28 June 2012

AWAS Wanita bila guna tandas awam ... jangan jadi macam ni

TGNA ke Parlimen, KJ MB Kelantan? bukan KJ UMNO tapi Kamaruddin Jaafar - hampa mai tengok apa kata Utusan lagi ....

PILIHAN RAYA Umum Ke-13 negara akan diadakan tidak lama lagi. Mungkin tiga bulan lagi, jika bukan tahun depanlah. Tapi jika dilihat kepada kehangatannya, ia sudah terlalu hampir. Apa pun kita serahkan kepada PM untuk menentukan tarikhnya, kerana kata putus berada di dalam tangannya.
Namun begitu secara kasarnya, kempen telah pun berlangsung. Di Selangor di mana saya tinggal, pihak pembangkang telah pun rancak berceramah. Jika pilihan raya berlangsung selepas raya ini, maka Ramadan akan digunakan sepenuhnya untuk bertazkirah, yang sudah tentunya akan condong kepada kempen pilihan raya.
Kita semua amat arif, itulah kelebihan yang ada kepada pembangkang khususnya Pas. Mereka akan menggunakan surau dan masjid secara maksimum. Itu pasallah di beberapa masjid di sekitar Selangor sekarang berlaku kecelaruan apabila AJK lama masjid ditukar kepada yang pro-Pas, sehinggakan ada antara kes calon-calon AJK yang di luar daripada kariah masjid itu sendiri pun telah dilantik.
Bagi saya itu bukan satu kesalahan, kerana Pas di Selangor mempunyai advantage. Sesiapa pun berkuasa, dialah yang akan mempunyai kelebihan.
Selain berceramah dan berkempen, masing-masing parti politik, baik kerajaan atau pembangkang juga sedang rancak untuk menyusun calon-calon yang akan menghadapi peperangan politik itu kelak.

Jangan ikut hudud ciptaan UMporNO

Muhammad Faizal,28 Jun 2012

SHAH ALAM: DAP meminta semua rakyat terutamanya penyokong parti-parti di dalam Pakatan Rakyat agar tidak terikut dengan persepsi Umno Barisan Nasional (BN) berhubung isu hudud.

"Walaupun isu hudud seringkali ditimbulkan oleh Umno-BN kita sebagai rakyat dan juga parti di dalam Pakatan Rakyat jangan terikut dengan persepsi mereka tentang hudud.

"Umno-BN sering sahaja menggunakan isu ini untuk memecah belah perpaduan yang dibina dalam Pakatan Rakyat," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tambahnya, persefahaman dan perpaduan yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat perlu dipegang bersama agar matlamat untuk menjatuhkan Umno-BN dapat dicapai.

"Persepsi palsu akan terus dimainkan oleh mereka jika kita terikut dengan rentak mereka itu hanyalah akan menguntungkan mereka (BN) sahaja.

27 June 2012

Cerai : Raja Azmi Terima ‘Hadiah’ Allah Kerana Cuai

Oleh WAHIDUZZAMAN (wahi@thestar.com.my)
Raja Azmi bersama Jalani (belakang) dan anak perempuan mereka, Puteri Suaida selepas prosiding perceriaan selesai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman menganggap perceraiannya dengan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Rabu adalah satu hukuman kerana cuai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Raja Azmi fail penceraian dengan Jailani Sidek

Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi bakal menfailkan perceraian dengan suaminya, bekas pemain badminton kebangsaan, Jailani Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, petang ini.

Menurut laporan akhbar Harian Metro hari ini, pasangan ini mengambil keputusan tersebut atas persetujuan bersama kerana bagi menjaga maruah suaminya yang difitnah sebagai lelaki dayus sebelum ini.

Raja Azmi menganggap keputusan perceraian ini adalah jalan terakhir buat mereka di mana ia merupakan penyelesaian terbaik daripada terus membiarkan dia dan suaminya dicemuh oleh pihak tertentu.

Pasangan ini akan diwakili peguam yang sama, Roslizam Rahim. Teruskan melayari GUA bagi mengikuti berita lanjut mengenai kes mereka yang akan disiarkan GUA tidak lama lagi.

Keahlian Isa dalam Felda tak sah, tapi kenapa boleh jadi Pengerusi FELDA?

Keahlian Isa dalam FELDA adalah tidak sah tetapi mengapa beliau menjadi pengerusi FELDA?
Suruhanjaya Koperasi Malaysia menjadi bahan gelak ketawa ramai akibat daripada keputusan yang mereka buat yang tidak masuk akal.
Walaupun telah diputuskan bahawa meluluskan permohonan Isa sebagai ahli koperasi Permodalan Felda (KPF) adalah tidak mengikut undang-undang KPF, keahlian Isa masih sah (Malaysiakini 31 Mei 2012). SKM telah membuat kesimpulan tidak munasabah ini pada 23 Mei sebagai tindakbalas terhadap permohonan 19 orang penduduk FELDA yang mempertikaikan keahlian Isa dalam KPF.
Keputusan kontroversi ini telah mengejutkan dan menyedihkan rakyat Malaysia tentang bagaimana 3 orang lelaki yang ditugaskan membuat keputusan boleh membuat suatu keputusan yang amat bodoh ini.
Walaupun mereka membuat keputusan bahawa keahlian Samad itu tidak sah dari segi undang-undang KPF, mereka tidak berbuat apa-apa untuk memperbetulkan keadaan ini juga mendakwa bahawa tiada peruntukan untuk membatalkan keahlian beliau.

26 June 2012

TERKINI : Blogger AdukaTaruna dipukul dipercayai oleh samseng UMporNO

 Beberapa keping gambar yang memaparkan salah seorang aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) dalam keadaan berlumuran darah tersebar sejak pagi tadi.

Beliau merupakan pengendali blog adukataruna.blogspot.com atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani. Malaysiakini melaporkan Aduka menerima tiga jahitan akibat kecederaan itu.

Difahamkan berlaku kejadian tumbuk menumbuk di antara aktivis Royalti Minyak Kelantan dengan kumpulan yang dipercayai penyokong Umno.

Menurut Aduka, beliau yang menyertai perhimpunan Pra-Himpunan Royalti Menjunjung Titah Tuanku Sultan Kelantan telah dipukul oleh sekumpulan 15 orang yang disyakinya sebagai anggota Pemuda Umno.

Hanya 'mutu' mengenal manikam bukan Muthu mengenal Maniam - Aspan Alias

26 JUN — Saya bersetuju dengan Dr Mahathir bahawa kita tidak perlu mengikut jejak cara Arab Spring untuk menjatuhkan kerajaan, kerana diantara Malaysia dan negara-negara arab itu berbeza. Di negara-negara Arab itu tidak ada demokrasi dan saya bersetuju dengan Dr Mahathir itu.
Kita tidak mahu terjadinya Arab Spring disini untuk mendapatkan kuasa. Kita memilih untuk mendapatkan kuasa melalui pengiraan undi didalam pilihanraya yang diadakan secara demokratik. Tidak ada siapa yang mahukan kekecohan dalam politik ini, lebih-lebih lagi pihak pembangkang.
Kerana tidak mahu berlakunya Arab Spring itulah, rakyat mendesak kerajaan untuk membetulkan sistem pilihanraya di negara kita ini. Negara kita telah melalui pilihanraya demi pilihanraya sejak merdeka tetapi rakyat sekarang sedar bahawa sistem pilihanraya dan demokrasinya yang telah terlaksana selama ini tidak sampai ketahap yang munasabah. Ianya berat sebelah dan sentiasa memberikan kelebihan kepada BN sahaja.

Skandal Scorpene : Kami boleh buktikan wang itu wang rasuah, Jika tidak kerana rasuah, untuk apa mereka dibayar

June 26, 2012
KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kerajaan Malaysia akan menjawab dakwaan berkenaan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada Selasa, sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut yang dilihat cubaan untuk mencalarkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal dilaksanakan tidak berapa lama lagi.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberikan jawapan terhadap dakwaan penjualan dokumen rahsia tentera laut negara ini kepada syarikat pembinaan kapal selam Perancis DCNS bagi memudahkan mereka memenangi bidaan tersebut dengan harga €1 billion (RM4 billion) pada 2002.
Dipetiki laporan Reuters, Najib yang pada masa itu merupakan menteri pertahanan, telah menafikan dakwaan tersebut. Tiada bukti yang mengaitkan beliau dengan rasuah berhubung proses jual beli berkenaan, dan penyokong beliau sengaja menimbulkan perkara itu semata-mata mahu mencalarkan imejnya selaku perdana menteri memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

HARAMJADAH : Wanita dibakar teman lelaki meninggal dunia

26 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Wanita yang parah dibakar teman lelakinya selepas bertengkar di sebuah rumah di flat Taman Segar, Cheras, Jumaat lepas, meninggal dunia hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata wanita berusia 23 tahun itu meninggal dunia pukul 12.50 tengah hari di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas melecur teruk 90 peratus.

"Sehubungan itu, polis menahan reman teman lelakinya berusia 35 tahun itu sehingga Jumaat (29 Jun) untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Teman lelaki wanita itu, yang ditahan pada hari kejadian, turut melecur di tangan dan dirawat di PPUKM.

Kejadian pada pukul 3 pagi itu disedari jiran mangsa setelah mendengar jeritannya sebelum mendapati ruang tamu rumah berkenaan musnah terbakar. - Bernama

Boleh percaya ker ni?

Umno tidak rosakkan poster Azmin, Zuraida

Muda Mohd. Noor
 | June 26, 2012
Perbuatan merosakan poster atau sepanduk PKR dilakukan oleh penyokong mereka sendiri, kata Umno Ampang.
PETALING JAYA: Umno Ampang mendakwa orang pembangkang terutama PKR yang merosak atau mencemarkan poster serta sepanduk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua Wanita,  Zuraida Kamaruddin yang dipasang di kawasan itu.
Ketua Umno bahagian, Datuk Ismail Kijo berkata, beliau mendapat maklumat berkenaan daripada bekas-bekas ahli dan penyokong PKR.
Katanya, mereka memberitahu, ahli PKR yang memasang sepanduk atau poster atau bendera mereka, kemudian mereka menyembur atau merosakkan.
“Tujuan mereka berbuat demikian ialah supaya orang ramai melihat, orang Umno yang melakukan perbuatan tersebut.
“Kita sudah masak dengan perkara-perkara ini,” katanya lagi.

Bomoh korek mata, bunuh anak

KOTA KINABALU: Seorang bomoh berusia 44 tahun ditahan oleh pihak polis kerana didakwa membunuh anak lelakinya yang mengalami sakit mental di Beluran, Sabah.
Menurut laporan, bomoh tersebut dikatakan telah mencungkil mata anak lelakinya yang berumur 24 tahun dan memukul mukanya dengan penyapu selepas dia dikatakan tersilap menyangkakan ia seekor haiwan.
Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Supritendan, Shivanathan Velautham pada Selasa berkata mereka telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut pada pukul 8 malam Ahad dan kejadian tersebut hanya berlaku keesokan harinya.

25 June 2012

Sedara sebelah mana pulak/Anak menteri mana pulak dapat projek ni? Projek naik taraf LRT Ampang RM 960 juta - Najib campur tangan

Projek naik taraf LRT Ampang dibuat tanpa tender terbuka
Jamilah Hamzah
25 Jun 2012

PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa wujud campur tangan pihak atasan Kerajaan Pusat dalam menganugerakan projek tambahan LRT Aliran Ampang, yang bernilai RM960 juta, kepada sebuah syarikat secara terus tanpa tender terbuka, akhir tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau meminta penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berhubung perkara berkenaan.

Rafizi berkata, beliau merujuk laporan yang disiarkan oleh satu akhbar tempatan dan mendapat maklumat mengenai Perdana Menteri telah campur tangan dalam pengurniaan kontrak projek itu.

"Sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Rafizi mendakwa perkembangan itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana ia bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan sebelum ini.

Katanya, PKR boleh mendedahkan yang syarikat dianugerahkan bukanlah konsortium yang terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana.

"Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 daripada Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik," katanya lagi.

"Saya betul-betul menasihatkan Najib supaya tangani isu ini dengan baik demi menjaga imej pentadbirannya," kata Rafizi. - sinar 


24 June 2012

Lagi perang ceramah PAS vs UMNO di Melaka

Nazri Abdullah,24 Jun 2012

ALAI: Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Melaka malam ini bakal menyaksikan ceramah sebelah menyebelah antara PAS dan Umno.

Bertempat di perkarangan Surau Ustaz Ali di Permatang Pasir, Alai, Himpunan Hijau PAS bakal menampilkan 'ayam sabungnya' Mohamad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS sebagai penceramah utama.
Tempat ceramah Umno pula hanya berjarak kira-kira 200 meter dari tempat Himpunan Hijau itu.

(Gambar: Khairul Faizi turut mempamerkan kebolehan bermain gitar.)

Biarpun ceramah Umno hanya dijangka bermula malam ini, namun pembesar suaranya sudah mula diuji dari petang ini sebaik sahaja program Himpunan Hijau bermula kira-kira 4.30 petang.

BOLLYWOOD : Pelakon Rajesh Khanna kritikal

Bintang Bollywood Rajesh Khanna kritikal
Rajesh Khanna yang popular di India dan banyak negara termasuk di Malaysia kritikal
RAJESH Khanna, bintang Bollywood yang dikenali sebagai 'first superstar',  sakit dan tidak makan sejak tiga hari lalu, lapor BBC hari ini.

Memetik pengurusnya, laporan itu berkata, Rajesh, 69, yang turut dikenali dengan nama "Kaka" dimasukkan ke hospital April lalu selepas mengadu kurang sihat.

Artis itu kini berada di rumah dengan dijaga oleh isterinya yang tidak tinggal bersama,  Dimple Kapadia. Dimple juga aktres.

Aktor veteran itu telah berlakon lebih 160 filem, antaranya Kati Patang, Aaradhana, Anand dan Amar Prem.

"Dia tidak sihat, dan dia berada di rumah. Dia telah berhenti daripada makan sejak tiga empat hari lalu.

"Dimple bersama dia dan anak perempuannya Rinke juga melawat dia," kata Ashwin, pengurusnya dipetik agensi berita Press Trust of India. - Sinar Harian

Wanita Islam jadi penari Kelab hanya kerana RM100

Jawi Cekup Empat Wanita Islam Jadi Penari Di Pusat Hiburan
KUALA LUMPUR: Hanya kerana bayaran RM100, empat wanita Islam sanggup memakai pakaian tidak sopan sambil mempersembahkan tarian kepada pengunjung sebuah pusat hiburan di sini ketika kelab itu diserbu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam Sabtu.
Seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Baby, 27, berkata dia hanya datang ke pusat hiburan sekiranya mendapat undangan dan menari hanya untuk suka-suka disamping menambah wang saku kerana kebetulan.
Menurut Baby, dia mengambil jurusan tarian ketika belajar di sebuah institusi pengajian swasta satu ketika dulu.

TERHOT : Najib semakin menggelabah ... 200 ahli dan pemimpin UMNO/BN akan umum keluar parti malam ni

Semalam Najib Razak terus memberi tekanan kepada pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor menjelang PRU13 yang akan berlaku bila-bila masa. Beliau mengatakan kerajaan persekutuan yang akan dipimpin oleh Pakatan Rakyat adalah kerajaan “yang tidak boleh diharap".

Ini berikutan dakwaan Presiden Umno itu bahawa Parti Keadilan yang mengawal Selangor berada dalam krisis konflik dalaman dan menyeru kepada pengundi untuk memilih parti yang "boleh menentukan kesinambungan kestabilan dan keyakinan".

“Pakatan Rakyat juga tidak menghargai kebaikan PTPTN dan mereka juga tidak merasakan keperluan untuk membayar hutang mereka". Najib memberitahu kepada 500 hadirin,"Jika kita mati tanpa membayar hutang, jiwa kita akan diseksa di akhirat nanti".

23 June 2012

Jambatan gantung [mengerikan] di pendalaman Sarawak - inilah yang diberikan BN selepas 49 tahun .. mai tengok


MS: Apa kata kita minta Najib bawa si katek dia lalu jambatan ni .... 

Najib pengkhianat Islam


KUALA LUMPUR:
 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap pengkhianat terhadap agama Islam sekiranya beliau memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum ketika musim haji.

Ia kerana tindakan itu dilihat sebagai menafikan hak orang Islam untuk mengundi, sedangkan begitu banyak tarikh yang lebih sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Menurutnya, jika pilihan raya dilaksanakan pada ketika itu, ia akan menafikan hak lebih 30,000 umat Islam yang dijangka mengerjakan haji untuk mengundi.

Ibrahim Ali 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan"

Pernahkah anda membayangkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang yang sama?

PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks 'suci' yang didakwa berasaskan Islam.

Namun petang tadi, kedua-duanya 'diraikan' pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin.

Ibrahim 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan" kerana kenyataannya yang didakwa menyebut "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami." (7 April 2011).

OWC pula 'menang' anugerah "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" kerana pernah dilapor menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011). - Malaysiakini

"Saya tidak pernah berniat untuk masuk Umno" - Cikgu Mala

NORHASPIDA YATIM
22 Jun 2012
Cikgu Mala: 'Saya tidak masuk Umno'
Normala Sudirman menjelaskan laporan yang mendakwa beliau menyertai Umno.
KUALA LUMPUR - "Saya tidak pernah berniat untuk masuk Umno. Saya berjuang dalam Pas untuk mencari keredaan ALLAH SWT." Demikian kata bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman.

Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berkata, tindakan penulis blog yang memfitnah dirinya dengan mengatakan beliau kecewa dengan Pas dan membuat keputusan untuk masuk Umno adalah keterlaluan.

"Saya menafikan dakwaan blogger yang mengatakan saya berniat untuk jadi ahli Umno.

"Selaku pimpinan muslimat dan isteri, saya mahu tegaskan saya dapat sokongan padu daripada suami, keluarga dan jemaah untuk berjuang dalam Pas," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat  Pas, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya, Dr Siti Mariah Mahmud

Najib lantik bekas KSN Sidek Hassan jadi Pengerusi PETRONAS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta mengkaji semula pelantikan bekas ketua setiausaha negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi Petronas.

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee (kanan) berkata, jawatan itu Petronas sepatutnya dipegang golongan profesional dan tidak semestinya bekas pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara.

"Saya bimbang pelantikan tersebut akan menimbulkan rasa kecewa sesetengah pihak termasuk bekas pemimpin-pemimpin politik," ujarnya.

Langkah itu juga katanya, bagi mengelak timbul anggapan umum bahawa mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara telah disediakan jawatan baru dengan pendapatan yang lebih lumayan.

Seperti mati hidup semula

WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Jun 2012
‘Seperti mati hidup semula’
Raju adalah mangsa terakhir yang dikeluarkan dan dia kini dirawat di Hospital Besut.
JERTIH - “Saya seperti mati hidup semula. Jika tidak segera dijumpai dan diselamatkan, pasti saya sudah tiada...” demikian kata Raju, buruh warganegara Bangladesh yang paling akhir berjaya dikeluarkan dalam runtuhan astaka di Padang Astaka, Gong Kemuntong, Jertih, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, Raju, 42, bersama lima lagi rakan sekerja iaitu dua rakan senegaranya dan tiga warga Indonesia terperangkap di dalam runtuhan tersebut.

Raju yang sudah lima tahun bekerja di negara ini berkata, sebelum kejadian dia bersama dua rakan berada berdekatan, melakukan kerja menyimen pentas astaka itu, apabila tiba-tiba struktur lantai tempat dia berdiri runtuh.

“Pandangan saya gelap dan saya nampak struktur binaan terutama konkrit menghempap kami,” katanya yang ketika itu menyangka tidak akan bertemu lagi isteri dan tiga anaknya
yang berada di Bangladesh.

[BI] Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat

COMMENT
Recently there has been much talk pertaining to Pakatan Rakyat’s shadow cabinet as the Barisan Nasional side has mocked Pakatan for being unable to name names and accordingly this means that Pakatan is far from ready to govern.
Be that as it may, this columnist has talked to a Pakatan MP who wished to remain anonymous who has furnished some of the names for a few of the major ministries while some are names culled through observations from the performances of these lawmakers from the statements they have made or during their debates in the Parliament or State Legislative Assemblies and also through personal conversations with them, their friends or their acquaintances.

22 June 2012

BERSIH 3.0 : Diplomat Singapura pun ada masa Bersih 3.0 rupanya - Pesuruhjaya Singapura dipanggil mengadap Wisma Putra

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman telah memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura di sini, Ong Keng Yong ke Wisma Putra petang ini untuk menyampaikan rasa tidak senang Kerajaan Malaysia berhubung penyertaan tiga diplomat dari pejabat suruhanjaya berkenaan dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra, Anifah menegaskan bahawa pihaknya telah menerima laporan-laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang menjelaskan tentang penglibatan ketiga-tiga diplomat Singapura berkenaan dalam perhimpunan tersebut.
"Sebagai Menteri Luar, saya amat memandang serius akan perkara ini. Semasa pertemuan saya dengan ketua-ketua perwakilan Asean di Kuala Lumpur pada 11 Jun lalu, saya telah membangkitkan isu penglibatan diplomat asing dalam perarakan haram Bersih 3.0.
"Ini kerana penglibatan sedemikian dilihat sebagai aktiviti di luar batasan yang boleh memberi persepsi negatif kepada hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dengan negara-negara mereka.

[VIDEO] Ceramah DSAI di Genting Kelang 21062012 - Saya nak buktikan kita boleh tadbir negeri ini dengan baik

Cik Gu Mala (bekas calon PRK Tenang) sertai UMNO?

Dakwaan tulisan blog 'Khazanah Minda Politik Melayu' itu hanya fitnah jahat yang sengaja direka orang Umno.

KUALA LUMPUR: Bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor, Normala Sudirman hari ini menafikan dirinya mengisi borang keahlian Umno.

Normala berkata, dakwaan tulisan blog ‘Khazanah Minda Politik Melayu’ itu hanya fitnah jahat yang sengaja direka orang Umno.

Fitnah tentang DEB, Guan Eng menang saman Utusan

GEORGE TOWN, 22 JUN: Kerana menipu kononnya Lim Guan Eng mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, telah melakukan fitnah.

Justeru, mahkamah mengarahkan Utusan membayar pampasan RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta RM20,000 kos mahkamah.

Guan Eng menyaman Utusan terhadap satu tulisan bertajuk “DEB: Guan Eng Tetap Berdegil” bertarikh 15 Mac 2008 yang mendakwa kononnya Setiausaha Agung DAP tersebut mahu menghapuskan DEB.

Wanita dedah hubungan panas dengan seorang penyanyi


Nata Naritha mendedahkan hubungan istimewanya dengan Sammy Simorangkir sambil mendakwa penyanyi Kerispatih itu mempermainkan cintanya. Foto tabloidbintang.com
JAKARTA: Bekas penyanyi kumpulan Kerispatih iaitu Sammy Simorangkir yang disumbat ke dalam penjara di sini kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada tahun lalu berhadapan dengan masalah baru apabila dituduh mempermainkan seorang wanita.
Individu yang menggelar namanya sebagai Nata Naritha pada Khamis membuat pengakuan pernah tinggal bersama Sammy tanpa ikatan perkahwinan yang sah selain telah diperdaya oleh penyanyi tersebut yang berjanji mahu mengahwininya.

21 June 2012

SANTAI MLM : Kalau kita ada James Bond 007


Kalaulah kita ada seorang seperti James Bond, pasti banyak masalah dan skandal besar dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Upah sahaja agen 007 itu, dan kita tidak perlu membuang banyak masa, tenaga dan RM untuk menyelesaikan satu-satu kes.


Sejak dulu kita memang suka menubuhkan Jawatankuasa Khas, Jawatankuasa Penyiasat, Suruhanjaya Bebas, Suruhanjaya Diraja dan lain-lain seumpamanya. Kita juga sudah banyak menubuhkan tribunal itu dan tribunal ini.



Pantang berlaku sesuatu yang luar biasa sikit, cepat-cepat kita menubuhkan jawatankuasa untuk bertindak. Tanah runtuh, tubuh jawatankuasa khas. Kapal bocor, tubuh jawatankuasa menyiasat. Stadium rebah, jambatan runtuh, bangunan terbenam, semua kena tubuh jawatankuasa khas.

Nama Najib disebut dalam video rundingnan Beli Ahli Parlimen PKR

SHAH ALAM 21 JUN : Nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dalam pendedahan terbaru Video Beli Ahli Parlimen PKR yang didedahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad siang tadi.

Pendedahan video selama 30 saat itu menyaksikan bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim menyebut nama pemimpin nombor satu negara itu.


“Dalam siri pendedahan kali ini, Zamil ada menyebut tentang rundingan terus kepada PM andai tawaran yang diberikan tidak memuaskan kepada Ahli Parlimen yang ditawarkan tukar parti.


“Mereka yang ditawarkan ini bolehlah berjumpa sendiri dengan PM dan boleh juga meminta jumlah yang diinginkan,” beritahu Khalid mendedahkan isi kandungan video berkenaan.

Sepina pada Razak Baginda akan tiba .. Najib semakin kecut teloq

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan peguamnya di luar negara dalam proses menghantar sepina terhadap Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan 'orang kanan' urus niaga Scorpene Malaysia-Perancis.

Menurut kenyataan sekretariat NGO hak asasi itu, peguam William Bourdon dan Joseph Breham di Perancis mengesahkan Jasbir sebagai saksi kes dan disepina oleh mahkamah.

"Penghantaran sepina sedang dibuat dan akan mengambil masa beberapa hari. Kami tiada maklumat lanjut bilakah tempoh waktu sebenar untuk proses ini," menurut kenyataan itu.

Jasbir kelmarin menafikan menerima sepina daripada badan kehakiman Perancis berhubung sebarang prosiding undang-undang seperti didakwa Penyelaras Suaram Cynthia Gabriel pada 15 Jun.

Mahkamah benar Adam Adli cabar keputusan UPSI

SITI AZIELAH WAHI
NURUL AINI MOHAMED ALI

21 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman, yang dibuat penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim, 22, mencabar keputusan pusat pengajian tinggi itu menggantung pengajiannya, Januari lalu.


Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Abang Iskandar Abang Hashim di dalam kamarnya.


Peguam yang mewakili Adam Adli, Fadhiah Nadwa Fiqri berkata, hakim memberi kebenaran kerana permohonan yang  dikemukakan tidak remeh dan mempunyai merit untuk didengar mahkamah.

DSAI berjaya selamatkan RM3 billion dari disonglap kroni Mahathir

Ketika ramai orang melihat soal kawalan ke atas wang sebanyak RM 3 billion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid sebagai satu perbuatan yang salah, penulis pula melihatnya dari pandangan berbeza.
Pada penulis, ketika itu, di kala ekonomi negara sedang menghadapi masalah berikutan tekanan penyangak matawang dari luar, situasi ekonomi dalam negara pula menyaksikan projek-projek mega diserahkan kepada kroni-kroni Tun Dr. Mahathir, terutamanya kepada proksi paling rapatnya, Tun Daim.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Datuk Seri Dr. Zahid Hamid, ketika itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam perhimpunan Agung UMNO 1998.  Pendedahan yang menggegarkan negara itu menyaksikan satu persatu nama kroni Mahathir di dedahkan sebagai penerima terbesar kontrak kerajaan dengan Daim mengungguli carta.

Walaupun tidak ada kajian mendalam dibuat, tapi penulis sentiasa percaya bahawa semua pembaziran wang negara untuk projek-projek mega pada waktu itu turut menyumbang kepada kegawatan ekonomi negara – walaupun tidak menafikan spekulator wang asing sebagai punca utama.

Pelakon Hairie Othman kini bersama PAS






Kita sudah tahu banyak Artis yang kebelakangan ini mula secara terang-terangan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat, Bermula dari Pak jabit yang sedari dulu memang ideologi politiknya bersama Pakatan Rakyat, kemudian kemunculan Bob Lokman di atas pentas PAS.

Kemudian beberapa artis lain menunjukkan kecenderungan menyokong pakatan Rakyat, antaranya Wardina Safiya, Arwahyarham Bob Kuman yang akhir hayatnya mendekatkan diri kepada Islam, penyanyi Aishah yang beberapa kali menceritakan pengalamannya atas pentas PAS, Abby Abadi dan Dayangku Intan.

20 June 2012

edisi KANTOI : Isteri serang skandal suami di hospital [VIDEO]

Penyanyi K-Pop, Lee Hyori Berbogel Lagi

Penyanyi K-Pop, Lee Hyori Berbogel Lagi

SEOUL, 20JUN 2012: Penyanyi dari Korea Selatan yang sebelum ini pernah menyertai kumpulan Fin KL, Lee Hyori sekali lagi membuat kejutan dengan beraninya bergambar separuh bogel untuk satu sesi fotografi.
Sungguhpun penyanyi itu sudah mempunyai teman lelaki, ia sama sekali tidak menghalang untuk dirinya membuktikan bahawa dia masih lagi seksi dan menawan.

Lembu tak boleh tinggal di kondo lagi - 'One Menerung' disita

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Empat aset milik Perbadanan Fidlot Nasional Sdn Bhd (NFCorp) melibatkan kes pecah amanah bernilai RM49.7 juta disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiyaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata bahagian Siasatan Pencegahan Wang Haram, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman sedang menjalankan satu siasatan berkaitan syarikat NFCorp di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 bersabit laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

19 June 2012

DSAI menang kes saman Nallakaruppan

Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya.


Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.

Janda dakwa disihir bapa saudara jadi hamba seks

ADU...Kamariah menceritakan kejadian menimpanya kepada wartawan.
ADU...Kamariah menceritakan kejadian menimpanya kepada wartawan.
CHEMOR: Seorang janda beranak empat bukan saja menjadi ‘hamba seks’ bapa saudara sendiri selama hampir dua tahun, malah puluhan ribu ringgit wang peninggalan arwah suaminya serta wang bantuan kebajikan empat anaknya turut dibolot lelaki terbabit yang dipercayai ‘menakluk’ wanita itu dengan ilmu hitam.

Pejabat DS Nizar digeledah Polis Johor

KUALA LUMPUR 19 Jun: Dua pejabat pusat khidmat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin termasuk Ibu Pejabat PAS Perak digeledah polis Johor, semalam.

Salah seorang anggota polis berbaju biru sedang menyemak kandungan komputer di pejabat Pusat Khidmat Nizar di Bukit Gantang
Turut menerima situasi sama, kediaman Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di Sungai Rokam.
“Dua pejabat pusat khidmat saya di Manjong dan di Bukit Gantang, Ibu Pejabat PAS Perak serta rumah saya diserbu polis dari Johor. H/P (telefon bimbit) dan notebook diambil,” kata Nizar di twitternya pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada serbuan dilakukan berikutan ketiadaan beliau di rumah berkenaan.
Dimaklumkan, operasi yang bermula kira-kira jam 12.06 tengahari itu dibuat di Pejabat PAS Negeri, di Ipoh, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun (Dewan Undangan Negeri) Pasir Panjang, Lumut.
Menurut blog sisibukit, sepasukan polis dari kontijen Johor hadir bersama waran geledah menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.
“Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak telah didatangi lima anggota polis dari negeri Johor yang diketuai Inspektor Aridhasan Menandi.

Isteri kecewa tidak disentuh suami

Kata yang empunya cerita ada isteri – termasuk yang masih dalam manis bulan madu – gelisah sebab sehari dua ini tiba-tiba tidak dipedulikan suami.


Malam-malam yang sepatutnya indah, mereka dibiarkan kesepian dan terlentang seorang diri, terkebil-kebil di atas katil.



Oleh sebab berasa tidak dihargai, tidak tahan terus memendam perasaan zahir dan batin, ada yang merajuk, diam-diam lari ke rumah ibu bapa. Jangan salah faham, ini bukan kes suami sudah ada perempuan lain. Tidak juga suami terkena ilmu bomoh Siam seorang janda, selisih malaikat 44!

Ini semua gara-gara Euro 2012 – Kejohanan Bola Sepak Eropah – yang kini sedang berlangsung hebat di Poland dan Ukraine. Setiap hari ada dua perlawanan, bermula jam 12 tengah malam hingga 4 subuh. Pada waktu ini tumpuan suami tidak pada bola-bola lain, hanya pada bola yang satu itu.


Maka sukalah saya memberi nasihat kepada mana-mana isteri yang berkenaan bahawa mereka mungkin terpaksa memeluk bantal kira-kira sebulan sehingga kejohanan itu selesai 1 Julai depan. Tidak guna merajuk atau tunjuk perasaan, sebab suami akan tetap berjaga malam.

18 June 2012

AirAsia Malaysia dapat CEO baru .. awek cun tu!

BERITA BARU MASUK : Bekas Timb. Menteri Pelajaran sertai PAS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmk5IGbFd6GZdN89kOlo-bS3ucQuF9rJ9325On-gq8kpQwQasGWJKixNW_PHa98xpPJjIooV3xelZz6tYamardvB8hb7XJkAxANtJQcKZ1ANbxDSXjXp-8MQJFAGcoHRY8vvhycjGoy6C-/s320/salleh+jafaruddin.jpeg

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid. 

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.

Ini lah antara 'seksaan' para tahanan ISA di kem tahanan reman sebelum dihantar ke Kemunting


  • Aidila Razak
  • 11:31AM Jun 18 2012
“Nota penyeksaan” yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa.

Nota berkenaan, didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem dan diserahkan kepada Malaysiakini, menyatakan dengan terperinci penyeksaan ala Guantanamo yang didakwa dialami oleh 45 orang tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak.

Tiada tarikh dinyatakan dalam nota berkenaan, namun insiden berkenaan didakwa berlaku ketika proses soal siasat ketika individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.

Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:

Mampuih dah Pakatan - Ceramah Umno/BN kini mendapat sambutan


Biar gambar-gambar berbicara.... baik punya kisah... disebabkan tiada sambutan lansung.. YB Gobala dari penceramah jadi pendengar

Ceramah yang dianjurkan oleh UMNO/BN Kota Raja menjadi bahan lawak apabila penceramah undangan istimewa, Sdr YB Gobalakhrisnan,dari penceramah akhirnya terpaksa menjadi pendengar bagi meramaikan penonton.
Ini berlaku disuatu ceramah di Taman Sri Muda., Kota Raja Klang, malam tadi 17hb Jun 2012.

Lihat gambar-gambar sebagai bahan bukti.

Diluar dewan lengang dalam dewan kosong. Bilangan kerusi dipenuhi oleh makhluk bunian dan yang seangkatan dengannya. -omakkau



Kelab Greenboc

17 June 2012

hahaha cantek .....Tamrin 'serang' Muhyiddin di Pagoh


  • Nigel Aw
  • 4:29PM Jun 17 2012
Penceramah Pakatan Rakyat, Tamrin Ghafar menjadikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sasaran dalam satu ceramah di kawasan parlimen yang diwakili menteri tersebut.


Bercakap kepada kira-kira 300 hadirin dalam majlis minum petang di Sungai Terap, Bukit Pasir, anak kepada timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu mengimbau kembali dakwaan yang timbul ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor antara 1986 hingga 1995.


"Adakah awak ingat sewaktu beliau menjadi menteri besar dalam isu ladang Stamford Holdings, kerajaan negeri terpaksa pergi ke mahkamah dan akhirnya diselesaikan di luar mahkamah? 

"Siapa yang untung? (Tan Sri) Syed Mokhtar Al-Bukhary. Siapa yang buat dia kaya? Muhyiddin," katanya dalam majlis anjuran PAS Johor di DUN Jorak, dalam parlimen Pagoh semalam.

Ronnie Liu, jangan berlebih-lebih sangat, nanti orang menyampah ... tu belum perintah M'sia lagi

Pemimpin DAP bantah perlantikan ahli majlis tempatan di Selangor

17 Jun 2012
KLANG - Pengerusi DAP cawangan Taman Chi Liung Indah K.Yogasigamany yang menolak tawaran untuk dilantik sebagai ahli majlis, Majlis Perbandaran Selayang (MBS) mendakwa pelantikan ahli majlis oleh kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat tidak dijalankan secara adil dan telus.


Yogasigamany, yang berkhidmat sebagai ahli majlis Majlis bandaraya Shah Alam (MBSA) antara Julai 2010 sehingga Februari tahun ini, berkata beliau kecewa kerana tidak dilantik semula bagi jawatan sama tetapi sebaliknya ditawarkanmenjadi ahli majlis MBS untuk penggal Mac 2012/2013.
Tidak berpuas hati dengan penyingkirannya dari MBSA, beliau mendakwa Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam soal ahli majlis, Ronnie Liu Tian Khiew meminda senarai akhir bagi ahli majlis yang disahkan DAP Selangor tanpa merujuk jawatankuasa negeri.


"Jika nama saya telah dikeluarkan daripada senarai oleh Ronnie Liu tanpa pengetahuan jawatankuasa DAP negeri, kenapa tiada tindakan diambil ke atasnya. "Saya dibuang tanpa mengikut adab walaupun saya disahkan untuk dilantik semula (sebagai ahli majlis Shah Alam) untuk penggal semasa oleh Jawatankuasa DAP Selangor," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Gabungan puak-puak yang nak cepat mampuih buat demo.... hahahaha

500 ahli berhimpun sokong kilang Lynas

17 Jun 2012
KUANTAN - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (Daun) hari ini berhimpun secara aman di Padang Kemunting di sini bagi menyatakan sokongan terhadap usaha dan dasar kerajaan berhubung kewujudan kilang Lynas di sini.
Kira-kira 500 ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Pekida serta Badan Kebajikan Kemanusiaan Mukim Sungai Karang /Beserah berhimpun di padang itu selama setengah jam bermula jam 10 pagi.
Penyelaras operasinya, Zulfadzli Shamsudin berkata, sebanyak 43 buah NGO di Pahang membentuk Daun dan mendesak agar Lynas diteruskan kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.


Menurutnya, gabungan itu mengutuk tindakan sesetengah pihak terutamanya pembangkang yang menyebarkan dakyah negatif mengenai projek tersebut dengan maklumat tidak tepat.

Selain itu, perhimpunan itu turut menyatakan sokongan terhadap institusi raja di negara ini. - Bernama

Hang jangan nak bohong la Zamil - Khalid Samad

KUALA LUMPUR, 16 Jun —  Khalid Samad hari ini mempertahankan pendirian beliau bahawa bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim merupakan agen Umno-Barisan Nasional (BN) yang terlibat dalam "pembelian" ahli Parlimen PKR untuk melompat parti.
Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam menegaskan, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Zamil jelas menunjukkan bahawa pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah itu "tidak masuk akal" dan membuktikan beliau adalah agen Umno-BN.
"Kalau dia (Zamil) bukan agen, kenapa dia beritahu ada wakil rakyat PKR datang jumpa dia? Apa kuasa yang dia ada.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive