31 October 2011

Sebaliknya, Mahathir ialah barah kepada Malaysia ....

Malaysia Chronicle

By Ismail Dahlan

Ia Euripides di dalam hikayat Medea yang mengatakan “Kepada sesiapa yang dilaknati Tuhan, akan hilang kewarasan”. Pastilah kalimah ini bersesuaian dengan manusia bernama Muammar Gaddafi yang disaat-saat akhir hidupnya dimunculkan di kaca TV iaitu Al-Jazeera dan CNN. Tidak ada kalimah yang sesuai selain yang diungkapkan tapi untuk manusia bernama Mahathir Mohamad – yang telah hilang kewarasan sudah agak lama juga.

Kita tidak perlulah membicarakan bagaimana Mahathir hilang kewarasannya, bukan kerana faktor genetic, atau kesakitan mahupun pengambilan ubat yang berlebihan. Mahathir hilang warasnya kerana Kuasa. Mungkin boleh diiktiraf gila kerana rakus dengan kuasa mutlak.

Pembohongan secara pukal ...

29 October 2011

MTUC Sah Lancar Piket Seluruh Negara 3 Nov

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)sah akan menganjurkan piket di 16 lokasi seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955.

Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, piket itu akan diadakan di enam lokasi di Selangor serta setiap satu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah dan Sabah.

"MTUC sendiri ada 800,000 ahli dan ada 5.7 juta pekerja seluruh Malaysia, kita harap pekerja seluruh Malaysia sertai kita dan dapat 'good crowd' hari itu," katanya pada sidang media di Wisma MTUC di sini.

Sidang media itu turut dihadiri Presiden MTUC Mohd Khalid Atan.

27 October 2011

Mahathir patut dihadapkan ke Mahkamah bukan Aziz Bari

Aziz Bari akan dituduh? Ada orang lain patut dituduh dahulu — Aspan Alias

27 OKT — Prof Aziz Bari mungkin akan di tuduh di Mahkamah dan Polis telah pun melengkapkan siasatan keatas Prof yang controversial itu. Mengikut berita yang kita terima pihak polis telah mengambil gambar rumah beliau dan semalan pihak Polis telah mengambil gambar pejabat beliau serta computer riba Prof itu. Jika beliau dituduh maka teranglah sudah yang kita berada di sebuah negara yang menyamai sebuah negara “autocratic”.

Semuanya ini adalah hasil dari komen beliau tentang kenyataan ke bawah duli Tuanku Sultan Selangor berhubung dengan isu agama yang juga merupakan isu controversial sejak kebelakangan ini. Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional telah mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Prof Aziz kerana pandangan yang berbeza tentang isu kenyataan Sultan Selangor.

Jika benar dengan apa yang di katakan oleh peguam Prof Aziz yang ahli akademik tersohor ini akan di tuduh di mahkamah dan ini merupakan satu tindakan yang patut di tentang habis-habisan semata-mata bagi mempertahankan kebebasan membincangkan isu yang akademik ini.

Slogan baru rakyat - ABU - Asalkan Bukan Umno

Slogan baru rakyat - ABU! (asalkan bukan UMNO)

Perkasa dan Ibrahim Ali begitu kecewa dengan kehadziran yang begitu kecil semasa Himpunan Sejuta umat di Stadium Shah Alam beberapa hari yang lepas. Hanya 5000 orang sahaja yang datang untuk menghadziri perhimpunan itu. Pada awalnya adalah dijangkakan seramai ratusan ribu orang Melayu Islam akan hadzir tetapi jelas walaupun dengan publisiti yang begitu meluas hanya 5000 orang sahaja yang hadzir.

Tetapi kawan rapat saya memberi komen sinis yang jika himpunan itu hendak bercakap kepada 1 juta umat maka pengelola perhimpunan itu terpaksa mengadakan 200 kali perhimpunan seperti itu untuk menyukupkan jumlah 1 juta itu.

Satu hakikat yang sangat jelas ialah jika apa-apa perhimpunan itu di anjurkan oleh kumpulan yang ada kaitan dengan parti pemerintah begitulah keadaan sambutannya. Persepsi rakyat begitu rendah terhadap parti pemerintah dan kedatangan seramai 5000 orang dari seluruh negara itu sudah boleh di anggap berjaya jika di bandingkan dengan persepsi rendah orang ramai terhadap pemerintah.

11 beg tangan Rosmah katek bernilai antara RM638 ribu hingga RM5 juta ...

ULASAN: Cerita ini Tulang Besi dapat dari laman web Keadilan Daily. Cerita ini sepatutnya menjadi iktibar kepada semua yang merasakan mereka perlu menyokong UMNO kerana mahu menyokong "Ketuanan Melayu".

Hakikatnya "Ketuanan Melayu" tidak lebih slogan untuk menipu orang Melayu. Yang kaya dari "ketuanan melayu" hanyalah kroni dan UMNOPUTRA serta anak2 mereka. Orang Melayu yang biasa hanya mengigit jari.
11 beg tangan Rosmah antara RM638 ribu hingga RM5 juta (Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.

09 October 2011

Najib akui : BN hanya parti makcik pakcik Felda

KUALA LUMPUR, 9 Okt ─ Dalam mesej mahu menawan semula kerusi-kerusi tewas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Najib Razak mahu Barisan Nasional (BN) menjadi parti diterima setiap lapisan masyarakat, bukan hanya disokong pengundi luar bandar.

“Kita masuk pilihan raya kita nak menang, apatah lagi di Wilayah Persekutuan... kita tak mahu BN jadi parti luar bandar, orang bandar tak sokong BN.

“Saya tidak mahu BN parti yang disokong petani, nelayan... kita nak BN disokong semua golongan termasuk di kota raya Kuala Lumpur,” kata Perdana Menteri pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008 BN hanya menang di satu kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang memperuntukan 11 kerusi.

Malah ia juga kalah banyak kerusi Parlimen di kawasan bandar di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Akhirnya ..... Mahathir vs Najib

Mahathir Mohamad bukanlah seorang yang boleh berdiam diri apabila berlaku sesuatu yang menarik perhatiannya. Selepas persaraannya pada tahun 2003, Mahathir menyepi buat seketika, memberi perhatian kepada perpustakaan peribadinya, dan malah membuka kedai kek di Langkawi. Tetapi itu tidak lama sebelum dia kembali semula.

Lawannya yang kurang bernasib baik adalah tidak lain dan tidak bukan, Abdullah Badawi, pengganti yang dipilihnya sendiri. Tetapi walaupun hubungan mereka baik sebelum ini, apabila Badawi mula memansuhkan projek-projek besar Mahathir, orang tua itu tidak menyukainya dan menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Tetapi itu tidak mencukupi bagi Abdullah, yang ketika itu sedang menunjukkan imej reformnya. Badawi telah melakukan sesuatu yang tidak disangka, dengan melepaskan musuh ketat Mahathir, Anwar Ibrahim, yang Mahathir telah bersusah payah untuk memasukkannya ke dalam penjara. Dan penambahnya pula, Badawi mendakwa kawan lama Mahathir, Eric Chia, atas tuduhan jenayah penyelewengan.

Ribuan hadiri Perhimpunan 109 – protes Lynas

Kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng.

Dinamakan “Himpunan Hijau 109″, penhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan.

Mengikut Malaysiakini, permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara.

Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpula mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis.

Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan “Hidup rakyat”.

Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21522

HUDUD : PAS hadapi risiko kehilangan sokongan bukan Islam

KUALA LUMPUR, 9 Okt — PAS berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan dan mencetuskan keadaan keluar beramai-ramai dari sayap bukan Muslim jika parti Islam itu tidak mengalah dalam isu hukum hudud, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw.

Menurut Hu, ramai ahli dewan itu tidak gembira dengan langkah PAS mahu memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.

Justeru beliau memberi amaran langkah itu akan menyebabkan ahli-ahli sayap paling muda PAS itu meninggalkan secara besar-besaran, sekali gus menjejaskan peluang parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam pilihan raya umum.

Bajet 'Gula-Gula' 2012 - Akan bebankan rakyat lepas PRU 13

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Sambil menyifatkan Bajet 2012 diumumkan semalam sebagai belanjawan pilihan raya dengan pelbagai pemberian’gula-gula’ oleh kerajaan BN kepada rakyat untuk dinikmati dalam jangka pendek, Pemuda PAS mendakwa kesannya akan membebankan orang ramai setelah selesai pilihan raya umum ke-13.

“Sebelum pilihan raya, mereka sanggup memberikan apa sahaja kepada rakyat dengan melibatkan peruntukan yang besar, tetapi setelah selesai pilihan raya dan kemenangan pula berpihak kepada mereka, rakyat pasti akan dikenakan pelbagai bebanan lain pula nanti,” kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini.

“Jika dalam pilihan raya umum ke-13 nanti dimenangani oleh BN juga, selesai sahaja pilihan raya, barangan keperluan utama rakyat pasti akan dinaikkan secara mendadak oleh kerajaan, di samping pelbagai jenis cukai,” kata beliau.

08 October 2011

BERSIH 2.0 : Siasatan Kementerian Kesihatan sahkan polis telah langgar SOP

Bersih: Anggota taraf koperal langgar SOP, polis masih kumpul bukti

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Polis memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas anggotanya – seorang yang berpangkat koperal – jika didapati bersalah melanggar garis panduan operasi (SOP) semasa meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, anggota yang telah dikenal pasti itu berpangkat koperal.

Namun beliau berkata pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak di luar garis panduan operasi polis (SOP) semasa melaksanakan tugas.

Al Fatihah : OCPD Subang Jaya meninggal dunia

PETALING JAYA: Subang Jaya police chief Asst Comm Zainal Rashid (pix) passed away of a heart attack on Saturday. He was 56.

“He was playing golf in Kota Permai when he complained of chest pains and collapsed.

“He was rushed to Colombia Hospital in Kota Kemuning where he was pronounced dead,” Subang Jaya police administration chief Deputy Supt J.G. Raj said.

ACP Zainal, who turned 56 on Sep 16, leaves behind a wife and five children. He was Subang Jaya OCPD since 2007

Parlimen bubar 24 April

KOTA BARU, 8 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat telah berakhir.

“Tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada Perdana Menteri. Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013, Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar,” katanya di sini, hari ini.

Dipetik Bernama Online, jelas beliau, selepas tempoh itu berakhir, SPR akan mengambil alih untuk diadakan pilihan raya umum yang ke-13 dalam tempoh 60 hari.

Spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa dari sekarang, dengan ramai meramalkan ia akan dipanggil awal tahun depan.

Spekulasi itu semakin kuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bajet 2012 semalam dengan pelbagai ‘buah tangan’ yang bakal dinikmati sebahagian besar rakyat. - TMI

Bapa Haramjadah : Liwat anak umur 23 hari bila isteri tak dapat melayan

Isteri dalam pantang, bapa liwat bayi 23 hari

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.

Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive