31 October 2010

P Pinang akan terus beri sumbangan pada warga emas : Guan Eng

TASEK GELUGOR, 31 Okt — Kerajaan Pulau Pinang akan terus memberi sumbangan wang penghargaan kepada warga emas dan waris warga emas yang meninggal dunia selagi Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

“Selaku kerajaan negeri yang bertanggungjawab di Pulau Pinang, kami tetap berpendirian tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan dan usaha mana-mana pihak yang mahu menggagalkan usaha membantu dan membela nasib warga emas dan mereka yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya,” kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.

Lim (gambar) berkata, inisiatif kerajaan negeri bagi menghargai warga emas berusia 60 tahun dan juga waris kepada warga emas yang meninggal dunia adalah bagi mengiktiraf golongan warga emas di Pulau Pinang.

Beliau juga berkata, oleh kerana kepimpinan kerajaan terdahulu gagal untuk menobatkan warga emas sebagai sesuatu yang amat berharga bagi mereka dan apabila usaha diambil kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mendapat sokongan rakyat, tindakan menggagalakan program ini dilakukan oleh sesetengah pihak yang cemburu dan iri hati.

“Telah beberapa kali kita menjelaskan bahawa kerajaan negeri memperoleh lebihan RM88 juta bagi kali pertama pada 2008 dan lebihan sebanyak RM77 juta pula pada 2009 hasil perbelanjaan berhemah dan jimat cermat.

“Kerajaan negeri juga telah mendapat pengiktirafan dalam usaha menentang rasuah kerana pengurusan kewangan yang baik daripada Ketua Audit Negara buat kali kedua tahun ini,” kata beliau pada majlis sumbangan RM1,000 seorang kepada 153 waris warga emas yang meninggal dunia, di Sungei Dua di sini pagi ini.

Sehubungan itu kata beliau, warga emas khususnya masyarakat Islam diharap tidak terpedaya dengan fitnah dilemparkan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab bagi melihat sokongan terhadap PR luntur dan terhakis.

Sebelum ini program penghargaan warga emas dengan sumbangan RM100 seorang oleh kerajaan negeri telah dipertikaikan oleh Umno Pulau Pinang apabila mereka mendakwa dana yang digunakan untuk menyalurkan wang tersebut datangnya dari punca yang tidak halal.

Rentetan daripada itu beberapa siri program memulangkan kembali wang pemberian kerajaan negeri turut diadakan di Penaga, Seberang Perai Utara, Bayan Baru dan Balik Pulau.

Pada 12 Oktober lalu pula, sejumlah besar warga emas dari Seberang Perai Utara telah menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan negeri apabila berhimpun di Dewan Haji Ahmad Badawi dan menyelar mereka yang telah diperdayakan oleh Umno Pulau Pinang agar memulangkan kembali wang penghargaan yang telah diterima.

Namun, tindakan yang telah diambil Umno Pulau Pinang bagi mengelirukan warga emas tidak mendapat sokongan apabila sebahagian besar warga emas masih lagi turun beramai-ramai untuk menerima wang sumbangan tersebut.

Pada 23 Oktober lalu, seramai 123 waris warga emas yang telah meninggal dunia turut menerima sumbangan kerajaan negeri dalam satu majlis diadakan di Yayasan Aman, Penanti.

Sejumlah RM123,000 telah disumbangkan sebagai menghargai jasa waris-waris yang menjaga dan menghargai ibu bapa mereka semasa hayat mereka masih ada.

Sementara itu sebanyak RM153,000 pula telah diberikan pada pagi ini kepada 153 penerima yang berada di Seberang Perai Utara.

Lim juga menyelar pemimpin pembangkang di Pulau Pinang yang membuat tuduhan tidak berasas ke atas kerajaan negeri semata-mata untuk mendapat sokongan menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

“Cuma yang mereka sering war-warkan ialah sekeping salinan surat ucapan teruima kasih yang ditujukan kepada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang sebagai sumbangan dana untuk program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) yang mana program RAK ini tidak ada kena-mengena langsung dengan program sumbangan dan penghargaan kepada warga emas.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penyelaras DUN Penaga, Rosidi Hussan yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Exco Kerajaan Negeri dan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Hassan Mat Daud dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus. - TMI

Polis tembak kereta pasangan berasmara

BAKAR ARANG - “Adik saya hampir kena tembak selepas dijumpai berdua-duaan dengan pasangannya,” dakwa seorang peniaga pisang goreng, Zurin Hassan, 36.

Zurin berkata, Mohd Nafirdaus, 24, seorang mekanik, ditemui anggota polis peronda bersama kekasihnya di dalam sebuah kereta di hadapan kedai perabot di Bukit Makmur, Sungai Lalang, jam 11.30 malam 5 Oktober lalu.

Menurutnya, terkejut dengan kehadiran kereta peronda polis, Mohd Nafirdaus, yang tidak ada lesen memandu, terus menghidupkan enjin kereta Proton Satria miliknya dan memecut laju meninggalkan kawasan itu.

“Kereta polis peronda mengejar mereka hingga ke rumah saya di Bandar Amanjaya. Saya berada di rumah dan terkejut mendengar bunyi bising di luar. Saya pun keluar meninjau dan mendapati seorang anggota polis peronda mengacukan pistol ke kepala adik saya.

“Apabila ditanya mengapa, polis itu berkata, adik saya ditemui dalam keadaan berbogel di dalam keretanya bersama pasangan. Mereka kemudian membawanya ke Balai Polis Bedong untuk membuat laporan,” katanya pada sidang media di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Arang, Taman Intan, di sini, kelmarin.

Zurin berkata, dia pergi ke Balai Polis Bedong dan apabila sampai di balai itu, dia dimaklumkan, laporan sudah selesai dibuat dan dia boleh membawa Mohd Nafirdaus dan kekasihnya pulang.

Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati kereta yang dipandu adiknya itu rosak teruk dan cermin kereta pecah.

“Apabila ditanya, seorang anggota polis berkata, cermin belakang kereta adik saya pecah sebab terkena kayu, tetapi adik saya berkata, semasa kereta peronda polis itu mengejarnya dari Bukit Makmur, Sungai Lalang hingga ke rumah saya di Amanjaya, beberapa das tembakan dilepaskan ke arah keretanya.

Mohd Nafirdaus yang ditemui media di rumahnya berkata, dia masih dalam keadaan trauma akibat kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan insiden itu melibatkan anggota polis peronda dari salah sebuah balai di Kuala Muda.

Beliau berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api. - SH

Yang boleh hanya UmNO/BN .. orang lain semua salah ... Piiiirahhh

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

GUA MUSANG: Tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

"Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.

"Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.

Abdul Halim menyifatkan pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya sebagai insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, perkara berkenaan terpulang kepada parti lawan untuk mengambil tindakan susulan sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti yang kukuh.

"Dalam hal ini terserah kepada parti lawan, kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang...pihak PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya.

"Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk disiasat," katanya.

Ditanya sama ada tindakan parti-parti politik menyediakan pengangkutan pada hari pengundian untuk membawa pengundi ke pusat mengundi turut menjadi satu kesalahan, Wan Ahmad berkata: "Perkara berkenaan boleh diterima kerana hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan.

"Kita pun faham bahawa kadangkala orang kampung tiada pengangkutan, jadi perkhidmatan berkenaan tidak salah kerana mereka hanya bantu untuk hantar pengundi." - mStar

30 October 2010

PRK Galas : 4 mahasiswa ditahan polis

Seramai empat orang pelajar daripada kumpulan "Jentera Mahasiswa PRK Galas" hari ini ditahan selepas membuat satu sidang media di Gua Musang.

Kumpulan seramai 200 orang itu tiba pagi ini di Gua Musang sebagai pemerhati dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Keempat-empat pelajar berkenaan ditahan pada kira-kira jam 1.50 hari ini ketika mengedarkan risalah di bandar lama Gua Musang.

Wakil dari kumpulan terbabit Shukri Kamaruddin berkata, pihak polis yang mendekati kumpulan mahasiswa terbabit telah mengarahkan kesemua mereka supaya pergi ke IPD Gua Musang.

Selepas rundingan selama kira-kira 15 minit, anggota polis berkenaan hanya membawa empat orang pelajar bersama mereka, katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Kesemua yang ditahan merupakan anggota Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) iaitu Syukri Razak, Mohd Syahrulden Ahmad Rosdi, Mohd Yusof Hadhari serta Mohd Rijaluden Mohd Anwar. -malaysiakini

UmNO akan kalah di 70 kerusi Parlimen dalam PRU 13 - Samy Vellu

SUNGAI SIPUT, 30 Okt — Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengingatkan Umno — parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) — tidak boleh menang di hampir 70 kerusi Parlimen tanpa sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu beliau menegaskan, pemangku ketua Umno Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani yang mengatakan partinya tidak memerlukan sokongan bukan Melayu sebagai tindakan tidak sensitif dengan senario politik semasa.

Samy Vellu (gambar) merujuk kepada prestasi BN yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen pada Mac 2008.

Kata Samy Vellu, pemimpin Umno itu pada hakikatnya tidak harus jadi ahli politik sama sekali.

“Bagaimana dia boleh bercakap yang Umno tidak memerlukan sokongan orang Cina dan India?” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“Tanpa sokongan orang Cina dan India, BN menang di hampir 70 kerusi,” kata bekas Ahli Parlimen Sungai Siput yang pernah menyebut beliau menang di kerusi itu pada 1990 kerana sokongan pengundi Melayu.

Sebaliknya pemimpin veteran ini yang menerajui MIC sejak tiga dekad lalu juga menegaskan, undi orang India sangat penting dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam ucapan pada satu majlis tertutup seperti yang tersiar di You Tube baru-baru ini, Johari didakwa berkata Umno Titiwangsa tidak memerlukan undi kaum Cina dan India jika mendapat 70 peratus pengundi Melayu.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga meminta pemimpin Umno Titiwangsa itu agar bersara dari politik.

Beberapa pemimpin Umno khususnya dari Wilayah Persekutuan juga melihat pandangan Johari itu boleh menjejaskan sokongan pengundi kaum Cina dan India kepada BN kelak.

Kata mereka ini bermakna di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Melayu sekitar 20 hingga 30 peratus, BN sukar untuk menang.

Malah kata mereka bukan semua pengundi Melayu mengundi BN atau Umno kerana undi Melayu telah berpecah kepada tiga iaitu Umno, PAS dan PKR.

Kata Samy Vellu, dalam persekitaran di mana masyarakat India mula kembali kepada BN secara beransur-ansur, jangan memandang rendah keperluan sokongan mereka kepada perikatan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

“Dia menyebabkan kemudaratan besar ke atas budaya politik baru Perdana Menteri yang mahu menyatukan kesemua kaum bersama BN.

“Kita tidak memerlukan ahli-ahli politik macam ini yang menganggap bahawa BN boleh menang dengan hanya pengundi Melayu,” kata Samy Vellu sambil menambah, beliau terkejut untuk mengetahui pemimpin dalam BN sanggup bercakap demikian.

Titiwangsa, majoritinya pengundi Melayu, salah satu bahagian Parlimen di Wilayah Persekutuan yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dua tahun lalu. - TMI

Pindah wang haram 16juta SIN ke Hong Kong - Ketua AMK Sabah buat laporan

Laporan polis kes Michael Chia
Warta Rakyat

SANDAKAN, 30 Okt: Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah, Abdul Razak Jamil membuat laporan polis hari ini berikutan penangkapan seorang rakyat negeri Sabah, Michael Chia di Hong KOng tahun lalu.

Michael yang dikatakan rapat dengan Ketua Menteri Sabah, di tahan di di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong kerana disyaki membawa wang haram didalam mata wang Singapura berjumlah RM16 juta.

Ekoran penangkapan itu, Shamsul Iskandar Mohamad Akin Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia telah membuat laporan kepada Independent Commission against Corruption (ICAC) Hong Kong yang kemudiannya telah membuka kertas siasatan terhadap Michael Chia.

Saya berharap agar pihak Polis Diraja Malaysia dapat membuat siasatan keatas sumber dan kepada siapa "wang haram” berkenaan seterusnya membawa mereka yang berkaitan ke muka pengadilan," kata Abdul Razak dalam laporannya hari ini - HD

Kalau nak kejut solat pun cikgu, tak kan macam tu kot ...

MS: Niatnya baik, tapi mungkin cara tu tak betul ... Harap cikgu ni dapat mencari kaedah lain untuk mengejutkan muridnya untuk solat berjemaah ...
PASIR MAS, 30 Okt — Seorang guru di asrama sebuah sekolah menengah di sini didakwa menggunakan seterika panas untuk mengejutkan 11 pelajar yang lewat bangun untuk menunaikan solat Subuh dalam satu kejadian pada 12 Oktober lepas.

Dua daripada pelajar berkenaan, Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya Muhammad Fairuz, 14, mendakwa kejadian berlaku kira-kira 6.15 pagi ketika mereka sedang nyenyak tidur.

Berikutan itu kedua-dua beradik tersebut melecur di bahagian kaki dan lengan menyebabkan keluarga mereka membuat laporan polis pada keesokannya.

Mengulas kejadian itu kepada pemberita di sini, Muhammad Al-Hakim berkata pada kebiasaannya penghuni dormitori itu bangun kira-kira pukul 6 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh.

“Entah kenapa pada hari itu ramai daripada kami nyenyak sangat tidur dan ketika itu saya terkejut apabila terasa sesuatu yang panas pada bahagian tapak kaki kiri dan selepas tersedar saya tengok cikgu tersebut berdiri sambil memegang seterika panas.

“Ketika itu dalam dom kami ada 14 pelajar tetapi tiga daripadanya telah bangun lebih awal menyebabkan mereka terselamat,” katanya.

Adiknya, Muhammad Fairuz mengalami lecur di bahagian lengan kiri akibat terkena seterika panas tersebut.

Muhammad Al-Hakim mendakwa sebelum ini guru tersebut pernah mengejutkan mereka dengan cara merotan, menyimbah air sabun serta menggunakan penyapu yang diletakkan di muka.

Ibu mereka, Siti Fatimah Yusof, 52, berkata dia hanya mengetahui insiden itu pada petang hari kejadian selepas salah seorang saudaranya membawa Muhammad Fairuz pulang ke rumah, menyebabkan dia ke sekolah tersebut dan membawa Muhammad Al-Hakim pulang.

“Saya tidak kisah sekiranya anak saya dihukum atau dilakukan apa sahaja oleh cikgu untuk mengajar tetapi kalau guna seterika panas untuk kejut sembahyang Subuh saya rasa itu bukan cara yang betul,” katanya.

Katanya, dia turut ke sekolah tersebut bagi mendapatkan penjelasan daripada pengetua serta guru terbabit, namun mereka bukan saja tidak memohon maaf bahkan pihak sekolah turut mempertahankan tindakan guru berkenaan.

“Saya hanya mahukan keadilan, sekurang-kurangnya guru tersebut meminta maaf atas kejadian tersebut tetapi sebaliknya mereka mempertahankan tindakan tersebut serta memarahi saya dan meminta saya menarik semula laporan polis yang dibuat,” katanya.

Katanya, Muhammad Fairuz yang merupakan anak kelapannya kini berada dalam keadaan trauma sehingga kadang kala enggan bercakap dan bertemu sesiapa serta takut untuk ke sekolah selepas peristiwa tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliluddin Rahim mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 13 Oktober lepas dan polis telah menahan guru terbabit yang berumur lingkungan 40-an untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata merbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan,” katanya. — Bernama

Tinggal serumah tapi tak buat apa-apa ... Pelakon Aida Khalida

PETALING JAYA: Pelakon Aida Khalida mengaku bahawa bekas suami, Joe Radzwil tinggal serumah dengannya selepas disahkan bercerai talak satu pada 25 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Joe telah keluar daripada rumah tersebut kira-kira dua minggu lalu.

Menurut Aida, dia terpaksa membiarkan Joe tinggal bersama untuk memberi peluang kepeada bekas suaminya itu mencari rumah baru.

"Dah 10 tahun kami bersama, takkan saya tidak berhati perut menghalaunya keluar. Saya memberi tempoh kepada Joe untuk mencari tempat tinggal baru.

"Saya tahu ada beberapa media yang gosipkan tentang kami. Walaupun kami tinggal serumah, saya masih lagi menutup aurat, malah kami tidur belainan bilik.

"Bukankah saya sudah "berhijrah"? Perkara-perkara sebegini sudah semestinya saya titik beratkan.

"Rasanya saya tidak perlu memberitahu semua orang apa yang kami buat di rumah. Orang luar memang suka mengandaikan macam-macam hal, tetapi ia sebagai pengajaran buat kami," jelasnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah Aida yang masih dalam tempoh edah, walaupun tinggal bersama, tidak pernah berlaku rujuk atau merancang untuk rujuk semula kerana keputusan (cerai) telah pun dibuat.

"Ini semua salah faham. Lagipun, bila saya balik rumah, dia tak ada dan bila dia balik rumah, saya pula yang tiada. masing-masing buat hal sendiri.

"Walaupun dia mahu kembali bersama saya dan mengajak untuk berkahwin semula, rasanya penceraian adalah yang terbaik buat kami.

"Tiada lagi perasaan sayang yang berbangkit," ujarnya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama Seribu Kali Cinta.Melalui kehidupan solo semula, Aida kini lebih selesa dengan kehidupan barunya.

Baginya, ia merupakan satu rahmat yang diterima daripada Allah S.W.T untuk menjadikannya seorang wanita yang lebih tabah mengharungi kehidupan bersendirian.

"Kini hidup saya lebih positif. Walaupun penceraian itu nampak seperti buruk, ia ada kebaikannya. Kadang kala, penceraian bukanlah suatu perkara yang teruk. Saya percaya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.

"Apapun, buat masa sekarang ini saya enggan berfikir tentang kahwin atau mencari teman hidup baru.

"Bagi saya, jika mempunyai seseorang untuk dijadikan suami, saya perlu menunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri lagi sekali. Kalau pengorbanan itu dihargai, tak apa juga," ujarnya yang sedang merancang membuka perniagaan sebagai pemborong tudung. - mStar

Dicabul bapa selama 7 tahun

“Sudah tujuh tahun anak saudara saya yang berusia 14 tahun dicabul bapanya sendiri, tapi baru kini rahsia itu terbongkar sebelum kami membuat laporan di Balai Polis Rawang, Rabu lalu,” kata Kamisah Jamal, 31, ibu saudara kepada seorang remaja perempuan yang mendakwa dicabul bapanya sejak tujuh tahun lalu.

Beliau berkata, setiap hari mangsa sering bermuram kerana trauma dengan apa yang berlaku selain tidak menyangka bapa kandungnya yang juga penagih dadah tergamak mencabul kehormatannya sejak kecil.

“Melalui cerita anak saudara saya, dia memberitahu ketika berusia tujuh tahun, bapanya selalu bermain dengan kemaluannya dengan tangan tetapi sejak dua tahun lalu selepas cukup umur, bapanya semakin berani melakukan perkara yang lebih buruk.

“Bapa mangsa yang juga abang kandung saya, sering mengambil peluang menceroboh masuk ke bilik anaknya itu apabila semua ahli keluarga lain tidur dan ada kalanya pada sebelah pagi ketika ibunya pergi bekerja hingga dia tidak terdaya untuk melawan,” katanya ketika datang ke Balai Berita, semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlanjutan menyebabkan anak saudaranya itu trauma.

“Selepas membuat laporan, saya membawanya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan pihak hospital mengesahkan ada kesan menunjukkan anak saudara saya itu dicabul.

“Saya hanya mahu ayahnya ditangkap kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas anak sendiri,” katanya.

Akibat perbuatan terkutuk itu, anak saudaranya itu juga dikatakan sudah beberapa kali cuba membunuh diri.

Kamisah juga tidak berpuas hati apabila kakak iparnya merancang untuk menarik balik laporan yang dibuat kerana tidak mahu suaminya ditangkap.

“Saya hanya minta anak saudara dan dua adik perempuannya dilindungi bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

“Mereka masih muda dan mempunyai masa depan yang panjang untuk dilalui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kes cabul berkenaan dan akan membuat siasatan lanjut sebelum melakukan sebarang tangkapan - metro

Pembununhan Sosilawati : Suspek utama disaman RM40 juta oleh keluarga Sosilawati

'Kami bukan tamakkan duit'

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Syah Rul Aswari Abdullah

KUALA LUMPUR: “Kami memfailkan saman bukan kerana tamakkan duit tapi bagi menuntut keadilan,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya mengenai tuntutan ganti rugi RM40 juta yang akan difailkan peguamnya terhadap tertuduh kes pembunuhan ibunya.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Rita berkata, saman berkenaan difailkan peguamnya, Selasa depan dan keputusan itu bukan dibuatnya bersendirian, sebaliknya dipersetujui sebulat suara oleh adik-beradik serta ahli keluarga lain selepas menerima nasihat daripada peguam.

“Soal tamak wang tidak timbul berbanding kekejaman mereka terhadap ibu. Jadi saya berharap orang ramai tidak memandang serong terhadap tindakan kami.



“Tujuan kami hanya satu, bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya,” kata anak jutawan kosmetik itu ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Mengenai perkembangan terkini dirinya, Rita, 25, berkata, dia kini sibuk menguruskan perniagaan yang ditinggalkan ibunya dan masih belajar untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang cekap seperti arwah ibunya.

Sementara itu, peguam Kamarudin Ahmad dalam satu kenyataan akhbar yang difaks kepada pejabat media petang semalam berkata, firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners dilantik anggota keluarga Sosilawati untuk memfailkan tuntutan ganti rugi berkenaan.

Menurutnya, tuntutan yang difailkan pihaknya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 November depan itu dikemukan terhadap peguam N Pathmanabhan dan lima individu lain yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Selain Kamarudin, peguam bela yang akan mewakili firma guaman itu ialah Won Walter Pereira dan Annie Gomez.

Ketika dihubungi, Kamarudin berkata, tuntutan saman ganti rugi itu adalah hasil perbincangan yang dibuat bersama ahli keluarga mangsa, kira-kira seminggu lalu.

Katanya, RM40 juta adalah jumlah yang difikirkan sesuai berdasarkan kerugian terhadap keluarga mangsa berikutan operasi perniagaan syarikat kosmetik itu mengalami kerugian kerana pembunuhan kejam Sosilawati.

“Bagaimanapun, kita akan lebih memfokuskan kepada Pathmanabhan. Mungkin ahli keluarga Sosilawati juga akan hadir ketika kita memfailkan tuntutan ini,” katanya.

Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan, 41, pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47 dan tiga individu lain.

Individu lain itu adalah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Pathmanabhan dan tiga tertuduh lain didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.

Sementara itu, pada 15 Oktober lalu, dua lelaki K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan kejam itu.

Selain membakar, mereka mengaku salah membuang abu mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting dan Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada 30 dan 31 Ogos lalu.

Kamarudin juga memaklumkan, pihaknya masih menunggu maklum balas dari pihak keluarga Ahmad Kamil sama ada mahu melakukan tindakan sama iaitu menyaman tertuduh seperti yang dilakukan oleh ahli keluarga Sosilawati

Najib dan kerajaan Malaysia disaman

MP Sg. Siput saman kerajaan, Najib
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj hari ini memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas keengganan memberikan peruntukan pembangunan kepada kawasannya.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Srinivasan & Co di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi tadi.

Menurut Jeyakumar, pada 29 Mei tahun lepas, beliau telah mengemukakan permohonan bertulis agar sebahagian daripada Peruntukan Khas Perdana Menteri bagi tahun 2009 untuk kawasan Sungai siput digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang disyorkan beliau sebagai ahli parlimen kawasan itu.

Namun ujarnya, permohonan itu ditolak sedangkan Dalam Dewan rakyat ada dinyatakan bahawa sejumlah antara RM 1 juta hingga 2 juta diperuntukkan setiap tahun untuk projek-projek kecil bagi setiap kawasan.

"Oleh sebab itu saya failkan satu kes. Kita mengatakan cara mereka mengagihkan peruntukan itu tidak betul. Kerajaan mesti telus, mesti bagi kepada semua ahli Parlimen melalui prosedur yang betul dan ada satu senarai bagaimana duit ini digunakan di setiap kawasan supaya semua ahli Parlimen," kata beliau kepada pemberita di luar mahkamah.

Beliau juga memberitahu, awal tahun ini beliau mendapat satu surat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri perak mengatakan bahawa mereka meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.7 juta untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung, PIBG Methodist dan Asrama Anak yatim Nurul Ihsan, Talang Tengah.

Namun katanya, pihak terbabit mekalumkan kepada beliau bahawa mereka tidak pernah menerima peruntukan yang dinyatakan tersebut.

"Jadi ke mana wang ini? Oleh kerana tidak jelas ke mana wang itu disalurkan, kemungkinan ada pihak menyalahgunakan peruntukan ini," katanya yang merupakan ahli parlimen dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sehubungan itu beliau mahu tindakan undang-undang diambil terhadap pihak kerajaan yang ejals mengamalkan 'double standard' terhadap ahli parlimen pembangkang HD

Senarai mangsa korban nahas bas di Genting Sempah


Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di KM38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam tadi.

Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
Mohd Ridzuan Husin, 17;
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17

28 October 2010

Fatwa 'Ikut Suka PAS' buat UMNO keliru - TGNA

oleh : Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :

''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"

Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan.

Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan. Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula ’keris’ pemimpin UMNO? Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?

Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata .- HD

Masjid mati sebelum manusia mati angkara UmNO

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yang mengendalikan masjid.
Akhirnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.

Sehubungan itu, beliau menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Tan Sri Muhyidin Yassin yang mengatakan bahawa PAS meniru Umno dalam soal kerjasama dengan parti bukan Islam.

“Perlu ditegaskan kerjasama PAS dengan bukan Islam ialah tahaluf siasi tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS, sedangkan kerjasama Umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk wala’, yang menggadaikan prinsip Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, PAS sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran,as-Sunnah, ijmak dan qias.

PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa kerana perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam.

“Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik PAS bekerjasama dengan BN untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini,” ujarnya sinis.

Sehubungan itu, tegasnya PAS mencabar Muhyiddin jelaskan bila PAS menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini.

Katanya, tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika PAS bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata beliau Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam dalam BN telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al-Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007.

Jelasnya lagi, tahaluf siasi membolehkan PAS melaksanakan dakwah dengan lebih cergas di mana masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu. - HD

Qazaf: Anwar diberi tempoh tiga minggu fail afidavit

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Mahkamah Rayuan Syariah hari ini memberi tempoh tiga minggu kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memfailkan afidavit jawapan terhadap notis yang dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan dua lagi, bagi mengenepikan rayuan Anwar berhubung permohonan qazafnya.

Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Abdul Razali Kefli menetapkan 18 November ini sebagai tarikh akhir untuk Anwar menjawab notis yang dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom pada 14 Mei lepas.

Beliau berkata rayuan Anwar berhubung permohonan qazafnya yang ditolak Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 14 April lepas, akan didengar dalam bulan Januari tahun depan.

Abdul Razali menetapkan tarikh itu selepas bertemu peguam Zainul Rijal Abu Bakar dan Roslizam Rahim yang mewakili Shamsuddin, Che Mat dan Jamil Khir serta peguam Dorina Abdullah bagi pihak Anwar.

Ketiga-tiga pemohon memfailkan permohonan untuk mengenepikan notis rayuan Anwar dengan alasan ia cacat, salah aturan dan telah memberi implikasi yang besar terhadap permohonannya.

Mereka juga mendakwa anggota Parlimen Permatang Pauh itu juga gagal menyatakan secara terperinci, bahagian mana keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang ingin dirayunya.

Ketika ditemui media, Zainul Rijal berkata notis rayuan yang difailkan Anwar tidak mematuhi prosedur mengikut Akta Tatacara Mal (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.

Pada 23 April lepas, Anwar memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak permohonannya supaya memerintahkan pendakwaan yang diwakili Shamsuddin, meneruskan pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam permohonannya, Anwar telah menamakan Jamil Khir, Shamsuddin dan Che Mat sebagai responden.

Pada 9 Februari lepas, ketiga-tiga responden memfailkan bantahan awal terhadap permohonan Anwar dengan alasan Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan qazaf berkaitan kesalahan jenayah melalui prosedur Mal. – Bernama

Pelakon AC Mizal dipenjara

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Pengacara dan pelakon AC Mizal dipenjara 25 hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat hari ini selepas didapati bersalah ingkar perintah mahkamah membayar tunggakan nafkah anak berjumlah RM50,000.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah turut memerintahkan pengacara itu didenda RM1,500 selepas mendapati beliau melanggar dan menghina mahkamah kerana gagal mengemukakan akaun tahunan syarikatnya.

Permohonan terhadap bekas pengacara Akademi Fantasia dikemukakan oleh bekas isterinya, Shafnie Zainuddin.

Ia berhubung kes komital atau perintah memenjarakan yang difailkan oleh Shafnie kerana menghina mahkamah selepas gagal membayar nafkah anaknya seperti yang diperintahkan.

Bagaimanapun laporan Berita Harian Online menyebut, AC Mizal tidak dipenjarakan selepas akur dengan membayar nafkah tertunggak RM9,800 dan denda RM1,500.

AC Mizal berkahwin dengan Emelia Rosnaida kemudian.

Shafnie dan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum disahkan bercerai pada 17 Oktober 2001.

Dalam permohonan mengubah tuntutannya awal bulan ini, Shafnie yang diwakili peguam syarie, Mohd. Ridhwan Husin menuntut agar jumlah RM300 sebulan bagi dua orang anak diubah kepada RM3,770 sebulan.

Ia merangkumi makan minum bulanan sebanyak RM400, pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa atau ansuran rumah (RM650).

Selain itu, dia meminta perbelanjaan tahunan berjumlah RM9,000 yang merangkumi pakaian (RM3,000), perubatan (RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum (RM1,000) dan hiburan serta percutian (RM3,000).

Selain kes itu, mereka mempunyai satu lagi kes yang melibatkan isu tunggakan nafkah dua anak mereka yang berjumlah RM50,000 di mahkamah yang sama. - TMI

PRK Galas ; Skrip lama UmNO muncul kembali

GUA MUSANG, 28 Okt — PAS menuduh Barisan Nasional (BN) sanggup melakukan apa sahaja bagi mencari kemenangan termasuk menggunakan isu agama sebagai alat dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sebagaimana pernah disaksikan ketika beberapa pilihan raya terdahulu termasuk di Hulu Selangor, kerjasama PAS dan DAP di bawah Pakatan Rakyat muncul lagi kali ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata, BN akan menggunakan isu agama untuk menjatuhkan PAS dan mendapatkan sokongan daripada pengundi.

“BN bukan sahaja akan gunakan isu agama untuk jatuhkan PAS tetapi sanggup gunakan apa sahaja cara dan isu termasuk isu perkauman.

“Bukan ada peraturan dalam BN, bagi mereka semuanya halal.

“Ini menunjukan BN sudah ketandusan isu apabila sanggup menggunakan isu agama dalam kempen mereka. Kita sudah tahu budaya BN, mereka sanggup gunakan agama untuk jatuhkan lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kain rentang yang dipamerkan di tepi jalan tertulis “’Karpal Singh Hina Perjuangan Islam’, Kenapa PAS masih menyokong DAP (Harbi)?”

Kain rentang itu juga mempamerkan laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal Singh bertajuk “Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu — Karpal Singh”.

Dalam ceramah pertama kelmarin selepas kempen bermula, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu dan DAP menjalankan kerjasama selama ini adalah untuk membawa perubahan kepada negara.

Dalam mencapai matlamat itu kata beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi “jambatan” antara kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat itu.

“Walaupun DAP bukan parti Islam tapi PAS menjalin kerjasama dengan DAP kerana mahu melakukan perubahan terhadap pimpinan kerajaan sekarang,” kata beliau.

Kerjasama PAS dan DAP menjadi kritikan Umno termasuk ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu.

Abdul Fatah juga berkata isu yang dibangkitkan ini adalah perkara lama dan rakyat sudah mengetahui perkara sebenar kerjasama antara PAS dan DAP.

“Itu cerita lama, buat apa nak bangkitkan perkara lama. Kalau nak bangkitkan juga susahlah.

“Terpulang kepada BN nak buat macam mana pun, ia tidak beri kesan kepada PAS. Rakyat sudah tahu perkara itu, mereka sudah cerdik. Saya percaya mereka tidak akan tertipu dengan taktik BN ini,” katanya.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah. Pengundian diadakan 4 November ini.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu yang mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS pula menurunkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.

Tambah Abdul Fatah, PAS dan BN sepatutnya berperang dengan menggunakan isu, bukan menggunakan agama sebagai alat untuk menjatuhkan lawan.

“Kalau sebelum ini BN kata PAS ketandusan isu tapi sekarang nampaknya lain pula ceritanya.

“Jadi mari kita lawan siapa yang mempunyai lebih banyak isu, tengok siapa yang menang,” katanya. - TMI

KERAjaan terlebih belanja RM4.83 bilion? ...

Kerajaan persekutuan telah terlebih belanja RM4.83 bilion tahun lalu. Ini merupakan defisit kedua tertinggi selepas tersasar bajet operasi RM5.7 bilion pada tahun sebelum itu.

“Ini menunjukkan masih terdapat kelemahan dan perancangan kewangan dan pengurusan,” petik Laporan Ketua Audit Negara 2009 sambil menekankan bahawa perbelanjaan sepatutnya hanya dilakukan selepas mendapat kelulusan.


Laporan itu juga mendedahkan 11 agensi - termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Awam dan 10 kementerian telah berbelanja melebihi bajet operasi mereka sehingga sebanyak RM3.61 bilion.

Ketua Audit Negara juga mendapati 15 kementerian dan agensi terlebih berbelanja RM3.74 bilion bagi 42 projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.


Senarai teratas adalah Kementerian Pertahanan yang terlebih belanja RM2.03 bilion untuk tiga projek, diikuti oleh Kementerian Pelajaran ((RM927 juta untuk empat projek) dan Jabatan Perbendaharaan (RM547 juta untuk dua projek).

Sementara itu, hutang tertunggak oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan pula terkumpul sebanyak RM4.6 bilion atau 13.3 peratus melebihi jumlah RM4.08 bilion yang dicatatkan pada 2008.

Selangor adalah pemiutang terbesar (RM829.86 juta), diikuti Johor (RM809.89 juta), Kedah (RM706.68 juta), Pahang (RM565.08 juta) dan Negri Sembilan (RM504.50 juta).

Jumlah hutang tertunggak itu terus meningkat meskipun RM204.27 juta dalam pembekalan perjanjian air kepada lapan negeri telah diserap oleh kerajaan persekutuan.

Menurut laporan itu 607 (50.5 peratus) daripada 1,203 pinjaman yang disalurkan kepada kerajaan negeri adalah hutang yang diberikan antara satu hingga 13 tahun lalu.

Bagi badan berkanun, Perbadanan Aset Keretapi (RM1.02 bilion) adalah pemiutang terbesar manakala Perwaja Terengganu Sdn Bhd menduduki senarai syarikat dengan hutang terbesar (RM1.8 bilion).

- Malaysiakini

... sebab PRK Galas la ni ... kalau tak, ha tunggu la

GUA MUSANG, Oct 27 — Mat Rozi Mohd Razali, 24, whose dream of joining the Royal Malaysian Navy was dashed earlier due to lack of a Malaysian citizenship, can now pursue that dream as the Kelantan National Registration Department has issued him and his three siblings identification cards.

With only a Thai birth certificate to his name and no identification card, Mat Rozi was not allowed to sit even for his Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) examinations, let alone join the navy.

“I was sad that I could not take my UPSR exams. Candidates can use their birth certificates, but only Malaysian birth certificates,” he told reporters after a ceremony where he was handed his citizenship certificate at Sekolah Menengah Tengku Indra Petra, here today.

Despite his parents being Malaysian citizens, their decision to migrate to Kampung Dusun Nyor in Narathiwat, Thailand, due to poor living conditions, made it difficult for Mat Rozi to obtain a Malaysian identification card.

His siblings Patimah, 20, Zam, 17 and Zainab, 15, who were also born in Thailand, faced the same problem.

However, the four of them can now smile after the Kelantan NRD presented them with Certificates of Citizenship, which made them eligible for an identification card.

Besides Mat Rozi and his siblings, 60 other Gua Musang residents received their citizenship certificates from People’s Volunteer Corps (Rela) deputy director-general Datuk Mustafa Ibrahim, who represented NRD director Datuk Alwi Ibrahim who could not make the event.

“We returned to Kelantan in 1994 and were late in applying for citizenship. Luckily for us, the NRD came down to the field and we were provided information on how to apply for a Malaysian citizenship.

“I applied last year and realised how easy it is to deal with the department as they were very helpful,” he said.

Mat Rozi, the second of 10 children, said the certificate will facilitate his registration for a Marine course with the Kelantan Selatan Development Authority (KESEDAR) after he obtained his identification card.

“Even though I cannot become a navy officer, I will still be able to serve the country after undergoing this course,” he said. — Bernama

27 October 2010

Orang tak percaya kerajaan, PM pun boleh menipu ...

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa Bajet 2011 yang dibentang Perdana Menteri tidak seimbang.

Berucap membahaskan bajet di Dewan Rakyat beliau berkata, bajet tersebut hanya memfokuskan pembangunan di Lembah Klang dan mengenepikan pembangunan di negeri-negeri lain.

Beliau memberi contoh peruntukan pembangunan sebanyak RM6 bilion kepada Kuala Lumpur ekoran jangkaan peningkatan 6 juta penduduk menjelang 2015.

Sedangkan, katanya jumlah itu adalah bersamaan peruntukan pembangunan untuk 40 tahun negeri-negeri lain.

"Rakyat semua negeri bayar cukai, sepatutnya tumpuan sama diberikan.

"Saya kira kerajaan perlu mencari formula baru dalam pemberian peruntukan ini," katanya yang memberi contoh Kanada yang menggunakan formula berasaskan sumber yang terdapat di negeri.

Ketidakseimbangan ini juga jelasnya akan terus meletakkan negeri-negeri yang rakyatnya miskin, terus miskin biarpun mempunyai sumber dalam negeri.

"Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak terus terabai. Empat buah negeri ini rakyatnya paling ramai miskin, sedangkan negeri-negeri ini mempunyai sumber petroleum.

"Some thing has gone wrong some where (sesuatu yang buruk berlaku di mana-mana)," katanya.

Negara pada tahun 2009, katanya memperolehi pendapatan sebanyak 42% daripada sumber petroleum dari keempat-empat buah negeri tersebut.

Maka ujarnya, sangat wajar jika hak bayaran royalti khususnya terhadap Kelantan dan Terengganu diberikan.

"Saya masih ingat janji Perdana Menteri pada PRK Kuala Terengganu dua tahun lepas nak bagi semula bayaran royalti Terengganu, tapi sampai sekarang tak bagi.

"Sekarang berlaku krisis keyakinan, orang tak percaya kerajaan, PM pun boleh menipu," katanya - HD

Lagi militan ditahan di bawah ISA

KUALA LUMPUR: A man believed to be a member of Kumpulan Mujahiddin Aceh (KMA), an Indonesian militant group fighting for the establishment of an independent Aceh state through force, was arrested on Sept 29.
Deputy Inspector-General of Police Datuk Hussin Ismail said Taufiq Marzuki @ Sulaiman Tarmizi, 29, was arrested under Section 73(1) of the Internal Security Act 1960 for suspected involvement in militant activities which could threaten national security.

"Taufiq had fled to Malaysia on March 12 when the group's ideological and military training camp in Bireuen, Aceh was raided by Indonesian police," he said in a statement issued, here, today.

He said the arrest was to facilitate a thorough investigation as Taufiq's presence in Malaysia could harm national security.

"The investigation was aimed at uncovering and curbing foreign militant networks from making Malaysia their safe haven," he added.

On another case, Hussin said Indonesian police arrested a man from Tawau at Nusantara Port, Pare-Pare, Celebes on Oct 20 for smuggling 7,000 units of India-made detonators into Indonesia.

He said the 40-year-old man was believed to have smuggled the detonators from southern Philippines to Tawau and then took a passenger ferry to South Celebes via Nunukan.

"The man was arrested under Indonesia's Emergency Law 1957," he said.

Hussin said the two arrests were made possible through the sharing of information between the Royal Malaysian Police and Republic of Indonesia Police, and the cooperation would continue to combat weapons smuggling and terrorism in the region - Malay Mail

Sekurang-kurangnya PAS tak hina hukum Islam seperti Najib

Kain rentang kata, "Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?" Kain rentang juga menyiarkan keratan laporan akhbar tentang kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Amat menarik apabila kain rentang itu bercakap dengan bahasa yang sama yang dicakapkan oleh Umno sejak selepas pilihan raya umum 2008. Keputusan pilihan raya umum 2008 hakikatnya adalah hasil pengkhianatan Umno ke atas orang-orang Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003.

"Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?" Fine.

Saya juga ingin bertanya, kenapa berkawan dan sokong MCA yang membantah hukum hudud? MCA tidak harbi?

Lebih dari itu, kenapa junjung dan ampu sakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin? Bukankah dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983, Najib kata "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan"?

Bukankah dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1992 Najib juga kata "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu"?

Kenapa sokong Umno sedangkan Perdana Menteri dari Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran pada 14 Ogos 1994 bahawa "kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud"? Amaran itu masih belum ditarik balik oleh kerajaan Umno hingga sekarang.

Saya tak marah MCA membantah hudud. Mereka bukan orang Islam. Tetapi, mengapa yang mengaku Islam menolak hudud? Kalau tak nak hudud PAS, mana hudud Umno?

PAS cakap saja nak buat hudud, tapi tak buat pun? Kurang-kurang pun PAS tak hina hukum Islam seperti Najib, si Presiden Umno. - penarik beca

Depa dah mula 'serang' ....


Sehelai kain rentang dijumpai pagi ini tergantung di kawasan pekan Gua Musang dengan ayat berbunyi: “Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?”

Harbi merujuk kepada penduduk bukan Islam dan kafir yang berperang menentang Islam.

Ia juga menghuraikan tindakan pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh sebagai pemimpin yang didakwa 'hina perjuangan Islam'.

Meskipun semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran supaya semua pihak tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka, namun PAS mendakwa lawannya telah memulakan serangan dengan isu agama.

Kain rentang ini merujuk kepada laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Ia juga mempertikaikan mengapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi.

Kain rentang itu kemudiannya diturunkan oleh pekerja pilihan raya PAS dan DAP.

Bercakap pada sidang media selepas menurunkan kain rentang itu, penasihat jentera pilihan raya Galas, PAS, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua membidas tindakan itu yang dianggap rasis dan tidak demokratik.

Menurut Rahim, mesej kain rentang itu juga bertentangan dengan Islam.

“Adalah perkauman bagi menuduh seseorang itu sebagai 'harbi', kerana 'harbi' melambangkan perang terbuka dengan Islam,” katanya yang juga ahli parlimen Kota Baru. Menurutnya tindakan itu cuba membuat orang Islam marah.

"Sebagai penasihat jentera pilihan raya PAS, saya ingin jelaskan di sini: ini adal;ah PAS lawan Umno. Bukan DAP yang bertanding di Galas.

Kain rentang ini yang mengecam PAS itu juga didapati tidak mempunyai sebarang nama penerbitnya sepeerti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga mempertikaikan kain rentang itu dan mempersoalkan kempen sopan-santun yang dijanjikan oleh pengarah pilihan raya BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung.

"Umno tidak pernah berubah," kata Tony Pua. - malaysiakini

UmNO pun dah tak percaya media arus perdana lagi

GUA MUSANG, 27 Okt: Keresahan Umno BN untuk mendapat sokongan pengundi di Dun Galas semakin terserlah apabila mereka terpaksa mengeluarkan sendiri bahan cetak SUARA GALAS pada hari penamaan calon untuk dijadikan bahan kempen.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sedangkan dalam masa yang sama, mereka telahpun mempunyai pelbagai saluran media cetak dan elektronik.

Ketika ditemui mengulas perkara tersebut, katanya penyebaran risalah empat muka yang diterbitkan oleh Badan Perhubungan Umno negeri itu jelas menggambarkan mereka tidak lagi menaruh keyakinan akhbar arus perdana milik mereka untuk menawan hati pengundi di Dun Galas.

Beliau berkata, perbuatan tersebut seolah-olah meniru langkah PAS yang telah mengeluarkan GALAS KITO pada edaran pertama sehari sebelum penamaan calon.

“PAS telah mengambil langkah proaktif dalam penyebaran maklumat kepada pengundi kerana kita sedar sebaran media terhadap pelbagai aktiviti kita amat terhad, kita hanya ada Harakah, dikeluarkan dua kali seminggu sahaja,” ujar beliau.

Sementara itu, Yamin Hamid, 35, dari Kampung Lembaga, Sungai Terah berkata, Umno BN yang menyebarkan risalah tersebut kerana mereka sedar akhbar arus perdana tidak mendapat sambutan di Gua Musang.

"Kalau dah orang umno-BN sendiri pun tak yakin dengan akhbar harian mereka, tak kanlah kita di Gua Musang ini pula nak percaya berita yang disebarkan oleh akhbar tersebut.

Bagi Nurul Hidayah Ahmad, 27, Batu Papan pula berkata, semasa berada di tempat pernamaan calon turut mendapat senaskah akhbar harian secara percuma.

“Nampak sangat pihak Umno BN ini terdesak untuk menyebarkan maklumat palsu mereka, sehinggakan sanggup mengedar akhbar secara percuma pada hari tersebut,” katanya lagi. - HD

Sekat monopoli Astro - Wee

Ahli parlimen, Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) menyarankan kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Monopoli bagi mengawal kegiatan tersebut terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan syarikat besar.

Katanya, kegiatan monopoli di negara ini telah menyebabkan ruang untuk syarikat lain turut menceburi sesuatu bidang seperti perkhidmatan televisyen berbayar menjadi sangat terhad.

"Kerajaan seharusnya mengawal kegiatan monopoli tv berbayar ini dan menggalakkan persaingan, dengan membenarkan pemain-pemain lain turut serta dalam lapangan perniagaan ini demi kebaikan pengguna dan negara," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat semalam.

Selain itu, Wee berkata bagi memudahkan kandungan televisyen dari luar negara memasuki ruangan tempatan, ia perlu diberikan kepada semua penyedia siaran televisyen tanpa hak eksklusif kepada pihak tertentu.

Beliau juga mahu kerajaan menyekat kegiatan monopoli Astro kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan kepentingan awam, malah telah menyebabkan syarikat itu mengenakan yuran langganan yang tinggi kepada pengguna.

"Peraturan perlu dikenakan agar semua rangkaian yang disiarkan di Astro, turut boleh disiarkan oleh syarikat-syarikat TV berbayar yang lain seperti TM, Maxis, Celcom, UMobile dan Redtone.

"Jika perlu, luluskanlah undang-undang penyekatan monopoli bagi menggalakkan persaingan, sekaligus memberi kebaikan kepada pelanggan untuk memilih rangkaian dengan kos yang lebih rendah," katanya.
- Bernama

Sekat monopoli Astro - Wee

Ahli parlimen, Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) menyarankan kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Monopoli bagi mengawal kegiatan tersebut terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan syarikat besar.

Katanya, kegiatan monopoli di negara ini telah menyebabkan ruang untuk syarikat lain turut menceburi sesuatu bidang seperti perkhidmatan televisyen berbayar menjadi sangat terhad.

"Kerajaan seharusnya mengawal kegiatan monopoli tv berbayar ini dan menggalakkan persaingan, dengan membenarkan pemain-pemain lain turut serta dalam lapangan perniagaan ini demi kebaikan pengguna dan negara," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat semalam.

Selain itu, Wee berkata bagi memudahkan kandungan televisyen dari luar negara memasuki ruangan tempatan, ia perlu diberikan kepada semua penyedia siaran televisyen tanpa hak eksklusif kepada pihak tertentu.

Beliau juga mahu kerajaan menyekat kegiatan monopoli Astro kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan kepentingan awam, malah telah menyebabkan syarikat itu mengenakan yuran langganan yang tinggi kepada pengguna.

"Peraturan perlu dikenakan agar semua rangkaian yang disiarkan di Astro, turut boleh disiarkan oleh syarikat-syarikat TV berbayar yang lain seperti TM, Maxis, Celcom, UMobile dan Redtone.

"Jika perlu, luluskanlah undang-undang penyekatan monopoli bagi menggalakkan persaingan, sekaligus memberi kebaikan kepada pelanggan untuk memilih rangkaian dengan kos yang lebih rendah," katanya.
- Bernama

Bila UmNO terdesak, yang tak boleh jadi boleh .....

Mahasiswa berpolitik: Retorik Umno yang hampir kalah
Khairul Izwan

Bila dalam keadaan terdesak, maka semua perkara akan di lakukan walaupun kadang- kadang tidak rasional. Bila dalam keadaan lemas dan hamper tenggelam, semua benda akan di cari untuk berpaut.

Sekalipun buaya yang melintas. Mesti akan berusaha berpaut pada buaya. Kita sangat hairan dan kadang- kadang agak lucu dengan tindakan Umno ini. Makin lama makin memakan diri mereka.

Ahli majlis tertinggi Umno yang juga menteri pengajian tinggi telah menyatakan bahawa mahasiswa tetap tidak di benarkan berpolitik. Setelah terjadi pendebatan antara timbalan menteri pengajian tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah dan bekas naib canselor Uitm, Ibrahim Abu shah.

Tiba- tiba, dalam perhimpunan Agung Umno baru- baru ini, ketua pemuda Umno yang tidak mendapat tempat dalam kabinet Najib telah memutarkan semula lagu tersebut. Mahasiswa akan dibenarkan berpolitik?

Sejauh mana benarnya kenyataan khairy itu? Sejauh mana kata- kata tersebut akan di realisasikan? Hal ini hanyalah laungan untuk menyedapkan mulut. Untuk menarik golongan mahasiswa kepada Umno.

Mereka menyedari bahawa mahasiswa kini bersama pakatan rakyat yang bakal mengambil Putrajaya pada PRU-13 nanti. Dalam keadaan terdesak ini, Khairy dijadikan agen untuk menyelamatkan Umno. Padahal semua mengetahui, khairy tidak mendapat apa- apa tempat dalam kerajaan. Seolah- olah mahu di matikan karier politiknya.

Khairy sendiri harus sedar bahawa, beliau hanya menjadi agen apabila terdesak saja. Kalau Khairy benar- benar mahu memperjuangkan apa yang di katakanya itu, lebih baik Khairy bersama dengan Pakatan.

Semua sedia maklum, kenyataan Khairy tersebut di lihat bertentangan dengan pendirian Umno Barisan Nasional. Mereka masih belum bersedia untuk membenarkan mahasiswa berpolitik. Maka khairy tidak perlu memperjuangkan kata- kata tersebut dalam Umno.

Seeloknya Khairy dan Pak Lah badawi menyertai Pakatan sebab mereka di ketepikan oleh Umno.
Mahasiswa juga harus sedar bahawa Umno kini amat terdesak dan mereka menyedari hakikat akan bertukar kerajaan pada PRU-13 nanti.

Maka janganlah mudah mempercayai kenyataan Umno. Hal itu hanyalah retorik yang pasti tidak akan dapat dilaksanakan. Mahasiswa teruskan menyokong Pakatan. Suara mahasiswa disekat oleh Umno Barisan Nasional. Maka, perlu masa mahasiswa memberi pengajaran kepada mereka. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Bila dalam keadaan terdesak, maka semua perkara akan di lakukan walaupun kadang- kadang tidak rasional. Bila dalam keadaan lemas dan hamper tenggelam, semua benda akan di cari untuk berpaut.

Sekalipun buaya yang melintas. Mesti akan berusaha berpaut pada buaya. Kita sangat hairan dan kadang- kadang agak lucu dengan tindakan Umno ini. Makin lama makin memakan diri mereka.

Ahli majlis tertinggi Umno yang juga menteri pengajian tinggi telah menyatakan bahawa mahasiswa tetap tidak di benarkan berpolitik. Setelah terjadi pendebatan antara timbalan menteri pengajian tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah dan bekas naib canselor Uitm, Ibrahim Abu shah.

Tiba- tiba, dalam perhimpunan Agung Umno baru- baru ini, ketua pemuda Umno yang tidak mendapat tempat dalam kabinet Najib telah memutarkan semula lagu tersebut. Mahasiswa akan dibenarkan berpolitik?

Sejauh mana benarnya kenyataan khairy itu? Sejauh mana kata- kata tersebut akan di realisasikan? Hal ini hanyalah laungan untuk menyedapkan mulut. Untuk menarik golongan mahasiswa kepada Umno.

Mereka menyedari bahawa mahasiswa kini bersama pakatan rakyat yang bakal mengambil Putrajaya pada PRU-13 nanti. Dalam keadaan terdesak ini, Khairy dijadikan agen untuk menyelamatkan Umno. Padahal semua mengetahui, khairy tidak mendapat apa- apa tempat dalam kerajaan. Seolah- olah mahu di matikan karier politiknya.

Khairy sendiri harus sedar bahawa, beliau hanya menjadi agen apabila terdesak saja. Kalau Khairy benar- benar mahu memperjuangkan apa yang di katakanya itu, lebih baik Khairy bersama dengan Pakatan.

Semua sedia maklum, kenyataan Khairy tersebut di lihat bertentangan dengan pendirian Umno Barisan Nasional. Mereka masih belum bersedia untuk membenarkan mahasiswa berpolitik. Maka khairy tidak perlu memperjuangkan kata- kata tersebut dalam Umno.

Seeloknya Khairy dan Pak Lah badawi menyertai Pakatan sebab mereka di ketepikan oleh Umno.
Mahasiswa juga harus sedar bahawa Umno kini amat terdesak dan mereka menyedari hakikat akan bertukar kerajaan pada PRU-13 nanti.

Maka janganlah mudah mempercayai kenyataan Umno. Hal itu hanyalah retorik yang pasti tidak akan dapat dilaksanakan. Mahasiswa teruskan menyokong Pakatan. Suara mahasiswa disekat oleh Umno Barisan Nasional. Maka, perlu masa mahasiswa memberi pengajaran kepada mereka. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang - [HD]

Buat kerja bodoh mamat ni ....


GEORGETOWN: Seorang ketua juruwang bank ditahan selepas menggelapkan wang berjumlah RM1.5 juta yang sepatutnya disimpan dalam bilik kebal milik sebuah bank tempatan di Lebuh Bishop di sini.

Lelaki berusia 46 tahun itu dipercayai melarikan wang tunai berkenaan Selasa lalu selepas mengimbangi penyata kemasukan wang bank terbabit bagi mengelakkan syak wasangka majikan terhadapnya.

Bagaimanapun, suspek hanya sempat membelanjakan RM50,000 daripada RM1.5 juta yang cuba dilesapkan dan hasil tindakan pantas polis berjaya menemui wang tunai RM860,000 yang disorokkan di dalam beg bola boling di sebuah pusat boling di Sungai Petani, Kedah, manakala RM590,000 di tingkat satu bank di mana suspek bertugas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata pihak bank menyedari kehilangan wang berkenaan selepas melakukan pemeriksaan dan kemudian bertindak membuat laporan polis kira-kira jam 9 malam pada 19 Oktober lalu.

Beliau berkata, berdasarkan laporan bank, wang berkenaan sepatutnya disimpan dalam bilik kebal bank berkenaan tetapi semasa diperiksa, wang itu tiada dalam bilik kebal terbabit.

“Kami menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti sama ada kakitangan bank berkenaan terbabit dalam kes itu selain menyiasat prosedur standard kemasukan wang setiap hari.

“Polis menemui dua karung beg masing-masing mengandungi wang tunai RM500,000 dan RM90,000 di tingkat satu bank berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng.

Katanya, siasatan lanjut kemudiannya membawa kepada petunjuk dengan dua kakitangan bank berkenaan termasuk ketua juruwang dan pembantu bank yang masing-masing berusia 46 tahun ditahan untuk membantu siasatan di bank terbabit pada Rabu lalu.

Ayub berkata, hasil siasatan berjaya membongkar kegiatan ketua juruwang bank berkenaan apabila suspek mengaku menyimpan wang terbabit di sebuah pusat boling di Sungai Petani

26 October 2010

hahahahah ... Gua Musang dapat Wi-fi percuma kata Rais Yatim

MS: Itu yang Rais Yatim kata la... sebagai gula-gula orang di PRK Galas ... baru ni TPM Muyidin nak buat rumah murah, hari ni Rais pula nak bagi wi-fi ... esok, apa lagi depa nak bagi pun tak tau lah .... hahaha tempat aku ni bila pula nak ada PRK ... dapat Wi-fi free ... hehehehe
Gua Musang became the first constituency in Kelantan to enjoy free wi-fi internet services, involving 30 villages, under the "Kampung Wifi" program provided by the federal government.

Minister of Information Communication and Culture Datuk Seri Dr Rais Yatim said in line with the government's efforts to provide the people, including those in rural areas, with such services, the ministry would implement the "Kampung Wi-fi" program in stages.

"Gua Musang is the first area to be installed with the "Kampung Wifi" service because the people here have been waiting for such a service," he told reporters after launching the "Kampung Wifi" program in Sungai Terah, here today.

Also present was Barisan Nasional (BN) candidate for the Galas by-election, Abdul Aziz Yusoff, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) chairman Tan Sri Khalid Ramli and Paloh state assemblyman Datuk Nozula Mat Diah.

Rais said the implementation of the "Kampung Wifi" program would be carried out with the expertise of MCMC and Telekom Malaysia or Parnec, a company under Telekom Malaysia.

He said that the program, planned by the federal government a long time ago, was important to the people at all levels, including school children, because it is the latest technology introduced by the government.

"The government is committed towards the need of the people who hunger for technological advancement, including Kelantan, because the needs of everyone are the same.

"We will not sideline the needs of the people but continue to focus on providing such infrastructure. However, such facilities will not be build at one go, but in stages," he said.

Rais said the implementation of the program had nothing to do with the Galas by-election because the government had planned for such an implementation but coincidentally, it was launched during the by-election.

He added that the 7.9 million 3G service users in the country were now switching to broadband as the number of users has increased to 600,000.

-Bernama

PRK Galas : PAS mula dengan keyakinan 48% - Hadi

Galas: Kempen PAS mula dengan keyakinan 48 peratus, kata Hadi

GUA MUSANG, 26 Okt – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kempen parti itu untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil kali ini bermula dengan keyakinan sebanyak 48 peratus.

PAS merampas kerusi itu buat julung kali pada 8 Mac 2008 menerusi Che Hashim Sulaima yang meninggal dunia bulan lalu.

Beliau mengulangi alasannya sebelum ini bahawa tindakan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) dilihat satu cubaan merendahkan kedudukan Tengku Razaleigh sendiri.

“Kita sedar akan pengaruh besar yang ada pada Tengku Razaleigh tetapi sikap Barisan Nasional (BN) terhadapnya akan memberi sokongan kepada kita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini, hari ini.

Dipetik Bernama, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, walaupun kempen bergerak pada keyakinan tersebut, beliau telah mengarahkan jentera parti dari seluruh negara termasuk dari Kelantan untuk membantu sepanjang kempen mengikut giliran yang telah ditetapkan sehingga hari pengundian.

Bagi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, peluang Pas untuk menang adalah amat cerah berdasarkan personaliti calonnya yang komited terhadap parti serta telah lama mencurahkan bakti kepada penduduk setempat.

Beliau juga yakin dengan sokongan kaum Cina akan berpihak kepada PAS.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata, parti itu akan memberikan sokongan sepenuhnya sepanjang kempen berdasarkan gerak kerja yang diputuskan Jawatankuasa Bersama membabitkan PAS, DAP PKR di mana tumpuan lebih diberikan kepada kubu kuat Umno dan BN.

“Berdasarkan pengalaman lalu, tumpuan seperti ini memberikan kesan yang positif dan dapat melonjakkan sokongan pada Pakatan Rakyat,” katanya.

Pilihan Raya Kecil DUN Galas yang ditetapkan pada 4 November bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.

Hari ini adalah hari penamaan calon.

BN diwakili Abdul Aziz Yusoff manakala calon PAS ialah Dr Zulkefli Mohamad pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang. - TMI

PRK Galas : Calon BN tidak diterima oleh pemimpin BN sendiri

MS : Betoi la tu tok pa ai, apa nak dinafi lagi ...
Ketua perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad menolak spekulasi bahawa calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas, Abdul Aziz Yusof tidak begitu diterima di kalangan pemimpin bahagian Umno Gua Musang sendiri.

Spekulasi itu tercetus apabila Tengku Razaleigh Hamzah yang juga pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tidak menunggu lama dan difahamkan telah beredar sebelum calon BN diumumkan sah bertanding 4 November ini.

Sebelum itu, Tengku Razaleigih yang juga ahli parlimen Gua Musang hadir mengiringi calon BN itu ke pusat penamaan calon.

Bagaimanapun, Mustapha berkata isu itu tidak ditimbulkan ketika beliau bertemu dengan Tengku Razaleigh pagi ini.

"Saya jumpa dia tadi, bukan masalah 'infighting' (dalam bahagian) ke apa. Tak ada, tak ada, tak ada," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Beliau ditanya demikian memandangkan Tengku Razaleigh tidak kelihatan di lokasi khas yang disediakan untuk para kenamaan dari BN.


"Pagi tadi beliau (Tengku Razaleigh) yang memimpin (kumpulan penyokong) BN. Beliau ada (bersama kita) hingga lebih kurang pukul 10.30 pagi.

"Ku Li buat keputusan untuk bersama dengan rakyat (penyokong) di luar (pusat penamaan)," katanya.

Ditanya sekiranya Tengku Razaleigh pulang ke rumah, Mustapha berkata: "Dia berehatlah. Ini biasa, semua dah selesai dah, tak ada masalah."

Mustapha juga berkata, Tengku Razaleigh memainkan peranan besar sebagai ahli parlimen paling kanan di Malaysia dan juga sebagai pengarah pilihan raya kecil ini.

"Tapi kita BN yang banyak berjasa untuk rakyat dan calon wakili (parti) BN, bukan individu," katanya lagi. - malaysiakini

Malaysia Darul Disco? ... Cepat tukar kerajaan

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:

Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.
Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

by BRIGED MP SEGAMBUT

Penamaan calon DUN Galas : PAS 9,000 penyokong - BN 3,000 saja : Ketua Polis Kelantan

Galas: PDRM bersikap mesra rakyat

Mohd Nor Yahya

GUA MUSANG, 26 Okt: Proses penamaan calon PRK Galas dan perarakan penyokong Pakatan Rakyat dan BN berjalan dengan baik dan tiada sebarang insiden antara kedua-dua penyokong parti.

Justeru, Ketua Polis Kelantan, Datuk Rahim Hanafi ketika ditemui media di tempat penamaan calon hari ini berharap kedua-dua parti berkempen secara berhemah dan tidak menimbulkan isu-isu sensitif seperti perkauman dan agama.

“Saya berpendapat ini adalah satu proses penamaan calon yang paling baik dan harmoni dan diharapkan dapat diteruskan oleh kedua-dua parti yang bertanding,” ujar beliau.

PDRM juga telah mewujudkan empat kumpulan dalam proses pemantauan proses pengundian kali ini, iaitu Zon A, B, C dan D.

“Sepanjang tempoh berkempen ini, PDRM akan menggunakan konsep mesra rakyat serta pencegahan jenayah, PDRM juga akan memastikan sepanjang tempoh berkempen ini, ketenteraman akan dapat dinikmati semua yang berada di Dun Galas ini,” katanya lagi.

Rahim juga berkata kerjasama kedua-dua parti agar mematuhi arahan pihak berkuasa dari masa kesemasa amat diperlukan dan dengan bilangan anggota polis yang bertugas amat kurang jika dibandingkan dengan PRK yang lain menggambarkan PDRM mengambil sikap mesra rakyat dan ketenteraman awam masih terkawal.

Ketika ditanya berhubung dengan pengurangan anggota PDRM dalam pemantauan kempen di Dun Galas, beliau berkata setakat ini hanya terdapat lebih kurang 500 sahaja yang digunakan, kebanyakannya ialah anggota tugas mm sahaja.

Beliau juga berkata pemerhatian PDRM jumlah penyokong PAS yang hadir di hari penamaan calon antara lapan hingga sembilan ribu sedangkan di pihak BN hanya sekitar tiga ribu lebih sahaja.

Menyentuh permohonan permit ceramah, beliau juga berharap mana-mana parti politik yang ingin berceramah mestilah menghantar borang permohonan sehari sebelum ia diadakan.

“Kita akan bersikap adil dan secepat mungkin dalam mengeluarkan permit ceramah tersebut dan bagi yang berceramah tanpa permit,tindakan akan diambil,” katanya - HD

PRK Galas : Fitnah khalwat - blogger UmNO minta maaf

Calon PAS Dr Zulkefli Mohamad kelihatan melepasi ‘halangan pertama’ saingan dengan menegaskan beliau telah memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan fitnah kononnya pernah ditangkap khalwat.

Beliau berkata, pihak yang menyiarkan berita tersebut telah pun memohon maaf dan telah menyedari akan kesilapan yang dilakukan.

“Kes ini sudah selesai, saya tidak akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut,” kata beliau di sini hari ini.

“Blogger yang siarkan cerita itu sudah minta maaf secara terbuka dan menyedari ia adalah tidak benar,” kata beliau ketika ditemui selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang hari ini.
Zulkefli Mohamad


Kelmarin, beliau dipetik berkata, laporan blog dan kemudian disiarkan oleh Umno Online adalah fitnah yang dilakukan dengan sengaja mahu memburukannya nama beliau.

Sehubungan itu beliau bersama peguamnya bercadang mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.

“Tindakan pertama meminta fitnah dimansuhkan daripada laman web Umno Online dan sekiranya tidak dipatuhi tindakan selanjutnya akan menyusul.

“Kedua, tempoh tindakan bergantung kepada tindakan dilakukan Umno Online terhadap permintaan pertama itu,” katanya kelmarin.

Zulkefli sejak hujung minggu lalu menjadi sasaran media rasmi Umno iaitu Umno Online yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Serangan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas nama beliau diumumkan sebagai calon PAS - bloglistmalaysia

PRK : Satu lawan satu di Galas, tiga penjuru di Batu Sapi

Proses penamaan calon di kedua-dua tempat, Galas, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah memakan masa sejam berakhir jam 10.00 pagi tadi.

Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Galas bakal menyaksikan satu lawan satu manakala pertandingan tiga penjuru di PRK parlimen Batu Sapi

Di Gua Musang, calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusof yang paling awal tiba di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang.

Beliau tiba di pusat penamaan pada 9.05 pagi, diiringi oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Presiden MCA Dr Ng Yen Yen dan Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil.

Turut mengiringi beliau ialah Naib Presiden Ahmad Zaid Hamidi, ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom, Ketua Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba jam 9.30 pagi, di iringi di antara lain, oleh Presiden parti Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Mahfuz Omar, Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Para penyokong berkumpul di sepanjang jalan ke pusat penamaan calon seawal jam 7.30 pagi, membawa bendera dan sepanduk parti, untuk menyokong calon masing-masing.

Kedua-dua penyokong BN dan PAS dipisahkan oleh zon keselamatan 100 meter di luar pusat penamaan calon.

PRK Galas terpaksa di adakan semula berikutan kematian wakil rakyatnya, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat penyakit barah usus pada 27 September lalu.

Terdapat 11,553 pengundi berdaftar di Galas, meliputi 7,125 Melayu, 2,317 Cina, 185 India, 10 Siam dan 1,889 Orang Asli.

Pertandingan tiga penjuru

Sementara itu di Sandakan, proses penamaan calon untuk kawasan parlimen Batu Sapi juga bermula jam 9.00 pagi di Dewan Komuniti Sandakan.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengetuai para penyokong BN ke tempat penamaan calon manakala PKR diketuai oleh Presiden Wan Azizah Wan Ismail.

Para penyokong parti pembangkang Sabah, Parti Progresif Sabah (SAPP) diketuai oleh presiden parti dan juga bekas ketua menteri Yong Teck Lee, yang juga merupakan calon pilihan raya kecil ini.

BN menamakan Linda Tsen Thau Lin, 54, balu mendiang ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong, sebagai calonnya manakala PKR memilih peguam Ansari Abdullah, 56, sebagai calonnya.

Cuaca di pusat penamaan calon adalah baik dengan para penyokong calon masing-masing berkumpul seawal terbitnya matahari dan tiba di pusat itu jam 8.30 pagi.

Sekumpulan anggota polis dikerahkan untuk mengawal trafik dan memastikan tidak berlaku insiden yang tidak diingini di sekitar jalan pantai yang sempit menuju ke pusat penamaan calon - FMT

25 October 2010

PRK Galas : Gua Musang mula sibuk

Nazri Abdullah

GUA MUSANG, 25 Okt: Menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas esok, bandar Gua Musang mulai sesak.

Biarpun hujan lebat mula turun siang tadi, kenderaan dari luar tidak putus-putus membanjiri pekan Gua Musang, sejak petang tadi.

Kenderaan dijangka bertambah menjelang pagi esok.

Bukan sahaja penyokong dari luar, malah penyokong tempatan dari seluruh Kelantan juga mula berkampung di sini sejak beberapa hari lalu.

"Petang ni baru jam ni, pagi tadi, tengahari tadi OK lagi.

"Beraya la orang Gua Musang sekali ni," kata Azman Said, seorang penduduk tempatan di sini.

Sementara itu, penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta berkumpul di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra seawal jam 7 pagi esok bagi memudahkan urusan mengiringi calon PAS ke pusat penamaan.

Pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk calon, Dr Zulkefli Mohamad dijangka tiba jam 8.00 pagi.

Sebelum bergerak ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan jajahan Gua Musang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka mengimamkan solat hajat di masjid berkenaan.

Perarakan mengiringi calon dijangka bermula jam 8.30 pagi sejurus selesai solat hajat.

Dalam pada itu, PAS malam ini mengadakan beberapa program menjelang esok.

Di peti undi Pulai, Tuan Guru Nik Aziz menghadiri satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pula dijadual menyampaikan ceramah di Pasti Terasil.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pula berceramah di Kampung Baru Gua Musang bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa.

Manakala di Pusat Sivik pula berlangsung forum Bertani Satu Ibadah anjuran kerajaan negeri.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah mengingatkan penyokong parti bertanding supaya mematuhi laluan yang ditetapkan bagi penyokong parti masing-masing.

Penyokong calon BN akan berkumpul di bilik gerakan parti di Bukit Cekati kira-kira 180 meter dari Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, tempat penyokong calon Pakatan Rakyat berkumpul - HD

Nik Aziz, Kit Siang, Guan Eng, Zaid Ibrahim, Raja Petra semua bersalah. Yang maksum hanya Umno

Aspan Alias

“Putrajaya mesti dipertahankan dengan cara apa sekalipun,” kata Najib dalam ucapan penggulungan beliau di perhimpunan Agong UMNO Sabtu lalu. Kata-kata ini membayangkan betapa jelasnya kepercayaan pimpinan kita sendiri bahawa pihak alternatif berkemampuan untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan jika pilihanraya umum diadakan.

Buat kali pertama seorang PM membayangkan garis-garis pertahanan bagi UMNO untuk mengelak daripada PR mengambil alih Putrajaya dengan mengingati orang ramai bahawa jika mana-mana pihak bercita-cita untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan mestilah mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Peringatan PM Najib telah membayangkan bahawa beliau mempercayai Raja-raja Melayu itu hanya bertanggungjawab untuk mempertahankan UMNO sahaja untuk memerintah meskipun pemimpin-pemimpinnya melakukan perkara yang tidak baik dan tidak bermoral misalnya. Lain-lain perkataan memberikan taarifan bahawa Raja-Raja Melayu mesti mempertahankan UMNO ‘at all cost’. Intepretasi ini amat mengelirukan.

Sudah menjadi persepsi ramai bahawa ucapan Najib menterjemahkan perasaan desperate UMNO kerana kekalahan UMNO lebih banyak kerusi dalam PRU yang akan datang merupakan suatu yang ‘imminent’ maka beliau secara terus dan terang mengajak ahli-ahli UMNO di setiap peringkat untuk melakukan usaha ‘circumvention’ terhadap cita-cita PR untuk menjadi pentadbir kepada Kerajaan Persekutuan selepas sahaja keputusan pilihanraya diumumkan.

Tetapi apa yang disebut oleh PM Najib ‘at all cost’ itu membuahkan pula persepsi baru, iaitu berbuat apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya walaupun dengan permainan kotor. Ramai yang berpendapat tujuan Najib untuk mengeluarkan isu kuasa Raja-Raja sebagai benteng terakhir itu merupakan satu momokan dan menakut-nakutkan pengundi.

Sekarang Najib dan UMNO sedang cuba untuk menggunakan benteng terakhir dan jika benteng ini juga tidak termampu untuk menolak PR ‘marching’ ke Putrajaya maka sampailah hayat UMNO ke penghujungnya. Raja-Raja Melayu yang dihina dan dinista pada 1993 dahulu ini kembali djunjung oleh UMNO kerana keterdesakan parti itu menghadapi rakyat yang ramai ini. Alhamdulillah parti kita sudah sedar bahawa Raja-Raja Melayu itu merupakan institusi penting bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia - SETERUSNYA

Budak sekolah pun depa 'kencing' ... begitulah kerajaan sekarang!

Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.

Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.

Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.

Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.

Bernilai lebih rendah

Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya.

Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak).

Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak.

Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.

Antara alasan lazim yang dikemukan oleh sekolah dan juga pembekal adalah “kesukaran mendapatkan bahan mentah, khususnya untuk sekolah di kawasan pedalaman.

Laportan Ketua Audit Negara itu juga mendedahkan kualiti makanan yang rendah di beberapa hospital.

"Dalam persampelan, kami dapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya,” petik laporan itu. - mkini

Islam Batu Sapi dan UMNO Galas bantah calon BN

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ketika penyokong BN yang mewakili 60.1 peratus pengundi Bumiputra Islam di Batu Sapi membuat bantahan secara terbuka terhadap BN kerana memilih calon bukan di kalangan mereka, penyokong Umno di Galas memprotes dalam diam pemilihan orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon di situ.
Di Sandakan, 500 ahli PBS dari bahagian Sekong membantah pencalonan Linda Tsen Thau Lin, balu Edmund Chong Ket Wah, bakas anggota Parlimen, sebagai calon BN di Batu Sapi.

Mereka datang dengan beberapa buah bas yang penuh dengan bendera dan banner mendesak agar calon di kalangan Bumiputra Islam dipilih sebagai calon. Ini kerana, Batu Sapi mempunyai 60.1 peratus pengundi di kalangan Bumiputra Islam.

Mereka mendakwa, mendiang Edmund tidak pernah memperdulikan mereka sejak dipilih sebagai wakil rakyat Batu Sapi pada tahun 2004 lalu.

"Bagaimana mungkin seorang perempuan pula mahu masuk ke kawasan kampung air kami kalau sebelum ini lelaki pun tidak menjenguh kami," kata salah seorang dari mereka yang membuat bantahan itu.

Terdapat 26,000 pengundi di Batu Sapi dengan pecahan pengundi Melayu 32 peratus, Cina 38 peratus India 0.5 peratus, Bumiputera Islam Sabah 26 peratus, Bumiputera Sarawak 0.5 peratus dan lain-lain 2.6 peratus.

Umno lawan Ku Li

Di Gua Musang, penentangan secara senyap mula berjalan di kalangan Umno Gua Musang yang semakin bimbang dengan beberapa tindakan penyokong Ku Li dari kalangan bekas Semangat 46 itu.

Bantahan ini dibuat ekoran pemilihan Setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof atau lebih dikenali dengan nama Aziz Limau (kerana berasal dari Limau Kasturi) sebagai calon BN.

Dalam pemilihan bahagian tahun lepas, bekas Ketua Bahagian Umno Saufi Deraman yang memberikan laluan kepada Ku Li untuk menjadi ketua bahagian selepas menyertai semula Umno, dikalahkan oleh orang kuat Ku Li dalam pertandingan merebut timbalan ketua bahagian.

Namun begitu, penyokong asal Umno ini kekal menguasai Wanita dan Pemuda Umno Bahagian. Ketua Wanita Umno bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Yusof dan Bazlan Baharudin, Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang. Kedua-duanya penyokong Umno negeri dan pusat serta tidak bersama Ku Li.

Di samping kedua-duanya, ada 11 AJK Bahagian yang menjadi penyokong mereka. Pendek kata, terdapat garisan yang jelas dalam Umno Gua Musang antara penyokong Ku Li dan penyokong Umno.

"Kami nak Saufi Deraman bekas Adun kami bertanding sekali lagi. Lagipun dia yang bertungkus lumus berjuang untuk Umno sebelum ini ketika Ku Li memimpin Semangat 46. Tapi selepas Ku Li dipilih sebagai pengarah, orang dia juga jadi calon, " kata seorang ahli Umno yang ditemui di bandar Gua Musang.

Beliau merujuk tindakan Saufi, yang ketika itu menjadi ketua bahagian, memberikan laluan untuk Ku Li menjadi Ketua Umno bahagian Gua Musang apabila Ku Li kembali semula ke dalam Umno.

Pada asalnya, Saufi sebagai ketua bahagian dilantik sebagai timbalan ketua bahagian. Namun dalam mesyuarat agung yang lalu, orang Ku Li telah melawan beliau dan seterusnya mengalah Saufi untuk jawatan timbalan ketua bahagian.

Luka itu berdarah sejak pilihan raya umum 2008 lagi apabila Saufi menjadi satu-satu pemimpin Umno Gua Musang yang kalah dalam pilihan raya tersebut. Mereka syak Saufi ditikam dari belakang oleh penyokong Ku Li.

Saufi kalah kepada Chek Hashim Sulaima dari PAS. Che Hashim meninggal baru-baru ini menyebabkan pilihan raya kecil akan diadakan pada 4 November nanti.

"Kalau Saufi tidak diterimapun, Datuk Hazani kito atau Bazlan pun boleh jadi calon," kata pemimpin Umno berkenaan.


Dr Zul kalahkan Ku Li di Galas

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS, Dr Zulkefli Muhamad mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 317 undi untuk Dun Galas dalam pertembungan mereka untuk merebut kerusi Parlimen Gua Musang.

Namun Ku Li memenangi kerusi itu selepas menang lebih besar di dua Dun lagi iaitu Paloh dan Nenggiri yang juga terletak di bawah Parlimen Gua Musang.

Menurut kajian sebuah badan bebas, pengaruh peribadi Ku Li hanya 30 peratus sahaja di Gua Musang. Selebihnya adalah sokongan daripada Umno. Jika Ku Li bukan calon dalam pilihan raya ini, bermakna pengaruh peribadi itu akan hilang.

Seramai 11,553 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya ini dengan Melayu berjumlah 7,123 atau 61.67 peratus dari jumlah pemilih itu. Cina 2317 (20.06 peratus), Orang Asli 1,889 (16.35 peratus) manakala India 185 (1.6 peratus).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive