31 August 2009

RM2.05/liter - harga petrol RON97 mulai 1 Sept 09

Bermula tengah malam ini, harga baru bagi minyak petrol RON97 akan dinaikan menjadi RM2.05/liter manakala petrol RON95 pula akan dinaikan sebanyak 5 sen menjadi RM1.80/liter.

Demikian diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melancarkan penjualan minyak RON95 keseluruh negera di Stesen Servis PETRONAS Sprint Highway sebentar tadi.

Najib Altantuya: Bersihkan lah imej Islam akibat tindakan sijahil

OGOS 31 — Tindakan sekumpulan pihak yang mengarak serta memijak kepala lembu ketika membuat bantahan tentang cadangan pembinaan kuil di Selangor sebenarnya suatu tindakan yang jahil bersulamkan kebiadapan melampau.

Kebiadapan mereka itu walaupun kelihatan seperti membela hak orang Islam di Malaysia, namun ia jelas ketara tambah memburukkan lagi imej Islam di mata golongan bukan Islam.

Label dan momokan Islam sebagai agama yang ganas seolah-olah sudah disahkan oleh tindakan bodoh mereka.

Islam amat bertegas tentang penghinaan kepada agama lain yang bakal mengundang permusuhan yang tidak berkesudahan kerana setiap insan akan bermati-matian mempertahankan akidah anutan mereka walau dengan nyawa sendiri.

Larangan provokasi ini dijelaskan oleh al-Quran, maksudnya: Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (al-An'am [6:10]).

Keharmonian Malaysia yang sudah sekian lama terjalin di atas rasa toleransi kaum dan agama, pastinya akan mengundang kekeruhan apabila kepercayaan orang Hindu dihina sedemikian rupa.

Bayangkan apakah reaksi umat Islam sekiranya tulisan Allah diarak, diinjak dan dibakar pula oleh para penganut Hindu yang tersinggung dengan tindakan jahil kumpulan terbabit.

Untuk itu satu langkah drastik perlu dilakukan oleh pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk segera mencuci tahi yang telah dipalitkan oleh kumpulan terbabit.

Sekiranya pihak berkuasa agama boleh segera bersidang untuk mengeluarkan fatwa berikutan kenyataan politik sesetengah tokoh yang dirasakan mengancam akidah umat Islam, situasi kritikal seperti ini lebih lagi perlu diutamakan.

Jelaskan segera kepada penganut agama lain, bagaimana Islam melarang sama sekali tindakan sedemikian. Peranan pihak berkuasa agama perlu disegerakan untuk menjernihkan kembali kekeruhan yang melanda bertepatan dengan firman Allah, maksudnya:

Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa (al-Hajj[22:40]).

Hak penganut Hindu untuk mendirikan rumah ibadat mereka tidak pernah dibantah oleh Islam. Itulah keistimewaan Islam yang agak terbuka dengan pengamalan agama lain selagi mana penganut agama itu masih berstatus dhimmi (bernaung di Negara Islam) dan bukannya harbi (memusuhi Islam).

Selain itu, pendekatan penerangan melalui media arus perdana perlu segera dibuat bagi mengubat luka para penganut Hindu di Malaysia.

Sekiranya tindakan lambat diambil, luka itu akan bertukar menjadi barah yang sukar diubati lagi.

Bahkan barah ini kelak boleh menjadi penyebab gagalnya gagasan 1 Malaysia. Pengalaman perit konflik agama yang menumpahkan darah di negara luar perlu dijadikan teladan oleh pihak berkuasa agama di Malaysia.

Kepada mana-mana kumpulan yang bercadang untuk melakukan sebarang tindakan provokatif di masa hadapan, silalah bertanya dahulu kepada ahlinya.

Hayatilah firman Allah: Maka bertanyalah kamu kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui (al-Anbiya'[21:7]).

Jangan sampai apabila kekacauan telah meletus kerana tindakan bodoh sesetengah pihak, pihak yang tidak bersalah pula menerima kesan akibatnya.

Renunglah ancaman Allah di dalam ayat ini: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya (al-Anfal[8:25]). — Utusan Malaysia

"Tak tau pula melayu marah dengan pijak kepala lembu"

Oleh Adib Zalkapli

OGOS 31 — Hari Merdeka tahun ini agak mengejutkan buat saya, kerana saya dipanggil bacul!
Tiba-tiba saya rasa terperangkap dan terpaksa mengikut kelompok-kelompok tertentu.

Dalam minggu-minggu menjelang 31 Ogos tahun ini banyak sekali kita terdengar seruan-seruan supaya orang Melayu "membuat sesuatu" terhadap masyarakat minoriti dalam negara ini yang semakin "melampau."
Antara yang membuat seruan ini adalah orang yang duduk dalam lembaga-lembaga pengarah beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, yang tiba-tiba menggunakan ungkapan "kita orang Melayu" dan berpesan kepada saya supaya "jangan bacul."

Tiba-tiba sahaja, rupa-rupanya saya mempunyai pertalian dengan orang-orang ini.

Baru-baru ini juga saya diberi amaran oleh sekumpulan anak muda yang mendakwa mewakili semua orang Melayu, bahawa saya akan terpinggir di negeri Selangor.

Katanya, arak akan berleluasa.

Babi juga akan dijual merata-rata.

Dan saya sekali lagi diberitahu sebagai orang Melayu, saya perlu bangkit bersama-sama.

Terperanjat lagi saya, kerana mereka ini beria-ia hendak mengajak saya menjadi sebahagian daripada mereka.

Saya agak segan untuk ikut mereka, kerana melihat ramai dari mereka yang perut buncit tetapi memakai kemeja putih!

Saya percaya orang yang mempunyai masalah berat badan seharusnya memakai pakaian gelap supaya bentuk badan kelihatan menarik. Itulah yang saya belajar mengenai ilusi optik di sekolah dulu.

Dan ramai juga yang memakai cincin dengan batu sebesar ibu jari. Saya rasa tidak "cool" untuk ikut kumpulan bercincin besar ini.

Dan baru minggu lepas, ada lagi satu kumpulan yang membantah konsert Michael Learns To Rock di Genting Highlands.

Kelompok anti konsert ini juga menganggap kepercayaan saya dalam bahaya, kerana acara itu diadakan dalam bulan Ramadan.

Ini betul-betul perbuatan yang memalukan saya, kerana belum pun konsert itu dipromosikan mereka menganggap saya mahu menonton Michael Learns To Rock!

Adib hanya mahu merdeka dari mereka! — Gambar oleh Choo Choy MayDengan sukanya mereka bercakap bagi pihak saya, tentang bahaya konsert tersebut.

Sebelum itu ada pula kelompok yang marahkan dengan kedai runcit 24 jam kerana menjual beer.

Kelompok yang marah benar dengan kedai 24 jam ini juga berbuat demikian untuk melindungi saya.

Mereka percaya yang saya akan bangun pada pukul 2 atau 3 pagi dan pergi ke kedai-kedai ini untuk membeli beer.

Namun kejutan-kejutan yang menarik saya ke dalam perangkap kesukuan ini tidak berakhir di situ.

Beberapa hari sebelum Hari Merdeka datang lagi kelompok yang kononnya mewakili saya juga mengarak kepala lembu di Shah Alam.

Khabarnya, mereka membantah pembinaan sebuah kuil di kawasan perumahan mereka dan mahu saya juga berasa marah.

Saya tidak pernah tahu bahawa orang Melayu menunjukkan rasa marah dengan memijak-mijak kepala lembu.

Setahu saya, mengikut cerita orang-orang tua, kepala lembu adalah antara bahagian badan haiwan itu yang paling berharga dan kalau di kampung-kampung, bila lembu disembelih, mereka yang paling banyak bekerja dalam melapah lembu atau yang paling dihormati masyarakat akan mengambil kepala itu.

Maka saya menanti Hari Merdeka tahun ini dengan mendengar orang memanggil saya bacul, memberi amaran kononnya saya ditindas, yang bergaduh dengan kedai 24 jam, yang anti konsert dan juga mereka yang membuang kepala lembu.

Harapan saya, Hari Merdeka ini, saya mahu merdeka dari mereka!

We have been living together for 52 years

EVERY DAY, there is sure to be at least one news article about racism – be it to “remind” the nation to live in harmony, or a report about disrespectful behaviour towards another religion.

We, the ordinary rakyat, live just fine together, whether as neighbours or as house mates living under the same roof. We don’t need such “reminders” to make us realise that we don’t belong to one race.

It goes to show how much (or little) faith you have in us. Let’s face it – most of the racial commotions spark from the doings of politicians.

Because these people have the power to speak, they have the power to build or destroy. We, the rakyat can only watch the “drama”.

I share my pride for Malaysia with citizens from around the world. And most of the time, I talk about food, because then, I won’t feel like I’m lying.

I can’t bring myself to talk about how so many different races are living together peacefully (even if it’s true for the ordinary rakyat) when bits and pieces from the media suggest otherwise.

We, the rakyat don’t ask for much. We just want you to develop our country. Leave the living-with-other-religion thing to us because we were born with that in our blood.

Just to remind you, we have been living together since 52 years ago.

FRUSTRATED MALAYSIAN,
Toowong, Australia.

30 August 2009

Pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh diputuskan Selasa ini

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.

SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.

"Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi.

Jika diputuskan wujud kekosongan pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau.

SPR telah mengadakan pilihan raya kecil yang kelapan pada 25 Ogos lalu - sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Sehubungan itu, kata Aziz, pihaknya akan memaklumkan keputusan SPR kepada Speaker Kedah.

"Oleh kerana Speaker telah menulis surat kepada kami, kami akan memaklumkan Speaker hasil keputusan mesyuarat," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi.

Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif - dari Umno-BN - digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)tanpa kebenaran Speaker.

Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.

Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan The dari PAS menerima 7,665 undi.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melahirkan harapan agar SPR akan mempertimbangkan keadaan Abu Hassan yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya.

Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu.

"Bagaimanapun kita akan akur dengan keputusan SPR, kita selalu akur dengan keputusan SPR, mana ada yang kita tidak akur," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN.

Dalam pada itu, Wan Ahmad ketika dihubungi pagi tadi memberitahu mStar Online bahawa semua dokumen berkaitan dengan isu berkenaan sudah sedia ada.

"Semua dokumen, pandangan dan maklum balas sudah diterima. Kita hanya perlu mengadakan mesyuarat dan menentukan status kerusi ini," katanya. - mStar
STONE: Rasa-rasa saya SPR tidak akan memalukan UMNO BN lagi. SPR akan mengatakan TIDAK PERLU DIADAKAN PRK DI Kota Seputeh. ADUN tak hadir kerana masalah kesihatan, bukan sengaja. . . . . Maka selamat lah UMNO dari dimalukan seterusnya.

Najib Altantuya Resah, UMNO Parah - Najib Bina UMNO Binasa


Oleh berat66 "

Semasa mula menjawat tugas PM Malaysia hasil daripada kompromi dengan BEKAS PM Imam Besar Islam Hadhari, Tun Abdullah Badawi merangkap Penasihat IKIM kini, Dato’ Najib ingin mewarisi sikap turun padang sebagaimana Ayahanda Tun Abdul Razak Cuma tanpa tongkat. Usaha murni Najib sedikit sebanyak menyejukkan amarah sebahagian rakyat terhadap beliau. Lawatan Najib ke Brickfields once upon a time sedikit sebanyak untuk memujuk penyokong beragama Hindu untuk terus menyokong kerajaan One Malaysia, Tindakan Najib menurut ulasan pengkritik kampong, telah berjaya mencuit hati kaum India terutama di Brickfiels yang seratanya menganut agama Hindu.

Alangkah malangnya kebelakangan ini, usaha turun padang Perdana Menteri One Malaysia yang mendahulukan rakyat kini bertukar menjadi Padang jarak padang terkukur yang telah mengguris hati seluruh kaum India yang beragama Hindu di One Malaysia.Ini adalah kerana ekoran perbuatan nila merah setitik dan telah merosakkan susu se belanga yang telah Najib tatang selama ini.
Perbuatan mengheret kepala lembu membantah pembinaan kuil di Shah Alam Selangor telah turut sama mengheret kerana One Malaysia keambang kontroversi yang bakal kekal berpanjangan menghina kaum India beragama Hindu di One Malaysia.Belum pun reda isu Kartika yang keputusannya cuba dipertikai dan dicampur tangan oleh setiap pemimpin tertinggi Umno termasuk bekas-bekas mantannya isu ini tiba-tiba muncul menyebabkan tidur lena najib terbengkalai dan terganggu.
Tidak cukup dengan mimpi ngeri kartun Zunar, adengan kepala lembu diseret penyokong Umno yang membantah menambah resah dan gelisah yang menjadikan malam najib bertambah panjang. Entah bagaimana pula tidur Kak Rosmah yang mendapat bantahan pelajar Unisel yang mahukan canselor lain selain daripada Rosmah kerana isu maruah.Entahlah apa yang akan jadi seterusnya tidak ku tahu.
Tidur Najib bersama mimpi ngeri dan bangkit Najib bersama targedi ngeri.Sebagai manusia biasa saya masih mempunyai naluri halus dan bersimpati terhadap apa yang menimpa Najib, namun saya lebih bersimpati terdapat apa yang ditimpakan terhadap Zunar, mangsa perhimpounan bantah ISA dan kaum India beragama Hindu di seluruh Malaysia.
Di mana dan bagaimana kesudahannya sama-samalah kita ikuti episod yang akan datang,
Najib Resah Umno Parah. Najib Bina Umno Binasa....

Deklarasi Danok - Konspirasi menjatuhkan Kedah oleh Mahadhir Khalid

Maaf kerana lambat menjawab isu Deklarasi Danork....

Disini saya huraikan kronologi deklarasi episod pengkhianatan untuk tatapan saudara dan bagi menjawap penanya tersebut secara rengkas dan bukan untuk siaran.
Pengkianatan tersebut adalah dengan idea dari si elias songkok tinggi dengan disokong sepenuhnya oleh mantan ketua bahagian cabang Pdg Serai dan direstui oleh Adun Lunas.
Seramai 6 Ketua cabang PKR yang dikumpulkan untuk bermesyuarat di Dusun Resort,Hosba yang dipengerusikan cabang Pdg Serai bersama elias dan di hadiri oleh kerua cabang Baling, Jerlun, Pendang, Merbuk dan Sik. Dalam mesyuarat ini dipersetujui 13 resolusi bersama untuk dihantar kononnya pada Dato Seri Mahadhir Khalid dan Pimpinan PKR negeri dan Pusat..
Antaranya:
1. Mendesak PKR Kedah keluar dari Pakatan Rakyat untuk bergabung dengan UMNO untuk membentuk Kerajaan Negeri dan Adun Lunas ditabalkan menjadi Timbalan Menteri Besar Kedah.
2. Setiap Ketua cabang diberikan imbohan RM 1 Juta dan Cabang yang bersetuju juga diberikan RM1 juta berserta projek Mega.
3. Setiap ahli majlis dari PKR di kekalkan.
4. Dan yang hebatnya menjamin keselamatan DSAI. 9 resolosi lain yang tak perlu saya jelaskan.
Setelah mesyuarat di Hosba mereka ini iaitu ketua2 cabang ini berserta dengan pengkianat ini di kumpulkan semula untuk menandatangani rosolusi yang telah siap di Pekan Danork dengan diuruskan oleh setiausaha Majlis Hi tek Kulim iaitu Sdr Ghani dengan berbekalkan RM30 ribu yang diperolehi dari Mahadir Khalid untuk diagihkan kepada semua pengkianat untuk duit poket dan menurut informer tak gamak nak di ceritakan bagaimana mereka berhibur sakan disana. Kejadian berlaku semasa PRK Permatang Pauh....
Begitu lah teruknya episod pengkianatan ini terutamanya kepada Pakatan Rakyat Kedah. Mahadir Khalid sudah memberi persetujuan kepada resolusi ini.Semua ketua cabang dan para pengkianat telah dipecat keahlian mereka.
Sekian....
Jin Brabus@KedahLanie

Ajaran sesat "Islam seleweng"


Kontrak keluar Islam

Oleh NAZARALI SAERIL

KUALA LUMPUR: Jika ingin keluar daripada kumpulan, pengikut dikehendaki mengisi borang dan menandatangani kontrak yang antara kandungannya menyebut:

“...saya tidak sanggup lagi untuk berpegang kepada al-Quran dan sunnah seperti mana yang disyariatkan ke atas saya...”

Itulah taktik halus atau perangkap yang digunakan satu pergerakan yang dipercayai mengamalkan ajaran sesat bagi mengelak pengikutnya meninggalkan kumpulan itu.Ini kerana pemimpin kumpulan itu mendakwa hanya ajaran Islam yang diamalkan mereka adalah tulen. Oleh itu jika pengikut ingin meninggalkan kumpulan itu, mereka dianggap ‘murtad’.

Sebab itu mereka dikehendaki mengisi borang atau menandatangani kontrak yang memperakui kesediaan untuk tidak lagi berpegang kepada ajaran al-Quran dan sunnah.

“Anehnya, mereka tidak kisah jika ada pengikut mahu ‘murtad’. Yang penting, siapa saja yang nak tinggalkan kumpulan perlu isi borang dan tandatangani kontrak keluar Islam.“Jika berbuat demikian mereka tidak akan ganggu lagi tapi jika tak tandatangani kontrak, mereka akan terus mencari kita dan menuntut bayaran tertentu yang wajib dibayar oleh ahli,” kata seorang bekas pengikut kumpulan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mahmood, 23.

Menurutnya, pengikut yang mahu ‘murtad’ daripada kumpulan ajaran sesat terbabit diminta menghadap Ahlul Bait atau penyelia sebelum menurunkan tanda tangan di atas sekeping kertas fotostat bersaiz A4.Selepas itu baru bekas pengikut berkenaan bebas untuk mengikut semula ajaran Islam sedia ada yang mereka gelar ‘Islam seleweng’.“Pendekatan itu menunjukkan seolah-olah akidah seseorang dihitung atau digambarkan hanya melalui tandatangan dalam dokumen fotostat kontrak yang berharga hanya tiga sen,” katanya yang juga bekas penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Mahmood yang berpengalaman menjadi pengikut kumpulan itu kira-kira dua tahun berkata, borang Kontrak Keluar Islam akan dicetak pada bila-bila masa apabila ada pengikut mahu keluar daripada kumpulan terbabit.Bagaimanapun, ada syarat perlu dipatuhi jika mahu menurunkan tandatangan iaitu melakukannya di depan Ahlul Bait dan jika keluar tanpa melakukan kewajipan itu mereka belum dianggap ‘murtad’ lagi.“Bagi saya, Kontrak Keluar Islam itu diwujudkan kerana mereka mahu menakut-nakutkan ahli supaya tidak meninggalkan kumpulan itu, selain menegaskan hanya Islam mereka yang betul.“Yang menjadi masalah, apabila tidak melakukannya, nama kita akan ‘naik’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti seperti menghadiri ceramah yang memerlukan kita membayar sejumlah wang yang ada kalanya mencecah RM1,000 sebulan,” kata Mahmood.

Akibatnya, pengikut yang tidak mahu lagi terbabit dengan kumpulan itu akan ‘diburu’ untuk mendapatkan bayaran atau lebih dikenali sebagai infak bagi setiap aktiviti atau keperluan dinyatakan pemimpin tertinggi atau seseorang Ahlul Bait.Menurut Mahmood yang kini bertaubat nasuha dan kembali mengikuti ajaran Islam sebenar, dia tidak menandatangani kontrak terbabit, sebaliknya keluar tanpa memaklumkan ketua.

“Saya keluar begitu saja kerana yakin apa yang mereka amalkan terpesong daripada Islam tulen. Pernah saya bertanya masalah asas seperti kewajipan bersolat, namun mereka gagal memberi jawapan. Kerana itu saya tidak mahu lagi bersama mereka.“Bagaimanapun saya dimaklumkan, beberapa rakan menandatangani Kontrak Keluar Islam itu kerana tidak mahu menjadi buruan bagi melunaskan pelbagai bayaran tidak masuk akal,” katanya. - metro

29 August 2009

Najib Altantuya Kepala Lembu: Asakan Utusan Malaysia terima padah

KUALA LUMPUR, Ogos 29 — Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.

Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan.

Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.

Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor.

Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka.

Seorang pembaca The Malaysian Insider menyifatkan langkah ini bertentangan dengan Islam kerana Islam melarang mana-mana umatnya menghina tuhan-tuhan orang lain kerana dibimbangi mereka akan membalasnya dengan menghina tuhan orang Islam iaitu Allah.

Bagi Dr Dzul yang juga AJK PAS Pusat, mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja.
Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu.

Antaranya tulisan bertajuk "Sedarlahh wahai Melayu" dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno.

Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS.

Sebahagian penyokong dan ahli PAS juga dikatakan ada yang terpengaruh dengan pendekatan perkauman dan agama sempit di Seksyen 23 Shah Alam ini. Atas dasar itulah juga dikatakan ada yang mengaku ahli PAS menyokong tindakan itu.

Sebelum ini, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.

"Mereka telah 25 tahun membuat bantahan," kata Khalid.

Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20.

Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya.

"Selepas semua pihak setuju, barulah kita akan bincang dan terangkan kepada penduduk," kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam. -TMI

Kes Lembu - Cerita dari YB Khalid

PERSOALAN KUIL SEKSYEN 19 DAN TINDAKAN PEWARIS

Oleh Khalid Samad

Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.
Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.
Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.
Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.
Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini.
Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka!
Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun.
Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.Saya menyatakan ‘wakil rakyat’ di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang.
Saya juga memberitahunya bahawa yang ‘berhoneymoon’ selama 50 tahun adalah BN! Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.
Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”! Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.
Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.
Saya menambah lagi, “kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel”. Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO.
Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.
Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!
WalLahu ‘Alam.

Najib Altantuya: Cerita-cerita disebalik kekalahan BN di PRK Pmtg Pasir

Setiap kali pilihan raya kecil, tidak kira di mana sekali pun ia diadakan, persekitarannya bertukar menjadi kawasan tumpuan.

Jika sebelumnya ia kawasan yang sunyi, secara tiba-tiba menjadi meriah. Entah dari mana datangnya manusia yang membanjiri daerah atau pekan yang terletak dalam kawasan pilihan raya kecil itu.

Dalam suasana begini, ramai juga penduduk tempatan, terutama peniaga, dapat menambah pendapatan berikutan kebanjiran orang luar.

Keadaan sama berlaku hampir di semua pilihan raya, tidak terkecuali pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Selepas pengundian 25 Ogos itu, calon PAS, Mohd Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi.

Banyak sebab boleh diungkapkan sebagai punca kepada kemenangan PAS atau sebab musabab kekalahan BN. Untuk mencari alasan mengapa PAS menang atau menuding jari yang menjadi punca kekalahan BN, bukanlah susah.

Ada juga perkara atau keadaan yang sudah terang lagi bersuluh. Mereka melakukan kesalahan sama pada setiap pilihan raya.

Bagi pengundi, mereka membuat keputusan berasaskan kepada kepercayaan mereka kepada ada yang melihat dari segi politik, ada juga memilih kerana personaliti calon, ada yang bercakap soal parti dan tidak kurang juga menjurus kepada isu nasional atau tempatan.

Di sebalik topik-topik politik yang dibincangkan, ada juga isu-isu kecil yang jarang diberi perhatian pada peringkat nasional, tetapi tidak dinafikan ada kesannya yang menyeluruh. Dalam pilihan raya kecil seperti ini, ada pihak tidak pernah belajar daripada pengalaman.

Pengundi hari ini tidak boleh disamakan dengan pengundi 20 atau 30 tahun lalu. Sebahagian besar pengundi hari ini miliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, mereka tidak mudah terpengaruh dengan perkara cerita retorika.

Bagi sesetengah pihak, pilihan raya kecil adalah peluang untuk membuat wang. Mereka tahu sepanjang tempoh pilihan raya - bermula dari hari penamaan calon hinggalah kepada hari pembuangan undi, ramai orang luar yang membanjiri kawasan itu, khasnya mewakili parti politik atau organisasi tertentu yang mempunyai tugas untuk membantu parti atau calon pilihan mereka.

Bagi kumpulan yang mempunyai kepentingan bisnes-politik ini, mereka tahu cara membuat wang bagi memenuhi fungsi lumrah berkempen - penginapan, makanan, minuman, pakaian, poster, bendera, tenaga kerja dan sebagainya. Semua sektor ini mempunyai elemen untuk buat duit.

Parti yang bertanding biasanya menyediakan peruntukan khas mengenainya. Adalah tidak salah mendapatkan peluang membekalkan keperluan yang diperlukan itu asalkan ia tidak menimbulkan pertikaian sesama sendiri dan akibatnya, bila rumah siap, pahat berbunyi.

Sebaik saja tarikh penamaan calon diumumkan, hotel, chalet dan resort berdekatan habis ditempah secara pukal dalam sekelip mata. Bagi orang yang menempah, sudah tentulah ada untung yang menanti kerana merekalah yang akan mengagih-agihkan bilik. Jika mahu menyewa rumah penduduk sekitar, khasnya banglo kosong atau rumah teres untuk dijadikan markas, awal-awal lagi sudah ada pihak yang sedia menguruskannya, asalkan sediakan saja bayarannya.

Biasanya bagi kebanyakan pengikut PAS, mereka menetap di rumah saudara mara atau rakan tanpa perlu bayaran. Ini perkara biasa bagi pengikut parti itu. Bagi yang tidak ada saudara dan rakan, mereka tidur di masjid atau surau. Mereka tidak memerlukan wang yang banyak untuk berkempen. Kutipan dilakukan di masjid di seluruh negara dan selepas wang diperoleh mereka menyalurkannya untuk tujuan berkempen. Awal pagi lagi mereka sudah bangun menemui orang kampung.

Bagi satu golongan lagi pula, sebahagian besar mereka banyak menggunakan masa berkumpul di lobi hotel, restoran atau gerai dari pagi hingga ke petang atau ada yang sambung hingga ke malam. Lobi hotel menjadi begitu sibuk dengan ramai orang yang datangnya entah dari mana. Bila ada pemimpin Pusat datang, mereka menunjukkan muka. Mungkin pada masa akan datang, mudahlah mereka berurusan atau mendapatkan bantuan. Jika perlu berada di lapangan terbang, mereka akan lakukan.

Bagi BN, dari semasa ke semasa sudah diatur lawatan untuk menemui penduduk dengan pemimpin kerajaan dan parti. Jika ia lawatan menteri, ramailah turut sama mengikuti rombongannya. Bila menteri masuk rumah bertemu penduduk, mereka berbual sesama sendiri di luar.

Orang kampung mempunyai tanggapan berbeza mengenai kumpulan seperti ini, tambahan pula jika pengikut yang datang itu menaiki Hummer, kereta mewah yang disebut-sebut hampir setanding kereta kebal, di samping kereta mewah yang menderu-deram di kampung itu. Ada juga yang datang dengan pengawal pengiring bermotosikal dan pengawal peribadi.

Orang kampung tidak mempunyai masalah untuk bersalaman dengan mereka dan sedia memberi jaminan mulut untuk menyatakan sokongan. Segala-galanya hanya dibuktikan menerusi undi yang diperoleh daripada saluran peti undi untuk mengetahui siapa yang mereka sokong. Daripada bilangan undi akan diketahui trend pengundian mereka.

Banyak cerita lain didengar sepanjang kempen. Ada yang sekadar janji dan ada pula yang ibarat rezeki datang menggolek menerusi peruntukan yang diluluskan serta-merta. Ada peruntukan diluluskan untuk membaiki atau membesarkan rumah, terutama bagi keluarga ramai.

Sebagai contoh, jika peruntukan RM5,000 diluluskan untuk satu keluarga bagi membesarkan rumahnya, ia hendaklah digunakan sepenuhnya. Ada kes yang mana apabila penilaian dibuat, kosnya hanya separuh. Selebihnya masuk ke kocek orang lain.

Pastikan kerja membuat rumah itu diberikan kepada kontraktor yang berjiwa rakyat. Ada juga menceritakan bahawa harga pasir juga turut naik ketika kempen memandangkan banyak bahan itu diperlukan untuk menambak jalan becak. Ada yang menjual pasir dengan harga berlipat kali ganda selepas harga ditingkatkan oleh kontraktor sedangkan peruntukan pembelian pasir itu adalah untuk menambak jalan becak di kampung.

Semua ini menjadi topik perbualan di kalangan penduduk. Pada jam 8 pagi ketika pengundi sudah mula keluar mengundi, masih belum ramai pekerja parti yang sepatutnya berada di tempat pembuangan undi untuk merayu undi, walaupun pada malamnya semangat berkobar-kobar untuk turun padang lebih awal.

Politik BN Najib Altantuya : Tiong vs Ong - RM10JUTA

Datuk Sri Tiong mendakwa RM10juta yang didermakan kepada Presiden MCA Ong Tee Keat telah diserahkan secara tunai sebanyak 3 kali -RM5juta, RM1juta dan RM4juta, lapur China Press hari ini.

Akhbar itu berkata segala butir-butir it didapati dari salinan lapuran polis yang dibuat Tiong terhadap Ong minggu lepas.

Menurut lapuran itu, Ong telah meminta Tiong untuk menderma sebanyak RM5juta pada 2088
Tiong menjelaskan wang tunai RM5juta telah diletakan dalam 2 buah beg dengan ditemani oleh 2 kakitangannya telah menghantar wang tersebut kepada seorang kawan Ong di Hotel Hilton Petaling Jaya. Beberapa minggu selepas itu Ong telah meminta sebanyak RM1juta lagi dari Tiong. Kali ini wang tersebut telah dihantar kepada seorang wakil Ong di tempat letak kereta berhadapan Hotel Amanda Petaling Jaya.

Penghujung 2008, Tioag bersetuju untuk menderma sebanyak RM4juta lagi kepada Ong. Tetapi kali ini, Ong sendiri yang datang untuk mengambil wang tersebut dirumah tamu kerajaan. Wang itu, kata Tiong dalam lapuran nya, telah diletakan dalam boot kereta Ong, lapur akhbar itu lagi.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Tiong mengulangi cabaran nya agar Ong menerangkan berapa kah jumlah sebenarnya Ong dan isteri miliki dalam simpanan bank masing-masing.

Tiong juga berkata tindakan Ong memecat Chua Soi Lek adalah tindakan untuk mengalih perhation dari isu RM10juta ini.

Ong telah memfailkan saman RM500 juta terhadapan Tiong minggu ini setelah menafikan tuduhan tersebut.

Tiong telah bersedia untuk ke mahkamah dan mempunyai saksi-saksi untuk membutikan yang dia telah menyerahkan RM10juta kepada Ong. Pegawai-pegawai MCA berkata mereka tidak mempunyai sebarang rekod mengenai wang tersebut.

Tiong juga menafikan yang dia menyokong Dr Chua untuk menjatuhkan Ong.

"Sekiranya saya mempunyai hubungan baik dengan Chua, lebih baik saya dermakan RM10juta itu kepada Chua daripada diberi kepada Ong" kata Tiong.

Agak sukar bagi Ong untuk menafikan yang pada suatu ketika dia mempunyai hubungan baik dengan Tiong. Walau pun dia (Ong) menafikan yang ada menerima RM10juta dari Tiong, Ong mengakui ada menggunakan jet persendirian (secara percuma) milk Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), syarikat yang dimiliki Tiong.

KDSB adalah syarikat yang dikaitkan dengan skandal PKFZ.

28 August 2009

Kenapa saya pilih Pakatan Rakyat dan bukan BN Najib Altantuya


AUG 28 — We know the verdict of the people in Permatang Pasir now, and no matter how you spin it, this was a tremendous victory for Pakatan Rakyat. Yet I know quite a few people wondering why, with all of Pakatan’s woes, the people of Permatang Pasir would return the Pakatan candidate with almost as big a majority as before. While I cannot pretend to speak for anyone but myself, here is why I would vote Pakatan.

People say Pakatan has no common platform. Pakatan has not yet issued a common policy document, true. But read each of the different parties’ manifestos, and try telling me they have nothing in common. All three Pakatan parties have a common economic platform, based on equality of opportunity. All three parties have committed themselves to abolishing racial politics and racist policies. Barisan Nasional has had over five decades to sort out its own race issues, and yet like clockwork, it threatens violence and bloodshed against the other races every year, at each component party’s general assembly.

Barisan still cannot tell us how it will make us truly 1 Malaysia; it cannot say how it plans to fix the horribly unjust basis on which we run our economy. Pakatan still has to deal with religion; Barisan has not yet even begun to tackle race, religion, or the economy. As far as I’m concerned, Pakatan is way ahead of Barisan in two of these key areas, and tied in the other.

In terms of people, I honestly do think — as bad a rep as Pakatan often gets here — Pakatan clearly has better folks in its ranks. Even the crazy extremists who most of us cannot stomach, such as Zulkifli Nordin, can actually converse intelligently (in more than one language!) about the policy issues close to their heart, without any prepared remarks or hesitation. There are PAS leaders who have gone to churches to meet their constituents, and DAP leaders who have gone to mosques to do the same; how many Barisan politicians have done this?

Have you ever listened to or spoken with a Barisan leader? Except for a handful, such as — surprisingly — Datuk Seri Hishammuddin Hussein and Khairy Jamaluddin, most of them don’t know what the hell they are talking about. They read from prepared speeches which they obviously barely comprehend, and they cannot answer questions about basic facts which they ought to know. I honestly think Zulkifli Nordin would make a better minister than many in our present Cabinet, and that’s much less a compliment for him than it is a sad fact about the quality of our government.

Now, maybe you really believe Datuk Seri Anwar Ibrahim will be as bad a prime minister as Datuk Seri Najib Razak or Tun Abdullah Ahmad Badawi. Maybe you really think the inflammatory rhetoric at a DAP, PAS, or PKR gathering is as bad as the discriminatory flak you find at Umno or MCA rallies and meetings. I’m not sure why you might think these things — Anwar’s track record is no worse than these other men, and if anything, it’s probably better. Likewise, if you honestly think Pakatan is radical, extreme and divided, you probably haven’t been looking too closely at Barisan. All the evidence suggests that Pakatan will govern better than Barisan.

It is absolutely true that Pakatan will not govern perfectly. But in part, these problems really can be blamed on Barisan. Establishment men and women dominate the civil service, and strict tenure rules prevent the state governments from firing them. Court cases and corruption investigations keep our representatives busy filing paperwork instead of attending to their real jobs. Virtually everything in the establishment is conspiring against Pakatan, even as we speak.

Yes, some of these problems can be blamed on Pakatan too; it could be doing a lot more to fix its divisions. A lot of time is being wasted on small-picture issues, and quite a few of Pakatan’s reps are no angels. Pakatan would likely be better off reshuffling some of their leadership, and refocusing themselves on building a common platform; its critics are right on quite a few counts.

But look at everything wrong with our country — whose fault is it? Pakatan has had a bit over a year in four or five states to start tinkering at the edges of policy — it doesn’t even have full control of the civil service because of tenure protections. Barisan has had over 50 years to govern. Like it or not, almost every major problem today is the fault of Barisan’s poor policy and poor leadership.

Pakatan is, if you ask me, indubitably more qualified to govern than Barisan. And even if it wasn’t — if it was only as qualified as Barisan (something I highly doubt) — the fact is we are in deep shit as a country. Barisan has had too many freebies over the years. It’s gotten lazy and complacent, and in spite of the wake-up call we sent on March 8, it is still wasting time instead of properly reforming itself and our institutions. If we want to put Barisan on its toes, we have no choice but to put it in the opposition benches, and to vote for Pakatan. -TMI

Tidak pelik, tetapi semakin benar

Kita dengar perkhabaran dari Mesir, pemain bolasepaknya diberi kebenaran oleh badan tertinggi majlis Agama negara itu untuk diberi kelonggaran untuk tidak perlu berpuasa. Pelbagai pihak mengecam tindakan majlis Agama itu.
Manakala di Pahang isu kontraversi Kartika sari Dewi yang dijatuhkan hukuman sebat dan penjara kerana minum arak dikhalayak ramai masih bertiup kencang.

Namun pengangguhan hukuman sebat sedikit sebanyak dikontravesikan oleh media pro-Umno sebenarnya bagi menutup peristiwa amat memalukan di Pilihanraya Kecil N11 DUN Permatang Pasir.
Syabas Y.B Ustaz Mohd. Salleh Man yang bakal menjawat Presiden Agama Islam Pulau Pinang kelak.Walaupun pelbagai pihak mencurigai kewibawann Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam melaksanakan pentadbiran Islam dalam pemerintahannya jika dilantik sebagai Perdana Menteri. Dunia Islam luar melihat Anwar masih berprinsipkan Islam .
Hari ini, Anwar Ibrahim diundang lagi sebagai salah seorang anggota mesyuarat perbankan Islam di Jeddah.
Anwar Ibrahim dan Permatang Pauh - P.Pasir - Penanti tidak dapat dipisahkan, ibarat aur dengan tebing. Sejak semalam pimpinan Umno asik mengeluh di media kerana dimalukan lagi.
Sepatutnya Umno tidak perlu bertanding. Lawan malu tidak lawan pun malu.
Disebabkan rasa malu dengan video lucah, mantan Menteri Kesihatan, yang juga Timbalan Presidan MCA iaitu Dr Chua Soi Lek telah dipecat. Ucapan gentleman Chua, "Jika cadangan itu dipersetujui Majlis Presiden, saya yakin Presiden akan tidur lena malam ini". Pencatat merasakan BN-MCA bakal terima 'sengatan maut' seperti Umno Terengganu.
Umno Terengganu yang di Ketuai oleh Datuk Seri Hissamuddin Hussien mengatakan masalah Umno negeri itu telah selesai. Namun perjumpaan muhibbah ADUN Ajil yang mewakili beberapa ADUN Umno dengan Anwar Ibrahim memperlihat kekuatan PKR sudah tidak dapat dinafikan lagi.
Anwar Ibrahim akan meneruskan lawatan kerjanya ketiga ke Johor. PKR cabang Sekijang dan Parit Sulong diberi penghormatan untuk menyambut kedatangan Ketua Pembangkang yang digeruni oleh juak-puak Umno. AMK Johor diberi kepercayaan sekali lagi mengawal-selia kehadiran Anwar Ibrahim.
AMK Johor dilihat makin digeruni oleh pencacai Umno. Walaupun didalam organisasi AMK Johor masih ada bisik-bisik, malah pencatat sendiri sebelum ini terdengar bisik-bisik sebagai talam dua muka. Ia tanggapan itu terhakis jua lama kelamaan. Islam itu menyatakan sabar adalah tuntutan kifayah kepada penganutnya.
Insan beriman itu tersemat pada jiwanya dengan sikap-sifat yang sabar.
Diperhatikan satu blog rakan kita, asik menuding jari dalam ruangan chatnya. Ada baik penentang itu diikramkan menjadi sahabat. Apa guna berbalah sesama Islam mengenai prinsip PKR-Umno. "Sdr. Exco.. senyum sikit yer...".
Anwar Ibrahim - Najib Razak sendiri bersua dalam suasana muhibbah di Dewan Parlimen. Perdana Menteri mungkin berbincang mengenai peralih kuasa kepada Pakatan Rakyat kelak. Usah berbalah, kuat-rapatkan jentara.

oleh : Zabidie Abbas
( http://amkj.blogspot.com )

Najib Altantuya guna pendatang asing selamatkan karier politik


EKSKLUSIF Suara Keadilan

Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan "membela" pendatang asing Rohingya dari Myanmar untuk digunakan sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan pada setiap pilihanraya di kawasan Parlimen Pekan Pahang.

Lebih 2,000 warga Myanmar disediakan dengan tanah untuk bercucuk tanam dan membina rumah banglo mewah, diberi elaun bulanan RM500 DAN taraf kerakyatan Malaysia supaya mereka mengundi Najib dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum 2008 dan pemilihan seterusnya. Keputusan untuk membawa masuk dan membela rakyat asing sebagai imbuhan untuk undi mereka dibuat selepas Najib hampir tewas mengejut pada pilihanraya umum 1999 tetapi hanya dilaksanakan beberapa ketika selepas itu.

Pada tahun 1999, Najib hanya menang hanya kira-kira 241 undi sahaja, setelah popularitinya menggelongsor teruk akibat dibelit pelbagai skandal dan dicantas oleh kalangan pemimpin kanan Umno sendiri. Susulan itu, perancangan dibuat untuk membawa masuk warga Myanmar yang kemudian diberi lampu hijau mendirikan penempatan di Kampung Baru Cenderawasih, Sungei Miang.

Lebih menggemparkan, pelarian yang fasih berbahasa loghat utara dikesan menerima taraf kerakyatan Malaysia akhir 2007, membolehkan mereka mengundi untuk Najib pada pilihanraya umum ke-12 Mac 2008. Pelarian berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Kedah oleh Barisan Nasional mulai 2003 bagi mengukuhkan kedudukan Najib di Pekan. Beliau telah memegang kerusi itu sejak 1976, selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak.

Suara Keadilan membuat pendedahan program membela pengundi dari kalangan pelarian asing ini apabila berjaya menyeludup masuk ke dalam Kampung Cenderawasih. Kampung itu dikawal ketat oleh seorang ketua daripada kalangan pelarian tersebut yang hanya dikenali sebagai "Jeneral".

Semua pelawat luar ke kampung itu mesti melalui pintu kawalan masuk dan mendapat kebenaran daripada "Jeneral" sebelum dibenarkan masuk.

Sumber memberitahu semua pendatang asing yang berkampung di situ amat patuh sekali kepada "Jeneral" dan tidak seorang pun daripada mereka dibenarkan berpindah daripada kawasan berkenaan.

Ini kerana mereka dikhuatiri akan ditangkap oleh pihak berkuasa dan tempat persembunyian mereka dibongkar kepada umum.

Suara Keadilan menemui sebidang kawasan tanah rata yang dianggarkan seluas lebih 200 ekar dengan deretan dua rumah panjang menempatkan kira-kira 200 keluarga pelarian.

Keadaan sesak di situ kelihatan tidak ubah seperti sebuah kem pelarian. Namun apabila ditinjau dari lebih dekat, didapati ratusan buah rumah sedang dalam pembinaan ataupun sudah siap untuk diduduki. ... seterusnya

27 August 2009

Kes Kartika - Hormati keputusan Mahkamah Syariah - PGSM

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) meminta semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.
Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip, berkata Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan dua sistem perundangan yang berjalan seiring dan harmoni sejak sekian lama, dan ia hendaklah dihormati, dikekalkan dan diperkasakan.
"Kami menyeru agar jangan ada tekanan dan gangguan daripada mana-mana pihak mengenai undang-undang dan pelaksanaan undang-undang syariah," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan beberapa pertubuhan Islam, di sini hari ini.

Kartika, 32, dijangka menjalani hukuman sebat selepas Hari Raya setelah ia ditangguhkan Isnin lalu oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus. Mahkamah menjatuhkan hukuman itu 20 Julai lalu selepas Kartika mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai, 2008.
Mohamad Isa berkata, sesiapa yang tiada kaitan dengan agama Islam hendaklah tidak mencampuri urusan agama Islam dan sepatutnya diuruskan oleh pihak yang berautoriti bagi agama Islam. - Bernama

Idris Jala jadi Menteri di JPM Najib Altantuya

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mas, Idris Jala telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi mengawasi pelaksanaan KPI yang dilancarkan najib baru-baru ini.
Idris akan melapur kepada Koh Tsu Koon

Aksi kejar-mengejar ala Hollywood di Ampang


AMPANG: Dua beradik ‘setan’ yang didakwa mengamalkan ilmu kebal Siam dengan memakai tatu di seluruh badan sebagai pendinding ketika melakukan rompakan, tidaklah segagah disangka apabila akhirnya bermandi darah selepas dibelasah orang ramai yang mengepung mereka, awal pagi semalam.

Kedua-dua penjenayah yang kerap melakukan samun dan rompakan bersenjata itu ditumpaskan dalam kejadian persis filem aksi Hollywood selepas dikejar lima kereta peronda polis dan enam kereta orang awam.Kejadian cemas hampir 30 minit itu berakhir apabila dua beradik itu yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dikepung kenderaan polis yang turut dibantu beberapa mangsa yang pernah dirompak penjenayah terbabit.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Juan, 49, berkata dia pernah dirompak kumpulan penjenayah sama ketika berjoging berhampiran Taman Putra di sini, Sabtu lalu.

“Dalam kejadian jam 8 pagi itu, saya langsung tidak menyedari diekori Proton Wira berwarna kelabu. Pemandu kereta terbabit tiba-tiba berhenti di sebelah saya sebelum seorang lelaki keluar lalu menerpa saya.


“Dalam kejadian jam 8 pagi, saya yang menaiki kereta mengekori kenderaan penjenayah terbabit yang dipercayai sedang mencari mangsa,” katanya.Menurutnya, keyakinannya bahawa kereta terbabit milik penjenayah bertambah kukuh apabila dia sempat melihat wajah kedua-dua lelaki itu yang sama dengan wajah suspek yang merompaknya.“Saya kemudian mengekori kenderaan penjenayah hampir 15 minit sebelum mereka menyedari diperhatikan lalu menghilangkan diri.
“Berikutan itu saya segera menghubungi Balai Polis Pandan Indah selain meminta bantuan beberapa pekerja ‘call man’ dan trak penunda supaya menjejaki kenderaan meraka,” katanya.Menurutnya, kenderaan penjenayah itu akhirnya dikesan berhampiran Pandan Mewah di sini, sebelum dikejar.

“Mereka yang panik kemudian bertindak ganas dengan melanggar beberapa kereta orang awam dalam usaha melarikan diri.“Lebih teruk apabila mereka memandu melawan arus jalan sebelum merempuh beberapa kenderaan dari arah bertentangan. Kejadian cemas itu berlaku hampir 30 minit,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kereta suspek yang dikejar lima kereta peronda polis dan lebih enam kereta pekerja trak tunda akhirnya tersekat berhampiran sebuah stesen minyak di Pandan Mewah.

Seorang saksi, Sulaiman Darus, 34, berkata melihat polis dan orang ramai mengepung sebuah kereta dinaiki dua lelaki. Menurutnya, penjenayah bagaimanapun enggan menyerah diri, sebaliknya bertindak agresif melanggar kereta orang awam di hadapan dan belakangnya.

“Beberapa anggota polis mengacu pistol ke arah penjenayah itu dan mengarahkan mereka menyerah diri.“

Tetapi amaran itu langsung tidak diendahkan penjenayah yang masih cuba menghidupkan enjin. Akibatnya polis terpaksa memecahkan cermin kereta apabila mendapati mereka semakin agresif,” katanya.

Katanya, anggota polis yang cuba menarik suspek keluar dari kereta menghadapi kesukaran apabila mereka terus melawan selain turut dilihat membawa parang panjang.

“Seorang pekerja trak tunda menyembur cecair pemedih mata ke arah penjenayah berkenaan yang masih enggan menyerah diri.Menurutnya, anggota polis yang cuba memberkas suspek menghadapi kesukaran apabila tangan dan tubuh penjenayah terbabit licin dipercayai disapu minyak.“

Akibatnya puluhan orang ramai yang geram dengan kedua-dua penjenayah itu memukul mereka sebelum digari polis.

“Penjenayah yang berlumuran darah itu dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan sebelum dihantar ke Balai Polis Pandan Indah,” katanya.

Sementara itu beberapa anggota polis yang melakukan siasatan terhadap kereta milik suspek menemui dua parang panjang, tukul besi, nombor kenderaan palsu dan pelbagai barang rompakan dalam but kenderaan mereka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan kedua-dua suspek lelaki yang dikehendaki polis berhubung puluhan kes pecah rumah dan rompakan bersenjatakan parang di daerah berkenaan.

Beliau yang memuji kecekapan anggota polis memberkas penjenayah berbahaya itu, berkata kedua-dua suspek sebelum ini kerap menjadikan orang ramai yang sedang berjoging pada awal pagi sebagai mangsa rompakan. - myMetro

Antara PAS dan UMNO Najib Altantuya - Zaid Ibrahim

OGOS 26 - Rasa gembira dan puas hati selepas berkempen di Permatang Pasir bertukar menjadi gelisah dan penuh kebimbangan. Dalam keadaan negara yang tak menentu di mana rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, api perkauman dimainkan oleh Umno dan media miliknya serta kes yang melibatkan kematian petugas Pakatan Rakyat, tiba-tiba YB Hassan Ali, Exco Selangor, mengeluarkan kenyataan pada hari membuang undi di Permatang Pasir bahawa orang-orang Islam yang didapati minum beer atau arak akan ditangkap oleh pegawai-pegawai Majlis dan Jabatan Agama yang akan diberi kuasa. Apa niat sebenar beliau? Nampak nya begitu yakin sekali ketua PAS ini dengan kekuatan mereka sekarang hinggakan sanggup mengambil risiko ini.

Saya kata risiko kerana tidak cukup dengan itu, Hassan Ali juga akan menangkap orang Islam yang berkerja di tempat minumam itu dijual atau ada kaitan secara langsung dengan penjualan itu. Mengikut laporan berita beliau menyatakan bahawa orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Nampaknya ini akan melibatkan pekerja Melayu dalam hotel, bar, pub dan mana-mana tempat yang menjual beer atau arak seperti kedai runcit, kedai 7-Eleven dan banyak lagi. Drebar lori yang kerjanya mengangkat minuman haram itu juga mungkin dikenakan tindakan. Mungkin juga pegawai kastam yang menilai cukai barangan itu juga dikenakan tindakan.

Kalau kita ikut lojik YB itu, semua pegawai Perbendaharan dan Kementerian Keawangan juga bersalah kerana membenarkan beer dan minuman yang dianggap haram dijual di Malaysia, kerana ia membolehkan orang Islam membelinya. Saya tidak tahu bagaimana penguatkuasaan arahan seperti itu akan dilaksanakan tanpa kerumitan yang besar.

Saya juga hairan mengapa Hassan Ali ghairah mahu menangkap orang dan tidak pula mencadangkan perkara yang lebih mudah dilaksanakan. Sepatutnya semua beer dan minumam keras diharamkan sahaja di seluruh Selangor, barulah ada keadilan sejagat. Bukan ikan bilis saja jadi sasaran, malah orang elit pun tidak boleh atau selindung di sebalik undang-undang. Nanti bila PAS mengambil alih Putrajaya, boleh lah pula diharamkan beer dan minuman keras di seluruh negara. Ini samalah seperti cara kerajaan mengharamkan dadah di negara ini. Inilah saja cara kita boleh memastikan orang Islam tidak dimalukan di khalayak ramai apabila didapati bersalah seperti keadaannya sekarang ini. Cara-cara yang lain hanya akan menyusahkan orang yang tak ada kena-mengena dengan perbuatan itu iaitu minum minuman keras.

Ketua Pemuda PAS pun tak kurang hebatnya kerana mendesak kerajaan supaya membatalkan konsert kumpulan pop Michael Learns To Rock yang akan diadakan di Genting tidak lama lagi. Saya tak faham apa tujuan bantahan itu dibuat. Saya juga tak pasti sama ada puluhan ribu umat Islam akan ke Genting, tempat perjudian antarabangsa yang diluluskan oleh kerajaan, untuk menonton konsert itu. Lagipun, kalau konsert itu tidak dibenarkan sekali pun, orang Islam yang berminat masih boleh menonton DVD kumpulan itu setiap hari. Kalau pun tak ada DVD pun, masih boleh download dari internet atau mendengar lagu-lagu kumpulan itu di radio dan TV. Jadi apa hasil dari perbuatan mengharamkan konsert itu?

Jangan lah ikut pemimpin BN/Umno yang membenarkan konsert tapi keranan penaja konsert itu syarikat minuman keras maka orang Islam tidak dibenarkan menonton. Kita sudah menjadi Negara “apartheid” sekarang ini. Beza nya kita guna agama untok memisahkan rakyat dan regim apartheid Afrika Selatan gunakan ras atau warna kulit . Jangan lah mengambil pendekatan mudah saperti BN dan Umno. PAS mestilah menunjukan keupayaan membuat keputusan mentadbir yang lebih harmonis, lembut dan mengambil kira semua aspek kehidupan. Kalau tidak rakyat yang lebih sederhana pemikiran dan amalan hidup mereka, dan dari golongan muda akan menganggap PAS parti yang eksterem. Ini akan menjejaskkan peluang PAS untuk memerintah Kerajaan Pusat. Mungkinkah PAS sekarang tidak berminat lagi untuk menang pilihan raya atau memerintah Kerajaan Pusat kerana lebih suka berjuang untuk mengharamkan itu dan ini daripada menggunakan hikmah dan kebijaksanaan sebagaimana yang diajar oleh tokoh-tokoh besar Islam?

Malah, dari peringkat tertinggi PAS pula, Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa mendesak kerajaan supaya mengekalkan hukuman rotan terhadap seorang wanita Islam yang didapati bersalah minum beer. Pemimpin PAS itu merasakan itulah cara terbaik untuk menunjukan amalan Islam kepada dunia.

Orang orang “kafir” di Barat yang mendalam ilmu “jurisprudence” hukum mereka, selalunya tidak mengenakan hukuman berat kepada orang yang melalukan kesalahan buat kali pertama, kecuali bila menerima hukuman mandatori. Mereka mengambil kira fakta lain dalam pertimbangan mereka bagi pesalah kali pertama, terutama bagi yang orang yang telah mengaku secara sukarela bahawa mereka bersalah. Dalam kes wanita Islam itu, dia telah pun mengaku salah dan menyesali perbuatannya. Setahu saya cerdik-pandai agama Islam juga banyak bercerita tentang firman-firman Allah yang menggalakkan kita supaya memaafkan orang yang sedar perbuatan salah mereka.

Dalam hal ini saya menganggap tindakan dan kenyataan Perdana Menteri supaya hukuman rotan ini digunakan sebagai langkah terakhir atau “last resort” adalah wajar dan berpatutan. Ingatlah Islam bukan agama birokrasi; ia penuh hikmah dan kebijaksanaan. Kalau tidak masakan tamadun Islam begitu gemilang dan dihormati dunia pada suatu masa dahulu. Jadi saya harap Mahkamah Syariah di Pahang tak payahlah tunggu pesalah membuat rayuan; mereka ada kuasa untuk menyemak dan mengkaji semula keputusan mereka, sama seperti mahkamah-mahkamah lain di dunia ini.

Saya juga berharap bahawa rakan-rakan PAS saya dalam Pakatan Rakyat supaya memikirkan semula perkara ini. Jika benar kita berjuang untuk menegakkan keadilan, perkara paling utama yang mesti kita perangi habis-habisan adalah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa serta perbuatan mengapi-apikan sentimen kaum dan agama. Semua ini boleh menghancurkan masyarakat. Pengalaman menunjukan bahawa ada kerajaan Islam di luar negara hari ini yang ghairah nak tangkap dan sebat orang Islam masih bergelumang dengan najis rasuah dan penyelewengan. Banyak pula anak muda mereka terjebak dengan dadah, dan mengandung tanpa bapa.. Banyak lagi perkara yang Pemuda PAS boleh memberi perhatian yang hasilnya tentu lebih memberi manfaat kapada orang Islam. Imej Islam yang macam mana kita mahu mempamerkan?

26 August 2009

Harun Taib penghalang kerajaan baru Terengganu?

KUALA LUMPUR — Benarkah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib menjadi penghalang pembentukan kerajaan baru di negeri itu?

Sekurang-kurangnya inilah khabar angin yang bertiup kencang sekarang terutama di kalangan ADUN Umno yang bercadang untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR di negeri itu.

Sembilan ADUN Umno yang diketuai oleh Rosol Wahid dikatakan telah bersetuju untuk menyertai PKR. Mereka dikatakan akan bergabung dengan lapan ADUN PAS dan membolehkan mereka membentuk kerajaan baru di Terengganu.

Tetapi, hasrat ini terganggu apabila Harun yang juga Ketua Dewan Ulama PAS itu tidak bersetuju dengan rancangan itu kerana beliau dikatakan lebih senang bekerjasama dengan Menteri Besar yang ada, Datuk Ahmad Said.

Sebelas ADUN dan seorang wakil ADUN Umno telah mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Kemaman selepas pilihan raya kecil Manek Urai selesai.

Dalam pertemuan itu, kata sepakat telah dicapai untuk membentuk kerajaan baru di Terengganu dengan cara kesemua mereka akan menyertai PKR.

Langkah ini diambil berikutan perpecahan yang berlaku dalam Umno dan 12 dari ADUNnya tidak berpuashati dengan Ahmad.

Terengganu mempunyai 32 ADUN. Umno mempunyai 24, manakala PAS mempunyai lapan. Namun, di kalangan 24 ADUN Umno itu pula berpecah kepada dua kumpulan. 12 bersama Ahmad dan 12 lagi menentang.

Dalam sidang DUN yang lalu, 10 dari mereka telah memboikot sidang itu dengan alasan pejabat MB menghantar mesej mengugut mereka.

Namun, hasil siasatan polis didapati semuanya dimanipulasi oleh bekas setiuasaha politik Datuk Seri Idris Jusoh semasa beliau menjadi MB dahulu iaitu Datuk Ramzi. Kini Ramzi telah didakwa di mahkamah dan sedang menunggu perbicaraan.

Perpecahan dalam Umno Terengganu bermula sebaik sahaja selesai pilihan raya umum ke 12 tahun lalu apabila Idris tidak diperkenan oleh Istana Terengganu untuk menjadi Menteri Besar.

Ekoran itu, Ahmad telah dilantik. Ahmad pula telah mengenepikan semua penyokong Idris dan melantik mereka yang boleh bekerjasama dengan beliau dalam barisan exconya.

"Saya difahamkan, Harun Taib jadi faktor penghalang gabungan ini," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Menurut rancangannya, ADUN Umno yang menyertai PKR itu akan bergabung dengan PAS dan membawa undi tidak percaya dalam sidang DUN.

Apabila menguasai kerajaan mereka bercadang untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dan mendapatkan mandat baru dari rakyat.

Sebuah akhbar politik mingguan, Siasah, juga telah melaporkan perkara ini sebelum ini.

Pada 20 Ogos lalu, Ahmad dikatakan telah membuat keputusan untuk membubarkan DUN Terengganu sebelum beliau dijatuhkan.

Namun, menurut sumber itu, apabila Harun tidak bersetuju untuk membentuk kerajaan dengan PKR kerana bagi beliau, hubungan dengan Ahmad lebih baik untuk PAS, Ahmad tidak jadi membubarkan DUN itu.

Hubungan Harun dengan Ahmad mula tersebar apabila Ahmad ke rumah Harun dan membeli dua ekor kambing dari beliau. Penganalisis politik percaya hubungan itu bukan setakat jualbeli kambing sahaja tetapi lebih dari itu.

Namun begitu, menurut sumber lain, cerita Harun tidak bersetuju dengan rancangan kerjasama dengan bekas Umno yang mahu menyertai PKR ini tidak lojik.

Ini kerana, PAS Terengganu pimpinan beliau pada dasarnya setuju dengan rancangan untuk mengadakan pilihan raya semula di Terengganu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu taklimatnya kepada satu kawasan PAS di Terengganu meminta ahli PAS bersedia untuk menghadapi pilihan raya semula di Terengganu.

Beliau menjangkakan, besar kemungkinan DUN Terengganu akan dibubarkan untuk membolehkan satu mandat baru rakyat di perolehi. - TMI

ADUN Lunas dilucut jawatan Exco

ADUN Lunas Mohd Radzhi Salleh, yang mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas sehari sebelum PRK Permatang Pasir hari ini telah digugurkan dari jawatan Exco oleh Sultan Kedah.
Radzhi, Exco Pelancungan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia berhasrat untuk mengekalkan jawatan Ecxo tersebut ketika mengumumkan keluar parti pada Isnin lalu.
PKR meminta Radzhi meletak jawatan kerana bertanding menggunakan tiket parti itu dalam pilihan raya umum lalu

Skandal PKFZ - Dilema besar bagi Najib Altantuya

KUALA LUMPUR, Aug 26 — A deepening financial scandal at a multibillion-dollar port development project is offering a behind-the-scenes look into the close ties between business and politics in Malaysia.

The mudslinging between senior politicians in the ruling coalition over the fiasco at the Port Klang Free Zone (PKFZ) is also giving Malaysians front-row seats to the strife besetting the Barisan Nasional (BN) government since it lost its two-thirds parliamentary majority in last year's general election.

“This whole thing is giving the opposition the ammunition to attack the government,” said a minister from Umno.

Like several other ruling-party politicians, this minister said the scandal — which has forced the government to bail out the project and stand by borrowings estimated to be in excess of RM10 billion — presents a major dilemma for Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Unless the public spat is settled quickly and parties behind the huge losses at the scandal-ridden port project are held responsible for criminal negligence, Datuk Seri Najib's bid to revive his BN government's appeal with Malaysians is likely to face a major setback, government politicians said.

While financial bailouts, such as the rescues of scandal-tainted state-owned Bank Bumiputra and tottering steelmaker Perwaja Terengganu, were common during the 22-year rule of former premier Mahathir Mohamad, analysts say the scandal at the port comes at a time when the Malaysian public is growing intolerant of such abuse.

“I think the government needs to show that there will be no cover-up because the amounts here are huge. In these tough economic times, public anger will only be on the rise,” said the Umno minister, who asked not to be named.

It will not be easy, however, to investigate the PKFZ thoroughly, argue political analysts, because key protagonists in the row are major powerbrokers in the BN government.

Datuk Seri Tiong King Sing, a senior politician Sarawak, is the majority shareholder of Kuala Dimensi, the private company that built the port project after selling the land for the construction site to the government for a huge profit.

Shortly after Kuala Dimensi was singled out in a special audit report for billing discrepancies of close to RM1 billion, Tiong hit back with allegations that his company had provided the use of a luxury jet and donated RM10 million in political funding to Transport Minister Ong Tee Keat, who has been spearheading the probe into the financial shenanigans at PKFZ.

Datuk Seri Ong, who is president of the Malaysian Chinese Association (MCA), the ruling coalition's second- most senior party, has sued Tiong and insists that he did nothing wrong. But the allegations have nevertheless hurt his standing in the MCA, where he does not enjoy widespread support and is fighting a potential challenge from his deputy Chua Soi Lek.

In an apparent bid to distance the party from Ong's troubles, MCA treasurer Tee Hock Seng has said the party did not receive any funds from Tiong. He added that MCA “party leaders are not encouraged to accept donations in their personal capacity and all donations to the party must be made directly”.

The free-trade zone project began as a joint venture between the Port Klang Authority and the promoters of the Jebel Ali Free Trade Zone in 1999 to attract foreign investments to the port.
The land from the project belonged to Kuala Dimensi, which acquired the property in the 1990s for RM96 million, or roughly RM3 per sq ft.

The land was subsequently sold to the Port Klang Authority in 2002 on a commercial basis, for RM1 billion, or roughly RM25 per sq ft, government documents show.

The port authority later awarded Kuala Dimensi sole rights to develop the free-trade zone, which has been hit by cost overruns and mismanagement. — The Straits Times

25 August 2009

PRK Pmtg Pasir - Keputusan rasmi - Pas menang

Keputusan rasmi PRK Permatang Pasir

PAS : 9,618
BN: 5,067
Majoriti : 4,551

Sekitar PRK Pmtg Pasir - Gambar 2

Antara pengundi sedang menunggu kenderaan untuk ke tempat pembuangan undi

Kakitangan SPR membantu OKU ketempat mengundi

Merayu undi disaat-saat akhir

Penutup mulut dan hidung "PAS"

Muslimat PAS

Pusat pembuangan undi - Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir

Shafie Afdal melawat markas BN

Kerusi roda disediakan oleh SPR untuk OKU

Sedikit kekecohan berlaku antara penyokong kedua parti

Cuba meleraikan keadaan yang semakin panas


Polis mententeramkan keadan


Peyokong pas dengan ikat kepada Parti Islam Semalaysia PAS
Pa Pak Cik ni naik kuda datang mengundi - jimat petrol

Angota Unit Amal mengawal lalulintas

"Jentera" BN
"Jentera" BN N11

Sekitar PRK Permatang Pasir - Gambar

Unit pengiring PAS N11 Permatang Pasir

Calon PAS Ustaz Mohd Salleh Man melawat Pusat Pembuangan Undi di Sek Keb
Bukit Indera Muda
Berehat, mungkin letih berpuasa ... jam hampir 1.00 tgahri
Antara Muslimat PAS
Para penyokong PAS


Polis masih berkawal setelah berlaku kekecohan antara penyokong PAS dan BN sebentar tadi di UPU Penanti

Pondok SPR -
Antara tempat pembuangan undi - Sek Keb Seri Penanti, Penanti


Antara perayu undi PAS -

Lain-lain gambar menyusul sebentar lagi

24 August 2009

PRK Pmtg Pasir: GEMPAQ - SPR "bantai" KJ kes pengundi hantu Najib Altantuya


By Syed Jaymal Zahiid

PERMATANG PASIR, Aug 24 – Elections Commission chairman Tan Sri Abdul Aziz Yusof today rubbished claims made by Umno Youth chief Khairy Jamaluddin that PAS has planted some 3,000 phantom voters here.

He also revealed that Umno had only highlighted 14 names and not 3,000 as claimed by the Umno Youth chief.

He said after a thorough investigation, there was no basis to Khairy’s claims, saying that those accused of being phantom voters were actually locals who had registered prior to the Electoral Act Amendment in 2002.

Under the new Act, voters registering from 2002 onwards will have their names registered according to their identification cards whereas those registering prior to the amendment need not do so.

Khairy claimed that there were many Malay voters who were registered with different addresses, in particular Chinese-dominated areas, and claimed that they were phantom voters planted by PAS.

Abdul Aziz, however, said these voters are those who registered prior to the amendment so the addresses as listed on the Permatang Pasir electoral roll might not reflect their true addresses.

The EC chairman also shrugged off claims made by Khairy that there are “agents” in the electoral authority acting on behalf of Pakatan Rakyat.

“Show me the names, their details. I am interested in finding out as well but so far, no names have been given,” said Abdul Aziz.

He added that the EC has conducted thorough filtering to ensure that the Permatang Pasir vote would be a transparent one.

“We take months to prepare this, not just one or two days,” said Abdul Aziz. - TMI

PRK Pmtg Pasir: Hasil kajian - 64% kata PAS menang


PERMATANG PASIR, Ogos 24 — Kajian lapangan yang dibuat oleh sebuah firma kajiselidik mendapati, 64 peratus penduduk Permatang Pasir menjangka PAS akan menang dalam pilihanraya ini.

Hanya 20 peratus sahaja yang tidak bersetuju dan masih meletakkan harapan kepada Barisan Nasional, manakala 16 peratus lagi tidak dapat menjangkakan parti mana yang akan menang.
Kajian ini dibuat oleh Ilham Centre, sebuah firma penyelidikan lapangan bebas.

Ia berdasarkan temubual yang dibuat terhadap 200 pengundi berdaftar dan penduduk di Permatang Pasir dipilih menerusi kaedah pemilihan berstruktur dan ditemubual di samping pemerhatian secara terus dan penglibatan di lapangan.

79 peratus respondan mereka adalah pengundi Melayu, 12 peratus (25 orang) Cina dan 9 peratus (17 orang) India.

Kawasan kajian adalah sekitar DUN Permatang Pasir yang melibatkan kawasan bandar dan luar bandar di sembilan buah UPU (Sama Gagah, Permatang Ara, Permatang Pauh, Bukit Indera Muda, Kg. Pelet, Kubang Semang, Tanah Liat Mukim 8, Kampung Cross-Street 2 dan Permatang Tengah)•

Temubual dan observasi ini dijalankan dari 18 hingga 21 Ogos 2009 lalu.

Kajian ini dilaksanakan bagi melihat kecenderungan dan trend pengundian terhadap jangkaan kemenangan di antara parti yang bertanding, populariti calon, dan isu-isu sama ada isu tempatan mahupun nasional yang menjadi kemungkinan mendapat tumpuan dan mempengaruhi pengundi di kawasan ini.

Menurut kajian itu, rekod bekas Adunnya, Datuk Hamdan Abdul Rahman memberi kelebihan pada PAS manakala calon pilihan BN pula sangat bermasalah.

Sebilangan besar responden iaitu sebanyak 69 peratus menyatakan rekod dan kredibiliti Hamdan sangat memberikan kelebihan kepada PAS.

Ini berdasarkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Adun menunjukkan suatu reputasi kepimpinan dan prestasi yang sangat memberangsangkan sehingga membentuk satu legasi yang sukar dicari ganti.

Hanya 18 peratus sahaja responden yang tidak bersetuju dan 13 peratus selebihnya menyatakan tidak pasti.

Bagi calon Barisan Nasional, kajian dijalankan setelah calon Rohaizat Othman diumumkan sebagai calon setelah menyingkirkan empat orang calon yang lain.


Mereka adalah Timbalan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Nasir Abdullah, Naib Ketua Bahagian, Rahim Man, Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh yang dikenali sebagai Cikgu Zaidi dan seorang lagi Abdul Aziz Sheikh Ahmad, Ajk Bahagian Permatang Pauh. Namun begitu, setelah kaji selidik dilaksanakan, ia menunjukkan bahawa 53 peratus responden menyatakan calon pilihan BN sangat bermasalah kerana rata-rata pengundi percaya bahawa Rohaizat tidak berintegriti kerana terlibat dalam isu penarikan sijil guaman sehingga terlucutnya kelayakan dan isu peribadi beliau yang dikatakan beristeri dua.

Hanya 36 peratus responden menyatakan ia bersih dan 11 peratus sahaja yang tidak pasti.

Kajian ini juga menunjukkan, dalam pilihan raya kecil pertembungan melibatkan kekuatan parti lebih dominan daripada kekuatan calon.

107 responden mencatatkan 53 peratus memilih kekuatan parti berbanding kekuatan calon yang hanya 32 peratus. Baki selebihnya iaitu 15 peratus memilih jawapan tidak pasti.

Kajian ini juga mendapati, isu calon BN yang bermasalah menenggelamkan isu nasional/parti.
Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh 15 penyelidik yang bertugas, para responden lebih responsif untuk memberikan pandangan berhubung dengan isu calon BN yang sangat bermasalah.

Isu peribadi yang dikaitkan dengan Rohaizat menyebabkan kepercayaan kepada beliau semakin merosot dan kredibiliti Umno-BN semakin dipertikaikan walaupun dikatakan pelbagai ‘durian runtuh’, peruntukkan yang turun dan strategi kempen yang digunapakai oleh BN akan membantu kemenangan parti itu.

Mengikut catatan kepada soalan “adakah isu-isu nasional/parti akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil kali ini?”, hanya 17 peratus tidak berpuas hati dengan tindakan DAP hina Islam, 15 peratus menyatakan bahawa Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa, 16 peratus menyatakan bahawa tindakan Nik Aziz melabelkan Umno tidak masuk syurga adalah tidak wajar.

38 peratus respondan menyatakan bahawa calon BN sangat bermasalah, 6 peratus percaya kebarangkalian Hj. Salleh Man, calon PAS terlibat dengan isu penyelewengan dan hanya 8 peratus yang menyatakan kegagalan menyelesaikan isu PPSMI menunjukkan kegagalan kerajaan.

Menurut kajian ini, kesimpulan yang boleh dibuat adalah pengundi Permatang Pasir lebih cenderung menyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) manakala Barisan Nasional (BN) menghadapi saingan yang sukar dan amat sengit untuk merampas kerusi N11 DUN Permatang Pasir ini. - TMI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive