03 July 2012

Video skandal Khalid Ibrahim - Setiausahanya didedah

Ingat lagi kejadian yang berlaku dibawah ini pada Ogos 2011? Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terjumpa sebuah kamera tersembunyi didalam pejabatnya. Menurut Khalid, dia tak tau berapa lama kamera tersebut berada dan diletakkan disitu dan siapa yang meletakkan kamera tersembunyi tersebut. Menurut Khalid lagi, mereka hanya menjumpai satu saja video, iaitu yang terdapat didalam kamera tersebut.
Hari ini, kami menyiarkan salah satu daripada video tersebut sepanjang 15 minit (BUKAN yang terdapat dalam kamera tersebut) untuk menunjukkan bahawa wujudnya  terdapat lebih banyak video. Tidaka ada apa yang sensasi dalam video ini walaupun orang-orang Azmin memberitahu bahawa terdapat adegan yang boleh memalukan Khalid dalam video-video yang lain. Video ini hanya menunjukkan Khalid terlebih manja dengan seorang wanita yang bernama Rahimah binti Kamarudin.
Menurut Azmin, Rahimah merupakan Setiausaha Khalid dari Guthrie Berhad, yang dibawa untuk bekerja dengannya dipejabat Menteri Besar. Dan orang-orang Azmin sakit hati kerana Rahimah kelihatan terlalu berkuasa dan Azmin membuat andaian bahawa terdapat satu hubungan intim diantara Khalid dan Rahimah.


Rahimah Binti Kamarudin
Adakah ini video yang dipasang untuk memerangkap Khalid dan Rahimah dalam keadaan yang mencurigakan? Hanya mereka yang memasang kamera tersembunyi tahu tujuan mereka..  tak kira siapa pun.
Sebenarnya, kamera tersembunyi itu telah diletakkan dipejabat Khalid sejak sekian lama. Dan terdapat lebih dari satu video selain dari yang dijumpai didalam kamera tersebut, seperti yang kami tayangkan dibawah. Persoalanya: siapa yang meletakkan kamera tersebut dan siapa yang menyimpan semua video tersebut. Juga, adakah terdapat video-video terlampau yang boleh menjejaskan ataupun boleh digunakan untuk mengugut Khalid?
Khalid tidak membuat laporan polis dan sebab itu polis tidak menjalankan siasatan. Malaysia mempunyai satu sistem yang ganjil dimana seseorang itu perlu membuat laporan polis sebelum polis mengambil sebarang tindakan. Itu sebabnya, oleh kerana tiada laporan polis dibuat, maka polis tidak dapat menjalankan siasatan. Dan misteri hanya kekal misteri.
Faekah Husin, Setiausaha Politik Khalid Ibrahim, merasakan bahawa Azmin Ali dibelakang semua ini. Dan oleh kerana dia berkata begitu, Azmin telah mencuba untuk menyingkir beliau dari jawatannya. Sekarang, kita semua boleh faham mengapa Faekah diserang oleh Azmin sejak kebelakangan ini. Azmin pula, merasakan Khalid adalah orang dibelakang video “aiskrim’ yang memalukannya baru-baru ini.
Ini membuat kita tertanya-tanya, dengan pelbagai sabotaj yang berlaku, bilakah masanya mereka mentadbir negeri ataupun merangka strategi untuk PRU akan datang? Dengan PAS bergaduh sesama PAS, DAP bergaduh sesama DAP dan PKR bergaduh sesama sendiri, ditambah pula dengan setiap parti melawan parti yang lain, mampukah Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor..atau adakah Selangor akan jatuh ketangan BN?
Okay..aku tak sepatutnya bercakap tentang keburukan Pakatan rakyat atau mengkritik pembangkang. Aku sepatutnya bercakap perkara-perkara baik dan membodek mereka. Kalau tidak, BN akan menggunakan apa yang aku cakap terhadap Pakatan Rakyat. Jadi, aku aku akan bercakap perkara yang tak baik tentang PR. Biarkan mereka buat apa yang mereka sedang buat. Dan kemudian, bila Selangor tumbang ketangan BN, aku boleh tulis artikel “aku dah kata!” dan berbangga dengannya sama seperti bila Perak tumbang selepas aku bagi tau. Walaupun pada mulanya mereka menafikannya.
Hey..aku belum pun menulis tentang apa yang mereka cuba lakukan terhadap Nurul izzah. So, jangan cabar aku tulis perkara tu. Sebab kalau aku mula menulis tentang perkara itu, hangpa semua malu.


*
**Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/02/video-skandal-khalid-ibrahim-dengan-setiausahanya-didedah/

1 comment:

Anonymous said...

eleh...tak habih2 nak melagakan pemimpin2 PR....berape UMNO/BN bayar nie.......hampeeehhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive