31 January 2012

Kisah seorang kanak-kanak Amerika masuk Islam

Kisah ini mengingatkan kita cara didikan Angelina Jolie mendidik anaknya dengan mendedahkan pelbagai agama untuk dipelajari. Semoga dikurniakan hidayah. Begitu juga Alexander Pertz, akhirnya menemui hidayah.

Rasulullah saw bersabda: ”Setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah.

Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi.” (HR. Bukhari)

Kisah budak Amerika ini tidak lain adalah sebuah bukti yang membenarkan hadits tersebut di atas.

Alexander Pertz dilahirkan dari kedua orang tuanya Nasrani pada tahun 1990 M.

Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat.

Begitu dia sejak boleh membaca dan menulis maka ibunya menghadirkan untuknya buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama langit atau agama bumi.

Mai kita tengok filem pendek ni ...'Aduhai Satu Malaysia' - tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam



Filem tersebut telah dimuat naik di dalam youtube semenjak tiga hari yang lepas dan boleh ditonton melalui pautan http://www.youtube.com/watch?v=Pv5srEmNVGk.

Ianya antara lain menyentuh isu politik semasa termasuk skandal NFC yang sedang hangat diperkatakan.
Selain itu, filem ini juga ......

Hassan Ali tubuh JATI

SHAH ALAM: Bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'JATI' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

"Secara peribadi orang tanya saya nak sertai UMNO atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)...saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya JATI," katanya di sini.

Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam tadi,turut mengakui masih sayangkan PAS dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan 'parasit' yang cuba merosakkan perjuangan asal PAS.

Sejak dipecat dari PAS pada 8 Jan lalu, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai UMNO.


Tubuh Kerajaan 'Cina' - Cina pelakon porno ni diberi tempoh 24jam .......

GEORGETOWN - Dakwaan kononnya pembangkang mahu menubuhkan ‘Kerajaan Cina’ di Perak jika memenangi pilihan raya akan datang adalah fitnah selain cuba memainkan sentimen perkauman.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, DAP mahupun Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah bercadang untuk menubuhkan Kerajaan Cina seperti yang didakwa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam sebuah akhbar arus perdana semalam.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pembohongan yang dibuat Soi Lek itu amat berbahaya kerana boleh menimbulkan kebencian dan mengelirukan rakyat.

Tu dia depa buat lebuhraya baru, ... RM22.3 juta satu km? ...

Satu lagi Lebuh Raya akan dibina iaitu Lebuh Raya Banting-Taiping menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng... dan hari ini beliau menuntut pentadbiran Najib menjelaskan konsesi selama 60 tahun berjumlah RM7.07 bilion yang dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus Bhd (Europlus) untuk pembinaan lebuhraya.

Sebelum itu Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri... Syarikat berkenaan mengumumkan mereka telah memperoleh pinjaman mudah RM2.24 bilion bagi projek pembinaan Lebuhraya Banting-Taiping sepanjang 316km yang melibatkan subsidi faedah 3 peratus untuk 22 tahun dan geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah adalah selaras dengan kepentingan awam.

Penulis Lirik 'Awan Nano' Anggap Politik Tak Halang Kerja Seninya

Oleh IZRA ABD RAHMAN


PETALING JAYA: Penulis lirik lagu Awan Nano, yang menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-26, semalam (Ahad) Nasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat berkata beliau tidak menggunakan bidang seni sebagai medium untuk berpolitik walaupun beliau terlibat dalam bidang tersebut secara langsung.


Nasmi kini memegang jawatan sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Johor.

Menurut penulis lirik itu, dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya.

"Seni masih lagi medium terbaik untuk saya menyampaikan mesej kemanusiaan.

"Saya berkarya untuk semua orang, saya tak buat lagu untuk satu parti atau mana-mana parti tertentu," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

30 January 2012

Suami Shahrizat paksa saya 'rasuah' polis - Datuk Shamsubahrin

Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamed Salleh Ismail, mendakwa bahawa suami ketua wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

Beliau membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup.

Mahal sungguh nak 'maintain' Umno ni ...

30 JAN — Masalah yang dihadapi oleh parti pemerintah sekarang ini ialah perpecahan dalaman yang berlaku dari atas sehingga ke bawah. Perpecahan yang sangat serius ini bukan kepalang besarnya. Beberapa minggu lalu di Shah Alam Dr Mahathir Mohamad telah menyeru ahli-ahli Umno supaya menyokong calon Umno walaupun yang diturunkan oleh parti itu bukannya seorang ahli Umno.

Seruan Dr Mahathir ini sangat besar maknanya kepada seseorang yang berpolitik. Ia bermakna Umno memang sedang berada di dalam keadaan tenat sehinggakan ada tempat-tempat dan kawasan yang tidak ada seorang pun ahli Umno yang layak untuk diturunkan sebagai calon yang mendapat sokongan yang menyeluruh.

Dr Mahathir pula nampaknya sudah berubah lagi. Kali ini beliau menyokong parti, tidak seperti dalam PRU yang lalu di mana beliau meyokong calon dan tidak parti. Tetapi itu adalah tindakan yang tidak mengejutkan ramai sebab Dr Mahathir adalah seorang yang sentiasa “flip-flop” dalam perjuangan beliau.

Cara berfikir Umno amat purba

Sikap ini adalah manifestasi dari lesunya daya fikir dan intelek kepimpinan mereka dalam menghadapi realiti politik semasa dunia yang mengamalkan budaya telus dan terbuka.

PETALING JAYA: Cara berfikir pemimpin-pemimpin Umno amat purba kerana mereka gentar untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat, demikian ditegaskan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

“Jelas, Umno belum berhenti dari muslihatnya terus memperbodoh dan menindas minda rakyat. Dengan ini, kuasa memerintah negara terus kekal di tangan dan pelbagai penyelewengan mudah diteruskan tanpa sekatan.
“Apa yang kita pasti, sikap ini adalah manifestasi dari lesunya daya fikir dan intelek kepimpinan mereka dalam menghadapi realiti politik semasa dunia yang mengamalkan budaya telus dan terbuka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Keputusan/ulasan langsung AJL 26

Keputusan akhir Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26)
1. Persembahan terbaik – Alyah, Kisah Hati.
2. Vokal Terbaik – Hafiz, Awan Nano
3. Tempat Ketiga – Faizal Tahir, Karma
4. Tempat Kedua – 3 Suara, Beribu Sesalan
5. Juara – Hafiz, Awan Nano

Update secara langsung:
1. Persembahan pembukaan oleh penyanyi feveret Abang Nara, Jamal Abdillah. Weee ~~~
2. Fuh. Persembahan Awie terus membakar semangat AJL26. Mantop babe ~~~
3. Sheila Majid la pulak. Kenapa semua mantap-mantap untuk opening show nie? Arghh
4. Fuh ~~ Terkagum sebentar dengan persembahan tiga legend sebentar tadi. Persembahan 12 peserta selepas ini. Sama-sama kita nantikan.
5. Persembahan pertama daripada Projek Pistol dengan lagu Wanita Seluruh Dunia.
6. Arrangement muzik yang sangat berlainan daripada lagu asal daripada Projek Pistol. Mantap dan sedap didengar.
7. Persembahan seterusnya oleh Jacyln Victor dengan lagu Sedetik Lebih.
8. Not bad jugak kan Jac nyanyi lagu Sedetik Lebih. Lebih kurang tahap Abang Anuar Zain gak la.
9. Monoloque dan Atilia pulak. Yeah ~~ Lagu feveret gak nie.
10. Comel gila rambut Atilia. Lagu nie memang susah sikit nak nyanyi time live rasanya. Good effort anyway.
11. Yuna muncul untuk lagu Gadis Semasa. Memang arrangement lain 100% nie. Nice ~~
12. Nice outfit Yuna. Menarik tertarik kau memang da bomb.
13. Lagu Kalau Berpacaran pulak. Lagu best nie. Banyak nasihat.”
14. Serius comel sangat lagu Kalau Berpacaran nie. Ana Rafali nampak hijau gitu.
15. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif. Adakah dia akan menang?
16. 16 tahun dan dah masuk AJL. U go girl.
17. Juara Anugerah Mobile Celcom jatuh kepada lagu Sedetik Lebih.
18. Persembahan daripada Faizal Tahir dengan lagu Karma. Ada orang kata ini adalah persembahan terakhir daripada Faizal untuk AJL. Layan ~~
19. Terbakar piano dibuatnya oleh Faizal Tahir
20. Seramai 30 orang juri telah digunakan untuk memilih lagu terbaik AJL26. Harap-harap tiada kontroversi.
21. Alyah dengan lagu Kisah Hati sekarang. Siapa sebenarnya manusia yang bernama Manusia Putih yang mencipta lagu ini?
22. Fuh. Starting pun dah sedap dah Alyah nie. Baju pun cantik gak. Nice
23. Arghhhh. Napa Remy Ishak muncul dan memeluk Alyah. Mesti ramai yang panas.
24. Sungai Lui daripada Aizad. Melodi yang mampu melegakan jiwa.
25. Aizad membuktikan yang bakat adalah segalanya. Kurang rupa sikit pun tak apa.
26. Hebat benar orang yang melukis kat belakang semasa persembahan Aizad nie.
27. Yuna dengan lagu Penakut. One of Abang Nara punya favourite song jugak.
28. Good persembahan daripada Yuna, sekarang ini lagu kegemaran ramai, Awan Nano daripada Hafiz akan didendangkan.
29. Awan Nano nano nano nano nano.
30. Beribu Sesalan sekarang ini. Adakah lagu feveret kebanyakan peminat muzik ini akan merangkul gelaran juara?
31. Memang meletop 3 Suara bawak lagu Beribu Sesalan. Meremang bulu roma.

Sumber ; BeautifulNara

29 January 2012

[Video] Ceramah DSAI di Dengkil - 27 Jan 2012



Lagi video DI SINI

kata nak bantu rakyat tolong rakyat .... mana YB nya? PR ker BN ker, jangan cakap tak serupa bikin ... hampa pi tengok ni ..

Masa untuk Mahathir yang 'ketinggalan zaman' berfikir di 'luar kotak'

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad sudah ketinggalan zaman kerana mahu terus dengan dasar-dasar yang berasaskan kaum, walaupun ini telahdi gagal untuk mencapai keputusan sosio dan ekonomi yang diingini, Mahathir harus cuba untuk berfikir di luar kotak atau akan terus ditinggalkan oleh seluruh dunia, warga terkemuka dan pemimpin-pemimpin pembangkang memberi amaran pada hari Khamis.
"Ini adalah pemikiran pada awal tahun 70-an, selepas 13 Mei 1969 rusuhan perkauman. Namun begitu, ramai orang tidak bersetuju dengannya, dan kemudian melalui beberapa dekad, ia telah terbukti sebagai dasar yang palsu dan sesat," Ramon Navaratnam, pengerusi Pusat bagi Kajian Dasar Awam, memberitahu Malaysia Chronicle.
"Bukan sahaja masa dan orang berubah, Malaysia amat memerlukan dasar yang memenuhi keperluan rakyat. Sebagai contoh, pengagihan ekonomi dan peluang-peluang pendidikan perlu berasaskan kepada keperluan dan bukan pada warna kulit seseorang. Ini secara automatik akan memanfaatkan orang Melayu, yang masih merupakan sebahagian besar rakyat termiskin di negara ini, walaupun dasar-dasar kerajaan yang berasaskan kaum dimasukkan lebih daripada 40 tahun yang lalu. "
Menghantar isyarat kepada Najib ....

28 January 2012

kerana tak dicalonkan dalam PRU13, YB Hamidah sabotaj program besar Najib/Zambry dengan Konsert Jamal Abdillah ... hahaha


Dijangkakan kira-kira 50,000 orang terdiri daripada pemimpin negara dan orang awam dijangka hadir untuk memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2012 di Sitiawan, Perak, pada 28 Januari ini.

Namun sudah terdapat suara-suara yang menyatakan berlakunya sabotaj dari pihak dalaman pada perayaan sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina tersebut.

Ini kerana semua pemimpin terutama dari parti MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan bersama-sama Perdana Menteri pada hari tersebut.



Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha dikatakan bakal bertanding di Parlimen Beruas mencabar pemimpin dari DAP. 

Cabaran tersebut sekali gus mengugat kedudukan orang kuat DAP iaitu Ahli Parlimen Taiping merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Beruas yang juga ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham.

YB Hamidah sebelum ini telah mengadakan hubungan baik dengan kedua-dua pemimpin DAP tersebut (baca di sini) Hamidah belot kepada PM kerana namanya tidak disenaraikan pada PRU ke 13.

Dalam usaha Barisan Nasional (BN) mencari 40,000 ke 50,000 orang hadir di rumah terbuka Tahun Baru Cina, YB Hamidah pula mengadakan konsert terbesar Jamal Abdilah di lokasi Ipoh, Perak pada 28 Januari ini.

YB Hamidah kini dilihat cuba mengugut dan sabotaj program PM dan BN Perak, macammana YB Hamidah hendak jadi calon, Zurah 10 dah jadi Midah 7?

sumber : DI SINI

Lihat lah... betapa baiknya hati wanita ini .... kalau anda bagaimana?







'Ah Jib Gor' merayu tetapi tiada yang mendengar

Di mana sahaja Najib pergi, beliau akan menegaskan sesuatu yang sama “sangat penting” untuk Umno dan BN diundi semula dalam pilihanraya akan datang supaya parti itu boleh menunaikan janji transformasi mereka.
“Saya sentiasa mengatakan bahawa bukan tidak penting untuk diundi semula. Ia sangat penting untuk diundi semula. Untuk kami menunaikan janji transformasi, kami perlu diundi semula,” ujarnya dalam pelancaran pada “Politics of economics and Social Transformation in the Era of Global Crisis.
Tiada kuasa sebenar dari mula
Adakah beliau mengulang-ulang kata atau sebenarnya merayu kepada rakyat supaya memberi peluang sekali lagi kepada pakatan BN? Apa pun jua, rakyat seperti tidak peduli. Seolah-olah tidak mengendahkan beliau.
Di usia 58, Najib telah menjadi seperti si budak yang melaungkan pertolongan daripada serigala. Beliau sudah menipu dan bercakap kosong terlalu banyak. Mereka yang di kedai kopi sudah memanggil beliau PM yang cakap sampah (ada juga menggunakan perkataan yang lebih teruk).
Mengapa harus rakyat mendengar apa yang beliau cakapkan? Orang ini bukanlah yang mereka pilih sebagai PM tetapi dilantik parti UMNO selepas mereka menyingkirkan Abdullah Ahmad Badawi dalam satu pergolakkan kuasa.

ARTIS : Tasha Shilla menari ghairah di kelab malam

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla berasa kecewa dengan tuduhan kononnya dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa.

"Saya bukan bodoh atau tidak sensitif untuk berkelakuan di luar kawalan seperti yang diperkatakan.

"Sebagai selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam."Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah," katanya dalam nada kesal.


27 January 2012

Alkisah seorang mantan Exco Agama Selangor yang baru dipecat ... buruknya perangai

Maklumat yang diperoleh daripada SUK Selangor, Shah Alam:

Alkisah seorang mantan Exco Agama Selangor yang baru dipecat partinya memohon kepada MB untuk membeli kereta rasminya (Toyota Camry) daripada Kerajaan Negeri. Dikhabarkan beliau sayang sangat kepada nombor plet kereta tersebut. Maka MB atas sikap terbukanya bersetuju dan mengarah JKR Selangor membuat penilaian terhadap Camry tersebut. Camry yang dibeli Kerajaan Selangor pada asalnya sebanyak RM175,000 dinilai berharga RM100,000.

Apabila JKR memaklumkan mantan Exco Agama tersebut, beliau cuba 'tawar-menawar' dengan meletakkan harga RM70,000.

Namun JKR menolak. Dimaklumkan mantan Exco Agama menghubungi pegawai JKR tersebut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Sikap seorang berkelulusan PhD yang kononnya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan akidah Islam dan hak Melayu tersebut mengejutkan penjawat-penjawat awam hingga menjadi bualan di kalangan mereka. - Nik Nazmi

Hasan Ali mimpi di siang hari

Fazy Sahir | January 27, 2012

"Bagaimana beliau (Hasan Ali) nak bentuk kuasa ketiga jika tiada komponen?," soal Dr Abdul Rani Osman.

SHAH ALAM: Kenyataan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bahawa kewujudan kuasa ketiga yang sedang dibina untuk menarik sokongan masyarakat dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai ‘mimpi disiang hari’.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menyifatkan sedemikian sambil berkata Hasan Ali terperangkap dengan soalan yang diajukan kepada beliau ketika program Bual Bicara Soal Jawab di TV3, Rabu lalu.

Dr Rani yang turut mengikuti siaran program itu mempersoalkan golongan mana dimaksudkan Hasan Ali untuk menyertai gelombang kuasa ketiga tersebut.


Angelina Jolie ajar anak tentang Islam


Pasangan pelakon Hollywood Angelina Jolie (gambar) dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.


Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.

"Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia," ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade.

Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.

"Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan," katanya pada Sabtu.

Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah.

"Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka," ujarnya - Detik Islam

Syed Husin Ali Saman Utusan, Zulkifli Noordin RM10 juta

KUALA LUMPUR: Senator Dr Syed Husin Ali pada Jumaat memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan dua lagi berhubung artikel yang didakwa memfitnah beliau.

Syed Husin, 76, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Edwin Lim Suren and Soh.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menamakan Utusan Melayu yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak dan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin sebagai defendan.

Beliau menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain dan juga satu perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah yang sama terhadapnya.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Syed Husin mendakwa Utusan Melayu dan Abdul Aziz telah secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya dalam artikel di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November tahun lepas, berjudul Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin.

Syed Husin berkata Zulkifli dalam laman web peribadinya telah menerbitkan semula artikel yang sama tetapi atas tajuk yang lain iaitu Anjing-anjing Pencen.

Beliau berkata perkataan-perkatan itu dalam maksud asal dan biasanya bermaksud beliau melakukan rasuah, telah melakukan kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara, seorang yang hipokrit atau tidak boleh dipercayai dan tidak layak dipanggil sebagai seorang ahli politik dan ketua kepada sebuah parti politik.

Syed Husin berkata disebabkan penerbitan perkataan-perkataan itu, karektor dan reputasinya telah tercemar. BERNAMA

SANTAI : Jiran saya nak jadi Perdana Menteri .. lalu bertanya "Gaji Perdana Menteri berapa ringgit?

Gaji Perdana Menteri berapa ringgit? – Oleh Izmil Amri

26 January 2012

“Apa cita-cita kamu?” tanya guru kelas, pada setiap awal tahun. Niat dia barangkali untuk berkenal-kenal, atau paling kurang beri inspirasi supaya anak murid kejar cita-cita itu. Anak murid selalunya akan beri jawapan kerja profesional: doktor, peguam, arkitek, guru, akauntan. Jawapan-jawapan biasa.

Pastinya mereka juga tahu apa kerjanya seorang doktor, peguam dan akauntan itu semua. Takkanlah mahu jadi peguam sebab mahu kerja menoreh getah.

Saya ada seorang jiran di kampung. Dia ini dahulu katanya telah jatuh dari anjung rumahnya, yang berada di tingkat tiga kuarters Hospital Besar Pulau Pinang. Kemudian baru dia pindah ke kampung saya. Maka disebabkan insiden jatuh dari tingkat tiga itu, kepalanya sedikit gelong.

Saya tidak tahu sebenarnya berapa tingkat kuarters hospital besar, mahu pun hakikat sama ada dia jatuh dari ketinggian itu. Senang cerita, ......

26 January 2012

Ana Raffali Nikah 25 Februari 2012

Oleh WAHIDUZZAMAN

PETALING JAYA: Penyanyi Ana Raffali dilaporkan akan bernikah dengan pengurus peribadinya yang dijadualkan pada 25 Februari depan.

mStar Online difahamkan, majlis akad nikah Ana atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim itu akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi.

Ana yang dihubungi mStar Online bagaimanapun enggan mengesahkan tarikh tersebut sebaliknya memberitahu akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini.

“Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu, saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Bagi saya ......

“Tatu yang ada di badan saya ini saya buat sebelum memeluk agama Islam. ... jelas Abdullah Omar @ Boy

“Tatu yang ada di badan saya ini saya buat sebelum memeluk agama Islam. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa saya tidak membuang tatu ini kerana ia dilarang oleh Islam. Tapi, ingin saya jelaskan bahawa tatu yang ada di badan saya ini bukannya sedikit tetapi boleh dikatakan hampir seluruh badan. Untuk membuang tatu ini, selain menelan kos yang tinggi, ia juga sangat menyakitkan.

Saya memilih untuk tidak membuangnya kerana difahamkan ia tidak wajib kerana bimbang boleh memudaratkan. Walau apa pun, saya percaya Allah memahami situasi saya dan sebagai hambaNya, saya cuba menjadi seorang muslim yang baik,” ulas vokalis Projek Pistol, Boy Clifford berkenaan isu tatunya yang menjadi bualan ramai.

Pemecatan Hasan Ali tidak beri kesan negatif pada parti

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 26 Jan - Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyatakan, pemecatan keanggotaaan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS tidak memberikan kesan negatif kepada parti dan pemecatan tersebut juga tidak memberikan kesan yang membimbangkan kepada parti Islam terbabit.

Pengarah Operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuku menjelaskan, pihaknya telah menjalankan tinjauan untuk menilai kesan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali ke atas pengundi-pengundi Melayu.

Tinjauan tersebut telah menggunakan dua kaedah iaitu: pertama, dengan menilai komen-komen pembaca terhadap isu pemecatan ini sebagaimana yang dipaparkan oleh media-media baru seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Berita Semasa dan Youtube dan keduanya, dengan melakukan wawancara terhadap responden-responden terpilih yang mewakili 24 kawasan parlimen seluruh Negara.

Liam Neeson berminat peluk Islam selepas dengar azan

Selalu’nya entri Hollywood begini kami rangkum’kan dalam koleksi berita antarabangsa harian kami.

Tetapi ini agak istimewa kisah’nya untuk anda semua baca kerana melibatkan aktor A-list Hollywood dan agama Islam.

Liam Neeson yang anda mungkin kenali melalui filem Star Wars sebagai Jedi Master Qui-Gon Jinn berkata kepada media hari ini yang beliau minat dengan Islam.

Menurut calon anugerah Oscar ini, ketika menjalani pengambaran filem di Istanbul, Turki dan kata beliau seruan azan pada mulanya agak menjengkelkan tetapi lama kelamaan kemerduan laungan azan meresap ke’dalam jiwa beliau & ia’nya cukup cantik.

“Ada 4,000 buah masjid di bandar ini (Istanbul, Turki) dan ada antaranya cukup cantik pada pandangan saya — membuatkan saya bercadang untuk memeluk agama Islam,” kata Liam Neeson. - Rotikaya

Zizan RL tolak RM18 ribu semata-mata untuk bersama Ustaz Azhar Idrus


Sekali lagi kami bawakan kepada anda kisah slowpoke yang ramai sudah pun tahu. Ini kisah baik yang harus di’kongsi bersama.
Al-kisahnya, penampilan Zizan Raja Lawak dalam majlis agama bersama Ustaz Azhar Idrus pada malam ambang tahun baru 2012 lalu masih menjadi perbualan dan ada kisah menarik di’sebaliknya.
Menurut laporan beberapa blog politik tempatan, Zizan Raja Lawak telah menolak tawaran menjadi juruacara sebuah majlis sambutan tahun baru 2012 pada malam yang sama dengan program bersama Ustaz Azhar Idrus. 
Khabar’nya pihak penganjur malam sambutan tahun baru 2012 menawarkan RM18,000 untuk Zizan Raja Lawak tetapi menolak tawaran tersebut untuk bersama Ustaz Azhar Idrus — dan tidak mengharapkan bayaran.
Penganjur Program Soal Jawab UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alamtetap menawarkan Zizan Raja Lawak RM1,000 dek kerana majlis malam itu berjaya menarik lebih 80,000 hadirin dan mahu atau tidak, Zizan Raja Lawak tetap menerima bayaran tersebut - Rotikaya

25 January 2012

AG akui kelemahan projek Lembu Shahrizat, serah pada polis untuk siasat

KUALA LUMPUR 25 Jan: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengakui kelemahan Pusat Fidlot Nasional (PFN) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ambrin berkata, tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.


‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ - kata Kelab Isteri Gila Seks

Selepas buku seks Kelab Taat Suami lancar kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
January 25, 2012

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Disebalik kontroversi buku panduan seks, Kelab Taat Suami hari ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.

Beliau berkata ramai “umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah.”


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive