23 September 2011

DAP boleh belah ..... - TGNA

PAS tetap laksana hukum hudud walaupun dapat tentangan Kit Siang, Karpal

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak kisah DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendiriannya mengenai pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Menteri Besar Kelantan itu berkata, DAP pernah keluar daripada kerjasama pembangkang ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sebelum ini dan menyertai semula pakatan pembangkang selepas itu. "Nak jumpa berapa kali jumpa dah... DAP dah keluar sekali dalam APU dulu. Tak apa saya kata... bye bye tak ada apa, sekarang ini dia masuk balik, jadi itu dia punya pasal.

"Kalau tak mahu buat negara Islam, kita buat bumi sendiri, jangan menumpang bumi Allah, buat udara sendiri, jangan menumpang udara Allah, buat matahari sendiri, jangan menumpang matahari Allah. Selagi kita menumpang di bumi Allah maka agama yang Allah rasmikan ialah Islam," katanya ketika ditemui selepas Himpunan Peserta Kursus Kenegaraan 2011, di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini semalam.

22 September 2011

Najib Mamat ‘poyo’ ingin dilihat ‘cool’ (Oleh: Isham Rais)

RAMAI politikus tidak tahu apa itu cool. Mak Cik Felda pun tak tahu apa itu cool. Malah ramai juga anak muda yang tidak tahu apa itu cool. Mereka yang tidak tahu apa itu cool tidak juga tahu apa itu skema dan apa itu poyo. Inilah masalah apabila telah menjadi poyo mereka tidak lagi cool.

Cool dan poyo adalah pengistilahan hari ini yang terkini. Cool dan poyo muncul dari lingo terkini – dari lingo anak muda. Tidak ada anak muda yang waras fikrah ingin dilihat poyo dan skema. Sayangnya bukan satu kerja enteng untuk dilihat cool. Kadang kala dalam percubaan untuk dilihat cool, ramai yang dilihat bangang. Mustahil seorang Siti Nurhaliza tahu siapa dia Holden Caulfeild atau apa itu Winnie the Pooh.

Berita terkini telah tersebar bahawa Najib sedang melanggan satu lagi syarikat iklan antarabangsa untuk memperlihatkan dirinya cool. Lawan cool ialah poyo. Ertinya Najib tidak mahu lagi dilihat sebagai Mamat Poyo. Sebenarnya tidak ada sesiapa ingin dilihat poyo. Mereka yang poyo biasanya hidup dengan tekanan jiwa yang amat sangat. Sayangnya ramai yang tidak sedar bahawa mereka itu adalah sosok poyo.

Bila mai tang Hudud jer mesti DAP tentang ... ni yang buat aku (dan mungkin ramai lagi) menyampah ni

By K Pragalath, FMT

PETALING JAYA: Cracks are beginning to appear in Pakatan Rakyat over the Islamic law issue, with opposition supremo Anwar Ibrahim backing its implementation in the PAS-run state of Kelantan but DAP stalwart Lim Kit Siang shooting it down.
Political pundits noted that Barisan Nasional was bound to exploit this issue, especially with the general election being around the corner.

The controversy surrounding the Islamic law could be used to spook fear in the opposition-leaning Chinese electorate.
In a Twitter posting this evening, Lim said his party’s stand on Hudud law and the Islamic state concept was consistent.

“It is not suitable for Malaysia and it is not part of Pakatan’s common policies,” he noted.
DAP had always been a fierce opponent of PAS’ theocratic ambitions, and the party pulled out of a loose opposition coalition named Barisan Alternatif in 2001 over this issue.
Lim also said that any such change required the agreement of all three Pakatan component parties – PAS, DAP and PKR.
STONE: Sepatutnya cerita2 macam ni tak patut berlaku tambahan pula dekat2 nak PRU ni. Aku tak tau apa nak jadi kat pemimpin-pemimpin pakatan ni, samada bekerja untuk jatuhkan Najib atau bekerja untuk sesuatu agenda tersendiri. Aku nampak DAP agak keterlaluan ..... Jangan ingat DAP dah cukup kuat la.

20 September 2011

Mat Sabu ditahan

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Berita Harian Online memetik Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.

Petang tadi, peguam pemimpin PAS itu, Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok.

Ini berikutan ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong yang akan dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam. - mkini

Wakakakaka ... Najib kata "Kera Jaan BN tak pandai nak tipu rakyat ..." betoi ka ni?

Najib: Kerajaan BN tak pandai nak tipu rakyat

PUTRAJAYA, 20 Sept – Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak tahu bagaimana hendak menipu rakyat apatah lagi menyeleweng fakta sejarah sepertimana yang dilakukan pembangkang.

Perdana Menteri berkata perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah berada pada landasan yang benar dan jelas serta sentiasa menunaikan janji dan tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat serta negara.

Beliau berkata apa yang dilaungkan oleh pembangkang, antaranya janji semasa pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan sehingga sekarang, hanya untuk kepentingan dan agenda politik mereka semata-mata.

18 September 2011

Tembak menembak di Lahad Datu



[NOTA : Kejadian ini berlaku di bandar Lahad Datu pada September 2011 - Tidak ada kena mengena dengan Pencerobohan Sulu baru-baru ini]

Berapa ramaikah lagi mangsa yang harus menjadi korban untuk membuktikan Lahad Datu tidak selamat kerana dibanjiri pendatang asing tanpa izin (PATI) dan Ketua Polis Daerah gagal mengambil langkah berjaga-jaga setelah insiden seorang remaja dibunuh di bawah Pusat Hiburan setelah gagal mendapat bantuan daripada Pondok Polis yang tidak beroperasi? Ketika singgah untuk berhenti rehat di Lahad Datu selepas mengikuti Konvensyen Pakatan Rakyat di Kota Kinabalu, saya dikejutkan dengan berita seorang Pegawai Majlis Daerah Lahad Datu, Ali Jamal, mati ditikam berdekatan Public Bank Lahad Datu pada jam 4.30 pagi.

Siti & Datuk K sertai konvoi "Superbike" 1Malaysia


Sebanyak 235 buah motosikal berkuasa tinggi "Superbike" telah memulakan perjalanan dalam Kembara IMalaysia  salama 8 hari mengelilingi semenanjung Malaysia anjuran SAM ( Superbike Association of Malaysia) jam 9.00 pagi Sabtu,

Majlis Makan Malam sempena dengan acara ini telah diadakan di Dewan Merdeka PWTC malam Jumaat.

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor turut mencemar duli berangkat untuk bersama-sama superbikers dalam majlis tersebut seterusnya melepaskan para peserta.

Peserta konvoi akan bermalam di Pengkalan TLDM Lumut malam ini sebelum bertolak ke Pulau Pinang keesokan paginya

Sepanjang perjalana konvoi akan didahului oleh Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri. Turut sama dalam konvoi adalah penyanyi tersohor negara Dato Siti Norhaliza dan suami Dato K ... Lagi gambar-gambar DI SINI


Sepanjang perjalanan peserta akan melakukan beberapa program khidmat masyarakat sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada 22 September 2011 - MimpiSenja

13 September 2011

Rompakan bersenjata - 2 pelajar antara yang ditahan

Polis menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 September lalu di Shah Alam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (kiri), berkata suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 September jam 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama.

Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lalu (11 Sept) dan semua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

12 September 2011

Penangguhan pelaksanaan cukai 6% hanya untuk PRU 13?

Mohd Rafizi Ramli | Sep 12, 2011

Walaupun saya berasa lega dengan pengumuman syarikat telekomunikasi bahawa kenaikan harga prabayar akibat cukai 6% akan ditangguhkan, kita juga perlu berhati-hati dengan pengumuman ini. Adakah ini bermakna penangguhan ini hanyalah sehingga Pilihanraya Umum ke-13 dipanggil untuk memenuhi permintaan Perdana Menteri?

Saya juga tetap berpendapat bahawa cara Najib Razak menangani kemarahan rakyat akibat kenaikan harga tersebut memberi isyarat yang salah kepada golongan niagawan. Ketika ini, saya pasti banyak syarikat lain yang turut menjalankan amanah mengenakan cukai perkhidmatan mengikut undang-undang akan mula merasa bimbang kalau-kalau mereka mendapat panggilan dari Pejabat Perdana Menteri meminta mereka menanggung cukai tersebut.

Najib Razak mempunyai peluang untuk memperbaiki imejnya sekiranya beliau ada keberanian untuk mengumumkan pengecualian khidmat telekomunikasi prabayar yang digunakan oleh majoriti golongan berpendapatan rendah dan orang muda dari dikenakan cukai perkhidmatan 6%. Ini akan membawa kepada penurunan kos telekomunikasi yang lebih kekal dan menyumbang mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.

Mat Sabu, NGO dan laporan polis – Oleh Haris Zuan

11 September 2011

Menjelang sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia seluruh negara terasa kemeriahannya. Tapi kali ini tidak hanya dirayakan secara tipikal dengan melekatkan Jalur Gemilang bersubsidi di kenderaan dan premis masing-masing tetapi disemarakkan dengan isu pejuang kemerdekaan sebenar.

Oh, ya, ketika tulisan ini disiapkan, isian semula prabayar untuk semua rangkaian telefon mudah alih dikenakan cukai sebanyak 6 peratus. Mungkin ini juga termasuk dalam acara sambutan Merdeka.

Mat Sabu – maaf, memperkenalkan siapa beliau hanya akan menghina popularitinya kini – menarik perhatian seluruh warga dengan mengangkat semula tokoh Mat Indera, sebagai pejuang kemerdekaan.

11 September 2011

PAS cabar Umno buat pendirian Malaysia tidak pernah dijajah

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
September 11, 2011

GOMBAK, 11 Sept — PAS mencabar Umno menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah menjadi tanah jajahan British dan tidak dijajah oleh mana-mana kuasa asing lain.

Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku kerajaan pusat yang memerintah negara sejak 54 tahun lalu Umno yang kini diterajui Datuk Seri Najib Razak harus menyatakan pendirian parti itu.

“Umno harus nyatakan pendirian berhubung kenyataan MPN bahawa negara tidak pernah dijajah kerana implikasinya cukup besar... implikasi awam dan implikasi akademik.

SIARAN LANSUNG dari World Trade Centre - Ulangtahun ke 10 Tragedi 911

Saksikan siaran langsung DI SINI

Guan Eng di Rumah Terbuka Aidilfitri Merdeka @ Pmtg Pauh (gambar)


Lagi gambar-gambar di SINI

Isteri Bung rindukan dunia lakonan ... macamana Bung boleh ker?

KUALA LUMPUR: Hampir dua tahun tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan, pelakon Zizie Ezette mengakui rindu untuk kembali ke dunia yang dicintainya itu.

Ditemui ketika majlis rumah terbukanya di Ukay Perdana pada Sabtu, Zizie memberitahu dia sedang menunggu waktu yang sesuai untuk kembali ke persada seni lakonan kerana masih menyesuaikan diri sebagai seorang isteri.

"Saya rindukan dunia lakonan kerana itu adalah minat saya sejak dari dulu lagi cuma kini ada perkara yang lebih penting untuk dilakukan terlebih dahulu iaitu tanggungjawab kepada rumah tangga.

"Tetapi adakalanya saya akan berlakon di hadapan cermin jika rindu untuk berlakon," ujarnya.

Bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, Zizie turut menegaskan dia tidak akan bersara daripada dunia lakonan dan suaminya tidak pernah menghalangnya untuk kembali aktif berlakon.

Patut la ramai Rumah Terbuka Aidilfitri-Merdeka Najib @ Permatang Pauh ada David Arumugam Ahmad Jais Hail Amir Uji Rashid hahaha ... bas dah mesti 'free'

BUKIT MERTAJAM: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today arrived at the Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 Open House at the Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, here in a taxi.

He was greeted on arrival at noon by thousands of local residents, who had come as early as 8am, to the beat of drums by the various communities as well as student and military drummers.

Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim was among the cabinet ministers and Barisan Nasional (BN) leaders who accompanied Najib to the open house.

The Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 Open House, which was organised by the Ministry of Information Cumminication and Culture Ministry, started with the Prime Minister and BN leaders calling on Norasmah Othman, 41, a housewife who had to work to support her six children and husband who is suffering from "chronic plaque psoriasis", a skin disorder.

"Tiba-tiba saya dituduh komunis, tak sedih ke tuan-tuan" - Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pegangan dan perjuangannya adalah Islam dan bukan komunis seperti dilabel oleh dan akhbar miliknya Utusan Malaysia.

Pada ceramahnya di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam semalam, Muhamad berkata pegangannya dan perjuangannya terhadap Islam tidak pernah berubah sejak kecil lagi.

"Saya memilih perjuangan atas dasar Islam. Masa remaja dulu saya pilih Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia). Kemudian tahun 1978 saya sertai perjuangan parti Islam (PAS), sokong perjuangan ulama.

"Sepanjang saya berpidato idola saya adalah Syed Qutb, Imam Hasan Al-Banna, Jamaludin Al-Afghani, dan ulama-ulama lain.

Lagi kes polis samseng

Dakwa dibelasah
Oleh ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
zatuliffah@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Saya terkilan dengan layanan diberikan anggota polis terhadap anak saya hingga menyebabkan dia cedera di muka dan mata kiri.

“Malah, anak saya turut lebam di kakinya selain patah satu batang gigi akibat ditendang anggota berkenaan ketika soal siasat, Rabu lalu,” kata Manap@Awang Ismail, 63, bapa kepada Mohd Azam Manap, 31, yang mendakwa cedera dibelasah seorang anggota polis ketika dalam tahanan.

10 September 2011

BERSIH 2.0 berjaya memburukan imej Najib - Mahathir

KUALA LUMPUR, 9 Sept ─ Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.
Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.

Bercakap dalam satu wawancara Astro Awani disiarkan hari ini, Dr Mahathir berkata, imej kerajaan jadi buruk kerana tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam menjelang 9 Julai.

“Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai.

Umno macam Raj Kapoor - Wira filem Hindi, .... hahahaha

PAS: Umno macam wira filem Hindi, bukan pejuang kemerdekaan

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

GOMBAK, 10 Sept — Selepas diserang tanpa henti sejak 15 hari lalu, kepimpinan tertinggi PAS hari ini melancarkan serangan balik dengan menyifatkan Umno yang diasaskan Datuk Onn Jaafar bukan pejuang kemerdekaan sebenar seperti didakwa pemimpin parti Melayu itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menegaskan, Umno yang kini diketuai Datuk Seri Najib Razak bukanlah pejuang kemerdekaan.

“Ya, senang sebut,” katanya apabila menjawab adakah Umno merupakan pejuang kemerdekaan, pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno seperti “wira Hindustan.”

UMNO dan Kemerdekaan : Kita boleh namakan anak kita P. Ramlee tapi tidak akan jadi P. Ramlee - Aspan Alias

10 SEPT — Dalam isu siapa pejuang kemerdekaan negara sekarang sedang hebat diperdebatkan. Tetapi tidak apalah, kerana pilihanraya sudah hampir tiba. Umno memang sebuah parti yang memperjuangkan kemerdekaan tetapi Umno hanya memasuki perjuangan kemerdekaan itu di pusingan akhir perjuangan itu dan Umnolah yang kumpulan yang terakhir untuk menyudahkan perjuangan dan menerima kemerdekaan itu.

Yang menjolok buahnya ramai tetapi belum berjaya. Tetapi kejayaannya sampai apabila Umno wujud untuk menyambut buah yang akan jatuh setelah banyak pihak yang menjoloknya. Memangpun hakikatnya siapa yang menjolok buah itu jarang-jarang yang dapat menyambutnya. Selalunya orang lain yang menyambutnya dan mereka lah yang menerima buah-buah yang jatuh tadi.

Oleh kerana Umno adalah kumpulan yang terakhir yang menjoloknya maka Umno lah yang menyambut buah kemerdekaan itu. Yang menjolok sebelumnya ramai. KMM, API dan banyak lagi yang menjolok kemerdekaan ini. Malahan PKM juga merupakan salah satu di antara banyak kumpulan yang menjolok kemerdekaan tetapi PKM berjuang melakukannya dengan mengangkat senjata. PKM sudah di haramkan kewujudannya dan kita semua menerima pengharaman itu dengan baik.

Cukai pra-bayar 6% - Najib kemut dari Telco RM576.8 juta setahun

Keputusan TELCO kerana kos cukai cecah lebih RM576 juta: SKMM


CYBERJAYA: Suruhannjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menjelaskan pengumuman oleh syarikat telekomunikasi (TELCO) untuk menyalurkan cukai perkhidmatan 6 peratus kepada pengguna perkhidmatan telefon prabayar adalah keputusan yang dibuat secara unilateral dan bukan keputusan kerajaan.

Menurut SKMM, keputusan untuk tidak lagi menanggung kos pembayaran cukai perkhidmatan bagi pelanggan mereka itu berikutan peningkatan sehingga RM576.8 juta yang dibayar Maxis, Celcom dan Digi tahun lalu. "Pihak TELCO menanggung cukai perkhidmatan bagi mengalakkan pengunaan perkhidmatan prabayar tetapi kini penggunaan perkhidmatan prabayar meningkat sehingga 27.6 juta pengguna," menurut kenyataan itu. SKMM menjelaskan cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan prabayar itu adalah sama seperti yang dikenakan untuk perkhidmatan lain.

Sejarah : Kira-kira 60 wanita tunai solat Jumaat

TOBIAR – Seramai kira-kira 60 golongan wanita daripada pelbagai peringkat umur meluangkan masa menunaikan solat Jumaat di Masjid Hamidi Manjalara Kampung Kepala Bukit dekat sini, bersempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut di situ semalam.

Sinar Harian difahamkan kebanyakan golongan wanita dalam kariah masjid itu mengambil peluang menunaikan solat Jumaat bersama-sama golongan lelaki walaupun hukum menunaikan solat Jumaat adalah harus bagi wanita.

Umno dakwa PAS parti lahir kerana ‘kecewa’

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Sementara kontroversi berkaitan kenyataan tragedi Bukit Kepong dan pejuang kemerdekaan berterusan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) mendakwa PAS sebagai sebuah parti ditubuhkan atas “rasa kekecewaan.”

Katanya, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kedua-duanya komponen Pakatan Rakyat, ditubuhkan ekoran rasa kecewa pemimpin terdahulu.

“Ini hakikat bahawa PAS juga adalah parti yang ditubuhkan atas rasa kekecewaan seperti juga Parti Keadilan (PRK) yang ditubuhkan oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kerana kecewa tak dapat kuasa,” katanya dipetik dalam satu rencana siaran Utusan Malaysia hari ini.

Anwar dipecat dari jawatan kerajaan dan Umno pada September 1998, sekali gus membawa kepada gelombang reformasi dan kelahiran PKR.

Hubungan dihalang, pasangan kekasih minum racun

SEREMBAN - Seorang pekerja kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), meninggal dunia dipercayai akibat terminum racun di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Kampung Nyatoh, Rantau dekat sini, semalam.

Menurut jirannya, Suthir Babu, 26, kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Muhammad Faizal Raj Abdullah @ A Soraj, 28, ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah terbabit.

Dia berkata, seorang gadis berumur 18 tahun, dipercayai kekasih mangsa turut ditemui dalam keadaan sama dan terbaring di atas dada Muhammad Faizal di tempat kejadian.

“Semasa baru pulang dari kerja, saya tiba-tiba terdengar bunyi dengusan kuat dari arah rumah disewa mangsa.

09 September 2011

Santai Malam (video) : hahahaha mana nak letak muka kalau jadi kat isteri korang???

Yang ni hampa kena sokong Najib

Kad prabayar: Najib mahu cukai enam peratus dikaji semula

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Datuk Seri Najib Razak mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas kad prabayar sambil menegaskan ia sukar untuk diterima dalam situasi kenaikan kos sara hidup sekarang.

Perdana Menteri menegaskan cukai itu dikuatkuasakan ketika kerajaan pula sedang berusaha untuk mengurangkan beban di sebalik kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan yang lalu.

“Reaksi dan maklum balas daripada orang awam ialah langkah Telco, tidak popular dan sukar untuk diterima,” kata beliau.

08 September 2011

Mat Indera bukan komunis - Kajian ilmiah pelajar UM

PAS: Kajian ilmiah pelajar UM rumus Mat Indera bukan komunis

September 08, 2011KUALA LUMPUR, 8 Sept — PAS pusat meneruskan usaha membawa bukti mengenai Ahmad Indera, yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong dengan menegaskan kajian ilmiah seorang pelajar universiti menunjukkan beliau bukan seorang ahli komunis.

Kajian itu dihasilkan oleh Ayub @ Uiop Kassim dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya pada 1973.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, kajian bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem” itu adalah kajian untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera.

Najib 'kemut' 60sen setiap top-up kredit RM10 mulai 15 Sept

Aku dapat msg ni dari sorang kawan yang mengusahakan kedai telefon di PD petang tadi.

 Msgnya berbunnyi macam ni "Berkuatkuasa mulai 15 Sept 2011 6% cukai kerajaan/perkhidmatan akan dikenakan keatas tambahnilai prabayar/simpack kepada pelanggan (semua Telco)

Lepas aku baca msg dia pun talipon aku ..
Dia kata lepas ni Rosmah katek nak beli rantai leher sebesar tali kapal pula ...

Hahahaha ...

Mungkin jika sekali pandang nilainya kecil, 6 kupang setiap RM10, tapi kalau kita kira keseluruhan pengguna pra-bayar untuk semua Telco di seluruh negara, cukai yang dikutip oleh kerajaan haramjadah ni mugkin boleh mencecah ribuan/jutaaan ringgit.

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun, tetapi cukai perkhidmatan bagi tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi dinaikkan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.

Ia bermaksud, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan.

Pada masa yang sama, peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011.

Ia meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurut laporan Bernama, pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, berdasar kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi Malaysia.

Para pelanggan juga disaran merujuk laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu juga dilapor berkata, cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20019

07 September 2011

Filem Hantu Bonceng hina Islam?


Filem Hantu Bonceng yang telah mencapai kutipan RM5 Juta dalam masa 5 hari didakwa tidak menghormati kesucian dan mempersendakan Islam.

Menurut ulasan beberapa blog Hiburan, terdapat beberapa adegan yang bersifat tahyul dan mempersendakan Islam seperti memakai pakaian yang tertera gambar salib dan tindakan membogelkan diri semasa berdepan dengan hantu.

Aksi tersebut dilakukan Pelakon Utama Zizan Raja Lawak pada filem tersebut.

Filem ini juga didakwa mempersendakan Azan yang dilaungkan yang sudah pasti sedikit sebanyak membuktikan kebiadapan laungan tersebut.

Antara blog yang mengupas isu ini termasuklah Blog Berita Sensasi. - KLpos

XPDC menjejak MAT INDERA : Isteri kau isteri aku punca Bukit Kepong diserang

Tentera Fiji di Tanah Melayu


Isteri Kau, Isteri Aku
Sejak Mat Indera popular dikalangan buruh sehingga diangkat menjadi pemimpin mereka, kerajaan British sudah mula memusuhi Mat Indera. Apatah lagi apabila Mat Indera bergerak di bawah Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad. Matlamat mereka ialah untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan Angkatan Pemuda Insaf (API).


Pakar Sejarah: Isu Bt. Kepong - Satu sensasi yang sengaja ditimbulkan

KUALA LUMPUR: Seorang pakar sejarah berpendapat, kontroversi yang timbul mengenai siapa wira sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong merupakan sebahagian daripada perang psikologi politik untuk mendapat perhatian umum semata-mata.

Profesor Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata, kontroversi itu ditimbulkan ekoran parti politik tertentu ketandusan isu selepas demonstrasi jalanan 9 Julai lepas.

"Terus-terang, tidak ada isu sebenarnya dalam kontroversi yang berbangkit ini. Jurnal Pengukir Nama Johor sudah ditulis begitu lama, mengapa baru sekarang dibangkitkan kembali?

06 September 2011

"Tahajjud Cinta" - Erma Fatima minta pandangan Dr Asri

PETALING JAYA: Pengarah drama Tahajjud Cinta, Erma Fatima meminta pandangan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tentang pengisian drama arahannya itu yang dikritik kononnya telah mempersendakan agama Islam.

Erma berkata, individu orang yang berilmu agama seperti Dr Asri mampu memberikan komen yang lebih rasional setelah drama yang disiarkan di itu mendapat kritikan hebat daripada penonton kira-kira dua bulan lalu.

Tazkirah : JAIS dakwa Khalid Samad, batal tauliah Dr Rani

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Sementara isu membabitkan serbuan ke atas gereja belum lagi reda, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari PAS kerana memberikan tazkirah tanpa kuliah.

Turut menerima tindakan Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.

Khalid dipanggil di pejabat Jais hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau.

Perbicaraan ditetapkan 24 November ini Mahkamah Syariah Klang.

Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Hoi SPR... macamana ni , rupa-rupanya di Malaysia sudah ada yang kawin sejenis ... pasangan suami isteri pengundi pos sama jantina

Pengundi pos suami isteri ‘sama jantina’

6 September 2011

KUALA LUMPUR, 6 SEPT – DAP hari ini telah menemui lagi 21 bukti tambahan pengundi pos, dengan satu kes suami isteri ‘sama jantina’, pesara tentera yang masih menjadi pengundi pos dan 19 pasangan suami isteri yang mendaftar sebagai pasangan tenteranya.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke berkata, DAP telah menemui sepasang suami isteri tentera berjantina sama di Briged Kem Rasah dengan nama pasangan yang hampir sama.

‘Pasangan sama jenis’ itu bernama Yuniza Bte Nodin dengan kad pengenalan 750504-05-5498 dan Yuzina Bte Nodin dengan kad pengenalan tentera T6096236.

Kedua mereka ini berkongsi lokaliti yang sama iaitu 130/22/07/401 – 1 Briged Kem Rasah.

MENARIK!!! - Kalau tidak Mat Indera dah jadi abang ipar MUHYIDDIN ...

Mat Indera berkawan rapat hampir bernikah dengan kakak Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Muhammad Indera, bukan sahaja pernah menjadi murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi juga hampir menikah dengan anak perempuan ulama tersohor di Johor itu.

Perkara itu dinyatakan blogger Wargamarhaen.blogspot yang menemui adik bongsu Mat Indera, Johan Indera di rumahnya di Yong Peng, Johor baru-baru ini.

Menurut Johan atau mesra dipanggil pak Johan, Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Haji Yassin juga dikenali sebagai Tok Guru Haji Yassin yang amat terkenal di Bakri dan Pancor, Muar.

Menurut blogger berkenaan, Pak Johan telah berkongsi satu rahsia bahawa Mat Indera pernah berkawan dengan Noraini Yassin yang juga kakak kepada Muhyiddin.

Lelaki lari berbogel 5 km selepas 'anu' nya dicurah air panas oleh teman wanita ... ahahahaha

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang melecur di perut dan kemaluannya selepas disimbah air panas oleh teman wanita terpaksa berlari bogel lebih lima kilometer (km) bagi mendapatkan bantuan di Balai Polis Kota Damansara, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi di sebuah hotel di Jalan PJU5, Kota Damansara di sini, mangsa yang berusia lewat 20-an, diserang teman wanitanya berusia 24 tahun selepas berlaku pertengkaran apabila mangsa mahu menamatkan perhubungan.

Menurut sumber, sebelum kejadian pasangan terbabit dilaporkan bertengkar selepas mendaftar masuk ke hotel itu kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu.

“Suspek meninggalkan hotel itu dan pulang ke rumah dalam keadaan marah apabila mangsa mahu memutuskan hubungan dengannya.
“Bagaimanapun, wanita itu datang semula ke hotel berkenaan kira-kira jam 8 pagi kelmarin (Ahad) dengan membawa beg pakaian mengandungi pelbagai senjata iaitu tiga pisau, tukul besi, dua gunting, seketul bata dan rantai besi dipercayai mahu digunakan untuk menyerang teman lelakinya,” katanya -

Shafee perlu dikenakan tindakan hina mahkamah - Karpal

Pengerusi DAP Karpal Singh mahu Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dikenakan tindakan menghina mahkamah atas alasan peguam pro-Umno itu telah bercampur tangan dalam prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Karpal menggesa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengeluarkan notis tunjuk sebab ke atas Shafee agar menjelaskan “serangan terbuka yang tidak wajar” ke atas Anwar, yang membela diri dari kandang saksi akhir bulan lalu.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri, kini mengetuai Pakatan Rakyat yang dianggotai tiga komponen termasuk DAP.

05 September 2011

"Tolong kami" - pelajar kita di Syria

KUALA LUMPUR: “Tolong kami. Setiap hari kami menanti dengan penuh harapan supaya sesuatu dapat diusahakan membolehkan kami mengeluarkan wang. Sudah seminggu kami menggunakan baki simpanan yang ada dan tidak tahu sampai bila dapat bertahan sedangkan banyak hutang lain perlu dibayar,” kata penuntut Malaysia di Syria yang hidup tertekan selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas kad kredit di negara itu.

04 September 2011

Jenazah jurukamera BERNAMA TV selamat dikebumi

Jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban akibat terkena tembakan curi di Somalia, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang hari ini.

Pengebumian berlangsung dalam suasana pilu dengan kehadiran bukan sahaja anggota keluarga bahkan sahabat handai serta rakan media, termasuk kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan BernamaTV.

Selepas bacaan talkin disempurnakan, anggota keluarga Noramfaizul menyiram air mawar dan menabur kelopak bunga di pusara Allahyarham yang terkorban selepas terkena tembakan di Mogadishu ketika menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama petugas media Malaysia lain untuk pulang ke tempat penginapan pada Jumaat.

Misi Somalia Putera Umno - Adakah ini satu publisiti?

By Blackhawk

By the time this article is published, the body of 39-year-old Noramfaizul Mohd Nor, Bernama’s late cameraman, who had apparently followed UMNO Putra club’s humanitarian mission to Somalis would have arrived in Malaysia. It is tragic, that apart from the hundreds of lives lost during the Raya period on Malaysian roads due to the balik kampong mayhem, Faizul should meet his death in war torn Mogadishu, Somalia.

Was this just an accident? Could it have been avoided? Did UMNO rush to Somalia to genuinely help Somalians? Or did UMNO throw caution to the wind and rush callously on the eve of Raya to Somalia just for a publicity stunt? If it was for a publicity stunt, then Faizul would have died in vain and this wouldn’t have been the first time when our personnel, both medical and non-medical would have risked not only their lives but more importantly the people around them who may be completely oblivious to the dangers of this sort of missions - MORE

03 September 2011

150 sertai Keadilan sempena Majlis Aidilfitri Keadilan cabang Silam Lahad Datu


Ketua PKR cabang Silam  Johani Abdul Halim sedang berucap

Seramai 150 orang telah menyertai Keadilan sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Keadilan cabang Silam, Lahad Datu, Sabah yang diketuai oleh Tuan Haji Dumi, bekas seorang pegawai polis, pada Sabtu

Tan Sri Khalid sedang berucap

Tuan Haji Dumi telah menyerahkan borang-borang penyertaan keahlian kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang turut serta dalam majlis tersebut, walaupun sederhana tetapi meriah.

Tn Haji Dumi menyerahkan 150 borang keahlian baru Keadilam cabang Silam pada Tan Sri Khalid

Ketua AMK cabang Silam, Blission bin Zainuddin

Difahamkan walaupun permit perhimpunan telah dipohon, tetapi dengan alasan permohonan dibuat terlalu singkat, maka pihak polis telah menolak permohonan tersebut dan terpaksalah perhimpuna diadakan di dalam kawasan rumah seorang ahli Keadilan di sini.

Tan Sri Khalid sedang mengedarkan duit raya kepada hampir 100 orang anak-anak ahli di sini

Bersempana dengan majlis ini Tan Sri Khalid juga sempat mengedarkan duit-duit raya kepada anak-anak ahli di cabang ini.

Antara hadirin yang turut serta pada majlis ini

DSAI dan Tan Sri Khalid akan berada di Sarawak pada Ahad untuk Sambutan Aidilfitri di sana.

MOGADISHU : Pengalaman ngeri krew BERNAMA TV

2011/09/03
MOGADISHU: "Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami, hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima," menurut wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.

Beliau dan Noramfaizul, 39 adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air esok. Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu. Saya duduk di bahagian paling depan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.

02 September 2011

TGNA, Husam dan Saifuddin temui blogger malam ini


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadiri program ‘Bual Bicara’ bersama penulis blog dan pengguna facebook di Balai Islam, Kota Bharu pada hari Jumaat, 2 September ini.

Program yang dijadualkan bermula jam 9 malam ini turut dihadiri oleh Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.

Menurut penganjur., program ‘Bual Bicara’ ini memberikan ruang kepada pengguna facebook dan penulis blog untuk bertemu pemimpin secara langsung.

Di samping itu, orang ramai berpeluang melontarkan persoalan dan pandangan dengan jawapan langsung akan diterima dari setiap ahli panel.

Justeru, orang ramai di sekitar bandaraya Kota Bharu dialu-alukan untuk hadir memeriahakn majlis.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19698

Masalah kesihatan : Tiada rancangan gantikan Azizan

Oleh Clara Chooi
September 02, 2011

KUALA LUMPUR, 2 Sept ─ Pemimpin kerajaan negeri Kedah berkata tiada cadangan untuk menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai menteri besar ekoran masalah kesihatan wakil rakyat PAS itu.

Ketika dihubungi pagi tadi, tiga Exco kerajaan mengakui terkejut apabila terdapat usaha untuk menggantikan Azizan seperti yang dilaporkan akhbar hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pelajaran dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata beliau hanya mengetahui perkara itu pagi tadi apabila diberitahu terdapat “berita sampah dalam akhbar” mengenai pentadbiran Kedah.

Mat Sabu dikecam tanpa usul periksa : DSAI

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk mempertahankan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung kenyataannya mengenai Bukit Kepong dan membidas media milik Umno yang terus menyerang pemimpin itu.

Katanya, Mohamad sepatutnya diberi ruang untuk menerangkan keadaan sebenar terlebih dahulu sebelum dikecam tanpa usul periksa oleh media arus perdana.

Anwar berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ke majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kubang Semang, Penanti, Permatang Pauh, petang semalam.

Kunta Kinte original: Raya, merdeka ke mana arah kita

2011/09/02
DALAM kita masih merayakan eid mubarak – perayaan yang diberkati – dan baru saja mengingati ulang tahun kemerdekaan, Kunta Kinte nak cakap sikit mengenai dua peristiwa ini.

Pasal raya puasa, Kunta Kinte tengok dah sangat berlainan daripada zaman Kunta Kinte budak-budak dulu. Hari raya dulu dan sekarang dah tak sama lagi. Dulu sepasang pakaian baru belum tentu mampu. Kunta Kinte masuk sekolah menengah baru dapat kasut kulit. Sebelum tu, paling-paling hebat pun kasut kanvas Bata. Kalau tidak, kasut Fung Keong saja. Tu pun dah cukup bagus pasal ramai lagi yang pakai selipar atau kaki ayam saja. Duit 10 sen besarnya sama dengan roda kereta lembu. Masa itu, kereta lembu dan kereta kerbau ada lagi. Bas Mara belum ada. Jadi, kalau nak berjalan jauh kena naik basikal atau tumpang ‘prevet’ – kereta persendirian yang angkut penumpang. Teksi belum ada lagi.

Mat Sabu : Pasai apa saya nak minta maaf? Biar polis siasat

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak akan memohon maaf terhadap kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong kerana perkara itu hanya putar belit Utusan Malaysia dan dijadikan isu oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Sebaliknya Mohamad (gambar) berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis yang telah pun menghubunginya untuk disoal siasat.

“Pasal apa saya nak minta maaf, biar polis siasat,” kata beliau dipetik Harakahdaily lewat petang ini.

Mohamad juga berkata beliau telah pun dihubungi pihak polis berhubung siasatan yang akan dijalankan terhadapnya.

01 September 2011

Solat Aidilfitri di Russia (gambar)



Lagi gambar-gambar di sini

Pelajar ditembak : 3 anggota polis ditahan

2011/09/01

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis antara enam yang ditahan berhubung kejadian melepaskan tembakan yang mencederakan seorang pelajar kolej swasta di Taman Seri Rampai, Setapak, di sini Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata ketiga-tiga anggota itu berpangkat Koperal dan Lans Koperal.

Mandat BN hampiri garisan akhir, Kit Siang ingatkan Najib

Oleh Debra Chong September 01, 2011

KUALA LUMPUR, 1 Sept — Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengingatkan Datuk Seri Najib Razak mandat kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) menghampiri garisan penamat dan mahu perdana menteri menunaikan pembaharuan dijanjikan secepat mungkin atau menghadapi tamparan pengundi pada pilihan raya umum ke-13.

BN mempunyai 19 bulan lagi sebelum mandatnya berakhir awal 2013.

Populariti Najib telah menjunam enam mata dalam kajian terbaru kendalian Merdeka Center baru-baru ini.

“Rakyat Malaysia mengibarkan bendera kebangsaan semalam tetapi mempunyai satu persoalan yang sama - ke mana anda pergi, Malaysia?” kata penasihat DAP ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive