30 April 2009

PKM - Parti Komunis Malaya Muncul Kembali

( TARIAN PERAJURIT WANITA yang dipersembahkan oleh team seni budaya Kompeni Ke-21, Rejimen Ke-10 - arkib Muzium Kampung Perdamaian Sukhirin)
Penandatanganan persetujuan damai 3 pihak di Haadyai sudahpun berlalu hampir 20 tahun. Akan tetapi, kewujudan bekas perajurit pasukan-pasukan Tentera Rakyat Malaya masih disisihkan dari media perdana. Ada pihak yang cuba filemkan sejarah mereka tetapi telah diharamkan penerbitannya.

Justeru itu, blog KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN – KINI DAN SILAM ini perlu diwujudkan untuk memaparkan berita terkini dan sejarah silam para pejuang kemerdekaan agar disimpan untuk tatapan generasi akan datang.

Sejarah bukanlah hanya satu penjelasan. Blog ini tidak ingin mengatakan bahawa sejarah yang dipaparkan di sini adalah satu-satunya versi sejarah yang paling tulen dan benar atau menganggap hanya Rejimen Ke-10 dan TRM di bawah pimpinan PKM saja yang berjuang bertumpah darah demi kemerdekaan tanah air.tapi, blog ini ingin semua pihak yang jujur kepada fakta sejarah mengetahui bahawa sumbagan mereka tidak dapat dinafikan.

Mengangkat senjata menentang penjajah bukanlah sesuata yang salah, juga tidak bermaka menolak berjuang secara aman, tetapi situasi telah mendorong ia haruskan dilakukan.

Ramai yang merujuk kepada PKM sebagai organisasi keganasan dan zalim kerana melancarkan perjuangan bersenjata, malah PKM dikatakan dimiliki orang Cina yang ingin menjajah Tanah Melayu, pada hal ini semua tidak benar sama sekali. PKM berlandaskan ideologi komunis yang bersift humanis antarabangsa, menyanjung keadilan sosial, perpaduan kaum dan demokrasi, Ia disertai jua oleh semua kaum, termasuk Melayu, India dan lain-lain.
Kerana itulah blog ini ingin memaparkan segala sejarah silam Rejimen Ke-10 agar persepsi serong ini diperbetulkan.

[Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12) adalah sebuah kampung bermastautinnya bekas kader dan perajurit Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya yang dibangunkan selepas penandatanganan perdamaian 3 pihak di Haadyai pada 2 Disember 1989. Justeru itu kampung ini berlatarbelakangkan perjuangan bersenjata yang bermula sejak Jun 1948 menentang penjajah Inggeris untuk kemerdekaan tanah air. Rejimen Ke-10 didirikan pada 21 Mei 1949 di Temerloh, Pahang di bawah pimpinan Abdullah C.D.]
Ikuti lah catatan silam dari salah seorang bekas perajurit Rejimen ke 10 PKM di SINI
Sumber: Amin Iskandar@Black

29 April 2009

Najib's Penanti Dilemma

KUALA LUMPUR, April 29 — Datuk Seri Najib Tun Razak is coming under considerable pressure from Umno to change his stand that Barisan Nasional should give the Penanti by-election a miss.

Some party officials, especially those aligned to Tun Dr Mahathir Mohamad, have been parlaying straw polls and ground reports to push two messages: that the voters in the state constituency want Barisan Nasional to field a candidate and chances of victory are better than ever.

Others are stressing a more emotional point — that the ruling coalition has never backed down from an electoral fight before and to do so at a time when bragging rights is firmly with Pakatan Rakyat could be debilitating to the morale of party members.

A decision on whether BN will field a candidate in Penanti will be made tomorrow after Najib chairs Umno’s political bureau meeting.

The party president has all along said that he was not in favour of contesting the by-election, made necessary after PKR’s Fairus Khairuddin resigned following a clutch of allegations against him.

Najib’s rationale was that by-elections should only be held if the incumbent died or was incapable of carrying out his responsibilities for health reasons.

Contesting elections for flippant reasons, he argues, would be a waste of public funds. -- [more]

Isteri KM Sarawak Meninggal Dunia

KUCHING - Puan Sri Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah meninggal dunia di kediaman mereka di Demak Jaya, Kuching pada jam 3.45 petang tadi. Allahyarhamah berusia 68 tahun.

Ini telah disahkan oleh Setiausaha Akhbar KM, Amin Sahmat.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh alllahyarhamah. ... Amin

Siapa Dia Dr Mansor ni?

KENYATAAN PENUH DSAI KETIKA MENGUMUNKAN CALON UNTUK PRK PENANTI

(Permatang Pauh,) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.

Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.

Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.

Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.

En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.
Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.

Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

PRK N12 PENANTI - Larangan Pondok Panas Tak Ikut Undang-Undang

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sebulat suara menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menarik balik keputusannya semalam yang melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.

Malah Pakatan Rakyat juga sebulat suara menolak keputusan suruhanjaya itu semalam kerana beranggapan alasan-alasan yang diberikan adalah tidak munasabah.

"Kita mahu agar SPR tidak melaksanakan larangan yang mereka putuskan itu dan kita mahu sistem pilihan raya dilaksanakan seperti pilihan raya sebelum ini," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, Pakatan Rakyat juga mahu menemui semula SPR Khamis ini - buat kali kedua - bagi membincangkan mengenai larangan tersebut.

"SPR sebelum ini menyatakan bahawa parti-parti politik ini ialah pelanggan mereka, jadi kami sebagai pelanggan, mungkin akan pergi kedai mereka semula.

"Kami cadangkan untuk berjumpa dengan SPR Khamis ini untuk jelaskan semula dan untuk lihat apa sebenarnya perkara-perkara yang dirasakan (SPR) boleh menimbulkan masalah... kami akan berikan hujah-hujah," kata beliau selepas mengadakan mesyuarat bagi menentukan pendirian Pakatan Rakyat berhubung larangan tersebut di sini hari ini.

Semalam SPR memutuskan supaya semua parti politik tidak lagi dibenarkan mendirikan pondok panas selain dilarang memancing undi pada hari mengundi.

Langkah ini akan dikuatkuasakan mulai pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bulan depan.

Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa berkata, larangan yang dibuat oleh SPR itu bercanggah dan tidak mengikut undang-undang pilihan raya.

"Kami dah teliti dari segi undang-undang dan di sini kami menyatakan untuk menolak pendirian yang diambil oleh SPR.

"Ini satu pendirian yang tidak munasabah dan bagi kita ia tidak mengikut undang-undang pilihan raya itu sendiri," katanya.

Malah jelas Sivarasa, keputusan yang dibuat oleh SPR itu juga bercanggah dengan pendirian suruhanjaya sebelum ini.

"Keputusan ini bercanggah dengan pendirian mereka sendiri yang dibuat dulu pada pilihan raya umum 2004.

"Undang-undang pilihan raya membenarkan parti politik mendirikan pondok panas mengikut Seksyen 24 B (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.

Sivarasa juga berkata menerusi surat yang dikeluarkan oleh SPR pada 19 Mac 2004, jelas menyatakan bahawa semua parti yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya dibenarkan menubuh atau menyelenggara pejabat atau pondok parti di luar kawasan sempadan 50 meter dari tempat mengundi.

"Jadi jelaslah bahawa tindakan mereka melarang untuk adakan pondok panas bercanggah dengan tafsiran mereka sendiri yang dibuat dahulu," katanya.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Dr. Siti Maria Mahmud (PAS-Kota Raja) dan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

28 April 2009

Mansor Othman Calon Pakatan di PRK N12 Penanti

Dr Mansor Othman telah dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat di PRK N12 Penanti. Ini telah diumumkan oleh DSAI di hadapan lebih 1000 penyokong yang membanjiri Yayasan Aman sejak dari awal lagi.

Antara yang berada di sana semasa pengumuman dibuat ialah Datin Sri Wan Azizah, KM P Pinang Lim Guan Eng, bekas TKM1 P Pinang Fairus, Zahrain,dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi.

Manikumar yang baru saja memenangi PRK Bukit Selambau baru-baru ini juga kelihatan.

Berita selanjutnya menyusul

Kes MB Perak - Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Zambry

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim.Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Federal. Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana.

Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah. Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak. Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram.

Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:

1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.

2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.

3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.

Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Sumber: perunding

27 April 2009

PRK PENANTI 31 MEI

PUTRAJAYA 27 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan, pilihan raya kecil akan diadakan pada 31 Mei , umum pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada persidangan akhbar di Putrajaya.

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lepas mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa serta merta. — Bernama

26 April 2009

Setengah Juta Hadiri Konsert HARAM Di Lumut

Itu lah seperti yang dilapurkan oleh Buletin Utama TV3suku sebentar tadi.




Walaupun Konsert Sure/Jom Heboh TV3suku ini telah di HARAMkan oleh Majlis Mufti dan telah diumumkan oleh Mufti Perak sendiri, Datuk Seri Harussani Zakaria pada 30 Julai 2004 tetapi nampaknya pengharaman ini tidak membawa sebarang kesan pada kerajaan BN.



Konsert ini adalah yang ketiga selepas Melaka dan Pahang dan akan ke Johor pada Mei ini.

Aku kurang pasti apakah fungsi Majlis Mufti ini? Apakah fatwa yang dikeluarkan Majlis ini sekadar fatwa ... nak ikut pun boleh tak nak ikut pun tak apa. Tambahan pula kenytaaan tentang pengharaman konsert jom/sure heboh tv3 ni diumumkan sendiri oleh Mufti Perak sekarang. Apakah beliau lupa?

Harapan aku agar Datuk Seri Harussani dapat memberi sedikit penjelasan tentang perkara ini agar rakyat tidak tertanya-tanya tentang fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Mufti di masa-masa akan datang. Setahu aku, kalau HARAM sesuatu itu ianya tetap lah HARAM.

MANOHARA - Model Indonesia di majlis perkahwinan anak Datuk Husam







KOTA BHARU - Desas-desus kononnya model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, 17, mengalami penderaan emosi dan fizikal selepas menjadi isteri kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohammad Fakhry nampaknya tidak berasas.


Pasangan diraja itu yang kelihatan begitu mesra berpegangan tangan ketika menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa di sini semalam.

Pasangan diraja itu hadir pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi Husam, 21, dan Indah Purnama Sari Didin, 18, di Kampung Kota di sini pada pukul 1.40 petang. Kehadiran mereka menarik perhatian orang ramai pada majlis tersebut.

Kemunculan Manohara sekali gus menangkis beberapa laporan akhbar harian Indonesia baru-baru ini yang mendakwa model jelita itu telah didera di dada oleh suaminya yang merupakan seorang kerabat Diraja Kelantan yang dikahwininya pada tahun lalu.

Kosmo! pada 22 April lalu melaporkan kenyataan yang dibuat oleh ibu model itu, Daisy Fajarina kepada akhbar harian di Jakarta yang mendakwa anak perempuannya itu mengalami penderaan fizikal dan emosi selepas menjadi isteri anak raja itu.

Pelakuan itu didakwa dilakukan sejurus selepas pasangan itu mengerjakan umrah pada bulan lalu, namun Istana Kelantan menafikannya malah memberitahu bekas model muda itu sangat bahagia bersama suaminya.

Ibu Manohara juga membuat tuduhan terbuka dengan mendakwa dihalang daripada melawatnya anaknya di negara ini ekoran larangan Jabatan Imigresen yang kononnya memenuhi permintaan pihak Istana Kelantan. - Kosmo

25 April 2009

SMS ugut ADUN: Polis Terengganu cari bekas calon BN

KUALA TERENGGANU: Polis sedang mengesan bekas calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 lepas, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Fauzi Abduri berkata, Ahmad Ramzi yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, dicari untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.

"Ahmad Ramzi dicari kerana beliau adalah antara individu yang mengeluarkan kenyataan kepada media pada malam ketiga-tiga Adun itu menerima SMS ugutan berkenaan.

"Polis ingin mendapatkan kepastian sama ada Ahmad Ramzi turut menerima SMS berkenaan atau sebaliknya kerana beliau turut memberi kenyataan kepada media pada malam tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Mohd Fauzi berkata, polis telah berusaha mencari Ahmad Ramzi di rumahnya tetapi tidak berhasil.

Ahmad Ramzi bertanding pada kerusi Parlimen kawasan Marang pada pilihan raya umum lepas tetapi tewas.

Pada 13 April lalu, ADUN Ajil, Datul Rosol Wahid, Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) menerima ugutan SMS yang mengancam keselamatan mereka yang dipercayai berhubung isu polik di Terengganu.

Sebelum ini, polis telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun di Bandar Baru Bangi, Selangor Isnin lepas kerana disyaki menghantar SMS ugutan itu.

Mohd Fauzi berkata, perintah tahanan reman ke atas kerani itu dilanjutkan selama tiga hari lagi bagi membolehkan pihaknya melengkapkan siasatan.

"Polis Terengganu juga telah menghantar anggota untuk mengambil komputer di pejabat kerani itu bagi membantu siasatan yang dijangka selesai dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya belum mendapat petunjuk sama ada ADUN-ADUN di negeri itu terlibat dalam kes tersebut atau sebaliknya. BERNAMA

Khairy dan Pemuda UMNO Yang Tersepit

darmasatria writes "Memang benar Khairy menang dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Memang benar dia bersalah kerana mengamalkan rasuah politik. Memang benar hukuman yang membenarkan dia bertanding itu double standard jika dibandingkan dengan hukuman terhadap Ali Rustam.
Memang benar Pemuda UMNO berketuakan seorang perasuah. Memang benar Ketua Pemuda UMNO itu tidak diberi tempat dalam kabinet. Memang benar Khairy tidak akan mempunyai cukup wang untuk menjayakan cita-cita politiknya, kecuali dia memperoleh sumber kewangan melalui jalan gelap. Kesemua kebenaran ini akan meminggirkan Khairy daripada arus perdana politik Malaysia.
Pada hakikatnya, sebagai Ketua Pemuda UMNO, Khairy hanya mendapat 1/3 sokongan perwakilan. 2/3 lagi sama ada menyokong Mukhriz atau Khir Toyo. Situasi ini menyukarkannya membentuk perpaduan dalam pergerakan itu. Penyokong Mukhriz yang marah tidak mungkin menyokongnya. Dia dilaporkan cuba berkempen di Bukit Selambau, tetapi balik kosong kerana tiada siapa yang melayannya. Penyokong Khir Toyo pun tidak akan menyokongnya. Supaya kelihatan neutral, dia meminta bantuan Ketua Perhubungan UMNO Negeri-Negeri untuk menamakan Ketua Pemuda UMNO Negeri masing-masing. Khairy perlu ingat bahawa semua Ketua Perhubungan UMNO Negeri yang dilantik oleh Najib tidak lagi pro-Abdullah.
Jika kepercayaan diberi kepada ketua perhubungan negeri 100%, beberapa situasi mungkin berlaku. Pertama, semua ketua pemuda negeri terdiri daripada penentang Khairy. Kedua, semua ketua pemuda negeri terdiri daripada penyokong Khairy. Ketiga, majoriti ketua pemuda negeri terdiri daripada penyokong Mukhriz dan Khir Toyo. Keempat, ketua pemuda negeri terdiri daripada 1/3 penyokong Khairy, 1/3 penyokong Mukhriz, dan 1/3 penyokong Khir Toyo. Biar bagaimana pun bentuk ketua pemuda negeri yang terlantik; Khairy, Pemuda UMNO, dan UMNO secara keseluruhannya akan tergugat. Perpaduan yang diidam-idamkan dalam pergerakan itu akan tinggal sebagai ilusi.
Sehubungan itu, perubahan tidak akan terjadi dalam pergerakan yang menjadi tulang belakang UMNO itu. Harus diingat bahawa fenomena itu akan menjejaskan kedudukan UMNO di mata rakyat.Rakyat sedang memerhati dan meneliti hal ini. Perpaduan yang tergugat dan ketidakhadiran dana yang mencukupi akan menyulitkan kerja Khairy sehingga pada satu peringkat menjadi kritikal dan terhenti, kecuali dana untuk rakyat dicuri.
Telahan ini dibuat berdasarkan kedudukan Khairy sebagai ahli parlimen biasa. Menurut amalan biasa dalam UMNO, tiada sesiapa pun akan bekerja untuk parti itu tanpa mendapat imbuhan. Inilah penyakit yang sengaja ditempah oleh UMNO. Materialisme menjadi raja yang maha berdaulat lantaran UMNO sendiri yang memilih menjadi hamba wang.
Berbekalkan situasi yang tidak sedikit pun bersimpati kepada UMNO itu, mampukah mereka mewujudkan daya tarikan bagi memujuk golongan muda yang majoritinya terpelajar dan terdedah kepada pelbagai maklumat dalam dunia tanpa sempadan sekarang ini? Keadaan menjadi semakin parah jika program yang dilaksanakan itu sejajar dengan pandangan Khir Toyo, iaitu "kita tidak ada program yang menyebabkan mereka (golongan muda) berasa terhutang budi kepada kerajaan".
Sejauh mana Pemuda UMNO khasnya dan UMNO amnya mampu menghindar daripada mengungkit setelah menunaikan janji, memberi kepada yang berhak atas kapasiti tanggungjawab, dan melaksanakan tanggungjawab tanpa mengharapkan balasan akan menjadi kayu ukur sokongan rakyat dan sokongan golongan muda kepada UMNO.
Khairy perlu berwaspada agar tidak melakukan kesilapan yang disengajakan oleh Muhyiddin sehingga orang bukan Melayu marah kepada UMNO-BN!!! Golongan muda di Malaysia memang menaruh syak wasangka terhadap UMNO yang kelihatan gila kuasa dalam kes DUN Perak. Lihat sahaja undi yang diberi kepada pembangkang oleh golongan tersebut dalam PRU Ke-12 dan 4 PRK di Semenanjung. Dan pastinya anda tidak lupa kegagalan anda menawan Kelantan dan hanya berfungsi sebagai liabiliti UMNO dalam keempat-empat PRK yang dinyatakan itu.

24 April 2009

SAH PRK N12 PENANTI AKAN DIADAKAN - Pengerusi SPR

Mengenai kekosongan kerusi kawasan DUN Penanti, Sivarasa berkata, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengesahkan pilihan raya kecil di DUN berkenaan akan diadakan.
"Beliau berkata pilihan raya Penanti memang akan diadakan, tapi tak dinyatakanlah bila tarikhnya... SPR akan umumkan pada Isnin ini," katanya.


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PUTRAJAYA: Pakatan Rakyat berkeyakinan cadangan bagi mengehadkan kehadiran jumlah penyokong parti politik pada hari penamaan calon, hari mengundi mahupun semasa pengumuman keputusan tidak akan dilaksanakan.

Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah sebulat suara tidak bersetuju dengan cadangan yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai perkara tersebut semalam.

"Kita semua tidak setuju sebab kalau orang tak ramai... tak meriah, kita pun tak langar apa-apa undang-undang.

"Jadi nampaknya dah kita tak setuju, pilihan raya akan dijalankan seperti biasalah," kata beliau ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan antara wakil-wakil Pakatan Rakyat dengan SPR di sini semalam.
seterusnya di sini

23 April 2009

SPRM Tak Jadi Dakwa Fairus, Ada Udang Sebalik Mee Ker Ni ...?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - SPRM - tidak dapat mendakwa bekas KM1 P. Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin kerana ketiadaan bukti yang kukuh.

Aku bersyukur dengan kenyataan ini. Ramai ahli-ahli dan penyokong PKR dari peringkat bawahan hingga lah ke DSWA dan DSAI juga lega. Fairus juga lega, seperti katanya SPRM telah membersihkan namanya. Lapang lah hatinya, tiada ada apa lagi yang perlu difikirkan. Katanya beliau ingin meneruskan pengajian nya ke peringkat pacsaijazah.

Tapi, tetiba aku terfikir ... apakah ini satu pertukaran?

Baru-baru ini pada 14 April seperti yang dilapurkan oleh Pahang Daily dengan tajuk Fairus Pula Hilang , aku terus teringat pada 3 katak di DUN Perak yang juga hilang beberapa hari dan akhirnya melompat keluar dari Pakatan untuk menjadi Adun Bebas, yang berakhir dengan Perak dirampas oleh BN dengan secara HARAM.

Apakah berkemungkinan Fairus akan melompat samada ke Umno atau menjadi ADUN bebas sebagai pertukaran untuk SPRM tidak mendakwa beliau? Kemungkinan memang ada.

Walaupun BN tetap tidak dapat menawan Pulau Pinang dengan tindakan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan majoriti Pakatan Rakyat di DUN P Pinang.

Kita tunggu apa pula kata SPR Isnin ini ...

UMNO/NAJIB ... sedang menuju kehancuran

KENDURI RAKYAT SEMPENA KEMENANGAN DI PRK BKT SELAMBAU

Saya ingin menjemput semua teman-teman, tanpa mengira kaum, perbezaan fahaman politik mahupun agama untuk menghadiri satu majlis Khenduri Kesyukuran Rakyat anjuran Angkatan Muda Keadilan Kedah, Yayasan Aman dan Majlis Tindakan DUN PAS Bukit Selambau yang bertempat di perkarangan pejabat Yayasan Aman Kedah, Sungai Lalang (Bilik Gerakan AMK Kedah semasa PRK lalu) pada 24hb April ini, Jumaat, mulai jam 8 malam.
Majlis khenduri kesyukuran ini dibuat sebagai tanda terimakasih serta bagi meraikan semua petugas2 dan penyokong2 Pakatan Rakyat yang banyak membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat semasa pilihanraya kecil N25 Bukit Selambau.
Majlis yang berkonsepkan muhibbah pelbagai bangsa ini ada turut menyajikan kira2 30 jenis pelbagai juadah dari kesemua etnik bangsa utama di Kedah, iaitu Melayu, Cina, India dan Siam yang dibuat secara bergotong royong dan sumbangan bersama semua kaum bagi menunjukkan bahawa perpaduan dan keharmonian sebenar antara kaum lebih mampu dicapai dan digarap di negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.
Saya menjemput semua untuk hadir ke majlis ini yang akan dijadikan sebagai satu tradisi baru bagi membina perpaduan dan keharmonian tulen dikalangan rakyat, terutamanya untuk generasi akan datang.


Jom, mai ramai-ramai

KETUA AMK KEDAH
SAIFUL IZHAM RAMLI

Kebebasan Rakyat Terus Dinafikan

Pemerintahan kuku besi najib umno/bn semakin menampakan bayangannya. Kebebasan rakyat semakin luntur gara-gara inginkan kuasa. Pelbagai undang-undang telah dan bakal dilaksanakan demi untuk survival politik najib.

Kalau semasa PRK di 2 Bukit dan 1 Batang dahulu, demi kerana takut pada bayang-bayang, larangan untuk tidak melibatkan kes pembunuhan Altantuya dalam semua kempen telah dikenakan. Tapi kata KPN arahan tersebut satu kesilapan yang datang dari KPD Taiping. Aku tak pasti siapa salah siapa betul.

Yang terbaru SPR bakal menguatkuasakan undang-undang yang menghadkan kedatangan jumlah penyokong sesuatu parti politik pada hari penamaan calon, dan juga jumlah penyokong pada hari mengundi. Mengikut SPR kedatangan penyokong yang ramai pada hari penamaan calon/hari mengundi boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal dan boleh menyebabkan kekacauan. Betul ker ni?

Sebenarnya bukan kekacauan yang ditakuti SPR tapi najib yang tak mahu dunia tahu yang rakyat telah menolak kerajaan sekarang sebaliknya telah menyokong pembangkang Pakatan Rakyat) dimana-mana saja.
Bermula dengan PRK Pmtg Pauh dahulu, berpuluh ribu penyokong Pakatan telah membanjiri pusat penamaan calon dan telah menenggelamkan penyokong BN. Keadaan yang sama juga berlaku semasa PRK Terengganu, PRK Bkt Gantang dan PRK Bukit Selambau. Pada hari mengundi juga dapat dilihat para-para penyokong Pakatan tetap mengatasi penyokong BN.

Hasil dari itu BN kalah kepada Pakatan 4 - 1. najib dah kecut. Lalu diarahkan nya SPR untuk mencari jalan bagi mengatasi kejadian dimalukan itu tidak berulang. .... Dan kebebasan rakyat terus dinodai BN. ...

Apakah lagi undang-undang yang bakal dikuatkuasa kan oleh najib atau agensi-agensi berkaitan selepas ini demi untuk najib terus berkuasa. ...


UMNO/NAJIB ... sedang menuju kehancuran

PRK Penanti - Apa muslihat SPR?

YB Mohamad Fairus Khairuddin (PKR), Timbalan Ketua Menteri 1 P.Pinang telah meletak jawatan sebagai ADUN Penanti pada 16 April lalu atas dakwaan rasuah. Pada kebiasaan nya dalam masa 2 atau 3 hari selepas SPR menerima notis kekosongan dari Speker DUN, maka SPR akan bermesyuarat dan mengumumkan tarikh penamaan calon dan seterusnya tarikh pembuangan undi secepat mungkin.

Tapi tidak untuk kali ini. SPR semacam sudah ada sindrom Malas bekerja. Selepas hampir seminggu, iaitu pada Rabu 22 April baru lah SPR bermesyuarat dan yang paling anehnya, pemgumuman sama ada DUN N12 Penanti itu kosong atau tidak hanya akan diumumkan pada Isnin 27 April.

Apakah yang membuatkan SPR seolah-olah sudah cukup malas dengan Pilihan Raya Kecil?

Segala-galanya adalah disebabkan oleh kekalahan 4-1 UMNO/BN ditangan Pakatan Rakyat pada PRK yang lepas. Umum mengetahui walaupun konon nya SPR dan apa saja Suruhanjaya adalah badan bebas, tapi sejauh mana kebebasan badan-badan ini? Tanya lah diri sendiri.

Suruhanjaya-suruhanjaya ini TIDAK BEBAS. Masih dibawah telunjuk pemerintah. Jadi walau apa saja keputusan yang diambil ia masih tetap menyebelahi pemerintah, masih tetap menguntungkan pemerintah.

Selepas kekalahan 4-1, UMNO/BN dalam keadaan serba salah untuk meneruskan "permainan" ini. Mereka tahu gelombang kebangkitan rakyat sudah bermula. Ditambah pula dengan kes-kes yang tiada penghujungnya yang disabitkan dengan PM baru najib razak terus bermain difikiran seluruh rakyat.

Walaupun penafian demi penafian diberikan, tapi rakyat tetap tidak dapat menerimanya. Tuduhan yang mengatakan najib terlibat dalam pembunuhan model Monggolia Altantuya Shariibu, tuduhan penerimaan komisen pembelian kapal selam terus bermain dibenak sesiapa saja.

Saya tidak yakin yang UMNO/BN tidak akan turut serta sekiranya PRK N12 Penanti diadakan walaupun najib ada membayangkan yang BN tidak akan menyertai PRK Penanti. Dan saya teramat pasti yang BN akan kalah lagi sekiranya mereka bertanding.

BN/UMNO kini sudah takut untuk berdepan dengan rakyat yang pastinya sekali lagi akan menolak mereka sekiranya SPR mengesahkan DUN N12 Penanti kosong. Jadi dari itu berkemungkinan besar SPR tidak akan menerima perletakan jawatan Fairus dan mengiystiharkan tiada PRK di Penanti. Segala-galanya kerana najib takut untuk di malukan sekali lagi.

Pak Lah mungkin sedang tersenyum melihat gelagat najib yang terpaksa berhempas pulas untuk cuba menjadi hero. Hero yang akan lenyap ditelan kebangkitan rakyat tak lama lagi. Insyaallah ....

SPRM Tiada cukup bukti untuk dakwa Fairus

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti dari Keadilan Rakyat itu mendakwa telah dimaklumkan oleh pegawai SPRM berhubung perkara itu petang semalam.

"Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai.

"Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Fairus berkata, beliau memerlukan beberapa hari sebelum bersedia untuk menemui media.

"Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan... sehari dua ini, OK (untuk ditemui)," katanya lagi.

Difahamkan, SPRM tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa beliau berhubung soal rasuah yang dikaitkan dengan aktiviti kuari haram di Pulau Pinang.

Sumber-sumber memberitahu individu yang didakwa membuat pembayaran kepada Fairus juga menafikan berbuat demikian.

Kata sumber itu lagi, individu berkenaan juga telah bebas daripada sebarang salah laku.

Fairus, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkabn projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu.

Beliau juga melepaskan jawatan ADUN Penanti pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pascaijazah.

Fairuz berkata, berkat kesabarannya mengharungi saat getir dikaitkan dengan isu rasuah kuari, akhirnya membuahkan hasil apabila kebenaran berpihak kepadanya.

Beliau yang mendapat anak lelaki semalam menganggap berita baik ini sebagai kegembiraan berganda buat dirinya.

"Inilah berkat kesabaran kita berjuang kerana agama dan bangsa, Alhamdulillah," kata Mohamad Fairus.

Bagaimanapun, pegawai SPRM tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

TERIMA LAPORAN
Dalam pada itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri menerima laporan siasatan berhubung tiga kuari di daerah Seberang Perai Tengah yang didakwa terlibat dalam isu di bawah deklarasi royalti sehingga mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan negeri, semalam.

Lim menerima laporan itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Law Choo Kiang yang mengetuai siasatan itu.
Kata beliau, kerajaan negeri akan bermesyuarat dengan Jawatankuasa Tanah negeri sebelum mengumumkan laporan tidak lama lagi.

"Kita akan lihat cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu sebelum mengambil sebarang tindakan," katanya.

Pada 31 Mac lepas, kerajaan negeri membekukan semua bentuk operasi tiga buah syarikat kuari bertujuan membantu siasatan mengenai isu di bawah deklarasi royalti, yang mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan.

Lim dilaporkan berkata, siasatan itu melibatkan kadar royalti tanah merah dan bahan batuan yang dikurangkan daripada RM3 kepada RM1 satu meter padu meter.

Tiga syarikat kuari itu ialah Kuad Sdn Bhd, Batu Tiga Quarry Sdn Bhd dan Saw Chong Teok Quarry Sdn Bhd.

Sementara itu, Law berkata, selain kerajaan negeri, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Pulau Pinang turut menyiasat kes itu.

"Jawatankuasa yang saya ketuai bertujuan menentukan adakah kekurangan pengiraan dan pembayaran royalti bahan batuan daripada tiga syarikat kuari itu," katanya. BERNAMA

22 April 2009

Media Asing Sudah Mula Burukan Imej Najib

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Belum pun tiga minggu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi media Barat sudah memulakan langkah memburuk-burukkan beliau, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir menambah, dari Perancis sehingga ke Britain dan Australia, rencana-rencana yang disiarkan membawa mesej yang sama dengan dipercayai maklumat disalurkan oleh rakyat tempatan.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

"Perdana Menteri yang baru dikatakan amalkan rasuah dan terlibat dalam kes bunuh.

"Penulis Australia mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pariah," kata Dr. Mahathir sambil menambah, "saya tidak boleh percaya usaha memburuk-burukkan yang begitu banyak berlaku pada waktu yang sama secara kebetulan."

Turut disertakan dalam usaha mengecam Perdana Menetri baru ialah dakwaan bahawa beliau akan membawa kembali konsep kepimpinan "Mahathirism".

"Dengan ini, akhbar Barat nampaknya cuba menunjukkan yang Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir) merupakan seorang diktator yang menangkap orang tanpa sebab, memanipulasikan kehakiman, mengawal media dan sebagainya," katanya.

Justeru kata Dr. Mahathir, beliau menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menghakimi dan mendefinisikan konsep "Mahathirism".

"Mereka adalah pengundi yang Najib perlu mengambil berat. Media asing mempunyai agenda sendiri," kata beliau dalam blognya.

Rakan-rakan media Barat di Malaysia pula menyalurkan dengan berita anti-Najib, jelas beliau.
Katanya lagi, Najib boleh menjangkakan lebih banyak laporan sedemikian daripada akhbar-akhbar asing.

Pun begitu, apa yang rakyat Malaysia fikir adalah penting dan Perdana Menteri perlu membersihkan imejnya dari segi persepsi mereka. -- mStar

21 April 2009

Ugutan Bunuh ADUN Terengganu - SMS Dari Simkad Klon?

Kalau kad kredit klon aku percaya. Aku pernah kena. Tapi kali ni kes Simkad klon? Boleh percaya ke ni? Kena la tanya syarikat telekomunikasi untuk mengesahkan perkara ni. Tak berani aku nak kata Yes or No ... tapi itu lah khabar-khabar angin bersabit dengan siasatan ugutan bunuh beberapa ADUN Terengganu baru-baru ini.
Sekarang sibuk di pejabat MB Mad Said...orang yang disyakki...dikatakan menghilang. Ada yang mengatakan telah ditukar...ada yang kata di beri cuti. Cuti sakit atau cuti rehat...Mana satu yang betul...tunggu dan lihat...Dan berbagai-bagai versi...Ada yang royat beliau ke Bukit Takal Kemaman...
Seterusnya di SINI

Separuh Bogel Ke Macam Ni?


Berita muka depan, walau pun bukan berita utama Harian Metro (kaum kerabat NST dan Berita Hairan lah ni) hari ni yang aku baru tengok sebentar tadi ... "Lagi gambar separuh bogel Eli tersebar"

Aku sekadar ingin bertanya editor akhbar tersebut, Fahamkah saudara maksud atau makna SEPARUH BOGEL ...??

Kenapa masih tak puas hati kah ? Adakah saudara telah melihat gambar tersebut? Jangan lah kerana untuk meningkat kan jualan akhbar, anda telah mengaibkan seseorang. Belum puas lagi kah dengan kisah Eli yang dah cukup panas baru-baru ini?

Saudara Abdullah Wahab (pengarang) sudah pasti lah Islam, dan aku pun Islam, walaupun Eli tu bukan Islam, tapi apakah dengan mengaibkan seseorang yang bukan Islam anda akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda? Atau di beri gaji yang lebih? Aku rasa tidak kan. Segala-galanya hanya kerana mainan politik taukey besar korang ... UMNO/BN.

Kalau kau belum melihat gambar Eli yang kononnya SEPARUH BOGEL tu, ni ha kau tengok gambar di atas. Apakakah gambar tersebut SEPARUH BOGEL seperti yang kau lapurkan?
"Ni gambar orang tidur pakai singlet dan berseluar/skirt panjang hitam tapi nampak ketiak dia lah abah ..." kata anak aku yang bermur 7 tahun.

Pemandu Ambulan, Bekas Cikgu Sekolah Rendah Jadi Pengarah GLC di Terengganu

Ini lah antara sebab-sebab geng 18 (18SX ker) ADUN Terengganu menentang MB Terengganu Mad Said tu. Geng 18SX yang diwakili Rosol tidak bersetuju dengan perlantikan tersebut.
Bukan niat untuk merendahkan pemandu-pemandu ambulan, bekas-bekas cik gu sekolah rendah ni, jangan lah ada yang terasa pulak yer, tapi untuk seseorang tu dilantik sebagai pengarah atau nak jadi pengarah syarikat GLC ni mesti lah yang berwibawa, berpengalaman, tinggi pelajaran nya baru lah boleh dilantik, bukan boleh sembarangan orang.
Tapi boleh juga dilantik kalau sekadar untuk datang mesyuarat, sekadar untuk penuhkan "korum", sekadar nak makan elaun buta. Idea cadangan bernas untuk kebaikan syarikat habuk pun tak dak, ha lepas tu ada la cerita GLC ni dah nak kena gulung tikar, rugi. Awat tak rugi dah letak pengarah-pengarah orang macam ni
Yang ini mungkin aku kena sokong geng 18SX ni.

Selanjutnya boleh baca di mStar

MB Pahang Kena Bayar 63 Juta - Mana Berita Dalam Akhbar?

Malam tadi aku dengar berita, semalam baca dalam malaysiakini ada berita tentang MB Pahang, Adnan Yaakob yang telah diperintah oleh mahkamah untuk melunaskan hutang sebanyak 63 juta (banyak tu beb....) kepada sebuah syarikat pembalakan kerana telah melanggar perjanjian konsesi pembalakan di mukim Bebar, Pekan, Pahang.
Pagi ni aku pun buka lah Utusan Meloya, Berita Hairan online, puas aku cari berita bersabit dengan si adnan ni tak jumpa pun .... Aku senyum sendiri, senyum geram pun ada.
Yang depa sibuk, macam dalam mStar ada lagi cerita pasal YB Eli, pasal konon nya dia tidur pakai baju nampak ketiak (aku dah siarkan gambar tu dua hari lepas). La cerita macam tu pun depa nak besar-besarkan ker? Alahai hangpa tak dak kerja lain dah ker.
Patut berita adnan kena bayar 63 juta tu yang hangpa besarkan, tapi berita Mat Sabu dikeluarkan waran tangkap yang aku jumpa.

20 April 2009

Kenyataan Media YB V. Sivakumar

Speaker Difitnah Oleh Pihak Tidak Bertanggungjawab

Saya rasa terperanjat dengan berita yang disiarkan dalam Akhbar NST hari ini. Menurut Akhbar NST ada pihak yang mengatakan bahawa saya sedia maklum tentang Sidang DUN pada 7 Mei 2009 dan sayalah yang memberi arahan untuk mengeluarkan notis tersebut. Saya membantah sekeras-kerasnya fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Orang yang membuat kenyataan akhbar itu mengatakan bahawa saya ‘tipu’.

Saya tidak akan membiarkan perkara ini. Ini merupakan satu lagi usaha untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya. Kalaulah tuduhan yang dibuat itu benar kenapa pula orang yang mengeluarkan kenyataan itu tidak berani memberi identitinya dalam akhbar. Kenapa hanya mengatakan sebagai orang yang ada kena-mengena dengan Pejabat Menteri Besar.

Saya tidak diberitahu tentang Persidangan 7 Mei 2009. Pada 16 April 2009 (Khamis) saya ada dengar maklumat daripada salah seorang ADUN bahawa sidang DUN akan diadakan pada 7 Mei 2009. Menurut beliau maklumat ini diperolehi daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Saya tidak tahu apa-apa tentang sidang DUN tersebut sehingga hari itu. Saya mengharapkan perkara itu akan dimaklumkan kepada saya secepat yang mungkin. Pada keesokan harinya iaitu pada 17 April 2009 (Jumaat), saya telah menerima panggil telefon daripada beberapa orang ADUN untuk menanyakan tentang notis yang diterima oleh mereka. Saya rasa begitu marah kerana notis dikeluarkan tanpa pengetahuan saya. Notis telah dihantar ke Pejabat DAP untuk ahli-ahli Dewan Negeri DAP. Untuk ahli-ahli yang lain saya tidak ada maklumat bagaimana ia diserahkan.

Selepas itu, saya menghubungi Pejabat Speaker saya untuk menanyakan samada saya menerima apa-apa surat berkaitan Persidangan DUN pada 7 Mei 2009. Saya diberitahu bahawa satu notis telah dihantar ke pejabat saya lebih kurang jam 10 pagi. Notis yang sama telah dihantar oleh Setiausaha Dewan kepada semua ADUN-ADUN yang lain. Saya telah melihat notis itu lebih kurang 1 petang. Saya hanya berjumpa dengan Setiausaha Dewan En Abdullah Antong lebih kurang jam 3 petang selepas beliau balik daripada sembanyang Jumaat. Perjumpaan saya dengan Setiausaha Dewan itu adalah selepas notis dikeluarkan olehnya tanpa sebarang rundingan dengan saya.

Dalam perjumpaan informal itu, saya juga tidak melihat apa-apa dokumen daripada Istana yang mengesahkan persidangan pada 7 Mei 2009. Saya hanya diberitahu tentang persidangan itu selepas notis dikeluarkan dan bukan seperti mana yang dituduh dalam Akhbar NST. Saya akan membuat siasatan penuh mengenai maklumat palsu yang disiarkan dalam Akhbar NST hari ini. Tindakan ini amat memalukan dan mencemarkan nama saya sebagai Speaker Dewan Negeri Perak.

20 April 2009.

V.Sivakumar
Yang Dipertua Dewan Negeri
Perak Darul Ridzuan

http://speakforperak.blogspot.com/

Nga Kor Ming Baca Al Quran Depan TGNA



Sekali lagi Ahli Parlimen Taiping YB Nga Kor Ming telah membaca ayat suci Al Quran dalam ucapan nya di hadapan TGNA di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar malam tadi (19 Apr 09)

DSAI bersama Radio ABC

APRIL 20 – Malaysia’s Opposition Leader Anwar Ibrahim has denied he ensured fresh sodomy claims were made against him in order to gain sympathy.

He is due to face court in July after having a conviction overturned on earlier charges of sodomy for which he went to jail in 1998.

But Anwar has told ABC Radio’s Sunday Profile programme the new charges are not a political ploy on his part.

“I have a wife and six children. I went through hell. I don’t play this game of gutter politics,” he said.

“I was even harassed, as you know, stripped naked again and then thrown into this police lock-up and had to suffer a complete night on the cement with my bad back. This was done by a corrupt and oppressive regime.”

Anwar accuses the Malaysian Prime Minister, Najib Razak, of direct involvement in fabricating the case against him.

“The issue that we have established is number one; medical records state to the contrary, nothing happened, no penetration, but still they insisted on pursuing with the case,” he said.
“Secondly that this officer, this particular volunteer, is linked to the Deputy Prime Minister’s office, paid by his office’s staff.

“He met Datuk Najib, who is now the Prime Minister, met this officer on Monday and then arranged for a report, a meeting with the police on Wednesday, he met me on Thursday, this volunteer, and on Friday he made the report to the police, to the police about the sodomy.
“So the link to Najib is clear.”

The former deputy prime minister of Malaysia has some optimism for the future of political opposition in the country though.

He says people are now more willing to stand up to the government.

“They are more vocal, they have more courage now,” he said.

“I think not all members of the judiciary would like to repeat the process and be condemned by Malaysians and by the international community as being lackeys of the ruling corrupt clique.”

Anwar’s opposition Parti Keadilan Rakyat (People’s Justice Party) party is one of three major opposition parties, along with the Chinese-based Democratic Action Party and the Islamic Party.
He says all the Opposition parties are committed to knocking the ruling Umno party out of power and strengthening freedom of speech and the rule of law.

“You have to accept the fact that there is a widespread clamour for change,” he said.

“Had the elections on March 8 (2008) been fair and free we would have won as seen from the results on March 8. Now it did not happen because the electorate process is clearly fraudulent.”
The Government is guilty of playing “gutter politics” and using xenophobic language to try and scare the electorate, Anwar said.

“You see this during the last Umno general assembly, giving threats at those people, those immigrants, making unreasonable demands, appealing to the Malay sentiments,” he said.

“I think the whole strategy of the Umno, lead by Najib, is to deflect attention on issues of governance, of corruption, of increasing crime and complicity in many of the allegations of crime that’s committed by the ruling clique and saying that the Malays are now under threat.” – Australia Broadcasting Corporation

19 April 2009

BN AKAN BERTANDING DI PENANTI

Dari firasat aku, BN pasti akan bertanding di PRK Penanti.

Seperti yang di hebohkan di dada-dada akhbar hari ni, mahathir telah menyuarakan agar BN masuk gelanggang N12 Penanti.

Walaupun najib berkata besar kemungkinan BN tak akan menyertai PRK Penanti nanti atas alasan perbelanjaan yang tinggi, atas alasan ini hanyalah mainan politik pembangkang (pakatan rakyat) tapi itu hanyalah cakap-cakap kosong di peringkat awal saja.

Yang pasti najib akan tetap mendengar nasihat orang tua nyayuk tu, mahathir. Kalau tak masakan anak nya yang telah kalah merebut jawatan Ketua Pemuda Umno masih boleh berada dalam kabinet? Apakah ini bukan atas kehendak mahathir?

Walau pun itu hanyalah sekadar pandangan dari mahathir agar BN tidak membiarkan pakatan rakyat menang tanpa bertanding di Penanti, tapi apakah si najib berani melawan tokey?

Sama-sama kita tunggu apa kata SPR Khamis ini samaada PRK Penanti akan menjadi kenyataan atau tidak.

YANG MANA 1 NAK PERCAYA NI -

Najib Razak balik Pekan semalam. Maka heboh lah satu dunia PM baru balik kampong. Aku tak kisah lah dia nak balik kampong dia. Jumpa pengundi dia. Itu dia punya hal lah. Maka diarah lah seluruh rakyat jelata di daerah Pekan untuk sambut kepulangan PM baru ni.

Yang geli hati aku ni, jumlah rakyat yang pakat turun mai sambut tu ... Malam tadi aku dengar berita TV3suku pukul lapan katanya hampir 20 ribu orang, lepas tu aku dengar pula Nightline kat TV3suku jugak lah, berita orang putih jam 12 tghmalam dia kata 15 ribu saja pula. Dah tak betul dah ni walaupun berita dari saluran yang sama cuma bahasa saja yang lain nya.

Yang paling geli lagi pagi ni bila aku buka Utusan Meloya online ... dia kata hampir 70 ribu orang mai sambut najib razak di Pekan ni. Wahai utusan kalau nak bodek najib pun biarlah berpada-pada. Jangan lah sampai nak PEMBOHONG pembaca

Kesimpulan yang aku dapat .... memang lah hangpa ni PEMBOHONG BESAR.

Aku tak nafikan memang ramai la kot sebab yang turun mai tu mak cik pakcik yang disediakan bas percuma, makan percuma dan silap-silap dapat pulak duit rokok lagi RM10 seorang.

Dan najib pun berucaplah dengan lantang nya ... rakyat tak tolak BN tapi rakyat tolak pemimpin yang tak dekati rakyat.

Tapi najib, kalau dah tau rakyat tak suka pada satu-satu pemimpin, kenapa orang-orang yang dah rakyat buang pun masih dilantik ke kabinet? Kor Tsu Koon, Masitah, Awang Adik, Sharizat Jalil, Chew Mei Fun, dan yang si Jamil Khir Baharum ni ada ke rakyat kenal dia sebelum ini. Tak ada rakyat yang kenal dia sebagai ahli politik pun, tapi macamana oleh masuk kabinet. Cakap tak serupa bikin lah anak Razak ni .... memang hangpa PEMBOHONG besaq

KES KHALWAT (2) : POLIS DI TANGKAP DI PANTAI BAGAN AJAM

Timbalan ketua balai polis, pasangan disiasat khalwat

BUTTERWORTH: Seorang timbalan ketua balai polis berpangkat sarjan ditahan kerana disyaki berkelakuan kurang sopan bersama teman wanitanya di dalam kereta di tepi pantai Bagan Ajam di sini, semalam.

Sarjan berusia 40-an yang bertugas di Kedah, ditahan bersama wanita berusia 43 tahun itu pada jam 12.40 tengah malam kelmarin dalam Ops Maksiat yang dijalankan secara bersama oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) dan polis.

Ketika serbuan dilakukan, anggota berkenaan dan pasangannya yang juga seorang guru sekolah menengah di Sungai Petani, berselimut di tempat duduk bahagian depan dalam kereta.

Ketua Unit Operasi Jaipp, Khairul Azman Azizan, berkata apabila cermin kereta itu diketuk untuk pemeriksaan, sarjan itu mengaku dia seorang ketua balai tetapi enggan menunjukkan kad pengenalan diri.

Katanya, anggota polis itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan Jaipp, enggan bekerjasama, sebaliknya menuduh penguat kuasa agama berkenaan menganiayanya.

Selepas hampir 40 minit penguat kuasa Jaipp memujuk lelaki itu supaya bekerjasama tetapi gagal, mereka meminta bantuan seorang pegawai trafik Butterworth.

“Seorang pegawai trafik yang tiba di tempat kejadian juga gagal memujuk lelaki itu supaya bekerjasama. Berikutan itu, anggota polis berkenaan dan pasangannya dibawa ke Balai Polis Trafik Butterworth,” katanya.

Ketika berada di balai itu, anggota polis terbabit terus berdegil dan enggan bekerjasama, sebaliknya terus mempertikaikan tindakan Jaipp dan keadaan itu berlarutan sehingga jam 5 pagi semalam.

Khairul Azman berkata, hanya selepas campur tangan seorang lagi pegawai dari Balai Polis Butterworth, anggota berkenaan mengalah dan akur dengan tindakan Jaipp.

Berikutan itu, beliau dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk membolehkan Jaipp membuat laporan polis terhadapnya berhubung tangkapan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkelakuan kurang sopan di tempat awam.

Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 19 (1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 2004 kerana enggan memberi nama dan alamat kepada pegawai penguat kuasa agama. -- KOSMO

KES KHALWAT ZAMZARINA - BLOGGER DISIASAT

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat identiti seorang suspek yang dipercayai menyebarkan fitnah terhadap personaliti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Zamzarina Zambri menerusi satu laman blog.

Kosmo! Ahad difahamkan, polis masih menyiasat identiti blogger terbabit.

"Melalui laporan yang dibuat mangsa pada 8 Mac lalu, Zamzarina mendakwa fitnah tersebut tersebar selepas ia ditulis dalam satu laman blog yang kita sendiri masih mencari penulis sebenarnya.

"Setakat ini kita masih menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjejaki penulis sebenar,'' kata satu sumber di sini semalam.

Zamzarina, 36, sebelum ini difitnah kononnya berkhalwat dengan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf dan kedua-duanya menafikannya.

Pada 27 Mac lalu Kosmo! melaporkan, setelah sekian lama membisu, Zamzarina akhirnya bersuara berikutan dakwaan khalwat dirinya yang disamakan dengan pelakon Memey Suhaiza dan Norman Hakim. -- Kosmo

18 April 2009

Yang Pelik-Pelik Di Era Najib

Aku tak faham, aku tak tau nak kata apa, keadaan semakin menjadi pelik. Banyak sangat dah perkara yang pelik-pelik berlaku akhir-akhir ini. Kenapa juak-juak ameno takut sangat.Kalau dah tak buat kenapa perlu takut.

Yang terbaru, empat stesen tv (TV3, NTV7, 8TV DAN TV9) telah diarahkan untuk TIDAK MENYEBUT NAMA RAZAK BAGINDA dalam SEMUA LAPURAN BERITA bersabit dengan pembunuhan ALTANTUYA. Menurut satu lapuran, arahan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan Media Prima, syarikat yang menguruskan keempat-empat stesen tv swasta tersebut.

Kalau sebelum ni semasa tempoh berkempen pilihanraya kecil di 2 Bukit dan 1 Batang, arahan telah dikeluarkan agar tidak menggunakan kes pembunuhan ALTANTUYA sebagai bahan kempen, walaupun akhirnya dinafikan oleh Musa Hassan.

Memang negara sedang dilanda sindrom PELIK. Perkara yang tak pernah terfirkir oleh kita sebagai rakyat telah dan akan terus berlaku. Kita akan terus dinafikan hak kebebasan.

PELIK yang paling awal bermula dengan penangkapan Raja Petra apabila beliau membuat lapuran tentang PENGLIBATAN NAJIB RAZAK DAN ROSMAH dalam PEMBUNUHAN ALTANTUYA. Memang pelik sangat.

Walaupun tak berapa PELIK tapi agak aneh apabila tiga PRK di Bkt Selambau, Bkt Gantang dan Batang Aii diadakan serentak pada bukan hujung minggu.

Bila Najib Razak naik jadi PM dia pun membebaskan 13 tahanan ISA, ramai orang kata "ooooo baguih o najib dah mula bebaskan tahanan ISA, tapi ramai yang tak tau (termasuk lah aku - sehingga lah semalam) dalam diam-diam 3 orang telah di ISA KAN pada 1 April baru-baru ni. PELIK ke tak ni.

Najib juga menarik balik penggantungan terhadap HARAKAH dan SUARA KEADILAN tapi semalam akhbar Harakah dan Suara Keadilan telah di rampas oleh penguatkuasa sepupu najib (KDN) di Jalan TAR.

Iskh susah aku nak fikir kalau keadaan terus macam ni

Juga agak PELIK apabila Mahkamah boleh membatalkan penggantungan Zambry dan ADUN nya yang telah digantung oleh Speaker DUN Perak baru-baru ini.

Disini aku rasa YB Govind (YB Kawasan aku ni) juga boleh membawa kes penggantungan nya selama 12 bulan itu ke Mahkamah.

Semalan pula ada aku terbaca yang SPR sedang dalam proses untuk memperkenalkan undang-undang terbaru (mungkin akan dilaksanakan sebelum PRK Penanti nanti) untuk menghadkan kedatangan penyokong sesebuah parti pada hari penamaan calon.

Lepas ni apa lagi NAJIB nak buat? Katanya SATU MALAYSIA - RAKYAT DI DAHULUKAN - RAKYAT DIUTAMAKAN .... ??? beginikah cara nya wahai NAJIB? Boleh tolong jawab?

DSAI CABAR BN JANGAN BERTANDING DI PENANTI JIKA BAZIR WANG RAKYAT

Ketulusan dan ketelusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak teruji apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar beliau supaya jangan meletakkan calon Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Penanti yang bakal diadakan dalam tempoh 58 hari lagi.

Cabaran itu dibuat kerana Najib semalam menyatakan bahawa pilihanraya kecil hanya permainan politik Pakatan Rakyat yang membazirkan dana awam. Beliau menyeru rakyat menolak taktik politik sedemikian.

“Kita akan akur dengan kenyataan Perdana Menteri supaya jangan membazir dana awam. Oleh itu saya menyeru pimpinan BN dan Umno supaya tidak meletakkan calon mereka dalam pilihanraya kecil Penanti. Beri Pakatan Rakyat kemenangan percuma.

”Tindakan ini bukan sahaja dapat menjimatkan dana pembayar cukai, masa dan juga tenaga tetapi ia adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri,” kata Anwar di Permatang Pauh malam tadi.

Beliau berkata, kenyataan Najib itu sebenarnya adalah bertentangan dengan tindakannya yang mengatur konspirasi politik di Perak apabila dilantik menjadi Ketua Perhubungan Umno dan BN untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu

Pilihanraya kecil di Penanti adalah yang keenam sejak pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Ia bermula dengan parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta kerusi dewan undangan negeri Bukit Selambau dan Batang Ai.

Setakat ini PKR pimpinan Anwar menang dua; PAS dua, dan PRS/BN menang satu. Umno kalah dalam kesemua tiga pilihanraya kecil yang ditandinginya.

Dalam ucapannya Anwar menyifatkan peletakan jawatan Fairus sebagai ”tepat dan betul” kerana beliau kini dibelit penyiasatan Suruhanjaya anti-rasuah Malaysia (SPRM).

”Fairus mungkin tidak didakwa tetapi kepentingan rakyat dan parti mesti didahulukan. Saya menghormati keputusannya meletak jawatan tetapi parti akan memelihara dan melindungi kepentingannya. Kita akan menyediakan bantuan guaman untuknya,’ kata Anwar.

Mohammad Fairus mengemukakan surat peletakan jawatannya Khamis lalu dan ini membuka jalan pilihanraya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dijangka mengumumkan pada 24 April bila pilihanraya kecil akan diadakan jika disahkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti berlaku.

Komen Najib mengenai isu Penanti ini agak menyimpang daripada kenyataan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan bahawa Umno dan BN sudah bersedia menggerakkan jentera pilihanraya bagi merampas kerusi tersebut.

Bagaimanapun akhbar tempatan hari ini segera menyiarkan statistik Polis Diraja Malaysia dan juga SPR untuk membuktikan bahawa kos lima pilihanraya kecil yang dikendalikan sejak pilihanraya umum tahun lalu adalah besar.

SPR dilaporkan membelanjakan RM2.4 juta untuk mengendalikan pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh (RM 409,000); Kuala Terengganu (RM 580,000); Bukit Gantang (600,000), dan untuk dua kerusi dewan undangan negeri Batang Ai (RM400,000) dan Bukit Selambau (RM400,000).

Sementara polis pula berbelanja sejumlah RM31 juta untuk mengawal kententeraman dan keselamatan awam bagi kelima-lima pilihanraya kecil berkenaan.

Pecahan perbelanjaan polis adalah seperti berikut -- Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 (RM 2.5 juta); Kuala Terengganu pada 24 Januari 2009 (RM 11.5 juta); Bukit Gantang (RM 7 juta); dan RM 10juta di Batang Ai dan Bukit Selambau.

- tvantara

Krisis Politik Terengganu - Apa kata TGHA

17 April 2009

Jom Pi Penanti Malam Ni

KUALA LUMPUR, 17 APRIL (SK) - Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim akan memberi amanat kepada rakyat di Permatah Pauh malam ini dalam satu pertemuan di Yayasan Aman, di Kubang Semang malam ini.

Anwar dijangka isu-isu politik semasa membabitkan kepentingan rakyat dan perjuangan Pakatan Rakyat untuk difahami oleh rakyat.

Selain itu, Fairuz Khairudin yang meletakan jawatan sebagai Adun Penanti dijangka akan turut menghadiri dan memberi penjelasan mengenai perletakan jawatan beliau.

Pertemuan berkenaan akan diadakan pada jam 9 malam dan seluruh rakyat dijemput hadir. -- Suara Keadilan

16 April 2009

SAH - Fairus Letak Jawatan ADUN Penanti

KUALA LUMPUR, 16 APRIL (SK) -Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan perletakan jawatanya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuat kuasa hari ini.
Beliau yang juga bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang berkata dalam satu kenyataan hari ini, akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Pasca Siswazah sebagai alasan perletakan jawatan.

Berikut adalah kenyataan penuh Fairuz:
Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.
Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.
Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.
Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.
Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato’ Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

PRK Penanti - FAIRUS Letak Jawatan

Setelah beberapa lama menjadi teka teki apabila beliau meletak jawatan sebagai TKM 1 Pulau Pinang, maka hari ini YB Fairus Khairuddin telah meletak jawatan sebagai ADUN Penanti.

Walau bagaimana pun beliau masih mempunyai harga diri dengan tidak melompat kemana-mana parti atau menjadi calon bebas.

Beliau dijangka mengemukakan surat perletakan jawatan nya pada petang ini.
Dua ADUN disebut-sebut untuk mengisi kekosongan jawatan TKM 1 itu, tetapi sehingga kini DSAI masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi tentang siapakah yang bakal menduduki jawatan no 2 itu.

Berita lanjut menyusul

TKM 1 Pulau Pinang. Betulkah DSAI Tertekan?

PULAU PINANG 15 April - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melanjutkan tempoh kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengemukakan calon untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.
Guan Eng juga tidak menolak bahawa Anwar berada dalam keadaan tertekan untuk mengemukakan calon yang sesuai bagi menyandang jawatan paling kanan dalam pentadbiran kerajaan pakatan Pas-DAP-PKR itu.
"Saya tidak akan umumkan apa-apa hari ini, semuanya ada dalam satu kenyataan akhbar yang telah saya sediakan, minta maaf ...," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada 28 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di sini hari ini.
Guan Eng memaklumkan mengenai tempoh lanjutan itu kepada media dalam kenyataan Ketua Menteri itu yang diedarkan kepada pemberita selepas majlis tersebut di sini hari ini.
Ketua Menteri itu kemudian bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menghadiri majlis upacara angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum itu, puluhan wartawan menunggu sidang media Guan Eng yang dikatakan akan membuat pengumuman mengenai Timbalan Ketua Menteri 1 yang dipilih bagi menggantikan penyandangnya iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang melepaskan jawatan tersebut pada 8 April lepas.
Guan Eng juga enggan menjawab pertanyaan pemberita berhubung tarikh baru bagi mengumumkan individu yang terpilih untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
Beliau menegaskan kelewatan itu juga tidak bermakna bahawa Anwar tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin.
Guan Eng berkata, antara soalan yang mungkin diasak kepada Anwar ketika ini ialah mengapa kekosongan itu tidak diisi oleh ADUN Sungai Bakap, Maktar Shafee kerana beliau antara calon PKR yang layak.
Selain itu, mungkin Anwar menghadapi kesukaran untuk memilih antara Maktar dengan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abdul Kassim dan kelewatan dikaitkan dengan strategi jika pilihan raya kecil DUN terbabit diadakan.
Guan Eng juga yakin bahawa Anwar mempunyai penjelasan tersendiri berhubung perkara tersebut selepas calon yang sesuai dilantik nanti.
Sementara itu, Abdul Malik yang juga Setiausaha PKR Negeri berkata, kelewatan Anwar mengemukakan nama bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 tidak menjejaskan hubungan baik antara PKR dan DAP.
Beliau berkata, kedua-dua parti masih kukuh dan sentiasa bekerjasama berganding bahu mentadbir negeri ini.
Pemilihan individu untuk mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1, katanya, mestilah daripada PKR.
"PKR negeri telah membuat keputusan untuk serahkan kepada Anwar untuk buat pemilihan dan kita semua percaya dengan kewibawaan beliau," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat delegasi Wilayah Henan, China di sini hari ini.
Abdul Malik juga tidak menafikan bahawa Ketua Menteri mempunyai kuasa penuh bagi melantik timbalannya, bagaimanapun PKR juga mempunyai peluang untuk mengadakan perbincangan berhubung calon yang sesuai.
Mengulas kemungkinan berlaku krisis dalaman dalam PKR berhubung kelewatan itu beliau menegaskan bahawa tiada sebarang masalah yang berlaku dan parti itu tetap kukuh dan terus kukuh.
"Proses pemilihan adalah di tangan Anwar dan kami akan berikan keputusan yang benar-benar menepati kehendak rakyat," tambah beliau. - BERNAMA

15 April 2009

Hilmi Malik - Bekas Teman Lelaki Eli

Mulanya saya tidak bercadang untuk mengonsgsikan kisah ini. Tetapi apabila kerajaan Selangor mengumumkan menawarkan semula jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan kepada Elizabeth Wong tengah hari tadi saya rasa perlu dipostingkan untuk kisah ini sebagai kenangan. Lagipun Elizabeth juga dilaporkan bersedia untuk kembali bertugas memegang jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan, mulai esok.

Kisahnya begini: Jam 1:13 pagi (malam tadi) saya menerima satu panggilan dari lelaki misteri. Dia tidak memperkenalkan namanya cuma memberi klu, “saya orang yang dicari orang seluruh Malaya waktu ini,” katanya mengejutkan saya.

Saya lantas menebaknya dengan berkata; Ini Hilmi Malik (foto) ke?, telah saya.
“Iya, abang kenal saya! Abang ingat tak saya kita pernah jumpa dan bercakap-cakap suatu masa dulu,” ceritanya mengembalikan ingatan saya. Timbul juga rasa ragu dalam diri siapakah pemanggil ini sebenarnya. Panggilan jam 2:00 atau 4:00 telah menjadi kebiasaan bagi saya.

“Dimana ya?, tanya saya ingin kepastian sambil terus berfikir mencari-cari sendiri. Timbul juga di kepala takut pemanggil itu menyamar dan mahu mengorek sesuatu dari saya. Selalunya tidak ada lain yang diingatkan, melainkan polis.

“Kita pernah berjumpa di Taman Melewar, lama dulu. Kita pernah bercakap dan abang berikan saya bisnes kad. Saya juga sering baca buku-buku abang. Ketika itu abang baru terbitkan buku Hitam Putih Darul Arqam. Saya bertanya abang mengenai buku berkenaan. Ingat?” tanyanya.
Saya tidak teringat langsung kenangan itu. Tetapi memang saya ada terbitkan buku yang disebutkan itu pada tahun 2004. Maknanya dia bertemu saya kira-kira lima tahun lalu.

“Di mana ni? Saya mahukan kepastian, ingat dia sudah berada di tanah air.

“Saya di Indonesia bang!’, jawab ikhlas.

Saya mahu tengok nombor telefon, tetapi kerana lampu ketika itu sudah tutup, jadi saya biarkan saja. Tenguk kemudian. Saya mempercayai kalau dia memanggil dari Indonesia.

“Hilmi” banyak hendak bercerita malam tadi tetapi agak gugup untuk memulakan di mana. Mulanya dia mengakui apa yang saya posting dalam blog sebelum kisah gambar bogel Elizabeth itu tersebar luas. Dalam posting itu saya mendedahkan secara samar yang Exco Selangor ada skandal.

“Saya mengakui apa yang abang tulis itu betul. Skandal itu melibatkan saya dengan Elizabethlah...” begitulah kira-kira tuturnya. “Tetapi apa yang sebenarnya berlaku banyak orang tidak tahu, bang,” katanya.

“Apa sebabnya yang berlaku?, tanya saya jadi semakin berminat dan yakin pemanggil itu adalah “Hilmi’.

“Inilah saya nak cerita yang sebenar kepada abang, biar abang tahu dan abang boleh tulis dalam blog,” dia memulakan bercerita. Malangnya percakapan tenggelam timbul, ada kalanya jelas ada kalanya tenggelam terus.

“Saya rasa bersalah atas apa yang berlaku sekarang ini, bang. Saya tidak tahu nak buat macam mana. Gambar yang dikatakan bogel itu sebenarnya saya tidak tahu gambar mana dan datang dari mana,” katanya.

“Sapa yang tangkap gambar itu?” tanya saya.

“Saya tidak tahu... tetapi.... (tenggelam), telefon saya hilang secara misteri. Mungkin gambar berkenaan ada dalam telefon saya,” jelasnya tanpa hujung pangkal.

Menurutnya beliau ada menceritakan perkara ini kepada beberapa pemimpin Keadilan. “Saya ada jelaskan kepada beberapa pemimpin Keadilan, dia kawan saya juga, kami selalu berhubung” ceritanya. Menurutnya kawannya itu memahami apa yang berlaku.

“Bila sebenarnya you berpisah dengan, Eli?” soal saya.

“Baru... bulan Februari saya masih lagi berhubung dengannya,” jelasnya.
“Kenapa you tidak balik?” acah saya.

“Saya tahu kalau saya balik saya akan ditangkap. Jadi untuk menjaga parti, kita sayang parti, kalau saya kena tangkap saya akan dibawa ke seluruh negara untuk mencerita perkara sebenarnya. Kalau ini berlaku parti akan cemar dan kotor,” kata “Hilmi” semacam bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Keadilan dan Elizabeth Wong.

“Jadi apa yang you nak buat sekarang,” tanya saya. Sampai di sini telefon tiba-tiba putus. Saya menanti beberapa minit takut ada call balik. Tetapi tidak ada sampailah ke saat ini.

Saya tidak dapat memastikan apakah dia benar-benar Hilmi! Nombor telefon yang tertera di skrin telefon saya mempunyai sebelas digit dengan kod awalnya 015. Saya tidak pasti apakah 015 itu nombor dalam negara atau luar negara.

Daripada apa yang dapat saya rumuskan dari perbualan tengah malam itu, Hilmi semacam merasa bersalah dengan apa yang berlaku. Dia juga semacam kesal atas nasib yan dialami Elizabeth. Dia cuba membayangkan dia tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan dan ada pihak yang sengaja memerangkapkannya. Dia juga semacam buntu untuk menyelesaikan masalah yang ditanggungnya itu.

Bagaimana pun apa yang terus menjadi persoalan saya, sekiranya beliau tidak bersalah kenapa beliau harus melarikan diri dari buruan polis? Kalau benar yang bercakap semalam Hilmi saya merayu agar beliau menyerahkan diri dan usah berselindung lagi. Ke mana sdr hendak melarikan diri, dunia ini terlalu sempit bagi mereka yang dikejar bayang-bayang kesalahan!


sumber : MSO

TKM 1 Pulau Pinang kekal kosong

Buat sementara waktu jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang akan dibiarkan kosong , demikian menurut kata Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng semalam.
Kekosongan jawatan ini berlaku setelah ADUN Penanti YB Fairus meletak jawatan baru-baru ini.
Kata YAB LGE lagi, beliau memberi masa kepada DSAI untuk menyelesaikan sedikit masalah dalaman sebelum menentukan siapa yang layak untuk jawatan tersebut.
Sebelum ini dua nama disebut-sebut bakal mengisi kekosongan jawatan tersebut. Mereka adalah Abdul Malik Abul Kasim ADUN Batu Maung dan Maktar Shapee ADUN Sungai Bakap.

N Sembilan belanja RM45,786 untuk Rosmah


Pada 7 April lalu, isteri Najib Razak telah membuat lawatan ke Negeri Sembilan. Sempena dengan lawatan tersebut, demi untuk mengambil hati PM baru tu, kerajaan negeri telah menempah ruang iklan di sebuah akhbar dengan nilai RM45,786.

Apakah perlu wang rakyat sebanyak itu dibelanjakan semata-mata untuk seorang isteri PM yang semakin kurang diterima oleh rakyat?

Itu baru iklan di akhbar, belum di kira lain-lain perbelanjaan bersabit dengan lawatan ini.

"Lu fikir lah sendiri".... pinjam kata-kata Nabil

14 April 2009

Ada Sesiapa Nak Buat Repot Polis Kes Budak Ni?



Lihat lah sendiri. Mungkin ramai yang pernah dengar kes budak ini dahulu.
UMNO Pekida dan yang sewaktu dengan nya tak nak buat repot polis ker? Kan ke budak ni dah mempersendakan Islam?. Dia di kafir asalnya tetapi akhir nya satu keluarga telah memeluk Islam ...

Fairus Pula Hilang

PULAU PINANG [4.53 pm] -Nampaknya kemelut politik terbaru bakal melanda Pulau Pinang berikutan perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 iaitu YB Fairus Kamaruddin (foto) baru-baru ini.

Tambah mengejutkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu setakat ini masih tidak mengemukakan permohonan bercuti daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang dijadual bermula 20 April. "Setakat ini, tiada sebarang permohonan untuk bercuti dikemukakan Adun Penanti itu," kata Speaker DUN Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini, Abdul Halim berkata, permohonan cuti masih boleh dibuat sehari sebelum sidang Dewan bermula jika Mohammad Fairus berhasrat untuk tidak menghadiri sesi DUN kali ini. "Beliau perlu memaklumkan kepada Setiausaha Dewan dan saya sendiri jika berhasrat untuk bercuti," katanya.

Sejak mengumumkan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 pada pertengahan bulan lalu, Mohammad Fairus tidak dapat dihubungi dan tidak diketahui berada di mana ketika ini.

Abdul Halim berkata, seseorang Adun perlu menghadiri sesi persidangan DUN untuk sesuatu penggal sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keanggotaannya sebagai Adun terlucut dan kerusi itu dianggap dikosongkan.

"Seseorang Adun dikira sudah menghadiri sidang Dewan untuk penggal berkenaan walaupun dia datang hanya lima minit sahaja. Menurut perlembagaan, jika Dewan tidak bersidang dalam tempoh enam bulan, secara automatik Dewan juga akan terbubar dengan sendirinya," katanya.

-- Pahang Daily

Kalau Lah YB Aku Macam Ni ...

SESEKALI JOM KITA BERSANTAI dengan lagu ND Lala ni

DIARY YB

Bangun pagi-pagi, tamu dah menanti
Bukan nak minum kopi tapi nak tanya pasal subsidi

Hai belum sempat sarapan dah ada satu panggilan
Kaum kerabat orang kanan nak minta surat sokongan

Jam baru pukul lapan YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan pengundi tahan minta bantuan

Disambut dengan kompang ayam itik banyak lah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang disuruh YB segera timbang

Pada waktu tengahari ada pula jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi silap-silap nanti kurang undi

Hai dalam sibuk-sibuk orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang ada satu sidang
YB tak boleh tak datang takut nanti kerusi terbang

Sebelum senja YB ke padang bola YB dijemput sampaikan piala
Sambil itu mereka bertanya jersey baru kami macamana

Bila malam tiba ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia kena tanya mungkin kes nanya

Bila habis berceramah kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah tapi nak tinjau masaalah

Walau dah lenguh badan YB balik ke cawangan
Ditanya orang harapan apakah strategi lawan

Lewat malam digerai tepi jalan YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan sambil itu kenalah belanja makan

Sewaktu YB balik burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri dan tak larat celik anak-anak pun dah lama tergolek

Selepas YB mandi YB belek itu dan ini
kemudian picit-picit dahi sendiri cari jalan nak tolong pengundi

Hingga dinihari YB tak tidur lagi
Esok pagi-pagi dah ada tamu menanti .......................... Assalamualaikum YB

UMNO Perlis Pula Bergolak

SHAHIDAN - MAT ISA BEREBUT JAWATAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN NEGERI

Perebutan Jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis diantara penyandangnya, Shahidan Kasim dengan Menteri Besar Md Isa Sabu berterusan.

Sebagai Menteri Besar, kata Md Isa dia layak memegang jawatan tersebut. Manakala Shahidan pula berkata, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan dia layak menjadi Menteri Besar. Kata Shahidan lagi, perlantikan MB Perlis bukan dibuat oleh PM tetapi oleh pihak-pihak tertantu yang telah menggunakan segala tipu muslihat.

Hah ini sudah kacau. Jadi siapa yang layak sebenarnya ni?

Jadi Shahidan telah mengesyorkan agar jawatan ini di pegang oleh TPM saja, Muhyiddin.

Kita tunggu apa episod selanjutnya ....

12 April 2009

TKM 1 P Pinang - ADUN Batu Maung atau ADUN Sg. Bakap

Abdul Malik Abul Kasim ADUN Batu Maung dan Maktar Shapee ADUN Sungai Bakap adalah dua calon dari PKR yang telah disenaraikan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Ketua menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng berkata, DSAI talah memaklumkan kepadanya bahawa bakal TKM 1 adalah ADUN PKR keturunan Melayu.
LGE berkata lagi, walau pun dia mempunyai kuasa mutlak untuk melantik sesiapa saja untuk jawatan tersebut, tapi atas dasar setiakawan beliau telah meminta DSAI untuk menamakan calon dari PKR yang layak untuk mengisi jawatan tersebut -- BERNAMA

Janda 2 Kali UMNO Gila Talak

"Kalau anak dara bolehlah kita pinang...ini dah janda dua kali, susah tu," kata Annuar Musa dengan berseloroh.

Itu lah kata-kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berhubung dengan isu Ibrahin katak ingin kembali kepangkuan UMNO.

Ibrahim yang digugurkan dari jawatan Ketua Bahagian UMNO Pasir Mas pada 2003 dan seterusnya digantung keahlian nya seumur hidup pada 2004 kini berura-ura untuk kembali kepada UMNO.

Tuan Guru Dato' Hj Nik Aziz baru-baru ini pernah meminta Ibrahim agar mengosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya dengan tiket PAS pada PRU 12 lalu. Tingkah laku Ibrahim dalam parlimen seolah-olah dia mewakili UMNO.

Satu lagi PRK Parlimen mungkin akan berlaku ....

TERKINI - Beberapa Ahli Parlimen Akan Meletak Jawatan

"Salam,
Khabarnya setelah ramai yang kecewa dengan pengumuman barisan kabinet yang baru, 2 Ahli Parlimen dari Terengganu, 1 Ahli Parlimen dari Sabah, 1 Ahli Parlimen dari Perak, dan 1 Ahli Parlimen dari Johor akan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen.
Mereka ialah Dato Mohd Nasir-Kuala Nerus-,Dato Mohd Jidin-Setiu-,Dato Tajuddin Rahman-Pasir Salak,Dato Bung Mokhtar-Kinabatangan-,dan Datuk Halimah Sadiuqe-Tenggara.Mereka dikatakan akan meletak jawatan sebagai langkah awal dan akan diikuti oleh ahli parlimen lain.
Ini berlaku berikutan Y.A.B PM yang baru telah membentuk suatu barisan kabinet yang goyah dan tidak stabil dan mereka telah hilang kepercayaan terhadap Y.A.B PM yang baru" .
Aku dah kata dahhhhhh . . .
sumber:

"Orang Lain Saya Tak Pasti, Tapi Saya Tidak" kata Rosol


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid memberi jaminan beliau tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula esok.

Malah beliau turut menafikan sekeras-keranya dakwaan yang mengatakan bahawa beliau akan mengetuai beberapa lagi ADUN Barisan Nasional (BN) yang lain untuk berbuat demikian.

"Tak ada...tak ada rancangan nak buat begitu (usul undi tidak percaya).

"Saya jamin saya tak akan kemuka sebarang usul undi tak percaya kepada Menteri Besar," katanya kepada mStar Online.

Persidangan DUN Terengganu dari Isnin hingga Rabu ini akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Jelasnya lagi dakwaan tersebut sememangnya tidak berasas dan beliau turut hairan mengapa namanya dikaitkan dengan perkara tersebut.

"Ini semua tidak betul, saya pun pelik kenapa orang kaitkan nama saya dengan benda-benda begini," katanya.

Desas-desus yang mengatakan ada ADUN BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Said mula tersebar sejak beberapa minggu lepas.

Sebelum ini, khabar angin turut mengatakan bahawa jawatan Menteri Besar akan bertukar tangan pertengahan tahun ini malah perkara tersebut semakin hangat diperkatakan sejak Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Khabar angin itu mengatakan bahawa akan ada perubahan beberapa jawatan Menteri Besar termasuk Terengganu di bawah pentadbiran Najib.

Bagaimanapun jelasnya beliau tidak dapat memastikan jika ada ADUN lain yang ingin mengutarakan usul berkenaan.

"Orang lain saya tak pastilah macam mana, itu terpulang kepada merekalah, tapi bagi saya memang tak ada," katanya.

Beliau turut mengesahkan akan menghadiri persidangan DUN yang akan bermula esok.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar yang memberi amaran bahawa ADUN BN yang mengemukakan usuk undi tidak percaya terhadap kepimpinannya akan dipecat, Rosol berkata amaran tersebut terpulang kepadanya.

"Terpulang kepada beliau nak beri amaran, tapi kita pun tak pasti amaran tersebut ditujukan kepada siapa atau pihak mana," katanya. -- mStar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive