30 September 2010

Lotus Group akan mulakan prosiding untuk hentikan Lotus Racing (1Malaysia) F1 Team guna nama Lotus

PARIS: Lotus Group, anak syarikat milik penuh Proton Holdings Bhd, akan memulakan prosiding beberapa hari lagi untuk menghentikan penggunaan nama "Lotus" yang tidak sah di sisi undang-undang oleh pasukan Lotus Racing Formula One.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menegaskan bahawa Proton dan Lotus Group akan mengambil segala tindakan dalam bidang kuasa masing-masing untuk melindungi nama "Lotus" itu, satu daripada jenama yang paling bernilai dalam Formula One.

Beliau berkata Lotus Group merupakan satu-satunya syarikat yang berhak menggunakan nama "Lotus" itu dalam Formula One dan Ketua Pasukan Lotus Racing Formula One Datuk Seri Tony Fernandes dan 1Malaysia Racing Team bersetuju dengan sepenuhnya dengan syarat itu apabila kedua-duanya memohon untuk menggunakan nama "Lotus" itu bagi Formula One pada 2009.

"Name "Lotus" itu merupakan milik Lotus Group. Kami telah dinasihatkan oleh para peguam kami bahawa nama "Lotus" itu adalah milik syarikat ini," katanya kepada pemberita Malaysia di sini selepas majlis makan malam gala yang dianjurkan Lotus Group malam tadi.

Syed Zainal Abidin berkata, kenyataan oleh Lotus Racing bahawa Lotus Group gagal membatalkan tanda perdagangan "Team Lotus" itu sebenarnya langsung tidak munasabah dan tidak benar.

"Kami telah dinasihatkan oleh peguam kami bahawa tanda perdagangan "Team Lotus" itu dimiliki oleh Team Lotus Ventures, adalah tidak sah oleh kerana beberapa sebab dan kami sedang mengambil tindakan undang-undang di pejabat Pendaftaran Tanda Perdagangan untuk membuktikan ini.

"Kami yakin boleh berjaya. Perbicaraan minggu lepas itu hanyalah prosedur berkaitan dengan tarikh bukti-bukti akan dikemukakan. Ia tidak memberi sebarang pengaruh ke atas keputusan prosiding itu," katanya.

Syed Zainal Abidin berkata Lotus Group telah beberapa kali, memohon untuk membatalkan pendaftaran tanda perdagangan Team Lotus itu berdasarkan tanpa guna.

"Ketika prosiding tanda perdagangan itu, tidak kira sama ada David Hunt atau Team Lotus Ventures memberikan kami, atau mahkamah dengan butiran kenapa atau bagaimana mereka percaya mereka memiliki sebarang hak ke atas "Team Lotus" walaupun ini diminta beberapa kali," kata beliau.

Awal minggu ini, Team Lotus Ventures mengeluarkan tuntutan terhadap Kumpulan Lotus di Mahkamah Tinggi di England, menyatakan mereka mempunyai hak ke atas nama "Team Lotus" itu.

"Kami telah menyemak semula tuntutan itu dengan peguam kami. Team Lotus Ventures gagal memberikan kami atau mahkamah sebarang butiran kenapa atau sebab apa syarikat itu percaya ia memiliki hak itu.

"Kami dan peguam kami, dengan ini yakin sama sekali, syarikat itu tidak ada merit dalam tuntutan itu dan pastinya gagal," kata beliau. - BERNAMA
MS : Tempias la juga pada 1Malaysia ... 1Malaysia F1 Team ... padan muka hangpa ...

"Umno ini jahat macam Firaun" - Lim Guan Eng

Mohd Rashidi Hasan

PAGI Sabtu lepas, penulis menerima panggilan telefon dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Beliau memang sering menelefon, tetapi jika panggilan dibuat pagi-pagi hari, ada lah sesuatu yang tidak kena.

"Hai Rashidi, selamat pagi, apa khabar," kedengaran suara Guan Eng dicorong telefon.

"Selamat pagi CM (Chief Minister), saya okay, kenapa pagi-pagi call, ini mesti ada problem," ujar penulis.

"Ya lah, ini Utusan, you sudah baca? Saya betul-betul geram," katanya.

"Belum, saya tak beli, biasa tengok kat internet sahaja," jawab saya.

"Inilah..Utusan ini you tau la..memang suka buat fitnah..Umno fitnah saya. Dia orang lagi twist (putar belit)," katanya.

"Umno ini fitnah saya, dia kata saya guna wang judi bantu orang Melayu yang miskin. Umno ini jahat macam Firaun. Hari itu dia kata saya guna duit judi untuk bagi RM100 seorang setiap tahun di bawah Program Penghargaan Warga Emas.

"Bila kita sudah jawab, duit itu kita beri hasil lebihan belanjawan negeri, duit itu duit jimat sebab kita anti rasuah. Lepas itu dia tuduh kita guna wang untuk bantuan kemiskinan di bawah program Rakan Anti-Kemiskinan pula," ujarnya melepaskan geram.

"Waahh..you betul-betul geram dengan Umno," usik penulis menambah kehangatan.

"Mestilah, kita tak bodoh macam Umno. Umno tak pernah faham kerana dia tak tahu jimat. Umno-Gerakan sama sahaja..puluh tahun perintah, yang dia tahu sapu duit rakyat. Itu pasal pemimpin dia banyak kaya.

"Ini program bantuan warga emas dengan anti kemiskinan pun dia (Umno) tak tahu beza. Dia (Umno) ingat Melayu sahaja kah miskin? Ramai lagi orang Cina, India, lain-lain bangsa..pun miskin juga! Ini semua kita mesti tolong," ujar Guan Eng dengan nada keras.

"You betul-betul marah ini, saman sahaja lah Umno sama Utusan," kata penulis.

"Ya lah..saman pun belum tentu menang..mahkamah dia (Umno-Barisan Nasional) punya. Tapi saya mahu cakap sama you..saya juga faham Islam. Saya tahu orang Islam tidak boleh terima wang judi. Sebab itu kita separate (asing) lejer (akaun).

"Ini syarikat judi, Umno-BN yang kasi (beri) lesen. Kalau mereka hendak derma pada kerajaan negeri tak kan kita nak tolak? Wang itu kita guna untuk tolong orang bukan Islam yang miskin..salahkah? Ini pun Umno susah nak faham.

"Pasal apa sekarang Umno sensitif dengan judi? Bukankah selama ini dalam negara kita, Umno yang luluskan judi. Judi bola pun dia lulus, kita tentang.

"Rashidi, kalau you ingat, Pulau Pinang lah negeri yang pertama mengharamkan judi bola. Saya hairan, sekarang baru pemimpin Umno tahu, guna wang judi itu haram," ujarnya panjang lebar.

Kesian Guan Eng. Perbualan kami berlangsung sekitar 20 minit. Ternyata banyak perkara yang hendak Guan Eng sampaikan. Sesekali penulis meminta beliau bersabar dengan tekanan yang diterima sepanjang menjawat jawatan Ketua Menteri.

Sebagai seorang sahabat dan petugas di Harakah, penulis hanya boleh memberi jaminan untuk membantu membela beliau sekadar yang termampu.

Pada penulis, keikhlasan Guan Eng membantu rakyat, ketelusannya dalam mentadbir, dengan mengetepikan kepentingan peribadi, jauh lebih baik daripada pemimpin Umno-BN.

Apa pun penulis yakin Kerajaan Pakatan Rakyat dan Guan Eng sendiri, di Pulau Pinang, tidak akan tergugat dengan serangan-serangan jahat yang dilemparkan oleh Umno.

Dalam isu berkaitan penggunaan wang judi ini, selain dari pendedahan palsu Umno negeri, isu ini turut mendapat respon Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita mahukan respons daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, kerana prinsipnya kena ikhlas. Kalau sumber (wang) itu daripada sumber haram, kita Muslim tidak mahu bersubahat," kata Muhyiddin.

Cara Muhyiddin juak-juak Umno-BN bangkitkan isu memang hebat dan penuh bergaya. Macam Umno Islamik sangat dan tidak langsung mahu bertolak ansur dalam soal halal haram.

Dakwaan Umno dimulakan oleh Ketua Penerangan Pemudanya, Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar. Serangan dibuat bertalu-talu terhadap Guan Eng dengan sokongan media talibarut Umno-BN.

Dalam satu kenyataan media, respon kepada fitnah tersebut, Guan Eng menegaskan adalah tidak munasabah untuk kerajaan negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini.

"Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang.

"Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama BN yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini.

"Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan Pakatan Rakyat sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya.

Tetapi jawapan Guan Eng dan rakan-rakan dalam kerajaan negeri ini, tidak disiarkan, sebaliknya laporan mereka sebelah pihak dan penuh dengan putar belit.

Sebab itu kita lihat pemikiran Umno, khususnya TPM yang membuat respon berdasarkan laporan media talibarut, makin jumud dan sembab.

Fikiran mereka jumud kerana tidak menyerang hanya kerana sentimen politik dan otak mereka makin sembab kerana enggan menerima hakikat dari fakta yang sebenar.

Dalam hal mentadbir, tiada siapa yang sempurna. Jika Guan Eng salah, kemukakan fakta yang betul, jangan memaki hamun dan membuat provokasi. Ini tidak baik bagi masyarakat yang kononnya beretika dan bermoral tinggi.

Apa pun pada penulis, media talibarut tidak mudah mempengaruhi rakyat. Rakyat makin matang. Fakta sebenar, begitu mudah diakses menerusi media alternatif.

Hasil dari kematangan rakyat ini, mereka akan menghumbankan pemikiran yang jumud dan sembab ke dalam muzium selepas PRU ke-13 nanti. - Harakah

Kereta Perisai tak siap ... kerajaan terpaksa lanjutkan 6 bulan lagi.


MS : Tak pa, yang diberi kontrak bekalkan kereta perisai tu syarikat adik beradik juga - Deftect - anak syarikat DRB Hicom .... hahahaha ... macam tu lah kerja depa. Yang dapat projek besar-besar adalah dari kalangan kawan-kawan, kroni-kroni, sedara mara ... tak siap pada masa ditetapkan dilanjutkan tempoh lagi .... jangan bila siap esok tak berfungsi pulak sudah lah macam kapalselam yang tak boleh selam di Teluk Sepanggar, Sabah tu ... hahahaha

Deftect diberi tempoh sehingga Jun 2011 siapkan kereta perisai AV8

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah memberikan tempoh sehingga Jun tahun depan kepada syarikat pertahanan utama tempatan, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) bagi menghantar prototaip kereta perisai (APC) 8x8 AV8 yang sepatutnya dihantar pada 1 Jan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, lanjutan enam bulan itu diberikan selepas pihaknya selesai meneliti cadangan pengguna AV8 itu yang antara lain mahukan pengubahan teknikal sebelum disiapkan sepenuhnya.

"Sebelum ini melalui perjanjian asal sudah ditetapkan prototaip AV8 dikeluarkan pada 1 Jan tahun depan.

"Oleh kerana ada pengubahan teknikal yang dicadangkan kepada syarikat pembuatnya, maka kerajaan telah mengizinkan mereka diberikan lanjutan tempoh enam bulan lagi dari tarikh asal penghantaran itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Negara di sini, hari ini.

Antara pengguna prototaip AV8 itu adalah unit perisai, inventori, pasukan perubatan dan lain-lain unit.

Deftech adalah satu-satunya syarikat tempatan yang terbukti mempunyai kepakaran dalam pembinaan kereta perisai.

Pada pameran Defence Service Asia (DSA) 2010 April lalu, Kementerian Pertahanan telah memeterai surat tunjuk minat (LOI) bagi perolehan 257 unit AV8 untuk menggantikan kereta perisai Condor 4x4 dan Sibmas 6x6 yang telah uzur.

Kereta perisai AV8 adalah hasil peralihan teknologi daripada syarikat pertahanan antarabangsa, FNSS dari Turki dan Denel Land Systems dari Afrika Selatan bagi membolehkan Malaysia mempunyai APC buatan sendiri yang pertama.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga mahu penggunaan komponen tempatan dalam pembinaan kereta perisai itu dipertingkatkan sekurang-kurangnya kepada 35 peratus berbanding hanya 18 peratus yang terkandung dalam tawaran kontrak terdahulu. - Sinar Harian

Minum Arak : Penganggur disebat 6 rotan denda RM5 ribu

KUANTAN, 30 Sept – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menjatuhkan hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 ke atas seorang buruh atas tuduhan meminum arak di khalayak ramai di sini pada Februari lalu.

Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamed Rezzal Mohamed Yussof, 24, mengekalkan pengakuan bersalah walaupun mahkamah telah memberikan masa untuk dia melantik peguam.

Abdul Rahman juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama satu tahun sekiranya dia gagal membayar denda itu.

Mengikut fakta kes, Mohamed Rezzal didakwa minum arak berjenama Tiger dalam tin minuman dengan isipadu 350 mililiter (ml) di tempat letak kereta di bumbung pusat beli-belah Kuantan Parade di sini pukul 5.30 petang, 13 Februari lalu ketika sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang mengadakan operasi penguatkuasaan.

Tertuduh yang memilih untuk tidak diwakili peguam syarie dituduh mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya beserta sebatan maksimum enam kali.

Dalam rayuannya tertuduh memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman denda minimum dan tidak dipenjara dengan alasan ia boleh menggelapkan masa depannya.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya, Abdul Rahman berkata mahkamah perlu menjatuhkan hukuman selaras dengan undang-undang untuk menginsafkan tertuduh dan orang lain supaya menjauhi perbuatan meminum arak yang jelas bertentangan dengan syarak.

Abdul Rahman berkata tertuduh pada sepanjang perbicaraan juga mengekalkan pengakuan bersalah sejak kes disebut kali pertama pada 24 Mei lalu.

“Walaupun diberi peluang untuk melantik peguam, tertuduh tetap enggan berbuat demikian serta mengekalkan pengakuan bersalah dan selepas mengambil kira pengakuan dan laporan air kencing yang mengandungi 254 miligram alkohol bagi setiap 100 ml air kencing seperti dikemukakan pihak pendakwaan, mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah,” katanya. – Bernama

Azmin dalam konspirasi jatuhkan MB Selangor

KUALA LUMPUR: A former PKR supreme council member today revealed the recording of a telephone conversation that allegedly exposes a "political conspiracy" to topple Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim by his rival Azmin Ali.

Party veteran and a founding member Ng Lum Yong, who likened his exposé to the "Lingam-gate" scandal, urged the party leadership to form a special committee to investigate the recording.

"Ten days ago, I received a CD through an anonymous sender through the mail," he said.

The CD contained a recording of the telephone conversation between the two men of about 10- minute duration.

"In the coversation, Ramlan (Abu Bakar), the Reformis' president, who led the 'nude squad' protest in front of the Selangor Menteri Besar's office, had said that he was assigned by Azmin to bring down Khalid," said Ng, who added he recognised Ramlan's voice but not the other individual on the other line.

"Ramlan also admitted to the individual that he was promised a reward in the form of a lot in a night market from Azmin," Ng told a press conference.

"He also said that Azmin had provided him documents on Khalid's corruption for the purpose of bringing down Khalid.”

Ng said the conversation in the CD showed that Azmin has long planned for Khalid's downfall.

"I want to ask Azmin: what is his purpose of using Ramlan to launch a campaign against Khalid when the latter is also a PKR member and Selangor Menteri Besar?"

'No ill-intentions'

Ng, however, said that he had no ill-intentions, adding that the purpose of releasing the recording to the public is to clear the air for the party's sake.

"I am still a party member and I love the party. I do not want to destroy the party. We have sacrificed so much in the past 10 years," said Ng, who was a candidate in the Tanjung Malim seat previously but had turned down the chance to contest in Wangsa Maju in 2008.

He said the fact that he had helped in the campaign in Wangsa Maju (where Wee Choo Keong is now MP) when he could have been the candidate, showed he was not power hungry.

"I am not controversial or gila kuasa (power hungry). I am here on my own accord and I'm not forced or paid by anyone," he said.

He said his reason for coming out (with the CD phone conversation) was that he wanted the party to clear the names of his friends (including Azmin and Khalid) by highlighting the issue before the recording is widely spread.

"Yesterday, Syed Husin Ali SMSed me and asked me to stop this press conference. But I feel that I need to continue. I do not accuse anyone of anything. I just want to seek verification and I want the party to be serious" he said. FMT also learnt that he had similar calls from vice-president Lee Boon Chye and strategic director Tian Chua. - FMT

Gelaran 'Temenggong' Tengku Fakhry Ditarik Balik

KOTA BAHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V menarik balik pelantikan dan penganugerahan gelaran "Temenggong" dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang ditauliahkan kepada adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra berkuatkuasa hari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini setelah surat pemakluman itu diserahkan kepada kakitangan Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini, 10 pagi tadi.

Mohd Aiseri berkata Sultan Muhammad Ke-V turut menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran MahkotaKelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) (Al-Muhammadi) yang dianugerahkan sebelum ini kepada Tengku Muhamad Fakhry.

"Penarikan telah dimaklumkan kepada Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini melalui surat kepada beliau yang dialamatkan di Istana Mahkota, Kubang Kerian," katanya.

Tengku Muhammad Fakhry Petra merupakan anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Petra manakala Sultan Muhammad Ke-V adalah yang sulung. - BERNAMA

Pelajar tingkatan 1 dakwa diliwat

PUTRAJAYA: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di sini mendakwa menjadi mangsa liwat seorang seniornya dari Tingkatan Empat, pada 20 September lalu.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku ketika mangsa berada seorang diri di bilik muzik sekolah, pada jam 10 malam. Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa dikatakan didatangi seorang pelajar lelaki tidak dikenali berusia 16 tahun seperti dirasuk sesuatu terus memeluk dan mencium pipinya dari arah belakang. Katanya, mangsa yang panik dan tergamam kemudian dipaksa membuka pakaiannya, sebelum diliwat.

Pada mulanya, mangsa mengambil keputusan tidak mahu mengadu insiden berkenaan kepada pihak sekolah dan polis kerana terlalu takut dan malu sekiranya kejadian terbabit diketahui pelajar lain.

Bagaimanapun, mangsa berasa geram dan marah kerana diperlakukan sedemikian oleh pelajar senior, dan kemudian mengambil keputusan menceritakan kejadian terbabit kepada seorang guru lelaki dan ibunya, sebelum membuat laporan di Balai Polis Putrajaya, jam 2 petang, kelmarin, katanya.

Difahamkan, mangsa turut ditemani seorang guru pergi ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan.
Sumber itu berkata, polis juga sudah merekodkan keterangan mangsa dan suspek kelmarin bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan pada hari sama selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner (ACP), Abdul Razak Abdul Majid, ketika dihubungi mengesahkan polis sudah menerima laporan berhubung dakwaan kes liwat itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii tanpa kerelaan mangsa - BH

29 September 2010

Tak perlu parti orang Melayu selain PAS - TGNA

KOTA BARU, 29 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengajak anggota Umno agar menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PASS itu berkata ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti tersebut.

“Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain dari PAS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Baru, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.

“Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

“Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti,” katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti PAS meninggal akibat barah usus pada Isnin lepas. – Bernama

Berahim 'Katak' nak bongkar rahsia Nazri, KJ dan Adnan ... ni mesti best hahaha


Ibrahim Ali says will wait before revealing Umno leaders’ secrets

By Shazwan Mustafa Kamal

GOMBAK, Sept 29 – Datuk Ibrahim Ali announced today that he will only reveal the secrets of three Umno leaders “when the time is right”.

The Perkasa president coyly said that he was waiting for the right opportunity to reveal the secrets of Datuk Seri Nazri Aziz, Khairy Jamaluddin and Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“I will dance according to the music. Wait for me to make my move. It is up to me whether I want to reveal anything or not,” Ibrahim told reporters today.

Nazri, who is Minister in the Prime Minister’s department had on Monday challenged Ibrahim to reveal whatever secrets the Perkasa chief may have against him, in response to the latter’s warning to three Umno leaders to stop criticising Perkasa.

Ibrahim had singled out the three Umno politicians over the weekend in his admonition to politicians to stop lashing out at the Malay rights group or risk having their “secrets” revealed.

Nazri had said that Ibrahim’s threats did not frighten him, but rather it had strengthened his resolve in opposing Perkasa’s brand of “racism.”

“I want Ibrahim Ali to reveal whatever secrets he may have against me. In fact, I dare him to. He better start revealing [these] soon, because I will continue to attack Perkasa and I will continue to fight him,” Nazri told The Malaysian Insider.

The minister in the prime minister’s department has been vocal in condemning Perkasa for what he deemed an erosion of Barisan Nasional’s (BN) support from the non-Malay electorate.

Ibrahim said today that his decision to not reveal the “secrets” right now did not mean that he was a coward.

“I am a man who is not scared of anything... I want to take this step by step,” said Ibrahim.

Nazri, along with Khairy and Tengku Adnan have all been reported as having spoken out against the Malay rights group.

Khairy had raised concerns that BN would lose non-Malay support if it does not immediately disassociate itself from Perkasa.

The Umno Youth chief said there was a perception now to affiliate Umno with Perkasa, and that this was “hurting” BN’s bid to gain non-Malay votes, which severely dwindled in the last general election.

Similarly, Nazri had declared that the Umno did not support or recognise the Malay rights group, saying Umno was against any form of racism and that Perkasa’s ideals did not fit in the Najib administration’s focus on plurality and unity.

Earlier this month, Tengku Adnan also recently said his BN counterparts had agreed that distancing the ruling coalition from Perkasa was the best way forward to halt the slide in non-Malay support for BN.

He added that Umno would not back the strident Malay rights group or Ibrahim in the next general election.

Tengku Adnan, however, subsequently denied stating that BN was distancing itself from Perkasa after Najib said that Umno did not want to stir conflict with any non-governmental organisation despite the recent move by Umno leaders to rebuff the Malay rights group.

The Mahathir-backed Perkasa is still seen by many as commanding significant support from within Umno as well as the Malay grassroots. - TMI

PRK Galas : Ku Li akan sokong PAS - Harun Taib

KUALA TERENGGANU, 29 Sept – Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Harun Taib tidak bimbang pengaruh kuat Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan menjejaskan peluang Pas untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sebaliknya, Harun yakin Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu akan menyokong calon Pas pada pilihan raya kecil DUN terbabit yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Kita yakin Tengku Razaleigh sendiri akan memberi sokongan kepada calon PAS pada pilihan raya kecil itu. Tengku Razaleigh orang bijak berpolitik. Biasanya dia melihat suasana dan realiti,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pas Terengganu, di sini hari ini.

Malah kata Harun, ramai veteran Umno di Kelantan menyokong PAS kerana sudah hilang keyakinan kepada Umno.

Kerusi DUN Galas yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang kini kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima meninggal dunia pada Isnin lepas akibat barah usus.

Kerusi itu dimenangi Che Hashim pada pilihan raya umum 2008 setelah menewaskan penyandang dari Umno, Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Mengulas isu berlainan, Harun berkata Pas Terengganu akan mengadakan satu konvensyen peringkat negeri pada 22 Okt ini.

Konvensyen dua hari itu bagi memantapkan kefahaman anggota sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya. – Bernama

ADUN Kulim ditawar RM5 juta ... kalau nak lebih boleh bincang dengan Najib

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar.

Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee (gambar), Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1.

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.

"Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.

"YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib.

"A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek," tulis laporan itu.

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya. - Harakah
MS : hahaha Najib lagi ... tapi bila ditanya sampai mampiuh pun tak ngaku ... mcm tu lah puak-puak umNOapco ni ...

Ahli perniagaan India : Polis terima lapuran penipuan bukan kehilangan - TKPN

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Polis tidak menerima laporan berhubung kehilangan usahawan India, Allal Kanthan Muthuraja sebaliknya hanya menerima laporan berkaitan penipuan yang kononnya dilakukan oleh anggota polis dari Bukit Aman bagi “membebaskan” usahawan dari Chennai itu 29 Mac lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail menolak dakwaan keluarga mangsa kononnya polis tidak bertindak sewajarnya untuk menyiasat kehilangan usahawan berusia 34 tahun itu sejak awal tahun ini.

“Kita sahkan ada terima laporan pada 29 Mac lepas di Balai Polis Klang oleh abang mangsa, Dr Kasi Viswanathan, berhubung penipuan yang didakwa dilakukan oleh “Polis Bukit Aman” yang meminta sejumlah bayaran bagi membebaskan usahawan India itu. Jadi pada masa itu kita siasat kes tersebut di bawah penipuan.

“Polis kemudian bertindak dan menyiasat kes tersebut sebagai orang hilang apabila satu laporan dibuat oleh isterinya, Usharani pada 8 Sept lepas,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun pada awalnya kes itu disiasat bagi kes penipuan, namun pada masa yang sama polis telah berusaha untuk menjejaki usahawan itu.

“Pegawai penyiasat telahpun cuba mengesan Muthuraja, namun tidak berhasil, sehinggalah pada 8 Sept lepas, apabila satu laporan dibuat tentang kehilangan Muthuraja, barulah kita siasat lebih mendalam lagi dengan kaitannya dengan siasatan kes jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain,” katanya.

Beliau meminta ahli keluarga Muthuraja agar memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan kes itu secara terperinci dan meminta mereka mendapatkan sumber yang sahih untuk mengetahui sebarang perkembangan terkini terhadap siasatan itu.

“Untuk mengelakkan daripada mendapat maklumat daripada individu-individu atau mana-mana pihak yang tiada kaitan dengan kes ini, kita telah melantik pegawai penghubung untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada keluarga mangsa,” katanya.

Hussin berkata ekoran laporan kehilangan usahawan itu, polis telah menahan dua lelaki tempatan secara berasingan iaitu di Taman Wilayah, Selayang dan Kampung Laksamana, Batu Caves sejak 10 hari lepas.

Ketika diminta mengulas tempoh tahanan reman lima suspek kes pembunuhan Sosilawati yang tamat Jumaat ini, Hussin berkata polis belum membuat sebarang keputusan sama ada menyambung reman atau tidak kelima-lima suspek terbabit. — Bernama

Peneroka saman Felda : Peneroka menang lagi hari ini

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu, lapor Harakahdaily.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, hakim memutuskan, bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah berkenaan kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi. - mkini

MS ; hahahahaha ... nasib kau lah Felda. macam tu lah kalau buat kerja tak betul, naik mahkamah jer bungkus ... dah banyak kes-kes yang dimenangi peneroka ... walau apa pun tahniah pada peneroka dan juga Sdra Mohamed Hanipa Maidin

Akan ada banyak lagi kes-kes yang akan dibawa peneroka ke Mahkamah. Teruskan ....

Polis kejar penjenayah : Ala-ala adegan dalam filem

PERASU – Kejadian sebuah Proton Wira merah dipandu laju dikejar kereta peronda polis di kawasan Tanah Rancangan Felda Perasu, di sini, menggemparkan penduduk di situ, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, sebuah kereta peronda dari Balai Polis Paloh mengejar Proton Wira dipercayai dinaiki tiga lelaki dipercayai penjenayah.

Bagaimanapun, seorang daripada penjenayah diburu polis dapat ditangkap oleh penduduk, manakala dua lagi berjaya melarikan diri.

Kejadian dikatakan bermula dari Paloh sehinggalah kenderaan terbabit masuk ke kawasan Felda Perasu seterusnya bertembung sebuah lagi kenderaan polis dari Gua Musang yang masuk ke kawasan Felda tersebut menerusi jalan belakang.

Sebaik menyedari muncul sebuah lagi kenderaan polis, suspek dipercayai cuba memecut kenderaannya untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, kenderaan terbabit terbabas dan melanggar pokok kelapa hadapan Pejabat Felda di sini.

Seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, Mat Zain Hasan, 61, berkata, kemudian ketiga-tiga suspek melarikan diri di kawasan Felda Perasu.

Menurutnya, ketika cuba bersembunyi, dua daripada lelaki terbabit melarikan dua motosikal milik penduduk yang diletakkan di hadapan rumah.

“Motosikal milik penduduk dilarikan dua lelaki terbabit, memandangkan ketika itu kunci motosikal masih terdapat pada kenderaan tersebut.

“Selepas itu kedua-duanya dipercayai menghilangkan diri sekitar Felda Perasu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, seorang lagi suspek dipercayai bermalam di surau Felda Perasu dan berjemaah ketika penduduk menunaikan solat Subuh.

Menurutnya, melihatkan keadaan suspek yang mencurigakan, penduduk cuba menangkap suspek kerana mengesyaki terbabit kejadian dikejar polis pada malam berkenaan.

“Bagaimanapun, lelaki itu berjaya melarikan diri dan kemudiannya ditemui penduduk yang sedang menebas dalam kebunnya.

“Kemudian penduduk bertindak menangkap lelaki sekitar usia 30-an dan diserahkan kepada Polis, keesokannya,” katanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit. - Sinar Harian

PRK Galas : Saat paling susah... cukup sukar bagi Ku Li - Prof A. Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 29 — Meskipun persaingan langsung di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), tetapi penganalisis melihat pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah akan berhadapan dengan “situasi paling sukar” dalam menghadapi pilihan raya kecil ke-12 nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan memutuskan tarikh pilihan raya kecil minggu depan dan kemungkinan ia diadakan akhir Oktober atau awal November.

Galas adalah satu-satunya kerusi DUN di bahagian Parlimen Gua Musang jatuh ke tangan PR khususnya PAS.

Profesor A. Aziz Bari berkata, beliau melihat Tengku Razaleigh yang lebih mesra dikenal sebagai “Ku Li” akan melalui situasi sukar dalam kerjaya politiknya dalam menentukan “bakal keputusan” pilihan raya kecil itu.

Penganalisis ini menjangkakan kemungkinan itu ekoran penerimaan Tengku Razaleigh dengan baik oleh komponen dan penyokong PR khususnya PAS sejak kebelakangan, lebih-lebih dalam isu royalti minyak.

“Saya lihat memang sukar, saat paling yang susah... cukup sukar bagi beliau (Tengku Razaleigh) sepanjang kerjaya politiknya dalam persekitaran sekarang.

“Ia tidak sukar baginya jika pilihan raya kecil ini diadakan di kawasan di luar bahagian Parlimen Gua Musang atau negeri lain seperti biasa,” kata beliau merujuk kepada kedudukan DUN Galas dalam bahagian Gua Musang.

Tengku Razaleigh juga merupakan ketua Umno Gua Musang.

Aziz menambah, dalam menghadapi pilihan raya kecil ini Tengku Razaleigh perlu mengambil keputusan yang cukup “menarik” dalam menggambarkan pendirian beliau.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh telah beberapa kali menegaskan Kelantan mempunyai hak untuk menuntut wang royalti minyak, yang dinafikan pusat dan bersedia untuk muncul di mahkamah jika pertikaian itu dibawa ke mahkamah.

Kes itu telah difailkan di mahkamah 30 Ogos lalu.

Ekoran pendirian Tengku Razaleigh itu, yang dizahirkan sejak awal tahun ini, beliau yang juga bekas menteri kewangan dan pengasas Petronas, telah berhadapan dengan tekanan segelintir pemimpin Umno agar dikenakan tindakan disiplin ke atas beliau.

Tengku Razaleigh mempertahankan pendiriannya dengan berkata beliau seorang pemimpin setia kepada Umno.

Majlis Tertinggi Umno pula telah menyerahkan kepada ahli-ahli memberikan pandangan mengenai gesaan tersebut tetapi sehingga kini tiada perkembangan susulan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno-BN akan meletakkan pemimpin tempatan sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Umno sedia mengambil langkah-langkah wajar bagi menghadapi pilihan raya kecil itu setelah tarikh pemilihan diumumkan oleh SPR.

“Malahan setelah kita dimaklumkan hal ini semalam, kita sudah mengambil perhatian. Dan seperti biasa, jika ada pilihan raya kecil, kita akan (letak) calon dan calon yang kita letak akan datang dari Gua Musang yang dipimpin oleh

Tengku Razaleigh.

“Kita akan letak calon terbaik yang akan diputuskan oleh pihak pimpinan

parti dan kita percaya Tengku Razaleigh akan membantu sebagai ketua bahagian dan Datuk Seri Mustapa (Mohamed) selaku Ketua Perhubungan (Umno Kelantan) juga akan terlibat untuk memastikan kemenangan kita dalam pilihan raya,” katanya.

Muhyiddin berkata peluang BN untuk merampas kembali kerusi tersebut adalah 50-50.

Kerusi DUN Galas kini kosong berikutan penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, dari PAS meninggal dunia semalam akibat kanser kolon.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Saufi mendapat 3,753 undi.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Mengenai kenyataan Muhyiddin bahawa beliau percaya bahawa Tengku Razaleigh akan membantu kejayaan BN di Galas, Aziz menambah, ia kenyataan strategi dalam ‘memerangkap’ gerak-geri pemimpin veteran menghadapi pilihan raya kecil.

Sebelum ini PR juga pernah meminta Tengku Razaleigh mengetuai kokus isu-isu berkaitan dengan minyak dan hubungan negeri dan persekutuan.

Muhyiddin meminta Tengku Razaleigh berfikir dengan mendalam sebelum memilih tawaran tersebut. - TMI

Kekosongan kerusi DUN Galas sudah dimaklumkan kepada SPR - Speaker

RANTAU PANJANG, 29 Sept — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengesahkan telah menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Galas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.

Katanya surat pemakluman itu telah dihantar 12.45 tengah hari semalam sejurus selepas pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyadang kerusi itu, Chek Hashim Sulaima.

“Kita telah terima sijil kematian pagi semalam dan sudah menghantar surat makluman kekosongan kerusi selepas itu kepada pihak SPR, melalui pos dan faks,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Chek Hashim, 46, meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada Ahad akibat barah usus. — Bernama

Umno dengan judi macam kembar siam

Idris Ahmad

PAS merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi.

Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas

PAS sebagai sebuah Parti Islam yang berdasarkan kepada Islam, tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malahan ketika PAS mula memerintah Kelantan 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan supaya jangan ada lagi premis di Kelantan dibenarkan menjalankan aktiviti judi.

Tindakan ini dibuat apabila Tuan Guru Nik Aziz diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Bhuda, judi adalah haram di sisi agama mereka.

PAS berpandangan Umno dengan judi ini seperti kembar siam yang sukar dipisahkan. Malahan daripada awal lagi Umno sudah hidup dengan judi. Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram.

Pemimpin Umno tidak mempedulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951. Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan, Berjaya Group pada 6 Mei 2010.

PAS mendesak Umno kena berusaha dahulu membersihkan diri daripada najis judi kerana membiarkan orang Melayu menjadi Lembaga Pengarah Resort Wold Bhd dan Genting Berhad.

Sepatutnya pemimpin Umno kena sedar bahawa “bapa judi” ialah kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno BN. Perjuangan untuk menghapuskan judi perlu dimusnah di peringkat pusat. Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah taik judi. Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno.

Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggal dulu menjadi pendokong kerajaan judi.

PAS berpandangan Umno yang memang mempolitikkan apa sahaja peluang untuk menaruh kebencian rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan isu agama dan kaum supaya Pakatan Rakyat retak dan senang untuk BN meluluskan banyak lagi lesen judi.

Kebiasaannya, suatu hukum akan berubah apabila pemimpin Umno buat. Contohnya, judi halal kalau yang buat itu ialah kerajaan Umno BN, tetapi berubah menjadi haram kalau lain daripada kerajaan Umno BN.

Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana berhadas besar kalau Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC, Kamalanathan, ahli parlimen Hulu Selangor

Remaja didakwa lakukan seks luar tabii dengan gadis 14 tahun

GEORGETOWN - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan melakukan seks luar tabii ke atas seorang remaja perempuan bawah umur.

Mohamad Akmal Hakim Ismail, 19, yang berasal dari Kampung Gajah, Perak, didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah bilik di Hotel Rope Walk, Jalan Pintal Tali dengan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun kira-kira jam 11 hingga 12 tengah malam pada 12 September lalu.

Mohamad Akmal Hakim didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu dengan memasukkan zakarnya ke dalam mulut remaja perempuan itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdullah.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 15 Oktober ini. - Sinar Harian

Kes Sosilawati : Lokasi baru diperiksa

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain akan dibincangkan dengan Peguam Negara dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi.

SIASAT LANJUT...dokumen penting dibawa keluar dari pejabat suspek utama, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin berkata, polis kini dalam proses menyiapkan siasatan berdasarkan arahan terbaru Jabatan Peguam Negara untuk memantapkan kertas siasatan kes berkenaan.

“Kami akan berbincang dengan pihak Peguam Negara sekiranya ada perkara lain yang perlu disiasat lagi bagi memastikan kertas siasatan berkenaan benar-benar lengkap sepenuhnya,” katanya semalam.

Sambil menyifatkan perkembangan siasatan kes berkenaan sebagai ‘positif’, Mohd Bakri menjelaskan beberapa lokasi baru di sekitar Banting turut diperiksa kerana dipercayai menjadi lokasi suspek membuang mayat mangsa lain.

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan lokasi baru berkenaan dan meminta media memberi ruang dan masa kepada polis menjalankan siasatan menyeluruh.

Katanya, polis masih menunggu keputusan ujian DNA yang akan disertakan dalam kertas siasatan berkenaan sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Keputusan lengkap ujian DNA diketahui sebaik semua spesimen dan bukti di lokasi kejadian dianalisis makmal forensik,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Kontinjen, di sini, semalam.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas ke Banting untuk urusan pembelian tanah - metro

28 September 2010

Pembunuhan Sosilawati : Lagi bukti baru ditemui

More evidence found within Banting 'killing field'
Tuesday, September 28th, 2010 KUALA LUMPUR: Police today confirmed they have found more new evidence within the ‘killing field’ of beauty products millionaire, Datuk Sosilawati Lawiya and her three associates at the Ladang Gadong poultry farm in Tanjung Sepat, near Banting.

Federal CID chief Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, said besides the two graves and bone fragments discovered within the compound previously, there have been many new evidence and leads which could be linked to the quadruple murders; the missing Sungai Petani contractor and businessman, 37-year-old Shafik Abdullah and his unidentified friend, as well as missing Indian millionaire A. Muthuraja.

“All of the cases are being investigated Under Section 302 of the Penal Code for murder and also missing persons.

"We will be visiting some other places that we believe are connected to the said cases. This will be based on the evidence and leads that we've gathered from the investigation,” said Mohd Bakri after attending the Hari Raya open house at Kuala Lumpur police contingent headquarters today.

He, however, declined to elaborate on the new discoveries. He only said police are on the right track, and that investigation is showing positive progress based on statements from witnesses as well as evidence collected from many of the suspected crime spots around the area.

“The investigation paper was given back to us after the Attorney-General wanted us to further update and 'tighten' the investigation,” he said.

Mohd Bakri said the outcome of the investigation paper will be discussed with the A-G in the next two to three days before submitting to the prosecution.

On the DNA results, Mohd Bakri said they are still waiting for the report on the analysis. Although the process may be complicated, police would not pressure the pathologist and the chemistry lab.

“We will not pressure them to hurry their analysis of the bone fragments as this has to be conducted properly and carefully. There is no rush and we have to give them time,” he said

Kawasan berasmara baru di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU - Hari ini bukan sahaja taman rehat awam atau lokasi peranginan menjadi tumpuan pasangan kekasih bermadu asmara, tetapi paling menjijikkan, kawasan parkir yang disediakan di se-buah kompleks beli-belah di Kam-pung Tanjung turut menjadi sasaran.

Lokasi baru ini didedahkan oleh orang awam yang tinggal dan bekerja di kawasan berhampiran pusat beli-belah itu yang sudah tidak tahan melihat kerenah jijik pasangan kekasih melakukan maksiat yang dilihat semakin menjadi-jadi sejak belakangan ini di sini.

Wakil orang awam, Wan Hassan Wan Jaafar berkata, kawasan parkir di bangunan pusat beli-belah ini sebenarnya sudah lama menjadi lokasi tumpuan pasangan kekasih yang berkereta tidak mengira siang atau malam disebabkan faktor lokasi parkir yang agak sunyi dan kurang digunakan orang awam.

“Pasangan kekasih yang berkereta akan ke sini dan melakukan maksiat di dalam kereta. Mereka dilihat terlalu berani walaupun pada siang hari disebabkan kawasan parkir di sini agak sunyi.

Majoriti yang menggunakan ruang parkir disediakan ialah pekerja di pusat beli-belah ini sahaja. Jadi, kesempatan inilah digunakan oleh pasangan kekasih yang tidak bermaruah ini untuk melampiaskan nafsu ditambah lagi, kawasan parkir ini langsung tiada pemantauan daripada pe-ngawal keselamatan yang bertugas,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Wan Hassan, ruang parkir yang agak tersorok menjadi pilihan pasangan tersebut dan lokasi maksiat berkenaan akan ‘meriah’ pada waktu malam kerana keadaan persekitaran yang dianggap terlalu terjamin bagi mereka, lebih-lebih lagi suasana di sini agak suram pada waktu itu.

“Terserempak dengan pasangan yang melakukan adegan panas sudah biasa bagi kami yang boleh dikatakan hampir setiap hari berada di sini malah kami pernah terjumpa kondom yang dibuang di serata tempat di sini.

“Melihat kepada bukti ini, kami yakin bahawa lokasi parkir ini bukan sahaja dijadikan sebagai tempat untuk melakukan adegan ‘ringan-ringan’, malah mungkin bagi segelintir pasangan ini sudah menjadikan parkir ini sebagai ‘hotel’ untuk mereka,” katanya.

Wan Hassan berkata, diharapkan dengan pendedahan lokasi ini, pihak berkuasa dapat turun padang membuat tinjauan dan kawalan di sini bagi mena-ngani masalah keruntuhan akhlak yang begitu memalukan hari ini - Sinar Harian

Anak Syarikat ASTRO disaman RM 1.3 Billion


KUALA LUMPUR: A company supplying television support equipment today filed a RM1.3 billion suit against MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd.

AV Asia Sdn Bhd filed the suit this morning here against MEASAT Broadcast Network Systems, the company which operates Astro, for breach of mutual non-disclosure agreement over a satellite dish technology.

In the suit, filed at the High Court Registry here this morning, AV Asia is claiming RM1.3 billion for exemplary and aggravated damages.

It named Tele System Electronics (M) Sdn Bhd as the second defendant.

AV Asia CEO V. Vijaya Kumar was present this morning and the suit was filed by counsel Ravi Sodhi.

Ravi, when met with reporters following the filing, said his client had learnt that the Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) had made recommendations to MEASAT to conduct studies on the use of different satellite dish sizes and design to reduce existing rain fade problems inherent in the satellite dish.

Rain fade is a characteristic of satellite transmission in tropical weather conditions where, during rain, the satellite transmission would suffer from interruptions.

AV Asia claimed MEASAT used their confidential information to launch its Astro Byond high definition service at the end of 2009.

Ravi explained that on June 18, 2007, AV Asia requested Maspro, a Japan incorporated company which also provides television support equipment, to initiate research and later brought this to MEASAT.

A mutual non-disclosure agreement was then signed between both parties, dated Aug 1, 2008, and confidential information was shared during negotiations between both parties.

However, Ravi alleged that AV Asia later discovered MEASAT had disclosed the confidential information to tender bidders, Tele System Electronics.

"The complaint here is the mutual agreement that had been breached. The agreement only allowed the exchange of confidential information between the two parties," he said.

When asked about the amount of the claim, he said the amount stated was derived from the commercialisation of Astro Byond.

He added that AV Asia was also claiming for its losses, due to the alleged agreement breach, to be assessed - Malay Mail

Tuntutan RM1.38j Daripada Nash Mungkin Diteruskan – Anak Sosilawati

Oleh IZRA ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR: “Kami mungkin akan meneruskan proses tuntutan sejumlah wang tersebut atas dasar permintaan ibu. Mungkin ia pemintaan terakhir ibu, jika tidak, takkan dia bersungguh-sungguh untuk mendakwa dan membuat tuntutan.”

Demikian jelas anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari yang mengulas mengenai tuntutan wang pemberian sebanyak RM1.38 juta daripada bekas suami ibunya, Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 50.

Bagaimanapun, tambah Erni Dekritawati atau lebih dikenali sebagai Rita berkata, keputusan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas dia dan adik-adiknya sepakat membuat keputusan mengenainya.

“Kami adik-beradik sudah berbincang tentang perkara ini malam tadi (Ahad) dan masih lagi berbincang.

“Sekarang masih belum ada keputusan dibuat dan saya tak dapat beritahu apa-apa. Apa-apa pun kena tunggu keputusan adik-beradik dulu, barulah boleh ” katanya.

Dia berkata demikian semasa menjadi tetamu eksklusif program ‘Kerusi Panas’ terbitan Bernama Radio24 pada Isnin.

Anak-anak Allahyarham selain Rita ialah Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13.

Pada 26 Ogos lalu, Hakim syarie, Mohammad Adib Husain membenarkan permohonan itu dan perbicaraan mengenai tuntutan Sosilawati yang akan disambung pada 2 dan 3 Februari tahun depan.

Bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash berkahwin dengan Sosilawati, 47, pada 16 November 2006 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.

Sosilawati kemudiannya memfailkan tuntutan agar wang pemberian sebanyak RM1.38 juta dikembalikan kepadanya manakala dua pertiga daripada keuntungan, bonus dan dividen daripada saham-saham turut diberikan kepadanya.

Dalam pada itu, Rita memberitahu, mereka adik-beradik tidak menghadapi masalah dengan bekas bapa tiri mereka itu.

Dalam pada itu, mengenai tindakan bapa tirinya sekarang yang juga seorang ahli perniagaan dari Indonesia yang enggan mendedahkan identiti kepada umum, dia berkata menghormati pendirian beliau.

“Saya menghormati privasi yang bapa tiri saya mahukan. Mungkin cara itu boleh buatkan dia tenang,” katanya.

Seperti mana mereka adik-beradik menjalin hubungan baik dengan Nash, begitu juga hubungan yang terjalin dengan bapa tiri mereka.

Malah, bapa tirinya itu juga menjadi penasihat dan tempat rujukan untuk sebarang keraguan atau masalah yang timbul.

Sementara itu, wanita itu turut memberitahu tentang hasrat arwah ibunya yang ingin melihat perniagaan mereka disenaraikan di bursa saham.

“Itu adalah harapan ibu saya sebenarnya. Kita tengoklah bagaimana nanti. Mungkin dalam masa dua tahun akan datang,” katanya. - mStar

PRK N45 Galas : PAS yakin boleh pertahankan kerusi - Salahuddin

KUALA LUMPUR — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yakin parti Islam itu dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas jika pilihan raya kecil diadakan ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima semalam.

Beliau melahirkan keyakinan kerana parti itu sudah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas.

“Parti sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya umum jadi pada saya semua jentera parti sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita tidak mempunyai masalah untuk hadapi pilihan raya kecil DUN Galas.

“Malah kita yakin akan mengekalkan kemenangan di DUN Galas kerana dengan persiapan awal dan rapi yang dibuat sebelum ini kita boleh,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Allahyarham Che Hashim meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru semalam kerana kanser usus.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Pakatan Rakyat mempunyai 39 kerusi manakala Barisan Nasional pula enam di DUN Kelantan.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, bagaimanapun PAS tidak akan memandang rendah akan kebolehan parti lawan.

“Di Parlimen Gua Musang, Ahli Parlimen adalah Umno, dua DUN lain juga adalah Umno. Jadi ini merupakan satu cabaran kepada kita mempertahankan kerusi ini.

“Selain itu, kita tidak akan memandang rendah pada pihak lawan. Jentera perlu kuat untuk menghadapi pilihan raya kecil ini nanti,” katanya.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dipetik berkata, pilihan raya kecil bagi DUN Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian Che Hashim.

Mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut. - TMI

"Saya perlu tabah" - Rita Anak Sosilawati

KUALA LUMPUR: “Kalau saya menangis, adik saya lagi akan menangis. Saya perlu tabah dan kental untuk bersama-sama (adik-beradik) menerajui syarikat,” kata anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari ketika menjawab persoalan kenapa dia tidak pernah dilihat bersedih selepas kes pembunuhan kejam ibunya.


TENANG...Rita kelihatan tenang ketika menjawab soalan yang dikemukakan Azlan Idris dalam temubual program Kerusi Panas Radio di Bernama, semalam. Erni Dekritawati yang lebih dikenali sebagai Rita, 25, berkata, dia perlu kuat dan bersemangat meneruskan legasi perniagaan peninggalan ibunya selain memberi kekuatan kepada lima lagi adiknya.

“Kami sekeluarga sekarang sedang menerima kenyataan, bukan tak sedih, tapi saya mesti pandang ke hadapan dan meneruskan niat ibu saya yang mungkin hanya separuh jalan, saya akan habiskan kemahuannya,” katanya dalam temubual menerusi program Kerusi Panas di Radio 24 di frekuansi 93.9 FM di Bernama di sini, semalam.

Dalam temubual lebih sejam itu, Rita turut ditanya sama ada dia mampu menerajui perniagaan ibunya di usia masih muda, berdepan dengan persaingan syarikat lain, saman terhadap bapa tiri yang juga penyanyi, Nash termasuk status keakrabannya dengan penyampai berita Bernama-TV, Zulkifli Bujang.
Rita yang tenang dan tersenyum ketika menjawab beberapa soalan termasuk daripada pemanggil dilihat lebih selesa menjawab soalan berkaitan perniagaan berbanding peribadi.

Dia turut memberitahu adik bongsunya yang berusia 13 tahun juga tabah menghadapi dugaan kehilangan ibu mereka kerana sudah diajarnya termasuk bagaimana berdepan sebarang pertanyaan daripada rakan sekolah.

“Setiap kali dia pulang dari sekolah, dia memberitahu ramai rakan bertanya dan dia sebenarnya sudah boleh menerima kenyataan kehilangan ibu kami sebagai ketentuan Tuhan,” katanya.

Mengenai saman ibunya terhadap Nash, Rita berkata, perkara itu akan diputuskan selepas dia berbincang dengan adik beradik lain.

“Hubungan saya dengan dia (Nash) baik, tetapi mungkin itu (saman) permintaan terakhir ibu kerana dia bersungguh-sungguh, tetapi perkara itu biarlah kami putuskan menerusi perbincangan sesama keluarga,” katanya.

Rita juga meminta orang ramai tidak memandang rendah keupayaannya di usia muda dalam meneruskan perniagaan ibunya kerana dia yakin mampu berdikari kerana sudah mendapat tunjuk ajar daripada ibunya.

“Saya disokong adik-beradik yang ramai termasuk staf kerana seorang saja yang masih bersekolah. Saya akan mempelbagaikan lagi bidang perniagaan menjurus kepada sektor hartanah, kenderaan, perhotelan butik dan spa,” katanya.

Dia bagaimanapun keberatan menjawab status hubungannya dengan Zulkifli yang turut menemaninya di konti kerana menurutnya perkara itu tidak sesuai ditonjolkan buat masa sekarang.
Rita menyatakan rasa kecewa dengan laporan segelintir media yang disifatkan membuat spekulasi terutama membabitkan aset syarikat dan keluarga mereka.

“Saya sendiri tidak tahu aset syarikat dan mungkin meminta nasihat peguam jika ia berulang. Perkara itu tidak perlu didedahkan kerana ia mengancam keselamatan kami sekeluarga,” katanya. - Metro

27 September 2010

Surat Terbuka pada Reezal Merican

27 SEPT — Encik Reezal Merican,

Saya merujuk kepada kenyataan En Reezal (Utusan Malaysia, m/s 7, 27 September 2010) yang terus melakukan fitnah dan tohmahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana sumber perjudian untuk program pembasmian kemiskinan orang-orang Islam di negeri tersebut.

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan mengenai sumber dana yang digunakan untuk program membantu rakyat miskin, namun En Reezal nampaknya tidak berminat untuk mendengar fakta dan terus menggunakan taktik kotor untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat. Saya tidak berasa hairan mengapa En Reezal berbuat sedemikian kerana sememangnya anda dan parti anda telah bankrap idea politik dan ketandusan isu di Pulau Pinang dan terpaksa bergantung kepada senjata fitnah untuk kekal relevan di negeri tersebut.

Namun, yang menjadi bahan ketawa kepada rakyat umum ialah cara En Reezal mempermainkan isu ini yang menunjukkan tahap hipokrasi anda pada tahap yang paling tinggi. Apakah En Reezal yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang terdahulu tidak mengetahui bahawa semua bentuk hasil cukai perjudian dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah Kerajaan Persekutuan? Sekiranya En Reezal dan rakan-rakan anda dalam Pemuda Umno begitu cetek pengetahuannya, biar saya menyalurkan sedikit maklumat kepada anda dan rakan-rakan anda.

Soalan saya di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi:

Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.

JAWAPAN:

1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti social.

3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal.

Untuk maklumat En Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 billion sepanjang tahun 2009. Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya. Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari. Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan En Reezal.

Jadi, untuk pengetahuan En Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh En Reezal. Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan En Reezal!

Sama ada ini merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin-pemimpin parti Umno, terpulanglah kepada kebijaksanaan En Reezal untuk membuat kesimpulan!

Sekian dimaklumkan, terima kasih. “MALAYSIAN FIRST”. Berkhidmat untuk rakyat.

* Loke Siew Fook adalah Ketua Pemuda Sosialis DAP dan Ahli Parlimen Rasah.

Wang Ihsan P. Pinang : Reezal hipokrit

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Pemuda Sosialis DAP mendakwa Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mempersoalkan skim wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi sebagai buta maklumat dan hipokrit.

Ketua Pemudanya Loke Siew Foo berkata, buat masa ini sebahagian hasil kerajaan persekutuan juga adalah hasil judi dan ia bukan perkara baru.

Kata beliau, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan.

Beliau memberitahu berdasarkan pada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

Loke berkata, bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

“Pada masa ini, kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi.

“Namun kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial,” katanya.

Selain itu kata beliau, kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

“Saya yakin Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh Reezal,” katanya.

Soalan beliau di Dewan Rakyat pada 9 Jun lalu berbunyi “sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.”

Kata beliau, untuk maklumat Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh kerajaan persekutuan yang dipimpin Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 bilion sepanjang tahun lalu.

“Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya.

“Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari.

“Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan Reezal,” katanya.

Oleh itu kata beliau, untuk pengetahuan Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh Reezal.

“Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan Reezal,” katanya.

Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Reezal sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan”.

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian. - TMI

PRK Galas : PAS sedia hadapi pilihanraya

KOTA BARU, 27 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim Sulaima, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang meninggal dunia di Kuala Lumpur, petang ini.

Sambil menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilangan bagi PAS, Mursyidul PAS itu berkata beliau akan berlepas ke kediaman Adun itu di Gua Musang pada 9 malam ini untuk menziarahi jenazah Adun berkenaan.

Katanya walaupun Che Hashim bukanlah seorang yang banyak pengalaman kerana baru dalam politik, tetapi beliau berjaya membantu perjuangan Islam melalui PAS.

“Saya mendapat tahu mengenai kepulangannya ke rahmatullah selepas asar tadi melalui anggota Exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan, yang berada di hospital ketika itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka di sini hari ini.

Mengenai persiapan PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil berikutan kematian ADUN PAS itu, Nik Abdul Aziz berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya.

Katanya, PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, PAS sedaya upaya membantu Che Hashim untuk mendapat rawatan termasuk dua kali di China dan hospital dalam Negara.

“Saya mengucapkan takziah banyak-banyak kepada keluarga dan rakyat di kawasan beliau, minta Tuhan ampunkan segala dosanya,” katanya.

Di RANTAU PANJANG, Speaker DUN Kelantan Mohd Nassuruddin Daud berkata Kelantan telah kehilangan seorang pemimpin muda yang berwibawa dan banyak berjasa kepada rakyat khususnya di kawasan Gua Musang.

“Kita harap keluarga Allahyarham dapat bersabar dan menerima ketentuan Ilahi sebagai satu ujian,” katanya.

Di GUA MUSANG, Pergerakan Pemuda Umno Kelantan turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham - TMI

Suspek Utama kes Sosilawati antara peguam yang disiasat JSJK Bukit Aman

Aduan transaksi tanah Sosilawati antara 290 kes disiasat
September 27, 2010KUALA LUMPUR, 27 Sept — Kes penjualan dan pembelian tanah di Bukit Jambul, Pulau Pinang yang dikendalikan peguam yang disyaki suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ialah antara 290 kes membabitkan peguam yang dalam siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Timbalan Pengarah JSJK Datuk Noryah Md Anvar berkata polis sedang menyiasat kes-kes jenayah komesil itu yang membabitkan peguam di seluruh negara termasuk membabitkan kes penipuan penjualan tanah dan rumah.

“Kesalahan lain ialah menipu, pemalsuan dokumen, geran tanah dan affidavit serta pecah amanah,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, hari ini.

Difahamkan pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain berkait rapat dengan wang hasil jualan sebidang tanah bernilai RM29 juta di Pulau Pinang milik Sosilawati bersama dua lagi rakan kongsi.

Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama, selaku peguam dan bertindak sebagai broker, berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah.

Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dan pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 12 September lepas polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.

Ketika ditanya siasatan kes tanah itu, Noryah enggan mengulas lanjut dan berkata akan memaklumkannya kepada media jika terdapat perkembangan terkini.

Beliau berkata sehingga kini, 35 peguam telah ditahan di seluruh Negara membabitkan penipuan penjualan tanah termasuk seorang peguam berusia 50 tahun yang ditahan pagi ini kerana terbabit dalam kes penipuan tanah bernilai RM15 juta.

“Peguam itu ditahan di rumahnya di Sunway pada pukul 8 pagi ini kerana dipercayai terlibat dalam penipuan penjualan tanah di Kuala Lumpur.

“Dia akan dituduh di mahkamah hari ini,” katanya.

Noryah berkata daripada 35 peguam yang ditahan itu, 10 orang adalah di Selangor, lapan di Johor, empat orang masing-masing di Kedah dan Kuala Lumpur, tiga orang masing-masing di Perak dan Negeri Sembilan, dua di Melaka dan seorang di Pulau Pinang.

“Mereka berjawatan profesional, sangat licik dan menggunakan kepercayaan serta harapan yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan mereka dengan menipu.

“Kebanyakan kesalahan ialah memalsukan dokumen termasuk geran tanah sehingga pejabat tanah mempercayai tindakan mereka itu,” katanya. — Bernama

ADUN Galas meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 27 Sept - Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima yang menghidap kanser usus meninggal dunia di Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru di sini petang ini.Allahyarham Che Hashim, 48, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.25 petang, kata Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang Hussin Embong kepada The Malaysian Insider.

Ia akan membuka ruang kepada pilihan raya kecil yang ke-12 dan kedua di Kelantan sejak pilihan raya umum 2008.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga mengesahkan perkara itu.

“Saya baru balik dari menziarahi beliau dan ketika sedang minum berhampiran pejabat PAS, tiba-tiba menerima panggilan daripada Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Taqiyuddin Hassan... baru 10 minit tadi saya terima panggilan,” kata beliau.

Beliau berkata, Allahyarham kemungkinan akan dikebumikan esok.

Che Hashim telah dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu untuk rawatan barah usus.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Nasuruddin Daud dipetik Bernama berkata, “saya ada menelefonnya dua hari lalu dan memaklumkan bahawa beliau kini berada di ibu negara untuk menjalani rawatan.”

Ini merupakan kali ketiga Che Hashim dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan barah ususnya itu sejak mendapat rawatan di China.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People’s Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi. - TMI

hahaha ... mai ramai2 hentam Madet macam orang2 Kelantan ni

KOTA BARU, Sept 27 — The Kelantan public have questioned Tun Dr Mahathir Mohamad’s Islamic credentials after the former prime minister labelled the state’s popular mentri besar as a religious sell-out for working with non-Muslims.

On Saturday, Dr Mahathir accused Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat of jeopardising PAS’s Islamic philosophy for political expediency, saying the party's spiritual leader was not above interpreting the Quran in ways that went against Islamic teachings.

The ex-premier’s claims, however, have been dismissed by some in the state’s capital, who instead questioned his credibility as an Islamic authority.

Osman Ahmad, 55, said Dr Mahathir should understand Islam before talking about the religion.

“I want to ask him first, what does he know about the religion? He is a medical student, so how can he talk about the religion? You must first know about the religion before talking.

“Anyways, anybody talking about religion must always refer to the teachings before making a decision. Since he does not know anything about the religion, that is why he can say whatever he wants,” he told The Malaysian Insider.

Osman (left) added that he believed the accusations made against Nik Aziz were baseless.

“What he said against Nik Aziz cannot be used. All of it are baseless accusations. For me, he is only talking nonsense because he was only using his head. So I think it is better if he keeps silent instead of saying something worthless,” said Osman.

Another Kota Baru resident, Mazlan Omar (right), accused Dr Mahathir hypocrisy in his attacks on PAS’s spiritual leader.

“Back then, what were the things that he allowed when he was the prime minister? Everything that is forbidden in Islam was allowed by him. I think that [if] he can differentiate between right and wrong, then why did he allow things that are forbidden in Islam when he was ruling?

“He only wants to take care of his image. That is why he made the false allegations because nobody cares what he has to say since he retired,” said the 32-year-old shop keeper.

In Saturday’s attack, Dr Mahathir had condemned Nik Aziz’s willingness to forego the party’s Islamic principles in order to appease the DAP.

“Race has been push aside and religious practice relaxed so that they can co-operate with those that are clearly the enemies of Islam. This is the result of politics from someone who is too eager in becoming the government,” he said in his first visit to Kelantan on Saturday, four years after he was sprayed with a chemical irritant at Sultan Ismail Petra Airport in Pengkalan Chepa.

Yusof Abdullah, 60, defended Nik Aziz and said the PAS icon has always made his decision based on Islam.

“I do not think that Nik Aziz would do something like that. This is because all of his actions have been based on the religion. After all, his is a religious man and I feel that the allegations against him are excessive and false.

“I will only believe [Dr Mahathir’s claims] if there is evidence. I am very disappointed with the allegation made by the former prime minister,” said Yusof.

Newspaper vendor Zariah Ismail said the false allegations were only damaging Dr Mahathir’s image and not Nik Aziz.

“Don’t make the accusation if it is not true because it will only bring down his image as the former prime minister. I only ask of him to talk based on facts and not because he wants to tarnish Nik Aziz’s image,” said the 53-year-old.

Yesterday, PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said it was Umno — which was led by Dr Mahathir for 22 years — who had compromised Islam for political expediency.

“Umno has failed to fulfil its responsibility. As a result, the Malays that obtained a large majority in election failed recognise the role of Islam as the religion of the federation,” said the Marang MP.

Nik Aziz also denied yesterday that he was willing to compromise religion for power and stressed that he only continuing to lead the state at the behest of the party leaders.

“Year after year, term after term, the party wanted me to continue as the MB of Kelantan,” he said. - TMI

Dr Asri: Rakyat terima bantuan kerajaan guna hasil judi tidak haram


Ahahaha ... mana mamak tanjung yang sibuk-sibuk kata LGE guna duit judi untuk bantu rakyatnya ... ni chek mai tengok sat ... gambaq di atas ni apadia ... tolong habaq mai sat chek oi ... ... jangan nak duk sibuk pasai orang sangat ... tengok dalam rumah sendiri juga ...
Padan muka hang nak duk sibuk pasai orang la ni kena kat hang balik ... hwa hwa hwa ..
(gambar aku cilok di blok Era Pasca)

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.

Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan.”

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Dalam kenyaatan itu, Asri juga berkata, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang dan juga kerajaan pusat.

“Berapa banyak cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat.

“Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” kata beliau sambil menegaskan judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

“Segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan,” kata beliau lagi. - TMI

Kes Sosilawati : Lagi serpihan tulang ditemui

BANTING – Pasukan polis forensik semalam menjumpai sejumlah serpihan tulang dipercayai tulang manusia selepas menggali beberapa kawasan di sekitar ladang ternakan di Ladang Gadong, Tanjung Sepat semalam.

Satu sumber berkata, ada kemungkinan tulang tersebut milik Shafik Abdullah 37, yang dilaporkan hilang sejak April lalu.

Penemuan tersebut didakwa oleh sumber itu amat penting bagi membantu siasatan kes kehilangan ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah itu.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, tulang-tulang itu perlu dianalisis terlebih dahulu kerana ia dikhuatiri bukan tulang manusia.

“Tidak ada apa yang boleh didedahkan kecuali penemuan itu mungkin boleh membantu kehilangan Shafik,” kata sumber itu lagi.

Selain tulang, satu sumber lain turut mendakwa menjumpai barangan lain yang akan dianalisis untuk mengetahui sama ada ia milik Shafik atau mangsa lain yang dilaporkan hilang.

Ditanya mengenai kehadiran sebuah jentera bomba ke ladang itu, sumber itu memberitahu, ia dipanggil dengan tujuan membekalkan air kepada pasukan penyiasat di situ ekoran ladang tersebut menghadapi masalah air.

Sebuah lori Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.) turut berada di situ didakwa bagi membantu membaiki paip pecah - Kosmo

BOMBA PAM AIR 2 LUBANG KUBUR

BANTING: Sebuah jentera bomba terpaksa digunakan untuk mengepam air yang bertakung dalam dua lubang besar di Ladang Gadong, semalam yang dipercayai kubur seorang ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, Mohd Shafik Abdullah, 37, dan rakannya.

Dua individu itu dipercayai turut menjadi mangsa bunuh suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Jentera bomba mula memasuki kawasan ladang terbabit kira-kira jam 10.30 pagi disusuli beberapa kenderaan polis termasuk dari Unit Forensik, selain van membawa empat suspek dipercayai pekerja ladang itu, 15 minit kemudian.

Mohd Shafik dan rakannya yang berasal dari Taiping, Perak dilaporkan hiang sejak 5 April lalu dan gagal ditemui hingga kini. Mereka sebelum itu dikatakan datang ke sini untuk bertemu dengan seorang peguam yang kini menjadi suspek utama pembunuhan Sosilawati.

Dua lubang besar itu terletak berasingan, satu di bahagian belakang ladang ternakan milik suspek dan satu lagi di kawasan penanaman kelapa sawit di luar ladang berkenaan. Lokasi kedua-duanya dipercayai dikenal pasti menerusi maklumat yang diperoleh daripada suspek sendiri.

Pada kira-kira jam 12.15 tengah hari, sebuah jengkaut dilihat memasuki kawasan ladang berkenaan dipercayai untuk menggali kedua-dua lokasi yang sudah ditanda polis.

Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan menghampiri kawasan terbabit selepas pita kuning dipasang oleh polis kira-kira 300 meter dari pintu masuk ladang milik suspek utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, mereka ke lokasi terbabit selepas polis meminta bantuan bagi menyedut keluar air sungai yang memenuhi lubang berkenaan berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.


Bagaimanapun jurucakap itu enggan mengulas lanjut dan meminta kumpulan media supaya berhubung dengan polis bagi mendapatkan maklumat terperinci.

Kerja mengorek kubur berkenaan dijangka diteruskan hingga malam tadi bagi mencari bukti kemungkinan mayat mangsa suspek ditanam dalam kubur itu.

Seorang lagi individu yang hilang dan turut dikatakan menjadi mangsa pembunuhan suspek bekerjaya peguam itu seorang ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 34.

Muthuraja dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu suspek berkaitan urusan perniagaan.

Sementara itu, isteri mendiang yang membatalkan perjalanan pulang ke Ramapuram, India semalam, S Usharani, 24, dilihat sekali lagi memasuki Ibu Pejabat Daerah (IPPD) Kuala Langat kira-kira jam 10 pagi dan keluar 45 minit kemudian - Metro

Artis 80an dicekup khalwat

PUTRAJAYA: Seorang penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an dan awal 1990-an memberi alasan datang berhari raya ketika dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah janda dipercayai kekasihnya di kuarters kerajaan di Presint 15, di sini, kelmarin.

Artis berusia dalam lingkungan awal 50-an itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu premis itu pada kira-kira jam jam 11.45 malam.

Menurut sumber, artis terbabit dipercayai sudah beberapa kali mengunjungi kekasihnya yang menginap di tingkat dua kuarters 15 tingkat itu sebelum penguat kuasa Jawi menyerbu premis itu.

Sebelum itu, penguat kuasa Jawi mendapat maklumat awam berkaitan kehadiran artis itu di rumah janda beranak dua berusia lingkungan 30-an yang juga kakitangan kerajaan di sebuah kementerian, di sini, yang dikatakan berdua-duaan di dalam rumah itu, sejak jam 10.40 malam.

Sumber itu berkata, lima penguat kuasa Jawi membuat pemeriksaan dan terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum dibuka artis terbabit dan ketika itu pasangannya berpakaian kemas seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

“Seperti biasa, penguat kuasa Jawi kemudian memasuki rumah dan melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang wanita yang juga berpakaian lengkap duduk di kerusi di satu sudut di dalam rumah itu.

“Artis terbabit yang dipercayai panik cuba melepaskan diri, cuba merayu bagi mengelak dikenakan tindakan dan secara jujur mengaku bukan mahram, tetapi tidak melakukan maksiat di rumah itu,” katanya.

Sumber berkata, alasan tidak bijak artis terbabit tidak dipedulikan penguat kuasa Jawi yang kemudian mengingatkannya perbuatan berduaan dengan wanita bukan mahram adalah perbuatan maksiat dan boleh menjurus kepada perbuatan tidak bermoral termasuk zina.


Katanya, walaupun artis terbabit memberikan pelbagai alasan termasuk kononnya mahu menghantar barang kepada kekasihnya itu, tetapi alasan itu ditolak mentah-mentah penguat kuasa.

“Selepas rayuan tidak dipedulikan, artis terbabit dan pasangannya yang sudah beberapa bulan menjanda kemudian akur sebelum dibawa ke Pejabat Jawi cawangan Putrajaya untuk disoal siasat,” katanya.

Menurut sumber itu, pasangan terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan selesai dilakukan dan bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah Putrajaya dalam tempoh terdekat.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen, 27, Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana melakukan khalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua penjara tahun atau kedua-duanya sekali. - metro

Polis dipercayai tak jumpa mayat di lokasi bunuh Sosilawati

BANTING, 26 Sept — Polis dipercayai tidak menemui mayat di ladang milik suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dalam operasi mencari bahan bukti di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini, hari ini.

Pihak media yang menunggu di lokasi berkenaan sejak pagi hingga 6.55 petang tadi melihat lebih 10 kenderaan polis termasuk van yang membawa empat suspek dan sebuah jengkaut meninggalkan ladang tenakan itu.

Bagaimanapun, seorang sumber yang tidak mahu dikenali, berkata polis tidak menemui mayat di dalam kawasan itu tetapi menemui “sesuatu” yang dipercayai boleh memberi pertunjuk kepada kehilangan seorang ahli perniagaan, Mohd Shafik Abdullah dari Sungai Petani, Kedah. J

abatan Bomba dan Penyelamat dari Banting turut dipanggil bagi membekalkan air ke lokasi itu yang menhadapi maslah bekalan air semasa operasi dijalankan. Kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd juga kelihatan memasuki kawasan itu dan menurut sumber berkenaan mereka dipanggil bagi membaiki paip pecah di kawasan itu.

Ladang itu menjadi tumpuan pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan Sosilawati, 47, pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38,dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Kesemua empat mangsa itu dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Pada 13 September lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan ladang tersebut.

Selain itu, suspek utama kes Sosilawati itu turut disiasat dalam kes kehilangan jutawan lelaki warga India Allal Kanthan Muthuraja sejak 18 Januari lepas dan Mohd Shafik, 37, sejak April lepas. Menurut laporan berita semalam, dua lokasi berasingan dipercayai tempat dua mayat ditanam di sekitar kawasan Ladang Gadong itu dikesan.

Sementara itu, isteri Allal, S.Usharani, 27, dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di sini pada pukul 10 pagi tadi dan meninggalkan bangunan itu 45 minit kemudian. — Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive