30 June 2011

"Kami tidak boleh menyebut Bersih, tarikh 9 Julai ...." - stesen radio swasta

Pentadbiran Najib memberi amaran kepada stesen-stesen siaran swasta daripada menyebut apa-apa tentang Himpunan Bersih 2.0 atau tarikh ia akan diadakan, sebaliknya mahu mereka memberi amaran kepada orang ramai daripada menyertai tuntutan jalanan meminta pilihan raya adil dan bebas.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa sejak minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meminta eksekutif media stesen-stesen swasta untuk memaklumkan mereka mengenai garis panduan baru itu selain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan kemeja-T Bersih sebagai haram.

“Kami tidak boleh menyebut Bersih, tarikh 9 Julai perhimpunan diadakan dalam siaran kami tetapi kami mesti memberi amaran mengenai demonstrasi ini. Bagaimana kita boleh melakukannya?” kata seorang eksekutif media kepada The Malaysian Insider.

29 June 2011

DSAI nafi BERSIH 2.0 ada kaitan dengan anasir asing

KLANG - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa perhimpunan yang disokong Pembangkang pada 9 Julai ini tiada kaitan dengan anasir asing mahu pun komunis dan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

 Menurutnya, tuduhan-tuduhan tersebut sengaja direkayasa untuk menakut-nakutkan orang ramai daripada menyertai perhimpunan itu, katanya merujuk kepada kenyataan polis berhubung penahanan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan bahan berunsur komunis, dan dakwaan penulis blog bahawa perhimpunan itu disokong badan-badan bukan kerajaan antarabangsa tajaan Yahudi Zionis.

 "Ini ada yang kata jadi komunis, pemberontak, menentang Agong, pembiayaan dana asing, semuanya nak alihkan pandangan.


BERSIH 2.0 : Menteri, Polis jangan atasi Parlimen - Prof Aziz Bari

Oleh: Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR: Menteri dan pasukan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari kepada Keadilandaily ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Hishamuddin memberi amaran sesiapa yang memakai baju T kuning Bersih adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap.

Tahan kami, tapi Himpunan Bersih tetap diteruskan - Maria Chin

Arrest us but march will continue, Bersih activist says

@ 07:25:11 PM 29-06-2011 By Clara Chooi

KUALA LUMPUR, June 29 — Bersih 2.0 activist Maria Chin Abdullah issued a bold challenge to the government today, saying that even if all the coalition’s committee members were arrested, the controversial July 9 march would still proceed.

Speaking to reporters after recording a statement at the Dang Wangi district police headquarters this evening, the activist pointed out that the rally was not about Bersih’s members but the people’s demands.

“They can use preventive measures, they have given that threat but the rally is not about the individuals in Bersih ... it is about the people.

“Even if they take all Bersih steering committee members, the rally will still go on,” she declared.

Cakap berapi-rapi, tak sangka Najib takut pada Himpunan Bersih ...

29 JUN — Perhimpunan Bersih 2.0 telah mengundang berbagai tindak balas dari penyokong Barisan Nasional. Dari respon yang kurang bijak persatuan-persatuan peniaga pro-BN yang menyatakan bangkangan mereka di atas alasan terjejasnya perniagaan; kepada yang paling ekstrim dalam bentuk ancaman membunuh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga.

Walau apa sekali pun respon dan alasan di sebaliknya, kesemuanya bertujuan untuk menghalang berlakunya himpunan ini. Respon dan tindak balas sebegini merupakan bukti betapa BN amat gentar dengan himpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Mereka khuatir kerana perhimpunan ini merupakan pembuka jalan kepada era politik baru dan penamat kepada politik kotor yang berpaksikan fitnah pimpinan BN.

POLIS tidak boleh masuk kawasan Parlimen tanpa kebenaran Speaker .... Faham tak?

STONE : Kalau ya pun berkuasa, jangan la main redah saja. Kata penguatkuasa undang-undang, tapi undang-undang hampa cabuli .... Tapi tak pa dah pasti apa hampa buat semua betoi .... Macam ni nak bagi orang hormat?

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan menyiasat dakwaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bahawa polis mencabuli kebebasan parlimen apabila mereka menyoal-siasat beberapa ahli parlimen pembangkang semalam.

“Polis tidak boleh masuk kawasan Parlimen tanpa kebenaran speaker. Polis hanya boleh membekalkan perkhidmatan kepolisian atas permintaan pegawai parlimen, bentara dan speaker,” kata Lim (DAP-Ipoh Timor) ketika mencelah perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Bisnes.

Hujah Lim, tindakan Lim mencatatkan kenyataan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) di lobi MP semalam mencabuli prinsip pembahagian kuasa.

JAHAT : Risalah palsu BERSIH diedar di Wangsa Maju

Risalah berwarna kuning dilekatkan pada belasan kereta di Seksyen 2 Wangsa Maju, menyeru "tumbangkan kerajaan sekarang" atas nama "BERSIH 2.0", pagi ini. Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat menafikan bahawa risalah ini diedarkan oleh pihak BERSIH 2.0, dan mengecam sekeras-keras tindakan pemalsuan ini.

Wartawan MerdekaReview diberitahu bahawa risalah kuning dilekatkan pada kenderaan di tempat letak kereta Seksyen 2 Wangsa Maju, pagi ini. Antara mesej yang tertera pada risalah tersebut termasuklah "PERHIMPUNAN Bersih2.0", "BERSAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG!!!", dan "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!"

Undang-undang apa yang hampa pakai tangkap orang pakai baju kuning? -

Lawyer says pre-rally arrests unlawful, urges Bersih to sue
By Clara Chooi June 29, 2011

KUALA LUMPUR, June 29 — PKR vice-president N. Surendran today described the ongoing round of pre-rally arrests of Bersih activists as “unlawful”, adding that all those detained could “sue the pants off” the government.

The human rights lawyer told The Malaysian Insider that there was no law in the country that allowed such pre-emptive arrests or for T-shirts to be declared as illegal.

In declaring Bersih’s yellow T-shirts illegal, said Surendran, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein was attempting to play the role of an absolute monarch issuing a decree on his subjects.

BERSIH 2.0 : Hampir 400 peguam Pakatan sedia bantu jika ada tangkapan

Oleh G Manimaran

PETALING JAYA, 29 Jun — Sehingga 400 peguam secara sukarela telah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu jika ada peserta Himpunan Bersih 2.0 ditangkap, kata pemimpin PKR hari ini.
“Setakat ini, berdasarkan maklumat yang saya terima antara 350 hingg 400 peguam menyatakan kesanggupan mereka membantu jika ada peserta yang ditangkap kerana menyatakan sokongan dan menyertai Himpunan Bersih,” kata ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Shuhaimi Shafiei.

Ketika bercakap pada sidang media di sini, Ketua Penerangan PKR Selangor itu berkata, bilangan itu dijangka akan meningkat.

“Dalam Pakatan sendiri adalah ramai pemimpin kalangan peguam, yang ada asas undang-undang... dalam PAS seperti Hanipa Maidin, dalam PKR seperti R Sivarasa, Lateffa Koya... YB Kula di DAP,” kata beliau lagi.

"kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah" - TGNA

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih adalah pra kejatuhan Umno BN.

“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.

“Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui Twitter.

BERSIH - Kenapa mengaitkan soal pemberontakan terhadap Yang Dipertuan Agong? - DSAI

Umno cuba mengalih pandangan daripada isu 'penipuan sistem pilihan raya bersih' dan mengaitkan soal pemberontakan terhadap Yang Dipertuan Agong.

KLANG: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

“Saya akan ikut serta dalam perhimpunan nanti…..,” katanya ringkas selepas menyampaikan ucapannya dalam “Wacana Ekonomi ‘Integriti Penjawat Awam” di Dewan Hamzah disini hari ini.

Perhimpunan Bersih yang mendapat pelbagai tentangan parti politik lain sehingga berlakunya beberapa tangkapan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebelum ini diadakan serentak dengan himpunan Pemuda Umno dan Perkasa yang dirancang pada hari yang sama.

BERSIH 2.0 : KL akan ditutup mulai 8 mlm Jumaat 8/7

Jarak radius 10km dari pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup dan sekatan polis akan dibuat mulai Jumaat malam 8 Julai.

Jadi pandai-pandai lah korang cari jalan yer. ...

Tindakan terdesak Najib umPORno

HENTIKAN TEKANAN PADA PERHIMPUNAN BERSIH

Petaling Jaya, 29 Jun 2011 – Sungguh mengaibkan. UMNO dan BN yang telah mengurus negara hampir selama 54 tahun, masih menggunakan pendekatan ugutan dan menakut-nakutkan rakyat bagi menghalang Perhimpunan BERSIH.

Fatwa dari Mufti baru umPROno : HARAM pakai baju BERSIH - Hishamuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah satu kesalah bagi mana-mana individu yang memaki baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T BERSIH berhubung kait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya kepada wartawan.

STONE ; hahaha ini dia Tok Mufti baru umPORno.

14 ditangkap kerana berkemeja BERSIH

Empat belas aktivis politik pagi ini ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.

Semuanya kerana gara-gara lapan daripada mereka memakai kemeja T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'Ubah' pada waktu kejadian .

Aktivis itu mula mengunjungi pasar berkenaan kira-kira jam 9 pagi tetapi pihak polis tiba 15 minit kemudian dan mengheret mereka ke balai polis.

12 daripada mereka adalah ahli DAP dan dua lagi ahli PKR.

28 June 2011

Tunjuk bukti saya minta RM 1 juta - Datuk Johari

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Datuk Johari Abdul menuntut trio Datuk T menunjukkan bukti bahawa beliau pernah meminta ‘ganjaran’ RM1 juta sebagai bayaran untuk meninggalkan PKR selepas menonton rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.

Justeru wakil rakyat dari Kedah ini mempertahankan beliau tidak pernah meminta sejumlah wang itu dan apa yang dikatakan trio Datuk T adalah tidak berasas sama sekali.

Video terbaru : MP Sungai Petani, Datuk Johari

New video attacks Johari in sex saga

By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, June 28 — A new video clip emerged on the Internet today to attack Sungai Petani MP Datuk Johari Abdul’s credibility with suggestions he had asked “Datuk T” for RM1 million, days after the PKR MP maintained that Datuk Seri Anwar Ibrahim was not the man in the sex video released earlier by the three men.

Shortly after the sex video was shown to reporters on March 21 by the “Datuk T” trio of Datuk Shazryl Eskay Abdullah, former Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik and Datuk Shuaib Abdul Lazim, Johari revealed that he had watched the video with them at a hotel in Kuala Lumpur.

Suhakam - Orang ramai punya hak berhimpun

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyeru pihak berkuasa supaya membenarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dirancang pada 9 Julai ini.

Tegas Suhakam, orang ramai mempunyai hak berhimpun dan menyuarakan pandangan, seperti mana yang termaktub dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataannya hari ini, susulan usaha kerajaan untuk membatalkan perhimpunan itu.

“Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

Bersih 2.0 : Media Dayus Perdana

Kini seluruh jentera media arus perdana dikerah untuk menakutkan rakyat supaya tidak menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai untuk menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus.

Media cetak, televisyen dan radio digerakkan untuk merakamkan “keresahan” peniaga mengenai kehilangan rezeki yang menurut media akan mencecah jutaan ringgit. Bagaimana taksiran ini dibuat – Wallahu a'lam.

Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, seorang peguam yang amat dihormati, kini dilabel oleh media sebagai tali barut pembangkang yang mahu menjatuhkan BN menerusi demostrasi jalanan.

Tiada kaitan dengan komunis - PSM

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan dakwaan ahlinya yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua dekat Butterworth malam kelmarin terlibat menghidupkan semula ideologi komunis di negara ini.

“PSM bukan PKM (Parti Komunis Malaya) dan tuduhan itu tidak berasas,” kata Setiausaha Agungnya, S Arutchlevan.

“Tuduhan mengaitkan kita dengan komunis semata-mata usaha takutkan orang ramai untuk menjustifikasikan tindakan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” katanya pada sidang media di lobi Parlimen yang turut dihadiri Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Selangor; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Kelmarin, 30 aktivis PSM ditahan di Plaza Tol Sungai Dua bersama risalah didapati mengandungi unsur ke arah cubaan menghidupkan semula fahaman komunis.

Komunis dalam Bersih?

Komunis resapi Bersih

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 27 Jun – Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan.

Ini kerana, gerakan tersebut yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan bersekongkol dengan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan.

Hakikat itu terbukti selepas sekumpulan 29 ahli PSM bersama seorang lelaki Filipina, Romeo Castillo, 59, dan seorang warga Korea, Min Young Song, 24, ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi di Ledang, Johor, Sabtu lalu.

26 June 2011

8 ditahan pakai baju BERSIH 2.0

KUALA LUMPUR - Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang di sini pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, kesemua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini.

"Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit dan ekoran itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal," katanya ketika dihubungi.

25 June 2011

Pesawat papa terhuyung-hayang - Anak Allahyarham

KUALA LUMPUR: “Mama nampak pesawat papa terhuyung-hayang sebelum terhempas,” kata Nur Ilyani Zakaria, 29, anak kedua Allahyarham Kolonel (B) Zakaria Salleh, 57, yang terkorban dalam nahas pesawat di Padang, Sumatera, Indonesia, kelmarin.

Nur Ilyani yang juga anak kedua daripada lima beradik itu berkata, arwah bersama ibunya pergi ke Padang dari Melaka kira-kira jam 2 petang kelmarin.

“Sebaik mama melihat keadaan pesawat yang dipandu papa itu, dalam hati mama terdetik akan kejadian itu kerana mama sering mendengar cerita daripada rakan mengenai keadaan pesawat sebelum terhempas.

“Mama sangat terkejut dengan kejadian itu. Selepas terhempas saya difahamkan papa diberi bantuan kecemasan dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Surau Nur As-Sobirin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini.

Siaran Akhbar MPF - Ancaman bunuh terhadap penganjur BERSIH

We the undersigned board members of MPF read with horror and disbelief the open threats to commit murder on proponents of BERSIH 2 March planned for 9 July 2011.

Rhetorics and posturing are part and parcel of an active democracy, but any threat of violence is malicious and jeopardises the peaceful co-existence of all in this beloved country of ours

Regardless of one’s feelings about the correctness or otherwise of the planned gathering on 9 July 2011, nobody other than the insane or racial supremacist will be in agreement with the obnoxious wave of highly coordinated text messages aimed at Dato’ Ambiga and her like minded colleagues.

The inaction of the relevant authorities does not bode well for an otherwise peaceful and harmonious Malaysia. Failure to apprehend and charge the culprit with intent to murder will be dereliction of duty of the highest order.

24 June 2011

Kit Siang dakwa kes trio Datuk T salah guna kuasa mahkamah

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata prosiding kes melibatkan trio Datuk T di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi seolah-olah menunjukkan wujud salah guna proses mahkamah sehingga menggambarkan urusan kehakiman negara menjadi “bahan lucu.”

Justeru, Lim juga menyoal sama ada salah guna proses mahkamah itu sebahagian daripada konspirasi melibatkan Peguam Negara dan polis sehingga kes itu sudah lewat tiga bulan untuk dibawa ke mahkamah.

“Misalnya, juga didakwa bahawa ada keterangan pakar bahawa lelaki dalam video seks itu 99.99 peratus adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

Ibu rela dinoda demi anak

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim

PETALING JAYA: Pilihan setan. Itu situasi getir terpaksa dipilih seorang wanita berusia 40 tahun sama ada mahu dirinya atau anak perempuannya berusia lapan tahun dirogol dalam kejadian pecah rumah di Kampung Subang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dan anaknya tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berusia 30-an yang pada mulanya mahu merompak.

Demi menjaga kesucian anaknya, si ibu dirogol suspek sambil detik hitam terbabit disaksikan kanak-kanak itu. Difahamkan, ketika kejadian suami mangsa keluar bekerja.

Sumber polis berkata, mangsa dan anaknya yang tidur nyenyak di rumah berkenaan dikejutkan seorang lelaki tidak dikenali.

Juruterbang Malaysia terbunuh dalam pertunjukan aerobatik di Padang Indonesia

JAKARTA, 23 Jun – Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, Sumatera Barat hari ini.

Juruterbang itu dikenali sebagai Kolonel (B) Zakaria Salleh, 56, dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor.

Menurut laporan Bernama Online, Kedutaan Besar Malaysia di sini mengesahkan laporan itu dan usaha sedang dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazahnya ke Malaysia.

23 June 2011

Adakah Hishammuddin akan tangkap Dato’ Onn Jaafar yang menganjurkan rapat umum dalam tahun 1946 sehingga melahirkan UMNO, jika arwah datuknya itu masih hidup hari ini?

KUALA LUMPUR, 23 JUN – Adakah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan menangkap Dato’ Onn Jaafar yang menganjurkan rapat umum dalam tahun 1946 sehingga melahirkan UMNO, jika arwah datuknya itu masih hidup hari ini?

Persoalan itu dibangkitkan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang terhadap kenyataan Hishammuddin yang mahu menangkap mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Kit Siang berkata, Onn, datuk kepada Hishammuddin, bukan sahaja pengasas UMNO, malah beliau adalah antara pengasas awal demonstrasi secara aman di negara ini apabila mengadakan rapat-rapat umum menentang gagasan Malayan Union yang dianjurkan oleh penjajah British.

“Mengadakan perhimpunan aman adalah tunjang kepada hak asasi manusia, yang diperakui sekalian masyarakat dalam negara yang bertamadun,” tambahnya.

SMS ugut Ambiga - .... kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, ......

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 tetap akan dijalankan meskipun beliau bersama beberapa orang anggota BERSIH yang lain berdepan dengan ugutan bunuh yang disampaikan melalui pesanan ringkas (sms).

Ambiga mengakui bahawa dirinya tidak terkejut dengan ugutan yang diterima, "tapi sangat kecewa kerana seorang warga Malaysia bertindak untuk mengugut seorang lagi warga Malaysia. Hanya kerana hasrat kami untuk mengadakan satu perhimpunan yang aman. Perhimpunan kami adalah aman. Saya amat kecewa."

Himpunan BERSIH 2.0 luar negara

Australia : Date: 9 July 2011 Time: 12.00pm Venue: Malaysian Consulate in Canberra, Melbourne & Sydney (simultaneous)

Japan : Date: 9 July 2011 Time: 3.00pm Venue: Tower of the Sun, Osaka

San Francisco : Date: 9 July 2011 Time: 9.30am Venue: Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco

New York : City Date: 9 July 2011 Time: 10.00am Venue: Consulate General of Malaysia, 313 East 43rd Street, New York

Korea : Date: 9 July 2011 Time: 3pm Venue: Malaysian High Commission, 4-1 Hannam-dong, 140-210, Seoul

Keadilan Selangor arah 70,000 ahli sertai Bersih 2.0

SHAH ALAM - Keadilan Selangor akan mengarahkan 70,000 ahlinya untuk menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, pihaknya telah bersiap sedia mengemudi gerakan dalam perhimpunan tersebut.

“Sudah semestinya Keadilan Selangor akan turut serta bersama-sama rakan-rakan Pakatan yang lain dan kita menganggarkan 70,000 ahli daripada 128,000 ahli yang kita ada akan menyertai dalam perhimpunan rakyat ini.

Perhimpunan Bersih 2.0 tetap diteruskan walau diancam bunuh - Ambiga

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan meskipun beliau dan pimpinan Pakatan Rakyat berdepan ancaman bunuh.

Menurutnya, beliau tidak gentar menghadapi ancaman tersebut namun sedikit kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mengugutnya.

“Saya kecewa seorang rakyat Malaysia yang lain tergamak membuat ugutan begini namun selagi polis menjalankan siasatan, saya tiada berasa takut,” kata Ambiga.

Peserta Bersih perlu tahu hak anda bila berdepan dengan Polis

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Lawyers For Liberty (LFL) menganjurkan bengkel terbuka berhubung hak peserta ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Peguam, Fadiah Nadwa Fikri berkata, bengkel tersebut diadakan bagi memberi pendedahan tentang hak peserta perhimpunan sekiranya mereka berdepan salahgunakuasa atau ditangkap polis.

“Persediaan awal sangat penting dan mereka menyertai perhimpunan ini tidak perlu takut kerana dengan pendedahan yang diberikan pastinya mereka akan mendapat perlindungan dari segi undang-undang”

Banduan Didakwa Merogol

Oleh SALWA SHA'ARI
SHAH ALAM: Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara 30 tahun dan sebatan 10 kali, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas tuduhan merogol dan meliwat yang dilakukannya sebelum dia dihukum.

G. Thiyagaran, 35, yang sedang menjalani hukuman di Penjara Taiping, sejak 24 September 2010 hadir di mahkamah dengan memakai pakaian seragam penjara warna hijau dan dikawal oleh empat kakitangan penjara.

Lelaki bertubuh sederhana itu sedang menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak atas pelbagai kesalahan seperti merogol, mencabul dan mengurung dan mencuri motosikal.

Apa yang takut sangat dengan BERSIH?

Wira Arjuna

Apakah dia tuntutan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta PERKASA sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara?

Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong?

22 June 2011

Negara berkebajikan ialah pelaksanaan politik Islam

Oleh ZAKARIA ISMAIL

Ramai yang suka menjadi pemerhati yang tidak PAS dan tidak Umno, tidak Barisan Nasional dan tidak Pakatan Rakyat. Tengah-tengah kata mereka.

Kemudian mereka mengeluarkan pendapat yang pada anggapannya sangat bernas, PAS tak boleh begitu, Umno mesti begini, PR sepatutnya begini dan BN sepatutnya begitu.

Tetapi dalam kebanyakan keadaan, mereka sahaja yang selamat daripada kritikan. Menjayakan sesuatu agenda dan memperjuangkannya dalam wadah yang kita pilih seribu kali lebih sukar daripada mengkritik daripada jauh.

Selangor saman balas Alam Flora

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

SHAH ALAM: Selangor akan memfailkan saman balas terhadap syarikat pelupusan sisa pepejal, Alam Flora ekoran tindakan syarikat itu memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan negeri meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil alih kerja-kerja pembersihan di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri berpendapat tindakan Alam Flora itu berniat jahat serta sengaja mahu menggagalkan usaha-usaha kerajaan negeri dan PBT dalam meningkatkan usaha serta mutu perkhidmatan yang lebih baik.

“Kami sedang mempertimbangkan usaha untuk memfailkan saman balas terhadap Alam Flora. Kerajaan Negeri telah mendapat nasihat guaman dan Alam Flora tidak mempunyai alasan untuk mendapatkan semakan kehakiman tersebut.

Marsha 'kahwin' hanya untuk video klip

PETALING JAYA: Kontroversi penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh, 26, (gambar) yang dilaporkan sudah berkahwin pada Ahad lalu secara senyap hanyalah sekadar gimik yang dilakonkan dalam klip videonya.

Pengurus penyanyi itu, Syada Fiza berkata adegan perkahwinan tersebut dilakonkan dalam klip video terbaru Marsha berjudul Bila.

"Marsha memang berkahwin tapi hanya dalam lakonan sahaja untuk klip video terbarunya yang berkisar tentang perkahwinan.

"Adegan itu dilakonkan dalam suasana majlis dalam taman yang dibuat sama seperti perkahwinan sebenar," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Apa beza Pekida dengan Perkasa?

Pekida bukan Perkasa, kami takkan turun Bersih 2.0

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) bertegas tidak akan turun menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai depan.

Walau bagaimanapun Ahli Majlis Tertinggi Pekida Malaysia Datuk Roslan Dahaman berkata ini tidak bermakna pihaknya menyokong perhimpunan
mendesak satu sistem pilihan raya yang adil dan bebas itu.

Berbeza dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda Umno yang mahu turun menghalang perhimpunan tersebut, Roslan berkata pihaknya tidak mahu terlibat dengan sebarang agenda politik yang jelas bertentangan dengan perjuangan mereka.

Soalan: Apa beza Pekida dan Perkasa?

3 Boroi tayang video lucah akan didakwa Jumaat ini

2011/06/22

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, berkata trio "Datuk T" diminta hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi Jumaat ini untuk pendakwaan.

Beliau berkata demikian dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada wartawan sebentar tadi. Difahamkan pendakwaan terhadap mereka adalah berkaitan penayangan rakaman video yang didakwa menunjukkan aksi seks individu mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita.

Selain Eskay, dua lagi anggota trio "Datuk T" iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Agung PERKASA, Datuk Shuib Lazim. - BH

Panduan kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 - 9 Julai 2011

*Penting! **Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 2.0 *
Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Tuntutan Bersih 2.0:

■Pendaftaran automatik
■Reformasi undi pos
■Penggunaan dakwat kekal
■Akses kepada media
■Masa berkempen minima
■Pengukuhan perbadanan awam
■Hentikan rasuah

BERSIH 2.0 has been actively advocating for electoral reform but our demands have fallen on deaf ears. Bersih 2.0 feels that, the time has come for those mandated to administer the nation to “listen to the voices of the rakyat”. There is a clamour worldwide for greater democratisation of societies and we would invite those in power to heed those voices.

Ibrahim Ali kurang ajar - Dr Ahmad Farouk

Kami membaca berita tentang Ibrahim Ali daripada PERKASA mendakwa kononya akan mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH 2.0 daripada mengadakan perhimpunan pada 9 haribulan Julai dengan penuh rasa marah dan kesal.

Tindakan dungu membakar dan memijak gambar Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan merupakan suatu penghinaan yang sungguh menjelikkan. Tambahan pula menggelarkan beliau dengan panggilan “wanita Hindu” adalah bersifat kurang ajar dan jelas menggambarkan sikap biadab Presiden PERKASA itu sendiri.

Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa perhimpunan yang dirancang adalah dipelopori oleh masyarakat madani tanpa sebarang perintah daripada mana-mana parti politik.

Ibrahim Ali badut yang tidak relevan

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Selepas Pemuda Umno, kini DAP pula mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan segera terhadap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengugut kaum Cina di negara ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil terhadap Ibrahim walaupun beliau mengeluarkan kenyataan rasis mengenai Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0.

“Ibrahim Ali seorang badut yang tidak relevan. Lebih menyedihkan adalah sikap berdiam diri Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tan Sri Ismail Omar.

21 June 2011

Nak tengok macamana perangai Umno, tengok Ibrahim Ali

Malaysian Insider semalam melaporkan berita bertajuk "Khairy: Ibrahim Ali tak wakili majoriti Melayu". Ketua Pemuda Umno itu boleh jadi betul bila dia kata gitu. Malah, ramai orang Melayu dan orang Kelantan yang merasa malu bila Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dikaitkan dengan bangsa mereka atau negeri mereka. Ramai orang Melayu yang malu nak mengaku satu bangsa dengan Ibrahim. Ramai orang Kelantan yang malu nak mengaku satu negeri dengan Ibrahim. Bagi mereka, alangkah baiknya kalau Ibrahim bukan orang Melayu dan bukan orang Kelantan.

Tetapi, Khairy Jamaluddin yang kelihatan semakin out of touch dengan Umno nyata tidak ada kemampuan untuk melihat hakikat sebenar. Dia langsung tak nampak hakikat bahawa Ibrahim sebenarnya mewakili majoriti Umno.

Nak tengok macam mana kelaku Umno, tengok Ibrahim. Nak tengok macam mana perangai Umno, tengok Ibrahim.

BN belanja RM 1.18 bilion di PRN Sarawak

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendedahkan sebanyak RM1.18 bilion digunakan dua bulan sebelum dan semasa pilihan raya negeri Sarawak berlangsung April lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan perkara itu dalam jawapan bertulis ekoran pertanyaan lisan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh-DAP) yang meminta beliau menyatakan nama dan nilai projek pembangunan yang diumumkan kerajaan.

“Sehingga 30 April, sebanyak 62 projek dan program bernilai RM1.18 bilion telah diumumkan untuk dilaksanakan di seluruh Sarawak.

Kaji selidik The Star : 99% mahu Perhimpunan Bersih diteruskan

21 June 2011

KUALA LUMPUR, 21 JUN – Mengikut kaji selidik oleh The Star Online, lebih 1.3 juta rakyat Malaysia mahu perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan diteruskan.

Daripada gambar paparan skrin yang sempat diambil oleh seorang pengguna Facebook, seramai 1,312,917 telah memilih ‘perhimpunan itu harus dibenarkan’ berbanding hanya 14 ribu sahaja yang tidak mahu perhimpunan tersebut dijalankan.

Bagaimana pun, bilangan sebenar tidak dapat diketahui memandangkan The Star Online telah menutup kaji selidik itu sejak awal petang tadi.

Pekida : Kami bukan gangster, kami tolong Melayu

"Pekida bukan kumpulan gengster, yang gangster, yang 'pau' dan pukul orang tu kumpulan 'serpihan' yang asalnya dulu Pekida," kata Penasihat Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Hamzah Daud.

PETALING JAYA: “Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang!” kata Shark tidak puas hati kerana bimbang Malek akan merampas takhtanya sebagai ketua kumpulan kongsi gelap Kuala Lumpur satu hari nanti.

Shark (lakonan Shamsul Yusof) dan Malek (Aaron Aziz) merupakan watak dalam filem KL Gangster yang meceritakan tentang survival segelintir anak muda yang hidup di tengah kepesatan ibu kota, akhirnya memilih jalan hitam sehingga terjebak dalam kancah sosial dan gengsterisme.

Menangi RM500 dalam pertandingan Video BERSIH 2 - Pemuda PAS Wilayah

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganjurkan Pertandingan Mencipta Video BERSIH 2.0 untuk mempromosikan perhimpunan itu yang diadakan pada 9 Julai ini di ibu negara.

Sehubungan itu, mereka menjemput mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan itu yang menawarkan hadiah wang tunai RM500 bagi tempat pertama, RM200 (kedua) dan RM100 bagi tempat ketiga.

Ketua penerangannya Herman Samsudeen berkata pihaknya menetapkan sembilan syarat pertandingan berhubung pembikinan video BERSIH 2.0.

Syarat-syarat tersebut adalah:

50 ribu ahli Pas Selangor akan sertai BERSIH

PAS Selangor menjangkakan lebih separuh daripada 72,000 anggotanya akan menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan.

"Kita ada 72,000 ahli di Selangor. Paling minima 50,000 akan keluar (berhimpun). Kita sudah arah keluar tanpa kecuali," kata setiausaha PAS negeri Khairudin Othman.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bagaimana mobilisasi anggotanya itu akan dibuat.

"Tak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham bagaimana," katanya ketika ditanya sama ada parti itu menyediakan bas untuk membawa anggotanya.

[Berita penuh menyusul]

BERSIH : Siapa yang mulakan kekecohan?

Mohd Yusof Hadhari Saidon

Tarikh 9 Julai ini mungkin akan menjadi tarikh keramat. Tarikh di mana rakyat Malaysia berpesta meraikan demokrasi dan merayakan hak mereka di bawah perlembagaan.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menyatakan hasrat mereka untuk membuat perarakan di ibu kota pada 9 Julai ini.

Tidak ketinggalan Umno juga mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk membuat perarakan pada hari yang sama untuk 'memperkukuhkan sistem demokrasi yang ada dan turut serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang di katakan akan membawa gelombang berlawanan iaitu 'anti BERSIH'.

Ada beberapa persoalan yang timbul di sini?

KL Gangster kutip RM11 juta

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, memuji kehebatan filem KL Gangster, yang kini melakar sejarah tersendiri dalam industri perfileman Melayu.

Beliau berkata, filem arahan pengarah muda, Syamsul Yusof, itu boleh dijadikan sebagai filem contoh dan sesuai untuk tontonan umum. Malah sesuai ditonton golongan remaja untuk dijadikan iktibar.

“Setelah menonton sendiri KL Gangster, ia boleh dikatakan filem contoh dan nyata ia berjaya menarik banyak peminat yang tidak mahu terlepas menyaksikannya sendiri di pawagam,” katanya ketika ditemui pada Malam Penghargaan Industri Filem 2011.

'Parking Asmara' berdarah

KOTA BHARU: ‘Parkir asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya dipercayai kerana gila talak, semalam.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu disedari petugas pasar raya berkenaan sejurus terdengar jeritan wanita berusia 28 tahun itu ketika dia cuba melarikan diri daripada ‘ditawan’ bekas suami yang memandu kenderaannya.

Masa untuk berbincang sudah berlalu : Ambiga pada SPR

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Bersih 2.0 menyambut baik kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan perbincangan mengenai pembaharuan pilihan raya tetapi menegaskan sudah terlambat untuk berbincang lagi ekoran penyalahgunaan yang jelas dan ketidakinginan kerajaan untuk memperbaiki sistem sedia ada.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada SPR atas pelawaan (mereka) tetapi masa untuk berbincang dan bercakap sudah berlalu,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) dalam satu kenyataannya malam tadi.

20 June 2011

Penggodam : Sasaran seterusnya pada 4 Julai - Laman web pejabat Perdana Menteri -

Dispute whether hackers now targeting PM’s office

By Shannon Teo

KUALA LUMPUR, June 20 — A clip posted on video-sharing site YouTube has threatened another attack on Malaysian websites, this time on the website of the Prime Minister’s Office but a group of hackers credited for the last attack say they are not responsible this time.

Although the video appears to be produced by the notorious hacker group Anonymous, the group has said that the video is a fake in a Twitter post on the @TheAnonymousAd account mentioned in the initial threat last week.

“No. Someone trying to copy,” it said in a reply when asked on Twitter if the video was by Anonymous.

The video said that the PM’s website would be targeted on July 4 at 8.37pm local time.

Khairy pula mahu Ibrahim Ali didakwa di bawah Akta Hasutan ...

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap kaum Cina.

Khairy berkata, Ibrahim tidak wajar mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman yang mengugut kaum lain.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali yang seolah-olah mengugut masyarakat Cina.

TERKINI - Mahkamah tolak rayuan Gani Patail vs Dato Ramli Yusuff

by Din Merican

June 20, 2011

Yesterday, I posted an article about the despicable conduct of MACC officers who tried to inflict a last minute humiliation on Dato’ Ramli Yusuff and his family by visiting his house and making the whole neighborhood know that the MACC have unfinished business with Dato’ Ramli.

Just an hour ago, the Court of Appeal sitting in Kota Kinabalu made it clear and in no uncertain terms that it would not condone AG Gani Patail’s malicious conduct against Dato Ramli and dismissed AG Gani Patail’s appeal.

Gunakan Akta Hasutan pada Ibrahim Ali : Majlis Peguam

Ancaman presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali bahawa "apa saja boleh berlaku pada hari itu" jika Bersih 2.0 meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai, adalah tidak bertanggungjawab serta rasis, dan tindakan hendaklah diambil terhadapnya di bawah Akta Hasutan, kata Majlis Peguam Malaysia.

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee (kanan) menggesa kerajaan
menggunakan Akta Hasutan terhadap Ibrahim jika pihak berkuasa merasakan akta itu masih lagi relevan.

Katanya, Majlis Peguam menentang Akta Hasutan, "tetapi jika kerajaan menggunakan akta tersebut terhadap Karpal Singh kerana kenyataannya mengenai isu (krisis perlembagaan) Perak, maka saya tidak nampak mengapa (kerajaan) tidak boleh berbuat demikian terhadap kenyataan Ibrahim itu."

Zul Kulim bohong - Muhammad Nur

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen bebas, Bandar Bharu-Kulim, Zulkifli Noordin berbohong apabila menyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperdaya ulama tersohor Sheikh Yusuf Al Qaradawi.

Demikian dinyatakan sewaktu mengulas dakwaan Zulkifli yang mendakwa Qaradawi diperdaya untuk membela Anwar, seperti mana yang disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Muhammad Nur, beliau sendiri turut serta dalam pertemuan dengan Qaradhawi di Putrajaya, sewaktu ulama dunia itu hadir menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa penghujung 2009.

Bapa anak bersekedudukan hingga lahir 3 zuriat

KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).

“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Biarkan Himpunan Bersih diadakan — Aspan Alias

20 JUN — Pihak parti-parti dan kerajaan yang memerintah usaha mereka ialah untuk menggagalkan niat Bersih untuk mengadakan rally besar-besaran pada 9 Julai nanti. Semua pihak tahu lebih-lebih lagi pihak pemerintah dan parti-parti yang berkuasa bahawa rally anjuran Bersih ini pasti akan mendapat sambutan yang ramai, malahan dijangkakan lebih besar dari yang dianjurkan pada 2007 yang lalu.

Inilah yang sangat ditakuti oleh Umno terutamanya kerana Umno tahu jika rally ini berlaku kali ini, ianya akan membawa kemenangan tambahan kepada Bersih seperti yang dialaminya pada 2007 yang lalu. Sebagai pihak yang memerintah memanglah mereka tidak mahu melihat Bersih mengulangi kejayaan itu lagi kerana pilihanraya umum ke13 akan diadakan tidak lama lagi.

19 June 2011

PRU 13 : Khairy sabotaj Najib?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipersalahkan ramai pihak dalam parti pemerintah itu akibat kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac, 2008.

Khairy dipersalahkan kerana didakwa mempengaruhi Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi perdana menteri membuat keputusan-keputusan yang menyumbang kepada kekalahan.

Himpunan aman kecoh bila FRU tembak gas

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 19 Jun: Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menegaskan, perhimpunan aman ialah hak asasi manusia, jikalau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) masih berhimpun secara aman, tanggungjawab kerajaan dan polis ialah membantu pihak penganjur mengatur perhimpunan dan mengawal lalulintas.

“Kami berharap kerajaan bertolerasi terhadap aktiviti perhimpunan aman, bukannya menyekat saluran rakyat meluahkan perasaan,” kata presidennya, Datuk Dr Toh Kin Woon.

Katanya, sesiapa yang mempunyai pengetahunan tentang aktiviti perhimpunan aman di Malaysia akan tahu, pasukan FRU yang menembak gas pemedih mata dan meriam air adalah penyebab utama yang mengakibatkan kekecohan.

Umno cuba monopoli LL4G, YB Khalid 'berat hati' sertai misi ke Gaza

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengakui beliau “berat hati” untuk menyertai misi keselamatan membantu rakyat Palestin selepas mendapati Umno cuba memonopoli program murni itu.

Justeru beliau yang akan mewakili ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkata perkara tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu bersama kepimpinan perikatan itu untuk memutuskan sama ada menarik diri ataupun sebaliknya.

Aku pun dapat juga .. Berapa pula kroni dapat ni?

Selepas aku baca cerita ni di blog sahabat, tau-tau bini aku bawa mai hp dia ditunjukan kepada aku ...

"Abg tak dapat ke?"
"Tak dapat pun, .... ni semua kerja-kerja menghabiskan duit rakyat la ni" jawab aku.

"Tak dapat lagi bagus lah ... " kata aku lagi.

Hampa tengok la apa yang Najib dah hantar pada rakyat jelata ... dan ingat semua tu BUKAN PERCUMA. 

 
Kalau macam sms yang aku terima awal pagi tadi ya,  betul. Sms dari anak aku ucapkan Selamat Hari Bapa.

Apa kena mengena dengan  Najib , selain untuk menghabiskan duit ....
Hampa pikiaq la sendiri ...

selepas Kelab Taat Suami ... kini muncul 'Kelab Suami Curang'

Ketagihan seks jadi punca walau berteman isteri jelita
oleh : Diyanah Annuar

SENARAINYA panjang dan seakan tiada titik noktahnya. Senarai ‘beracun’ yang bukan setakat mengaibkan si pelakunya tetapi turut menjejaskan rumah tangga serta boleh melenyapkan karier cemerlang yang dikemudi. Inilah senarai ‘kelab suami curang.’ Namun, bukan sebarang suami, sebaliknya mereka bergelar insan ternama daripada pemimpin politik, badan berpengaruh, bintang filem sehinggalah yang bergelar ahli sukan bertaraf bintang mega. Ahlinya - termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan bintang golf, Tiger Woods. Dan seakan tiada hentinya, senarai asmara terlarang itu terus bertambah apabila tahun ini kita dikejutkan dengan nasib menimpa Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi; Pengarah Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominic Strauss-Khan; bintang filem popular dan bekas Gabenor California, Arnold Schwarzenegger dan wira bola Manchester United, Ryan Giggs.

Bukan soal hidung belang yang menjadi bualan, tetapi hakikat kesemua lelaki berpengaruh itu berimej baik dan mempunyai isteri cantik menawan, berkerjaya dan bijak. Malah ada yang terus sanggup berdiri kukuh menyokong suami mereka yang terpalit dengan skandal memalukan itu seperti dipamerkan Hillary Clinton, Stacey Giggs dan Anna Sinclair Strauss-Kahn. Anehnya, sebahagian besar wanita yang menjadi teman ranjang mereka ini pula mempunyai wajah atau ada iras dengan isteri mereka.

Awang xSelamat kata TGNA lebih teruk dari Ayah Pin

Utusan dakwa Nik Aziz lebih teruk dari Ayah Pin

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Akhbar mingguan Kumpulan Utusan mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang memperlihatkan pendirian tegas terhadap Umno dan media miliknya, lebih 'teruk' daripada Ayah Pin yang didakwa mengetuai kumpulan ajaran sesat di Terengganu lebih lima tahun lalu.

Awang Selamat dalam ruangan Mingguan Malaysia hari ini mendakwa “lebih banyak kecelaruan dicetuskan oleh Nik Aziz berbanding individu lain termasuk Ayah Pin, yang sedang diburu oleh pihak berkuasa.”

“Angkara siapakah yang menampakkan Islam tidak ubah seperti kartun?” kata Awang Selamat lagi yang menulis pandangan itu ekoran keputusan kerajaan Kelantan semalam mengharamkan akhbar Kumpulan Utusan daripada membuat liputan acara yang melibatkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta.

Pengasas Playboy pekak kerana terlalu banyak ambil Viagra

HOLLYWOOD: Pengasas Playboy Hugh Hefner dikatakan sudah pekak kerana mengambil terlalu banyak pil Viagra, kata bekas kekasihnya, kembar Karissa dan Kristina Shannon.

Bagaimanapun, Karrisa dan Kristina, 21, berkata kasanova berusia 85 tahun itu tidak akan berubah kerana dia tidak mahu kehilangan nafsu seksualnya.

Karissa berkata: “Hefner memberitahu dia lebih rela menikmati seks berbanding memiliki deria pendegarannya. Dia memakai alat bantuan pendengaran dan hanya boleh mendengar melalui sebelah telinga saja. “Anda perlu menghampirinya dan bercakap dekat di telinganya supaya dia dapat memahami anda.

“Kami boleh duduk di sampingnya tetapi dia tidak tahu apa yang kami bualkan,” kata kembar itu lagi.

'Qiamullail Perdana Imam Muda'

PETALING JAYA: Astro Oasis (saluran 106) akan menganjurkan program Qiamullail Perdana Imam Muda yang mengalu-alukan kehadiran Muslimin dan Muslimat untuk turut serta mengimarahkan Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Jun ini.

Program selama dua hari itu melibatkan tazkirah dan khutbah bermula pukul 12 tengah hari diikuti dengan solat Jumaat, Asar, Mgahrib dan Isyak berjemaah temasuk liga ilmu dan ceramah perdana.

Sementara qiamullail akan berlangsung pada pukul 3 pagi dan berakhir dengan kuliah Subuh.

Penyampaian tazkirah oleh salah seorang peserta program Imam Muda musim kedua manakala kemuncak program ini bakal disampaikan oleh Mudir Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar (gambar), berdasarkan sambutan yang diterima terhadap program Qiamullail yang dianjurkan sebelum ini, pihak Astro dapat melihat kesungguhan masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti keagamaan dan kerohaniaan seumpama ini.

18 June 2011

Astro Penggalak Sumbang Mahram

Terjebak jugak la tadi aku layan program bodoh dalam astro, mari menari.

Siapa la punya idea buat program bangang macam tu, aku tak kisah kalau program tu di sertai oleh suami isteri, tapi buruk sangat la kalau mak dan anak lelaki, bapak dan anak perempuan menari berpeluk-peluk.

Macam tadi aku tengok pasangan anak perempuan dan bapak, syok betul bapak dia peluk anak perempuan dia dan lagi satu pasangan mak dan anak lelaki dia, tak pasal-pasal anak lelaki dia dapat tengok ketiak mak dia shave ke tidak. silap-silap mau ngaceng anak dia tu.

Come on la, kalau nak liberal pun beragak la sikit, jangan jadikan alasan pasal mereka tu muhrim korang nak halalkan adegan peluk memeluk anak beranak, kalau nak buat pun dalam rumah la, tak payah tunjuk- tunjuk depan satu malaysia. SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive