28 February 2010

Guan Eng bagi RM100 setahun untuk warga emas P. Pinang


Mak Chik dan Pak Chik di Pulau Pinang yang berumur 60 tahun dan keatas akan menerima RM100 setiap tahun dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang bermula April 2010 ini.

Program Penghargaan Warga Emas ini yang dilancarkan hari ini oleh KM Lim Guan Eng mensasarkan kepada lebih 132,000 warga emas Pulau Pinang. Tetapi sehingga kini katanya hanya 62,000 yang mendaftar. Guan Eng berkata demikian di Pulau Pinang hari ini.

Bermula esok sehingga 8 March, warga emas boleh menyemak dan mendaftar nama mereka di http://isejahtera.penang.gov.my yang telah dilancarkan hari ini.

sumber : TMI/BERNAMA
STONE: BN tak akan pernah terfikir akan program-program sebegini melainkan program-program atau projek-projek yang boleh memperkayakan kroni masing-masing atau para-para ADUN dan AP nya sahaja.
Apa-apa pun tahniah buat Guan Eng, yang kononnya berfikiran Komunis ni.

27 February 2010

ROSMAH BUKAN "FIRST LADY" MALAYSIA

Rosmah Mansor hanya bertaraf isteri kepada seorang Perdana Menteri sahaja dan tidak layak menggelar atau menganggap diri beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia atau "First Lady" disisi Perlembagaan, kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Dalam konteks gelaran Wanita Pertama Malaysia usaha meletakkan gelaran itu pada bukan yang hak adalah sesuatu yang tidak bermoral dan tidak bersopan menurut pakar perlembagaan itu."Wanita Pertama Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan tidak boleh mana-mana pihak membuat tuntutan ke atas penghormatan itu hatta isteri Perdana Menteri sekali pun.
"Rakyat negara ini harus faham protokol kepimpinan negara sebagaimana yang dipertuntukkan dalam Perlembagaan," Prof Abdul Aziz.Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".
"Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain," jelas Prof Abdul Aziz lagi.
Ditanya mengenai laporan media yang sering mengaitkan Datin Seri Rosmah sebagai "Wanita Pertama", beliau menyatakan perkara itu menyalahi protokol negara dan tidak menghormati kedudukan mulia Permaisuri Agong.
"Dalam Perlembagaaan termaktub dengan jelas dalam Perkara 70 berkaitan kekananan Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri selepas Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri Agong," tegas beliau.Perkara 70 (1) berhubung "Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri" menyatakan "Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain".
Perkara 70 (2) pula menyatakan, "Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda".
"Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau "seniority" Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing. Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan diikuti oleh yang lain.
"Tidak disebut dalam Perlembagaan isu kekananan Perdana Menteri dalam hirarki kepimpinan negara. Kalau Perdana Menteri tidak disebut apa lagi isteri kepada Perdana Menteri!," ujar beliau.
Prof Abdul Aziz menasihati media dan agensi kerajaan supaya mempelajari sistem protokol negara sebelum memberi apa-apa gelaran kepada mana-mana individu."Malaysia bukannya sebuah republik seperti Amerika Syarikat di mana Presiden adalah Ketua Kerajaan dan juga Ketua Negara, dan isteri beliau adalah Wanita Pertama."Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang mana YDP Agong adalah Ketua Negara dan Permasuri Agong adalah Wanita Pertama."
Saya berpendapat menamakan Rosmah sebagai wanita pertama hanya helah politik oleh kuncu-kuncu beliau untuk menaikkan namanya," jelasnya lagi.Beliau diminta mengulas laporan BERNAMA bertajuk "Rosmah Tekankan Pentingnya Peranan Wanita Pertama" yang disiarkan semalam.-SK

Himpunan protes GST bulan depan ... Jom kita pi ramai2


Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 27 Feb — Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Mohd Nasir Hashim mengalu-alukan kehadiran beramai-ramai rakyat negara ini menyertai protes terhadap keputusan kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di ibu negara pada 15 Mac ini.

Kata beliau, protes akan diadakan di pekarangan bangunan Parlimen yang bersidang mulai pertengahan bulan depan.

"Bantahan ini bukan untuk cetuskan sebarang permusuhan, tetapi demi untuk membela kebajikan rakyat.

“Terutamanya rakyat bawahan yang berpendapatan rendah, petani, nelayan termasuklah ibu-ibu tunggal.

“Kita rasa bertanggungjawab terhadap kesan pelaksanaan GST terhadap mereka. Maka kita tidak akan biarkan rakyat terus ditekan dan ditipu dengan semudah itu oleh kerajaan pemerintahan,” kata beliau pada majlis penerangan mengenai GST.

Majlis tersebut diadakan di Medan Ilmu dekat sini, malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Senator Mumtaz Mat Nawi dan Yang Dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdul Rahman.

Pada majlis berkenaan Mohd Nasir mendedahkan pelaksanaan GST akan mengakibatkan 80 peratus rakyat Malaysia mengalami penurunan pendapatan dan kualiti hidup selain melebarluaskan lagi jurang antara kaya dan miskin rakyat negara ini.

Katanya, pelaksanaan GST tidak ubah sebahagian daripada usaha kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk memindah bebanan cukai daripada golongan kaya dan korporat kepada rakyat biasa.

“Langkah demikian adalah langkah memijak kepala rakyat, bukan langkah untuk mengangkat taraf hidup rakyat ke arah yang lebih stabil.

"Kita rakyat mesti faham sungguh-sungguh konsep akan dilaksanakan dalam GST ini.

“Ingat dan faham, sesungguhnya GST akan memiskinkan lagi rakyat miskin,” katanya.

Sementara itu Saifuddin dengan nada serta gaya bahasa yang mudah menerangkan GST terpaksa dibuat kerana kerajaan Malaysia tidak ada duit akibat keborosan, ketirisan termasuklah rasuah.

“Semua rakyat akan kena dengan GST ini. Tak kira kamu orang susah ke, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang hatta ibu-ibu tunggal sekali pun,” katanya.

Rang undang-undang GST akan dibaca buat kali kedua pada sidang Parlimen yang bermula 15 Mac ini. - The Malaysian Insider

Prestasi PR menurun, andai PRU 13 diadakan esok : Zulkifli sulong


Rakyat mungkin tidak asing dengan teori 3M, iaitu Money (wang), Machinery (jentera kerajaan) and Media yang memenangkan Barisan Nasional dalam semua pilihan raya umum (PRU) yang lalu. Bagaimanapun, teori 3M ini hampir gagal, apabila internet menembusi gelanggang media pada PRU ke-12, membawa impak "tsunami" kepada politik tanahair Malaysia.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi akhirnya terpaksa mengakur, bahawa media internet merupakan punca kekalahan BN yang dipimpininya dalam PRU ke-12. Jelas, perang siber pada PRU ke-12 memihak kepada PKR, PAS dan DAP yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat. Persoalannya, apakah kecenderungan ini akan berlanjutan sehingga PRU ke-13, menyaksikan kemenangan PR secara besar-besaran; ataupun PR bakal termakan dengan senjata ini?

Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakah Daily membuat ramalan bahawa prestasi PR bakal menurun, seandainya PRU ke-13 diadakan pada hari esok, ketika berucap dalam forum berjudul "Media: Kuasa politik baru PRU ke-13", anjuran bersama oleh Gerakan Muslimah Sejagat (GEMS) dan Free Public Forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

Selain Zulkifli Sulong, ahli panelnya termasuk Abu Hassan Hasbullah, pensyarah kajian media Universiti Malaya dan Fathi Aris Omar, Ketua Pengarang Malaysiakini. Forum ini dipengerusikan oleh Nurul Suhadah, menarik kehadiran kira-kira 50 orang.

Harakah menangkis propaganda "Tengkolok"

Zulkifli Sulong, yang juga bekas Ketua Pengarang Harakah, berkongsi pandangan sejauh manakah kepentingan lidah parti, khususnya terhadap parti pembangkang dalam konteks Malaysia, yang mana media arus perdana dikuasai sepenuhnya oleh parti pemerintah. [seterusnya]

25 February 2010

Akhbar-akhbar pengampu UMNO disaman RM22 juta

New Straits Times, Malay Mail, Berita Harian, Harian Metro, dan akhbar Utusan Malaysia hari ini disaman sebanyak RM22 juta oleh seorang broker yang mendakwa akhbar-akhbar tersebut telah menyiarkan berita yang seolah-olah menggambarkan beliau sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan Noritta Samsuddin.
Ya teringat aku akan seorang VVIP yang turut menggunakan "servis" Norita yang sampai kini tak dapat dikesan ... Hahahahaha bukan tak dapat dikesan, tapi sebab dia ni "orang depa" dan punya kedudukan tinggi dalam politik, jadi terpaksa ditutup saja ... dan kini mamat ni berada di luar negara ... kah kah kah ... siapa agaknya yer ...
KUALA LUMPUR, Feb 25 — Mahkamah Tinggi menetapkan 22 dan 23 Mac ini sebagai tarikh perbicaraan kes saman RM22 juta yang difail oleh seorang broker terhadap beberapa akhbar yang didakwanya menyiarkan berita yang seolah-olah menggambarkan beliau sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan Noritta Samsuddin.

Perbicaraan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Patail.

Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Fatimah Rubi’ah Ali dalam kamarnya hari ini semasa kes itu tampil untuk pengurusan.

Pada 26 Mac 2004, Shahfrul Azman Azrin mengemukakan saman terhadap penerbit akhbar dan editor di New Straits Times Press (M) Bhd termasuk New Straits Times, Malay Mail, Berita Harian dan Harian Metro, serta Utusan Melayu Bhd dan akhbar Utusan Malaysia dan pengarang.

Sebelas defendan dinamakan dalam kenyataan tuntutan.

Shahfrul Azrin, 36, dalam pernyataan tuntutan berkata defendan menerbitkan berita dan gambarnya, yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan eksekutif pemasaran Noritta, dan secara langsung atau tidak langsung atau melalui andaian, menggambarkan beliau sebagai suspek utama.

Shahfrul Azrin berkata polis menahan reman beliau pada Disember 2003 berhubung siasatan kes pembunuhan dan beliau kekal dengan pendiriannya bahawa beliau tidak bersalah.

Beliau berkata walaupun dibebaskan dari tahanan reman, akibat penerbitan berita mengenainya, beliau masih dipandang dengan penuh syak wasangka, dan persepsi terhadapnya oleh masyarakat dan rakan-rakannya tetap negatif.

Beliau menuntut ganti rugi am RM2 juta daripada setiap defendan, serta ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, dengan faedah pada kadar lapan peratus.

Defendan dalam kenyataan pembelaan mendakwa bahawa laporan berita itu mempunyai justifikasi dan ia memiliki kelebihan yang melayakkan. — Bernama

Muhyiddin mula lawan Najib


Dari "Mahathir vs Abdullah" ke "Muhyiddin vs Najib"

oleh Lim Hong Siang

Khabar mula tersebar bahawa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddn Yassin sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melawan ketuanya, Najib Razak. Malah, analisis ahli akademik Greg Lopez menjangkakan bahawa "Najib yang baru memegang tampuk kuasa mulai April 2009, kini dalam bahaya gagal menyempurnakan tempoh satu penggal sebagai Perdana Menteri". 【Baca: Is Najib on his way out?

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang menghangatkan "bahang" apabila mencabar dan mendesak Muhyiddin (gambar kanan) untuk menyatakan pendirian sama ada mendukung gagasan "1Malaysia" oleh Najib, ataupun mewarisi legasi Mahathir Mohamad. Lantas Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan media, malah setiap gerak-gerinya bakal diteliti di bawah kanta pembesar, termasuk berapa kali beliau menyebut "1Malaysia" dalam ucapan selepas ini.

Kisah tikam-menikam antara ketua dengan timbalannya bukanlah sesuatu yang baru dalam politik. Ketua akan sentiasa mengawasi dan menyekat pengaruh timbalannya, di samping timbalannya pula akan menunggu dan mencari kesempatan untuk mengorak satu lagi langkah ke depan...

Persepsi terhadap Najib terlalu negatif

Sebelum Najib menjangkau kemuncak kuasa, tidak kurang desas-desus yang mengatakan bahawa beliau tidak akan dilantik sebagai PM Malaysia. Dari perhitungan politik Abdullah Ahmad Badawi, beliau tidak yakin bahawa Najib akan melindungi kepentingannya. Untuk sesetengah anggota UMNO pula, mereka khuatir bahawa Najib yang terjerat dengan pelbagai tuduhan dan persepsi negatif mudah terdedah kepada serangan pembangkang.

Dari segi moral, Najib dikaitkan oleh pembangkang dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu; dari segi integriti pula, beliau tercalit dengan isu komisen pembelian kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi.

Sekali imbas, zaman "reformasi" menjadikan Mahathir Mohamad sebagai ikon "zalim", "rasuah"; dan Abdullah Badawi pula disifatkan sebagai "lemah", "lambat" sebelum PRU ke-12. Pemimpin akar umbi mendapati diri mereka sukar untuk menangkis serangan sedemikian yang dilontarkan oleh pembangkang dalam ceramah politik. Maka, Najib yang sudah terpaut dengan persepsi negatif sebelum menjadi PM ini sebenarnya adalah beban dari kaca mata mereka.

Muhyiddin puas sekadar TPM?

Dalam situasi sedemikian, Muhyiddin Yassin menjadi calon PM yang boleh "dipertimbangkan." Lebih-lebih lagi, apabila Mahathir Mohamad sudah tidak sabar dengan Najib yang masih keraguan untuk mencabar Abdullah Badawi seketika dahulu, nama Muhyiddin pula digilap berkali-kali olehnya.

Gandingan pimpinan "Najib-Muhyiddin" hari ini sebenarnya terhasil daripada keberanian Muhyiddin Yassin untuk mendesak agar Abdullah Badawi berundur. Dari sudut ini, Najib boleh dikatakan mengecapi hasil daripada "risiko" yang ditanggung Muhyiddin setahun yang lalu.

Ironinya, jikalau dihitung dari segi umur pula, Najib menjadi tanda noktah kepada riwayat politik Muhyiddin Yassin di sebaliknya. Muhyiddin Yassin, 63, enam tahun lebih tua daripada Najib Razak. Dengan kata lain, semakin lama Najib kekal sebagai PM, semakin tipis peluang Muhyiddin menjadi penggantinya.

Seandainya Muhyiddin tidak puas sekadar menjadi TPM, maka beliau perlu bertindak untuk menyekat Najib, sekurang-kurangnya dalam tempoh tidak melebihi dua penggal. Dalam sistem politik Malaysia (buat setakat ini), sesiapa yang bertekad untuk menjadi PM wajib meraih sokongan UMNO terlebih dahulu.

Gelanggang silat politik di UMNO

Dan di situlah gelanggang silat politik antara Muhyiddin dengan Najib. Muhyiddin memiliki kelebihan dalam UMNO apabila tampil dengan imej pemimpin yang lantang bersuara dalam isu kepentingan Melayu dan Islam. Sebaliknya, Najib berada dalam gelanggang politik yang lebih luas, perlu mengambil kira tuntutan dan keperluan semua pihak.

Bertitik tolak daripada itu, "1Malaysia" dilaungkan untuk memikat undi semua kaum. Najib memainkan peranan untuk menunjukkan kepada masyarakat bukan Melayu-Islam dan pengundi bandar bahawa UMNO sedia berubah. Muhyiddin pula, sebaliknya memainkan peranan untuk meyakinkan masyarakat Melayu-Islam dan penyokong UMNO bahawa kepentingan Melayu dan Islam tidak terjejas berikutan "perubahan UMNO".

Pendekatan yang digunakan kedua-dua mereka sebenarnya tidak selari dan saling bercanggah. Dan di celah-celah inilah Lim Kit Siang menusuk jarumnya. Persoalannya mudah, apakah Muhyiddin sudah bersedia untuk menggulingkan Najib?

Proses menggulingkan Pak Lah

Persoalan ini semestinya mencungkil minat orang ramai jikalau dilontarkan. Tetapi, seandainya diimbas kembali proses menggulingkan PM kelima, Abdullah Badawi yang berakhir belum genap setahun, kita akan mendapati bahawa syarat yang ada pada Muhyiddin sebenarnya belum matang.

Mahathir (gambar kiri) melemparkan kritikan terbukanya terhadap Abdullah buat kali pertama pada 7 Jun 2006. Sekiranya dikira dari tarikh tersebut, proses penggulingan Abdullah Badawi sebenarnya mengambil masa lebih daripada dua tahun. Malah, mustahil Abdullah mengundur diri seandainya tidak berlaku tsunami politik pada 8 Mac 2008.

Dalam tempoh lebih daripada dua tahun ini, Mahathir menggunakan segala kritikan tajamnya, sindiran sinisnya, malah mengambil langkah drastik untuk keluar parti sebagai desakan terhadap Abdullah. Bahkan, rombakan semula puak-puak berkepentingan dalam UMNO, misalnya beberapa puak "anti-Pak Lah" bersatu untuk menyerang bersama Abdullah-Khairy, menjurus kepada pencapaian matlamat itu.

Kedudukan Abdullah tidak goyah seandainya hanya tekanan dari dalam parti. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan melalui media internet terhadap saham dan harta yang dimiliki keluarganya, serangan Mahathir sehabis-habisnya gagal menjatuhkan Abdullah dari tempatnya, sebelum PRU ke-12.

Hanya apabila tsunami politik mengombak pada 8 Mac 2008, barulah arus tekanan dalam parti semakin menderas. Biarpun begitu, Abdullah (gambar kanan) masih mampu bertahan pada tempatnya, sehingga kekalahan besar UMNO-BN dalam PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008.
Natijah pergelutan UMNO

Melaga-lagakan musuh politik bukanlah taktik baru, malah sudah berkali-kali pemimpin PAS dilagakan apabila pemimpin PKR mahupun DAP mengambil pendekatan yang kelihatan tidak selari dengan apa yang dihujahkan PAS secara tradisionalnya. Jelas, Muhyiddin belum memiliki syarat-syarat seperti di atas untuk menamatkan riwayat politik Najib.

Namun, persoalan yang lebih penting, apakah natijahnya daripada pergelutan kuasa dalam UMNO? Apakah masyarakat Malaysia perlu mengulangi satu proses yang sama, kembali kepada titik asal setelah habisnya satu putaran di bulatan politik?

Ketika Mahathir melawan Abdullah Badawi melalui Najib, Abdullah ditampilkan oleh pembangkang sebagai pemimpin yang cuba membawa perubahan kepada UMNO, sementara Najib ditonjolkan pula sebagai pendukung Mahathirisme.

Tetapi, apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa, beliau pula ditonjolkan sebagai pemimpin yang bertekad membawa perubahan kepada UMNO, di samping Muhyiddin Yassin memainkan peranan sebagai batu penghalang perubahan, kini dituduh sebagai pewaris legasi Mahathir.

Mungkin ada yang mendakwa bahawa "perubahan" yang dibawa oleh Abdullah Badawi, walaupun tidak mendatangkan hasil yang jelas, tetapi setidak-tidaknya membuka sedikit ruang, yang akhirnya menjurus kepada tsunami politik. Pertarungan antara Mahathir dengan Abdullah, walaupun berkisarkan perebutan kuasa dan kepentingan, tetapi membuka ruang kebebasan bersuara secara tidak sengaja.

Pertarungan itu memperlihatkan bagaimana Mahathir yang mencabul kebebasan bersuara semasa pemerintahannya, akhirnya memilih media internet untuk membalas serangan daripada media arus perdana yang dikuasai Abdullah.

Namun demikian, jika dilihat kepada "pergelutan" yang ada sekarang, masyarakat kita sebenarnya tidak dimanfaatkan. Menjuarai isu perkauman dan agama telah memberi laluan kepada pencerobohan rumah ibadat, peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam tempoh puluhan tahun kebelakangan.

Malah, apakah ruang kebebasan dan demokrasi terbuka luas kerana "pergelutan", atau "ketidak-selarian" antara orang nombor pertama dan kedua dalam negara ini? Apakah "rasuah", "kebebasan", "demokrasi", "keadilan" dibangkitkan sebagai isu, untuk menyelesaikan masalah Malaysia pada hari ini?

Jawapannya amatlah jelas. Cuma, mengapa ghairah sangat untuk berputar-putar di bulatan politik yang sama?

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu

24 February 2010

Royalti minyak Kelantan 2 billion bukan 20 juta : Husam

KOTA BARU, Feb 23 — Kelantan membetulkan kenyataan penjelasan dibuat kerajaan pusat kelmarin bahawa tunggakan royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri itu adalah sebanyak RM2 bilion, bukannya RM20 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, bayaran semasa yang sepatutnya diterima kerajaan negeri itu adalah RM600 juta iaitu mengikut hasil pengeluaran 2008.

“Royalti sebanyak RM20 juta hanya diperoleh dari telaga Bumi Selatan yang dikeluarkan sejak 2008.

“Yang kita tuntut tunggakan sahaja tidak kurang daripada RM2 bilion dan bayaran semasa tidak kurang RM600 juta.

“Kita berharap kerajaan Malaysia (kerajaan pusat) dapat memperbetulkan semula pendirian mereka secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Ahad lalu, akhbar harian Bahasa Malaysia menyiarkan iklan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum yang ditaja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, iklan terbabit begitu menggelirukan antaranya perkara yang dirujuk tidak ada kena mengena dengan akta atau undang-undang berkaitan petroleum.

Salah satu perkara menyentuh soalan “Mengapa wang ihsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk Kelantan hanya dalam jumlah RM20 juta?”

Penjelasan kerajaan negeri itu menyebut, “kami tidak dapat menjawab soalan ini kerana ini adalah jumlah yang sewenang-wenangnya dibuat oleh kerajaan persekutuan dan tanpa asas perundangan.”

“Tuntutan kami bagi bayaran tunggakan adalah melebihi RM2 bilion dan bayaran tahunan tidak kurang dari RM600 juta,” kata penjelasan itu.

Dalam senarai jawapan yang diedarkan kepada wartawan terdapat lapan perkara bagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti.

Antaranya, mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kesemua 13 perjanjian dan 13 geran penyerahan hak menggunakan istilah bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan.
Perkataan yang popular digunakan semua pihak ialah royalti.

Selain itu, semua negeri di Malaysia ditadbir urus mengenai petroleum di bawah akta yang sama termasuk Sabah atau Sarawak.

“Perjanjian tersebut menyebut bahawasanya kerajaan dan Petronas adalah ingin hendak membuat sesuatu perjanjian menurut Seksyen 4 Akta PDA ia tak merujuk kepada Akta Ordinan Darurat 1969 yang telah dimansuhkan,” ujarnya.

Kata Husam, adalah amat memalukan kerajaan menggunakan akta yang telah dimansuhkan.

Seksyen 4 Akta tersebut menjelaskan sebagai balasan bagi penggunaan dan hak-hak kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakkan hak kepadanya (Petronas).

Mengikut akta itu, Petronas hendaklah membuat bayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui pihak-pihak berkenaan kepada kerajaan Persekutuan lima peratus kepada kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan.

“Jadi akta ini dengan jelasnya menunjukkan pembayaran dibuat oleh Petronas kepada negeri dan bukan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan atau Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,” katanya.

Beliau juga berkata, perjanjian yang dilaksanakan di antara negeri-negeri dengan Petronas pada 1975/1976 menjelaskan hak negeri di daratan dan luar pantai.

Oleh itu, katanya, tiada dinyatakan sama ada dalam PDA 1974 dan perjanjian di antara negeri, di mana setiap negeri menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantai. TMI

21 February 2010

UMNO lah musuh 1Malaysia : Kit Siang

Kit Siang: Umno is the enemy of 1 Malaysia

By Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, Feb 21 – The DAP urged Datuk Seri Najib Razak today to stop his Umno party’s newspapers from playing the race card if he really wanted the Chinese community to give his administration a chance.

Lim Kit Siang also singled out Umno as the biggest enemy of the prime minister’s 1 Malaysia concept of inclusiveness.

“Najib should ask Umno media like Utusan Malaysia, Berita Harian and government television and radio channels to give him a chance to prove that he is Prime Minister for all Malaysians by ceasing to play the race and religion card.” said party stalwart Lim Kit Siang today.

He cited as an example what he claimed to be the mainstream media’s campaign to demonise Penang Chief Minister Lim Guan Eng as anti-Malay.

The Penang CM and the DAP have been portrayed by some of Umno’s newspapers as being anti-Malay.

The state administration was alleged to have cancelled its official procession to mark Prophet Muhammad’s birthday. This was denied by Guan Eng.

The state’s local authorities have also been accused with targeting Malay traders for enforcement action despite statistics showing otherwise.

Lim said it was obvious the race card was being used by Umno newspapers against the DAP.

The Ipoh Timur MP was responding today to the prime minister’s appeal to the Chinese community in Malaysia to give the Barisan Nasional government a chance to prove itself, which he made at the national Chinese New Year celebrations at the Pandamaran New Village in Klang, last night.

Lim said Najib seemed oblivious to what was being done by Umno’s newspapers and media organisations.

He said the only conclusion that could be reached was that Najib was not serious or fully committed to 1 Malaysia otherwise he would not have allowed the Umno media to continue to exploit race and religion for political gains.

“It’s no exaggeration to say that the biggest enemies of Najib’s 1 Malaysia come from within Umno and Barisan National (BN).”

He pointed out that even leaders of BN component parties, such as MCA, Gerakan, MIC or the Sabah and Sarawak parties, do not have the political conviction or courage to tell Najib to stop the irresponsible politics of race and religion.

“If Najib cannot even ask the Umno-owned media to stop playing the race card, what positive answer can he get from his request to the Chinese community to give his government a chance to prove itself?” - TMI

20 February 2010

Bersediakah Najib untuk berubah?

oleh Dr Dzulkefly Ahmad
FEB 20 — Telah penulis catatkan beberapa kali bahawa Umno gentar serta gusar dengan Politk Baru. Benar bahawa PRU ke-12 telah menyaksikan penghakisan sokongan Umno/BN paling parah dalam sejarah politik pilihanraya. Tetapi kesemua itu tidak sepenting satu hakikat yang sering menerjah mereka. Hakikat wujudnya satu lagi koalisi yang disifatkan sebagai ‘kerajaan dalam penantian’ atau ‘government-in-waiting’.

Kalau ada yang marah atau menelah bahawa penulis bersekali Pakatan Rakyat terlalu ghirah untuk memerintah kerajaan Persekutuan, penulis sayugia perjelaskan. Penulis tidak kata perubahan besar pasti berlaku pada PRU ke-13 ini. Tetapi potensi untuk perubahan berlaku amat besar kedepan ini.

Nah, ini hakikat baru yang tidak pernah terjelma dalam telahan unjuran politik negara. Satu dekad lalu, sebutan ini hampir asing bahkan satu dongengan. Tidak ada parti dan kerajaan yang layak memerintah kecuali kerajaan Umno/BN mungkin sampai qiyamat. Kalau ada pun ‘kerajaan pembangkang’, satu istilah paradoks, ia hanya terbatas di negeri pantai Timur, Kelantan dan Terengganu.

Bagaimana ia menjadikan satu realiti adalah perubahan besar yang berlaku selepas topografi atau landskap politik negara terus berubah setelah tsunami politik melanda ganas negeri-negeri Umno/BN di pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Politik Baru berkehendak untuk mendefinisi semula pelbagai tata-orde perhubungan politik; amalan federalisme dan gelagat cabang legislatif serta suhu perbahasan di parlimen, kerancakan persaingan media mengolah lambakan isu dalam usaha mempengaruhi pemikiran awam di pasaran bebas pertarungn ide. [seterusnya]

Hukum sebat : Jangan terperangkap mainan umno - Dr Dzulkefly

FEB 20 — PAS tidak terperangkap dengan isu hukuman sebat yang sedang dimainkan Umno Barisan Nasional untuk menunjukkan mereka lebih ke hadapan dalam menonjolkan agenda Islam.

Ini ekoran hukuman sebat yang dikenakan terhadap tiga wanita dan empat lelaki yang melakukan kesalahan jenayah syariah pada 9 Februari lepas.

Umno ketika ini sangat tertekan untuk meraih sokongan rakyat menggunakan isu ini untuk menunjukkan bahawa mereka komited dengan Islam. Malaysia ditanggapi umum, khususnya media Barat, sedang mengalami proses Islaminisasi yang serius.

Saya melihat ada semacam politik di sebalik penonjolan perkara (hukuman sebat) ini. Kita jangan terperangkap dalam kerangka pemikiran mereka (Umno-BN) ini.

Negara ini ada undang-undang, mengamalkan apa yang dikatakan pelaksanaan undang-undang yang selari iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah. Yang dikatakan sebagai kedaulatan undang-undang ialah apabila kedua-dua mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang dibina melalui proses legislatif iaitu penggubalan undang-undang yang tertakluk kepada perbahasan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ketika semua ini sudah termaktub, maka inilah undang-undang yang menjadi undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya PAS berpendirian bahawa segala bentuk undang-undang syariah dan sistem perundangan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia mesti dilaksanakan secara telus dan adil terhadap sesiapa jua yang melakukan kesalahan, tanpa mengira kedudukan dan jantina.

PAS tetap mengatakan bahawa apa jua undang-undang syariah walaupun sedikit dalam sistem perundangan yang ada di Malaysia ini hendaklah dilaksanakan secara adil dan telus.

Dalam pada itu, pelaksanaan undang-undang jenayah Islam perlu didahului oleh suasana sosio politik yang baik dan adil di mana keadilan, kemakmuran, dan kesejahteraan dikecapi oleh rakyat seluruhnya.

Dalam konteks negara ini, kerajaan haruslah memastikan kebajikan dari segi kos sara hidup, pekerjaan, taraf pendidikan rakyat terpelihara.

Sebelum datangnya sesuatu hukuman itu, kerajaan harus menitik beratkan semua aspek dalam kehidupan rakyat.

Sebelum seorang pesalah itu dijatuhi hukuman menurut undang-undang Islam, ia harus melalui proses pengadilan yang benar-benar adil dan telus bagi mengelakkan kesilapan dalam menjatuhkan hukuman.
Orang yang dibicarakan itu mesti mendapat keadilan yang sewajarnya. Biar cukup bukti, baru boleh kenakan hukuman sebat. Jangan terus jatuhkan hukuman begitu sahaja. Diam-diam, tiba-tiba jatuhkan hukuman.

Namun apa yang lebih penting, PAS bersama Pakatan Rakyat menuntut agar kerajaan tegas dalam membasmi segala perbuatan jenayah yang melanggar prinsip Islam seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang semakin berleluasa.

PAS menekankan bahawa yang lebih penting sekarang ini,perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang memperjuangkan Islam adalah menuntut supaya negara negara ini bebas dan serentak membanteras segala perbuatan jenayah yang melanggar perinsip Islam iaitu rasuah, kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan membolot kekayaan negara dengan mengagihkan kekayaan kepada suku sakat dalam amalan kronisme dan pelbagai keruntuhan akhlak.

Sehubungan itu, PAS tetap dengan pendiriannya untuk membersihkan negara dan menentang segala amalan kerajaan yang melanggar syariah dan menentang kehendak rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih dan adil.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa yang paling mustahak bagi pandangan PAS adalah terus membersihkan negara dan menentang segala amalan kerajaan selama ini khususnya kezaliman yang bertentangan dengan syariah, dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat dan bertentangan dengan kehendak rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih adil dan telus. — harakahdaily.net

16 February 2010

Jalan-jalan : Kapalai Resort Pulau Sipadan - Resort di tengah-tengah lautan



Selepas dua hari berada di Kapalai Resort Pulau Sipadan, pagi ni liputan broadband ni mcm ok sikit jadi dapatlah saya untuk sedikit sebanyak berkongsi pengalaman dengan pembaca, tak kisah lah samada anda minat "diving" atau tidak. Yang pasti saudara/i patut datang ke sini untuk menenangkan fikiran setelah penat bekerja. Relex sangat di sini.

Ramai mengetahui bahawa Pulau Sipadan adalah antara tempat menarik kegemaran para penyelam untuk menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Nya ini di dasar laut. Pun begitu, sekiranya anda bukan penyelam pun anda masih dapat menikmati keindahan alam ini dengan hanya "snockling". Walau hanya ditempat-tempat tertentu yang cetek, anda pasti akan pasti akan berpuas hati dengan apa yang bakal anda lihat nanti. Dan pasti nya selepas itu anda akan berusaha untuk mendapatkan lesen penyelam seperti apa yang berlaku pada saya.


"snockling"

Pada tahun lepas, juga ketika perayaan Tahun Baru Cina, saya buat pertama kali ke Pulau Mabul. Kerana ketiadaan lesen penyelam kami hanya boleh membuat "snockling" di tempat-tempat tertentu sahaja.

Untuk ke Sipadan atau pulau-pulau berhampiran, anda perlu ke Semporna (akan dapat melihat rumah Shafie Afdal yang asal). Dari jeti Semporna, perjalanan dengan bot akan mengambil masa 1 jam untuk ke Kapalai. Dalam perjalanan anda akan temui Pulau Mabul (yang pernah saya paparkan cerita nya sebelum ini) dan juga resort pelantar minyak. Kapalai Resort, tidak seperti Mabul Resort yang punya pulau dan anda dapat ke pulau tersebut yang sememangnya punyai penghuni nya. Kapalai Resort betul-betul resort ditangah-tangah lautan. Sedikit daratan akan dapat dilihat apabila air laut surut, tiada penghuni di sini.

Anda perlu memohon permit dari Jabatan Laut Sabah untuk ke Pulau Sipadan. Dan anda tidak dibenarkan menginap di sana. Resort-resort di Sipadan telah di robohkan, yang tinggal sekarang hanya lah kem angkatan tentera kita . Jadi anda perlu menginap di pulau-pulau berhampiran seperti Mabul, Kapalai, Mataking atau juga di resort pelantar minyak. Permit tidak diperlukan untuk ke Mabul, Kapalai, Mataking dan juga "pelantar minyak.
Papan tanda di jeti berlepas di Semporna

Jeti ketibaan di Kapalai Resort

Anda akan di sambut sebaik menjejak kaki di Kapalai

Dewan makan Kapalai

-Resort di Kapalai

Pemandangan menarik Kapalai Resort

Antara unit-unit Kapalai Resort

Bilik penginapan Kapalai Resort
Resort "Pelantar Minyak"

Pulau Sipadan - tiada apa yang menarik di pulau ini,
sehinggalah anda ke dasar lautnya
Peralatan menyelam ...
Saya bersama 3 orang kawan bersiap sedia untuk kedasar laut

Memeriksa peralatan sebelum menyelam

Pelancong Eropah berjemur di pantai Sipadan

Hanyalah kem tentera yang terdapat di Pulau Sipadan.

Semua resort-resort telah di robohkan selepas kumpulan Abu Sayaf menyerang dan menculik beberapa kakitangan resort beberapa tahun lalu.

Kawalan keselamatan agak ketat buat masa ini selepas tuan punya dan seorang pekerja Syarikat Rumpai Laut telah diculik seminggu lalu. Di Kapalai Resort sendiri terdapat unit PGA dari PDRM dan juga anggota tentera berkawal 24 jam.. Begitu juga di Mabul, unit PGA juga ditempatkan di sana.

Untuk yang berminat ke Sipadan, anda boleh lah menghubungi no ini ...012 255 2636

12 February 2010

Jom jalan-jalan : Lahad Datu, Sabah


Atas sebab-sebab tugas rasmi, aku kini berada di Lahad Datu, Sabah. Hari ni, Jumaat adalah hari ke 3 aku di bandar kecil di pinggir laut pantai timur Sabah ini. Dua hari lalu agak sibuk, tapi pagi ni ada sedikit kelapangan untuk aku menyusuri sekitar bandar yang dimonopoli oleh peniaga-peniaga kecil Filipina ni. Aku tak pasti samada mereka ni masuk secara halal atau haram.

3 hari lalu, pemilik dan seorang pekerja syarikat rumpai laut di Semporna telah diculik, dan sehingga kini nasib kedua mereka masih belum dapat dipastikan keadaannya. Jadi perairan Semporna, Lahat Datu kini di kawal rapi oleh pihak berkuasa. Kelihatan 3 bot peronda polis marin ditempatkan di Lahat Datu.

Mengikut sumber-sumber, kejadian ini ada kaitan dengan kumpulan Abu Sayaf, yang pernah suatu ketika dahulu mendarat di Lahad Datu dan membuat kacau di sini, dan dipercayai mereka akan mengulangi serangan ke atas pulau-pulau disekitar Semporna dan Lahad Datu, yang hanya 30 minit perjalanan bot laju ke pulau-pulau Filipina
... alahai, mungkin niat aku dan beberapa kawan dari KL yang akan sampai esok untuk "diving" di Sipadan akan terbantut la macam ni

Rumah air masih terdapat dipinggir bandar Lahad Datu ni

Bandar Lahad Datu

Salah satu bulatan di Lahad Datu

Pasar Rakyat Lahad Datu. Kebanyakan peniaga adalah warga Filipina

Peniaga Filipina di Pasar Rakyat Lahad Datu

Menjual rokok (seludup - brand Astro pun ada) di tepi-tepi jalan. Marlboro 20btg harganya RM3.50 saja

Antara awek Lahad Datu ... ni orang tempatan, bukan dari seberang. Comey gak orang2 Sabah ni...

2 pcs live band kat hotel aku menginap -Hotel Executive

Jom berehat seketika di PETRONAS Bt 3 Jalan Silam Lahad Datu dan di 31 stesen PETRONAS lain sempena Xong Xi Fa Cai ni. Dapatkan minuman Nescafe dan Milo PERCUMA dari jam 3pm-9pm (Sabah Sarawak) 4pm-10pm di Semenanjung

11 February 2010

Guan Eng kata dia tak pecat Zahrain

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, Feb 11 — Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang bulan lalu mengeluarkan kenyataan pedas terhadapnya masih merupakan Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP).

Pada masa yang sama, Lim Guan Eng berkata, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam mesyuaratnya kelmarin telah memutuskan untuk menganugerakan tender terbuka mengurus Bukit Jambul Golf & Country Resort (BJCC), bernilai RM40 juta, kepada sebuah syarikat lain untuk tempoh selama 10 tahun.

Tahun lalu ia membatalkan keputusan dibuat IGP untuk memberi kontrak berkenaan kepada sebuah syarikat RM2.

Butiran mengenainya akan dikeluarkan selepas sambutan Tahun Baru Cina, kata Lim dalam satu kenyataan.

BJCC diuruskan oleh IGP, sebuah subsidiari dimiliki PDC.

Dalam kenyataan itu, Lim berkata buat masa sekarang Zahrain masih merupakan Pengerusi IGP.

Zahrain memegang jawatan pengerusi dan pengarah IGP sejak 9 Julai 2008.

“PDC ada memaklumkan saya bahawa tiada surat dikeluarkan oleh sama ada PDC atau IGP kepada mana-mana pengarah mengenai sebarang perubahan (dalam kedudukan IGP,” kata Lim.

Laporan akhbar hari ini menyebut, Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang mendakwa beliau telah dipecat dari mengetuai IGP, 12 hari selepas mengeluarkan kenyataan mengkritik Lim.

Kenyataan Zahrain itu, yang turut disokong seorang lagi Ahli Parlimen PKR Pulau Pinang menyebabkan hubungan “dingin” PKR-DAP dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Zahrain dan rakan sejawatannya dari Nibong Tebal kini disiasat lembaga disiplin PKR.

MENYUSUL LAGI

Hakim bohong : Karpal Singh

KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu, Rabu ditegur kerana menggunakan perkataan kasar terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mengadili kes itu.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu berkata, Karpal bebas mengemukakan hujah tanpa perlu menghina hakim.

"Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar. Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar.

"Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika," katanya ketika berhujah semasa mahkamah mendengar permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes itu kononnya kerana beliau berat sebelah.

Sebelum itu, Karpal berkata bahawa oleh kerana Hakim Mohamad Zabidin tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai "satu pembohongan oleh Yang Arif".

Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. [seterusnya]

10 February 2010

Lagi blogger ditangkap

Akhirnya mamat yang "kreatif" ni telah ditahan polis di Johor semalam. Ikut lapuran ni dia serah diri. Sebab apa dia serah diri, sebab dia dia pro sebelah sana, kalau blogger yang anti depa macam AT baru-baru ni pi serah diri pun dikata melarikan diri dan di tangkap .... Hahahahaha
lapuran awal di sini
JOHOR BARU: A 44-year-old blogger has been detained for allegedly posting on the Internet doctored pictures of Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat being sodomised by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

It is learnt that the man had turned himself in at the Permas Jaya police station yesterday.

Kelantan PAS Security Committee secretary Major (Rtd) Mohamad Ibrahim had lodged a report over the matter at the district police headquarters in Pengkalan Chepa, Kelan-tan on Monday, after discovering the pictures on the Internet last Saturday.

Johor police chief Deputy Comm Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff confirmed the arrest.

“The suspect has been handed over to the Kelantan commercial crime unit for further investigations.

“The case is classified under the Communications and Multimedia Act 1998,” he said.

The pictures posted on the Internet caused a stir among PAS leaders and supporters in Kelantan.

A local daily even quoted Nik Abdul Aziz as saying that the allegations were shocking and that the blogger had misused his talent.

This is the second blogger arrested over offensive postings on the Internet this year.

On Jan 29, Khairul Nizam Abdul Ghani known as Aduka Taruna from Rumah Rakyat Pancor in Paroi, Negri Sembilan, was charged at the Seremban Sessions Court for posting derogatory remarks of the late Sultan of Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail on his blog.

He was accused of improper use of network facilities or a network service as provided for under Section 233(1)(a) of the Communications and Multimedia Act 1998 (Act 588). - theStar

09 February 2010

Memang dah dijangka

Akhirnya Zambry diisytihar sebagai MENTERI BESAR PERAK YANG SAH.

Tak payah nak ulas panjang-panjang lagi ... semua dah tahu ... satu keputusan yang ramai telah menjangka ... Ini lah politik Malaysia sekarang

Apa tindakan Pakatan Rakyat seterusnya?

Untuk renungan para-para pemimpin PKR .. Lakukan sesuatu sebelum terlambat

Suatu berita yang "menarik", untuk renungan peminpin-pemimpin PKR.
Dalam suasana yang tidak menentu sekarang ... DSAI dengan "liwat II"nya ... PAS dengan "cubaan" untuk berbaik-baik dengan UMNO (walaupun menurut kata TGNA ia hanya tertumpu kepada soal Islam), entah sudah berapa kali percubaan demi percubaan dalam nada yang sama, seperti kata Hanipa Maidin, sekejap muzakaran, sekejap UG, sekejap muqabalah tapi jangan sampai rakyat meluat, kini di kawasan Parlimen MB Selangor, bekas Bendahari PKR bersama 100 pengikut telah keluar parti seterusnya menyertai UMNO.
Maka akan berkatalah MB Khalid, ... ini masalah terpencil ... telah lama di duga seperti kata YB Azmin ... kata-kata yang seolah-olah "tidak kisah" dengan isu keluar parti ini. .... apa akan terjadi andai masalah terpencil ini akan berterusan ditempat-tempat lain?
Apakah PKR akan "bungkus" dengan "masalah terpencil" ini? Kepimpinan PKR harus lakukan sesuatu demi untuk mengelakkan ianya berterusan ...
Bendahari PKR, 100 Anggota PKR Bandar Tun Razak Sertai UMNO

KUALA LUMPUR: Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR)Norasidi Salim secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan kembali menyertai Umno malam tadi.

Turut mengikut jejaknya adalah empat lagi anggota PKR iaitu Timbalan Ketua Bahagian PKR Putrajaya Azmi Hassan, Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan Ishak Hamzah, anggota jawatankuasa PKR Putrajaya Daud Ahmad dan penggerak reformist 1999-2008 Mohd Solleh Ibrahim.

"Keputusan ini diambil dengan rela hati tanpa desakan daripada mana-mana pihak. Ianya dibuat setelah difikirkan dengan masak-masak kedudukan kami dalam PKR dan menghalusi perjuangan parti.

"Apa yang kami dapati PKR tidak ada perjuangan membela rakyat yang jelas, malahan setiap tindak tanduk kepimpinan parti diselubungi oleh agenda persendirian," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Timbalan Presiden Umno, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Norasidi turut menyerahkan 100 lagi borang permohonan keanggotaaan Umno daripada anggota PKR bahagian Bandar Tun Razak.

Norasidi berkata pemimpin PKR gagal memperjuangkan nasib rakyat khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008, sebaliknya bertelingkah sesama sendiri seperti yang berlaku di Sabah, Pahang dan Pulau Pinang.

"Kebelakangan ini, kita juga dengar saranan daripada kepimpinan parti PKR seperti Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Ketua Penerangan (Latheefa Koya) supaya ahli-ahli PKR yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti, supaya keluar parti," katanya.

Norasidi berkata beliau mengambil keputusan kembali kepada Umno kerana yakin dengan budaya politik parti yang sudah kukuh dan telah melalui onak dan duri dalam perjuangannya.
Malah, beliau yakin Umno dapat mengembalikan kepercayaan rakyat dan mentadbir negara dengan baik demi kesinambungan kesejahteraan rakyat. - BERNAMA

08 February 2010

Najib perlekeh enjin F5E ...

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua membidas Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana meremehkan kehilangan dua enjin jet pesawat tempur F-5E milik Tentera Di Raja Udara Malaysia.

Najib berkata dua enjin jet itu bukan aset strategik negara kerana berasaskan teknologi lama.
Phua berkata Perdana menteri tidak harus menolak kepertanggungjawaban beliau atas kehilangan dua enjin pesawat pejuang itu.

Dua enjin itu hilang pada tahun 2007, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.
Namun kecurian itu hanya dilaporkan pada tahun 2008.

Semalam perdana menteri berkata kecurian dua enjin pesawat itu tidak menimbulkan sebarang kesan kepada pertahanan negara.

“Telah mengulas perkara itu dari segi yang salah. Sebab masalah kita bukan sahaja enjin jet itu bukan masalah aset strategik tetapi bagaimana sebuah enjin jet boleh hilang dalam simpanan, dalam stor kita. Itu yang menjadi masalah. Tidak kira ia satu enjin kapal terbang apa, F5E ke, masalah kawalan kem kita tentera kita. Kalau enjin jet ini boleh keluar yang lain pun boleh keluar” ujar Phua merujuk kepada kenyataan Najib.

Malah beliau yakin, Najib telah memberikan respon sambil lewa apabila menyifatkan enjin tersebut bukanlah aset strategik negara.

Tindakan Najib itu sekali lagi dilihat mencalarkan imejnya sebagai Menteri Pertahanan ketika itu.

“ Kenyataan itu dikeluarkan untuk meremehkan perkara ini. Dan saya rasa perkara ini tidak patut diremehkan. Dia hendak memberikan pandangan dan perspektif bahawa perkara ini tidak sebesar yang dikacau-kacaukan oleh pihak pembangkang. Tapi apa yang kita bantah bukannya satu perkara remeh tapi ini merupakan satu perkara yang amat serius kerana ia menjejaskan keselamatan negara kita”

Tambah Phua, tertangkapnya dua pegawai bawahan yang dikatakan terlibat dalam insiden kecurian ini sememangnya sukar untuk dipercayai dan satu siasatan lebih rapi harus dijalankan.

“ Ini memang sukar untuk dipercayai oleh orang ramai. Untuk memulihkan semula keyakinan orang ramai kepada pihak tentera kita, satu siasatan yang terbuka, yang penuh, yang teliti supaya kebenaran dapat dikeluarkan” katanya.- SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

07 February 2010

PAS buat laporan polis blog siar imej Anwar ‘liwat’ Nik Aziz


Oleh Mohd Zuharman


KOTA BARU, Feb 7 – PAS Kelantan membuat laporan polis terhadap sebuah blog yang menggambarkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang “diliwat” Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Blog tersebut, jeffrydamien09.blogspot.com selain mempamerkan beberapa imej lucah menggunakan kaedah tindan-tindih gambar, turut memuatkan artikel memburukkan dua tokoh itu.
Bahan itu dimuatkan dalam artikel bertajuk “Pak Ajis dah kecut!!: Perpaduan dah jahanam.. Al Jubori pun nak jahanam.. Nak bincang ape lagi?”

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Kota Baru, Pengkalan Chepa oleh Mejar (B) Mohamad Ibrahim selaku Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan hari ini.

Hadir sama Penasihat Undang-undang PAS Kelantan, Hisham Fauzi, exco Pemuda PAS negeri, Mohammad Abdul Rashid Yah dan 30 penyokong PAS.

Beliau ketika ditemui berkata perbuatan tidak bertanggungjawab itu bersifat provokatif boleh menyebabkan ketidakstabilan politik dalam negara.

“Kami membuat laporan ini memohon kepada pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas blogger berkenaan kerana telah bertindak di luar batasan seorang blogger.

“Kami juga memohon satu siasatan segera dibuka mengikut akta multimedia, akta fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan-perbuatan fitnah sebegini,” kata beliau.

“Bukan satu sahaja tapi banyak grafik lain terdapat dalam blog tersebut.

“Saya kira ini adalah satu perbuatan melampau jika tidak dibendung ia boleh menyebabkan ketegangan di kalangan penyokong PAS dan Umno di negeri Kelantan,” katanya.

Sehubungan itu katanya, selain memburuk-burukkan imej Nik Aziz dan Anwar ia juga menyentuh perbicaraan terhadap Anwar dalam kes liwatnya yang sedang berlangsung sekarang.

“Kami juga merasakan ini satu tindakan subjudis menyentuh perbicaraan yang sedang berlangsung.

“Semua kami yang berada di sini hari ini berharap tindakan segera pihak polis berhubung perkara ini dapat diambil memandangkan kes ini telah dapat dilihat dengan jelas,” jelasnya.

Sementara itu dalam satu perkembangan lain Pemuda PAS negeri diketuai Ketuanya Abdul Latif Abdul Rahman membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pengerusi Badan perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkaitan pemberian wang ihsan.

Aduan tersebut dibuat Mohammad Abdul Rashid selepas merujuk kenyataan Mustapa pada majlis perjumpaan khas dengan Umno Pasir Puteh yang menyebut akan menemui Perdana Menteri untuk berbincang dan mencadangkan projek-projek yang akan dilaksanakan di bawah pemberian wang ihsan.

Ekoran itu beliau percaya bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) telah bertindak di luar bidang kuasa mereka dalam pengagihan wang tersebut.

“Sekurang-kurangnya mereka (Umno-BN) terlebih dahulu rujuk kepada kerajaan negeri kerana walau apapun bentuk projek akan dilaksanakan di negeri ini perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri dulu.

“Tapi malang, sebaliknya berlaku. Ini menunjukkan telah nampak unsur-unsur penyelewengan dalam hal ini.

“Oleh yang demikian saya memohon pihak SPRM mengadakan siasatan sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 29 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dalam kadar segera,” katanya. - the malaysian insider

STONE: Aku berharap agaar polis yang begitu cepat bertindak terhadap Aduka Taruna baru-baru ini juga dapat menggunakan kuasa yang mereka ada untuk mengambil tindakan yang sama pada mamat ni juga. Jangan nanti ada "double standard" dalam menangani kes-kes yang melibatkan para penyokong kerajaan UMNO BN ni ...

Guan Eng Diktator, cauvanis dan berfikiran komunis?


FEB 7 — Mungkin kerana warna kulitnya, agamanya, bahasa ibundanya dan ketegasannya untuk membasmi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, Lim Guan Eng menjadi mangsa kecaman dan ancaman hebat dari kumpulan-kumpulan yang mengaku wira Melayu. Lebih teruk lagi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menjadi sasaran segelintir pemimpin politik parti komponen Pakatan Rakyat.

Tuduhan yang paling berat terhadapnya ditujukan dari seorang “sahabat” Parti Keadilan Rakyat yang mendakwa dakwaan Guan Eng adalah “diktator, cauvinis dan berfikiran komunis”. Tetapi benarkah Guan Eng seorang pemimpin yang begitu kejam dan zalim sekali?

Dalam wawancara Guan Eng bersama Harakah baru-baru ini, beliau berkongsi pandangan tentang usaha kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjadikan rakyat negeri berdaya saing, dengan mengemukakan contoh perubahan sikap masyarakat di negara komunis China:

“Dulu di negeri China pada tahun 60-an dan 70-an, ekonominya begitu mundur sekali. Rakyat hidup merana tanpa bantuan. Malah ekonomi China dianggap sebagai pesakit Asia. Kenapa? Kerana dasar kerajaan komunis tak boleh jalan. Dasar di mana semua akan makan satu mangkuk nasi. Tak kira kerja kuat atau tak kerja, semua akan dapat satu mangkuk nasi. Yang kerja lapan jam, dapat satu mangkuk. Yang kerja lapan minit pun satu mangkuk. Siapa nak bertungkus lumus? Siapa nak kerja rajin dan tekun? Sebab itu orang China waktu itu malas berkerja. Adakah malas kerana mereka sendiri malas? Bukan. Tapi kerana dasar subsidi membuatkan mereka malas. Tapi kita bukan buat dengan serentaklah. Tapi kita mesti ada dasar baik supaya mereka dapat berdaya saing. Bila mereka ikut dasar yang maju, menggalakkan mereka berdaya saing, saya rasa itu adalah sesuatu yang paling baik untuk orang Melayu dan juga negara Malaysia - [seterusnya]

Zul Zaid Zahrain dan kini Tan pula


Bermula dengan Zul Kulim kerana "bergaduh" dengan Khalid Samad Shah Alam, kemudian Zaid Ibrahim kerana mempertikai tindakan terhadap Zul Kulim, dan seterusnya Zahrain Bayan Baru kerana "bertelagah" dengan KM Guan Eng, dan kini ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng pula akan dihadapkan ke Jawatan Kuasa Disiplin parti PKR.

Apa nak jadi dengan PKR ni? ...


KUALA LUMPUR, Feb 7 — Senarai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dirujuk kepada lembaga disiplin terus meningkat dengan yang terbaru ialah Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng, yang baru-baru ini menyokong pendirian rakannya mengecam teruk Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dengan itu, setakat ini empat orang telah diputuskan oleh pucuk kepimpinan parti itu agar disiasat oleh lembaga disiplin dalam tempoh 30 hari.

Keputusan untuk merujuk Tan kepada lembaga disiplin dicapai pada mesyuarat Biro Politik PKR, Rabu lalu.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PKR yang baru, Saifuddin Nasution Ismail.
Difahamkan siasatan ke atas Tan juga akan tertumpu kepada tindakan beliau membelakangi saluran parti dalam memberikan pandangan dan kritikan berkaitan dasar PKR dan Pakatan Rakyat (PR).

Ini kali pertama sejumlah pemimpin yang berjawatan, yang banyak jumlahnya, dirujuk kepada lembaga disiplin PKR iaitu dalam tempoh selang 10 hari.

Malah jumlah itu dilihat besar ketika pemimpin mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kes liwat kedua beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum ini tiga pemimpin PKR telah diputuskan kepada lembaga disiplin sejak 26 Jan lalu. - The Malaysian Insider

06 February 2010

Lagi rampasan kuasa di Perak : DS Nizar

Oleh Clara Chooi

IPOH, Feb 6 — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang pagi ini memulakan “ekspedisi demokrasi” di Perak untuk mengingatkan rakyat tentang rampasan kuasa yang genap setahun hari ini, mendakwa Barisan Nasional (BN) merancang satu lagi usaha untuk “merampas kuasa”.

Kali ini, menurut beliau, rancangan BN kemungkinan melibatkan usaha bersubahat yang lebih ketara berbanding sebelum ini, membabitkan anggota tentera termasuk polis dan komando.

“Apabila keputusan (mahkamah) keluar 9 Feb ini, Umno akan melancarkan satu lagi rampasan kuasa yang lebih teruk.

“Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Pakatan (Rakyat) tidak memegang kerajaan,” kata beliau pada ucapan majlis sarapan pagi dengan penduduk di Chemor dekat sini.

Kemudian di Sungai Siput, Nizar menjelaskan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau “menjangkakan” tindakan susulan Umno dengan meramalkan apa yang akan berlaku sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan memutuskan kepada kes MB melawan MB Selasa ini.

“Jika keputusan memihak kepada saya, mereka akan meminta (timbalan speaker) Hee Yit Foong agar memanggil sidang khas Dewan Undangan Negeri agar mereka boleh mengemukakan undi tidak percaya ke atas saya sebagai menteri besar,” kata Nizar.

Undi tidak percaya bermakna Nizar akan kehilangan jawatannya sebagai menteri besar memandangkan PR hanya mempunyai 28 kerusi.

BN juga mempunyai 28 kerusi tetapi mereka mempunyai sokongan wakil rakyat Bebas, yang merupakan bekas Adun PKR dan DAP.

Selain Hee, dua wakil rakyat PKR yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas ialah Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu masing-masing dari Behrang dan Changkat Jering.

Meskipun Hee, dengan mempengerusikan sidang dewan, tidak boleh mengundi, tetapi BN mempunyai kelebihan dengan sokongan Adun Behrang dan Changkat Jering.

Nizar juga bertekad tidak akan membenarkan BN mengadakan satu lagi rampasan kuasa di negeri itu.

“Mereka akan menggunakan orang-orang mereka untuk menahan Speaker yang sah, V. Sivakumar daripada memasuki dewan,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan sekiranya Nizar menang dalam kesnya Selasa ini, Sivakumar secara automatik akan dikembalikan sebagai speaker yang sah.

Ini kerana kesemua acara termasuk majlis angkat sumpah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar dan pelantikan Speaker BN Datuk R. Ganesan, yang berlaku selepas Nizar digulingkan akan dianggap tidak sah.

Dalam ceramahnya di Ayer Tawar, Seri Manjung malam tadi, Nizar memberitahu kira-kira 3,000 hadirin bahawa beliau memberi amaran kepada BN agar tidak melakukan perkara-perkara tidak betul.

Beliau mengingatkan tentang pendekatan “keganasan” yang digunakan oleh BN ketika sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei dan juga pada 28 Okt lalu.

“Mereka berupaya untuk melakukan apa sahaja. Pada 10 Feb atau 11 Feb ini, selepas keputusan mahkamah, BN sekali lagi akan merampas kuasa daripada kami,” katanya. - The Malaysian Insider

Hang dok belah mana Zul?

Hangpa tengok kenyataan demi kenyataan yang di keluarkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar baru ini. Aku mula-mula dulu memang agak respek dengan Zul, seorang Ahli Parlimen yang "low profile", pi Parlimen naik motor. Pernah dia bercerita pengawal di Parlimen tak benarkan dia letak motorsikal dia dikawasan yang dikhaskan untuk Ahli Parlimen sebab dia pi dengan motor. Dan banyak lagi lah cerita cerita dia yang aku dok ikut. Tapi akhir-akhir ni aku dah macam tak berapa nak boleh terima perangai YB ni ... tambahan pula macam-macam cerita negatif dari kawasan Parlimen dia .... dan yang ni hangpa tengok la, ada ka patut di buat kenyataan macam ni? Orang Kulim Bandar baru, cuba hangpa tengok kelaku wakil rakyat hangpa ni ...
Angkuh, Chauvinist dan Perkauman Punca Masalah Pakatan Rakyat - Zulkifli Noordin

Oleh AU YEONG HOW

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin secara peribadi berpendapat punca masalah Pakatan Rakyat adalah sifat angkuh, chauvinist serta perkauman pucuk pimpinan DAP.

Menurutnya, punca tersebut turut membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

"Itu adalah aduan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Yang Berhormat (YB) Hee (Yit Foong), YB Jamaludin (Mohd Radzi) dan YB (Mohd) Osman (Jailu). Apabila mereka mengadu menggunakan saluran parti, tiada apa-apa yang berlaku.

"Hakikatnya, seperti biasa, mereka dicap sebagai agen Barisan Nasional. Sepatutnya mereka menyelesaikan masalah bukannya tidak mengendahkan aduan tersebut," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, ini terbukti dengan cara Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan kumpulannya menyelesaikan masalah di negeri itu.

Katanya, Lim melabelkan ahli-ahli PR yang mengkritik mereka sebagai ejen BN, pelampau, pengganas malah menyatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) "penuh dengan sampah!"

"Sekiranya mereka tidak mendapat apa-apa yang dikehendaki, mereka akan menggertak kami seperti yang berlaku di Kedah.

"Dan jika kami mengkritik mereka, mereka akan mencabar kami supaya meninggalkan PR," ujarnya.

Di Selangor, Zulkifli memberitahu, kekacauan politik sedang bergolak dan menanti untuk 'meletup' pada bila-bila masa saja.

Jelasnya, ini kerana sikap angkuh dan chauvinist beberapa wakil DAP yang tidak menghormati speaker, komrad mereka sendiri.

"Terdapat satu ungkapan terkenal yang heboh diperkatakan di sekitar bandar Selangor iaitu, 'jika anda ingin memastikan sesuatu perkara dilakukan, tidak perlu jumpa Menteri Besar, hanya jumpa wakil-wakil DAP tertentu dan semua selesai'," katanya.

Zulkifli bimbang rakyat akan menolak PR sekiranya keadaan sedemikian berterusan kerana mereka tidak melihat apa-apa dilakukan oleh kerajaan PR.

Apa yang mereka lihat, katanya, ialah permainan menyalahkan pihak lain.

"Apa-apa salahkan kerajaan terdahulu. Salahkan orang lain kecuali diri sendiri bagaimanapun, yang telah kita lakukan.

"Semua perkara dipolitikkan. Malah pihak berkuasa ingin menyiasat tindakan jenayah beberapa ahli PR turut dipolitikkan," katanya.

Tambah Zulkifli, permainan politik ini telah membinasakan wakil rakyat dalam PR yang jujur, telus, tidak berpolitik serta cuma ingin melaksanakan tanggungjawab mereka.

Lebih buruk lagi, katanya, sikap angkuh dan chauvinist pemimpin DAP ini memberi ruang kepada Umno atau BN mengambil kesempatan serta mengeksploitasi kelemahan pakatan itu.
"Kita telah melihat ia berlaku di Perak. Sekiranya tidak berhati-hati, ia akan berlaku lagi. Jika ia berlaku, kita hanya mampu menyalahkan diri kita sendiri," katanya. - mStar

Mahkamah Era Tun Zaki


Selepas pemecatan hakim-hakim oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1988, Allahyarham Tun Suffian Hashim telah menyatakan bahawa badan kehakiman Malaysia akan hanya pulih dari segi kewibawaan dan kepercayaan rakyat dalam masa 50 tahun akan datang. Daripada langkah dan tindakan yang dilakukan oleh Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, saya melihat efisiensi Mahkamah sudah meningkat manakala kes-kes tertunggak banyak diselesaikan . Ini adalah satu perkembangan yang baik. Saya harap Majlis Peguam akan terus memberi kerjasama kepada badan kehakiman supaya Mahkamah kita lebih mampu menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih cepat dan adil.

Hakim-hakim Mahkamah Tinggi juga telah menunjukkan sikap ‘bebas” dan berani dalam beberapa kes sejak kebelakangan ini. Bebas dan berani ini dalam konteks kehakiman ialah berani membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang serta Perlembagaan tanpa mengira sama ada keputusan itu popular atau tidak, sama ada dipuji atau dicemuh orang ramai. Hakim-hakim tidak sepatutnya mengambil kira sama ada pembangkang atau kerajaan menyokong keputusannya; keputusan yang bijak dan adil adalah tanggungjawab mereka.

Antara contoh-contoh ketegasan Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang berani dan bebas baru-baru ini adalah:

• Kes Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan perkataan “Allah” dengan syarat tidak disalahgunakan oleh majalah Herald milik Gereja Katolik Malaysia;•
Kes Mahkamah Tinggi di Bintulu yang mengiktiraf hak Orang Asal Sarawak berhubung tanah adat (NCR); dan•
Kes Mahkamah Tinggi di Kucing yang mengiktiraf konsep adat Melayu “serah” dalam tuntutan pampasan penat lelah dalam usaha membangunkan tanah.

Mahkamah Persekutuan juga membuat keputusan yang tepat dalam soal “indefeasibility of title” dalam Kanun Tanah Negara bila mereka menolak keputusan awal yang sungguh tidak masuk akal. Mahkamah sekarang nampaknya lebih berwibawa jika dibandingkan dalam tahun-tahun 1990an daulu.

Kini apa yang ditunggu oleh rakyat ialah sama ada Mahkamah kita akan berani dan bebas dalam membuat keputusan yang adil dan tepat dalam kes-kes “politik”. Kes-kes ini akan menentukan sama ada hakim-hakim akan benar-benar bebas atau masih terikat dengan cara lama waktu zaman Mahathir dahulu. Cara lama ialah di mana beberapa hakim “sub standard” digunakan untuk membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan atau orang-orang tertentu sahaja dengan mengenepikan prinsip undang-undang dan Perlembagaan tanpa rasa malu.

Sebab itulah keputusan kes Menteri Besar Pakatan Rakyat lawan Menteri Besar Barisan Nasional di Perak minggu depan akan menjadi penentu sama ada Mahkamah era Tun Zaki akan berbeza dengan era sebelum ini. Ia akan menentukan sama ada amalan demokrasi berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang (rule of law) akan wujud semula di Malaysia.

Kalau Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum 2008 menang dalam kes ini, maka kita yakin pemulihan Mahkamah telah bermula dan roh arwah Tun Suffian tidak perlu menunggu 50 tahun lagi untuk menyaksikan pemulihan badan kehakiman di Malaysia. Sebaliknya, kalau seorang lagi yang telah merampas kuasa melalui politik melompat yang diisytiharkan menang, maka kita akan kembali kepada zaman perundangan gelap seperti suatu masa dahulu. - Zaid Ibrahim

05 February 2010

PETRONAS mesti bayar royalti



Bekas Pengerusi PETRONAS, Tengku Razaleigh Hamzah terus berharap agar PETRONAS dapat membeyar segera royalti (dari hasil minyak) kepada semua negeri-negeri yang berhak.

Beliau meminta Presiden/CEO baru PETRONAS agar menguruskan perniagaan mengikut undang-undang, bukan mengikut kehendak orang-orang politik.

Petronas baru-baru ini mengumumkan perlantikan Datuk Shamsul Azhar Abbas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru

"Pada pendapat saya, saya tak fikir mereka (PETRONAS) harus mengikut arahan orang-orang politik. Mereka mesti bekerja mengikut undang-undang.

Lapuran penuh di sini
Gambar: Topeng Perak

2 enjin F5E dijumpai di Uruguay

Missing jet engines found

PETALING JAYA: The two missing F5E jet engines have been found in Uruguay with the help of the government there, Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail said on Friday.

Thanking the Uruguay government for its cooperation in recovering the engines, he said that the Malaysian government is “aggressively pursuing the matter” and is proceeding with the “necessary procedures for the return of the two engines.”

The discovery was due to the efforts and close collaboration of the two governments, he said in a statement.

Abdul Gani also thanked the Uruguayan ambassador to Malaysia Pablo Sader for the assistance his embassy rendered.

An RMAF sergeant and company director claimed trial at the Sessions Court here on Jan 6 in connection with the two missing F5E jet engines.

It was earlier reported that two J85-GE-21 jet engines, which power the F5 fighters, had been stolen from two RMAF facilities while some components from the same planes were also unaccounted for.

Abdul Gani was reported to have said that engines were taken out of the RMAF base on Dec 20, 2007 and Jan 1, 2008, and sent to a godown in Subang Jaya.

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the engines were discovered missing from the Sungai Besi RMAF airbase during routine maintenance service. Also missing were its maintenance and service records - theStar

Kes hairan yang benar-benar pelik - Sivarasa

Anwar Ibrahim, Konspirasi No.2

oleh Sivarasa Rasiah

Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.

Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar (gambar kanan) ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.

Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campur tangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.

Kes hairan yang benar-benar pelik

Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar. [seterusnya]

*Tulisan oleh Sivarasa Rasiah, selaku peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwat dan Naib Presiden PKR

74% mahukan pilihanraya semula di Perak

KUALA LUMPUR, Feb 5 — Nearly three in four voters, or 74 per cent, feel that fresh state elections remain the best way to resolve the political crisis in Perak, a new poll conducted on the eve of the first anniversary of Barisan Nasional’s controversial takeover of the government shows.

The independent Merdeka Center survey of 805 registered voters also shows that Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir and Pakatan Rakyat’s Datuk Seri Nizar Jamaluddin, the man he replaced, are neck-and-neck in their respective approval ratings.

Zambry’s state-wide approval rating is 43 per cent and is drawn largely from the Malay, and one-half of the ethnic Indian electorate.

Nizar has an approval rating of 46 per cent which is drawn largely from a majority of Chinese, one-half of ethnic Indians and a little over one-third of the Malay electorate.

The Merdeka Center, which has been conducting regular polls since Election 2008, had recently polled the 805 voters who were drawn from large majorities of each ethnic group, and almost equally divided between rural and urban areas.

They were asked their views on the direction of the state, its current economic conditions, their views on government leaders, and the changes that they have seen since the Barisan Nasional takeover in February 2009.

The poll shows that the sentiment favouring fresh polls is detected in all ethnic groups.

“More importantly, 65 per cent of the respondents, comprising large majorities from each ethnic group feel that the Perak political issue remains relevant today, one year since the events took place,” Merdeka Center said in a summary of the poll results obtained by The Malaysian Insider.
When asked about the impact of BN’s takeover on a number of factors ranging from the state economy to the performance of the state bureaucracy, less than 40 per cent of the respondents felt that it has had a positive impact.

Notably, only 45 per cent of Malay voters agreed that the takeover had improved the political position of the community in the state as opposed to 15 per cent who felt that things remained unchanged, and 28 per cent who felt that things had worsened.

Asked to choose between giving the economy a priority or ensuring that the government was democratically elected, 60 per cent of the respondents — including 58 per cent of Malays — felt that democratic elections were more important.

The Merdeka Center poll appears to confirm anecdotal evidence given by political leaders in the state that Zambry and BN has regained some support from among Malays and Indians in the state but the large Chinese community are still largely backing PR and Nizar.

Datuk Seri Zambry Abd Kadir had told The Malaysian Insider earlier this week that he was confident Umno could take 34 seats in the next elections.

The Pangkor assemblyman will know on Feb 9 if he remains Mentri Besar when the Federal Court decides the legality of his appointment after his BN toppled the PR government a year ago.

PR Mentri Besar Nizar’s government collapsed when two PKR state assemblymen joined a DAP lawmaker to turn independent to support the BN to control 31 seats in the 59-seat state assembly.

While Zambry appears to still have his work cut out in winning over Perak voters, he can, however, take heart in the poll results which showed that the number of people saying that the state was moving in the right direction has marginally increased from April 2009, from 31 per cent to 38 per cent.

However, a total of 44 per cent of voters surveyed still felt the state was moving in the wrong direction.

There was a marked difference in response along ethnic lines when voters were asked if they thought the state was moving in the right direction.

A total of 57 per cent of Malay respondents and 48 per cent of Indians but only 12 per cent of Chinese respondents believed that the state was headed in the right direction.

The Merdeka Center also noted that voter sentiments relating to the economy remains mixed and ethnically polarised.

Overall, only 42 per cent of Perak voters surveyed said that present economic conditions were favorable.

With respect to the future, voters are again split with 42 per cent optimistic about the economy while 43 per cent were not.

The survey found that while 60 per cent of Malay respondents were confident with the economic management of the state, only 19 per cent of ethnic Chinese respondents said that they were confident.- The Malaysian Insider

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive