31 July 2009

Gerakan tarik diri, PAS tetap sertai demo anti ISA Najib Altantuya esok


Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, 31 Julai – Di sebalik amaran pihak polis dan pelbagai lagi yang mendesak supaya demonstrasi mansuhkan ISA anjuran GMI esok dibatalkan, dan di sebalik sudah bermulanya sekatan-sekatan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur hari ini, PAS Pahang sebagai sebahagian dari sekutu GMI dalam penganjuran demonstrasi tersebut tetap dengan tegas menyeru seluruh rakyat Pahang supaya turun beramai-ramai esok ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Ustaz Yusof Embong, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang percaya yang sesiapa yang bersetuju bahawa penahanan tanpa bicara itu zalim, pemisahan suami dari isteri itu zalim, dan pemisahan anak dari ayahnya itu zalim, maka mereka harus turun esok membuktikan kepercayaan mereka dengan berdemonstrasi secara aman.

Bahkan, bagi Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, yang juga bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, adalah tanggungjawab seluruh rakyat untuk hadir, dengan hanya meninggalkan tiga golongan di rumah, iaitu mereka yang uzur syarie, mereka yang penakut dan mereka yang menyokong ISA.

Menurut Nasrudin, ISA memang sepatutnya dimansuh memandangkan akta ini telah banyak memangsakan mereka yang tidak bersalah, malah ISA tidak pernah membuktikan kesalahan mangsanya di mahkamah atau melalui proses perbicaraan yang adil dan telus.

Perhimpunan mansuhkan ISA pada jam 2.00 petang esok merupakan perhimpunan aman yang santai dan bersifat kekeluargaan, maka pihak penguatkuasa yang terlibat khususnya pihak polis tidak perlu bimbang tentang kemungkinan berlakunya sebarang kekecohan, ia tidak akan berlaku kecuali jika ada pihak lain menyusup masuk dan membuat provokasi.

Ulas Yusof, penyertaan dalam demonstrasi esok adalah penting sebagai sesi pernyataan sikap, sikap tidak bersetuju terhadap apa-apa bentuk kezaliman, dan ISA adalah salah satu kezaliman yang wujud dalam bentuk undang-undang.

Sementara bagi Nasrudin, atas kapasitinya sebagai pemimpin pemuda, demonstrasi mansuhkan ISA ini adalah peluang anak muda yang berkesedaran untuk melunaskan tanggungjawab mereka bangkit bersuara bagi membebaskan mereka yang sedang teraniaya.

Demo esok anjuran GMI dengan turut disertai oleh parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat dan NGO.

Parti Gerakan yang turut menyokong usaha ini cuba menyerahkan memonya kepada Yang Dipertua Agung hari ini namun tidak berjaya.

Gerakan turut menarik balik cadangannya untuk turut serta dalam demo esok. - TMI

Melawan BN Najib Altantuya, Pakatan Rakyat akan didaftar


Pakatan parties will seal pact, says Zaid

By Leslie Lau
Consultant Editor

KUALA LUMPUR, July 31 — Pakatan Rakyat (PR) is working towards registering the alliance officially to underline its commitment towards being a viable alternative coalition to the ruling Barisan Nasional (BN), says Datuk Zaid Ibrahim.

The former BN minister, who joined PKR less than two months ago, wrote in his blog yesterday that he was aware of the criticisms levelled at PR parties for not formalising a common platform.
“All the members of Pakatan are ready to serve the public in the name of Pakatan.

“In fact in all our daily activities we are already acting as members of Pakatan and not just members of PKR, PAS or DAP,” he wrote.

Since joining the federal opposition, Zaid has been given the task of coordinating the activities of the joint PR secretariat.

The Malaysian Insider understands the act of formalising the alliance as an official coalition like BN has one major hurdle.

Under the rules of the Registrar of Societies, a political coalition must consist of at least seven parties. This means PR will have to attract more political parties to join its fold before it can be registered.

But Zaid appeared confident that this could be achieved.

“The people will be given a real choice in the next elections; there will be one-to-one contests,” he said.

PR leaders are understood to be in talks with several political parties to join the alliance.

But there are also ongoing talks between PKR, DAP and PAS to come out with common policies.

“I am aware of many critics who say Pakatan does not have concrete policies or even common policies. People say that because of our different ideologies Pakatan cannot be united like BN.”

He said PR leaders and members were already tired of being in opposition and have proven their abilities to withstand pressure from what he referred to as “dictatorial BN government.”

“They have been tested time and again. They have been jailed, detained under the ISA and their supporters are brave and strong.”

He claimed that BN’s strategy now was to create fissures among PR parties “because they are afraid of one-to-one contests.”

While Zaid acknowledged there were weaknesses in the PR alliance, he said the leaders remained committed towards formalising their current arrangement and offering a viable alternative to BN. - TMI

30 July 2009

Kerajaan BN Najib Altantuya lulus judi 4D baru


Magnum Corporation, anak syarikat Multi-Purpose Holdings Berhad, minggu lepas telah pun mendapat kelulusan kerajaan untuk memulakan perjudian 4D baru.

Kelulusan ini berikutan kebenaran awal kerajaan yang memberikan keluluusan kepada ketiga-tiga syarikat perjudian itu -Berjaya Sports Toto, Magnum dan Tanjung plc - untuk mengadakan 10 cabutan istimewa setahun.

Keputusan Najib ini merupakan satu keputusan yang luar biasa dan pastinya akan mendapat tentangan dari pihak pembangkang yang akan menuduh kerajaan sebagai tidak Islamik. .. seterusnya

29 July 2009

BN Najib Altantuya mampu tawan Kedah - Peringatan buat PR

BN mampu tawan semula Kedah: Penganalisis politik

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah daripada pakatan pembangkang dengan syarat jenteranya menggandakan usaha sedia ada dan paling kritikal, merapatkan barisan sayap parti itu, kata seorang penganalisis politik.

Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mustafa Ishak berkata pergerakan Pemuda dan Puteri serta juga ahli veteran memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memastikan kemenangan calon BN.

"Harapan untuk BN di negeri ini masih ada, yang penting rapatkan barisan sayap, kerana kalau tidak kuat, susah untuk lakukan gerak kerja.

"Umno pula kena bangkit sebagai parti yang paling aktif untuk memberi motivasi kepada jentera dan memberi penjelasan kepada pengundi tentang apa bezanya BN dengan pakatan pembangkang," katanya selepas memberi taklimat tertutup tentang Hala Tuju Umno Kedah bagi Menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di sini malam tadi.

Mustafa berkata sekiranya BN benar benar ingin menarik generasi muda menyokongnya, satu usaha untuk memberi nafas baru dan membangkitkan semangat berjuang dalam kalangan Pemuda dan Puteri perlu dilakukan.

Mustafa, yang juga Penasihat Strategik Umno Kedah berkata, sudah ada perubahan dalam kepimpinan tertinggi BN, tetapi itu mungkin tidak disedari dan kini terpulang kepada jentera parti itu untuk berusaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN khususnya Umno.

Beliau berkata, pada masa ini BN mempunyai kelebihan kerana tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dan keadaan itu merisaukan pakatan pembangkang.

"Saya tidak fikir pembangkang mampu kekalkan momentum kerana mereka sendiri berada dalam keadaan tertekan dan sudah ada perbalahan pendirian antara pemimpin Pas sehingga kita tidak tahu siapa sebenarnya yang berkuasa dalam parti itu," katanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Umno negeri akan mengadakan program berbentuk muhasabah diri untuk membangkitkan keyakinan rakyat di samping menguatkan jentera parti itu.

"Taklimat seperti hari ini merupakan langkah pertama dan selepas ini kita akan turun ke semua petipeti undi untuk memberikan penerangan tentang hala tuju Umno," katanya. BERNAMA

Melayu tak wujud sebenarnya

JULAI 29 — Hang Tuah sebenarnya bukan Melayu; Hang Tuah sebenarnya orang berketurunan dari China mengikut kata sesetengah orang lah (bukan saya OK). Mengapa pula dikatakan begitu? Sebab diambil contoh dari Hang Li Po seorang puteri dari China, namanya bermula dengan Hang, atas dasar itu orang keturunan dari China maka namanya bermula dengan Hang dari perkataan “Han” iaitu nama satu dinasti lama di China. Hang Li Po bererti Li Po orang Han, itulah ceritanya maka atas sebab samalah Hang Tuah itu bukan Melayu. Kalau nak diikut begitulah Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan juga Hang Kasturi. Malah ada yang lebih jauh mengatakan yang Hang Tuah itu namanya sebenar adalah Han Too Ah, Jebat pula Han Jee Fat (macam watak utama dalam komik Alam Perwira pulak) manakala Hang Lekiu pula adalah Han Lee Kiu.

Ada ada kemungkinan, mungkin betul, bunyinya macam betul, tapi kalau hendak diikutkan kesimpulan begini bolehlah saya mengatakan yang sebenarnya “Tong Sampah” bukanlah perkataan Melayu akan tetapi ianya berasal dari China. Ini adalah kerana Tong Sampah adalah dari Thong Sam Ah seorang ushawan karung guni berbangsa Hakka yang suka mengambil barang-barang lama di sekitar tahun awal 1930an di Taiping. Maka apabila ada barang hendak dibuang orang kampung suka berkata “ahh ko bagi la barang nak dibuang tu ke Thong Sam Ah, dia memang ambil barang hendak dibuang”. Bunyinya memang macam betul tapi itu tidak menyebabkan ianya fakta bukan walau berapa puluh kali saya mengulangi cerita ini sesungguhnya Tong Sampah bukanlah Thong Sam Ah. -- seterusnya

28 July 2009

harap maaf

blog sedang di ubahsuai

TEST

TEST

BLOG SEDANG DIKEMASKINI

Blog ini sedang dikemaskan kini. Buat sementara waktu tiada artikel-artikel yang dapat dimuatkan . TQ

Apakah UMNO Najib Altantuya akan tergoda buat kali kedua

Melepaskan Ibrahim Ali tersepit’

Oleh Zukri Aksah

BERA, Julai 27 — "Ibarat membebaskan Ibrahim Ali tersepit". Itulah peribahasa baharu yang diperkenalkan untuk anggota Parlimen Pasir Mas itu.

Ia adalah kemuncak kepada kemarahan para penyokong Pakatan Rakyat kepada beliau ekoran kenyataan dan tindakan beliau sejak akhir-akhir ini.

Yang terbaru ugutan beliau terhadap para penyokong perhimpunan besar-besaran mansuhkan ISA Ogos 1 ini. Ibrahim memberi amaran, "batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa."

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengumumkan perancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi Mansuhkan ISA pada Ogos 1, 2009 nanti di ibu kota Kuala Lumpur.

Demonstrasi ini antara lain bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung bagi memohon campurtangan dalam usaha memansuhkan akta tersebut.

Setakat ini GMI telah mendapat sokongan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik, kesemuanya parti politik pembangkang, kecuali kesediaan mengejutkan yang disuarakan oleh Pemuda Gerakan, salah sebuah komponen parti pemerintah BN.

Presiden Pertubuhan Perkasa Pribumi Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, yang juga bekas tahanan ISA telah keluar dengan kenyataan kata duanya kepada GMI, batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa.

Mengulas isu ini, Rizan Haji Ali, Setiausaha PKR Bera, menyifatkan tindak-tanduk Ibrahim Ali ini tidak lebih sekadar melontar idea songsang dalam usaha mencari populariti untuk dirinya sendiri.

Kebelakangan inipun, tambah Rizan, Ibrahim Ali cuba kembali mewarnai persada politik negara dengan seringkali “secara gedebenya” mengeluarkan kenyataan-kenyataan keras, yang secara jelas kuat berbau perkauman, dengan niat yang sama, mencari populariti.

Maka, menurut Rizan, tidaklah menghairankan bila kebelakangan ini juga Ibrahim Ali kerap diberi ruang oleh akhbar Utusan Malaysia, akhbar yang diketahui umum mempunyai kepentingan Umno.

Bagi Rizan betullah peribahasa baharu yang selama ini didengarnya, “ibarat melepaskan Ibrahim Ali tersepit.” Beliau ternyata dalam keadaan tersepit sekarang kerana sudah lelah menjadi Ahli Parlimen Bebas, terus memasuki Umno bermakna beliau akan disahkan sebagai “katak” tersohor, sementara kalau berpaling kepada Pakatan Rakyat, seperti menjilat dan menelan kembali kahaknya.

Tindakan dan suara-suara dari Ibrahim Ali kebelakangan ini termasuklah tentangannya terhadap rancangan demonstrasi oleh GMI, ulas Rizan lagi, dilihat seumpama langgam “ayat mengorat” Ibrahim Ali supaya beliau sekali lagi dilepaskan Umno dari kedudukan tersepitnya kini. Soalnya apakah Umno akan tergoda kali kedua?

Rizan bersyukur kerana selepas menang sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya umum yang lepas, Ibrahim Ali tidak mengambil keputusan menyertai PAS atau PKR, kerana dengan latar belakang terkenal Ibrahim Ali dari hal lompat-melompat parti memungkinkan untuk beliau menjaja jawatan Ahli Parlimen Pakatan Rakyatnya dalam “political barter trade.”

Jika ini berlaku, jelas Rizan ia sudah tentu memalukan Pakatan Rakyat, kerana Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai tidak belajar dari sejarah dan lupa peribahasa “melepaskan Ibrahim Ali tersepit." - TMI

26 July 2009

95% Rakyat merasakan kerajaan Najib Altantuya tidak mampu menjamin keselamatan mereka

Dalam tiga hari tinjauan soalselidik elektronik dinaikkan di laman sesawang Kementerian Dalam Negeri, 6,058 peserta berasakan kadar jenayah yang meningkat mutakhir ini menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan, manakala 5,549 peserta merasakan pihak berkuasa tidak mampu menjamin keselamatan mereka.

Begitu menurut rencana terbaru Penasihat DAP Lim Kit Siang di laman blognya hari ini.

Bermula 23 Julai lalu, penyertaan awal adalah seramai 866 bagi tinjauan pertama dan 894 bagi tinjauan kedua.

Jumlah peserta meningkat pada hari berikutnya kepada 2,846 bagi tinjauan pertama dan 2,619 bagi tinjauan kedua.

Hari terakhir tinjauan mencatatkan respon dari 6,058 orang bagi tinjauan pertama dan 5,549 bagi tinjauan kedua.

Keputusan ini menunjukkan sejak 23 Julai jam 12 malam hingga 26 Julai jam 10 pagi, 97 peratus responden secara konsisten mengatakan mereka tidak berasa selamat, manakala 95 peratus secara konsisten menjawab kerajaan tidak mampu menjamin keselamatan mereka.

"Hanya ada satu kesimpulan dari statistik ini - akuan bahawa Musa Hassan telah gagal sebagai Ketua Polis Negara, dan perlunya KPN baru untuk membebaskan Malaysia dari jenayah," tegas Kit Siang.

"Kes ragut sahaja meingkat 99 peratus dari Januari hingga April tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Sebanyak 1,206 kes dilaporkan dalam empat bulan tahun ini berbanding 606 sahaja tahun lalu. Bahkan jumlah 1,206 ini adalah kecil kerana majoriti mangsa tidak melapor kerana mereka tidak lagi yakin pada polis," tambahnya lagi. - TVA

Jenazah Yasmin selamat dikebumi


SUBANG JAYA: Jenazah pengarah filem dan iklan terkenal, Allahyarhamah Yasmin Ahmad selamat disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya sebelum waktu Zohor sebentar tadi.

Sebelum itu jenazah arwah Yasmin Ahmad telah dibawa ke masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19, Subang Jaya untuk dimandikan dan disembahyangkan, yang diketuai oleh Imam Ustaz Ahmad Salim dan bilal Ustaz Mohamad Soen.

Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak malam tadi sekitar pukul 11.26 malam di Hospital Pakar Damansara.

Turut hadir pada majlis pengebumian ini bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Tony Fernandes.

Antara rakan-rakan artis serta sahabat handai Arwah Yasmin yang hadir ke majlis pengebumian ini ialah , Fatimah Abu Bakar, Rosyam Nor, Pengarah filem, Amir Muhammad, Jaclyn Victor, Sharifah Amani, Suhaimi Baba, Tan Karhoe (pelakon filem Telentime), Low Ngai Yuen, Jo Kukathas, Ho Yu Hang, penggiat teater, Fahmy Fadzil dan penyanyi/penulis lagu, Pete Teo. - mStar

LGE batalkan projek kerajaan Najib Altantuya

KM Pulau Pinang tarik balik kelulusan projek Kg Buah Pala

PULAU PINANG - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menarik balik kelulusan pembangunan yang diberikan kepada pemaju projek perumahan di Kampung Buah Pala, Nusmetro (P) Sdn. Bhd.

Guan Eng berkata, beliau menggunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri untuk membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri terdahulu.

Katanya, kerajaan negeri sekarang tidak terlibat dengan sebarang urusan atau kelulusan projek yang dicadangkan di situ.

Bercakap kepada pemberita di sini semalam, beliau berkata pemaju boleh merobohkan rumah, tetapi tanah itu tidak boleh dibangunkan.

"Jika pemaju masih mahu meneruskan projek itu, mereka perlu mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan semua pihak terutama penduduk kampung," katanya. - Bernama

Felipe Massa Ferrari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi

Felipe Massa, pemandu pasukan F1 Ferrari telah dimasukan ke unit rawatan rapi hospital tentera Budapest setelah mengalami kemalangan ketika sesi latihan GP Hungary semalam.

Kenyataan dari pasukan Ferrari menyebut, Massa pelumba yang berasal dari Brazil itu telah berjaya menjalani pembedahan kecemasan di hospital berkenaan.


Pegawai dari Kementerian Pertahanan menyatakan sebelum pembedahan dilakukan Massa berada dalam keadaan yang serius, keadaan yang boleh meragut nyawanya.


Pemilik F1, Bernie Ecclestone yang melawat Massa semalam memberitahu, keadaan Massa kini stabil dan doktor berpuas hati dengan keadaan nya sekarang. Sebarang perkembangan terbaru akan diumumkan esok (hari ini)

Yasmin Ahmad meninggal dunia


Antara iklan PETRONAS dari hasil kreatif Allahyarhamah

Yasmin Ahmad, 51, pengarah kreatif Leo Burnett advertising dan juga pengarah filem antaranya Sepet dan Gubra telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 11.25 mlm di Damansara Specialist Hospital malam ini.
Beliau telah dimasukan ke hospital pakar itu pada 23 Julai lalu setelah terjatuh ketika sedang membentangkan satu kertas kerja di TV3, Sri Pentas.
Yasmin memulakan kariernya dalam bidang pengiklanan sebagai "copywriter" di Ogilvy & Mather dan seterusnya sebagai Pengarah Kreatif Leo Burnett Kuala Lumpur.
Iklan-iklan TV hasil kerja kreatif beliau termasuk lah iklan PETRONAS yang cukup menyentuh hati.
Takziah buat keluarga Yasmin. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya ... Alfatihah ...
STONE: Perginya seorang pengarah filem cereka/iklan yang bagi saya cukup kreatif. Kebanyakan filem-filem iklan PETRONAS adalah dari hasil kerja kreatif beliau. Pernah beberapa kali bertemu ketika menyiapkan kerja-kerja filem iklan PETRONAS

Ronnie Liu, Ean Yong berang

Exco kerajaan Selangor - Ronnie Liu dan Ean Yong Hian Wah berang dengan dakwaan sebuah blog yang menuduh mereka terbabit melesapkan wang kerajaan negeri.Hari ini, kedua-dua tampil mempersoalkan mengapa pemilik blog tersebut hanya menyerang exco negeri Selangor dari DAP sahaja.

"Mengapa exco DAP sahaja yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut? Apakah ada komplot politik untuk mencemar nama baik kerajaan negeri?" soal mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Pada ini, tujuh ADUN Pakatan Rakyat Selangor sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN.Selain Ean, enam ADUN yang turut disiasat ialah Teresa Kok (DAP-Kinrara), Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan), Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya), Dr Cheah Wing Wah (DAP-Damansara Utama), Edward Lee (DAP-Bukit Gasing) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku).
DAP mempunyai 13 daripada 36 kerusi DUN Pakatan di Selangor. DUN Selangor mempunyai 56 kerusi.

Dalam kenyataan bersama itu, Liu dan Ean sekali lagi mengulangi bahawa mereka telah difitnah oleh blog tersebut, yang mendakwa mendiang Teoh ada bukti rasuah yang membabitkan mereka berdua.Teoh, yang merupakan setiausaha politik Ean, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam beberapa jam selepas disoal siasat -sebagai saksi - oleh SPRM berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN di Selangor. - malaysiakini

blog t4tbh

25 July 2009

1Malaysia Najib Altantuya: Adnan Yaakob dimalukan di negeri sendiri

Kesian juga saya tengok MB Pahang, Adnan Yaakob yang dibiarkan macam orang bodoh pagi tadi di negeri beliau sendiri.
Majlis pelancaran sambutan Hari Pengguna Kebangsaan yang diadakan di Kuantan pagi tadi TELAH TIDAK MENJEMPUT ADNAN YAAKOB.
Majlis yang di rasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Dato' Ismail Sabri Yaakob ini hanya menjemput Exco Kerajaan Negeri, Datuk Shafiq Fauzan sahaja mewakili kerajaan negeri. Nama yang disebut-sebut bakal mengambil tempat Adnan, sebagai MB Pahang yang baru.
Apakah ini menunjukan UMNO Pahang juga sedang menghadapi krisis kepimpinan?
Nasib kau lah Adnan ... dah tak lama la tu ... itu lah buat lagi perangai tak senonoh ... ha sekarang kau dapat lah ... jangan berlagak samseng lain kali ... kah kah kah.

TERKINI: Datuk SS Subramaniam sertai PKR

Datuk SS Subramaniam, bekas Naib Presiden MIC hari ini menyertai PKR

Bersama beliau termasuk lah adik lelaki nya bersama-sama dengan 1,600 ahli dari 10 cawangan MIC di sekitar Petaling Jaya dan Meru, Klang.

seterusnya

TBH: Wajah hodoh politik Najib Altantuya

0leh: Mujahid Yusof Rawa

JULAI 25 — Sebelum ini siapa pun tidak mengenali anak muda yang bernama Teoh Beng Hock, seorang wartawan muda yang kemudiannya membuat keputusan untuk terlibat dalam politik dengan menjadi setiausaha politik kepada ADUN DAP di Selangor.

Dia mungkin tidak perasan bahawa penglibatannya secara sukarela dalam alam politik membawanya kepada alam kejam dan tidak berperikemanusiaan. Politik seharusnya membawa alam ini kepada ketamadunan dan moraliti yang tinggi, tetapi wajah hodoh politik Malaysia sarat dengan misteri, fitnah, salahguna kuasa dan sehodoh-hodoh wajah politik Malaysia ialah kekejaman dan kezaliman ke atas rakyatnya sendiri.

Agak sukar untuk menerima kenyataan walaupun takdir Tuhan tidak siapa yang boleh lari daripadanya, namun sebagai manusia, Tuhan juga menyuruh kita menegakkan Keadilan tanpa batasan kaum. Apabila Keadilan dinafikan, Tuhan juga menyuruh kita bangkit dari terus ditindas oleh sang penguasa yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri.

Kematian Teoh Beng Hock adalah bom jangka yang menanti detik-detik letupan pada bila-bila masa, ia saat kita sedih terhadap kematian yang penuh misteri dalam premis sebuah suruhanjaya yang sepatutnya memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara dari perasuah-perasuah. Bagi rakyat Malaysia ia saat kita berasa marah kepada kecuaian demi kecuaian yang berlaku pada mangsa yang berada di bawah kawalan agensi yang sepatutnya menjamin keselamatan.

Kita berasa mual dengan respons seorang menteri yang secara “taatnya” mengulangi mentera parti perkauman sempit apabila memberi amaran kononnya “awas pembangkang, jangan gunakan isu ini kerana akan menimbulkan ketegangan kaum” Mereka begitu cepat menutup kemarahan orang ramai dengan isu lapok ‘perkauman’ kononnya merekalah jaguh perpaduan.

Parti-parti komponen BN yang lain cepat bertindak dengan turut sama meminta Suruhanjaya DiRaja diwujudkan untuk siasatan keatas kematian yang berlaku, sebenarnya mereka juga “tersepit” kerana masyarakat Cina khususnya begitu marah dengan kejadian ini, jadi untuk menjaga kepentingan politik mereka MCA, Gerakan terpaksa bertegas walaupun Umno tidak berapa menyukainya.

Semasa artikel ini ditulis Najib telahpun membuat kenyataan supaya inquest dibuat untuk siasatan kematian manakala Suruhanjaya Diraja akan melihat perincian bagaimana sesi soal-siasat dibuat oleh SPRM untuk dilaporkan. Najib juga dilihat “tertekan” untuk menerima cadangan Pakatan Rakyat walaupun lain yang kita minta lain pula yang dia sambut.

Sebenarnya ada dua isu yang perlu diuruskan oleh Suruhanjaya ini. Pertama ialah menyiasat bagaimana kematian berlaku kedua ialah persoalan sejauhmanakah bebasnya suruhanjaya bebas ini? Untuk persoalan kedua kita menuntut supaya Pakatan Rakyat dirunding sama untuk memilih pengerusi dan jawatankuasanya.

Bagi yang pertama, cukup Suruhanjaya Bebas kerana apabila mereka menyiasat tentang kematian Teoh Beng Hock, pasti akan terjawab persoalan bagaimana seorang saksi diminta bantuan siasatan selama 10 jam tanpa henti? Teoh Beng Hock bukan OKT, jadi menyiasat kematian itu sendiri akan mencakupi TORnya tentang bagaimana soal siasat dijalankan.

Sehingga Suruhanjaya Diraja yang benar-benar bebas melaporkan kepada rakyat apa yang berlaku, misteri yang menyelubungi kematian ini akan terus diperkatakan di kedai kopi, di warung, pejabat dan majlis politik. Ceramah dan forum akan bergegaran denagn analisa-analisa yang tidak boleh dielakkan. Jika ia satu misteri janganlah menyalahkan penonton untuk membuat andaian-andaian kerana sesuatu yang misteri dicipta untuk dirungkaikan dengan gaya masing-masing sehinggalah jawaban sebenar dibekalkan.

Saya tidak dapat mengawal tanggapan orang ramai, janganlah salahkan pembangkang atau mana-mana pihak mengapikan dan mensensasikan isu kematian misteri ini, sistem kerajaan yang penuh misteri dan tiada ketelusanlah yang perlu dipersalahkan. Saya turut teruja untuk merungkaikan persoalan ini dan mengharapkan tanggapan saya ini tidak betul ditujukan kepada beberapa pihak.

Pertama: SPRM. Baru beberapa bulan kami di Parlimen membahas dan berdebat tentang persoalan apakah SPRM yang ditransformasikan dari BPR hanya menjadi kosmetik ataukah ia benar-benar dapat dijalankan secara telus, berwibawa dan bebas. Dari apa yang berlaku ke atas Beng Hock nampaknya saya cenderung untuk meyakini bahawa ia hanyalah kosmetik kerana perangai lama BPR masih pekat dalam dirinya, pepatah Inggeris ada mengatakan “old habits die hard”. Lagipun teori yang mengandaikan SPRM ialah alat BN untuk menjatuhkan Kerajaan PR semakin boleh diterima!

Kedua: PM. Najib menaiki tangga kuasa dengan jiwa “saviour” kepada Umno setelah ahli Umno kecewa dengan half Past Six PM dan perangai suka lentok PM dalam majlis-majlis resmi. Najib adalah “superman” yang boleh menyelesaikan segalanya. Maka gegak gempitalah seluruh alam dengan slogan “One Malaysia, Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan” Integriti SPRM yang dicurigai hanya menjadikan slogan Najib bahan “ketawa” yang benar-benar mencuit hati umpama menonton “Threes Stooges”. Saya kata Threes Stooges sebab ia lawak klasik era hitam putih kerana kita tetap gelak walaupun dah agak apa yang akan berlaku.

Apakah Najib sedar bahawa sistem kerajaan hari ini sudah benar-benar rosak dan Umno sudah tidak ada kekuatan moral untuk memimpin politik Malaysia? Jangan kata ini kes yang isolated kerana sebelum ini kematian dalam penjagaan pihak keselamatan sudah menjadi lumrah sehingga ada yang berjenaka apabila seseorang akan ke balai polis “jaga baik-baik tau jangan balik jadi mayat sudah” kini boleh ditambah “jaga-jaga baik-baik jangan terjun tingkap tau!”

Ketiga: BN. Wakil rakyat BN masih di alam “twilight zone”, mereka berbahas bukan mengikut kesedaran hati nurani mereka tetapi berbahas atas sikap sempit mereka untuk menolak apa sahaja yang baik dari Pakatan. Lihatlah isu PPSMI, ketika saya berbahas di Parlimen semua kata bagus tetapi tidak mahu menyokongnya, kini merekalah yang menyambut kehendak TPM supaya dihapuskan! Saya khuatir wakil BN akan menjadi alat untuk kepentingan pihak tertentu lalu mereka tidak sedar bahawa sikap mereka hanya akan memudaratkan rakyat, termasuklah isu kematian ini.

Keempat: Polis. Saya sangsi pihak polis dapat menjalankan tugas dengan telus kerana semasa BPR dulu dituduh rasuah, polis telah menyiasat mendapati BPR tidak bersalah, kemudian Polis dituduh rasuah lalu disiasat oleh BPR dan hasilnya BPR dapati Polis tidak bersalah walaupun misterinya belum terungkai. Polis dan BPR waktu itu semacam mengamalkan “I scratch your back, you scratch my back”. Kali ini, saya harap polis tidak terlibat dalam siasatan ini kerana institusi yang sepatutnya menjamin keselamatan telah menghitamkan mata mantan TPM yang kini Penasihat PKR dan membelasah mantan itu dalam keadaan bergari tangan di belakang. Institusi ini juga menyuraikan perhimpunan dengan cara ganas sehingga perhimpunan aman menjadi kelam kabut. Institusi ini juga terkenal dengan teknik soal siasat tahanan dengan cara yang jijik dan tidak berperikemanusian. Listnya terlalu panjang.Tolonglah jangan PDRM buka mulut dalam isu ini!

Untuk rekod, wajah hodoh politik Malaysia bukan baru, kematian kerana politik bermula sejak 1969 lagi apabila Samad Gol dari Kelantan mati kena kapak kecik di kepalanya, Ibrahim Libya di Memali dibunuh dengan kejam bersama pengikutnya dan peristiwa berdarah Lubok Merbau semasa PRK di sana masih segar dalam ingatan. Semua ini dikaitkan dengan parti saya iaitu PAS. Ibrahim Libya dikatakan pengganas, Samad Gol dikatakan terlalu berpengaruh manakala di Lubok Merbau petugas PAS dibelasah dengan teruk.

Parti saya terus berjuang secara demokratik walaupun kini dia mempunyai rakan yang bersamanya. Bagi saya Teoh Beng Hock hanyalah tambahan kepada episode wajah hodoh politik Malaysia dan sepanjang insiden-insiden menyayat hati itu kerajaan Umno/Perikatan, Umno/BN lah yang berkuasa. Hari ini wajah hodoh itu masih berkuasa di Malaysia, bukankah tiba masanya wajah hodoh ini dibuang dan diganti dengan wajah baru politik Malaysia? “Janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai apa yang dilakukan oleh orang yang zalim”.

24 July 2009

Cubaan cuci tangan Najib Altantuya : Inkues kematian Teoh

Oleh Zukri Aksah

TEMERLOH, Julai 24 — Nampaknya apa yang diputuskan oleh kerajaan ketika membentuk suruhanjaya diraja ekoran kematian Teoh Beng Hock berbeza dengan selera dan kehendak rakyat.

Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, dalam ulasannya tentang keputusan kabinet ini menyifatkan ianya sebagai petunjuk tentang selera parti pemerintah, Umno dan BN terhadap keadilan.

Bagi Nizam, Suruhanjaya Siasatan DiRaja itu adalah resipi ciptaan Umno dan BN, dengan ramuannya adalah “terms of reference” yang sangat berbeza dengan apa yang diperkirakan oleh rakyat terbanyak.

Pandangan beliau ini turut dikongsi bersama oleh rakan-rakan peguam beliau dari Johor Bar dalam perbualannya dengan mereka.

Kabinet, dalam keputusannya bersetuju menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan SiRaja bagi menyiasat dan meneliti kaedah soal-siasat SPRM terhadap Teoh.

Teoh ditemui mati pada tengahari Julai 16 lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan Ibu Pejabat SPRM Selangor, setelah sehari sebelumnya mendiang dibawa ke sana untuk disoal-siasat berkaitan tuduhan salahguna wang peruntukan oleh ADUN Pakatan Rakyat Selangor.

Sedangkan, menurut Nizam lagi, juga pendapat rakan-rakan peguamnya dari Johor, pengwujudan suruhanjaya ini dengan sengaja telah meminggirkan terma rujukan siasatan paling penting iaitu bagaimana dan apa sebab kematian Teoh.

Nizam percaya, pandangan undang-undang ini bukan sekadar berlegar di fikiran para peguam, tetapi juga turut dikongsi oleh majoriti rakyat, khususnya dari ahli keluarga mendiang Teoh.
Mereka tegas Nizam, mahukan penjelasan sebenar dan konkrit tentang punca dan sebab kematian Teoh.

Jika “terms of reference” Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini tidak diubah dan diluaskan, nyatalah usul Nizam, Suruhanjaya ini hanyalah satu bentuk pengaburan dan cubaan cuci tangan.

Kerajaan Umno dan BN, pimpinan Najib Tun Razak kelihatannya sedang cuba mencabar intelektualiti rakyat, seperti mahu memberitahu, “kamu semua minta, kerajaan dah buat, sudahlah!” Seolah-olah seperti mengandaikan rakyat adalah golongan yang tidak pandai dan tidak tahu berfikir.

Padahal rakyat, bila mendepani isu kematian Teoh ini, mempunyai “terms of reference” mereka sendiri, resipi mereka sendiri, resipi yang universal dan sejagat.

Amatlah mengejutkan bila tiba-tiba mesyuarat kabinet keluar dengan resipi Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang kurang manis dan kurang masinnya. Langsung bertentangan dengan selera rakyat.

Jelaslah, Kerajaan Umno dan BN tidak boleh makan sedulang dengan rakyat, selera tidak sama! Jika dipaksa juga, tentu akan ada yang patah selera. - TMI

Ini lah padahnya bila tak faham bahasa melayu


Tengok lah "billboard" ni. mengikut blog cheGuBard ianya terdapat di KL.

Jadi siapa-siapa yang nak menginsurankan "kemaluan" anda sila hubungi ACE Insurance sekarang ... Premiun insuran mungkin akan mengikut saiz ...



23 July 2009

Kematian Teoh: Surat terbuka kepada Berita Harian

Oleh Art Harun @ PerakExpress

(Terjemahan daripada bahasa Inggeris oleh Centre for Policy Initiatives)

Sedikit muak dan patah akal saya tadi tatkala membaca rencana anda berjudul ‘Kematian Teoh timbulkan pelbagai spekulasi politik’ [yang diterbitkan di suratkhabar Berita Minggu] kemarin.

Penyiaran rencana yang rasis dan membatu api itu adalah ukuran kebobrokan nilai moral kamu (akhbar yang indah khabar dari rupa). Dalam laman sesawangmu, digembar-gemburkan Berita Harian sebagai “akhbar yang dapat merangsang minda dalam mengejar arus maklumat yang mana pengetahuan adalah sumber utama untuk kemakmuran ekonomi”. Namun pemerhatian saya ialah: Disiarkan olehmu sepiak lidah pengarang yang terang-terang benyot.

Akan tetapi mengakui yang bahtera Berita Harian seangkatan dengan kapal NST, saya kira kedangkalan pemikiran penulis [iaitu pengarang kumpulan NSTP] tidaklah menghairankan sangat. Sebaliknya, pengutaraan media arus perdana – yang mahu menghasut – sudah memang dijangkakan.

Pertama sekali, para pembaca terhutang budi kerana sekarang ini barulah kami disedarkan bahawa kecelakaan yang menimpa Teoh itu satu “peristiwa malang”. Kamu berkata, dan saya petik:

“Apabila mangsa kemalangan pula orang bukan Melayu, yang sebelumnya disiasat orang Melayu, bertambah hebatlah spekulasinya. ”

Saya mengucapkan terima kasih atas penjelasan anda sebab sebelum ini, kami diberitahu entah-entah Teoh cuba membunuh diri.

Rasanya kami kurang tahu-menahu babak sebalik tabir manakala kamu lebih arif. Maklumlah, pada lazimnya pembaca mudah diperdaya. Betul, saya bersyukur sampailah ke akhir hayat (minta maaf sekirannya saya sedikit sinis) kerana anda menerangkan dan mencopkan kejadian tersebut sebagai satu ‘kemalangan’. Baiklah, saya tunggu penjelasan anda mengenai bagaimana kemalangan itu sebenarnya terjadi, siapa yang terlibat dan mengapa ianya berlaku? Apakah mendiang berjalan dalam tidur ketika ia dikatakan berehat di atas sofa pada jam 6:30 pagi?

Anda tampaknya kurang puas hati bilamana perkembangan semasa ekoran kematian Teoh telah dipolitikkan. Anda juga berpendapat tidak harus orang menggunakan peristiwa tersebut untuk mengaut keuntungan politik. Walaupun saya akur saudara seorang wartawan yang tajam deria penglihatan, namun saya terpaksa nyatakan di sini bahawa huraian kamu kurang teliti.

Izinkan saya membidas hujah anda bahawa perkara ini tidak sepatutnya berbau politik. Dan saya akan menaip huruf besar demi memberi penekanan kepada pesanan saya. INI SEMEMANGNYA PERKARA POLITIK. Mendiang merupakan setiausaha politik kepada seorang wakil DAP. Kalau DAP bukan parti politik, apa agaknya? Lebih-lebih lagi, bos mendiang adalah seorang ahli dewan undangan negeri Selangor.

Jadi, pada pucuk pangkalnya, rentetan peristiwa kematian Teoh berciri politik dan pasti ia akan terus berciri persoalan politik sehinggalah ke penghujungnya. Anda tidak bisa lari dari hakikat ini.

Saudara membahas seakan-akan tidak ada pihak lain yang pernah mengaitkan politik dengan hal-hal masa lalu (yang tidak ada kena-mengena dengan politik). Bukankah pemilik akhbar Berita Harian, iaitu kumpulan media NSTP, bermain politik apabila memperalatkan institusi raja sebagai ‘gimik politik’ di Bukit Gantang?

Bagaimana pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diintip kehidupan peribadinya? Sejak bilakah perilaku seseorang itu di dalam kamar tidur atau aksinya di atas ranjang [dengan bukti tilam sekali] dijadikan modal politik?

Adakah tindakan membeli lembu untuk disedekahkan kepada golongan miskin pada Hari Raya Aidil Adha satu bibit politik? Dan lembu korban pula kini berunsur politik? Bagaimana dengan seruan supaya ISA dimansuhkan? Bahkan ada yang berkata ISA satu ‘hak Melayu’!

Tolong jangan mengganggap bahawa para pembaca kamu umpama budak setahun jagung. Kami celik mata dan tidak akan tercengang-cengang bila didendangkan cerita dongeng. Kami bukan bodoh.

Seterusnya ini yang ingin saya sebutkan. Mengapa anda banyak melatah kononnya kejadian ‘malang’ itu telah dipolitikkan dan dijana sebagai modal politik apabila ketara sekali – kalaulah mendiang Teoh masih hidup masakan ada sesiapa yang akan buat kerenah?

Amat dikesali bahawa badan-badan kerajaan semacam bebas mengasari seseorang dari khalayak ramai yang ibarat boleh diperlakukan bagai hampas kelapa. Tanahair kita sudah menjadi suatu ‘gangland’, di mana orang preman dicengkami ketakutan. Di dalam kegelapan malam, terkejutlah kita pada bengkarung.

Inikan tahun 2009, abad ke-21? Adakah dalam kurun ini masih boleh seorang jejaka itu begitu enteng ditimpa ‘malang’ (saya mengulangi perkataan pilihanmu) dan kemudiannya mati katak?

Kenapakah anda tidak membela nasib si malang? Maklumlah anda cukup berbangga dengan menggelar diri sebuah akhbar yang mampu ‘merangsang minda’. Apa yang kamu cakap? Adakah anda mengajak kalian merenung secara kritis ataupun setakat membarakan semangat? Apakah anda tahu perbedaannya?

Apa yang paling menjijikkan saya ialah percubaan akhbar Berita Harian untuk mengalih debat kepada isu anti-kepemimpinan Melayu. Meskipun anda seolah-olah cacing kepanasan apabila kematian Teoh Beng Hock berubah menjadi masalah politik, anda sekarang ini hendak menjadikannya isu ras. Anda hanya menangguk di air keruh.

Ya, mendiang orang Cina. Namun begitu, yang menonjol ialah beliau seorang warga Malaysia. Setiap satu kematian dalam tahanan, tanpa memandang suku-sakat atau kepercayaan agama, berupa sebuah tragedi. Bagi kami, ianya cukup tragis. A. Kugan, seorang pemuda India juga meninggal dunia sewaktu di bawah jagaan polis; tubuh badan beliau menunjukkan kesan-kesan luka yang menyayat hati bilamana mata memandang. Setiap kerat masyarakat mengecam penderaan yang dikerjakan ke atasnya.

Segenap lapisan masyarakat kita inginkan jalan kebenaran. Ketika Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie Mohd Nashar diculik, seluruh Malaysia naik memberang – orang Cina dan India tidak terkecuali.

Kami bukan terkilan kerana mangsa adalah orang India, Cina atau Melayu; tetapi mungkin anda terlalu sempit pemikiran untuk mengetahui ketetapan ini. Yang menimbulkan amarah ialah kejadian mangsa dikejami dan yang melakukan perbuatan durjana itu manusia bersifat binatang. Itulah sebabnya seluruh Malaysia tersangat berat hati. Adakah anda berfikir hanya orang kulit hitam Amerika sahaja yang berkabung ekoran pemergian Michael Jackson? Ataupun anda masih terperuk dalam bekas ‘1Ras’ dan tidak menyedarinya?

Sejak bilakah protes terhadap SPRM bertukar menjadi soal bukan-Melayu mencabar kewibawaan Melayu?

Pertanyaan anda: “Kenapa Menteri Besar Selangor, seorang Melayu, meragui kebolehan orang sebangsanya bertindak dengan tulus dan adil?”

Apa ni? Tak masuk akal langsung. Kamulah yang mengungkit yang bukan-bukan.

Anda mengandaikan bahawa MB Selangor meragui ketulusan pegawai SPRM yang berbangsa Melayu walhal kami semua, termasuklah para politikus pihak pembangkang (yang dilemparkan segala tohmahan oleh kamu) tidak pun pernah membuat teka-teki yang pegawai-pegawai terlibat itu berketurunan Melayu.

Tidak diketahui identiti mereka, apalagi kepastian mereka Melayu. Astaghfirullah! Anda sekadar cuba membayangkan bahawa kaum Melayu senantiasa dikepung serta diancam pelbagai musuh. Tunjuk belang, ya?

Jika anda masih lagi kekaburan, biar saya menjernihkan kekalutanmu.

Kami tidak kisah tentang RAS orang yang bertanggungjawab atas kematian Teoh (kalaulah ada yang bersalah yang wajib dipertanggungjawabkan). Orangramai akan tetap marah sekalipun pegawai yang terbabit itu seorang warga Ghana yang bertugas dengan SPRM! Faham ke?

Saya dok kecewa. Semalam Perdana Menteri dengan penuh prihatin telah mengata dirinya begitu silu mengenangkan bagaimana seorang jejaka itu telah diragut nyawanya. Bahkan beliau mengirimkan ucapan takziah serta menghantar setiausaha politiknya untuk menziarahi keluarga mendiang.

Timbalan Perdana Menteri kita pula tidak menolak cadangan ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat serta mengesahkan apa sebenarnya yang berlaku. Datuk Hishammuddin Hussein memberi jaminan dia sendiri akan mengawasi proses penyiasatan kes ini. Suhakam juga berhasrat memulakan siasatan.

Hasil daripada semua janji-janji di atas belum boleh ditentukan. Tetapi saya yakin kesemua mereka ikhlas dan mempunyai niat suci. Saya menyenangi pendekatan mereka yang sarat dengan sifat berperikemanusiaan. Ianya menunjukkan bahawa setidak-tidaknya PM, DPM dan Menteri Dalam Negeri kita ada juga berhati perut.

Tetapi sebaliknya anda, akhbar Berita Harian dengan penerbitan rencanamu yang bejat itu, seperti seekor serigala berbulu domba lagaknya.

Cukuplah tu. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!

22 July 2009

NAJIB ALTANTUYA: Selangor lantik peguam ikuti inkues

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan melantik peguam pemerhati bagi mengikuti prosiding Suruhanjaya Diraja dan inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada seorang anggota Exco Selangor, di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini, Khamis lepas.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah itu perlu memandangkan mendiang Teoh adalah pegawai kerajaan negeri dan juga untuk memastikan hak-hak mendiang dan keluarganya terbela.

"Kerajaan negeri bagaimanapun kesal dengan keputusan yang menghadkan siasatan Suruhanjaya Diraja kepada hanya memastikan sama ada hak asasi mendiang Teoh telah dicabul ketika beliau disoal siasat oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"Kerajaan negeri percaya Suruhanjaya Diraja perlu dipertanggungjawabkan untuk menyiasat kematian Teoh dan bukannya inkues seperti yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan hari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kabinet hari ini memutuskan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Teoh.

Kabinet turut memutuskan satu Suruhanjaya Diraja diwujudkan dengan terma-terma khusus iaitu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.

Abdul Khalid dalam pada itu turut mempersoalkan keperluan untuk mengguna dua prosiding berlainan bagi menyiasat perkara yang berkait rapat dan melibatkan saksi-saksi yang sama.

"Kita telah meminta satu Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh dan juga kredibiliti SPRM. Kita merasakan Suruhanjaya Diraja adalah prosiding yang terbaik bagi memastikan keadilan untuk mendiang dan keluarganya," katanya.

Terdahulu, bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata pihaknya telah mengarahkan semua pegawai kerajaan untuk memaklumkan kepada Penasihat Undang-undang kerajaan negeri sekiranya mereka dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan.

"Kerajaan juga akan melantik satu panel peguam untuk membantu mana-mana pegawai kerajaan yang disoal siasat," katanya. - BERNAMA

60 ribu sertai demo UMNO di Ampang


Umno Bahagian Ampang hari ini berjaya menganjurkan demontrasi besar-besaran menyokong pasukan polis dan SPRM. Demontrasi tersebut diketuai oleh Datuk Ismail Kijo dan turut disertai komponen dalam Barisan Nasional bahagian berkenaan.

Pelbagai sepanduk dinaikkan menyatakan sokongan kepada dua-dua badan berkenaan. Demontrasi ini dipercayai berkait rapat dengan imej SPRM dan polis yang tercemar berikutan kematian Teoh Beng Hock. Menurut Malaysiakini perhimpunan tersebut telah berjaya menghimpunkan kira-kira 60 orang (ya 60 0rang saja, bukan 60 ribu seperti tajuk di atas)peserta demontrasi.....

STONE: Umno BN berdemo menyokong SPRM dan PDRM. Mereka terpaksa menyokong SPRM dan PDRM kerana .... (buat lah ayat sendiri yer ...)

NAJIB ALTANTUYA : Kakitangan SPRM digantung ...

KUALA LUMPUR 22 JULAI - Kabinet yang bermesyuarat pagi ini telah mengambil keputusan untuk menggantung tugas semua kakitangan SPRM yang terlibat dalam kes penyiasatan ahli-ahli Exco DAP dan Pakatan Rakyat di Selangor.
Penggantungan akan berterusan sehingga selesai siasatan pihak polis berhubung kematian Teoh
Sehingga kini belum dapat dipastikan samada Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan atau tidak. Ahli-ahli politik dari BN dan juga PR telah menggesa kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat kematian Teoh.
Najib Razak dijangka akan mengadakan sidang akhbar petang ini mengenai keputusan kabinet tersebut.
Berita lanjut menyusul

Ku Li hentam SPRM: Saksi tak sepatut berakhir dalam keranda


By Lee Wei Lian

KUALA LUMPUR, July 22 — Expressing concern that the recent death of Teoh Beng Hock is a sign that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has gone “rogue”, senior Umno leader Tengku Razaleigh Hamzah said that nothing should be spared in the effort to find out the reason behind the death of the DAP political aide.

Tengku Razaleigh also hit out at the MACC for investigating minor cases while ignoring major examples of graft.

He said that Malaysians no longer feel safe or secure if mere witnesses called in to give evidence to a graft busting agency could be found dead the next day. "I feel it is very bad for a country like this. We have been independent for 50 years. Must people called up for queries end up in a coffin?" he told The Malaysian Insider.

Teoh was the political aide to DAP state assemblyman Ean Yong Hian Wah.

Teoh was called in last Wednesday to assist the MACC in its investigations into alleged misuse of funds by his boss. He was found dead the next day, sprawled on the roof of the adjacent building to the MACC headquarters in Shah Alam.

Police are now probing his death and the Cabinet is expected to discuss widespread calls for a Royal Commission of Inquiry into the tragedy.

Tengku Razaleigh said calls for a Royal Commission of Inquiry into Teoh's suspicious death would be of no use if the government does not follow through on its suggestions, pointing out that the government had ignored the recommendations of previous royal commissions such as the one that investigated the V.K. Lingam case of alleged judge fixing and on improving the police force.

He even likened the sidelining of previous royal commissions to "insulting the King."

The former finance minister also spoke out against the performance of the MACC, pointing out that it has not been as effective as its counterpart in Hong Kong at wiping out the corruption scourge.

He hit out at the commission for allegedly going after potentially minor offences but ignoring the major ones, saying that the current MACC model needs to be reviewed.

"This is a question of death you know. People want to know. I want to know. How could it happen? To a witness, who is going to give evidence and he is not even a suspect over the spending of RM2,400. Some people with millions of dollars, they get away with it and are not called for investigation."

21 July 2009

Pengajaran kepada Pakatan Rakyat berhubung rasuah


Oleh Zainuddin Mahmud

JULAI 21 — Setelah lebih setahun Pakatan Rakyat memimpin Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, ada satu pengajaran besar yang wajar diambil, pada waktu sama ia mendatangkan keuntungan pada rakyat khususnya mereka yang menolak keras korupsi.

Masakan tidak, rakyat keempat-empat negeri itu akan memiliki kerajaan yang bersih kerana sentiasa dipantau secara teliti oleh pelbagai pihak, dengan tanpa teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini kerana tumpuan banyak pihak, termasuk dalam Pakatan Rakyat adalah membongkar sebarang tanda-tanda berlakunya rasuah atau penyalahgunaan kuasa hinggakan sukarnya kerajaan negeri itu untuk bergerak secara selesa.

Justeru kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati dan tidak memandang remeh segala tindakannya yang walaupun perkara kecil, boleh mendatangkan masalah besar.

Ini berbeza dengan apa yang telah berlaku sejak 50 tahun lalu di mana kerajaan Barisan Nasional, baik di peringkat pusat dan mahupun negeri melakukan pelbagai perkara yang banyak pihak mencakapkannya tetapi tidak ada usaha secara khusus dan konsisten bagi membersihkan imej korupsi ini.

Maka menjelang pilihan raya umum tahun 2008, imej kerajaan Barisan Nasional baik di peringkat persekutuan, apatah lagi di peringkat negeri dirundung pelbagai tuduhan dan syak wasangka.

Apa yang rakyat boleh melakukan hanyalah dengan mengundi untuk menolak Barisan Nasional, dan itulah yang berlaku di Semenanjung Malaysia pada Mac 8 tahun lalu mengakibatkan gabungan parti itu kehilangan lima negeri.

Maka apabila SPRM ditubuhkan, banyak di kalangan rakyat pula berasakan bahawa ia merupakan kemajuan besar bagi negara ini tetapi apabila ternyata tumpuannya, walaupun atas aduan adalah kepada kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat, maka timbul rasa syak bahawa adakah usaha membersihkan korupsi ini dibuat kerana kepentingan politik kepartian, dan bukannya benar-benar mahu membanterasnya?

Akibat daripada perkara ini, Pakatan Rakyat juga bertindak balas. Kalau di Selangor pada awalnya dahulu, ada aliran pemikiran bahawa biarlah perbuatan kerajaan negeri Barisan Nasional yang lalu tinggal saja dalam lipatan sejarah. Apa yang perlu adalah pandangan ke depan.

Langkah banyak dialu-alukan oleh sebilangan rakyat yang mahu melihat transisi antara Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat berlaku secara licin dan tertib. Biarlah sistem politik negara berbentuk dua parti dan persaingan antara kedua parti wajar dilakukan secara sihat. Maka apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional sejak 50 tahun lalu biarlah berlalu. Bermula daripada Mac 8, Malaysia yang baru diharapkan muncul dengan sistem dua parti.

Tetapi perkara itu tidak berlaku. Gangguan secara yang tidak menghormati semangat sistem demokrasi berlaku sejak awal lagi, hingga membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat. Bukan itu saja, usaha terus dilakukan untuk mengganggu perjalanan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Seperti mana parti-parti pembangkang sebelum ini pernah berusaha mengganggu kerajaan-kerajaan negeri Barisan Nasional.

Maka adalah suatu yang naif bagi penyokong Pakatan Rakyat untuk menjangkakan bahawa kerajaan-kerajaan negeri mereka tidak akan diganggu. Bagaimanapun gangguan oleh pihak pembangkang ke atas kerajaan, sama ada di peringkat pusat, atau negeri adalah suatu perkara yang dijangka.

Tetapi cara gangguan itu perlu diteliti. Ia harus dibuat bukan saja mengikut lunas-lunas undang-undang, tetapi semangat demokratik dan beretika. Parti-parti politik sama ada dalam Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat bukannya badan samseng. Ia merupakan institusi suci untuk memenuhi harapan rakyat. Inilah yang perlu diingati oleh ahli-ahli politik baik dari kalangan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Apa yang mereka wajar ingat ialah mengapa pada Mac 8 lalu, rakyat menolak Barisan Nasional di banyak tempat. Antaranya ialah perasaan meluat rakyat terhadap gelagat ahli politik Barisan Nasional khususnya Umno. Maka sekarang setelah setahun berlalu, mereka juga ada melihat ciri-ciri yang boleh mendatangkan meluat ini di kalangan Pakatan Rakyat. Janganlah hendaknya akhirnya rakyat menolak semua ahli politik.

Setakat ini, harapan masih ada bagi kewujudan sistem dua parti. Tetapi tentunya perkara ini tidak diinginkan oleh pihak Barisan Nasional yang berasa mereka mahu bangkit kembali dan terus mendominasi politik negara, 50 atau 100 tahun lagi. Sementara di pihak Pakatan Rakyat pula, mereka mahu memastikan Barisan Nasional benar-benar lumpuh dan tidak mampu bangkit semula. Tentu apa yang diinginkan oleh Pakatan Rakyat ialah untuk mendominasi politik bagi 50 tahun akan datang. Giliran mereka pula, demikian setengahnya berpendapat.

Tetapi ada satu lagi pandangan dalam kalangan parti-parti Pakatan Rakyat sendiri, khususnya PAS. Mereka mahu kuasa dominan pada diri sendiri dan bukannya dibahagi-bahagi di kalangan parti gabungan. Umpamanya kalau Barisan Nasional dilihat sebagai didominasi oleh Umno, maka PAS mahukan kedudukan itu. Kalau Pakatan Rakyat tidak boleh memberikan kedudukan itu, ada antara mereka yang mendokong gagasan kerajaan perpaduan.

Kerajaan perpaduan mempunyai banyak versi, tetapi antaranya ialah pakatan antara Umno dan PAS dalam penyusunan semula struktur politik kepartian negara. Barisan Nasional dibesarkan untuk meliputi Pakatan Rakyat dan PAS yang akan menjadi ketua, bukannya Umno. Tentu keadaan ini tidak dapat disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Bagi PKR, kedudukannya dalam Pakatan Rakyat adalah jelas. Walaupun ia bukannya mendominasi Pakatan Rakyat, tetapi kedudukannya adalah sebagai ketua kerana kedua-dua PAS dan DAP tidak boleh dijadikan pusat kuasa utama dalam gabungan itu. Walaupun kaedah Pakatan rakyat berbeza daripada Barisan nasional kerana tidak ada parti yang mendominasi, maka dapat difahami PKR adalah ketua.

Bagi menghalang kerajaan perpaduan Umno-PAS, apa yang boleh dilakukan oleh PKR ialah ajakannya terhadap PAS untuk sama-sama mengetuai Pakatan Rakyat. Namun begitu, keadaan seperti ini tentunya tidak dapat diterima oleh DAP.

Dalam sibuk memikirkan perkara-perkara seumpama ini, Barisan Nasional terus mengasak Pakatan Rakyat dan kerajan-kerajaan mereka terdedah dengan pelbagai isu, yang akhirnya menyedarkan bahawa kuasa persekutuan mesti diambil dahulu sebelum sistem dua parti dapat benar-benar dilahirkan. - TMI

20 July 2009

DSAI mungkin merengkok 12 tahun kerana DNA

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Julai 20 — Walaupun telah wujud empat laporan dari doktor berlainan yang mengesahkan bahawa Saiful Bukhari Azlan tidak mempunyai sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat, tetapi perbicaraan kes liwat Saiful lawan Anwar Ibrahim yang bakal bersambung nanti mungkin akan memberi kelebihan kepada Saiful.

Dalam ceramah umum di Beserah, Kuantan pada malam Sabtu lepas, pemimpin-pemimpin kanan PKR yang hadir, Zulkifli Noordin, Fuziah Salleh dan Azan Ismail, serta Saudara Ahmad Nizam Hamid senada dalam mendedahkan tentang keputusan hakim dalam sesi perbicaraan terakhir sebelum penangguhan baru-baru ini, bahawa perbicaraan seterusnya akan hanya mengambil kira bukti klinikal yang berupa hasil dari ujian DNA.

Keputusan mahkamah yang sebegini tentulah sangat mengejutkan, apalagi dalam keadaan telah wujudnya laporan pemeriksaan dari empat doktor yang bersedia memberi kesaksian mereka.

Mengecilkan skop pembuktian hanya kepada analisis DNA memberi gambaran bahawa empat orang doktor tersebut tidak berwibawa dan pandangan profesional mereka tidak berharga.

Pergantungan tunggal kepada ujian DNA dalam kes-kes jenayah, seperti di Amerika Syarikat, walaupun semakin diterimapakai di mahkamah-mahkamah mereka, namun sehingga hari ini masih menjadi kaedah pembuktian yang penuh kontroversi.

Ketepatan DNA hanya bersifat kepercayaan popular, bahkan kadar ketepatan 99.9 peratus DNA hanyalah suatu anggaran dan tidak ada sesiapa yang pasti tentangnya.

DNA memang berbeza untuk setiap manusia, tetapi yang digunakan dalam pembuktian adalah Profil DNA, yang sebenarnya hanya sebahagian kecil sahaja dari DNA keseluruhan seseorang manusia. Kerana itu, Profil DNA dua orang adik-beradik mungkin sahaja hampir sama.

Pada tahun 2001, Kathryn Troyer telah menjalankan ujian terhadap pengkalan data Profil DNA penjenayah Arizona, dan telah membuat penemuan dua penjenayah dengan profil genetik yang hampir sama, kedua-dua penjenayah ini mempunyai padanan 9 dari 13 lokasi kromosom. Sememangnya mereka berdua bukan adik-beradik kerana seorang berkulit putih dan seorang lagi berkulit hitam.

Asalnya FBI cuba menafikan bukti penemuan ini dengan mendakwa ia kes terpencil, 1 dalam 113 bilion, tetapi Troyer pada tahun-tahun berikutnya telah membuat berdozen-dozen penemuan yang serupa.

Ini telah menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Profil DNA. DNA memang berciri unik, tetapi tidak untuk Profil DNA, ia hanya sekelumit dari keseluruhan genom.

DNA haruslah digunakan dengan kehadiran bukti dan kesaksian yang lain. Dalam kes jenayah, sebelum dibicarakan tertuduh bersalah atau tidak, Zulkifli Noordin berkata jenayah mesti dibuktikan berlaku.

Jika ada tuduhan seseorang merompak, rompakan itu mesti berlaku, ada barang yang hilang, ada wang yang hilang. Jika ada tuduhan seseorang merogol, rogol itu mesti berlaku, mangsanya disahkan hilang dara, ada bukti koyakan, ada bukti tusukan dan sebagainya.

Dalam kes Saiful, dia mendakwa diliwat, maka liwat itu seperti rogol mesti berlaku, ada koyakannya, ada tusukannya, dalam Islam mesti menghadirkan empat orang saksi. Empat orang saksi telah hadir dengan laporan mereka, keempat-empat mereka doktor dan kesimpulan mereka sama, liwat tidak berlaku!

Doktor-doktor ini tidak akan dipanggil ke mahkamah, hanya hasil ujian DNA sahaja yang akan digunakan. Sampel DNA Anwar, menurut Zulkifli Noordin, boleh diperolehi di mana-mana sahaja, bahkan dari peluh yang dilap ketika Anwar berdebat dengan Shabery Chik dahulu pun, sebelum itupun sampel DNA Anwar sudah berada di tangan polis, ketika Anwar ditumbuk pengsan oleh Rahim Nor, dicuri tanpa keizinan, itu pengakuan polis sendiri, dan ia terdedah untuk disalahguna dengan menaburnya di lokasi yang didakwa tempat kejadian atau di bahagian tertentu di tubuh Saiful.

Ulas Zulkifli Noordin lagi, kali ini Anwar mungkin akan trpaksa ke penjara untuk tempoh yang lebih lama, 12 tahun, kerana ini adalah tuduhan kedua untuk kesalahan yang sama. -TMI

Ng Yen Yen bagi RM19 juta pada "Drug firm"?

Sebuah syarikat yang didaftarkan sebagai syarikat "R&D dan Pemasaran barangan perubatan" telah diberikan kontrak bernilai RM19 juta untuk membina "Pavilion Malaysia" di World Expo 2010 yang bakal diadakan di Shanghai.
Syarikat tersebut, Venturepharm Asia Sdn Bhd, yang dimiliki oleh dua warga Taiwan yang telah diberikan taraf "penduduk tetap" kerana dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan ahli politik tertentu, telah diberikan kontrak pembinaan pavilion "Type 1" oleh Kementerian Pelancungan.
STONE: Ini cerita menarik. Yen Yen kata syarikat ini memenuhi segala kriteria yang diperlukan. Betoi ker ni?
Kes ni telah dibangkitkan oleh YB Wee Choo Keong (PKR Bukit Bintang) dalam sidang parlimen baru-baru ini.
Saya pun pernah terlibat dalam hal-hal penganugerahan kontrak kepada kontraktor-kontraktor semasa bekerja dahulu. Belum pernah lagi saya terjumpa syarikat R&D dan pemasaran ubat-ubatan boleh diberikan kontrak untuk membina pavilion pameran. Ini kerja syarikat "Event and Exhibition Management", bukan syarikat ubat.
Walaupun SPRM dah pun masuk menyiasat, tapi sejauh manakah siasatan akan dilakukan kerana ini melibatkan "ikan jerung" bukan "ikan bilis".
Bukan sikit tu, 19 juta wang rakyat telah diberikan pada yang tak sepatutnya .... Alahai BN ... Ini lah 1Malaysia Najib ...

Ahli panel penasihat persoal prosedur SPRM

Tan Sri Robert Phang, ahli panel penasihat SPRM hari ini menyertai orang ramai mempersoal prosedur soalsiasat yang digunapakai oleh agensi itu.
Beliau berkata panel penasihat akan bermesyuarat Khamis ini untuk berbincang mengenai kes Teoh, setiuasaha politik Adun Seri Kembangan yang dijumpai mati di bangunan pejabat SPRM Khamis lepas.
"Seseorang yang ditahan, disoal-siasat lebih dari enam jam, selepas tengah malan dan terus hingga ke awal pagi, bagi saya ini sudah penyalahgunaan kuasa" kata Tan Sri Robert.
"Prosedur tak diguna pakai, Teoh telah ditinggalkan tidor bersendirian di pejabat. Tindakan ini sama sekali tidak dapat diterima" katanya lagi.
Tan Sri Robert menambah "tiada seorang pun dibenarkan untuk disoalsiasat lebih dari 24jam, dan sekiranya perlu, kebenaran dari Mahkamah perlu diperolehi untuk meneruskan penahanan".
Tan Sri Ramon Navaratnam, salah seorang dari lima ahli panel penasihat SPRM, pada Jumaat lepas telah meminta agar prosedur soalsiasat SPRM disemak segera.
Beliau berkata, soalsiasat sepatutnya berakhir sebelum tengah malam, benarkan orang yang disiasat untuk berehat sebelum menyambung semula pada keesokan hari nya. Tidak akan ada orang yang normal yang akan dapat bertahan dari segi mental dan fisikal dengan tekanan seperti itu.
Tan Sri Ramon meminta agar satu siasatan awam terbuka untuk mencari kebenaran terhadap kematian Teoh diadakan segera.

19 July 2009

Anak muda itu bukan Melayu…

OLEH Hasmi bin Hashim
@ PerakExpress

Ada “pelampau” (extremist) yang beranggapan darahnya halal. Karena anak muda itu bukan Islam, maka darahnya halal. Karena namanya Teoh Beng Hok, maka darahnya halal…

Ini manusia jenis apa? Entah ajaran mana yang diikut? Ugama mana yang diturut? Bajingan kalau semua hal, termasuk soal nyawa dan kemanusiaan, diperhitung sebagai memenuhi percaturan politik-kekuasaan.

Tak ada sebab Teoh perlu bunuh diri. Hanya selang sehari, dia akan mendaftarkan perkahwinannya dengan Soh Cher Wei; si gadis berjarak umur 4 tahun lebih muda, yang juga seorang guru. Dia dirundung nestapa bukan kepalang, menanti kepulangan kekanda yang ditahan aparat pemerintah. Tak pulang-pulang.

Mereka sudah menempah dan menetapkan warna baju pengantin. Menelefon saudara-mara dan kawan-kawan memaklumkan tarikh bersandingan, dengan bangga. Juga sesi foto yang mahu diambil di taman bunga, tasek atau pantai waktu mentari jingga. Juga anak dalam kandungan kekasehnya… zuriat mereka berdua.

Teoh tentu tak pernah menduga, rupa-rupanya yang mengkehendakinya ke pejabat tingkat 14 itu adalah jemputan maut…

Kita tak dapat menerima sama sekali kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sekonyong-konyong mengutus ucapan takziah kepada keluarga Teoh atas tragedi tersebut. Ucapan takziah yang diutus dari Arab Saudi tak lebih seumpama usaha untuk cepat-cepat cuci tangan dan melindungi sesuatu.

Andai saya ahli keluarga mendiang Teoh, saya akan menginjak-injak kalungan takziah dari Najib.

Kematian Teoh bukan kematian ‘biasa’. Dikatakan terhumban dari tingkat 14, ke bumbung pada aras 5–sewaktu Teoh sepatutnya berada dalam pengawasan pehak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Takkan sesiapa yang waras akan menerima dalih SPRM yang kononnya mendakwa sudah ‘membebaskan’ Teoh sekitar jam 4.30 pagi–hari di mana Teoh kemudiannya ditemui mati kira-kira 9 jam kemudian.

Tak akan siapa boleh menerima dalih bahawa selepas dibebaskan, Teoh tak segera pulang dan konon dikatakan telah menumpang tidur di sofa pejabat SPRM. Takkan siapa percaya Teoh mengingau, atau tergelincir jatuh. Apatah lagi bunuh diri.

Kes kematian anak muda ini diselubungi kesangsian. Maka, Najib atau mana-mana menteri Umno-BN tak perlulah menasehatkan rakyat untuk tidak merasa sangsi.

Mereka tidak berhak dan tidak punya wibawa sama sekali menghalang kewarasan rakyat yang merenung betapa memang wujud sesuatu yang tak kena kepada bukan sahaja pegawai SPRM, cara pengendalian soal-siasat, malah menjurus kepada SPRM itu sendiri.

SPRM kini diragui, sangat-sangat diragui. Kematian misteri Teoh hanya mengesahkan bagaimana tuduhan sebelum ini yang SPRM merupakan salah-satu jejari kekuasaan Umno-BN untuk mencemar dan mematahkan satu-persatu tengkok para pemimpin Pakatan Rakyat.

Sehingga esei ini ditulis, SPRM masih tidak menafikan dakwaan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, saudara Tan Boon Hwa yang dilaporkan diperlaku tidak umpama oleh pegawai penyiasat SPRM–diugut, dipaksa berdiri berjam-jam dan membuat pengakuan palsu, diancam nyawa serta keselamatan anak-isteri dan keluarga beliau.

Kes penyelewengan jutaan dan ratusan juta dipendamkan, sementara ke arah Pakatan Rakyat disasarkan serangan. Bayangkan bagaimana siasatan tegas yang melibatkan ahli majlis perbandaran Kajang hanyalah atas tuduhan membeli 1, 500 helai bendera Malaysia. Inilah apa yang dinamakan sebagai “lawak seram”!

Kini jelas nyata SPRM adalah laksana serigala lapar yang mahu menerkam, menggugat dan merampas kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat.

Contohnya sudah ada di Perak, dengan dua ADUN Keadilan yang pada mulanya diseret dengan tuduhan menerima suapan berbentuk tunai dan habuan seks, tiba-tiba beralih menyokong Umno-BN di dalam DUN.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dirampas dengan cara culik dan ugut. Juga serangan di Kedah sehingga menyaksikan pilihanraya kecil Bukit Selambau terpaksa diadakan.

Serangan komplot ini sempat terhala ke Pulau Pinang dalam kes yang melibatkan bekas timbalan ketua menteri yang dituduh menerima rasuah. Perangkap juga pernah dipasang di Bandar Tun Razak yang melibatkan Menteri Besar Selangor dalam kes “46 ekor lembu.”

Keadilan-Pas-DAP sekian lama serius untuk membenteras rasuah. Selama ini, rasuah adalah barah di dalam Umno, dan bukannya di dalam Pakatan Rakyat. Kerajaan Kelantan tidak tercemar oleh rasuah, meski sudah 15 tahun memerintah, dan memang 3 kali pilihanraya umum.

Pakatan Rakyat terus tegas melawan dan menentang rasuah, tetapi bukan dengan sandiwara mahupun merekayasa bukti dan pertuduhan. Lihat sahaja daripada kes “Pelabuhan Klang” sehinggalah “mahligai Khir Toyo” adalah kes berprofail tinggi. Ya, di mana SPRM?

Bagi yang dekat dan biasa dengan papan catur politik Umno-BN, agak mudah untuk membaca siapa yang membiayai plot-plot sandiwara ini–justeru tak satupun yang terlepas daripada pengetahuan dan restu Presiden Umno.

Tentulah bukan beliau sendiri yang perlu ke sana ke mari. Juga, siapa pula yang merendahkan harga diri bertindak sebagai macai (operator) penggerak dan bersumpah untuk menjayakannya.
Ceh! Betapa jelek dan jijiknya politik elit Umno!

Dalam sessi sidang parlimen awal tahun ini, satu isu dan konspirasi besar dibongkar ketua Pakatan Rakyat di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ianya melibatkan “blue-print” khusus yang dikeluarkan pehak yang mahu merampas Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat. Plot dan projek itu dengan biaya ribu juta ringgit.

Menteri Kewangan Kedua waktu itu tidak dapat menjawab soalan YB Azmin Ali berhubung peruntukan besar kepada beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan digunakan di Selangor.

Broker politik Umno-BN yang lazimnya bising membebel sesama mereka mengutuk MP Pakatan, khususnya Anwar waktu bersembang di cafe, terdiam. Cuba buat-buat tidak mendengar apabila rahsia jahat bos-bos mereka cobor.

Selepas mengenali bagaimana SPRM dan sekian banyak agensi kerajaan diperkuda, ada asasnya untuk kita mempercayai kes kematian Teoh akan mendapat pembelaan yang adil. Sama seperti kes pembunuhan Altantuya Sharibuu… tak akan siapa yang waras dapat mengerti mengapa dua anggota polis berpangkat rendah itu perlu meragut nyawa Altantuya?

Ya, melihat kedudukan pangkat mereka, tak ada ‘faedah’-nya mereka melakukan pembunuhan itu. Untuk apa? Tapi, skrip ini adalah skrip di zaman Najib sebagai PM. Barangkali memang begitu. Modus operandi takkan jauh berbeda.

Bagi pemimpin Umno-BN, riuhnya hanya dua-tiga hari dengan sejuta janji manis… kemudian disenyapkan. Dialih pandangan rakyat dengan entah apa lagi gula-gula baru.

Sesungguh kita akan mengenang nasib anak muda yang dibaham nyawanya oleh segelintir yang terdesak dan desperado untuk kekal berkuasa. Kematiannya itu pula akan didiamkan sebagai satu “strategi politik” oleh puak pelampau dan menganggap darah orang yang berbeda bangsa, berbeda ugama dan berbeda faham politik adalah halal.

Politik cara Umno-BN inilah apa yang saya ungkapan sebagai “politik intrik” atau “politik gelap.” Lawannya adalah “politik idea” atau “politik pencerahan” yang jauh memberi manfaat kepada rakyat.

Julung kali perjuangan Reformasi selepas lebih sedekad, akhir telah memakan korban nyawa! Seluruh anak muda wajar mengirim sahabat kita ke pusara dengan baju pengantin yang kekal, sehingga rakyat bangun. Bangkit membela.

PakAwang kepada DPP Kubang Pasu

Assalamualaikum,
D'lloyd, sebuah kumpulan muzik 60an dari Indonesia telah mengadakan konsert di Stadium Negara, Kuala Lumpur. PakAwang dah tak ingat tahun berapa. Pasai dah lama sangat. Demi minat, lagi pun D'lloyd ni tak pernah mai Malaysia, PakAwang bersama isteri telah turun ke Kuala Lumpur semata-mata nak tengok persembahan mereka.
Sambutan menggalakan. Penuh stadium. Memandangkan D'lloyd adalah kumpulan muzik 60an, jadi yang mai tengok tu pun semua dah beranak-pinak. Sebab minat punya pasai, ada yang sanggup bawa anak kecik, mungkin sebab tak dak orang gaji dirumah kot. Boleh kata 99% yang masuk stadium malam tu semua dah berumur, dah kahwin dan mungkin juga ada yang dah bercucu. Tak nampak pun PakAwang budak-budak muda, mat rempit, pakwe makwe, marka.
Kesimpulan, yang mai tengok konsert D'lloyd malam tu semua yang dah berakai, boleh fikir sendiri dah. Dah tua-tua belaka.
Maaf la PakAwang ni tak pandai sangat, maksud PakAwang, pakAwang mengaji tak tinggi bab-bab agama ni. jadi PakAwang agak musyhkil pasai apa Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu membantah sangat penganjuran Konsert 60an yang bakal diadakan di Laguna Merbok, Sg. Petani bersempena dengan Festival Kedah Sejahtera seperti yang tersiar di Kedahlanie kelmarin (semalam).
PakAwang tak nafikan, sesetengah konsert yang dianjurkan memang boleh mendatangkan kemudaratan kepada penonton. Tengok pada artis yang diundang. Siapa depa?. Memang penonton akan terikut-ikut dengan lagak gaya persembahan di atas pentas. Kalau artis diatas pentas berlagak kurang ajar, penonton pun akan ikut serta. Tapi PakAwang tengok artis yang depa nak bawa mai di Laguna Merbok nanti adalah seperti J Sham, L Ramlee, dan A Halim. Semua artis-artis ni dah bercucu, tua lagi dari PakAwang ni. PakAwang kenai sangat dengan L Ramlee tu, penah kerja di Pusat Kesihatan Kepala Batas. J Sham pula pensyarah musik. A Halim ni pakAwang kenai la dia tapi dia tak kenai PakAwang pasai dia duk jauh, di JB.
Kalau tak silap PakAwang, TGNA pun pernah membenarkan satu Konsert diadakan di KB baru-baru ni. Dah tak ingat tarikh. Ada Mawi ada Siti Norhaliza ada Amy Search ada Ringgo (yang dah pun sertai PAS).
Apa yang pakAwang nak habaq kat Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu, jangan lah kita terlampau berkasar dalam bab-bab macam ni. Beri lah sedikit ruang untuk anak-anak muda mendekati PAS. Tindakan DPP Kubang Pasu ni macam nak menidakan kehendak anak muda. Jadi macam mana kita nak mendekati mereka? Jangan lah berulang kembali "PAS hanya untuk pak pak lebai dan pak pak aji", pemahaman yang tersemat di kepala anak muda (termasuk pakAwang) suatu ketika dulu .... Tapi kini dah berubah.
PakAwang sekadar meluahkan rasa. Maaf andai terkasar.
Hidup PAS, Hidup PAKATAN

'Saya tidak politikkan kematian Teoh' - DSAI

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau sengaja mempolitikkan kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang dipercayai terjatuh dari Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu.

Anwar berkata, beliau sebaliknya hanya menunaikan tanggungjawab beliau kepada keluarga mangsa dan kerajaan negeri Selangor yang mahu menuntut penjelasan berhubung kematian mengejut Teoh.

"(Isu) orang dah mati pun kita tak boleh bangkitkan. Dia mati di bawah badan pengawasan dan ini adalah salah di mana-mana negara besar pun.

"Sebab itu saya jumpa pegawai SPRM, kenapa nak politikkan pula?" katanya dalam satu majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.

Mayat Teoh ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan itu, kira-kira pukul 1.30 tengah hari Khamis.

Rabu lalu Teoh memberi keterangan di SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan dana rakyat di Selangor.

Anwar berkata, tidak ada mana-mana pihak yang mengatakan beliau mempolitikkan isu itu kecuali Umno.

"Jangan cuba nak ugut kerana kita tetap akan bangkitkan isu Beng Hock kerana ini satu lagi bukti jenayah yang dilakukan oleh badan penguat kuasa yang dijalankan mengikut arahan Umno dan Barisan Nasional," katanya. - mStar

Penubuhan Suruhanjaya Diraja tidak boleh terburu-buru: Hishammuddin

No hurry to form royal commission, says Hishammuddin

KLUANG, — The establishment of a royal commission to investigate the death of Teoh Beng Hock, political aide to a Selangor executive councillor, should not be done hastily as the investigation into the case was still at the preliminary stage.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said discussions on the proposed commission would be carried out in detail before its implementation.

"The discussion will be in detail. We don't know yet the decision, so we have to act rationally," he told reporters after attending a police-community programme at Felda Ulu Belitong here today.
Hishammuddin, who is also the Member of Parliament for Sembrong, said the investigation would also be carried out in a transparent manner.

Teoh's body was found on the balcony of the fifth floor of the Plaza Masalam building in Shah Alam on Thursday after he was believed to have fallen from one of the upper floors of the building which houses the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

Teoh was one of the witnesses in the MACC investigation into the alleged misappropriation of Selangor state government allocations. — Bernama

Perlawanan ulangan - MU vs Malaysia - Isnin

Pasukan Manchaster United akan mengadakan perlawanan ulangan menentang pasukan Malaysia pada Isnin nanti jam 8.45 malam bertempat di Stadium Bkt Jalil.
Tiket-tiket berharga RM308 dan RM58 akan mula dijual jam 12.00 tgh hari esok, Ahad dikaunter tiket stadium.
Perlawanan ulangan ini diadakan setelah pasukan MU membatalkan perlawanan mereka dengan pasukan Indonesia atas sebab-sebab keselamatan setelah dua buah hotel di Indonesia dibom semalam.
Perlawanan pertama petang tadi berkesudahan MU mengalahkan Malaysia 3-2

18 July 2009

Anugerah Planet Hollywood di Astro: Artis buka seluar atas pentas

Setelah siaran langsung petang tadi untuk perlawanan bolasepak persahabatan antara Manchaster United dengan Malaysia yang berkesudahan MU menang 3-2, malam ini satu lagi siaran langsung di bawakan oleh Astro melalui Astro RIA.

Anugerah tahunan - Planet Hollywood, anugerah industri musik antara tiga negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia kini sedang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Terkejut aku sebentar tadi, sekitar jam 10.15, dua artis, seorang lelaki dan seorang perempuan dijemput naik ke pentas untuk mengumumkan pemenang untuk Anugerah Album Terbaik. Tiba-tiba si artis lelaki ini telah berpusing membelakangkan penonton, membuka jeans nya, melondehkan untuk menunjukan seluar dalam nya yang antara lain tertulis ..... kiss me ....

Masyaallah .... apa dah jadi ni.

Kenapa pihak production Astro melepaskan babak ini? Bukan kah setiap siaran langsung akan ada " delay time" nya? "Delay time" akan membolehkan pihak produksi tempatan untuk memotong mana-mana babak yang tidak sesuai untuk sesuatu negara, umpamanya iklan minuman keras, rokok atau apa saja yang dilarang di negara terbabit.

Tunggu apa kata ASTRO nanti.

Kisah Pak Awang dari Kepala Batas - 1

oleh: PakAwang

Assalamualaikum semua.

Ni Pak Awang. Dari Pulau Pinang. Negeri Pak Lah ni. Duduk pun di kawasan parlimen Pak Lah. Pak Awang tak yah cakap la duk tang mana, nanti hangpa boleh cari. Kot-kot la ada apa yang pak awang nak cerita ni kena batang idung hangpa semua.

Apa yang pak awang nak cakap ni adalah pasai negara kita la ni. Dah jadi macam negera tak dak undang-undang dah jadi nya. Bukan tak dak undang-undang. Undang-undang tu ada, tapi bagi puak-puak yang sepatutnya kerja kuatkuasa undang dah amik undang-undang buat macam harta bapak depa. Bila dah buat harta bapak depa, maknanya depa boleh buat apa saja. Depa boleh buat sesuka hati depa lah. Bila dah undang-undang jadi harta bapak depa, depa dah jadi keras kepala. Apa aku nak takut, harta bapak aku kan ... kalau apa-apa terjadi bapak aku ada. Bapak aku akan mai selamatkan aku.

Dah lama pak awang dok tengok bab-bab orang yang patut menguatkuasakan undang-undang ni sikit pun tak takut pada undang-undang. Mungkin depa ingat pasai undang-undang ni depa yang buat jadi depa tak takut. Kita pangkah depa masa mengundi (pilihanraya) hantar depa pi parlimen untuk buat undang-undang untuk menjaga rakyat, jaga negara tau tau depa yang tak kisah pasai undang-undang. Mungkin juga kot pasai depa ingat undang-undang depa yang buat jadi depa nak takut apa.

Tapi bukan setakat yang buat undang-undang di parlimen saja yang tak takut pada undang-undang, puak-puak yang di bawah ni pun tak takut juga. Sebab apa depa ni tak takut? Sebab depa ada bapak depa di atas yang duk jaga depa. Bapak ni pula kena lah juga jaga anak-anak kat bawah ni, pasai bapak depa pun tak betoi juga. Bapa depa ni pun perangai tak berapa elok juga. Katanya bapa depa juga pernah dituduh merogol seorang artis. Tapi pasai dah bapa, walau pun masa tu belum jadi bapa sebenar lagi, baru anak-anak buah kepada seorang lagi bapak, tapi pasai anak buah kesayangan, bapa dia masa tu tak mau malu, jadi kes ni diam macam tu saja sampai hari ni.

Puak-puak ni rasa macam depa berada atas pada undang-undang. Depa kebai (kebal). Tak dak sapa yang boleh tangkap depa, dakwa depa. Seolah-olah apa depa buat semua betoi (betul). Bukan macam orang bawah-bawah ni, curi teloq (telor) ayam sebiji pun .. - sebenarnya bukan dia nak curi, dia ambik saja dah terjumpa di luar lau (reban) ayam. Entah macam mana si ibu ayam sekoq (seekor) ni dah beteloq (bertelor) di luar lau (reban ayam) ... ha dah kena bawa pi balai. Kes curi teloq (telor) ayam sebiji. Riuh sekampong. Anak tok cha tu polis bawa pi balai pasai curi teloq (telor) ayam piah uduh. (Tapi bukan pak awang yang curi, ada la budak-budak kampong ni) Ha tu dia beza kita orang bawah dengan orang-orang yang ada kuasa di negara malaysia kita sekarang ni. Curi teloq ayam kena tangkap. Bunuh orang boleh buat tak tau saja. Kah kah kah.

Pak awang dulu jadi orang umno. Tapi pasai pak awang sekolah sampai tingkatan 3 saja, sampai ke mampuih lah (tapi alhamdullillah ada sampai hari ni tak mampuih lagi) pak awang jadi ahli biasa saja. Tapi pak awang pun tak pernah harap pada pangkat tu. Mengarut. Nak dapat pangkat ni kena kuat ampu bodek. Pak awang tak reti semua tu. Mungkin juga pasai pak awang tak pernah ada angan-angan nak jadi menteri kot, jadi tak payah lah nak bodek-bodek ni.

Ada la budak kampong jiran pak awang ni, sekolah sampai tingkatan 5 saja. Mula kerja di Kuala Lumpur lepas tu balik mai kerja di Bagan (Butterworth). Pak awang tak tau la apa kerja dia sebenarnya. Tapi kalau dah belajar pun sampai tingkatan 5 saja, paling-paling tinggi setakat kerani saja la kot. Masa balik mai bagan ni dia masuk umno. Kuat bodek ampu punya pasai boleh sampai jadi setiausaha bahagian. Dan kerana kipas dia kuat, katanya bukan pakai kipas lagi, tapi dah guna airkon. maka dapat gelaran Dato'.

Ni yang pak awang duk garu kepala. Apa khidmat bakti dia pada orang-orang setempat yang sampai dia boleh dapat Dato' tu. Pak awang tak nampak apa-apa pun. Tapi tak pa itu rezeki dia, dia pandai ampu pandai bodek. Dia dapat lah. Kalu pak awang jumpa dia pak awang tak panggil Dato ... pak awang panggil nama saja. Satu sebab kenai (kenal) dari kecik, yang kedua Dato' yang dia dapat tu macam tak dak apa-apa erti pasai Dato' bodek, bukan Dato' kerana berkhidmat pada rakyat. Huuuh

Iskh dah melalut pulak. Ooopsss

Berbalik pada cerita orang-orang yang buat undang-undang dan orang-orang yang rapat dengan depa. 1Malaysia dah tau depa-depa tu cuma tak dak cop saja di dai (dahi) saja, AKU KEBAI (kebal). Tapi ada satu kes ni, mungkin pasai ramai orang dah mengamuk rakyat dah nampak yang si mamat ni yang punya kerja, akhirnya orang no 1 (yang dah pun tak kerja lagi) agensi pengutkuasa ni disabitkan juga kesalahan dia. Ini mungkin setakat nak bagi rakyat kata uih baguih (bagus) nya kerajaan kita ni. Dengar cerita walau pun perkhidmatan mamat ni telah ditamatkan oleh Yang Di Pertuan Agong, tapi katanya elaun-elaun dan pencen nya tetap diterima. Maaf kalau apa yang pak awang tulis ni tak berapa betoi (betul). Hangpa cari la yang betoi.

Ni sejak dua tiga hari lepas hingaq (bising) satu malaysia, kalah kes MU mai malaysia pasai seorang setiausah politik adun seri kembangan di selangor yang dijumpai mati di ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam. Ni apa cerita ni SPRM. Hangpa siasat ke hangpa nak bunuh orang ... ?

Malaysia vs MU - Syabas Amri

Keputusan : MU 3 Malaysia 2

Kedua-dua gol Malaysia telah di jaringkan oleh Amri Yahyah manakala gol-gol MU telah dijaringkan oleh Wanye Rooney, Nani dan Micheal Owen.

MU vs Malaysia - ASTRO ch811

Astro akan menyiarkan siaran langsung perlawanan persahabatan MU vs Malaysia yang akan bermula bila-bila masa sekarang

RASMI: Chua Jui Meng sertai PKR

CHUA JUI MENG MASUK PARTI KEADILAN RAKYAT

Bekas naib President MCA Chua Jui Meng, secara resmi telah mengisi borang untuk menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat pada jam 2.30 petang ini.
Chua telah meletakkan jawatan ketua bahagian MCA Bakri dua hari dahulu.
Kemasukan Chua Jui Meng ini akan menambahkan lagi porak peranda yang sedang berlaku dalam MCA.
Apa cerita yang akan dibocorkan oleh Chua kepada PKR sama-sama kita tunggu jeng jeng jeng. - TT

SPRM: Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat

MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.
Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.
Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.
Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.
Jawapan tegas
Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.
Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.
Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.
Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.
Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini. (17 Julai)
Kenyataan media ini dikeluarkan oleh:
Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan
Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive