29 February 2012

ARTIS : [18SX] Artis ni tanggalkan pakaian ketika "Live Talk Show"


Selamba jer dia buka baju!






Selamba jer dia buka baju!


Pembatalan konsert Erykah Badu : Tahan sebak di Sidang Akhbar

Pembatalan konsert sulung penyanyi antarabangsa terkenal, Erykah Badu di Malaysia menerima pelbagai reaksi dari semua pihak. Konsert sulung penyanyi yang popular dengan lagu "You Got Me" itu telah dibatalkan pihak berwajib menerusi kenyataan yang dikeluarkan Datuk Seri Utama Rais Yatim semalam di laman Twitter rasmi beliau.

Menerusi sidang media tergempar yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sebentar tadi, Erykah bersama wakil penganjur dari Pineapple Concert telah hadir memberi kenyataan berhubung isu pembatalan konsert ini.

"Ayam kaki satu berdarah" diletak depan Pusat Khidmat DSAI di Permatang Pauh


Pagi ini saudara Fathilullail bin Jaafar Sidek (petugas Pusat Khidmat Permatang Pauh) terkejut apabila beliau datang ke Pusat Khidmat jam 10 pagi, beliau menjumpai ayam berdarah dengan satu kaki tergantung di Pusat Khidmat Permatang Pauh Dun Seberang Jaya dan Bilik Gerakan AMK Permatang Pauh.

Muka penipu?: ... tapi apa nak dihairankan, MP Umno la katakan

NONE
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam,  Datuk Abdul Rahman Bakri,(gambar)  bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan terhadap kepada kes pendakwa.


Abdul Rahman, 47, didakwa dengan lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000, daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar - Malaysiakini

Semua menunggu ... Adakah suami Shahrizat akan didakwa?

Perhatian rakyat Malaysia telah beralih kepada Peguam Besar yang popular, Gani Patail, kerana ingin tahu jika dia akan mengeluarkan waran tangkap bagi suami Menteri hal ehwal wanita Shahrizat Jalil, yang menghadapi pertuduhan pecah amanah membabitkan NFC yang berjumlah RM250mil.

Gani yang sering dituduh rasuah dan menjadi pak turut kerajaan persekutuan pimpinan Umno, dan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada hujung minggu yang lalu, terpulang kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya, ia mencetuskan spekulasi bahawa ia adalah isyarat kepada Gani untuk tidak tunduk kepada tekanan daripada orang ramai, pihak pembangkang dan Umno sendiri, untuk bertindak ke atas kes yang memakan masa yang lama itu.

[Video] : Ditembak ketika tunggu anak

PETALING JAYA: “Saya tidak menyangka kereta yang dilihat dua kali terbabit kemalangan dalam tempoh 10 minit itu disebabkan pemandunya cedera parah terkena tembakan dan dia berusaha mendapatkan bantuan sebelum kenderaan itu tersadai di depan sebuah rumah,” kata saksi terawal tiba di tempat kejadian kes tembak di Jalan Gasing, Seksyen 9, di sini, semalam.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Albert, 38, berkata, dia sedang dalam perjalanan menghantar anaknya ke Sekolah Kebangsaan (SK) La Salle di Jalan Gasing apabila ternampak sebuah kereta melanggar tiang lampu.

“Mulanya saya berniat untuk berhenti dan membantu, tetapi terbantut apabila dia tiba-tiba mengundurkan keretanya dan bergerak seperti biasa.

“Saya fikir mungkin pemandu terbabit tidak cedera dan mungkin dia menuju ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan,” katanya ketika ditemui.

Menurut Albert, selepas menghantar anaknya di sekolah, dia yang bekerja sebagai mekanik kemudian menggunakan laluan Jalan Templer, Seksyen 6, di sini, untuk kembali ke tempat kerja.

28 February 2012

PANAS TERKINI : 10 ribu hadiri ceramah Hassan Jati di Kg Melayu, Subang

Gua tak sangka bahawa rakyat selangor amnya
dan penduduk kampung melayu subang khususnya begitu 
tertarik utk datang ke majlis ceramah akidah hasan ali..

dgn itu gua pun tidak teragak agak menyatakan bahawa
sebentar tadi seramai 10 ribu org hadir mendengar ceramah beliau
mengenai isu akidah, melayu dan raja.. kah kah kah

selamat melihat foto foto menarik ini kah kah kah








Abbs© - sesak nafas gua tadi berhimpit himpit utk mendengar ceramah hasan ali beb..
               sampai tak boleh nak duduk dekat mana lagi penuh dgn lautan manusia..
               kah kah kah


SUMBER : Bagind @ Era Pasca

STONE : KAH KAH KAH ...

Adam AF kini pengamal perubatan Islam?

Kalau di’ikutkan, kisah ini sudah agak lama dan baru kini kami ada peluang untuk menulis tentang kegiatan terbaru Adam AF ini.

Menurut sumber kami yang rapat dengan penyanyi ini, Adam AF kini sedang aktif mempelajari selok belok dunia perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merupakan fasiliti perubatan yang di’miliki oleh Ashraf Muslim yang kita sedia maklum kini bergelar pengamal perubatan Islam.

Hasil carian Google tengah malam kami berjaya menemui satu entri pengalaman seorang pesakit yang hadir ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dan di’kejutkan dengan kehadiran Adam AF yang kelihatan membantu Ashraf Muslim merawat pesakit.

Tempahan nombor plat Wilayah WWW bermula 30 April


KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.
"Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran "WWW'. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud "World Wide Web"," katanya dalam satu kenyataan.

Konsert Erykah Badu dibatalkan

Konsert Erykah Badu Live in Kuala Lumpur 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Februari ini telah dibatalkan. Pembatalan tersebut telah diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim menerusi Twitter @DSURaisYatim pukul 2 petang tadi.

Ia dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia.

Persembahan penyanyi Erykah Badu di Malaysia merupakan konsertnya yang pertama kali setelah pihak Erykah membatalkan penyertaannya di Sunburst Festival dua tahun lalu.

Konsert tersebut sepatutnya diadakan pada malam ini namun ditangguhkan sehari sebelum dibatalkan oleh pihak kerajaan.

Sebelum ini, beberapa wakil pembangkang dan badan bukan kerajaan turut mendesak kerajaan agar membatalkan konsert tersebut. - GUA

Bongkar lagi ... 'Lembu Shahrizat' beli supermarket mewah pula di Singapura

NONE
Kecewa dengan kegagalan kerajaan bertindak terhadap syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NCFC) yang didakwa terbabit dengan penyelewengan dana RM250 juta, PKR hari ini mendedahkan bahawa syarikat berkenaan memiliki sebuah pasaraya mewah di Singapura.


Pengendali pasar raya itu yang berdaftar di Singapura, Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dimiliki bersama oleh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - Datuk Mohd Salleh Ismail - bersama dua anak mereka, Wan Shahinur Izran, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.

Gempar !!! .. Menara 1 KLCC terbakar

Aku masuk pejabat agak lewat hari ini ... keluar saja aku dari lif parking Tower 1, terjegat PB Petronas mengarahkan aku dan kakitangan lain agar tidak memasuki pejabat ..."ofis terbakar bang ... abang kena ke Taman (KLCC), semua dah berkumpul di sana" beritahu beliau 

Di lobi sibuk dengan kakitangan yang diarahkan turun. Semua menuju ke arah Taman KLCC di belakang (tempat berkumpul bagi kakitangan PETRONAS jika berlaku sebarang kecemasan di kedua-dua Menara 1&2)

Kelihatan banyak kenderaan dan kakitangan dari Pasukan Bomba  dan Penyelamat, Pasukan Perubatan, Polis, Rela dan Polis Bantuan PETRONAS.

 lagi gambar-gambar

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz, orang fitnah" kata perempuan yang didakwa khalwat dengan Dr Badrol Amin

ROMPIN - Media digemparkan dengan berita anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.

Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian?

Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

Aksi terlampau tepi surau ... Kereta Myvi beryoyang

28 Februari 2012 - KOTA DAMANSARA - Tindakan sepasang pelajar asing membuat hubungan seks di dalam kereta di tepi sebuah surau di Seksyen 6, kelmarin mengundang kemarahan penduduk setempat.

Perbuatan tidak senonoh pasangan warga Afrika disedari oleh seorang ahli jawatankuasa surau yang kebetulan melalui blok rumah yang menempatkan asrama pelajar sebuah kolej kira-kira jam 10 pagi.

Kelakuan tersebut menyebabkan penduduk berang dan bertindak memancitkan tayar kereta tersebut.

Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Flat Gugusan Seroja, Harun Ali berkata, dia sangsi selepas melihat kereta Myvi berwarna putih di letakkan di parkir blok berkenaan bergoyang.

“Bila saya pergi lihat di tingkap kereta terbabit, saya lihat pasangan warga Afrika sedang melakukan hubungan seks di belakang kereta,” katanya.- SH

27 February 2012

[Video] : Majlis resepsi Iman Muda Hassan dan Ulfah




Highlight ke2 Video Klip IM Hassan & Ulfah from azmisentral on Vimeo.

Rumah, pejabat pemimpin PKR dipecah masuk

NONEKetika pemimpin PKR berhimpun di Kuantan untuk temurapat atau permukiman parti itu, hujung minggu lalu di Kuantan, pejabatnya di Wangsa Maju dipecah masuk.

Mendedahkan perkara itu, hari ini, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata kejadian disedari pagi ini apabila mereka mendapati pintu pejabat telah diumpil dan terbuka.

"Dua komputer, kamera, beberapa dokumen dan wang tunai RM750 dicuri," katanya.

Himpunan Hijau Kuning pula dirancang (Lynas + Bersih)

NONE
Sehari selepas Himpunan Hijau 2.0, jawatankuasa penganjur mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan yang digelar 'Himpunan Hijau 3.0' akan diadakan kerana kegagalan kerajaan menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng.


Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau 2.0 Wong Tack berkata Himpunan Hijau 3.0 tidak dapat dielakkan dan mereka sedang mempertimbangkan untuk bergabung dengan BERSIH  2.0 untuk mengadakan protes "hijau kuning".

[Video] : Ceramah DSAI - Kuantan 25/2

Siswi IPTA ditangkap khalwat dengan suami orang

ALOR SETAR: Akibat mengikut teman lelakinya menyewa bilik di sebuah motel di Jalan Sultan Badlishah, di sini, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini berusia 22 tahun dicekup berkhalwat, semalam.
Pelajar dari Sungai Petani itu dan pasangannya yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak, ditahan jam 9 pagi ketika mereka tidur. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, sepasukan lima anggota diketuai Jailani Abdul Talib ke motel berkenaan sejurus menerima maklumat.

Beliau berkata, sebaik membuat pemeriksaan di bilik pertama di tingkat atas motel berkenaan, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu selepas terkejut apabila pintu bilik diketuk berulang kali.

“Lelaki berusia 26 tahun itu membenarkan anggota penguat kuasa masuk ke dalam bilik untuk membuat pemeriksaan dan ada seorang wanita menutup badannya dengan selimut di atas katil. - myMetro

Suami gila: Ehem ehem di ruang tamu biar 3 anak tonton

27022012 KANGAR: Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini.

Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun.


Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu.

Hadi bantai Najib

Hadi bidas kenyataan Najib

hadi awang
ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, apabila meminta umat Islam di negara ini memilih pemimpin dan parti politik yang benar-benar memartabatkan dan menjamin kesucian agama Islam.
Abdul Hadi berkata, selama lebih 55 tahun Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), apakah sumbangan parti itu dalam memartabatkan Islam, sedangkan kerajaan BN dilihat lebih banyak menjatuhkan martabat Islam melalui tindak tanduk mereka.
“Apa sudah jadi dengan tulisan jawi di negara ini sepanjang BN memerintah. Peranan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dilemahkan, hak istimewa orang Melayu juga diusik. Bagaimana Malaysia hilang Singapura dan banyak lagi yang melemahkan Islam dibuat sewenang-wenangnya,” katanya ketika menyampaikan ceramah perasmian Karnival Kedah Sejahtera, di Kompleks Pas Pokok Sena, minggu lalu.

Samseng Umno ganggu Nurul Izzah di ceramah

NONESatu lagi usaha mengganggu ceramah Pakatan Rakyat dilaporkan malam semalam dan kali ini kejadian berlaku di Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang.

Menurut portal Keadilan Daily, yang nyaris menjadi mangsa kali ini adalah Pengarah Komunikasi PKR dan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar.

“Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno,” kata Nik Nazmi dipetik organ rasmi PKR itu.

Nurul Izzah (kanan) pula dalam raeksi awalnya berkata beliau bersyukur kerana selamat tetapi memberi jaminan tidak akan gentar dengan gelagat liar berkenaan.

Himpunan Hijau di Pulau Pinang dicemari pergaduhan

Semua Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang berjalan lancar kecuali di Pulau Pinang.

Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.

Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

26 February 2012

Himpunan Hijau 2.0 : Gambar-gambar

Sekitar 10 ribu rakyat dari seluruh negara telah membajiri padang MPK 4 di Kuantan pagi Ahad bagi menunjukan sokongan mereka kepada apa yang dinamakanHimpunan Hijau 2.0 Anti Lynas.

Walaupaun acara rasmi akan bermula jam 9.30 pagi, tapi seawal jam 7.30 pagi padang MPK 4 telah mula dibannjiri oleh peserta-peserta

Inilah dia sebahagian dari apa yang sempat MS rakamkan ...


Kes khalwat pemimpin PKR di Kuantan : Ustaz Badrul Amin nafi

Ustaz Badrol Amin telah menafikan dengan smsnya berbunyi:

"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula" - KELAB GREENBOC


 Berita awal 
http://mimpi-senja.blogspot.com/2012/02/pemimpin-pkr-didakwa-ditangkap-khalwat.html

25 February 2012

Pemimpin PKR didakwa ditangkap khalwat di Kuantan

PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan PKR didakwa ditangkap berdua-duaan dipercayai bersama wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok awal pagi tadi.
Pemimpin itu diserbu pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi di bilik hotel berkenaan.
Menurut sumber, beliau berada di hotel itu bagi menyertai pertemuan (retreat) bersama pimpinan PKR lain selama tiga hari.
Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diedarkan kepada pimpinan dan anggota PKR lain, pemimpin yang didakwa menafikan hal itu.
Melalui SMS itu, beliau menjelaskan bahawa wanita terbabit mempunyai masalah keluarga, malah beliau turut menasihatinya untuk pulang.
Difahamkan juga pemimpin yang didakwa terbabit turut membuat laporan polis. - FMT

Ustaz Badrol Amin telah menafikan dengan smsnya berbunyi:

"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula" - KELAB GREENBOC

Kes Lembu Shahrizat dah mula panas : Dakwa pengarah NFC Pecah Amanah - CCID Director Datuk Syed Ismail Syed Azizan


KUALA LUMPUR: Police have recommended to the Attorney General that directors of the scandal-plagued National Feedlot Corp (NFC) be charged for criminal breach of trust, said CCID Director Datuk Syed Ismail Syed Azizan on Saturday.- The Star
More to come: 



Ana Raffali sah bergelar isteri jam 11.55 tadi

25 Februari 2012
ana rafalli
KUALA LUMPUR - [25 Feb 2012] Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi popular,  Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, atau Ana Raffali sah bergelar sebagai isteri Ahmad Aznaim Abdullah, 30, tepat jam 11.55 pagi tadi, di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati.
Pasangan dinikahkan oleh bapa Ana sendiri, Mohd Raffali Mohd Nor dengan mas kahwin RM11,214.
Dalam majlis itu, Ana turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.
Pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang.
AKAN MENYUSUL

Santai pagi : [18SX] Mempromosikan produk mandian - Telanjang bulat


Sebuah perusahaan Cina mempekerjakan tiga wanita muda untuk tampil telanjang bulat untuk mempromosikan produk-produk gel Mandi.seperti di nukil dari May Daily,Dengan hanya handuk melilit kepala mereka, mereka mempertontonkan keindahan tubuhnya tanpa malu sama sekali
sumber : apekepelik

Mahathir teringin nak jadi PM semula

Mahathir beri isyarat mahu kembali jadi PM
Mutakhir ini nampaknya Dr. Mahathir kerap memberikan kenyataan-kenyataan bagi pihak Kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Najib Tun Razak. Jika ketika zaman Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) dahulu ada sahaja kritikan Dr. M terhadap Pak Lah dan pimpinan UMNO/BN. Semuanya tidak betul dan tidak kena. Islam Hadhari zaman Pak Lah tidak disokongnya Dr. M. Kali ini gagasan 1Malaysia Najib Razak juga tidak bersambut baik oleh Mahathir. Hanya Wawasan 2020 Mahathir sahaja yang kononnya terbaik.
Setelah banyak pertikaian pandangan ketika zaman Pak Lah, akhirnya Dr. Mahathir mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO ketika zaman Pak Lah sebagai Presiden UMNO. Ini suatu yang cukup memalukan pimpinan UMNO/BN. Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional keluar daripada UMNO. (Nota: bekas PM yang meninggalkan UMNO Tengku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn ).

Kisah isteri solehan yang dimadu

Dahulu di Baghdad ada seorang laki-laki penjual kain yang kaya. Tatkala dia sedang berada di kedainya, datanglah seorang gadis muda mencari-cari sesuatu yang hendak dibeli. Ketika sedang bercakap, tiba-tiba gadis itu menyingkap wajahnya di sela-sela perbincangan tersebut sehingga laki-laki terrebut terkesima dan berkata, "Demi Allah, aku terpana dengan apa yang kulihat."

Gadis itu pun berkata, "Kedatanganku bukan untuk membeli apa-apa. Selama beberapa hari ini aku keluar masuk pasar untuk mencari seorang lelaki yang menarik hatiku dan bersedia menikah denganku. Dan engkau telah membuatku tertarik. Aku memiliki harta. Apakah engkau mahu berkahwin denganku? "

24 February 2012

PKR Bakar Memorandum Pemuda BN

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Jumaat bertindak membakar memorandum Pemuda Barisan Nasional (BN) yang mengutuk kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sokongannya terhadap isu keselamatan negara Israel.
Setiausaha Pemuda BN Datuk Megat Firdaus Megat Junid berkata tindakan PKR membakar memorandum itu selepas Pemuda BN meletakkannya dalam peti surat parti itu di ibu pejabat PKR di Damansara di sini kira-kira 4 petang Jumaat, menunjukkan parti itu 'tidak amanah dan jujur'.
Beliau berkata selepas memorandum itu diletakkan dalam peti surat, kira-kira 50 anggota Pemuda BN yang menyertai perhimpunan itu mendapati kakitangan PKR keluar dan mengambil memorandum itu lalu membakarnya.
"Bayangkan, jika memorandum ini pun boleh dibakar, apatah lagi surat masalah rakyat dan surat-surat rasmi lain.
"Kami (BN) tidak pernah membakar surat-surat dari parti pembangkang dan akan sentiasa memastikan ada pegawai yang menerima memorandum yang dihantar baik positif atau negatif," katanya di sini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Tuah Masrom berkata polis dapat mengawal keadaan semasa perhimpunan itu. - BERNAMA

Isu Israel: Pemuda Umno Adakan Demonstrasi Di Pejabat PKR Bantah Kenyataan Anwar

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Pemuda Umno pada Jumaat mengadakan demonstrasi aman di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat bagi membantah kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sokongan terhadap keselamatan negara Israel.
Kumpulan yang diketuai Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid itu turut menyerahkan memorandum berhubung isu berkenaan kepada wakil PKR.
"Kami menyerahkan memorandum ini sebagai bantahan kepada kenyataan Anwar yang menyokong Israel.
"Kami amat kecewa dengan sokongan seorang pemimpin Islam terhadap pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa," katanya di sini.

hahahaha ....Ibrahim Ali yang tergila-gilakan Rosmah tetapi malangnya tiada cinta


Mungkin kerana menyedari bahawa dia tidak begitu digemari oleh rakyat, Rosmah Mansor, isteri Pedana Menteri Najib Razak yang penuh kontroversi itu telah berpaling kepada sebuah kumpulan manusia yang pasti akan menerima beliau. Bukan MCA, MIC atau Gerakan tetapi Perkasa!
Ya, Perkasa – kumpulan ektremis Ibrahim Ali.
Hujung minggu yang lalu, Ibrahim Ali, Presiden Perkasa dan juga Ahli Parlimen bebas Pasir Mas telah memuji Rosmah yang sejak akhir-akhir ini sering menjadi target kritikan dalam dan luar negara dan dipersoalkan kerana menerima ijazah kerhormat daripada Universiti Curtin Australia.

Jom turun Kuantan Ahad 26/2/12 - Polis jamin keselamatan peserta - Fuziah

(Oleh: Mohd Martin Kahar)
KUANTAN, 24 Feb – Penganjur Himpunan Hijau 2.0 berjaya mendapatkan kerjasama baik daripada pihak polis bagi memastikan perhimpunan yang bakal berlangsung pada Ahad ini, berjalan lancar.
Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0, Fuziah Salleh berkata, pihak polis memberi jaminan akan menjaga keselamatan peserta selain menghalang sebarang provokasi melampau daripada pihak yang tidak bertanggung jawab.
“Pada pertemuan dengan Ketua Polis Negeri,  Datuk Sharifudin  dan Ketua Polis Kuantan, Tuan Jasmani, polis memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini dan kita mendapat respon yang baik daripada polis.
“Polis memberi jaminan akan menjaga keselamatan peserta, orang awam dan juga pemimpin Pakatan Rakyat.

Himpunan Hijau 2.0 : Padang MPK atau banjiri jalanraya Kuantan

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Dua hari menjelang Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), lokasi tapak perhimpunan yang dicadang iaitu Padang MPK(1) telah dipagar dan ditutup untuk orang ramai.

“Alasan untuk menaiktaraf padang adalah tidak masuk akal memandangkan tiada cacat celanya padang tersebut menurut pandangan ramai,” kata Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan.

Katanya, SAMM melihat penutupan Padang MPK(1) adalah satu tindakan bacul dan tidak 'gentleman' oleh seorang menteri besar yang telah berada di tampuk kuasa selama berbelas tahun.

Justeru, ujarnya hasrat Menteri Besar Pahang untuk melihat sejauh mana sokongan anti-lynas berlangsung di Kuantan adalah satu lagi retorik apabila satu demi satu halangan terancang diwujudkan.

Siapa wakil rakyatnya? ... Jangan cakap jer lebih


rumah usang
MUAR - Lapan beranak di Kampung Parit Abdul Aziz, Sungai Balang Darat dekat sini, terpaksa tinggal di pondok usang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran pada Jun tahun lalu.

Norhawa Arip, 37, berkata, pondok tersebut dibina atas tanah milik ibu mertuanya hasil gotong-royong penduduk kampung kerana mereka sekeluarga tidak mempunyai tempat untuk berteduh.

Menurutnya, pondok berukuran 20x15 kaki ini didiami bersama suami, Ariffin Md Amin, 39, dan enam anak mereka berusia 15 hingga tiga tahun, sejak lapan bulan lalu.

“Pendapatan suami sebagai pemandu lori
tidak menentu kerana bergantung kepada perjalanan lori telah menyukarkan kami untuk membina rumah baru.

Bukan sikit ooii ...RM589juta ...Najib lepaskan hutang Tajudin Ramli (mas) pada Danaharta

Pentadbiran angkuh Najib burukkan imej korup negara

oleh  YB Dr Dzulkefly Ahmad . MP Kuala Selangor


24 FEB — Perbuatan Pentadbiran PM Najib melepaskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli terhadap Danaharta sebanyak RM589 juta adalah kekemuncak keangkuhan kerjaan BN dalam mengurus kewangan negara yang telah pun buruk dengan pelbagai skandal, paling mutakhir NFC.

Pengerusi Transparency International Malaysia (TI-M) sendiri menyifatkan keputusan itu ini sebagai satu penyalahguanaan kuasa oleh kerajaan Najib yang tidak langsung mempedulikan tuntutan rakyat terhadap kebertanggungjawaban dalam urusan kewangan (fiskal) dan ketelusan yang sangat diperlukan oleh kerajaan Najib-BN yang telah terus mengalami kejatuhan dalam ranking Indeks Persepsi Korupsi (CPI), sekaligus membawa kesan buruk negara di kacamata pelabur tempatan mahupun antarabangsa.

Himpunan Hijau 2.0 : DSAI bersama semua pimpinan utama PKR akan hadir

Parti Keadilan Rakyat memberikan sokongan penuh kepada Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan pada 26 Februari 2012 ini.

Sebelum ini Naib Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan masyarakat setempat telah bersama-sama menentang projek radiaoktif Lynas di Gebeng, Pahang.

Malah, Temurapat Pimpinan KEADILAN pada 24-26 Februari ini yang pada awalnya dijadualkan di Lumut, Perak telah dipindahkan ke Kuantan, Pahang bagi membolehkan semua pimpinan parti diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0.

Saya juga telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota KEADILAN di Pahang khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya untuk turut sama menyokong Himpunan Hijau 2.0 dan kempen Hentikan Lynas.

DATO’ SAIFUDDIN NASUTION
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

23 February 2012

[Video] DSAI berucap di 'Zon Perang' Johor

Kisah tentera Amerika yang menjadi Imam

Postur badan yang tinggi, besar dan berkulit hitam mungkin pemandangan umum di angkatan darat AS. Namun, ada satu hal yang membuatnya cukup ketara iaitu bulan sabit bersulam hitam pada di topi rasminya. Ya, itulah penampilan seharian Mayor Khallid Shabazz ketika berseragam rasmi.

Dengan lambang itu, Khallid dikenali sebagai seorang Imam yang mewakili perwakilan Muslim dalam tentera AS. Dengan kedudukannya itu, Khallid selalu mendapat perhatian lantaran polisi AS melawan kelompok Muslim selama satu dekad. "Saya bukan seorang imam, tapi saya seorang Muslim," katanya seperti dilaporkan agusta.com, Isnin(6/2).

Himpunan Hijau 2.0 : Padang MPK dipagar

KUANTAN 23 Feb: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh percaya ada tangan tersembunyi di sebalik tindakan memagar tapak himpunan Hijau 2.0, bertujuan menghalang bantahan loji memproses nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant (Lamp).
Dalam satu kenyataan, Fuziah berkata, padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), mula dipagar pihak berkuasa secara tergesa-gesa bagi menghalang himpunan tersebut yang bakal berlangsung di lokasi itu, Ahad ini.
“MPK bertindak seperti yang tidak sepatutnya, yang menggambarkan seolah-olah tindakan terdesak sesetengah pihak yang dipercayai di belakang kerajaan negeri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive