara lain membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara lewat petang semalam.

Sumber memberitahu, dalam pertemuan tersebut memfokus beberapa langkah yang perlu diambil untuk menyertai Pakatan Rakyat."Ada sekumpulan wakil rakyat (BN) telah menemui beliau (Anwar), dalam lingkungan 10 orang... beberapa perkara dibincangkan," kata beliau hari ini.

Sumber itu tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Pertemuan itu diadakan beberapa jam selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Semalam Anwar, bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Presiden Umno mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

- mStar Online

DSAI dah pun temui MP Sarawak untuk sertai PR dan pak lah pun bagi amaran " agar tidak merampas kuasa yang diberikan oleh rakyat secara tidak sah"


Adakah apabila MP BN dari Sarawak melompat ke PR itu dikira tidak sah???

BONOS KAKITANGAN AWAM 1 BULAN GAJI

Pak Lah baru saja announce yang kakitangan kerajaan akan dibayar 1 bulan bonos atau minima RM1000.00 . Bonos tersebut akan dibayar 2 kali iaitu pada bulan September dan Disember nanti,

Huhuhu seronok la hampa yang kerja gomen no

Sabah MPs reject loyalty pledge

KOTA KINABALU: Many of the 24 Sabah Barisan Nasional MPs are rejecting a move to get them to sign a loyalty pledge to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

State Barisan Backbenchers Club chairman Datuk Anifah Aman said the move proposed by Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Shafie Apdal was an insult to the Sabah MPs. He added that the pledge should instead be signed by all Barisan MPs nationwide.

He said various Sabah MPs including himself had repeatedly voiced their loyalty to the Barisan leadership and pledged that they had no intention of crossing over to join the opposition.“We did this during the Permatang Pauh campaign, on television and again in Kota Kinabalu. Is the frequency of denial equivalent to our loyalty?” said Anifah, the Kimanis MP and Kimanis Umno chief.He said many Sabah Barisan backbenchers had called him asking about the pledge and some had said they felt that they were being treated like “cattle.”

Anifah questioned Shafie's real intentions for proposing the loyalty pledge and wondered whether it was aimed at scoring “political points” in his bid for the Umno vice-president's post in the party polls.On Thursday, Shafie had said that Sabah and Sarawak MPs would be submitting a pledge declaring their loyalty to the Prime Minister by Friday or Saturday.

He had said the MPs from both states would never quit the coalition despite the various rumours about them.Kalabakan MP Datuk Abdul Ghapur Salleh said the loyalty pledge seemed to infer that Sabah MPs could not be trusted.Saying he would not be signing any such pledge, Ghapur, the Kalabakan Umno chief, said the Sabah MPs had been vocal about issues affecting the state as they felt that these problems had to be resolved.“But this should never be misconstrued as us being disloyal to the leadership,” he added.

Karambunai MP Datuk Eric Majimbun, the Sabah Progressive Party (SAPP) deputy president, said neither he nor fellow SAPP MP Datuk Dr Chua Soon Bui of Tawau would be signing such a pledge.“What is the point of such a pledge? This so-called pledge doesn't make sense,” he said.

... Aku dah kata, ni semua kerja Shafie Afdal nak jaga periuk nasi dan nak bodek paklah bukan dari MP sebenarnya. ...
RUBEN SARIO
- theStar Online

Anwar our best and only chance for justice and equality for everyone


AUG 29 — As the Permatang Pauh by-election fades into the recesses of our memories, there is talk of it being a turning point in our country’s history. Unfortunately, this talk habitually and routinely focuses on the possibility of changing the government by Sept 16.

It ignores a simple reality: Datuk Seri Anwar Ibrahim has already made history by being the first Malay politician to ever actually win more political support through an explicitly non-racial platform. It is practically impossible to underestimate how Anwar bucked the trend; he has completely turned our understanding of politics in this country on its head.

History has already made it crystal-clear; Malay politicians who try to unite the country by appealing to a common sense of Malaysian-ness inevitably wind up heading into political oblivion. Dato Onn Ja’afar’s political career went up in flames the moment he founded the firstmultiracial political party in the country, in spite of it having every conceivable advantage — it was literally the incumbent party of the time because of Onn’s towering status in Malayan politics. And it, of course, foundered completely.

Since then nobody has even tried to unite the Malays as Malaysians. Unite the Malays as Malays, of course; Syed Jaafar Albar famously proclaimed in the 1960s that he was a Malay first and a Malaysian second. Syed Hussein Alatas made an admirable attempt to change Malaysian politics through Gerakan, and we all know how that turned out. Literally every Malay leader who has tried to be Malaysian first ever since has risked being branded as a sell-out, a puppet of the non-Malays and a stooge of Lee Kuan Yew.

The one exception was Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, who experienced some brief success with his Bangsa Malaysia idea. This only makes sense, considering Dr Mahathir’s iron-fisted handling of anyone who dared to oppose him; it is thus a pity that he never took this policy beyond mere words.

The moment Dr Mahathir handed over the reins to his successor, Malay politicians were up in arms criticising Bangsa Malaysia as a “nebulous” and untenable concept for daring to acknowledge that the non-Malays have a place in this country too.

So here we are today: 51 years after independence, the easiest way to tar a Malay politician next to calling him a Jew-lover is to accuse him of saying this country belongs to the Chinese and Indians too. That is simply how Malaysian politics works; to win the support of the Malays, you need to denounce the non-Malays as foreign squatters, who are only here as a matter of privilege rather than right, a privilege revocable at any time.

And what a coincidence it is — that is exactly how the Malaysian government works too. If you’re not an Indonesian who can be counted as a Malay, your application for permanent residency or citizenship can never hope to see the light of day. If you’re not a Malay, you can expect to hear your fair share of racist remarks in a public national school — and not from students, mind you, but teachers. As a student you can expect a syllabus which teaches you about the meaning of ketuanan Melayu rather than bangsa Malaysia. As an employee you canexpect a civil service where you’re not welcome unless they need you to fulfil their minuscule quota of non-Malay recruits. As an entrepreneur you can expect a government — and many government-linked companies — which will not give you any business unless you are a Malay. Half a century after independence, and that’s what 40% of this country has to look forward to.
And since this is how the government works, up-and-coming politicians and political activists realise this is how politics works too. That is why even though you will never hear the typical Malaysian voicing such sentiments, political activists will readily denounce the non-Malays as foreign squatters here at the behest of a social contract which gives them the privilege, not right, to stay and live here.

Since this is how politics and government have worked since time immemorial, we owe Anwar an incredible debt for nearly single-handedly turning all this — everything — completely on its head. For the past half century, to be a good Malay leader, you have either had to publicly proclaim your support for ketuanan Melayu — and not the mild ketuanan as in strong leadership, but ketuanan as in “blood will run in the streets if our demands are not met” — or you have had to simply avoid commenting on the issue and just hope you can be all things to all people. Anwar ran on a platform, not of vague meaningless nice- sounding platitudes, but a platform explicitly against everything ketuanan Melayu stands for.

This is a man, mind you, who celebrated the end of his ban on active politics by damning ketuanan Melayu and consigning it to the dust heap of history. This is a man who has publicly and repeatedly proclaimed that his commitment is to the sovereignty of the people — ketuanan rakyat — rather than the dominance of the Malays.

This is a man who has never wavered from his stand that the philosophy of government assistance based on racial origin, rather than economic status, is fundamentally and morally wrong. This is a man who has repeatedly, wherever he goes, whoever he speaks to, driven home the same point, again and again: “Anak Melayu, anak saya. Anak Cina, anaksaya. Anak India, anak saya.”

And this is a man who has had everything in the traditional playbook of Malaysian politics thrown at him. He’s been labelled a heretic, a sodomite, a liar, a hypocrite, a traitor willing to sell the Malays and Malaysians out at a moment’s notice. The ruling coalition has doneeverything in their power to make it known far and wide that this is a man committed to non-racialism; committed to a Malaysia where everyone belongs.

Regardless of whether you think he deserves it, or if he was just lucky, credit is due to Anwar: where so many brave Malay leaders have fallen and failed, he has won an incredible victory. Onn Ja’afar was vilified simply for opening up his political party to Malayans of all creeds and colours; Anwar has gone above and beyond, explicitly declaring that this is a country for all Malaysians, whoever they might be. And he has won a resounding victory.

It would be one thing if he scraped through with a majority of less than 5,000 votes in the recent by-election, but the fact is, it was not even close — not with a landslide majority of 15,000, larger even than the majority his wife won before he explicitly condemned ketuananMelayu. Anwar has succeeded where everyone else has failed; he has carved out a broad base of political support, not on a platform of rights or privileges for one community, but a platform of justice and equality of opportunity for all communities.

Criticise Anwar all you like for his inconsistent and wishy-washy stands on other issues. Criticise his coalition for its internal dissension and strange hypocrisy all you want. You can even say youhave no intention of trusting a man who might just stab you in the back the moment he gains power.

The fact of the matter is, you do not have a choice between Anwar and your ideal, committed, consistent, sincere Malaysian leader. Your choice, in the here and now, is between Anwar and a regime built on racism, built on stoking the flames of mistrust and hatred. This regime of hatred has delivered its promise of ketuanan Melayu; why should we expect things to be any worse under a regime promising ketuanan rakyat? At the worst, it’s the same old shit under a different government; at best, we might finally have a government and a political system which works for all Malaysians rather than whoever yells the loudest and threatens the most blood.

As far as taking power is concerned, this is still a long shot. Anwar may yet turn out to be a flop on delivering if he ever gets the chance to govern. But the simple and stark reality is, as far as we who live in the present are concerned, he is our best and only chance to put a stop to this insanity.

Anwar is not the perfect vessel for uniting the country, but there is a reason he scares the powers that be: he is the first real chance we have ever had to unite the country against the demons of racialism and parochialism. And for now, he is our only chance. He is the only one who can cross ethnic barriers to proclaim a commitment to a Malaysia where Malaysians, not Malays, are sovereign, and actually win more support than before.

I am no huge fan of Anwar, but I recognise what he has done, and how far he has come. I support him, not because I like him as a person, but because I believe in the cause he champions, and because I believe that if there is any person in this country who can make that dream a reality, it is Anwar Ibrahim.

Surat Akuan MP Sabah & Sarawak

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, surat akuan yang akan ditandatangani oleh semua Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri itu bertujuan menyangkal dakwaan wujudnya wakil rakyat BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

"Kami akan terus taat bersama BN walaupun ada cerita-cerita yang mengatakan kami akan melompat menyertai pembangkang.

"Ternyata itu adalah satu pembohongan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," kata beliau pada sidang media yang turut dihadiri oleh 30 ahli Parlimen Sabah dan Sarawak di lobi Parlimen hari ini.

.... Nak jaga periuk nasi, nak bodek la ni ... Kalau kata nak lompat esok BPR sampai la macam YB Yong Teck Lee hari tu

Kekalahan BN di Permatang Pauh:

KEKALAHAN BN di pilihan raya kecil Permatang Pauh bukan sesuatu yang boleh dianggap biasa seperti mana kata Muhammad Mohd Taib sewaktu diwawancara secara langsung oleh sebuah stesen tv.

Begitu juga alasan dikemukakan oleh Pengarah pilihan raya itu, Mohd Najib Razak kononnya jenteranya tidak berkesan, tidak mahu akal.

Cuba kalau pilihan raya itu berpihak kepada Ariff Shah Omar Shah, tentu ulasannya bukan seperti itu. Pasti Muhammad Mohd Taib dan semua pemimpin BN akan menunding jari dan mengherdik Anwar sambil membuat kesimpulan mudah bahawa kekalahan Anwar itu sebagai berakhirnya hayat politik Anwar.

Apakah kata-kata itu tidak boleh dipulangkan kepada Umno apabila calonnya kalah? Bahawa Umno kini berada dalam keadaan ‘kuning mata’ dan makin hilang kepercayaan rakyat kepadanya. Umno kini tak ubah seperti orang tua mati pucuk atau orang muda yang inpotem.
Kekalahan itu tidak perkara biasa, tetapi amat luar biasa sekali. Mengapa? Kerana ahli Umno sendiri menolak calon mereka. Dan Anwar pula merekodkan dua kemenangan sekaligus, menang dan majoritinya melebihi undi yang diraih oleh lawan. Perkara seperti ini jarang berlaku dalam pilihan raya kecil yang selalunya menunjukkan parti kerajaan unggul.

Kalau ahli sendiri menolak kepada siapa lagi Umno hendak harapkan undi? Apakah diharap kepada lembu, kambing, kerbau dan ayam itik?

Ahli BN Permatang Pauh sebanyak 26,942 dari jumlah itu ahli Umno saja sebanyak 19,442 orang. Undi yang diperolehi Ariff Shah hanya 15,524. Bermakna kurang separuh ahli BN/Umno tidak mengundi atau tidak keluar mengundi. Tidak mengundi dan tidak keluar mengundi ertinya tidak mahu kepada Umno, tidak suka kepada Umno. Mereka juga mungkin sudah tidak terliur kepada tawaran duit lagi. Umno biasanya akan membuat tawaran wang ringgit dalam meraih undi!

Melihat nasib yang diterima oleh Umno berpandukan pilihan raya kecil Permatang Pauh itu jelas Umno berada dalam sakit. Umno memerlukan penjagaan dan pengubatan yang mujarab. Kalau Umno tidak peka kepada apa yang dialami kini, mungkin parti itu akan dibaham maut tidak lama lagi. Paling lama ialah pada pilihan raya ke – 13 kelak seperti mana diramalkan kebanyakan pemimpin politik termasuk pemimpin Umno sendiri.

Dalam masalah ini Umno perlu segera menukarkan kepimpinnya. Mungkin Abdullah sudah tidak relevan untuk meneruskan kepimpinannya sehingga pilihan raya umum akan datang. Benar seperti kata ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, kekalahan BN di Permatang Pauh itu menunjukkan harga diri Abdullah sudah tidak laku lagi. Wibawa Abdullah dan timbalannya sebagai pemimpin sudah terhakis.

... mso

28 August 2008

Kami Orang Orang Biasa

Bagini ceritanya:
Ketika itu piliharaya kecil di Lunas, ini lama dahulu. Saya ke sana untuk membantu kawan seorang wartawan BBC membuat laporan terus menerus – Lunas/London. Di Lunas kami bertemu.
Dia baru sahaja meninggalkan sekolah. Saya tidak tahu latar belakangnya. Tapi pastilah dari keluarga yang bukan berada. Ketika itu saya masih tidak memiliki talipon tangan. Jadi hilang bagitu sahaja pertemuan kami di Lunas.
Kemudian apabila saya memiliki talipon tangan - kami berhubung. Saya diberitahu yang dia kini sedang bekerja sebagai buruh di sebuah kilang di Pulau Pinang. Jauh juga perjalanan anak muda ini dari Kuala Muda ke Pulau Pinang.

Tersentuh juga saya apabila membaca coretan Isham ni ... ya kita ni memang orang orang biasa yang mengharapkan satu perubahan. Untuk seterusnya korang baca lah di TukarTiub

ISPs ordered to cut access to Malaysia Today website

By NURBAITI HAMDAN and CHEOK LI PENG

PETALING JAYA: All 21 Internet Service Providers (ISPs) in the country have been ordered by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to block the controversial Malaysia Today website, an industry source revealed.

The notices were sent out on Tuesday in accordance with Section 263 of the Communications and Multimedia Act.

“This means that MCMC is allowed to block any particular website which has committed acts that contravene the local laws of the country, for example, sedition,” the source said.

Meanwhile, Malaysia Today editor Raja Petra Kamaruddin lashed out against the blocking of the online portal, saying it was a breach of the Multimedia Super Corridor (MSC) charter.

Under the MSC Malaysia 10-Point Bill of Guarantees, it is stated that as part of its commitment to ensuring the success of MSC Status companies, the Government promised to “ensure no Internet censorship”.

“The Government has clearly broken its own promise,” said Raja Petra yesterday. Asked whether he was notified of the reasons of the blocking, he answered no.

“I will turn this into a big issue, no doubt. When it is known that the Government has violated the charter, MSC will die. I will personally see to it,” he said.

TMnet, the country's biggest ISP, Maxis and Time refused to comment.

However, at 11.30pm, a check by The Star found that Malaysia Today has launched a mirror site which can be easily accessed.

Liku perjuangan politik DSAI

Anwar melalui perjalanan politik yang penuh berliku. Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa setakat ini tiada ada seorang pun ahli politik di Malaysia yang mengharungi liku kerjaya politik seteruk Anwar Ibrahim.

Semua tuduhan dilemparkan terhadap Anwar. Kaki liwat! Agen Amerika! Kaki kelentong! Perasuah! Agen bangsa asing! Perosak bangsa Melayu! Pengancam agama Islam! Pemusnah negara! Dahsyat...amat dahsyat sekali kecaman dan tuduhan BN terhadap Anwar.

Bukan bermakna penulis atau mana-mana penyokong Pakatan Rakyat terlalu taksub kepada Anwar. Tetapi tuduhan BN ini amat dahsyat dan melampau. Semua tuduhan ini menyebabkan rakyat muak dengan BN. Tuduhan-tuduhan melampau inilah yang sebenarnya menyebabkan BN 'over kill'!

Dalam politik..biasalah hentam menghentam, kritik mengkritik dan sebagainya. Tetapi berpada-padalah sedikit. Janganlah melampau sangat.

Ini tidak. Jelas dilihat walaupun rakyat Permatang Pauh yang menghadapi PRK, namun kempen dan serangan media yang menjadi 'barua' BN seolah-olahnya berpesta dengan pelbagai tuduhan terhadap Anwar dan Pakatan rakyat.

Kempen BN dan media pengampu terpaksa menghadapi PRK Permatang Pauh, sama seperti mereka menghadapi Pilihan Raya Umum!

Pelbagai tuduhan, fitnah dan kecaman dilemparkan BN terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat, sama ada menerusi televisyen, akhbar, radio, internet dan apa juga saluran yang mereka boleh usahakan.

Kempen besar-besaran BN untuk menyekat Anwar dilakukan bukan setakat untuk menghalangnya masuk ke Parlimen sahaja, bahkan mereka tahu bahawa Anwar boleh menjadi penyebab utama tumbangnya keangkuhan BN selama 50 tahun.

Hakikat sebenarnya pemimpin BN tidak pernah sedar bahawa mereka bukan berhadapan dengan Anwar seorang diri. BN sebenarnya berhadapan dengan 'force' besar iaitu kuasa rakyat.
Rakyat yang mahukan perubahan. Rakyat yang menolak segala bentuk tohmahan dan serangan politik yang melampau oleh media pengampu BN.
Rakyat sebenarnya mengubah paradigma dan persepsi bahawa BN sahaja yang boleh memerintah.
Lihatlah dengan jelas, apa sahaja tohmahan, adu domba, kecaman dan usaha-usaha jahat BN serta media 'barua' untuk mengugat lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat, semuanya gagal.
Kuasa rakyat, kehendak rakyat dan sokongan rakyat sememangnya mahukan negara berubah ke arah pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat Persekutuan.
Hasil kemenangan Anwar

Sekarang ini Barisan Nasional menghadapi masalah paling besar. Hasrat Umno untuk kekal berkuasa dengan mengekslpoitasikan isu Melayu dan agama diketepikan rakyat.

Gerakan sepatutnya berfikir semula untuk meneruskan hasrat keluar BN. MCA yang terbahagi kepada dua pendapat, semakin cenderung meninggalkan BN

Kedudukan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terumbang ambing, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hampir pasti tidak berpeluang menjadi PM. Parti Umno yang sedang menghadapi mesyuarat bahagian dan pemilihan Majlis Tertinggi sekarang semakin hampir terkubur.

Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin memikirkan secara serius untuk berhijrah keluar negara, manakala Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Mohamed Ezam Md Nor dan para kroni mereka harus bersedia menelan segala muntah dan sumpah seranah yang dihamburkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ada seorang lagi pembelit besar yang tiba-tiba menyerang Anwar tanpa memikir risiko yang bakal menimpanya. Dato' S. Nallakaruppan. Adeii Nalla..yenge poringge..? (Mana lu mau pergi). Mana lu mau taruk lu punya muka sekarang!

Hari ini pemimpin-pemimpin utama Umno/ BN terpaksa berhadapan secara 'live' dengan Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sejak dari PRU 8 Mac lepas, laluan mereka di Parlimen tidak lagi mudah. Mereka semakin sukar sekarang ini.

Mulai hari ini, usaha membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat semakin hampir. Itulah kehendak rakyat sebenarnya. Insya-Allah, Anwar mampu melakukan! - mks. _

- Harakah Daily

DSAI Selesai Angkat Sumpah





KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 minit pagi di depan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.


Terdahulu beliau tiba di Lobi Parlimen untuk upacara mengangkat sumpah pada jam 9:50 pagi diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.

Kata Harimau ...

Walaupun kita adalah rakyat 'mentimun' yang jahil dan naif tentang ilmu politik, namun tafsiran dan pandangan rakyat tidak wajar ditolak mentah-mentah.

Mana-mana pemimpin harus akur bahawa 'rotan keramat' ada di tangan rakyat dan akan dihayunkan kepada mana-mana pemimpin yang gagal.

Oleh itu, usahlah kamu alpa dan lupa bahawa rakyat senantiasa memerhatikan dan menghakimi setiap hela hafas dan gerak tubuh yang kamu lakukan. ... Harimau Menaip

27 August 2008

BN makin merosot, Dr. Mahathir terus kecam Abdullah

27-08-2008
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan LEE YAN XIU

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah mesej daripada para pengundi kawasan itu bahawa sokongan kepada Umno dan BN tidak pulih malah terus merosot sejak pilihan raya umum yang lalu.

Katanya pengundi Permatang Pauh sama ada Melayu mahupun bukan Melayu berada dalam dilema kerana ramai pengundi tidak mahu memberi undi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun mereka juga tidak ingin mengundi BN.

"Calon BN baik, tetapi kalau beliau menang maka Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada BN iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa BN telah dipulihkan dibawah kepimpinannya," katanya melalui blog chedet.com.

Ujar beliau, hakikatnya pengundi Permatang Pauh tidak mengundi untuk Anwar ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi mereka mengundi untuk mengalahkan Umno dan BN.

Semalam, PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil di kawasan itu. Pertandingan tiga penjuru di Permatang Pauh menyaksikan Anwar memperolehi 31,195 undi sementara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat hilang wang pertaruhan selepas mendapat hanya 92 undi.

"Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong BN telah undi PKR supaya Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi," katanya.

Dr. Mahathir beranggapan sesuatu yang 'tidak kena' dengan kekalahan BN sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak kepada bekas timbalannya itu.

"Calon yang diletak sesuai juga. Apakah yang tidak kena dengan BN? Mungkin inilah mesej yang ingin dihantar oleh pengundi bahawa rakyat menolak kepimpinan Abdullah.

"Namun mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar dan tidak ada mata untuk melihat," katanya.

Menurutnya lagi, untuk pulihkan sokongan kepada Umno dan BN, Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang.

Oleh yang demikian akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin Umno berusaha untuk menarik balik penyokong Umno dan BN.

Tambah beliau lagi, jika ditunggu hingga Jun 2010, masa yang tinggal untuk pemulihan parti hanyalah dua tahun iaitu terlalu pendek untuk kerja yang berat ini.

"Pilihan bagi Umno hanya dua. Setia kepada Abdullah dan kalah dalam Pilihanraya Umum ke-13 atau setia kepada Umno lebih daripada setia kepada Abdullah dengan kemungkinan menang Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.

Dr. Mahathir yang juga bekas Presiden Umno mengingatkan pemimpin Umno bahawa undi daripada ahli-ahli setianya sahaja tidak mencukupi untuk mendapat kemenangan.

"Untuk menang, calon Umno perlukan undi orang bukan ahli parti serta orang Cina dan India.
"Dalam keadaan sekarang iaitu Umno dan kerajaan yang dipimpin oleh Abdullah, tidak mungkin orang bukan daripada Umno akan beri kemenangan kepada calon Umno atau BN," katanya.
Jelas beliau juga, tidak mustahil ahli-ahli Umno yang kecewa dengan pimpinan Abdullah akan turut berpaling tadah.

Beliau juga percaya media arus perdana akan cuba memutar cerita mengenai pilihan raya Permatang Pauh bagi menyedapkan hati pemimpin Umno dan Abdullah.

"Justeru Abdullah akan yakin bahawa dirinya dikehendaki untuk pulihkan parti dan Umno akan terus memilihnya sebulat suara pada pemilihan parti Disember nanti," katanya.

Terima Kasih Untuk Semua

Terima kasih untuk semua orang2 Permatang Pauh kerana telah membuat pilihan yang tepat. Pilihan untuk pembaharuan.
Terima kasih untuk PDRM yang telah dengan sabar melayan kerenah-kerenah orang ramai semenjak dihari penamaan calon hinggalah semalam. Tiada insiden-insiden besar yang berlaku.
Terima kasih (dan minta maaf juga) pada blogger-blogger pro PR yang banyak membantu untuk kemenangan PKR. Minta maaf kerana saya mencilok (pinjam ayat wak) cerita-cerita, gambar-gambar dari blog saudara-saudara.
Terima kasih kepada pemilik sebuah stesen minyak di Seberang Jaya yang membenarkan saya "melepak" di sana (untuk update blog) dari petang hingga ke malam nya.
Terima kasih pada dua sahabat baru yang saya temui semasa melepak di stesen minyak tersebut. Di akhir pertemuan baru lah saya diberitahu bahawa mereka adalah "cikgu" di sebuah sekolah berhampiran. Syukur alhamdulillah kedua-dua cikgu tersebut adalah "orang kita".
Terima kasih untuk semua dari PAS dan DAP dari seluruh pelusuk negara yang datang semata-mata untuk pastikan kemenangan buat DSAI.
Ya akhir nya KITA berjaya.
Terima kasih

DSAI MENANG, KITA SEMUA MENANG

Tahniah DSAI ... berkat kerjasama semua dalam pakatan rakyat, akhir nya kemenangan berpihak kepada PKR. Walaupun Najib pernah kata kemenanangan berpihak pada BN. Tapi biasa la itu di mulut, tapi dihati siapa yang tahu.
Laluan DSAI ke Putrajaya semakin hampir. Walaupun begitu puak-puak paklah akan terus mencari "hal" untuk seboleh-bolehnya menghalang DSAI dari memasuki Putrajaya.
Ramai yang tahu, sekiranya berjaya DSAI ke Putrajaya, ramai dari puak-puak paklah yang kecut jadi mereka sedaya upaya akan mencari jalan untuk menghalang DSAI memijak Putrajaya.
Pelbagai kes baru akan ditimbulkan. Yang terbaru kes 60juta duit Magnum. Yang sedia ada dah tentu lah kes budak sayfooll tu.
Sama-sama lah kita berdoa agar DSAI berjaya ke Putrajaya.
Reee fooo maaa siiii ... Takbir

26 August 2008

KEPUTUSAN RASMI PK PMTG PAUH

Gambar: mStar

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan) 31,195 undi.

2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) 15,524 undi.

Jumlah mengundi: 47,258

Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi

Majoriti: 15,671 undi

5 BUAH BAS "HANTU" KINI DI TAHAN DI BALAI POLIS SEB JAYA

5 buah bas yang dipercayai membawa pengundi hantu kini ditahan dan sedang disoal siasat oleh Polis Seb Jaya.

Lihat suasana di hadapan Balai Polis Seberang Jaya pada jam 6.15 ptg tadi
















DSAI Menang di PK Pmtg Pauh

Insyaallah kalau seperti apa yang diperkatakan ramai di sekitar kawasan Parlimen P44 Permatang Pauh ini, kemenangan berpihak kepada PKR.
Semua 25 pusat-pusat mengundi telah pun ditutup tepat jam 5.00 ptg tadi. Hampir 70% pengundi berdaftar telah keluar menunaikan tanggungjawab masing walau pun dalam cuaca yang tidak menentu.
Difahamkan 5 buah bas pengundi hantu telah dapat dikesan oleh para petugas PR dan lapuran polis telah pun dibuat. Bas-bas tersebut kini berada di Ibu Pejabat Polis Sbg Perai Utara.
DSAI dan DSDA telah membuang undi di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti lebih kurang jam 10.00 pagi tadi manakala Dato Ariff telah mengundi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2 diawal pagi tadi.

Lain-lain menyusul selepas ini

LAGI GAMBAR2 PK PMTG PUAH





















GAMBAR2 SEKITAR PK P44 PMTG PAUH













Suasana pagi seperti biasa. Walau pun Pulau Pinang di beri kelepasan umum sempena PK ini, tapi jalan-jalan menghala ke Pmtg Pauh agak sesak.

Saya mulakan "pengembaraan" saya hari ini melalui Pekan Permatang Pauh. Sebuah sekolah cina telah dijadikan pusat pembuangan undi. YB Dato' Husam ada disini. Kerana kesesakan lalulintas beliau terpaksa membonceng motosikal untuk ketempat lain (gambar).

Seterusnya ke Pmtg To' Kandu, Pmtg Rawa, Bkt Mertajam, Mengkuang dan bercadang untuk ke Penanti dan Kubang Semang. Malang kesesakkan yang begitu teruk sekali.

Ketika melalui Pekan Bkt Mertajam lebih kurang jam 12.45, hujan dah mula turun. Terus turun sehingga lah sekarang.
Dari Mengkuang ambil BKE (Bworth Kulim - Expressway) terus balik ke Sbrg Jaya untuk isi perut dan mengupdate blog

25 August 2008

CERAMAH TERAKHIR DSAI - KESESAKAN TERLAMPAU











Tepat jam 11.00 mlm DSAI tiba untuk ceramah terkhir beliau dalam siri kempen PK P 044 Pmtg Pauh. Hujan dah lebat, Saya masih berada di Bilik Gerakan Jalan Baru, Perai.

Maaf yer kesesakan yang amat terlampau (seperti yang saya kata tadi, dianggarkan hampit 20 ribu) telah membanjiri ceramah terakhir ini di tambah pula dengan hujan telah tidak membenarkan saya untuk menghampiri pentas.

Dari cakap-cakap dalam bilik gerakan, kesesakan lalulintas amat teruk sekali bagi kedua-dua hala iaitu dari bulatan Pmtg Pauh ke Bworth dan sebaliknya sehingga menjangkau 5km

Jalan Baru Perai yang mempunyai 3 lorong kini hanya tinggal 1 lorong untuk digunakan. Dua lorong lagi telah digunakan oleh orang ramai untuk meletak kenderaan masing-masing. Susur keluar lebuhraya dari arah utara samada yang mahu ke Jalan Baru atau ke Bworth juga mengalami kesesakan teruk

Polis trafik yang pada awal tadi kelihatan mengawal lalulintas disini kini sudah tidak kelihatan lagi. Sudah tidak mampu lagi agaknya ditambah dengan hujan yang tidak henti-henti dari tadi.

Hujan semakin lebat. saya mengambil keputusan untuk balik hotel.

Insyaallah jumpa lagi esok.








CERAMAH TERAKHIR DSAI DI JALAN BARU PERAI

Jam 8.55 saya sampai di persimpangan PLUS/Jalan Baru, Perai. Kenderan dah sesak. Perlahan-lahan menyusur masuk Jalan Baru, akhirnya dapat juga mencari parking dengan bantuan petugas-petugas.

Hujan renyai-renyai. Nasib baik payung memang tersedia dalam kereta.

Kenderaan sesak di kedua-dua hala menghala ke Bworth dan Bkt Mertajam. Walaupun sesak tapi dengan bantuan polis trafik keadaan terkawal.

Ini adalah ceramah terakhir DSAI untuk PK Pmtg Pauh ini. Antara penceramah malam ini termasuk lah YAB Lim Guan Eng, YB Azmin Ali, YB Husam,

Saya terpaksa berjalan hampir 1 km ketempat ceramah dalam hujan renyai-renyai. Berjalan bersama-sama dengan penyokong DSAI yang lain. Ada lah dijangkakans seramai 20ribu penyokong DSAI berada disini sekarang.

Saya tak dapat untuk mendekati pentas ceramah disebabkan terlampau ramai. Akhir nya saya memasuki bilik gerakan PR yang terletak di pintu masuk kekawasan ceramah ini

Beberapa ahli DAP (dari baju yang di pakai) berada disini termasuk lah dari PAS dan PKR sendiri.

Hujan masih renyai-renyai. Orang ramai masih berpusu-pusu memasuki kawasan ceramah.

Selanjutnya menyusul selepas ini

Mat Rempit di Bayar RM100 oleh BN

Saya singgah di sebuah stesen minyak di Seberang Jaya untuk mengisi minyak dan mengisi perut tadi. Ada restosan makanan segera distesen ini.

Inilah stesen yang selalu saya singgah kalau ke utara lagi pun ia berhampiran sebuah hotel.

Bila dah selalu singgah jadi dah kenal lah dengan tuanpunya dan juga pekerja-pekerja nya.

Dalam sembang-sembang tu terkeluar lah cerita dari penyelia stesen ini ...

"Abang nak tau, mat rempit disini sekarang ni mewah. Beli rokok kotak besar (20 btg), sekali beli 2 - 3 kotak" katanya

"Pasai apa pulak, awat dulu depa tak beli kotak besar ker?" tanya saya

"Ala dulu paling besar kotak 14 jer bang, sekarang depa kaya" katanya lagi dengan bersungguh-sungguh.

"Macamana depa boleh jadi kaya? saya terus bertanya

"Ala kan Barisan (Nasional) bagi sorang RM100 untuk meronda malam2 bawa bendera BN ... saya dah meluat tengok bang....."

"O macam tu ...." jawab saya sambil terus menegok air kotak

ROAD BLOCK POLIS

Ada 3 road-blok yang saya jumpa sepanjang "rayau2" tadi. Bermula dari tol Jelapang (selepas tol menghala ke utara) ...

Belum ada lagi "road-block" selepas tol Juru setakat jam 2.00 ptg tadi.

1 road block di Jln Pmtg Pauh dari B'worth menghala ke Pmtg Pauh.

Satu lagi block dah di pacak selepas tol Sg Dua mengahala B'worth.

Mungkin malam ini lebih banyak "block" akan di pacak.

DSAI akan berbuka puasa sunat di Surau Taman Baru Seb Jaya petang ini dan amanat terakhir DSAI malam ini akan di adakan di Jalan Baru Perai.

Insyaallah saya akan bercerita lagi malam ini.

Ariff Dahului Undian di PK Pmtg Pauh

Terkejut besar atau depa kata terkejut beruk (tak tau pasai apa beruk di ambil kira dlm kes ni - may be kena tanya KJ la kot) bila baca tajuk dalam blog Perisik Rakyat sebentar tadi.

Terasa rugi sangat lah aku mai Pmtg Pauh ni bila mana satu survey yang telah dibuat mengatakan Ariff telah mendahului sebanyak 95%

Cis, macamana yang Ariff boleh dapat sebanyak itu, padahal aku baru saja melalui sekitar kawasan Pmtg Pauh. Kalau di tengok dari "perang" poster, bunting dll sudah pasti kejayaan di pihak DSAI.

Termenung aku sejenak. Apakah betui "survey" ini. Rasa macam tak nak aku terus membaca artikel Perisik Rakyat ni ... Rasa semacam jer lah aku

Korang boleh la baca DISINI aku dah tengok, memang sedih sgt rasanya

PERMATANG PAUH - 25 OGOS 08











Kira-kira jam 2.oo ptg tadi saya telah selamat sampai ke kawasan Parlimen Pmtg Pauh. Sempat lah berpusing-pusing untuk menikmati keindahan Pmtg Pauh dengan pelbagai bendera, poster, kain rentang, billboard dan bermacam lagi "promosi" antara 3 parti yang bertanding dalam PK Pmtg Pauh yang akan diadakan besok hari.

Walaubagaimana pun hanya PKR dan BN sahaja yang begitu menonjol manakala Ikim begitu berkurangan sekali.


Sempat juga berselisih dengan gerombolan penyokong DAP dengan diketuai oleh YB Karpal Singh. Saya cuba mengekori tetapi kesesakan lalulintas telah menyekat saya untuk bersama-sama mereka.


Singgah di Penanti melihat gerai-gerai jualan pelbagai cenderahati dari PAS dan PKR. Dari sini saya ketahui yang DSAI akan mengadakan majlis berbuka puasa sunat pada petang ini di surau Taman Baru, Seb Jaya. Saya akan cuba kesana petang nanti

Imam saksi sumpah Saiful kempen untuk Anwar


(Mutakhir) PERMATANG PAUH: Imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ustaz Ramlang Porigi di lihat berkempen bersama-sama calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Perda sebentar tadi.
Ceramah yang diadakan di masjid itu turut dihadiri oleh Anwar.


Mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak jam 4 petang tadi.
Beliau dijadualkan akan mengaku serta membuat pendedahan mengenai upacara sumpah yang disaksikannya di pentas ceramah PKR.


Dalam ceramahnya di masjid Perda sebentar tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.


Jelasnya, beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi dalam majlis angkat sumpah tersebut.
Turut sama beliau dalam ceramahnya adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Difahamkan beliau dalam perjalanan untuk memberi ceramah di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan diakhiri dengan ceramah di Padang Penanti.


Ini merupakan kali pertama beliau muncul dikhalayak ramai selepas kali terakhir beliau dilihat menjadi saksi sumpah laknat Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan pada15 Ogos lalu.


Beliau menjadi kontroversi apabila timbulnya risalah edaran yang mempertikaikannya sebagai ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.
Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.


Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.


Kandungan risalah itu menyebut: "Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.
"Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.
"Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam."


Ketika dihubungi mStar Online tiga hari yang lalu, Ramlang berkata beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.


Beliau tidak menafikan bahawa dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar sebagai seorang pegundi di Permatang Pauh.


"Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh," katanya.

- mStar Online

24 August 2008

Ibrahim Ali minta Ezam dan Nallakaruppan buat laporan polis

24-08-2008 05:06:08 PM

KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata dua bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Ezam Mohd Nor dan Datuk S. Nallakaruppan perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan yang dibuat mereka semasa berkempen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Beliau berkata dakwaan yang dibuat oleh Mohamad Ezam dan Nallakaruppan itu adalah serius dan perlu dibuktikan melalui siasatan oleh pihak berkuasa dan diputuskan oleh mahkamah.
"Jika tidak benar Anwar perlu menyaman kedua-dua bekas orang kanannya bagi membersihkan namanya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Ezam sebelum ini mendakwa Anwar pernah memberikan projek bernilai RM15 bilion kepada 15 rakannya dengan setiap seorang menerima RM1 bilion manakala Nallakarupan mendakwa bekas timbalan perdana menteri itu telah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd.

Ibrahim berkata kedua-dua mereka mesti membuktikan dakwaan itu dengan membuat laporan kepada polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Saya sangat terkejut dengan dakwaan itu dan saya minta mereka berdua buat laporan dan biar pihak berkuasa menyiasat kesahihannya," katanya.

Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Selasa ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Mamat. BERNAMA

Majoriti Anwar sekitar 15,000? Calon BN kata ia angka "mustahil"

24-08-2008 02:06:30 AM Oleh G. MANIMARAN

(Fokus Berita) PERMATANG PAUH: Selepas kempen selama hari dan hanya tinggal dua hari sebelum melangkah ke pusat pengundian Selasa ini, pelbagai pihak sudah mula bercakap mengenai siapa yang bakal dimahkotakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh?

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merampas semula kerusi yang pernah disandangnya dari 1982 hingga 1999?
Sumber: mStar

23 August 2008

YB ARIFF SHAH PERNAH DISAMAN, YB AZMIN DAN SIVARASA BUAT LAPURAN

MALAYSIAKINI reported that PERMATANG PAUH by election candidate from BN, Arif Shah Omar Shah has stopped pursuing his PhD degree after questions were raised over his academic credentials.

The big question here is if Arif still continued to pursue this bogus Phd. up till April 21, when did he stop then? Did he decide to stop because of the heat coming from Bloggers? First and foremost, how can someone with just a Diploma go on and pursue a Phd. ???? ... seterusnya

Sumber: wrlr

KJ Nak Kuburkan Anwar - Pak Mertua Confirm Terkubur 2010

Oleh W. Fauzdin NS
Setelah sebilangan besar ahli UMNO sendiri menolak kepimpinan Pak Lah akibat memalukan UMNO/BN di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 baru-baru ini, maka Presiden UMNO itu tiada pilihan lain melainkan menyediakan `batu nisan' dan `kubur'nya sendiri selewat-lewatnya pada Jun 2010. Meski pun terdapat suara-suara yang mahukan Pak Lah lebih awal meninggalkan kerusi Presiden UMNO, tetapi beliau lebih berminat untuk menyiapkan `persiapan' sebelum pergi.
Baru-baru ini menantu beliau, Khairy Jamaludin (KJ) `menyalak' di Permatang Pauh untuk `menguburkan' DS Anwar di Permatang Pauh di dalam Pilihanraya Kecil pada 26 Ogos ini nanti. Setelah beliau sedar, Pak Mertuanya akan pergi meninggalkan kerusi Presiden UMNO malahan juga sebagai PM pada pertengahan 2010, maka tentunya terasa sakit hati seandainya DS Anwar pula yang mengambil alih bukan sebagai Presiden UMNO tetapi sebagai PM.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah beliau bersungguh-sungguh untuk menghalang DS Anwar dari menjadi PM. Beliau sudah tidak mampu untuk mempertahankan Pak Mertuanya bahkan untuk mempertahankan diri beliau sendiri di Rembau pun belum tentu.
Kali ini, berbagai dakyah beliau taburkan untuk memburukkan DS Anwar dengan dibantu oleh Raja Sesumpah Mamat Ezam. Apakah rakyat Permatang Pauh boleh percaya pada Khairy yang dia sendiri tidak boleh yakinkan ahli UMNO untuk menyokong kepimpinan Pak Mertuanya?
Kekalahan UMNO yang teruk di Kelantan baru-baru ini juga adalah kerana keceluparan mulut Khairy.
Beliau memang suka bercakap tanpa berfikir jauh sekali tanpa fakta. Sebab itulah beliau tidak pernah berani berdebat secara terbuka apabila dicabar. Sehingga kini cabaran Cikgu Bard untuk berdebat dengan beliau tidak disahut. Beliau hanya berani bercakap kepada media kerana tiada siapa boleh mempersoalkannya. Malang sekali Pak Lah kerana mendapat menantu yang begitu kecil hati dan jiwanya. Saya percaya sekiranya InsyAllah, DS Anwar menang di Permatang Pauh, maka UMNO Permatang Pauh pasti akan menyalahkan Khairy. Inilah yang berlaku di Kelantan.
Sebenarnya ramai yang kecewa apabila Dato' Ariff dipilih sebagai calon UMNO untuk menentang DS Anwar. Ramai yang ingin melihat Mamat Ezam berpencak silat dengan DS Anwar di Permatang Pauh. Mereka rindukan `Sumpah Keramat' Mamat Ezam dan ingin menjengok apakah yang ada di dalam 6 kotak yang selama ini disimpan bertahun-tahun oleh mamat ini.
Tapi, malang bertimpa-timpa menimpa Raja Sesumpah ini. Beliau tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan UMNO, beliau cuba menonjolkan diri untuk menjadi calon menentang DS Anwar juga gagal. Ini menunjukkan mamat Ezam ini pun tidak diyakini dan dipercayai oleh kepimpinan UMNO sendiri.
Adakah rakyat Permatang Pauh pula mahu percaya pada mamat yang malang ini? Kalau sudah Khairy tidak dipercayai, Raja Sesumpah pun tidak dipercayai, jauh lagi lah pula dengan Dato' Nalla yang ahli partinya sendiri pun dah ramai lari. Kepada semua pengundi di Permatang Pauh diseru agar lebih cerdik dan bijak mengenal siapakah yang berjuang untuk kita. Inilah masanya untuk kita menghukum UMNO/BN agar mereka faham mereka tidak boleh melakukan apa sahaja untuk memperbodohkan rakyat.
Lupakan dahulu samada kerajaan baru dapat dibentuk atau tidak pada 16 Sep nanti, tetapi utamakan langkah pertama untuk menempatkan wira kita DS Anwar di Parlimen pada 27 Ogos nanti. Selamat Berjuang.

WFAUZDIN NS

http://www.tranungkite.net

Drunken cop attacks 22-year-old woman

Lim Hui Hoon says the police officer assaulted her with his pistol — Picture courtesy of Sin Chew Daily


KUCHING: The actions of a drunken police corporal from the state criminal investigation division, who assaulted a 22-year-old woman with his service pistol here on Thursday night, has riled up Sarawak police commissioner Datuk Mohamad Salleh.


"We cannot afford to have people like this in the police force and I will not tolerate such personnel," he said after witnessing the handing over of duties between outgoing state deputy police commissioner acting SAC II Thaiveegan Arumugam and his successor SAC I Datuk Hamza Taib at the state police headquarters here.


He said the corporal had been placed under arrest and would face the "full force of the law".


KERAJAAN PR AKAN MEMFAILAKAN SAMAN TERHADAP BPR ISNIN INI

August 23, 2008 at 1:33 am Berita - Posted by Din
Sebentar tadi jam 12 .36 pagi sabtu sedikit penerangan secara tertutup telah di adakan berhubung tindakan yang semakin melampau pihak BN yang cuba melakukan apa cara sekalipun untuk mempengaruhi rakyat dengan taktik kotor mereka.

Dalam perbincangan sebentara tadi keseluruh kepimpinan Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk memfailkan saman malu berikutan penahanan terhadap Jamaluddin Mohd Rozi dan Mohd Osman Mohd Jailu Exco negeri Perak berhubung rasuah projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.
Peguam PKR S.Sivarassa Rasiah akan memfailkan saman tersebut pada Isnin pagi di Mahkamah Tinggi Ipoh. Saman yang di failkan berikutan tindakan menangkap kedua exco tersebut tanpa bukti yang lengkap dan PKR akan memfailakn saman malu kepada B.P.R.

Para pemimpin PKR telah membayangkan bahawa kes itu ada kaitan dengan usaha BN untuk menarik sekurang-kurangnya dua wakil rakyat dalam kerajaan Perak sekarang berikutan mereka terdesak untuk mendapatkan semula kerajaan negeri Perak sebelum 31 Ogos ini.

Di fahamkan tiada pertemuan sebelum ini yang membabitkan projek tersebut. Mungkin ia tindakan BN untuk menjemput untuk melompat menyertainya. Namun mereka engkar. Pihak BN sekarang cuba menghangatkan lagi keadaan dan yakin serta mengumumkan mereka untuk mengambil alih kerajaan sebelum 31 Ogos ini. Kita dapat lihat ini strategiserta tindakan terdesak mereka.

Pimpinan PR tegas dalam hal ini kerana ia membabitkan maruah individu yang terlibat dan juga seperti berbau fitnah dalm hal rasuah ini yang merupakan musuh utama kami.

PR berani untuk menyaman BPR kerana yakin tiada bukti yang kukuh dalam kes ini serta berbau fitnah di samping terdapat pencagahan di dalam laporan yang di nyatakan.

- Parlimen Ampang

22 August 2008

MB Perak Desak BPR Mohon Maaf

Aug 22, 08

Menteri Besar Perak Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin menuduh Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat dakwaaan palsu berhubung penahanan dua exco kerajaan negeri itu dalam siasatan kes rasuah.
Bercanggah dengan dakwaan BPR, Nizar berkata, kedua-duanya tidak ditahan di sebuah hotel atau kerajaan negeri telah meluluskan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.Sehubungan itu, beliau meminta BPR supaya membuat memohon maaf secara terbuka kepada dua exco tersebut.
Jamaluddin Mohd Rozi dan Mohd Osman Mohd Jailu - dua orang exco daripada PKR dalam kerajaan campuran tiga parti melibatkan juga DAP dan PAS - ditahan kelmarin bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).Jika BPR gagal memohon maaf, Mohamad Nizar berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap badan itu bagi membersihkan nama mereka serta kerajaan negeri.
Para pemimpin PKR telah membayangkan bahawa kes itu ada kaitan dengan usaha BN untuk menarik sekurang-kurangnya dua wakil rakyat dalam kerajaan Perak sekarang, untuk melompat menyertainya.Menurut laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini, Jamaluddin (foto kanan) kelihatan tersenyum ketika dibebaskan tadi dan memberitahu pemberita bahawa "pelan 31 Ogos telah gagal".
Beliau merujuk kenyataan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Tajol Rosli Ghazali sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu akan tumbang menjelang hari Kemerdekaan.Kerajaan Pakatan Perak hanya mempunyai kelebihan majoriti tiga kerusi berbanding BN.
Keenam-enam individu yang ditahan BPR itu didakwa oleh badan itu meminta rasuah wang dan seks daripada seorang ahli perniagaan untuk mempercepatkan permohonan bagi projek perumahan tersebut.
Rabu lalu, pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar memberi butir-butir mengenai penangkapan mereka.Beliau berkata, RM100,000 berada dalam sebuah beg milik salah seorang suspek dan lima daripada mereka ditahan di sebuah hotel pada jam 6 petang Selasa lalu.Samsiah menambah, lebih RM20,000 telah bertukar tangan minggu lalu dan BPR bertindak atas maklumat orang ramai.
BPR jarang mendedahkan maklumat mengenai siasatannya dan mengenai tangkapan yang dibuat, sebelum membawa perkara itu ke mahkamah.BPR dan pemimpin kerajaan pusat telah menafikan bahawa penangkapan mereka itu bermotifkan politik.
Sumber: Malaysiakini

PETROL 2.55 DIESEL 2.50 MULAI 12.01 MLM INI

TERKINI.

Harga petrol dan disel akan diturunkan mulai 12.01 malam ini (Jumaat 22/08/08)

Harga baru petrol RON 97 ialah RM2.55 manakala RON 92 pula RM2.40.
Untuk disel, harga baru adalah RM2.50

Salah satu "anugerah" sempena Pilihanraya Kecil Pmtg Pauh ni ......

DATO' HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

"Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh. Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya.
Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.Saudara/Saudari Sekalian, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti.
Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.
Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.
Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.
Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini.
Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008. Wassalam.


DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

18 Sya’ban 1429/20 Ogos 2008. "

+ tranungkite

KHALID DAN ROMZI TIDAK TERLIBAT : Wartawan Peranchis

Setelah TV3 berulang kali, hampir setiap malam memyiarkan berita tentang kekejaman yang dilakukan (konon nya) oleh penyokong PKR terhadap seorang jurugambar dari NST dan seorang wartawan Peranchis dihari penamaan calon 16 Ogos lalu, akhir nya tembelang tersebut pecah setelah wartawan Peranchis tersebut Halim Berbar, mengakui bahawa Khalid dan Romzi sekadar mahu meleraikan pergaduhan tersebut. ...
Wartawan dari Perancis Halim Berbar memberi kenyataan bahawan Khalid dan Romzi tak terlibat dalam insiden mencederakan wartawan seperti mana yang di wawarkan oleh pihak tertentu dalam laporan media baru baru ini.
Halim sendiri yang berada di tempat kejadian memberitahu bahawa kedua suspek yang di tahan reman semalam hanya ingin meleraikan dan cuba untuk selamatkan mereka ( wartawan ).
Halim memberi pengakuan ini sewaktu sidang akhbar menyerahkan memeorendum di Parlimen bagi memohon jaminan keselamatan dari kedua-dua parti sama ada BN mahupun PKR bagi wartwan atau seiapa sahaja yang membuat liputan.
Namun buat masa kini tiada seberang makluman dari pihak polis mengenai kenyataan halim yang juga mangsa yang terlibat. Sepatutnya pihak polis boleh bertoleransi kerana ke dua suspek yang di reman tersebut ternyata tidak bersalah.
Walau apa sekalipun kita mesti mendapatkan pembelaan kepada mereka. Mereka tidak bersalah namun di hukum. Adakah ini habuan yang di berikan sesorang dalam melakukan kebaikan ?
Namun apa yang masih bermain di fikiran saya di mana lagi 14 orang yang turut kelihatan di dalam gambar yang di siarkan. Di mana mereka ? Kenapa sehingga kini masih tiada apa apa berita terkini mengenai mereka ? Siapa mereka sebenar ?
Walau apa sekalipun saya pasti sedikt masa lagi akan bongkar segalanya dan akan kita heret pihak yang bersalah dan terlibat ke muka pengadilan. ...
(p99ampang)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive