31 May 2009

Dr Mansor akan dilantik TKM1 Pulau Pinang Rabu ini


PERMATANG PAUH,31 MEI (SK) - Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti, Mansor Othman bakal menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang bermula rabu ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan perkara berkenaan malam tadi ketika dalam ucapan dihadapan kira-kira 1000 orang di Yayasan Aman.

“Beliau bakal mengangkat sumpah rabu sebagai adun seterusnya akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang,” katanya ketika meraikan kemenangan Mansor disini.
Mengulas mengenai kemenangan, Lim berkata beliau berharap agar Mansor mampu bersama-sama beliau mampu menyuarakan suara yang lantang untuk membela seluruh rakyat Pulau Pinang.

Dalam ucapan Lim lagi, beliau berterima kasih kepada semua jentera Pakatan Rakyat yang memastikan kemenangan dan disamping itu beliau turut berterima kasih kepada pihak polis.

“Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat, termasuk kepada pihak polis. Namun saya mahu ingatkan, jangan biarkan anda diperkudakan oleh Barisan Nasional,” katanya yang mengulas tindakan polis yang memanggil beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Tambahnya lagi, polis tidak seharusnya campur tangan urusan politik negara, dan sekiranya mahu terlibat, Lim mencadangkan agar Ketua Polis Negara bertanding dalam pilihanraya,” katanya lagi. --

PRK PENANTI : Polis Sokong Minah Ronggeng

Minah Ronggeng salah seorang calon bebas di PRK Penanti mendapat 12 undi Pos berbanding Dr Mansor Othman 2, Nai Khan Ari 0 dan Kamarul Ramizu 7.

Ada juga la anggota polis yang menyokong Pakatan walau pun hanya 2 undi. Alhamdulillah.

-- Thinking of Life

Kenyataan Media DSAI atas kemenangan di PRK PENANTI

Syabas kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang berusaha keras memastikan kemenangan Sdr Mansor Othman. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat pengundi Penanti.

Alhamdulillah dalam jangka masa 14 bulan ini, tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihanraya, dan masih tetap tidak berganjak untuk meyokong agenda Perubahan Pakatan Rakyat. Keputusan Pilihanraya Kecil ini membuktikan Keadilan masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti.

Hari ini penduduk Penanti telah membuat keputusan bijak dengan memilih Sdr Mansor sebagai wakil mereka dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Semoga dengan perlantikan ini beliau akan menunaikan amanah yang diberikan serta berkhidmat bersungguh-sungguh demi Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

PRK PENANTI : PKR MENANG - 3 CALON BEBAS HILANG WANG PERTARUHAN

Calon PKR, Dr Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.
Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).
Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000. Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam.

PRK PENANTI : 7.16 ptg - Dr Mansor mendapat 6266 undi

Pada jam 7.16 malam, Mansor mendapat 6,266 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (290), Nai Khan Ari (534) dan Kamarul Ramizu Idris (48).

PRK PENANTI : 6.55 ptg - Dr Mansor Menang

Sehingga jam 6.55 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,289 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (258), Nai Khan Ari (273) dan Kamarul Ramizu Idris (26).

PRK PENANTI : Angkara UMNO - Peratus Keluar Mengundi Rendah


PRK Penanti yang menyaksikan KeADILan ditentang 3 calon bebas telah pun menutup tirainya.

Calon KeADILan, Dr Mansor Othman yang bakal dilantik TKM1 Pulau Pinang sekiranya menang ditentang oleh Kak Min atau Minah Ronggeng seperti yang di panggil oleh YB Azmin. Kak Min@ Minah Ronggeng adalah antara calon bebas yang agak "hot" dengan kenyataan-kenyataan sensasi beliau sepanjang tempoh berkempen. Antaranya ialah tawaran jawatan TKM1 Pulau Pinang dan YDP Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat seperti yang didakwanya.

Dua lagi calan bebas adalah bekas ketua pemuda Gerakan cawangan Telok Wang, Nai Khan Ari dan seorang pakar motivasi yang hilang wang pertaruhan nya di PRK Bkt Gantang baru-baru ini. Kedua-dua calon bebas ini kurang menyerlah jika dibandingkan dengan Kak Min@ Minah Ronggeng dari Jelutong ini.
Peratus pembuangan undi agak rendah. Setelah pusat pengundiaan ditutup pada jam 5 ptg tadi hanya 46.15 peratus atau 7,100 orang pengundi sahaja yang telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.

Sebelum ini diberitakan Umno Pmtg Pauh telah menyediakan beberapa buah bas untuk membawa ahli-ahli umno"makan angin", dengan tujuan untuk tidak membenarkan mereka keluar untuk membuang undi. Walaubagaimana pun tiada berita yang sah tentang perkara ini sehingga artikel ini ditulis.

Pengundiaan hari ini berjalan dalam suasana yang dingin. Pekerja parti dan anggota keselamatan melebihi pengundi yang keluar. Jalan-jalan agak lengang, tidak seperti PRK Pmtg Pauh dahulu, dengan sebab itu lah seorang anggota polis ini telah terlelap semasa bertugas seperti gambar diatas ... (harap tuan OCPD tak mengambil apa-apa tindakan pada anggota ni lah yer, bukan salah dia tapi salah pengundi kenapa tak keluar ramai-ramai)

PRK PENANTI : 44.36 % setakat jam 4.30 ptg - SPR


Dengan hanya berbaki 30 minit lagi untuk pusat-pusat pengundian ditutup, belum pun sampai separuh dari jumlah pengundi yang layak keluar membuang undi setakat jam 4.30 ptg ini.

Menurut SPR sehingga kini baru 44.36% atau 6824 orang pengundi sahaja yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.





Salah sebuah kereta yang membawa pengundi dari calon bebas

-- TMI

Peguam UMNO nak "sembelih" Chin Peng


Dalam saya melayari blog sahabat-sahabat untuk mencari-mencari artikel menarik dan cerita-cerita menganai PRK Penanti, terjumpa saya satu artikel di Kedahlanie. Cerita menarik dalam Mingguan Malaysia mengenai seorang Mejar (B) Ahmad Shafie yang akan "menyembelih" Chin Peng sekiranya dia dibawa pulang ke Malaysia.

Oleh kerana nak tau apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Mejar bersara tersebut, saya terus ke kedai untuk mendapatkan akhbar Mingguan Malaysia (yang memang dah lama tak tengok pun). Memang ada artikel tersebut, seperti yang saya pamerkan diatas
Hebat juga Mejar bersara ni yer yang kini seorang peguam, nak sembelih Chin Peng kalau dia balik. Mungkin dengan tangan kanan nya saja, kerana tangan kiri beliau telah pun putus semasa bertempur dengan komunis di Lundu Sarawak 38 tahun lalu.

Ikuti apa yang di perkatakan oleh pandikargunung di blognya : pendikargunug.blogspot.com

"Bayangkan jika salah seorang mangsa pembunuhan beramai-ramai di Mamali yang masih hidup mengeluarkan kenyataan, "Jika Mahathir dan Musa Hitam menjejakkan kakinya ke Mamali, saya orang pertama yang akan menunggunya di tepi jalan Kampung Mamali bukan untuk menyambut mereka, tetapi untuk menyembelih pemimpin-pemimpin ganas itu", apa perasaan rakyat Malaysia?

Nama Pengundi dipindah - KeADILan akan buat lapuran

Memandangkan peratus pengundian yang rendah, KeADILan akan menggerakkan sepenuh usahanya untuk membawa pemilih keluar mengundi.

Pengarah Strategi KeADILan Tian Chua berkata,” Kita akan pergi ke rumah pengundi untuk membawa mereka ke pusat pengundian,”.

Beliau juga berkata, kadar pengundian yang rendah itu mungkin disebabkan pemilih memikirkan bahawa KeADILan pasti memenangi pilihanraya kecil kali ini.

Jumlah pemilih yang keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari ini adalah 29.86 peratus atau 4,593 orang.

Sehingga jam jam 11 pagi seramai 23.5 peratus atau 3,590 orang, berbanding dengan 2,252 orang atau 14.6 peratus pada jam 10 pagi tadi.

SPR sebelum ini mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Sementara itu, Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim berkata Parti akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihanraya terhadap beberapa kes nama pengundi Penanti telah dipindahkah kepada kawasan lain.

Anwar mendedahkan tiga atau empat pengundi yang mengundi di Teluk Wang semasa pilihanraya umum dan pilihanraya kecil Permatang Pauh lalu mendapati nama mereka telah dipindahkan ke Permatang Pasir iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri yang lain di bawah kawasan Parlimen Permatang Pauh.

“Kita akan membuat aduan kepada SPR selepas pilihanraya kecil ini,” kata beliau setelah melawat pusat pengundian di Dewan KAFA Kampung Tun Sardon.

Anwar juga yakin KeADILan mampu memenangi semula kerusi Dun Penanti dan peratusan yang keluar mengundi tidak menjadi masalah besar -- SK

Tindakan UMNO BN - Malaysia Menuju Negara Polis

I believe the overwhelming majority of the people, in Perak and Malaysia, agree with what I said at the Guar Perahu ceramah – that Najib must bear the greatest responsibility for the protracted Perak political and constitutional crisis, set off by Najib’s unethical, undemocratic, illegal and unconstitutional power grab in Perak, which has now broadened into a larger national crisis of confidence of key national institutions, like police, election commission, MACC, civil service, judiciary, whose credibility, legitimacy and integrity have been compromised in serving Najib’s political agenda.

Are there enough court houses for the police to prosecute the overwhelming majority of Malaysians who think alike with me and are there enough prisons for them if they are convicted of the serious offences of sedition and criminal defamation of the Prime Minister?

What really surprised me is not that the police are investigating a police report lodged against me for sedition and criminal defamation, but that the police report was lodged by the police itself.

Chief Inspector Pang Meng Tuck lodged the police report against me because, as the police recording officer for the PKR Penanti by-election ceramah in Guar Perahu, Kubang Semang on Sunday, 24th May 2009, he was of the view that my speech defamed the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak and was seditious.

If my speech is defamatory of Najib’s character and reputation, why is the Prime Minister not instituting civil legal proceedings to clear his name and secure just compensation from me?

When did the Police acquire the new task of protecting the reputation or lack of reputation of Barisan Nasional leaders in government?

Is it going to be an offence, whether sedition or criminal defamation, to speak the truth in holding Najib responsible for the protracted Perak political and constitutional crisis or to express Najib’s e unpopularity held by the public towards him?

The lodging of a police report by Chief Inspector Pang Meng Tuck against me for sedition and criminal defamation over my Penanti by-election ceramah last Sunday is a clear abuse of police powers, betraying the total lack of independence, impartiality and non-partisan position which the police and all branches of government should maintain towards the roiling political storms whether the Perak political crisis which sees no light at the end of the tunnel or over the credibility, integrity and legitimacy of Najib as Prime Minister among 27 million Malaysians.

Was Pang acting under the directive from the “highest up” to lodge the police report against me for sedition and criminal defamation? If not, Najib and Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein should publicly dissociate themselves from Chief Inspector Pang’s action.

Otherwise, Malaysians are safe to conclude that Chief Inspector Pang’s lodging of a police report against me has the blessing and support Najib and Hishamnmudin – a clear message of Malaysia moving towards a Police State in a darkening national landscape particularly on political rights, civil liberties and human rights..


(Media Conference Statement in Penanti Penang on Sunday, 31st May 2009 at 8.30 am)

NGO Bantah Kehadiran Polis Telalu Ramai di PRK Penanti

30 May 2009

Kalau Chin Peng Balik ... UMNO AKAN MATI

Chin Peng tak boleh kembali ke Malaysia, kerana dia telah membunuh ribuan rakyat Malaysia ? dan dia bukan rakyat Malaysia sebab Chin Peng lahir di Pulau Pinang sebelum merdeka, Pulau Pinang masa tu negeri selat bawah British ? maka Chin Peng warga British ? Betul ke ?
Kalau kita baca sejarah versi Inggeris tentang Komunis, kita akan lihat komunis jahat dan British baik. British hanya menjajah dan tidak membunuh.
Dikala membaca buku tentang Chin Peng banyak persoalan yang timbul tentang buku sejarah kita.
Dua golongan yang dihilangkan dari buku sejarah kita. Pertama ulama yang menentang penjajah, kedua versi komunis yang ganas.
Kalau British buat versi ulama yang ganas, mungkin orang Melayu tak dapat terima. Cara mudah hilangkan versi perjuangan para ulama. Perjuangan kemerdekaan bermula dengan UMNO.
Sejarah bermula dengan Parameswara dan disambung oleh UMNO. Singkatnya sejarah kita sedang tempohnya ratusan tahun.
Apa jadi kalau Chin Peng balik Malaysia. Saya tanya seseorang, apa berlaku kalau Chin Peng balik dan berceramah di Klang. Orang itu jawab, mungkin kereta ”jem” sampai karak.
Kalau Chin Peng balik, orang Cina tak akan percaya UMNO sampai mampus.
Versi sejarah Chin Peng mungkin jauh berbeza dengan buku sejarah yang telah kita baca.
Buku catatan tentang Chin Peng setebal 527 mukasurat mungkin boleh memberi sedikit gambaran tentang apa yang berlaku dalam sejarah kita. Banyak persoalan yang timbul.
Dalam buku itu tertulis : More than half a century later, Chin Peng Maintains : ’I could not make an OBE (Order of the British Empire) the core of my life’. His generation, he says, ‘dreamed of doing away with British colonialism in Malaya. I’m proud of this fact.’
Kalau Chin Peng balik, lagi cepat UMNO mati. Biarlah UMNO mati perlahan-lahan. Chin Peng tak perlu balik. Cukup dengan Kit Siang.


Blog Bekas Ahli PKM

PENANTI : Pastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat - DSAI

Esok, para pengundi akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat masing-masing.

Sekali lagi saya nyatakan, calon Pakatan Rakyat, saudara Dr. Mansor Othman bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang seandainya diberi kepercayaan oleh para pengundi esok.

Sehubungan dengan itu, saya memohon sokongan rakan-rakan pengundi DUN Penanti untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat, inshaALLAH.

I am wanted by police - Kit Siang

PENANTI : UMNO BN Semakin Takut Pada Bayang2

Menjelang sehari sebelum pembuangan undi PRK Penanti pada Ahad 31 Mei, umno bn terus menerus mengenakan tekanan terhadap PKR.

Tiga hari lalu YB Zuraidah dipanggil . Semalam cheguBard pula telah di panggil mengadap IPK Bukit Mertajam dan hari ini Lim Kit Siang pula di panggil. Yang terbaru diberitakan Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan telah dipanggil mengadap berhubung dengan ceramah beliau yang mengaitkan najib razak dengan pembunuhan Altantuya.

Sebelum ini polis telah mengambil keterangan dari Lim Kit Siang bersabit dengan lapuran polis yang telah dibuat keatas nya berhubung dengan ceramah beliau di Guar Perahu pada 24 Mei lalu yang juga telah melibatkan nama najib sebagai perancang utama rampasan kuasa di Perak.

Semalam che'GuBard telah hadir ke IPD Seberang Perai Tengah untuk di soal siasat selama tiga jam. Ia turut disertai oleh dua orang anggota polis yang tidak beruniform. Seorang membuat rakaman video selama 3 jam dan seorang membuat rakaman gambar.

Soal siasat ekoran ada beberapa laporan polis terhadap ucapan che'GuBard. Antara yang membuat laporan polis tersebut ialah C/Inspektor Suhaimi Che Noh, Inspektor Naseer dan Inspektor Ahmad Shafiq Ahmad Nordin.

Laporan tersebut berkisar kepada ucapan yang kononya menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara. che'GuBard nyatakan dengan tegas bahawa membuat kenyataan menjatuhkan populariti regim Bn tidak ada kena mengena dengan kententeraman awam.
Hari ini pula menurut lapuran MSK pelbagai arahan larangan baru dikeluarkan oleh samada PDRM atau SPR. Antara nya saiz pondok panas. Arahan terbaru saiz pondok panas mesti lah tidak melebihi 8'x8' sahaja.

Yang peliknya seolah-olah apa saja yang lakukan oleh PKR semuanya tak boleh, tak kena tak ikut undang, tetapi untuk UMNO BN semua nya betul, semuanya boleh sahaja. Tiada siapa yang ingin membuat lapuran polis (kebanyakan lapuran terhadap PKR dibuat oleh anggota-anggota polis sendiri). UMNO BN walaupun tak bertanding boleh pula mengadakan ceramah. Tak ada pula yang diserbu polis, dihentikan polis.
IMalaysia Najib membuatkan segala-galanya tampak susah. Rakyat semakin dikongkong kebebasan untuk bersuara. Pihak berkuasa polis, spr terus menerus menekan pihak pembangkang.

PENANTI : Calon Tajaan UMNO BN - Minah Ronggeng dapat "Teman Baru"

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BUKIT MERTAJAM: Bekas calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, A. Jayagopal dan Radzi Md Lazim muncul dalam ceramah anjuran calon Bebas DUN Penanti, Aminah Abdullah di bilik gerakan Kampung Simpang Tiga Kubang Ulu semalam.

Kehadiran mereka adalah sebagai penceramah jemputan dalam siri kempen Aminah yang merupakan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"PKR kata jangan undi calon Bebas, mengapa kata macam itu? Rakyat hari ini perlu Bebas dari pengaruh-pengaruh sedemikian.

"Kita ada hak untuk bertanding sebagai calon Bebas," kata Jayagopal ketika menyampaikan ceramah yang dihadiri kira-kira 100 orang.

Jayagopal merupakan bekas Ketua Bahagian PKR Pokok Sena sebelum dipecat keanggotaannya daripada parti itu kerana bertanding atas tiket Bebas di DUN Bukit Selambau.

Selain Jayagopal, Radzi dan Aminah juga turut menyampaikan ceramah masing-masing yang berkisar menyenai agenda serta menerangkan sebab mengapa pengundi Penanti perlu memilih Aminah sebagai wakil mereka di DUN.

Aminah berkata, beliau berharap rakyat Penanti yang akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi supaya memberi peluang kepadanya.

"Kak Min (Aminah) adalah calon Bebas, jadi Kak Min tidak terikat oleh mana-mana parti dan sudah pastinya bebas untuk menyuarakan pandangan untuk kebajikan rakyat Penanti.

"Peluang yang ada untuk memilih wakil rakyat perlu digunakan sebaik mungkin, jangan dipersiakan," katanya.

Ceramah berkenaan merupakan yang kedua anjuran Aminah selepas mendapat sambutan yang menggalakkan pada ceramah pertama yang diadakan pada malam sebelumnya.

Secara keseluruhannya kesemua penceramah menjadikan PKR sebagai sasaran kerana menganggap parti itu tidak bertindak untuk kepentingan rakyat sebaliknya lebih mementingkan kepentingan politik peribadi.

"Sudah dilantik sebagai wakil rakyat, tapi letak jawatan tanpa sebab yang munasabah.

"Ini semua perkara tak baik yang ditunjukkan kepada rakyat, mereka (PKR) tak hormati keputusan rakyat sebelum ini... mereka sengaja adakan pilihan raya kecil," kata Aminah. -- mStar
STONE: Kak Min, tak nak jadi TKM1 PP or YDP Majlis Perbandaran ke? Tak payah susah2 berkempen macam ni ... alahai Minah Ronggeng bakal Raja Lawak menggaantikan Nabil .

29 May 2009

PENANTI : Calon Tajaan UMNO BN - Kak Min Ronggeng Sertai "Raja Lawak" Astro

Saya menggunakan gelaran `Minah Ronggeng' ini kerana mendapat maklum bahawa calon bebas Dun Penanti tersebut tidak kisah digelar begitu, bahkan berterima kasih kepada YB Azmin yang memberikan nama `glamour' tersebut.
Tadi saya terbaca kenyataan beliau bahawa beliau menyatakan YB Azmin banyak mengajarnya terutama tentang politik dan kaedah berkempen. Tapi saya tidak pasti pula samada YB Azmin ada mengajar Minah Ronggeng ini bagaimana untuk `mengenakan' kawan-kawan rapat sendiri asalkan boleh naik. Itu saya kena bertanya pada YB Azmin nanti.

Minah Ronggeng seterusnya menyatakan agar SPRM menyegerakan siasatan ke atas aduan beliau tentang kononnya berlaku rasuah oleh PKR. PKR kononnya menawarkan sejumlah wang kepada beliau dan lebih melucukan PKR juga turut menawarkan beliau jawatan TKM 1 P.Pinang. Benar atau tidak, biarlah SPRM menyiasatnya terlebih dahulu dan kita semua pun maklum bahawa SPRM sekarang memang pantas dalam siasatan mereka. Cuma yang menjadi kemusykilan pada saya adalah mengapa Minah Ronggeng menyatakan SPRM perlu menyelesaikan siasatan tersebut sebelum berakhir pilihanraya Dun Penanti yang akan berakhir esok?

Alasan Minah Ronggeng adalah jika SPRM menyelesaikan siasatan tersebut selepas pilihanraya, maka kononnya akan berlaku lagi pilihanraya dan ini merugikan duit rakyat, katanya. Apa pula kena mengenanya siasatan tersebut dengan pilihanraya sekali lagi? Mungkin Minah Ronggeng merasakan jika tuduhan beliau itu benar, maka terpaksa pilihanraya diadakan semula? Apa sebabnya? Minah Ronggeng ini nampaknya tidak tahu peraturan pilihanraya tetapi cuba untuk mengajar SPRM.

Saya dapat merasakan bahawa Minah Ronggeng berharap agar siasatan kes tersebut dapat diselesaikan lebih awal agar pencalonan Dr Othman calon PKR dibatalkan dan beliau ada harapan untuk menang mudah.

Wah, hebat strategi Minah Ronggeng ini. Bagaimana pula jika SPRM mendapati bahawa Minah Ronggeng membuat tuduhan palsu atau telah melakukan satu konspirasi untuk memburukkan imej PKR? Bukankah Minah Ronggeng juga akan terbatal pencalonannya?

Nampaknya Minah Ronggeng ini perasan bahawa strateginya akan mengena dan beliau merasa terlalu bijak. Saya percaya SPRM tidak akan menyebelahi sesiapa dalam perkara ini. Siasatan secara telus dan profesional mesti dilakukan tanpa mengikut arahan sesiapa baik di peringkat tertinggi mahu pun dari Minah Ronggeng. Saya yakin kewibawaan SPRM di dalam hal ini.

Minah Ronggeng merasa gembira apabila Wanita Umno menyuarakan sokongan kepadanya. Tahniah kepada beliau kerana sehati sejiwa dengan Wanita Umno. Minah Ronggeng sepatutnya juga berterima kasih kepada TV3 dan media-media perdana yang lain yang telah menonjolkan beliau seminggu dua ini sebagai ikon.

Bukan mudah untuk Minah Ronggeng untuk popular seperti sekarang, kecuali Minah Ronggeng memasuki `Raja Lawak' terbitan Astro di masa akan datang. Saya melihat beliau mempunyai bakat sebagai Raja Lawak.

STONE: Maka tercabar lah Nabil dengan kemasukan Kak Min Ronggeng dalam program Raja Lawak nanti ...

CheguBard Nak Usung Keranda Altantu Dari Pekan Ke Manek Urai

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 29 Mei (SK) : Gara-gara membangkitkan isu Altantuya Shaariibuu pada pilihanraya Dun Penanti, seorang pemimpin KeADILan sekali lagi terpaksa memberikan keterangan kepada polis.

Badrul Hisham Shaharin atau lebih mesra dipanggil Cikgu Bard berkata seorang pegawai polis Seberang Perai Utara memintanya hadir di balai tersebut semalam.

Berikutan Selasa lalu, dalam ceramahnya bagi berkempen untuk calon KeADILan Dr. Mansor Othman, Cikgu bard mengulas isu Perdana Menteri Najib Razak yang dikaitkan dengan wanita Mongolia itu di media antarabangsa.

Menulis di blognya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan itu bagaimanapun mengesahkan kehadirannya hari ini kerana semalam berada di Perak dan selepas itu terus ke Kuala Lumpur.

“Pada kira kira 2.30 petang semalam, saya dimaklumkan sekumpulan anggota polis telah hadir di rumah saya di Bangi dan Seremban,” katanya.

Tambahnya, kira-kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar beliau bahawa polis berpakaian seragam datang untuk mengingatkan kepadanya agar tidak mengabaikan arahan hadir ke balai.

Awal bulan ini, beliau pernah disiasat polis setelah mengepalai sekumpulan pemuda untuk menyerahkan “kek hari jadi Altantuya” kepada Najib di depan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Beliau juga pernah mengugut untuk mengadakan perarakan “keranda Altantuya” dari Rembau, kawasan parlimen yang pernah ditandinginya, menjelang pilihanraya kecil Penanti tetapi membatalkannya kerana BN tidak bertanding kali ini.

Cikgu Bard merancang mengadakan perarakan tersebut, kali ini dari Pekan menjelang pilihanraya kecil Dun Manik Urai, Kelantan awal bulan depan. -- SK

Polis Raja Di Malaysia

Elok-elok dipanggil Polis Di Raja Malaysia…… udah kena gelor di orang, Polis Raja Di Malaysia. Mengapa orang mengelor demer dengan nama itu….. sebab tindak-tanduk polis yang berlagak macam raja. Demer boleh buat apa demer suka. Mentang-mentang ler ada kuasa….. guna kuasa sewenang-wenang nyer untuk menekan rakyat khusus nyer yang tal sehaluan dengan UBN.

Demer ni, sepatut nyer menjaga keselamatan rakyat dan negara….. tapi habuk pun tarak. Rakyat dijadikan musuh…. jenayah berleluasa.!!!! Yang deme jaga kepentingan kuasa UBN. Sebab itu sekarang ni, rakyat tengok demer getik ajer….. maka jadi ler demer sasaran sumpah seranah rakyat jelata.!!!

Weh… weh…… Apa yang demer buat, udah macam lembu giler!!! Kerja nyer….. giler nak menanduk rakyat jer. Serba tak kena rakyat dibuat nyer…. Suasana alam dah tak jadi ceria dah.Ater…. mana nak ceria nyer, sesiapa yang pakai pakaian berwarna orange…. kuning…. hitam…. habisss demer tanduk….. pejabat orang demer serbu, ikut suka demer…. orang berimpun, demer kejor….. demer serbu…… cahaya lilin sensitif di mata demer……. Apa ler nasib komer….diperlembu sedemikian ruper dan malang nyer….. diri merelakan pulak tu!!!

Warna….. cahaya….. orang perseorangan…… orang beramai-ramai……. hantu…. DUN Perak….. pokok….. dan semua yang UBN takut ler…. so, demer ler jadi barua yang tukang kejor dan tukang tanduk nyer!!! Kalor bab tu, demer ni memang cekap dan cepat…… tapi kalor bab-bab lain, hampeh!!!

Komer tengok jer…. kes-kes yang belum demer selesaikan….. sapa bunuh adik Nurin, sapa culik Sharlinie…. Awie…. ke mana pergi nyer…… si Bala….. di mana Hilmi…. ke mana menghilang nyer…… kes Kugan, senyap jer…. kes altantunya cicai buncai jer kerja demer dan jadi tanda tanya……. kes mata lebam Anwar berkurun baru dapat tahu culprit sebenor nyer….. kes Lingam correct…. correct….corect…. entah apa-apa jadi nyer, senyap ajer….

Jadi …. KPI PDRM, oooopppss… Polis Raja di Malaysia, dalam konteks mendahulukan rakyat….. kita boleh bagi ‘F’ sebab tak nampak yang demer ni polis rakyat tapi polis UBN….. obviuos sesangat!!!

Kalor kes yang ada kepentingan UBN, tengok demer punya ligan…. buat kerja ruper lipas OKU. Di mana Raja Petra berada…. sekelip mata dah tau and siap mintak bantuan interpol lagi nak heret kawan tu balik ke Malaysia!!! Kes Sayfoool, cepat jer bertindak… tangkap orang tu….. dakwa orang ni….. sekat itu dan ini….. kena syarat macam tu macam ni….. Siapa mangsa demer?? Para pemimpin dan para penyokong Pakatan Rakyat ler……!!! Demer tahu nak mengenakan kita jer…… Kalor pihak UBN……. bukan setakat tutup sebelah mata tapi dua-dua mata sengaja dibutakan!!!

Sekarang tengah hot ceriter pasal bapak polis dan Mr Gunitahil….. Ada orang yang bernama Mat Zain kan……. telah buat dakwaan tau, dakwaan terhadap dua orang kepala balaci UBN ni…. Dakwaan sensasi you…….. dan lagi, dijagka pasti akan meletop!!! Itu pun kalor dia tak dilarikan hantu kopek ler….. Takut dia jadi macam si Bala ler, buat ceriter gempaq sensasi….. BOOOM!!!! Lepas tu…. lesap entah ke mana. Sampai la ni, polis tak dapat cari!!! Tak dapat cari atau disembunyi…. wallahu’alam. So, Mat Zain, hang hati-hati……

Tapi, teman nak tegaskan di sini…. bukan semua polis yang kompius, ada yang baik dan yang jujur….. tapi apa nak kata…. akibat nila setitik, lingkup susu sebelanga. kekadang demer tak boleh nak buat apa-apa….. terpaksa ler ikut arahan ‘kepala’ di atas. Apa nak buat, kalau kepala nyer dah malfunction…… itu yang membuatkan anak buah di bawah kompius…….!!!!

Aha….. berbalik kepada isu Mat Zain dalam drama Mata Lebam Anwar, kita….. sama-sama ler tunggu dan lihat perkembangan gossip sensasi ini…..

--PerakExpress

28 May 2009

Amalan UMNO BN sekarang sama dengan PKM dulu - TGNA

PULAU PINANG,28 Mei. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma.

Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM.

"Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja.

"Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman,pembunuhan,kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara.

"Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah.Bukankah ini juga semacam dengan mereka."

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.

Dalam ceramah itu beliau juga menyentuh mengenai kedudukan BN yang semakin terancam dengan perpecahan yang begitu ketara berlaku semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti PPP.Mereka mulai berpecah kepada dua presiden.Begitu juga di Trengganu yang berpecah dalam kumpulan Umno yang memerintah negeri disana.

"Di Perak juga berlaku kemelut yang sehingga ini rakyat tidak dapat menerima apa yang telah diputuskan walaupun hak rakyat untuk meimilih harus diserahkan kepada rakyat membuat pilihan terbaik," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin. -- SIASAH

Kisah UMNO BN di PRK Penanti

oleh : MSK
Apabila Fairus Khairudin mengumumkan perletakan jawatan sebagi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, UBN mencuba sedaya upaya untuk menghalang daripada berlakunya Pilihanraya Kecil Penanti.

Mesyuarat SPR ditangguhkan sebanyak dua kali untuk membolehkan UBN mencari jalan supaya PRK Penanti ini boleh dielakkan. Kali pertama SPR bermesyuarat pada hari Khamis hampir seminggu selepas Fairus meletak jawatan. Tetapi pengumuman keputusan mesyuarat ditangguhkan kepada hari Jumaat.

Pada hari Khamis..SPRM mengumumkan Fairus bebas dari semua tuduhan. Tujuannya adalah untuk membolehkan Fairus menarik balik perletakan jawatannya.

Pada hari Jumaat..SPR menangguhkan pengumuman kepada hari Isnin..untuk memberikan masa kepada Fairus menarik balik perletakan jawatannya dan mengelak pilihanraya kecil.

Keputusan SPRM membebaskan Fairus dari semua tuduhannya dibuat oleh SPRM Putrajaya..tanpa persetujuan SPRM Pulau Pinang. Malah SPRM Pulau Pinang yang kami hubungi pada malam 23 April memberitahu bahawa kes Fairus masih dalam siasatan dan mereka tidak tahu menahu tentang keputusan SPRM Putrajaya membersihkan Fairus.

Apabila Fairus masih dengan keputusannya untuk meletak jawatan..UBN mati akal..dan pada 27hb April..SPR terpaksa mengumumkan tarikh PRK Penanti.

Walaupun Najib mengumumkan PRK Penanti membazir..tetapi dalam diam mereka bersedia untuk bertanding. Dan arahan telah diberikan kepada semua ajensi kerajaan untuk bersiap sedia.

Pada 1 Mei..semasa kami ke Penanti…Umno sudah menaikkan bendera mereka di Penanti. Beberapa hari kemudian, Shahrizat dan Khairy sudah mula turun padang berjumpa petugas-petugas. Pasukan Polis juga sudah bersedia untuk turun dengan pasukan yang besar…mungkin ribuan anggota.

Dalam posting yang lalu…aku cerita tentang SUBTEK yang kecil kerana UBN tidak bertanding..tetapi semalam baru aku mendapat tahu…PDRM sebenarnya sudah bersedia dengan pasukan yang cukup besar untuk bertugas di Penanti.

Kepada mereka yang tinggal di Penanti mungkin tidak menyedari tentang MASTEK yang jauh lebih besar..tetapi mengapa diletakkan di Bukit Mertajam? Diluar kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Kalau nak tengok macam mana besarnya MASTEK ini…kena pergi Bukit Mertajam…berdekatan dengan pejabat DAP Bukit Mertajam.

Tinjauan semalam mendapati MASTEK ini masih dihuni oleh sekitar 30-50 orang SB.

Selepas PRK Penanti ini…diharapkan ada Ahli Parlimen yang akan bertanya berapakah jumlah kos polis di PRK Penanti. Sebab aku percaya…kos untuk membangunkan MASTEK ini akan menjangkau jutaan ringgit juga…sebab kontrak sudah dikeluarkan. Dan kita nak tengok adakah UBN tidak mahu membazir..takut bertanding atau masalah mereka sendiri.

Bila mendapati UBN tak kan boleh menang di Penanti..UBN merancang taktik kotor untuk menang. Dan Kak Min dijadikan kuda trojan untuk membawa misi ini. Banner-banner Amina Dola dan poster-poster calon Amina Dola ditaja oleh UBN. Memang banyak banner dan poster Amina Dola…siap dengan risalah-risalah.

Hari ini..SPR dan SPRM bersama-sama menyiasat tuduhan Amina Dola. Malah siap dengan tindakan yang akan diambil sekiranya Dr. Mansor didapati bersalah!

Orang yang baca undang-undang sikit pun boleh tau Akta Pilihanraya. Tak dak kes. Tu pasai yang PKR confident sangat.

Tapi orang Penang belum rasa macam mana orang Perak rasa. PKR Penang ikut undang-undang…UBN mana ikut undang-undang!

Kalau SPR lebih berkuasa dari Speaker..ini kan pulak Saifudin Nasution.

Semalam juga..polis sudah bertindak keras. YB Zuraidah Kamarudin diminta hadir ka Balai Polis untuk diambil keterangan kerana menyebut perkataan Altantuya dalam ceramahnya. Di Mengkuang Titi..polis merampas projector dan screen untuk menghalang PKR dari menunjukkan video-video kepada umum.

Macam-macam undang-undang baru diperkenalkan untuk mensabitkan PKR dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Pilihanraya…dengan tujuan untuk menyingkir Dr. Mansor dari memenangi pilihanraya ini….secara teknikal.

UMNO BN tamat di DUN Ladang, Mahkamah putuskan ia milik PAS

Mahkamah persekutuan hari ini telah mengekalkan keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi Kuala Terengganu sebelum ini dengan memberi kemenangan kepada PAS di Dun Ladang.Dengan keputusan tersebut Dato' Tengku Hassan Omar kekal sebagai Adun Ladang.

Pada 22 sept 2008, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak dengan kos petisyen pilihan raya yang dikemukakan BN terhadap Adun PAS Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.

Hakim Dato' Ramly Ali ketika membacakan keputusannya berkata, keputusan ini dicapai berikutan kegagalan pempetisyen mengemukakan bukti munasabah berhubung dakwaan bahawa kerani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan tugas dalam mengendalikan kertas undi pos tersebut.Tengku Hassan diwakili peguam Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.
Ketua Umno cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut membuat petisyen bagi Dun Ladang dengan menamakan Datuk Tengku Hassan sebagai responden, melalui peguamnya dari Shafee & Co. Petisyen berkenaan telah menamakan tiga responden iaitu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Datuk Mat Razali Kassim yang bertindak sebagai pengurus pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.

Datuk Tengku Hassan Tengku Omar memenangi dun Ladang dalam Pru ke-12 dengan majoriti tipis 31 undi, beliau mendapat undi sebanyak 6723 menewaskan calon BN Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh. -- Kelab GB

27 May 2009

DSAI Saman Anifah 100 Juta

Hari ini DSAI telah memfailkan saman RM100 juta terhadap Menteri Luar, Anifah Aman berhubung dakwaan beliau bahawa DSAI telah menawarkan jawatan TPM sekiranya beliau melompat daripada BN dan menyertai PR.
Anifah dikatakan membuat dakwaan tersebut di Washington ketika mengadakan sidang akhbar bersama-sama Setiausaha Negara Amerika, Hilary Clinton di pejabat beliau 16 Mei lalu.
DSAI menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Anifah tersebut dan telah mengarahkan peguam beliau, Sankara Nair menuntut supaya Menteri Luar tersebut memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan beliau. Namun Anifah enggan berbuat demikian.
Sankara menfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta tengahari tadi.

Kak Minah dah jadi Minah Ronggeng

Calon bebas, Aminah Abdullah yang mendakwa ditawarkan sogokan oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, mendapat gelaran ‘Minah Ronggeng’ daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Berucap dalam ceramah di Penanti malam tadi, Azmin berkata, tuduhan Aminah itu tidak berasas sama sekali dan mahu beliau (Aminah) ‘mencerminkan’ dirinya terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan liar terhadap bekas rakan-rakannya.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak mempermain-mainkan Aminah dan berulangkali memanggilnya ‘Minah Ronggeng’, kerana mendakwa PKR menawarkan jawatan timbalan ketua menteri (TKM) jika beliau (Aminah) memenangi pilihanraya kecil itu.“Mengapa PKR mahu menawarkan kepada seorang seperti Minah Ronggeng jawatan TKM? Mengapa kita hendak tawarkan kepadanya sedangkan kita ada seorang bekas profesor sebagai calon kita?” soalnya.Oleh itu, katanya, ‘Minah Ronggeng’ tersebut perlu mencerminkan mukanya terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan tidak masuk akal seperti itu.

Kira-kira 1,000 orang penduduk di Kubang Ulu menghadiri ceramah tersebut.Pilihanraya kecil Penanti Ahad depan menyaksikan pertandingan antara calon PKR yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dari PKR dan tiga calon bebas - Aminah, Nai Khan Ari Nai Keow Kamarul Ramizu Idris.

Sebelum ini, Aminah mendakwa dua pemimpin PKR - anggota Majlis Tertinggi, Cheah Kah Peng dan timbalan ketua PKR bahagian Batu Kawan, Peter Lim - cuba menyogoknya RM80,000 dan menawarkan jawatan yang dipertua sebuah majlis perbandaran, jika beliau (Aminah) menarik diri daripada bertanding.

Beliau juga mendakwa, kedua-dua pemimpin PKR itu menawarkan jawatan TKM jika beliau (Aminah) tetap bertanding dan memenangi pilihanraya kecil tersebut.Aminah juga telah memberi bukti dalam bentuk foto dan rakaman audio kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menyokongnya laporannya.
Assalamualaikum,

Dalam kegabrahan momentum pilihanraya kecil Penanti, saya merasakan ada pihak yang bercakap bohong. Aminah yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai calon telah membuka beberapa lembaran kontroversi yang mengerutkan dahi.
Tuduhan yang dilemparkan sememangnya satu permainan politik, tetapi saya lebih terhayun kepada suatu telahan iaitu ada sesuatu pihak yang telah bercakap bohong. Apa yang dikatakan oleh Aminah berlainan pula dengan apa yang diterangkan oleh dua orang PKR yang diberitakan datang bertemu dengan calon tersebut.
Walaupun sepatutnya saya menaruh zan bahawa orang Islam itu punya adab dah syahsiah serta tunduk kepada syariat, tetapi naluri saya mengatakan yang berlawanan.
Naluri saya mengatakan dua orang PKR yang bukan Islam, yang bertemu dengan Aminah berkata benar.
Kan ke tonggang terbalik tu! --

Ketua UMNO Bhg Pandan dituduh rasuah

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Pandan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 10 tuduhan menerima rasuah berbentuk wang sebanyak RM210,012 dan kontrak selaku Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tiga tahun lalu.

Abd. Ghani Ismail, 43, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dalam dua kes berasingan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Ariffin.

Mengikut pertuduhan, Ghani selaku ahli majlis merangkap Ahli Jawatan Kuasa Tender MPAJ didakwa menerima rasuah untuk dirinya berupa cek RHB bank bernilai RM210,012 daripada Abdul Rahman Yaacob.

Rasuah itu sebagai balasan kerana menolong Abdul Rahman mendapatkan tender bagi kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Rimbun dan Taman Kencana di sini selain tender Pembersihan Kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 4 Ogos 2006 dan 31 Mac 2007 di Restoran Islah Tomyam Jalan 5/76B dan di hadapan Blok E15 Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini.

Ghani turut menghadapi tuduhan rasuah berasingan selaku ahli majlis MPAJ dengan menerima kontrak pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn. Bhd. yang mana tertuduh berkepentingan dalam syarikat Lembah Rimbun.

Polis minta bantuan Interpol kesan Raja Petra

KUALA LUMPUR: Polis akan meminta bantuan Interpol sekiranya diperlukan untuk mengesan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis sedang berusaha mengesan kedudukan penulis blog itu selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

"Jika diperlukan kami akan minta bantuan Interpol," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini semalam.

Mahkamah Sesyen di sini semalam sekali lagi mengeluarkan waran tangkap ke atas Raja Petra selepas beliau tidak hadir untuk perbicaraan kes memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain.

Ini merupakan kali kedua waran tangkap dikenakan terhadap penulis blog itu selepas beliau gagal menghadirkan diri di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 23 April lepas.-- BERNAMA

26 May 2009

KAK MIN @ PENANTI : Hanya Lawatan Jumpa Kawan Lama - Cheah

PENANTI, 26 MEI (SK) - Ahli Majlis Pimpinan tertinggi Keadilan, Cheah Kah Ping berkata beliau tidak menduga perbualan beliau dan Aminah Abdullah dirancang dan dirakam untuk tujuan kempen pilihanray di Penanti.
‘Saya telah mengenali Puan Aminah sejak 1999 dan kami sangat berkawan baik,” kata Cheah.
Cheah yang telah bertemu dengan Aminah pada 13 Mei lalu atas jemputan kawannya Peter Chin untuk kerumah Aminah atas alasan bertemu kawan lama sambil minum petang membuat kenyataan tersebut selepas mengadakan sidang media di sini.
“Saya pergi jumpa Puan Aminah yang sebelum ini saya panggil kak aminah bukan atas kapasiti politik atau mewakili mana-mana pertubuhan tetapi atas dasar kawan dan rakan dan saya juga tahu ada ura-ura beliau akan bertanding di Penanti.
“Jadi saya fikir mungkin kami dapat berbual panjang lebar kerana lama tidak berjumpa. Bersembang dan bergurau antara kami sememangnya perkara biasa kerana kami telah kenal hampir 10 tahun.
“Dalam perbualan adalah suatu perkara biasa bila bercakap dalam pelbagai nada dan suasana dan Aminah juga ada menyatakan pendirian beliau untuk kembali kepada keadilan tetapi dalam rakaman tersebut perkara itu telah di edit dan dikeluarkan,”Jelas Cheah
Menurut Cheah beliau tidak berniat apa-apa untuk menyinggung atau mengatakan sesuatu yang tidak baik terhadap kawan baiknya itu kerana masih menganggap Aminah sebagai rakan lama walaupun berbeza pandangan politik.
“Saya tidak mahu membuat sesuatu kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan persahabatan kami walaupon beliau telah bertindak merakam perbualan dan mengedarkannya kepada tatapan umum untuk kepentingan politik beliau (Aminah).
“Saya tidak marah kepada Aminah kerana kedatangan saya kerumah beliau adalah atas undangan beliau dan saya juga menerima undangan sambil minum petang itu dalam suasana keceriaan kerana kedatangan saya bukan atas arahan politik tetapi atas dasar saya menjenguk teman lama saya dalam perjuangan dulu.
“Dan perbincangan yang saya anggap sebagai sembang-sembang kosong itu merangkumi pelbagai tajuk dan isu yang terdapat didalamnya pelbagai senda gurau yang kadangkala tidak ada realitinya tetapi sengaja dijadikan bahan perbualan,” kata Cheah lagi
Cheah turut menambah bahawa beliau tetap menghormati rakan lama dalam perjuangan itu dan akan terus menjalin hubungan persahabatan dengan Aminah selepas ini samaada Aminah menang tau kalah dalam pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei ini

PENANTI : Sajak buat Kak Min

Kak Min oh Kak Min
Jangan duk buat bagi orang penin
Sebelum apa-apa tengok lah cermin
Tok sah duk bagi malu kaum kelamin

Katanya PKR tawar beribu-ribu
Awat la depa bodoh sampai macam tu
Tak dak mata ke puak-puak tu
Sampai dengan Kak Min depa jadi haru-biru

Jawatan TKM1 juga nak dibagi
Macam la dah tak dak orang lain lagi
Apa kelebihan yang Kak Min miliki
Sampai PKR dah tak boleh nak fikir lagi

Yang Dipertua MPPP juga ditawar
Memang cerita lucu yang pernah saya dengar
Tok sah lah Kak Min duk buat cerita kelakar
Bersandarlah Kak Min pada cerita sebenar

Katanya Kak Min orang Jelutong
Tapi jangan lah jadi kaki kelentong
Juga jangan jadi geng sepak tong
Sebab Kak Min tak akan dapat apa-apa untung

Kak Min o kak Min ..... kekekekekekekeke :-)

PENANTI - PKR Beri Amaran Pada Aminah



Tengok lah sidang akhbar si Aminah ni dan nilai lah sendiri
Sekadar nak tanya Kak Min, siapa yang sediakan skrip ucapan Kak Min tu?
Saya rasa bukan dari Kak Min sendiri, ada orang lain yang sediakan skrip ini kan?
Kesian kau Kak Min, telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu ...

25 May 2009

Kak Min Bakal TKM1 Pulau Pinang???

Assalamualaikum Kak Min

Kak Min, kalau nak buat lawak pun biaq la kena gaya. Lawak antara yang paling lawak pernah saya jumpa.

Kak Min ai, orang tak kisah kalau Kak Min nak masuk bertanding di Penanti ni, ya sapa pun tak marah, Kak Min masuk la dah Kak Min ada duit (tak kisah lah kalu ada orang sponsor ker), Kak Min ada kudrat ada keupayaan, ada keyakinan, itu hak Kak Min sebagai warganegara 1Malaysia ni. Kak Min layak untuk bertanding.

Bukan nak peleceh Kak Min, bukan nak menjatuhkan ayaq muka Kak Min, bukan nak cerita buruk pasai Kak Min (sebab saya pun tak betoi-betoi kenai Kak Min, tak penah berdepan muka dengan Kak Min pun) walau pun saya orang Penang. Tak penah dengar pun pasai cerita Kak Min sebelum ni, mungkin pasai saya duk kat seberang, Kak Min kat pulau jadi antara kita memang la tak kenai.

Saya mula tau pasai Kak Min bila ada cerita dalam akhbar kata Kak Min nak masuk bertanding di PRK Penanti baru-baru ni. Tahniah, Itu menunjukkan Kak Min ada keyakinan diri, ada kebolehan, ada penyokong. Alhamdulillah. Saya hormat keputusan Kak Min.

Tapi yang buat saya terpaksa berfikir dan berfikir dan terus berfikir sampai lah la ni, jawapan masih juga belum saya terima. Saya tak tau lah samada ianya sekadar untuk Kak Min nak cari publisiti atau untuk mendapat sokongan atau hanya suka-suka kerana ada seseorang di belakang Kak Min.

Orang tak kisah kalau Kak Min kata Kak Min ditawar beberapa ribu RM untuk tidak bertanding di PRK Penanti nanti, tapi itu pun orang akan bertanya ... "Siapa dia ni, .... " Orang tau Kak Min adalah bekas Ketua Wanita Keadilan PP. Itu saja. Itu saja juga lah yang saya tahu. Saya tak tau lebih dari itu.

Tetapi ramai orang Pulau Pinang (termasuk lah saya), ramai penyokong KeADILan satu Malaysia, rakyat Malaysia yang lain, mungkin sampai la ni tengah pening kepala, duk cari jawapan betoi ker tak apa yang Kak Min kata .... Kak Min di tawarkan jawatan Yang Dipertua MPPP dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ? ... Kah Kah Kah lawak lawak lawak sangat Kak Min ai

Pesanan saya untuk Kak Min yang saya hanya kenai dari gambar... Jangan lah buat lawak sampai orang tak boleh percaya.

Kak Min berkempen lah dengan cara yang betul orang tak marah tapi jangan lah buat cerita yang tak masuk akai langsung ....
Itu lah saja yang saya nak cakap pada Kak Min. ..... Assalamualaikum

-- email dari Mamu Bagan Lebai Tahir, Butterworth

PENANTI - Lagi larangan SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar serius mahu menjalankan tugasnya di pilihan raya kecil N12 Penanti. Banyak amaran telah dikeluarkan supaya parti-parti yang bertanding mematuhi setiap peraturan dan garis panduan semasa berkempen dalalm PRK ini.

Sebelum ini parti-parti politik dalam PRK Penanti tidak dibenarkan mendirikan pondok panas dan jumlah penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan juga dihadkan kepada 5,000 sahaja. Kedua-dua peraturan ini dipatuh dengan baik oleh semua pihak. Ini tentu sekali menyenangkan hati SPR dan juga menyenangkan tugasnya.

Hari ini pula SPR mengeluarkan satu lagi amaran akan mengambil tindakan terhadap parti dan calon yang memburukkan parti yang tidak bertanding dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.Parti yang tidak bertanding dalam PRK ini ialah Barisan Nasional yakni Umno jadi amaran SPR itu sudah tentu ditujukan bagi sesiapa yang mengkritik atau menghamun BN kempen pilihan raya.

Timbalan Pengerusinya, Wan Ahmad Wan Omar,berkata perbuatan menjatuhkan maruah parti yang tidak bertanding dalam pilihan raya adalah tindakan yang tidak beretika dan boleh dikenakan hukuman kerana melanggar Akta Keselamatan Pilihan Raya.Persoalan yang ingin diajukan kepada SPR bagaimana sekiranya parti yang tidak bertanding berlagak seperti ia parti yang bertanding.

Daripada maklumat yang diterima walaupun UMNO-BN tidak meletakkan calonnya di Penanti lagaknya bagai ia bertanding.Parti itu dikatakan sejak sehari dua ini sudah mula menganjurkan ceramah politik berhampiran Penanti. Umno juga telah siapkan banyak khemah untuk memuatkan ribuan orang tetapi malangnya jumlah yang hadir tidak lebih daripada 50 orang sahaja.Di beberapa Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) ada pihak tertentu diberitakan menganjurkan makan angin ke Padang Besar dengan tujuan membawa lari pengundi daripada menjalankan hak dan tanggungjawab mereka.

Sasaran pihak tertetu ini adalah pengundi-pengundi Pakatan Rakyat dan mereka ditawarkan makan angin percuma ke Padang Besar dan diberi duit belanja pula.Sekiranya dakwaan ini benar adakah SPR sebagai badan yang "telus", "bebas" dan "profesional" akan mengambil tindakan ke atas Umno dan BN dan melarang mereka bertanding dalam mana-mana pilihan raya, kecil atau besar?

Beranikah SPR berbuat demikian atau SPR hanya menjadi pen-SURUH-anjaya kepada Umno dan BN dan me-PILIH-an-milih tindakan kepada pihak yang tidak sebulu dengan pen-SURUH-annya?Bagaimana SPR hendak mepertahankan maruah Umno-BN bila mereka sudah tidak ada lagi maruah yang ingin dipertahankan?Mungkin sebelum SPR senang-senang memberi amaran kepada mana-mana pihak elok-eloklah mencermin dirinya sendiri dahulu. -TVA

PENANTI : Calon Bebas Dedah Bukti

Wong Teck Chi May 25, 09 11:01am

Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Tambahnya, seorang ahli badan perhubungan PKR negeri dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu Datuk Seri Anwar Ibrahim.Aminah juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan satu ketua menteri.
Calon berlambangkan kunci itu mendedahkan buktinya - dalam bentuk rakaman audio - kepada wartawan dalam sidang media di Penanti.Rakaman tiga jam itu kini sedang disalin oleh kumpulan wartawan yang membuat liputan tersebut.
Aminah juga berkata beliau akan membuat aduan polis hari ini berhubung perkara tersebut dan untuk mendapatkan perlindungan pihak berkuasa tersebut susulan pendedahannya itu.Beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok mengenai isu tersebut, dengan mendedahkan nama dua wakil PKR dan foto rakaman pertemuan tersebut. -- malaysiakini
MS: Aminah ditawarkan jawatan Yang Dipertua MPPP? TKM 1 Pulau Pinang? Betoi ker ni? Siapa punya angkara la tu sampai sanggup nak bagi kedua-dua jawatan tu pada dia. Iskh depa ni, awat la buat lawak sampai macam tu?

24 May 2009

PENANTI : Saya seperti kucing melawan Harimau - Nai Khan

Lee Wei Lian @ The Malaysian Insider

Penanti, May 24 - To say that independent candidate Nai Khan Ari faces an uphill battle in his bid to win the Penanti by-election would be an understatement.

The state constituency is part of Permatang Pauh, the homeground and political fortress of opposition icon and PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

In his walkabout at a market this morning, many of the traders and customers rated the independent candidate's chances at best as a minor vote splitter in the fight between PKR and two other independents."This is a PKR fortress," one couple having their breakfast at the market told The Malaysian Insider.

"Tapi tengok nasib lah, mana tau dapat (maybe he'll get lucky)," the wife said charitably but with a doubtful smile.

A fishmonger said Nai has no realistic chance. "Mungkin pecah undi sikit (maybe he'll split a few votes)," he said.

The only positive assessment was given by a stall worker from whom Nai bought some salted eggs and dried fish.

"He may have a chance. People now look for who can serve them best and do the work. For example, someone like Arif Shah," he said, referring to Umno's state lawmaker in Seberang Jaya who faced off against Anwar in the Permatang Pauh by-election last year.

But Nai, whose gracious manners are a reflection of his Siamese heritage, is not giving up and dutifully shook hands with almost everyone in the market, asking them to "bagi saya peluang (please give me a chance)".

He told reporters later that he thinks Penanti is suffering from neglect and that he really wants to serve but acknowledged the odds stacked against him.

"I am like a cat fighting a tiger," he said when asked about his chances of winning.

"But I am not afraid."Nai says he resigned from Gerakan as he was disappointed that BN was not contesting the by-election.

Asked if he will rejoin BN in the future, Nai says that he sees his future as an independent politician.

The factory manager lives in nearby Teluk Wang and also just bought a home in Lunas a few kilometres away.

He says he is a true blue Penantian, having grown up here.

Unfortunately, such ties are unlikely to help him much and the "tiger" will almost certainly win Penanti comfortably, if conventional wisdom is anything to go by.

Suami "jual" isteri

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT IBRAHIM

Murni pernah menjadi pelacur, mengedar dan menagih dadah, ahli kumpulan kongsi gelap dan orang tengah membawa PATI ke negara ini sehingga dia digelar mayat tidak berguna.
BENTUK badan Murni masih menarik walaupun sudah berumur 51 tahun. Namun penghuni pusat pemulihan masalah sosial, Rumah Sinar Salam di Chow Kit, Kuala Lumpur ini belum dapat melupakan kenangan zaman gelapnya dahulu yang penuh dengan dosa dan noda.
Dia pernah menjadi pelacur, penagih dan pengedar dadah malah ahli kumpulan kongsi gelap. Dia juga menjadi orang tengah membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini dengan bayaran RM5,000 untuk setiap PATI.
Kedegilan sejak kecil menjadi punca dia terjebak dengan semua kegiatan tidak bermoral itu.“Saya nakal dan degil sejak kecil lagi. Mungkin disebabkan itu, ibu tidak pernah mempedulikan saya kecuali bapa.
“Malah saya tidak mahir menulis dan membaca kerana tidak bersekolah sehingga sukar untuk mendapatkan pekerjaan kini. Tetapi tidak mengapalah, rezeki di mana-mana,” katanya yang bekerja sebagai pencuci di sebuah pusat beli-belah.
Dia yang berasal dari Negeri Sembilan berkahwin pada usia 17 tahun namun hanya sempat melayari kehidupan berumah tangga selama dua tahun kerana tidak disukai keluarga mertua.Murni mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan pertama.
Pernikahan kedua menjadi neraka baginya.Disebabkan kecewa mahligai perkahwinan yang dibina runtuh lagi, Murni mengambil keputusan berhijrah ke Klang, Selangor dan menampung kehidupan seharian bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makanan.
Di situ, dia berkenalan dengan Razali dan terus mengambil keputusan berkahwin walaupun perkenalan mereka tidak sampai sebulan.“Razali cukup pandai mengambil hati. Dia perwatakan menarik dan pandai menggoda menyebabkan saya terpikat hingga saya berkahwin dengannya.
“Mulanya, Razali seorang yang baik dan penyayang tetapi satu hari dia meminta saya berhenti kerja sebagai pembantu kedai dan beralih kepada pekerjaan yang lebih lumayan pendapatannya.“Saya dibawa ke sebuah hotel dan diminta melacur. Tentunya saya enggan tetapi dipaksa melakukannya. Jika enggan teruk dipukul dan ditampar. Sejak itu bermulalah kehidupan saya sebagai pelacur.
“Dia juga mengajar saya minum arak dan menghisap dadah. Bayangkan saya dipaksa melacur ketika sedang sarat mengandung empat bulan. Ada pelanggan baik hati tidak melakukannya kerana kasihan tetapi kebanyakannya cukup kejam,” katanya sambil air matanya membasah pipinya.
Lari ke Johor“Saya tidak tahan kerana terus diperlakukan sedemikian. Malah telah merata Semenanjung Malaysia ini saya pergi untuk melacur. Jika ingin lari, tapak kaki akan singgah di pipi ini.
“Malah dalam sehari saya pernah dilanggan 10 orang pelanggan. Tidak tahan saya memohon bantuan daripada seorang polis untuk lari ke Johor.“Saya disembunyikan di sebuah rumah India sebelum menaiki kereta api ke Johor.
Nasib baik terlepas, jika tidak saya mungkin telah dibunuh oleh suami,” ujarnya.Tetapi kerana kebiasaan dan mudah mendapatkan wang menyebabkan Murni kembali terlibat dengan perbuatan tidak bermoral itu.“Mulanya saya kembali bekerja di kedai makan tetapi berapa sangatlah pendapatan yang diperoleh. Saya kembali menjadi pelacur. Perwatakan juga berubah menjadi seorang tomboi.
“Keluarga sendiri tidak peduli. Malah saya bergerak lebih jauh lagi dengan mengedar dan menghisap dadah, menjadi ahli kongsi gelap serta orang tengah membawa PATI ke negara ini.“Bukan sukar, kenalan kita ramai. Dengan perbualan telefon dan kita tentukan masa semua boleh jalan. Lumayan, seorang PATI boleh dapat RM5,000.
“Saya juga tidak pernah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana tiada bukti. Tetapi menggelar saya mayat hidup kerana tidak berguna dan sering mendatangkan masalah,” ujar Murni.
Murni cuba untuk berubah namun beliau sering tersilap langkah memilih suami untuk kembali kepada jalan yang benar.“Setelah sekian lama terlibat dengan noda dan dosa saya ingin kembali insaf. Saya menerima pelawaan seorang pemandu teksi untuk menjadi isterinya.“Namun saya sangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari.
Suami ketiga baik dan alim tetapi terlalu cemburu. Saya tidak dibenarkan bersembang sekali pun dengan jiran.“Saya terkurung di rumah. Sekadar memandang lelaki pun saya akan teruk dibelasah. Malah saya pernah dipukul di sebuah kedai makan kerana sifat cemburunya itu,” katanya kesal.Kahwin dan cerai ekspres“Kemudian saya bercerai dengannya. Tidak lama selepas itu saya kahwin lagi dengan rakan sekampung. Tetapi dia sangat pemalas dan tidak mahu bekerja.
“Saya menampung makan dan minum, dua kotak rokoknya sehari dan anak-anak. Kalau tidak dapat, makian dan sepak terajang diterima.“Menghilangkan bosan, saya pergi seorang ke kedai arak dan minum sepuasnya. Saya juga mula mengedar pil khayal di kelab. Ini semua kerana lelaki tidak berguna itu sehingga saya meminta cerai,” katanya.
Namun semuanya berubah selepas dia menemui seorang pekerja keselamatan yang benar-benar ikhlas di Chow Kit sendiri.“Malah dia membenarkan saya tinggal di rumahnya dan memberi wang belanja seharian cuma saya tidak berkahwin dengannya.
“Dia sering menasihati saya supaya berubah dan meninggalkan kegiatan lama, serta meminta saya solat dan banyak ke surau untuk menambah ilmu pengetahuan agama.“Memang sukar untuk berubah tetapi saya perlu tekad. Apa gunanya saya menjadi pelacur selamanya kerana impian diri ini ingin hidup normal seperti insan lain,” katanya yakin -- Kosmo

23 May 2009

1.7 Juta untuk Khir Toyol & Keluarga ke Disneyland

Inkuiri Awam Terbuka membabitkan isu Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri (Balkis) berakhir dimana Ketua Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) diminta hadir semula memberi keterangan.
Datin Khairiyah Abu Hassan yang menjadi saksi terakhir inkuiri awam memberitahu Jawatankuasa Pilihan Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) bahawa PNSB telah membelanjakan kira-kira 1.7 juta untuk lawatan teknikal melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyol ke Disneyland Paris dan Disney World di Florida Amerika Syarikat.
Menurutnya Khir Toyol selaku Pengerusi PNSB ketika itu turut membawa isterinya, tiga orang anak, pegawai lain dan seorang pembantu rumah
Khairiyah dalam keterangan nya turut mendedahkan sebanyak RM420,000.00 telag digunakan untuk satu "lawatan teknikal" ke Morocco (Magribi) dan Disneyland Paris pada 17-24 Disember 2004
Bwliau berkata PNSB juga turut membelanjakan RM366,000.00 untuk perjalanan pasukan pemerhati bagi meninjau tempat-tempat berkenaan sebelum delegasi khir toyol melawat kedua-dua tempat tersebut.
Teng Chang Khim selaku Pengerusi Selcat bagaimanapun mempersoalkan kewajaran lawatan ke Disneyland yang disifatkan lebih kepada mengisi masa lapang (makan angin) semata-mata ekoran mereka yang menyertai ekoran mereka yang menyertai lawatan itu tidak bertemu dengan pasukan pengurusan Disneyland, sebaliknya hanya menggunakan khidmat pemandu pelancong untuk mendapatkan pengetahuan teknikal beraitan taman tema tersebut.
"Lawatan ke Disneyland lebih kepada memperolehi pengetahuan teknikal bagi membangunkan satu taman tema serupa di Bagan Lalang, Sepang," kata Khairiyah ketika menjawab pertanyaan itu -- ROKET (Isu 5 2009)

Gambar2 Sekitar Penamaan Calon N12 Penanti


PENANTI : Selepas tamat waktu bantahan, dari 5 calon yang mengemukakan borang penamaan, 1 calon bebas telah ditolak kertas pencalonon nya. Mohd Saberi Othman, seorang bekas pembantu Tun Abdullah Ahmad Badawi di kawasan parlimennya di Kepala Batas elah ditolak kertas borang penamaan atas sebab-sebab yang belum diketahui.
Calon-calon yang akan bertarung pada 31 Mei, termasuklah calon PKR Dr Mansor Othman, dan tiga calon bebas - Aminah Abdullah bekas Ketua Wanita Keadilan P Pinang - seorang bekas pemimpin Gerakan, Nai Kan Ari dan Kamarul Ramizu Idris - calon bebas yang hilang wang pertaruhan di PRK Bukit Gantang, Perak baru-baru ini.


Penyokong-penyokong Pakatan dari PAS turut sama-sama memberi sokongan pada Dr Mansor

"Biarkan rakyat jadi penentu (adakan pilihanraya di Perak) ... Itu baru demokrasi" ... YAB LGE

Lim Kit Siang turut mengiringi Dr Mansor ke pusat penamaan

Calon Pakatan, Dr Mansor Othman
Dr Mansor bersama Dr Hatta

Datuk Zaid Ibrahim bersama penyokong Pakatan
KM P Pinang YAB Lim Guan Eng bersma Datuk Zaid sedang berjalan keluar dari Pusat Penamaan Calon
Calon bebas Mohd Saberi Othman ditolak borang pencalonannya


Kuda PDRM

Antara penyokong pakatan rakyat

Seorang penyokong Pakatan dari PAS

Generasi Baru Pakatan

Ramai anggota polis dari penyokong
Unit Tindakan Ringan PDRM

Antara penyokong Pakatan

22 May 2009

Pilihan Raya Kecil lagi - ADUN Manik Urai Meninggal Dunia

Najib kecut perut lagi. PRK ke 7 bakal mendatang. ADUN Manik Urai, Kelantan diberitakan telah meniggal dunia pagi tadi.

YB Ismail Yaacob (PAS)(60) telah meninggal dunia pukul 5 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Beliau menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan. Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim. Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah.....

21 May 2009

Blog Datuk Zaid Ibrahim


Selamat datang ke dunia blogging Datuk ...


Untuk ke blog Datuk Zaid Ibrahim di sini

PRK N12 Penanti : Pakai Topi Parti Pun Tak Boleh?

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan menjadi perintis kepada pelaksanaan sepenuhnya undang-undang dan peraturan berkaitan larangan berkempen pada hari mengundi.Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ngah Senik berkata individu yang melanggar larangan berkempen menurut Sub Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh ditahan polis dan dikenakan tindakan penjara tidak lebih setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Beliau berkata selama ini larangan itu tidak dipatuhi sepenuhnya oleh parti yang bertanding kerana mereka masih melobi undi di kawasan pondok panas melalui pemakaian lambang, logo, bendera parti atau pemujukan, lapor Bernama."Bagaimanapun, dalam pilihanraya kecil Penanti ini, pondok panas tidak lagi dibenar kerana kita tidak mahu aktiviti meraih atau merayu undi berlaku pada saat akhir sebelum pengundi masuk ke pusat pengundian," katanya dalam taklimat media di Butterworth hari ini.
Beliau berkata pemakaian lencana, topi atau apa sahaja yang mempunyai lambang parti terutama di kawasan 100 meter daripada pusat pengundian juga tidak dibenarkan.Ngah berkata semua pihak yang bertanding diberi masa yang mencukupi untuk berkempen iaitu bermula daripada selepas Pegawai Pengurus Pilihanraya (RO)membuat pengumuman mengenai calon yang akan bertanding pada hari penamaan calon pada 23 Mei sehingga pukul 12 tengah malam 30 Mei ini.
"Saya benar-benar berharap semua pihak sama ada parti politik atau calon bebas yang bertanding mematuhi larangan ini dan tidak menggunakan meja semakan yang dibenarkan di kawasan 100 meter dari pusat pengundian untuk merayu undi lagi."Biarlah Penanti menjadi permulaan kepada pilihan raya yang aman, tenang dan pengundi tidak menghadapi tekanan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.
Bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Ngah berkata SPR melantik 450 petugas dan memperuntukkan RM500,000 untuk mengendalikan pilihanraya kecil Penanti itu.Beberapa pembaharuan dibuat untuk pilihan raya kecil kali ini, antaranya mewujudkan barung SPR di kawasan 50 meter dari pusat pengundian dan menambah bilangan pemandu arah untuk membantu pengundi menuju ke saluran masing-masing, katanya. -- malaysiakini

KSN orang Pekan - Kontrak disambung lagi

Ketua Setiausaha Negera, Tan Sri Sidek Hassan (foto) dilanjutkan kontraknya lagi setahun. Beliau yang telah dilantik semula secara kontrak untuk tempoh setahun lagi sehingga 23 Jun 2010.
Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam satu kenyataan hari ini bahawa pelantikan Sidek, 58, telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Menurut kenyataan itu, pelantikan semula tersebut adalah berdasarkan kepentingan negara kerana perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara itu masih diperlukan terutamanya dalam meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Tan Sri Sidek berasal dari Kg.Cherok Paloh Pekan Pahang --- seterusnya
STONE : Orang kampung najibtuya rupanya, patut la kontrak disambung lagi. Macam la dah tak der orang lain lagi dah ...

Genap 100 Hari Najib BN Rampas Perak

Hari ini genap lah 100 hari rampasan kuasa oleh Najib di Perak.Sebagai Pengerusi BN Perak di akhir pemerintahan Pak Lah Najib dengan rakusnya telah melakukan rampasan kuasa kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat Perak.
Tujuan utama Najib adalah untuk membuktikan pada Pak Lah beliau lebih berpengaruh dari Pak Lah sebelum penyerahan kuasa sebagai PM ke 5. Dengan berbekalkan kejayaan rampasan kuasa di Perak ini lah proses penyerahan kuasa PM berjalan saperti biasa pada Mac 2009.Pada ketika itu tiada alasan untuk Pak Lah tidak serahkan jawatan PM kepada Najib.
Walaupun umum mengetahui siapa kah sebenarnya Najib yang dikelilingi perbagai skandal dan rasuah. Dengan rakusnya rampasan kuasa yang berlaku di Perak Najib membelakangkan perlembagaan negeri Perak dan perlembagaan Malaysia.
Najib adalah penderhaka kepada Sultan kerana beliau telah menipu Tuanku Sultan Azlah Shah agar perkenan perlantikan Zamry sebagai MB Perak yang haram. Sedangkan Tuanku Sultan adalah bekas Ketua Hakim Malaysia.
Keputusan Mahkamah Tinggi telah menafikan rampasan kuasa di Perak dan menghistiharkan YAB Ir Nizar adalah MB Perak yang sah. Rakyat Perak dan Malaysia hari ini sudah pun mengetahui hal yang sebenarnya apa yang berlaku.
Walaupun Mahkamah tinggi telah menghistiharkan YAB Ir Nizar sebagai MB Perak yang sah Najib masih mempertahankan rampasan kuasa di Perak dengan menggunakan kuasanya sebagai PM agar mahkamah rayuan membenarkan penangguhan keputusan mahkamah tinggi.
Apa pun keputusan Mahkamah Rayuan pada hari yang ke 100 rampasan kuasa di Perak rakyat dapat menilai siapa kah Najib yang sanggup mencemarkan sistem Raja Berpelembagaan dan sistem Mahkamah di Malaysia. -- tumpatdaily

Satu Umno pun gagal, jangan cakap 1 Malaysia

Penindasan sesama Umno sehingga menyebabkan ramai yang bertindak keluar dari parti itu adalah bukti awal yang jelas tentang kegagalan hasil mengelamun Perdana Menteri yang diriuh-riuhkan sebagai konsep Satu Malaysia.
"Dalam Umno pun (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) gagal mewujudkan Satu Umno, tidak perlu cakaplah tentang Satu Malaysia," katanya mengulas tindakan ahli-ahli Umno di Perlis yang bertindak keluar dari parti itu dan menyertai menyertai pembangkang.
Saya menggesa rakyat segera sedar tentang sifat sebenar Umno."Sesama Umno, sesama Melayu pun ditindas, dipecat dan dizalimi, tidak ada lagi keadilan yang boleh diharapkan dari Umno yang kelihatan semakin bersungguh-sungguh mempelopori penindasan ke atas sesiapa sahaja yang tidak disukainya,"Saya mengalu-alukan kebijaksanaan ahli-ahli Umno yang keluar dari parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat (PR).
"Dengan penuh ketulusan kita menghulurkan tangan kepada mereka dan saya yakin tindakan mereka itu pasti mengukuhkan lagi tali silaturrahim antara sesama umat Islam dan rakyat Malaysia,"

Mahkamah dengar rayuan DS NIzar - Zambry hari ini

21 May 2009 9:28AM

MAHKAMAH Rayuan akan mendengar rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah pagi ini.

Mahkamah juga akan mendengar permohonan Mohammad Nizar bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

Barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.

Mohammad Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.
Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.

Isu perundangan melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.

Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dr Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Dr Zambry selesai.

Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu.

20 May 2009

Nyala lilin di Serdang - Polis Melebihi Peserta







OCPD Subang Jaya ACP Zainal Rashid bersama seorang peserta

Seramai hampir 40 orang hadir di upacara nyalakan lilin di hadapan Pusat Komuniti Rakyat YB Teo Nie Ching sebentar tadi.
Walaupun begitu kedatangan anggota polis termasuk OCPD Subang Jaya, ACP Zainal Rashid melebihi dari peserta. Hampir 100 anggota polis termasuk dari Unit Tindakan Ringan, trafik telah memenuhi Jalan Sekolah, yang menempatkan pusat komuniti YB Nie Ching.

Dua sekatan jalanraya (yang dapat saya jumpa - mungkin lebih) telah diadakan sejak jam 8.00 mlm tadi di jalan-jalan yang menuju ke pusat khidmat tersebut.

Walau bagaimana pun sehingga saya meninggalkan tempat tersebut sekitar jam 10 mlm tadi semua peserta telah bersurai dengan aman dan tiada tangkapan dilakukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive