31 January 2010

MP "raba-raba" jadi broker lompat parti : DSAI

BN Guna Taktik Baru Umpan Wakil PR

Barisan Nasional menggunakan taktik baru untuk memancing ahli parlimen pakatan rakyat meninggalkan parti masing-masing.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, datuk seri Anwar Ibrahim berkata, wakil Barisan Nasional kini menggalakkan ahli-ahli PKR yang dipercayai tidak puas hati dengan beberapa isu dalam parti supaya menyertai parti ketiga.

Beliau menamakan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat dr jamaluddin jarjis sebagai orang tengah atau broker memancing bekas timbalan ketua Keadilan Pahang, Azan Ismail supaya menyertai Parti Cinta Malaysia atau PCM.

Pada masa yang sama wakil PCM juga cuba memujuk ahli parlimen Keadilan Balik Pulau Yusmadi Yusuf supaya menyertai parti baru itu.

Azan Ismail yang juga ahli parlimen PKR bagi kerusi Indera Mahkota mengumumkan peletakan jawatan sebagai timbalan ketua PKR Pahang kerana berseliseh pendapat dengan kepemimpinan negeri.

Anwar percaya barisan nasional berusaha memujuk wakil-wakil rakyat PKR dan mungkin parti kerabat Pakatan Rakyat bagi meninggalkan parti masing-masing sebelum sambutan Tahun Baru Cina dua minggu lagi. - TVSel

Tuduhan liwat DSAI perlu digugur : Amnesty International

KUALA LUMPUR: Pemantau hak asasi global Amnesty International mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Najib Razak menggugurkan pertuduhan jenayah liwat, yang didorong oleh niat jahat politik, terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

“Pihak berkuasa Malaysia pernah menggunakan taktik yang sama dalam usaha untuk menyingkir Anwar dari politik. Pihak kehakiman di Malaysia sepatutnya membuang tuduhan-tuduhan ini,” kata Sam Zarifi, pengarah Asia Pasifik Amnesty International, dalam satu kenyataan yang diperolehi Harakahdaily semalam.
Anwar, bekas timbalan perdana menteri, sedang menghadapi tuduhan liwat babak kedua di mana beliau mengaku tidak bersalah. Ikon reformasi berusia 61 tahun itu menyalahkan Najib kerana memalsukan bukti dalam usaha untuk membunuh kebangkitan semula karier politiknya.

Berikutan dari kritikan awam beliau terhadap perdana menteri pada ketika itu, Dr Mahathir Mohamad dalam tahun 1998, Anwar ditahan dan dihukum atas dakwaan rasuah dan liwat. Beliau menghabiskan masa selama enam tahun dalam tahanan persendirian sebelum pendakwaan ditarik balik dan dibebaskan dari penjara.

Perbicaraan baru beliau – di mana pihak media melabel sebagai Sodomi II – kini ditetapkan bermula 2 Februari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kes ini merupakan kali kedua setelah 12 tahun kerajaan Umno-BN membawa tuduhan ini terhadap bekas timbalan perdana menteri itu, kini Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat atau KEADILAN.

Melanggar piawaian perbicaraan yang adil, definasi oleh Bangsa-Bangsa Bersatu Jumaat lalu, beliau gagal mendapatkan bukti-bukti kerajaan terhadap beliau. Kalangan pakar undang-undang telah membidas keputusan mahkamah persekutuan kerana mengenepikan Kod Kanun Keseksaan di mana ahli-ahli parlimen telah memasukkan syarat-syarat supaya pasukan pembelaan mempunyai akses ke atas senjata yang sama yang dimiliki oleh pihak pendakwaan. [seterusnya]

AdukaTaruna bersama isteri (gambar perkahwinan)


AdukaTaruna bersama isteri

SEREMBAN 30 Jan. – Majlis perkahwinan penulis blog adukataruna. blogpsot. com. my yang baru dibebaskan dengan ikat jamin selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam, berjalan lancar dan meriah di kediamannya di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini, hari ini.

Khairulnizam Abd. Ghani, 29, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina institusi kesultanan Johor.Tinjauan Mingguan Malaysia di rumah Khairulnizam mendapati majlis perkahwinannya itu berlangsung dengan penuh ceria tanpa sebarang gangguan serta dikunjungi oleh saudara mara serta sahabat handai.

Seorang ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, majlis itu bermula dari pukul 11.30 hingga 6 petang hari ini.“Majlis hari ini berjalan lancar dan ceria tanpa sebarang gangguan, ramai sanak saudara, jiran dan sahabat yang datang untuk meraikan kedua-dua pengantin.

“Tetapi kita tak mahu komen apa-apa lagi kerana ia akan mengganggu emosi keluarga kami termasuk ibu bapa. Apa pun kami bersyukur setelah dia dibenarkan diikat jamin kira-kira pukul 7.00 petang semalam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya lagi, kedua-dua pengantin serta ibu bapa mereka enggan bertemu wartawan dan enggan mengulas sebarang kenyataan kerana sebuah akhbar perdana negara telah membuat laporan yang tidak tepat mengenai Khairulnizam.

“Kita bukan apa, sebab sebelum ini sebuah akhbar perdana buat laporan yang tidak tepat dan mungkin abang (Khairulnizam) akan ambil tindakan.“Contohnya, akhbar itu ada mengatakan yang abang menyembunyikan diri padahal itu tidak benar sama sekali,” ujarnya. - Utusan

Bila nawaitu Wakil Rakyat bukan untuk membela rakyat ...


Namanya pun Wakil Rakyat ... dan naik pun kerana rakyat ... jadi yang perlu diutamakan adalah rakyat yang menaikkan nya BUKAN poket sendiri ...

Tapi kebanyakkan wakil rakyat ni lebih mengutamakan poket sendiri dulu sebelum rakyat ... Ini lah yang terjadi kepada Bekas Pengerusi PKR Negeri (Pulau Pinang) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru, yang dikatakan berura-ura untuk melompat parti bersama beberapa lagi wakil rakyat Pakatan kedalam UMNO.

Zahrain dikatakan kecewa sangat selepas Ketua Menteri LGE menolak cadangan dari sebuah syarikat yang ingin menguruskan Kelab Golf Bukit Jambul. Tidak pula disebutkan apa hubungan Zahrain dengan syarikat ini.

Tapi kalau tak ada apa-apa hubungan masakan Zahrain begitu marah pada LGE sehingga menggelarkan nya (LGE) sebagai seorang Diktator, cauvanis dan berpikiran komunis.

Ini lah sikap kebanyakan wakil-wakil rakyat kita sekarang ni. Poket sendiri yang diutamakan bukanya rakyat. Bila poket sendiri tak dapat dipenuhkan, parti dan rakyat yang jadi mangsa.

Sampai bila akan jadi begini? ....

7 - 10 Ahli Parlimen PKR akan sertai UMNO?

Oleh G. Manimaran

PULAU PINANG, Jan 31 – Desas-desus sekumpulan tujuh hingga 10 ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menyertai Barisan Nasional (BN) dipercayai ada kaitan dengan langkah parti itu mula menilai prestasi wakil rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Mereka didakwa kemungkinan bimbang tidak akan dipilih semula sebagai calon, sekali gus mencari saluran lain – menyertai parti lain.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh tidak menolak kemungkinan tersebut tetapi menekankan parti mengambil langkah penilaian untuk memperbaiki prestasi, bukannya menghukum mereka.

“Saya khuatir mereka membuat penilaian sendiri dan bimbang akan terkeluar daripada senarai calon lagi ... tapi kita ambil langkah penilaian untuk mencapai tahap yang dikehendaki pengundi,” kata beliau.

“Apa yang kami (pucuk kepimpinan parti) hendak lakukan ialah membantu mereka untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

“Oleh kerana mereka mungkin merasakan mereka tidak akan terpilih lagi, mereka mula pertimbangkan opsyen-opsyen lain... ini kemungkinan satu daripadanya,” kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Fuziah memberitahu pendekatan menilai wakil-wakil rakyat dimulakan sejak sebulan yang lalu.
Penilaian ini menyentuh aspek prestasi wakil rakyat PKR di Parlimen, mendampingi pengundi dan keberkesanan pusat khidmat.

Semalam, Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman mengakui tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu menunjukkan ‘hasrat’ untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Antara ahli Parlimen yang disebut-sebut akan meninggalkan PKR ialah bekas ketua PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

Kini PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau).

Bagaimanapun Zahrain gagal dihubungi sejak kelmarin untuk mendapatkan pengesahan.

Mansor enggan menyatakan sama ada mereka kesemua dari Pulau Pinang ataupun termasuk ahli Parlimen PKR dari negeri-negeri yang lain.
Difahamkan angka itu mungkin mencecah tujuh hingga 10 orang, membabitkan negeri Selangor dan Kedah – yang boleh membantu BN kembali memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Ketika ditanya adakah kemungkinan tujuh hingga lapan orang Ahli Parlimen berkenaan akan keluar PKR kerana penilaian prestasi, Fuziah berkata, “ya kemungkinan tetapi kami mahukan mereka memperbaiki prestasi mereka.”

Sambil merujuk kepada kes Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, Fuziah berkata, wakil rakyat berkenaan keluar PKR apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merujuk kes prestasinya kepada parti.

“Isu ini hampir sama... mereka melihat dari sudut mereka sahaja,” katanya.

Akhir tahun lalu Khalid mengusulkan kepada pucuk pimpinan PKR supaya Adun itu meletak jawatan.

Usul itu dibuat setelah Badrul gagal membela penduduk Pelabuhan Kelang, malah enggan membuka pusat khidmatnya. - TMI

Royalti Minyak Kelantan - Ku Li Cipta Lembaran Baru


Peristiwa Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Minyak di Stadium Sultan Muhammad IV anjuran GEGAR pada 28 Januari 2010 lepas sekali lagi menyaksikan rentak politik Kelantan melonjak dan panas. Ia berlaku ekoran penampilan Tengku Razaleigh (Ku Li) dikhalayak hadirin yang menjangkau puluhan ribu (lebih 40 ribu) orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, kaum dan partisan. Sekaligus mengesahkan martabat isu tuntutan hak wang royalti minyak daripada Petronas oleh Kerajaan Negeri Kelantan adalah isu penting untuk seluruh rakyat Kelantan yang sudah mengerunkan pemimpin BN.

Dua malam sebelum itu (26 Januari), Datuk Mustapa Mohamad, selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan mengatur langkah pre-ampt dengan mengadakan taklimat wang ehsan di Hotel Renaissance Kota Bharu. dalam taklimatnya, dirumuskan bahawa penyaluran wang ehsan adalah betul dan berteraskan prinsip Kerajaan Pusat sedia membantu rakyat Kelantan. Namun, kehadiran yang terhad sekadar memenuhi ballroom tidak cukup bertenaga untuk spinning prinsip yang tidak tepat dengan selera rakyat Kelantan.

Meskipun media pengampu sedia memasukkan siaran taklimat itu dalam berita waktu perdana, tetapi kehadiran Datuk Ibrahim Ali yang menyerang habis-habisan peribadi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan telah memberi impak songsang kepada rasionaliti majlis taklimat itu. Hakikatnya, batang tubuh Ibrahim Ali telah memperbodohkan kesarjanaan Mustapa dan kedoktorat Datuk Awang Adek. Maka, wajar sekali sindiran Datuk Husam Musa kepada soalan wartawan semasa sidang media selepas mesyuarat EXCO (27 Januari). Menurut Husam, "ingatkan Mustapa dan Awang Adek itu pandai, kononnya Ibrahim Ali lebih pandai, kerana dok pakai 'buah' Ibrahim."

Nyata sekali, pre-ampt Umno Kelantan boleh diketepikan begitu sahaja oleh khalayak Kelantan. Lantaran kehadiran Ku Li adalah jawapan objektif yang bernilai positivisme, tak perlu dipertikaikan kebenarannya. Ia diperkukuhkan lagi oleh latar belakang penganjurnya bukan PAS mahupun Kerajaan Negeri, tetapi GEGAR sebuah NGO yang menghimpunkan pimpinan masyarakat yang bersetuju secara kohesif memperjuangkan tuntutan hak royalti minyak rakyat Kelantan.

Sebenarnya, kehadiran Ku Li pada malam itu telah mencipta lembaran sejarah baru kepada rakyat Kelantan. Ia suatu sejarah kerana buat julung kali menjelang 20 tahun pentadbiran PAS di Kelantan telah menyaksikan pentas aspirasi rakyat Kelantan digumandangkan dengan suara lunak pemimpin Umno bersikap songsang dengan pendirian partinya sendiri. Pendirian itu adalah berkenaan dengan isu hak tuntutan wang royalti minyak yang menyebelahi rakyat dan misi Kerajaan Negeri dipimpin PAS.

Turut tercipta sejarah, kehadiran Ku Li pada malam itu juga memberitahu kepada khalayak rakyat Kelantan, bahawa beliau bukan keseorangan di dalam menyatakan objektiviti perjuangan rakyat, malah bersama NGO serta di belakangnya sedia berdiri penyokong Umno dan pemimpin Umno. Kerana pada malam itu, kelihatan Tamrin Ghafar (Umno Melaka) turut mengiringi Ku Li berada di pentas utama.

Segala-galanya cukup membuktikan sikap simpati kepada rakyat Kelantan turut dizahirkan oleh pemimpin Umno yang lain, maka Ku Li tidak keseorangan. Sewajarnya, penyokong Umno sendiri turut merakamkan terima kasih kepada Ku Li kerana menceritakan kebenaran atas isu dan fakta sejarah penubuhan Petronas. Ia telah memberi kefahaman betapa perjanjian Petronas yang memberikan hak untuk Kerajaan Negeri menikmati wang tunai royalti minyak sebanyak lima peratus. Malah, paling penting Ku Li telah menerangkan dengan jelas nilai "political will" yang dikongsi sama kalangan negeri-negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak bersama-sama Kelantan yang merupakan negeri pengeluar minyak.

Ternyata pidato Ku Li yang mengambil masa kira-kira 40 minit itu telah menjawab pembohongan Umno kepada rakyat Kelantan, termasuk penyokong Umno sendiri. Selama ini, mereka telah terpaku dengan pembohongan demi pembohongan dalam semua isu yang melibatkan hubungan antara Pusat dengan Negeri.

Tepat sekali dengan madah Dr. Abu Hassan Hasbullah, pensyarah Universii Malaya selaku pengerusi majlis pada malam itu yang menobatkan Ku Li sebagai pejuang rakyat sebenar sedia mengambil langkah harmoni demi bumi pertiwi Kelantan. Langkah Ku Li itu juga adalah sebenarnya berbeza dengan Mustapa. Lalu memaksa Datuk Seri Mohd Najib sendiri yang terpaksa respon atas penglibatan Ku Li iyang dikatakan bernilai discredit kepada Umno dan Kerajaan BN. Umno dikatakan akan meneliti pidato Ku Li pada malam itu dan mungkin mengambil tindakan disiplin ke atas Ku Li.

Jika demikian keputusan Mohd Najib, maka tunggulah Ku Li pasti akan terus segar di pentas rakyat Kelantan. Suatu catatan sejarah politik baru sekali lagi bakal berulang mengalun rentak dan political mood rakyat Kelantan menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. Tindakan politik Ku Li itu secara sah, makin menebalkan lagi persepsi terkini, betapa Umno sebuah parti yang gagal membela kepentingan rakyat. Dan ayat-ayat doa tok guru sedang dimakbulkan Allah. - GreenCresent

30 January 2010

Wanita ditembak polis tanpa sebab?

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.


Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.


Dipaksa untuk membuat pengakuan [di sini]

29 January 2010

Hasil didikan kerajaan UMNO BN 1Malaysia : "Jangan Pakai Seluar Dalam" di Hari Valentine

Aku macam tak percaya bila terbaca lapuran dalam The Star sebentar tadi ...
Apakah dunia kini sudah keahir zaman? Dunia moden?
Atau dunia kembal ke zaman batu yang mana manusia bertelanjang?
Ini lah antara kejayaan didikan dari kerjaan BN, kerajaan 1Malaysia.
Sebagai menunjukan tanda kasih sayang kepada kekasih masing-masing (konon) pelajar-pelajar perempuan di pusat pengajian tinggi kini dicadangkan agar TIDAK MEMAKAI SELUAR DALAM pada hari sambutan Valentina nanti (14 Feb) .... Masyaallah ... Kerja gila ....Untuk apa semua itu? Untuk senang melakukan maksiat? ... Apa sudah jadi dengan MALAYSIA ...
Ini baru Jangan Pakai Seluar Dalam .... apakah nanti akan ada arahan-arahan agar BERBOGEL tanpa seurat benang pada hari tersebut? ..... Pening kepala memilkirkan nya ...
Bare your love this Valentine’s Day, female students urged

SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.

The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.
“We will know how many by Valentine’s evening.”

State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:

“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.” - The Star

Kelantan berhak 5% Royalti : Ku Li

Gambar oleh Topeng Perak @ Unmasked

Oleh Mohd Zuharmann
KOTA BARU, Jan 29 — Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan mengenai pertikaian wang royalti di sini malam tadi mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Kelantan berhak menerima royalti petroleum lima peratus sebagaimana termaktub dalam perjanjian.

Kata beliau rakyat Kelantan berhak kepada bayaran royalti berdasarkan perjanjian yang termaktub di bawah akta pembangunan petroleum yang digubal 1974.

Justeru kata Tengku Razaleigh, perjanjian dengan kerajaan pusat adalah sah dan tidak pernah terbatal di sisi undang-undang.

“Jika benar adanya minyak di perairan pantai Kelantan, dan wujud hasil pengeluarannya maka Kelantan berhak kepada tuntutan royalti sebanyak lima peratus,” kata beliau dengan disambut laungan takbir.

Kerajaan Kelantan membuat tuntutan royalti minyak tahun lalu ekoran statistik dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5 peratus hasil galian petroleum.

Pada sidang media, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga anggota Kabinet persekutuan, sebagai pengampu manakala Utusan pula akhbar dongeng.

“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” kata beliau diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa kerajaan pusat hanya akan bayar wang ihsan kepada kerajaan negeri.

Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan, wang ihsan bukan royalti”.

Orang ramai membanjiri ruang stadium mendengar penerangan daripada Ku Li berhubung isu tuntutan royalti minyak Kelantan.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ihsan.

Menurut Tengku Razaleigh kali terakhir beliau tampil di hadapan himpunan puluhan ribu rakyat di stadium yang sama ini adalah kira-kira 15 tahun lalu.

Laungan takbir memecah suasana stadium sebaik sahaja Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menaiki pentas.

Difahamkan program seumpama ini juga akan diadakan di negeri-negeri lain.

Tinjauan The Malaysian Insider sejak awal petang mendapati sambutan rakyat di sini adalah luar biasa memandangkan komitmen mereka bermula sejak awal hari lagi.

Sementara itu turut dimaklum Tengku Razaleigh kehadirannya di pentas tersebut bersama pimpinan kerajaan negeri diterajui PAS turut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra yang dirawat di Singapura dan Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra.

“Kebetulan nak balik ke mari dari Singapura, saya menghadap sembah perkara ini kepada Tuanku, Tuanku angguk dan senyum tanda setuju.

“Dengan Pemangku Raja saya jumpa di masjid Kuala Betis semasa sembahyang Jumaat. Pemangku Raja setuju, dan pesan pada saya ceritakan perkara yang benar,” jelas beliau.

Mengulas lanjut sama ada royalti mahupun wang ihsan itu perlu disalurkan terus kepada kerajaan negeri, bukannya melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan dan wang ihsan bukannya royalty”.

“Mengikut fahaman saya kerajaan Kelantan tak puas hati sebab dia tuntut hak dia berdasarkan perjanjian. Saya rasa itu bukan perkara luar biasa,” kata beliau.

Memberi reaksi terhadap kenyataannya sendiri bahawa Kelantan memang berhak kepada royalti berbanding beberapa kerat rakan-rakanya dari kalangan menteri Umno yang tidak berganjak daripada berterusan mendakwa sebaliknya, dalam nada sinis Tengku Razaleigh berkata, “walaupun miskin, kita ini bukan tok pakir (pengemis)”.

Terdahulu Tengku Razaleigh tiba di Stadium Sultan Mohd IV di sini kira-kira 9.40 malam tadi dengan diarak 50 beca sebagai simbolik ‘usaha’ kerajaan negeri itu membawa pertikaian bayaran royalti.

Kehadiran beliau untuk memberi penerangan mengenai isu berkenaan diiringi oleh Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa tuntutan wang royalti.

Difahamkan iringan beca adalah kehendak penarik beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.
Menjelang program penerangan isu tuntutan royalti malam tadi, Stadium Sultan Mohd IV mula dibanjiri orang ramai sejak pukul 6 petang.

Oleh itu, Pengerusi bersama program Gegar ini, Dr Abdul Halim Yusof menjangkakan tidak kurang 50,000 orang akan mengikuti program tersebut.

“Tengok pada keadaan sekarang saya rasa lebih dari 50,000 akan hadir,” kata beliau ketika ditemui di kawasan stadium kira-kira 6.30 petang tadi.

Program dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat dan kuliah royalti.

Kira-kira 7 petang, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan exco-exco kerajaan, wakil rakyat serta pegawai kerajaan negeri. - TMI

Thaipusam : Kerajaan Selangor - polis bertelagah

Kerajaan negeri Selangor diarah merobohkan pentas yang telah disiap-dibina untuk menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves .

Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata arahan pihak polis itu amat mencurigakan dan berkemungkinan besar menjurus kepada lawatan Perdana Menteri Najib Razak hari ini.

Beliau bersama-sama Adun Batu Caves Amirudin Shaari bergegas ke lokasi untuk meninjau tindakan polis ini, dan meminta penjelasan namun polis enggan bekerjasama.

"Kita telah angkat program ini di laman sesawang kerajaan negeri, promosi besar-besaran telah dibuat, ribuan pengunjung tahu akan program ini. Selepas perbincangan dibuat dan persetujuan dicapai, mengapa disaat-saat akhir polis mahu berhentikan acara ini," kata Xavier.

Sambutan Thaipusam adalah sebahagian daripada program pelancongan Selangor Shines yang diusahakan kerajaan negeri bersama Tourism Selangor dan syarikat telekomunikasi Digi.

Sambutan mesra rakyat kerajaan negeri sempena Thaipusam telah dirancang sejak tiga minggu lalu bersama-sama Majlis Perbandaran Selayang, penduduk dan pihak keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata pentas konsert itu didirikan di kawasan untuk kenderaan-kenderaan polis.

Khalid berkata polis tidak membantah sekiranya pentas diadakan di lokasi berbeza.
Beliau turut berkata alasan ini telah dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita telah pun rancang program ini bersama-sama barisan penganjur, dan Majlis Perbandaran Selayang tiga minggu sebelum Thaipusam. Dalam masyuarat itu, pihak polis telah tunjukkan penempatan unit polis sepanjang acara Thaipusam. Pihak MPS telah meluluskan tempat ini untuk acara kerajaan negeri, dan saya bersama-sama polis telah melawat lokasi ini," jawab Xavier.

Xavier menjelaskan tapak dan waktu yang dipilih untuk menganjurkan pesta Thaipusam ini tidak bercanggah dengan aturcara Perdana Menteri Najib Razak.

Katanya, jika Najib turut melawat pesta ini, kerajaan negeri akan mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai tetamu kehormat. - Malaysiakini

28 January 2010

Isu kalimah Allah : Jakim beri penerangan

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 28 — Jabatan Kemajuan Islam Malaysian (Jakim) mempertingkatkan usaha memberi penjelasan menerusi forum terbuka mengenai penggunaan kalimah “Allah”, yang berubah menjadi isu kontroversi sejak kebelakangan ini termasuk selepas keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada akhbar mingguan Herald, 31 Dis lalu.

Penerangan pagi ini dijangka dihadiri hampir 800 orang, program yang dikenali sebagai Wacana Pendidikan Fatwa: Penggunaan Lafaz Allah anjuran Jakim.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan usaha sedemikian jabatan itu untuk memberi penjelasan berhubung peruntukan fatwa yang telah digubal dua tahun lalu.

“Ini kali pertama Jakim mengadakan program terbuka untuk menerangkan mengenai fatwa yang berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah, fatwa yang telah diluluskan pada 2008.

“Ini pertemuan ketiga, tetapi kali pertama diadakan secara terbuka,” kata beliau.

Wacana ini dihadiri oleh wakil jabatan-jabatan agama negeri dan mufti serta ahli-ahli akademik untuk memberi penerangan peruntukan larangan penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam. - [seterusnya]

27 January 2010

Aduka perlu mohon maaf depan Hakim dan keluarga Di Raja Johor : Rais


KUALA LUMPUR, 27 Jan — Penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, perlu membuat permohonan maaf secara formal di hadapan Hakim Mahkamah yang akan membicarakan kesnya kelak.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata blogger itu juga boleh memohon maaf secara formal kepada keluarga Diraja Johor sendiri.

“Jika seseorang itu ingin memohon maaf mereka boleh buat secara formal di mahkamah yang merupakan satu faktor mitigasi di mahkamah. Memohon maaf kepada keluarga diraja pula soal di luar undang-undang, (dan) terserahlah kepada budi bicara pihak diraja berkenaan sama ada menerima atau tidak. Tetapi lunas undang-undang tetap harus berjalan,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, pada Isnin lepas dan direman selama empat hari untuk pihak polis menjalankan siasatan.

Dia kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikel yang dipersoalkan itu

Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

“Di bawah Seksyen 233, seseorang yang menghantar mesej ataupun seseorang yang menggunakan bahasa, menggertak atau menggunakan kelucahan atau menyakitkan hati ataupun sabit dengan perlakuan yang boleh dikaitkan dengan hasutan, kesemuanya ini boleh dikemukakan oleh pihak yang mendakwa supaya kes tersebut dibawa terus ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata sejumlah 352 kes telah disiasat oleh SKMM sepanjang tahun lepas dan dari angka tersebut 13 pertuduhan telah dibawa ke mahkamah, sama ada kerana kesalahan mengikut Seksyen 232 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes-kes yang dikompaun ialah 38 dan jumlah denda atau kompaun yang diterima ialah RM460,000, manakala kes yang masih dalam siasatan ialah 174 dan kes yang memerlukan siasatan lanjut atas arahan timbalan pendakwa raya ialah 36,” katanya.

Sejumlah 88 kes pula telah ditutup oleh pendakwa raya atas sebab-sebab tertentu, sama ada tidak cukup bukti ataupun atas budi bicara jabatan berkenaan, katanya.

“Ini termasuklah kes-kes di mana mereka yang telah terbabit mungkin telah memohon maaf ataupun dalam kes-kes tertentu pula didapati bahawa barang-barang yang disiasat itu tidak dapat menimbulkan pembuktian yang jelas.

“Jadi kesemua ini menunjukkan bahawa bidang bagi seseorang itu memohon maaf secara formal memang ada dan digalakkan tetapi itu hanya boleh dibuat semasa mitigasi hadapan dengan hakim atau pihak yang menghakimkan kes-kes tersebut dan juga sekiranya diterima oleh pihak-pihak tertentu seperti kes blogger yang melibatkan pihak diraja kita di Johor,” katanya.

Rais berkata SKMM telah diarah untuk bertindak tegas dalam menangani perkara itu selain menjalankan siasatan secara adil dan objektif. — Bernama

MP PKR lompat parti

Khabar angin kini bertiup kencang kononnya seorang pemimpin kanan PKR akan berpaling tadah dan menyertai sebuah parti lain yang mesra dengan Barisan Nasional.

Ahli parlimen dari Pulau Pinang itu juga dikatakan sudah mendapat persetujuan daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain untuk turut melompat. Dia juga didakwa sedang memikat beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain lagi.

Rancangan mereka ialah menjadi ahli bebas sebelum menganggotai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru ditubuhkan dan dipimpin oleh Tang Weng Chew.Bulan lalu, ahli dewan undangan negeri PKR Gabriel Adit Demong menyertai parti baru yang berpangkalan di Pulau Pinang itu sebagai ketua Sarawaknya.

Mengikut sumber, pemimpin PKR itu telah berjumpa dengan presiden Umno dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tindakannya serta memohon kemungkinan diberikan jawatan dalam kabinet.

Jika perkara itu menjadi kenyataan, ia adalah keputusan politik yang paling mengejutkan selepas BN berjaya merampas semula Perak daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Sekiranya semua itu menjadi kenyataan, hasrat BN mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen akan termakbul. Mereka kini hanya kekurangan lapan kerusi untuk meminda sebarang perlembagaan mengikut sesuka hati. - Malaysiakini

Penghinaan terhadap umat Islam - Nurul Izzah

2 Kepala Babi Cemari Perkarangan 2 Masjid

Kejadian meletakkan kepala babi di perkarangan 2 buah masjid di Petaling Jaya Selatan mengundang pelbagai spekulasi.
Provokasi melampau ini dianggap penghinaan kepada ummat Islam. Ahli Parlimen Pantai Dalam, Nurul Izzah Anwar Ibrahim berkata insiden yang diibaratkan sebagai serangan balas ini amat membimbangkan.
"Saya marah dan khuatir dengan perkembangan terbaru ini. Kita lihat bagaimana serangan melepmarkan satu kehinaan. Seolah- olah mahu mencetus insiden," katanya.
Izzah mengutuk keras perbuatan yang tidak bertangungjawab itu. Beliau mencadangkan badan khas ditubuhkan untuk siasatan kerana insiden ini dikhuatiri ada unsur politik.
"Kita patut wujud satu siasatan diraja. This highly politize matter. Saya fikir tidak cukup dengan siasatan biasa," tegasnya - TV Selangor

26 January 2010

Siapa Aduka Taruna?

Mountweller, Isteri AT dan AT [dilindungi isteri] di IPD Kota Bharu - Gambar ikhsan Pinkturtle

Aduka Taruna...

Sebenarnya saya tak tahu nak ulas macam mana mengenai isu ini. Ia berlaku terlalu pantas, di saat isu kalimah Allah hangat diperdebatkan dan juga tindakan Zulkifli Noordin yang membuat laporan polis. Semua ini telah menenggelamkan perkara yang lebih penting iaitu skandal PKFZ, harga gula, enjit jet, dan lain-lain (tolong jangan lupa semua itu)
Bagi yang tidak faham dan hanya tahu membaca dari segi luaran, pasti tidak bersetuju dengan tulisan Aduka Taruna yang dianggap "biadap". Saya macam itulah dahulu. Sangat marah dengan Aduka Taruna yang agak biadap dengan beberapa pimpinan PAS, beberapa bulan dahulu. Tapi apabila diamati tulisannya dengan baik-baik, ia mengandungi mesej-mesej yang tersirat, Aduka Taruna ini sebenarnya kaya dengan idea-idea dan pendapat yang bernas, jarang terdapat pada orang lain.
Tulisan Aduka Taruna mula menjadi "biadap" semenjak berakhirnya Muktamar PAS ke-55, ekoran tindakan beberapa pemimpin PAS yang bengong. Tapi walaupun begitu, tulisannya mempunyai mesej yang tersendiri. Daripada benci, saya mula mengikuti tulisannya dan minat saya semakin bertambah. Ada benarnya dengan beberapa tulisannya yang dianggap kontroversi seperti Peperangan Jamal & Siffin, 4 mazhab - cuma ditulis dengan tulisan yang lain daripada yang lain, yang rata-rata orang Melayu sukar menerimanya.
Melalui tulisannya, ternyata dia seorang penyokong (bukan ahli) PAS yang tegar dan teringin melihat negara ini ditadbir dengan nilai-nilai Islam. Tapi beliau melihat ada beberapa kecacatan dan kelompangan yang serius yang menjangkiti PAS, menyebabkan tertubuhnya PAS Reform (bersama beberapa rakan blogger) dan idea Projek Langgar Hadi di Rusila, Terengganu.
Sekarang, Aduka Taruna melalui detik-detik yang sukar. Saya walaupun tidak mengenalinya dan tidak pernah berhadapan dengannya, tapi sebagai rakan blogger saya memberi sokongan moral kepadanya. Bagi saya, Aduka Taruna hanya membuat sedikit kesilapan teknikal pada tulisannya. Tulisannya yang kontroversi itu dia tak nyatakan pun ditujukan kepada siapa.
Adakah tulisan tersebut menghina? Bukankah mayat seorang Muslim tidak elok dibiarkan lama-lama? Kenapa tidak membacanya secara tersirat? Tapi itulah, last-last dia keluarkan kenyataan memohon maaf.
Saya pun malas nak ulas berkenaan soal institusi beraja ini. Rasa-rasanya bagi sesiapa yang rajin membaca tulisan saya, tahu apa pendirian dan pendapat saya mengenai depa ini.
Satu lagi, ada pihak yang bodoh daripada PAS pergi menyiarkan gambar seorang lelaki yang kononnya Aduka Taruna. Saya lihat sangat berbeza, dan yakin gambar tersebut bukan Aduka Taruna. Lain dari apa yang saya lihat walaupun gambar AT dari belakang.
Dan juga ada dikalangan mereka baru timbulkan isu posting Aduka yang lalu, berkenaan dengan 4 mazhab dan juga Aisyah dan Muawiyah. Sepatutnya mereka bangkitkan isu tersebut sejak dahulu. Kenapa sekarang?
Kebanyakan pembenci-pembenci Aduka Taruna ini adalah orang/blogger PAS yang "sayang" sangat dengan jemaah. Terlalu sayang sehinggakan rela diri menjadi lembu dicucuk hidung. Lebih-lebih lagi yang dari Terengganu itu.
Apa-apapun, berita terbaru yang diterima mengatakan Aduka Taruna tidak akan didakwa memandangkan beliau sudah membuat permohonan maaf. Rais Yatim yang kata kot.
Kita sama-sama berdoa dan berharap supaya urusan Aduka Taruna dan pihak polis berjalan lancar dan tidak mempunyai masalah, kemudian selesai kesemuanya. Back to normal - Reformis Jalanan

Aduka mungkin tidak dikenakan apa-apa tindakan

Tiada Tindakan Jika Aduka Mohon Maaf

Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di IbuPejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.
Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis blog itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikelnya itu.
Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun.- Bernama

Kes hina Sultan lagi ... ?

Melayu mudah lupa”. Itu kata Tun Mahathir yang sangat terkenal…..
Hari ini, ramai sungguh yang kecoh hal Aduka Taruna tapi lupa nak menyelitkan isu sama yang pernah berlaku di Terengganu pada bulan Mac 2008.

Pada waktu itu, berita NTV7 menyiarkan berita penyokong Idris Jusoh menyanggah keputusan Sultan Mirzan kerana tidak menerima Idris Jusoh sebagai MB Terengganu.

Banyak sepanduk yang dibawa menghina Sultan Terengganu.
Antara sepanduk yang paling ganas berbunyi begini:

“KAMI NAK DERIS NATANG”

Saya percaya, berjuta penonton berita NTV7 yang melihat insiden itu dan beribu-ribu lagi telah menyaksikan ulangtayang berita itu di media internet.

Hari ini, ada pula penyokong PAS yang kata Dewan Pemuda PAS lebih prihatinkan isu Aduka daripada isu yang berlaku di Terengganu itu.

Saya fikir mereka juga sudah lupa.

Pada 25 Mac 2008, Ketua Pemuda PAS pada waktu itu telah mengadakan sidang akhbar untuk mengutuk perbuatan itu dan melaporkan perbuatan itu pada pihak polis. [seterusnya]
DARI MAHKAMAH : AdukaTaruna akan direman sehingga 29 Jan 10 (Perisik Rakyat)

Lagi penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor



Wartawan buat laporan polis klip video hina Sultan

KUALA LUMPUR, Jan 26 — Seorang wartawan radio membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung klip video dalam “Youtube” yang memaparkan penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Laporan itu dibuat oleh Ibnu Khusairi Ibnu Aris, wartawan Radio Bernama 24 di Balai Polis Hulu Kelang, dekat sini kira-kira pukul 11.30 malam semalam.

Dalam laporan itu, katanya beliau melihat klip video bertajuk “Sultan Johor Remix” ketika berada di rumahnya di Keramat di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari Sabtu lalu.

“(Saya) Tertonton satu video klip yang papar Almarhum semasa hayatnya berada dalam majlis perasmian Wilayah Pembangunan Iskandar dan suara Almarhum telah dialih suara kepada satu suara yang tidak dikenali.”

“Suara itu telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan seolah-olah Almarhum yang bercakap begitu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ibnu Khushairi berkata laporan dibuat kerana rasa tanggungjawab sebagai rakyat dan mahukan video yang bertarikh 5 Nov 2009 itu dihentikan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Sementara itu jurucakap Balai Polis Hulu Kelang ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu dan siasatan akan dijalankan segera bagi mencari dalang di sebalik paparan video klip itu. — Bernama

STONE: Harap pasukan khas PDRM yang ditubuhkan untuk menyiasat Aduka dapat sama menyiasat dalang disebalik pembikinan klip video ini dan juga satu lagi laman blog GUTTER MALAYSIA

25 January 2010

Mahkamah tolak bantahan awal bekas mufti Perlis


SHAH ALAM, Jan 25 — Bantahan awal bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah, terhadap permohonan semakan pendakwa syarie untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini ditolak hari ini.

Hakim Syarie Mohammad Adib Husain, yang membuat keputusan itu, berkata Mahkamah Syariah Selangor mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes tersebut kerana ia berkaitan Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Katanya isu pentauliahan kepada mereka yang ingin mengajar agama bukan kehendak syariah tetapi peraturan yang digubal oleh pemerintah untuk mentadbir orang Islam.

Ianya juga untuk mengawal kemasukan ajaran yang bertentangan dengan agama yang boleh memecah belahkan umat adalah dibenarkan oleh syariah, katanya sambil menetapkan 9 Mac depan untuk mendengar permohonan semakan itu.

Mohammad Adib berkata Allah memberi manusia kebebasan untuk berfikir tetapi kebebasan mutlak tanpa batasan tidak wujud. Beliau berkata kebebasan dalam Islam dalam mengeluarkan pendapat ialah untuk menegakkan kebenaran tetapi kebebasan itu tidak boleh digunakan sehingga memudaratkan orang lain dan merosakkan hubungan sesama manusia.

Perbezaan pendapat adalah dibenarkan tetapi janganlah sehingga menyebabkan pertikaian yang boleh memecah belahkan dan melemahkan umat Islam, katanya. “Kebebasan adalah dipandu oleh undang-undang, ia tidak mengikut selera seseorang sebab itu diadakan undang-undang jenayah termasuk Seksyen 119,” katanya.

Mohammad Adib berkata Seksyen 119 digubal bagi mengelakkan perkara- perkara negatif dan ia tidak bercanggah dengan Artikel 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Bulan lepas, Mohd Asri, 38, telah mengemukakan bantahan aw
al terhadap permohonan semakan pihak pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang menolak untuk memindahkan kesnya ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Bantahan awal itu dikemukakan oleh peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman dengan alasan Mahkamah Syariah Selangor tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan membicarakan semakan itu.

Bantahan itu juga mendakwa Seksyen 119 mengekang kebebasan individu bersuara di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan mengembangkan agama di bawah Artikel 11 dan ini nampaknya bercanggah dengan Artikel 4 (1) Perlembagaan.

Sebelum ini, Mohd Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur selepas didakwa mengikut Seksyen 119 kerana didapati mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara 8.10 malam dan 9.45 malam 1 Nov lepas. Jika sabit kesalahan Mohd Asri boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohd Asri diwakili Kamar Ainiah dan Jamal Mohd Lokman Sulaiman sementara pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Hamid dengan dibantu oleh Zusyarafain Md. Yusof. — Bernama

AdukaTaruna serah diri

KOTA BHARU 25 Jan - Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman.
Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum. Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai.
Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya "mengheret penulis berkenaan ke mahkamah".
Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna kelmarin menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya.Beliau juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.
Ketika menyerah diri hari ini, Malaysiakini juga difahamkam, Aduka Taruna ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan..
Butiran lain penahanan, termasuk seksyen beliau disiasat setakat ini, juga masih belum jelas. - Malaysiakini
.... lagi blog hina Almarhum DYMM Sultan Johor di sini

Anwar bias : Zul Kulim

Zulkifli accuses Anwar of taking sides

By G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 25 — Kulim-Bandar Baharu MP, Zulkifli Noordin has accused his party leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim of bias after the latter directed him to withdraw a police report he had lodged against PAS parliamentarian, Khalid Samad.

Zulkifli also maintains he would not withdraw the report unconditionally.

“I will not take back the report against Khalid. If they want me to withdraw it, Khalid must also withdraw his statement saying that Selangor Islamic enactments are outdated and he also needs to apologise,” he told The Malaysian Insider when contacted today.

Zulkifli also conveyed the same message to PKR de facto leader Anwar at around 11.30am, via an emailed response to an earlier message he received from Anwar last night.

Elaborating further, Zulkifli said Anwar, both as a leader and a Muslim, needed to be neutral in this matter.

“I wrote to him saying that I respect the differences in opinion as he mentioned in his email. But as a leader and a Muslim, his actions should be neutral.

“Instead, he chose to take sides by backing (Khalid’s statement),” said Zulkifli.

According to him, Anwar’s email asked for him to drop the police report he had filed against the PAS lawmaker and told him to accept the fact that different opinions will exist in both the party and Pakatan Rakyat.

Furthermore, the email declared that Zulkifli would not be referred to the political bureau scheduled for tomorrow.

Last night, Anwar had stated that Zulkifli would be hauled in front of the disciplinary board for his latest actions, before adding that the latter’s filing of a police report had not only “crossed the line” but had also disappointed him.

Anwar confirmed that he has written to Zulkifli and was expecting an explanation before Tuesday.

Explaining further his email to Anwar, Zulkifli said he has no qualms about PKR and PAS being components of the Pakatan Rakyat coalition.

His issue, he claims, was only with Khalid overstepping his bounds by suggesting the state’s Islamic enactments were obsolete and needed to be overhauled.

“I made the report against Khalid in my personal capacity after he made the statement, which to my mind was criminal in nature.

“I felt that he had insulted Muslims and, at the same time, driven Muslim support away from Pakatan,” he said.

On his referral to the disciplinary board, Zulkifli said he was prepared for it and was not afraid to face the consequences.

“It is the party’s prerogative to take action as they see fit, as it is mine to voice my opinions,”
“The party should value my views... I give views that benefit the party by maintaining Muslim support for it,” Zulkifli added.

Yesterday, the PKR Youth urged party leaders to act against Zulkifli after he filed a police report against Khalid for alleged sedition.

According to the wing’s leader, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Zulkifli should not have tried to get a colleague from the same coalition investigated under the Sedition Act.

“What he did is against the principle of musyawarah (intellectual debate),” said Shamsul, who also added that the actions were “very Umno-like”.

This morning, PKR supreme council member, Datuk Zaid Ibrahim today said the party should sack lawmaker Zulkifli over his latest move.

Ahli Parlimen PKR Bandar Indera Mahkota letak jawatan Timb. Pengerusi II PKR Pahang


Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail Umum Letak Jawatan Timbalan Pengerusi II PKR, Pahang


Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail (foto) hari ini mengadakan satu sidang media mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi II, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang berkuatkuasa serta merta.
Tindakan tersebut dilakukan setelah mendapati pucuk pimpinan PKR Pahang tidak lagi memberi kepercayaan kepada beliau untuk bersama-sama membangunkan parti itu di negeri ini. "Saya amat terkilan dengan beberapa tindakan kepimpinan parti yang begitu jelas membelakangkan saya dalam banyak program yang diadakan mutakhir ini" katanya.
Azan juga menegaskan beliau masih kekal sebagai Ahli Parlimen Indera Mahkota, dan tidak sama sekali akan keluar parti biarpun terdapat "khabar angin" yang disebarkan oleh ahli-ahli pemimpin PKR sendiri .
"Saya masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat (PR), cuma ada beberapa perkara penting yang perlu diselesaikan terlebih dulu jika benar PR bercita-cita dan bersungguh-sungguh untuk menawan Pahang dalam pilihanraya umum ke 13 nanti." katanya. - Pahangdaily

Tindakan disiplin terhadap Zul Kulim : DSAI

By Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Jan 25 — PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said last night that Kulim MP Zulkilfi Noordin will face disciplinary action by the party.

Anwar said Zulkifli had crossed the line and that he was disappointed with him.

“I have always given him room to express himself but I have not always agreed with him.

“I have advised him not to cause any tension among our partners but he has crossed the line this time,” Anwar told reporters at Pakatan Rakyat’s road show here.

Zulkifli, known for his hardline Islamic views, had lodged a police report against the PAS’ Khalid Samad for making a statement that a Selangor enactment which prohibited non-Muslims from using the word “Allah” and other Islamic terms was “outdated.”

Anwar confirmed that he has written to Zulkifli and was expecting an explanation before Tuesday.

“I have emailed him so that he will give an explanation because I want to refer this case to the party’s disciplinary committee and political bureau which will hold a meeting this Tuesday. I hope he can provide his answer before that,” he added.

Anwar also questioned why Zulkifli never referred his grievances to the party leadership.
“I am forced to ask the party leadership to propose appropriate action against him.

“He should have come to us; why can’t you bring it to the party leadership? He never conveyed [the matter] to us,” he said.

The PKR Youth wing has also blasted Zulkifli and described his action as “very Umno-like.”
Youth leader Syamsul Iskandar called on party leaders to take stern action.

However, Anwar believes that Zulkifli should be given a chance to explain himself.

“I don’t believe in the demand of sacking before due process and [I am now] allowing him to explain,” he explained.

The police report against Khalid is not Zulkifli’s first “renegade” act that has placed him at odds with his party and Pakatan Rakyat as a coalition.

The Kulim MP, who was formerly with PAS, has acted in ways seen to be detrimental to the opposition pact in the past.

One example was when he played a role in the demonstration against the Bar Council outside the body’s headquarters.

The protest, held by far-right Umno-affiliated groups and other conservative NGOs, was organised to disrupt the Bar Council’s seminar on the jurisdiction crisis between the Syariah and the civil courts.

Despite his involvement, action was also not taken against him then. - The Malaysian Insider
STONE: Tindakan yang tepat demi menjaga hubungan baik antara parti dalam Pakatan. YB Zul tak sepatut mengambil tindakan sebegitu rupa. Apa pandangan pengundi/rakyat terhadap wakil-wakil rakyat mereka kalau beginilah perangainya?

24 January 2010

Aduka Taruna akan disiasat polis

artikal berkaitan dari blog adukataruna pada hari kemangkatan DYMM Sultan Johor


JOHOR BAHARU, 24 Jan (Bernama) -- Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.

"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.-- BERNAMA

STONE: Walau pun aku tak mengenali siapa sebenarnya AT ni, tapi sebagai rakan Blogger aku bersimpati dengan apa yang bakal dihadapinya.

Tapi ketelanjuran nya itu, yang aku juga sangat-sangat tidak bersetuju pertama kali membaca nya, telah menjerat diri beliau.

Walau pun artikal itu telah ditarik [lihat di atas] keluar dan AT telah memohon maaf, tapi itu tidak menghalang pihak berwajib untuk terus mendapatkan AT.

Kita tunggulah apa episod selanjutnya.

Untuk sekalian rakan-rakan blogger, hati-hati lah dalam setiap penulisan dan komen-komen anda, kerana kita sedang dan akan terus diperhatikan.

Takziah : Tun Ghazali Shafie meninggal dunia

TAKZIAH buat kaum keluarga Tun Ghazali Shafie , yang telah kembali ke Rahmatullah petang tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya ... Al Fatihah
KUALA LUMPUR, Jan 24 — Former Home Minister Tun Ghazali Shafie died at his residence in Subang Jaya this evening.

Aged 88, his death at 7.45pm was confirmed by his granddaughter Farah, when contacted.
Ghazali, who was born in Kuala Lipis, Pahang, leaves behind two sons, Bachtiaer and Sheriffudin.
His wife, Toh Puan Khatijah Abdul Majid, passed away in April 2008.

He has been described as having been one of the most powerful men in the Cabinet of Prime Minister Tun Abdul Razak in the early seventies.

He exercised considerable influence in determining Malaysia’s socio-economic development especially in the post May 13 era. As Minister with Special Functions he was responsible for the formulation of the New Economic Policy and Second Malaysia Plan.

In the context of nation-building his central belief was that power sharing is the key to ensuring the stability of Malaysia.

Ghazali also played a pivotal role in charting the course of Malaysia’s foreign policy, first as a senior official at the Foreign Service and later as Foreign Minister — serving between 1970 and 1984.

Even after retiring from active politics, Ghazali continued to engage with the world of international diplomacy.

He presented his ideas and ideals at various gatherings — both local and international — on issues as diverse as global economic challenges, conflict resolution, Asean and the New World Order.

He graduated from the University College of Wales and the London School of Economics. -TMI

Cabang PKR Kuala Selangor TIDAK BUBAR


'Dalang komplot cuba bubar PKR Kuala S'gor gagal'

Jan 24, 10
PKR Cabang Kuala Selangor masih dan semakin mantap serta kukuh walaupun berita peletakan jawatan AJKnya menjadi berita hangat politik di seluruh negara, kata ketua penerangannya, Mohd Ezli Mashut.
Menurutnya, pertemuan tertutup antara AJK PKR cabang tersebut dengan Majlis Pimpinan Negeri Selangor malam tadi telah menjelaskan segala-galanya mengenai kedudukan sebenarnya."Dimaklumkan bahawa PKR Cabang Kuala Selangor adalah tidak bubar dan boleh bergerak seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pertemuan tertutup tersebut, katanya, AJK cabang Kuala Selangor bersama Angkatan Muda Keadilan dan Wanitanya menyatakan muafakat kukuh dan meletakkan keyakinan tinggi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menerajui cabang PKR Kuala Selangor dan selaku menteri besar Selangor.
"Adalah dimaklumkan bahawa perkembangan ini membuktikan bahawa cabang PKR Kuala Selangor semakin mantap dan kukuh walaupun berita sebelum ini menggambarkan seolah-olah PKR Cabang Kuala Selangor sudah bubar. "
Realiti sebenar ialah sokongan dan dokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin meningkat dari masa ke semasa," tegas Mohd Ezli.
Di samping itu, katanya, PKR PKR Kuala Selangor juga menerima sokongan mantap dan kuat daripada seluruh ranting yang terdapat di DUN Jeram,DUN Melawati dan DUN Ijok."Malahan dalam pertemuan itu juga, kesahihan peletakan jawatan AJK cabang Kuala Selangor sebelum ini dipertikaikan kesahihannya kerana ada keraguan yang terdapat dalam soal menandatangani surat peletakan jawatan tersebut.
"Cabang PKR Kuala Selangor juga ingin menegaskan bahawa gerak kerja membela rakyat dan menjana kemenangan PRU-13 akan semakin rancak dan giat selepas ini. "
Iltizam dan semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota PKR di cabang Kuala Selangor utuh dan terus bersemangat tinggi. "Dalang komplot cubaan untuk membubarkan PKR Kuala Selangor gagal dan tidak mendapat sokongan kerana tindakan tersebut menjejaskan imej PKR dan Pakatan Rakyat keseluruhannya.
"Malahan tindakan menggunakan media terbuka mendapat kecaman hebat daripada pelbagai peringkat PKR," kata Mohd Ezli.Justeru, katanya, cabang PKR Kuala Selangor berharap seluruh pendukung PKR di Kuala Selangor fokus kepada gerak kerja membela rakyat dan memperkasa gerak kerja PKR di cabang tersebut.
"Kita tiada masa untuk melayan karenah politik remeh-temeh kerana PKR mempunyai banyak agenda dan gagasan besar perubahan dan membela rakyat di Selangor dan negara ini."
Cabang PKR Kuala Selangor menyatakan pendirian tegas dan kukuh bersama-sama Tan Sri Seri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendepani perubahan di Selangor dan bersama-sama membawa semangat kukuh ini untuk membawa perubahan total dan impak besar dalam PRU-13," tegasnya - Malaysiakini

Mahathir Pertahan Kenyataan Mengenai Serangan Ke Atas WTC

PULAU PINANG: Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan bahawa beliau cuba memainkan sentimen apabila berkata serangan 11 Sept 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat sengaja dilakukan bagi tujuan memburukkan imej orang Islam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata terdapat pihak yang berpendapat beliau cuba memainkan sentimen anti-Kristian apabila berkata serangan itu sudah dirancang terlebih dahulu oleh dunia Barat.

"Namun saya tetap bertegas dengan kenyataan saya itu," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri jamuan makan malam anjuran Persatuan Pengamal Perubatan Pulau Pinang di sini semalam.

Pada satu forum di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr Mahathir telah berkata beliau tidak yakin serangan ke atas WTC di New York itu dilakukan oleh pengganas Islam seperti yang didakwa, sebaliknya terdapat bukti serangan itu sudah dirancang sebegitu rupa.

"Apa yang saya dapat dengan membuat publisiti begitu. Saya bukannya mahu menjadi perdana menteri semula," tegas beliau.

Dr Mahathir juga berkata Malaysia tidak boleh semata-mata bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) tetapi perlu membangunkan ekonominya sendiri. - BERNAMA

23 January 2010

Lagi surau diserang

Polis: Surau Kg Jawa diserang lagi, kerja ‘kurang siuman’

KLANG, Jan 23 — Polis menolak unsur perkauman sebagai punca dalam kejadian dua serangan berulang di Surau Taman Menara Maju di Kampung Jawa di sini, sebaliknya ia mungkin dilakukan oleh individu yang disifatkan “kurang siuman”.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop berkata dalam kejadian pagi kelmarin dan awal pagi semalam beberapa tompokan najis dan air kencing dipercayai milik seorang lelaki ditemui di tepi pintu masuk surau berkenaan.

Kelmarin dua surau di Muar diserang selepas siri serangan dan kerja vandalismes ke atas rumah-rumah ibadat khususnya gereja sejak 8 Jan lalu.

“Kita mendapat maklumat dari penduduk setempat semalam (kelmarin) dan telah melakukan perbincangan dan rondaan sehingga lewat tengah malam namun kejadian sama berulang lagi awal pagi tadi (semalam) dan disedari oleh seorang jemaah yang hendak membuka surau untuk solat subuh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam dua kejadian itu, suspek tidak memasuki kawasan dalam surau berkenaan seperti kejadian pertama sebelum ini.

“Saya menolak kemungkinan kejadian ini berlaku atas rasa tidak puas hati penduduk berbilang bangsa di kawasan ini memandangkan mereka hidup harmoni selama ini malah kadar jenayah di kawasan ini juga terkawal,” kata beliau dipetik Bernama.

Dalam kejadian pertama pada 9 Jan lepas, pintu surau berkenaan pecah dibaling dengan batu dan dipecah masuk oleh individu yang dipercayai penduduk dari kawasan taman itu.

“Kita masih menjalankan siasatan termasuk mengenalpasti apakah motif kejadian itu memandangkan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Berdasarkan siasatan awal, kita juga percaya kejadian ini membabitkan suspek yang sama,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata bermula malam tadi kira-kira 30 anggota rukun tetangga, Rela, JPA3 bersama anggota polis mengadakan rondaan di sekitar kawasan taman berkenaan bagi memantau sebarang kemungkinan kejadian sama berulang.

“Penduduk bersepakat dengan kerjasama melakukan rondaan sehingga pagi dan akan diteruskan untuk beberapa tempoh masa,” katanya.

Mohamad juga meminta orang ramai supaya tidak mengaitkan insiden itu dengan kejadian pembakaran gereja dan berharap masyarakat supaya bertenang serta meneruskan keharmonian masyarakat berbilang kaum di kawasan taman perumahan itu. - TMI

22 January 2010

DYMM Sultan Johor mangkat

DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi mangkat jam 7.08 malam hari ini (7.08pm today). Baginda berusia 77 tahun. (Read here)

Baginda, telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru hari ini dan ekoran itu Jemaah Majlis Diraja Johor telah bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja. (read here )
Semoga Allah SWT. mencucuri rahmat ke atas roh Baginda.
Al fatihah

Isu Allah: Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik


Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 22 — Khalid Samad yang menghadap Sultan Selangor pagi ini telah dititah agar mengemukakan apa jua syor berkaitan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 termasuk soal penggunaan kalimah “Allah”.

Semalam Khalid mendakwa enakmen itu sudah ketinggalan zaman.

Sultan Sharafuddin Idris Shah juga tidak mahu isu mengenai kalimah “Allah” berpanjangan sehingga menjadi polemik politik.

Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS itu berkata dalam pertemuan lebih sejam pagi ini, Sultan Selangor turut ada menyentuh polemik semasa membabitkan beliau dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Walaupun kunjungan ini bertujuan mendapatkan wawasan Tuanku mengenai Shah Alam, baginda juga ada membangkitkan isu semasa yang berkaitan dengan kalimah Allah dan pertikaian membabitkan Jais dan Mais.

“Baginda bertitah bahawa jika ada apa-apa pandangan hendak dicadangkan, tulis kepada Mais dan Tuanku, baginda akan memberi pertimbangan.

“Bagi saya ini satu respons positif daripada Tuanku, sikap terbuka baginda, yang menyatakan kesediaan baginda untuk mendengar pandangan semua pihak,” katanya.

Khalid menambah beliau menjelaskan kepada Sultan Selangor bahawa pendiriannya selama ini termasuk menerusi ceramah dan forum hanya bertujuan menangkis pandangan Jais dan Mais yang mengapi-apikan orang ramai dengan tindak-tanduk mereka.

Ketika ditanya sama ada beliau akan berhenti bercakap isu kontroversi kalimah “Allah” serta Jais dan Mais selepas ini, Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, oleh kerana ada jaminan Sultan Selangor maka beliau akan memenuhi apa yang dititahkan.

Khalid juga menambah, beliau akan membawa pandangan Sultan Selangor kepada pucuk kepimpinan PAS.

“Saya akan bawa kepada parti termasuk peringkat PAS Selangor... terpulang kepada pucuk kepimpinan untuk memberi pandangan berkaitan syor yang boleh dikemukakan kepada Sultan dan Mais,” katanya.

Selangor merupakan antara negeri yang mengguna pakai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Ia antara lain melarang orang bukan Islam menggunakan secara bertulis atau lisan 25 perkataan.

Antara perkataan itu adalah, Allah, firman Allah, nabi, mubaligh, syariat, wahyu, mufti, Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji, kiblat, Ilahi, Injil, ulama, khalifah, wali, Syeikh, Iman dan dakwah.

Bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 perbahasan seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah, masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan.

Kunjungan hormat Khalid, Ahli Parlimen penggal pertama, diadakan sehari selepas beliau menafikan tuduhan 16 pertubuhan bukan kerajaan bahawa beliau memberikan ucapan mencabar, memperlekeh dan mempertikaikan kedudukan Sultan Selangor ketika menyampaikan ceramah pada 12 Jan lalu.

Tegas Khalid, usaha mengheret institusi di bawah naungan Sultan Selangor ke dalam kancah politik dilakukan oleh golongan yang berkepentingan, bukan beliau.

Pada 18 Jan lalu 16 NGO lagi telah membuat laporan polis terhadap Khalid berhubung isi ucapannya di MPSJ bahawa Khalid telah mencabar, memperlekeh dan mempertikaikan kedudukan Sultan Selangor, dan mengheret baginda ke kancah politik.

“Usaha mengheret institusi di bawah naungan Sultan ke dalam kancah politik jelas kelihatan apabila demonstrasi diadakan di dalam Masjid Negeri pada 8 Jan.

“Demonstrasi tersebut disebut umum sebagai anjuran Jais dan Mais walaupun dinafikan oleh mereka kemudiannya,” katanya.

Beliau juga mahu kepimpinan dua institusi agama di Selangor - Jais dan Mais - dirombak selaras dengan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat agar isu-isu semasa menyentuh umat Islam di negeri itu dapat ditangani dengan harmoni.

Khalid berkata beliau akan membawa syor itu ke peringkat atasan termasuk kepada Sultan Selangor jika mendapat peluang. - TMI

Renungan Jumaat : "Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang,

Sabda Rasulullah:

"Kiamat itu ada dua... Kiamat Sugra (Kecil) dan Kiamat Qubra (Besar)... Kiamat Sugra ialah Kiamat dimuka bumi sahaja diakhir zaman... Akan masih ada segolongan kecil yang hidup untuk pembiakan umat baru yang akan bertemu Nabi Isa A.S... Manakala Kiamat Qubra ialah Kiamat yang seluruh alam semesta dan galaksi hancur... Tiada lagi manusia yang hidup, dan tiada lagi bumi..."

"Umatku ada dimuka bumi ini selama 1,500 tahun lamanya... Sebelum terjadinya Kiamat Qubra, akan tiba Kiamat Sugra... Sebelum datangnya Kiamat Sugra, akan ada tanda-tandanya... Begitu juga sebelum tibanya Kiamat Qubra..."

Ayat al-Quran:
"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."
________________________________________________________________________

Ust.Harun Din dlm ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yg menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat ... Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan Sept 2008 lepas.. Maknanya, planet yg dekat dgnnya jugak (bumi la) akan bertukar arah pergerakan dia.. Maka pada saat tu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur...

Penjelasan Saintifik Bagaimana Ia Berlaku:
Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun.. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (Musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA.

Pada bulan Mei 2009 lalu Planet X berwarna merah jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi selama sebulan antara jam 1am - 3am...

Peristiwa ini seperti yang pernah berlaku semasa banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu.. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi... Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari..
(Tanda tibanya kiamat kecil objek merah di langit kelihatan)...

Amerika Syarikat dan negara barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran-banjaran gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi ini akan lenyap...

Di Norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan dan dari ancaman bencana..
(Rujuk paper bulan Februari 2008, kosmo, Berita Harian dan lain-lain)

Benarlah sabda RASULULLAH
Satu hari nanti bumi akan hancur dan ditenggelami air selama 40 hari, dan satu zaman baru muncul dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno...

Jadi bersedialah kita umat Islam...ALLAHHU AKBAR..!!

Kajian... (ALLAH Maha Mengetahui dan mahu kita berfikir..)

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... Sekarang sudah 1440 = 426 + 12 tahun hijrah.... Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, Alam akan kiamat (Besar) pada tahun 2066...

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Namun, Amerika telah cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...

Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang jauh lebih besar dari Bumi juga akan menghentam bumi dalam masa 60 tahun lagi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Mereka merancang memusnahkan Kaabah pada tahun 2011...
(Meruntuhkan Kaabah mengundang kemurkaan Allah, mungkinlah juga Kiamat Kecil 2012 itu disebabkan kemurkaan Allah)
Dan kuasa Israel akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... .
Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat selepas itu..

Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...

Dianggarkan Kiamat Qubra (Besar) Antara Tahun 2062-2066...

Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji...

Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1440 tahun...

Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian...
Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.

Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar.
Marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..
Sumber : dikirim melalui email oleh seorang Hamba Allah

Kalimah Allah: 7 pakar setuju terjemahan ‘God’ tak tepat

KUALA LUMPUR, Jan 21 — Muzakarah Pakar yang disertai tujuh ilmuwan Islam, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) hari ini bersetuju penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada “God” adalah tidak tepat.

Pengerusi Ikim Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) berkata muzakarah itu merumuskan bahawa terjemahan kalimah Allah sebagai “God” juga menyalahi hakikat sebenar kerana bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjurkan oleh agama Islam di Malaysia.

“Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni,” katanya pada sidang akhbar selepas muzakarah itu.

Tujuh pakar itu ialah Prof Madya Dr Kamar Oniah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa; Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang; anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mohd Nur Manuty; bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim Md Asham Ahmad.

Muzakarah bertajuk “Terjemahan God Sebagai Allah: Mengenalpasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya” berlangsung selama lapan jam dari pukul 8.30 pagi, dipengerusikan Ketua Pengarah Ikim Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Abdullah berkata muzakarah itu berjaya mencapai matlamat penganjurannya iaitu mengenal pasti punca dan penjelasan latar belakang permasalahan daripada perspektif agama, bahasa, sosial dan undang-undang. “Muzakarah ini juga dapat menegaskan kefahaman dan konteks penggunaan Allah dalam Al-Quran, memurnikan tafsiran ke atas sumber-sumber hukum Islam berkaitan kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh agama dan budaya selain Islam dan membentuk kesatuan fikiran di kalangan tokoh agama serta pemimpin umat Islam,” katanya.

Abdullah berkata pendirian muzakarah itu akan dibawa kepada perhatian kerajaan dan akan dibincangkan dalam siri muzakarah akan datang bertajuk “Mengurus Krisis Antara Agama” anjuran IKIM pada 25 Jan ini.

Beliau berkata muzakarah yang membabitkan semua pemimpin agama serta Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) bertujuan mengenal pasti krisis, jalan penyelesaian dan mencari persefahaman untuk keharmonian semua kaum di negara ini.

Abdullah berkata Ikim berharap agar semua penganut agama menghormati batas-batas agama masing-masing agar tidak berlaku lagi kekecohan seperti yang berlaku pada masa ini.
Dalam pada itu Abdullah juga berkata perbincangan antara agama perlu diamalkan sebelum melangkah ke mahkamah untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

“Sebenarnya, insya-Allah, kita boleh menyelesaikan krisis-krisis agama dengan cepat,” kata beliau. - TMI

21 January 2010

Kepimpinan Islam di Malaysia - Zaid Ibrahim

Ada pihak menyuarakan rasa sedih melihat perkembangan Malaysia hari ini kerana menganggap warga Islam majoritinya sudah tidak lagi terbuka, sederhana atau toleransi terhadap warga lain yang berlainan agama. Seperti dahulu. Ini sebenarnya persepsi yang kurang tepat.
Saya mahu perbetulkan persepsi ini. Saya kata hanya pemimpin politik UMNO, penulis akhbar dan blog UMNO, dan sesetengah pemimpin agama yang mahu naik pangkat secepat mungkin dalam jabatan atau majlis agama yang sudah menjadi ekstrem dan tidak lagi sederhana. Mereka ini tidak faham apa itu sederhana atau toleransi. Mereka tidak tahu apa yang berlaku di Negara mereka di Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang menimbulkan masalah dalam hubungan kaum dan agama di negara ini.

Sebahagian besar orang Melayu dan umat Islam tidak begitu sifat mereka. Tidak dinafikan, kumpulan majoriti ini mungkin ada kebimbangan mereka serta tidak memahami sesuatu isu yang dimainkan dalam media massa, tetapi mereka bersedia untuk meneliti dan mempertimbangkan permasalahan itu secara baik dan berhemah.
Sebenarnya umat Islam secara amnya berhemah dan bertoleransi. Lihatlah kumpulan majoriti Islam di merata dunia termasuk di negara umat Islam terbesar di dunia Indonesia. Mereka berhemah dan ada toleransi kerana pemimpin agama mereka mempunyai kualiti dan bersifat moderate, lebih mementingkan "essence" agama Islam.

Sebab itulah di negara-negara umat Islam lain tak ada larangan menggunakan nama Allah atau 32 perkataan "Islam" lain yang telah dilarang seperti di Selangor, Melaka dan Pahang. Perkataan "masjid", "baitulmal" dan "kaabah" juga dilarang dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam di negeri-negeri berkenaan.
Nampaknya hanya Melayu UMNO yang takut dan tidak faham sejarah dan melihat musuh di mana-mana. Inilah kumpulan yang mengatakan negara lain tak sama dengan negara kita. Memang tak sama. Orang lain tahu sejarah dan faham erti toleransi. Mereka yakin kepada intelek dan fahaman agama mereka.

Nampaknya berbeza kualiti dan kekusutan intelek pemimpin agama kita jika dibandingkan dengan pemimpin agama di Indonesia, India, Pakistan dan Mesir. Malah di Singapura pun, Islam dilaksanakan dengan penuh hemah dan hikmah. Pesanan Majlis agama Islam Singapura (MUIS),
"Contohilah sifat Rasulullah SAW , sifat simpati (Aziz) prihatin, penyantun (Rauf) dan penyayang (Rahim). Masyarakat Islam seharusnya merasakan bahawa kewujudan mereka di kalangan masyarakat lain hendaklah membawa rahmah seperti mana Rasulullah membawa rahmah kepada seluruh alam.
Ini memerlukan masyarakat Islam menilai sesuatu keadaan baru dan mencari penghuraian dan pendekataan terbaik dan bijak menggunakan pendekatan lembut untuk mencapai matlamat murni." Berbeza dengan nasihat badan badan agama kita yang sentiasa mahu berperang.

Lihatlah cara Rasalullah mendampingi dan menyesuaikan diri di Yathrib, di tempat orang Yahudi dan Nasrani sehingga mereka akhirnya menerima baginda sebagai pemimpin. Sebaliknya, pemimpin Islam di Malaysia lebih suka marah-marah, lebih suka mencari gaduh dan senantiasa mengajak Islam bersatu bukan untuk kebaikan tetapi kerana mahu melawan musuh kononnya – dan digunakan Yahudi sebagai contoh seolah-olah ada kumpulan tertentu di negara ini yang dianggap sebagai Yahudi atau musuh besar Islam.
Inilah sifat pemimpin yang kurang ilmu, kurang tahu selok-belok hidup bermasyarakat majmuk, kurang memberi ruang untuk perbincangan kerana mereka mungkin tidak faham pun isu yang sebenar. Yang mereka tahu hanyalah menyenaraikan kira-kira 30 perkataan yang tidak boleh disebut oleh orang bukan Islam.

Mereka tidak pula memberi cadangan apa yang boleh orang bukan Islam gunakan sebagai ganti. Jadi nama apa yang boleh mereka pakai? Itulah tahap kecemerlangan pemimpin Islam Malaysia. Dan semakin hari semakin tertutup peluang Islam untuk berdakwah secara hemah dan hikmah di negara kita ini.

*Tulisan ini dipetik dari blog Zaid Ibrahim, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri yang kini menyertai Pakatan Rakyat.

Royalti Minyak Kelantan : Menteri tak tau undang-undang jangan dok sibuk, rakyat bukannya bodoh : Tun Salleh Abas

Oleh Mohd Zuharman

KUALA TERENGGANU, Jan 21 — Bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abas berkata, ahli-ahli politik termasuk anggota jemaah menteri dari Umno, yang tidak mahir tentang undang-undang pembangunan petroleum tidak wajar memperkudakan isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam tuntutan Kelantan sekarang.

Oleh itu tegas beliau, dari segi undang-undang, rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu.

“Persoalan yang ada di hadapan kita semua sekarang ialah berkaitan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti dari Petronas, bukannya dari kerajaan pusat.

“Orang ramai mesti faham perkara ini. Sekali lagi saya tegaskan, bukanya dari kerajaan pusat.
“Kerajaan pusat juga mendapat royalti dari Petronas,” kata beliau ketika ditemui di kediamannya di sini.

Timbulnya penafian hak oleh kerajaan pusat terhadap Terengganu dan Kelantan dalam isu tersebut, beliau berkata adalah kerana terdapat unsur politik, lantaran dendam kesumat pemimpin Umno terhadap PAS.

Salleh merujuk sejarah pembayaran royalti minyak kepada Terengganu sebanyak lima peratus, yang dibayar dua kali setahun semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Namun kata beliau, hak itu disekat selepas berlaku peralihan kuasa kerajaan negeri kepada PAS pada 1999. Terengganu dikuasai PAS pada 1999 manakala Kelantan diambil alih oleh PAS sejak 1990.

Salleh antara individu terlibat langsung dengan penubuhan Petroliam Nasional Berhad pada 1974 yang terikat dengan Akta Pembangunan Petroliam 1974 amat memahami matlamat awal penubuhannnya terlalu kecewa terhadap kesulitan yang sedang berlaku sekarang ini. “Ia tidak lain semata-mata kerana hati busuk sesetengah pemimpin Umno. Dulu Terengganu. Sekarang Kelantan pula dinafikan haknya,” katanya.

Mengulas lanjut, isu tuntutan royalti minyak kini dicemari pelbagai tafsiran tidak jelas dari mereka yang tidak mahir dengan undang-undang kerana politik telah mengatasi kepentingan rakyat.

Tegasnya, bab undang-undang perlu ditelaah secara mendalam oleh ahli politik sekiranya perkara itu ingin dicanangkan kepada rakyat bukannya bercakap berdasarkan kepentingan politik peribadi kerana semata-mata ingin menonjolkan diri di mata ketua.

“Saya amat berharap kepada Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas akan membuat penjelasan yang sebaik mungkin demi kebaikan rakyat terhadap hak sebenar dalam menuntut royalti minyak ini,” katanya.

Tengku Razaleigh dijadual memberi penerangan berhubung perkara berkaitan itu di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Baru pada 28 Jan ini.

Ditanya beberapa kerat pemimpin Umno Kelantan cuba menjadi hero menafikan hak itu, Saleh berkata, “itulah sifat rakyat yang cuba derhaka pada negeri sendiri.”

Menurutnya situasi begitu tidak menjadi satu perkara yang menghairankan jika tentangan itu datangnya daripada rakyat negeri lain.

“Kalau itu boleh dikira sebagai hasad dengki tetapi kalau dari rakyat negeri sendiri, susahlah nak kata apa pada mereka ini,” ujarnya.

Sebelum ini dua rakyat kelahiran Kelantan dalam jemaah iaitu Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Dr Awang Adek Husein dilabel sebagai tidak ‘cakna’ terhadap kepentingan rakyat negeri sendiri apabila mengambil langkah cuba menolak hak royalti Kelantan sebaliknya terus mempertahan pemberian wang ihsan.

Pemberian wang ihsan kepada Kelantan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu sebagai ganti royalti dan ia akan dibayar tahun ini.

Ketika diminta mengulas cabaran pemimpin Umno agar isu tersebut dibawa ke mahkamah beliau berpendapat langkah itu adalah pilihan terakhir selepas gagal menemukan titik penyelesaian melalui perundingan.

“Kalau kita tengok kes Terengganu, kes sama lah tu, hingga sekarang masih belum selesai,” katanya.

Menyentuh mengenai pembayaran wang ihsan, Salleh menambah, ia wujud setelah Kelantan membuat tuntutan Royalti.

“Kenapa dulu tidak diberi wang ihsan itu?” soalnya.

“Apa-apa pun yang penting sekarang ini kita semua perlu kembali kepada undang-undang yang dibuat. Khususnya yang berkaitan dengan hak sesebuah negeri terhadap hasil mahsul mereka.

“Dan sesungguhnya itu lah hasrat sebenar penubuhan Petronas,” katanya sambil menyifatkan selagi politik keperibadian menguasai nafsu individu, selagi itu hal ini akan berpanjangan.

Sehubungan itu beliau menyarankan kepada mereka yang tidak terlibat dalam bidang perundangan termasuk menteri-menteri agar berhenti bercakap hal tuntutan royalti yang dibuat kerajaan Kelantan kerana rakyat bukannya bodoh.

“Selagi banyak mereka bercakap hal ini, semakin jelaslah kebodohan dan kedangkalan mereka terhadap undang-undang negara ini,” tambah beliau. - TMI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive