31 October 2012

Sistem Kamera AES : Pemuda UMNO juga minta ditangguh


Pemuda Umno desak AES ditangguh
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Oktober 2012
AES
Sistem AES
SHAH ALAM –  Pemuda Umno hari ini sebulat suara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga kajian menyeluruh dilakukan.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet  minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu.
“Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), menerusi Twitternya petang ini.
Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, beliau dipetik Bernama berkata, kajian semula itu perlu bagi mengatasi kelemahan pada pelan pelaksanaan AES sekarang dan memastikan sistem itu mampu berfungsi sempurna mengesan pesalah trafik di negara ini.

30 October 2012

Bekas Timb. Menteri jangka BN tewas dalam PRU 13 ...

Nazri Abdullah,30 Okt 2012

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN.

Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)

82 katanya adalah jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh gabungan PAS,PKR dan DAP pada PRU12, 2008 yang lalu dan dijangka jumlah itu akan kekal pada PRU akan datang.

[Penipuan] Hati-hati ....RM100 ribu untuk tebus dosa


Johor Bahru: Sebuah keluarga kerugian lebih RM100,000 selepas ditipu seorang lelaki mengaku dirinya amil zakat yang mampu meramal tarikh kematian serta Hari Kiamat selain menebus dosa mereka yang didampinginya. 


Lebih mengelirukan apabila lelaki terbabit menggunakan pelbagai istilah zakat dan dam yang tidak pernah wujud dalam Islam seperti zakat degil, diri, rumah dan untuk bukan Islam. 

Dalam kejadian 16 Julai lalu itu, mangsa yang juga ibu kepada dua anak mula berkenalan dengan lelaki menggunakan gelaran Nizam@Idris untuk menderma sejumlah wang kepada anak yatim. 



Anak mangsa yang mahu dikenali sebagai Zana, 31, berkata sejak itu, ibunya mula berhubung secara peribadi menggunakan telefon bimbit dengan lelaki terbabit. 

Taib Mahmud ditendang isteri muda di khalayak ramai


Blog novandri
Satu berita tentang Ketua Menteri Sarawak tersebar di dalam internet. Di dakwa berlaku pergaduhan di antara TS Taib Mahmud dengan isteri beliau.

Sila baca printscreen di bawah :
Laporan tersebut telah disiarkan di dalam Sarawak Report. Lihat di bawah :
MiM berharap agar ada pihak yang tampil menjawab laporan Sarawak Report itu.

29 October 2012

Kambing dengan kalimah Allah di badanya ditemui di India




The two-year-old animal has the word 'Allah' in Arabic on one side of his fine fur. Pix: Daily Mail UKThe two-year-old animal has the word 'Allah' in Arabic on one side of his fine fur. Pix: Daily Mail UKRAJASTHAN: A prized goat has been put up for sale in India with a whopping £128,000 price tag.
Islam Bhati, 37, from Rajasthan in India, is trying to sell his finest goat for 11 million rupees to a Muslim family celebrating the Eid al-Adha festival.

The two-year-old animal is organic and has the word 'Allah' in Arabic emblazoned on one side of his fur. He also has a crescent and star on the other side.

Mr Bhati said: ‘It’s a miracle animal and I feel blessed to own him. We have looked after this goat like our child and he’s the best goat around. We can easily charge 11 million for such a divine animal, it's pretty reasonable.’

[Video] Ceramah Merdeka Rakyat : DSAI di Rasa, Selangor 28/10/2012

Nazri Aziz dan anak dapat RM3 juta dan kereta sport dari Micheal Chia

Nazri Abdul Aziz denies receiving RM3 million from a timber tycoon 'friend' but is unsure if the latter lent his car to his son.
KUALA LUMPUR: Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Abdul Aziz has denied receiving any money from timber tycoon Michael Chia over a purported RM40 million scandal involving Sabah Umno.
He was responding to Malaysia Today blogger Raja Petra Kamarudin (also known as RPK) who claimed that Nazri and his son Mohamad Nedim received RM3 million and a sports car respectively from Chia.
“Oh no, it’s not true, it’s not true. Chia is a friend. I don’t know if he lent the car to my son. You have to ask my son,” he told FMT in his office this afternoon.
Although he did not directly criticise Raja Petra over the claim, Nazri said that he had no problem with this matter being raised.

Pemandu teksi pula nak berhimpun di Dataran Merdeka bantah kerajaan


(Oleh Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 29 Oktober: Menteri Pengangkutan diberi tempoh tiga minggu untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi pemandu teksi dan jika gagal, satu himpunan di ibu negara akan diadakan sebagai tanda bantahan kepada kerajaan.
Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan memberi amaran, seluruh pemandu teksi Lembah Klang akan berhimpun di Dataran Merdeka jika Datuk Seri Kong Cho Ha gagal memberi sebarang tindak balas.
“Kemelut pemandu teksi berterusan berpuluh tahun dan semakin tidak terkawal…Terbaru kami dikatakan pemandu teksi terburuk di dunia,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

‘Jentera Impian’ DAP bawa harapan baru



SEREMBAN, 29 OKT: Seakan sebuah babak dari filem Transformers, DAP melancarkan kenderaan kempen pilihanraya; sebuah treler panjang yang berubah menjadi pentas ceramah,  ditemani dua lori lebih kecil berfungsi sebagai gerai dan pejabat bergerak.
Diberi nama ‘Dream Machine’ atau Jentera Impian, kenderaan tersebut dilancarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di sini malam tadi dalam rangka berhadapan dengan kempen pilihanraya umum ke-13 yang menjelang tiba.
Ketiga-tiga kenderaan tersebut dihiasi maskot burung enggang UBAH dan dilitupi slogan ‘Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia’ dengan hiasan yang diharapkan bakal memikat pandangan orang ramai.

4 ahli DAP dijadikan tebusan oleh polis


Polis jadikan ahli DAP ‘tebusan’ untuk dapatkan kamera- Chegu Bard



Johor 28 Okt: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas ‘Abu Sayyaf’ apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.

 Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah. “Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya.

28 October 2012

Lori kecik Najib vs Treler Pakatan ... mampuih dah BN hahahahaha


Cantik dan berpengaruh

hahahaha pelakon porno kata Jamil Khir tak faham Hudud ...


Chua Soi Lek kata Jamil Khir tak faham Hudud, cabar beliau berdebat..


Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam.

"Bolehjadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat jumaat lalu, Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan..

BN gagal dalam 6 ujian anti rasuah


MELAKA: 28/10/12   BN telah gagal dalam 6 ujian anti-rasuah iaitu pengisytiharan harta secara terbuka, pelaksanaan tender tebuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan, menggugurkan pemimpin BN yang hidup mewah, melindungi peniup wisel yang tulen dan berterus terang tentang sumbangan politik.

Justeru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia kecewa kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul dan juga menolak dakwaan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Lagi satu kes, ujarnya adalah kehidupan luar biasa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di mana seramai 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam kenduri kahwin yang memecahkan rekod.

“Sehingga hari ini, Ali Rustam gagal menjelaskan siapa yang menaja kenduri mega tersebut, yang Ali Rustam mengatakan hanya menelan belanja RM600,000,” ujarnya dalam ucapan pada Konvensyen Tahunan DAP Melaka di sini, hari ini.

Filem Shah Rukh Khan di TV3 sempena Aidil Adha kelirukan umat Islam - ABIM


October 28, 2012
KUALA LUMPUR, 28 Okt — Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendakwa wujud penghinaan kepada umat Islam di Malaysia ekoran penayangan filem “My Name is Khan” lakonan Datuk Shah Rukh Khan oleh stesen TV3 semalam tatkala sambutan Aidiladha berlangsung.
ABIM sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa penayangan filem pada hari kedua raya Aidiladha tersebut tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia kerana cuba mengetengahkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme agama yang mengelirukan.
“Penayangan filem tersebut membawa mesej yang mengelirukan,” kata ABIM dalam satu kenyataan dikirm kepada The Malaysian Insider hari ini.

EDISI SANTAI [Video] Murid perempuan tendang kemaluan Cik Gu ...




Sebenarnya boleh seseorang guru menergur pelajarnya. Tetapi perlu ada batasan. Tidak perlulah melakukan sentuhan fizikal..kalau murid marah macamnilah jadinya

Baju terlondeh, J Lo tayang payudara


..
Mula-mula, Nick Minaj. Kali ni Jennifer Lopez @ J.Lo pulak yang menjadi 'mangsa wardrobe' dan insiden tu terjadi semasa dia membuat persembahan di O2, London, malam Isnin (22 Oktober) lalu.
J.Lo yang kini dikhabarkan berada di Eropah sempena konsert jelajah 'Dance Again', secara tidak sengaja telah menayangkan payudaranya kepada ribuan peminat, hanya selepas beberapa hari insiden seumpama itu terjadi, sewaktu diva Pop Amerika ini membuat persembahan di Itali.

Menurut Radar Online, momen itu berlaku ketika Jennifer yang mengenakan jumpsuit labucinya sedang ligat mempamerkan salah satu rutin tarian penuh energetik. Malang, dia tiba-tiba hampir tergelincir lantas baju bahagian kanannya terlondeh dan... Namun dia cepat-cepat membetulkan bajunya itu dan meneruskan persembahan.

27 October 2012

Wanita lahirkan anak berupa kuda























SATU kejadian yang pelik telah berlaku di Benin City, Nigeria di dalam sebuah gereja. Seorang wanita yang dikatakan tidak pernah mengandung selama 11 tahun telah melahirkan sesuatu yang amat pelik, iaitu bayi yang menyerupai kuda.

Hubungan dengan Al Qaeda : 2 rakyat Malaysia ditahan di Lebanon


KUALA LUMPUR: The Lebanon authorities have arrested two Malaysians, believed to be suicide bombers and suspected to be linked to the Al-Qaeda terrorist organisation.
The suspects, aged 21 and 28, were nabbed at the Beirut International Airport.
Malaysian Ambassador to Lebanon Ilango Karuppannan, when contacted by Bernama, confirmed the duo were picked up several days ago but could not confirm the arrest date.
He said the embassy knew about the arrests on Friday.

Ni Soi Lek ... hang baca dan hang ingat betoi2 na ..“jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas bukan Islam” ... jadi hang diam, jangan dok hingaq lagi pasai Hudud


27 October 2012
KUALA LUMPUR 27 OKTOBER: Serangan terhadap Islam dan hudud oleh MCA, sekutu kuat UMNO terbukti hanya mainan wayang politik apabila mereka mendiamkan diri setelah mendapat jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen Selasa.

Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, adakah  jawapan Parlimen Jamil yang menyebut “jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas bukan Islam” itu mewakili pendirian MCA?

“Justeru adakah MCA akan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak terhadap Jamil memandangkan jawapan parlimennya bercanggah dengan pendirian empat Menteri Kabinet MCA dan pemimpin peringkat nasional mereka dalam BN?”

“Atau adakah MCA akan memutuskan perikatannya dengan UMNO?”  soal beliau.

6 jenis perempuan yang wajib dijauhi


LELAKI digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia:

1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tidak cukup, apa yang diberi semua tidak cukup. Diberi rumah tidak cukup, diberi motor tidak cukup, diberi kereta tidak cukup. Tidak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa menghiraukan perasaan suami. Tidak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tidak pernah puas. Ada saja yang tidak cukup.

2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tidak berkenan, maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tidak mengenang budi, tidak bertanggungjawab, tidak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

26 October 2012

Ulama PAS bukan 'Ayatollah Iran' - Harun Taib


SHAH ALAM - Dilihat menyangkal pandangan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ulama Pas menegaskan, pihaknya berpegang teguh mempertahankan prinsip Islam dan oleh itu, tidak wajar disamakan dengan kepimpinan Ayatollah Iran.
"Sejarah Islam membuktikan betapa telusnya corak pemerintahan Islam itu sendiri apabila dikurniakan oleh ALLAH SWT akan tampuk pemerintahan," kata Ketua Ulama Pas, Datuk Harun Taib.
Tambah beliau: "Rasulullah SAW sendiri tidak memulakan peperangan Badar kecuali setelah mengadakan perbincangan dengan kaum Ansar, inilah pendekatan Pas yang menjadi pegangan kita selama ini."
Dipetik Harakahdaily, Harun berkata, sudah menjadi tradisi pemerintahan Islam bersikap telus ketika memerintah.
Jelasnya, Saidina Abu Bakar ketika mula dilantik sebagai khalifah telah mengisytiharkan bahawa beliau sanggup diperbetulkan sekiranya melakukan kesalahan.

MPSP [Majlis Perbandaran Seberang Perai] pula kata NO pada EAS



AES

FALLIBLE: The council's committee members have questioned the effectiveness and synchronisation of the cameras
IN what could turn out to be a landmark decision, the Seberang Perai Municipal Council (MPSP) said it would not allow the Road Transport Department's (RTD) proposal to install the Automated Enforcement System (AES) cameras in areas under its jurisdiction.

The decision was taken by the council's infrastructure and traffic management committee meeting yesterday.

MPSP has now become the first municipal council in the country to disallow AES cameras.

RTD director-general Datuk Solah Mat Hassan had on Sept 22 announced that in phase one, a total of 14 cameras were installed in Perak, Selangor, Putrajaya and Kuala Lumpur. Under phase II he said 817 more cameras would be installed at 817 blackspots nationwide in a move by the government to reduce the number of road fatalities.

Committee alternate chairman Teoh Seang Hooi said the committee felt that there are weaknesses in the AES system.

"We feel it is unfair to motorists and they have no avenues to appeal against their summonses.”

Teoh said the move is inline with the state executive council's decision recently to object the implementation of the AES in Penang.

EDISI GEMPAQ : Skandal Sex Azmin Ali terbongkar



UMNO-BN kehabisan modal menyerang Anwar, kali ni dialihkan serangan kepada Azmin yg mereka lihat 'bahaya' kepada parti biawak karat dan sekutunya. Belum sempat Muhyiddin meluluskan rangka disiplin parti yg baru untuk mengelakkan 'PENGKHIANAT', seorang yg mendakwa dirinya penyokong tegar Umno mendedahkan perancangan lembUMNO dalam tuduhan skandal seks Azmin Ali yang akan dimainkan semula masa terdekat nanti

25 October 2012

Perbicaraan pembunuhan Sosilawati : Sosilawati Dibaring & Ditikam Di Tengkuk - Timbalan Pendakwa Raya


SHAH ALAM: Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah dibunuh dengan cara dibaringkan dan ditikam di tengkuknya oleh tertuduh kedua, T.Thilaiyalagan sambil disaksikan oleh tertuduh pertama, N.Pathmanabhan pada 30 Ogos 2010.
Demikian antara persoalan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff dalam soal balas terhadap Thilaiyalagan di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat.
Seterusnya, Sosilawati telah menjerit dengan kuat dan meminta tolong dan Pathmanabhan juga telah mengarahkan Thilaiyalagan supaya membunuh jutawan itu di hadapannya kerana dia ingin menyaksikan sendiri kejadian itu.

Hang sakit tang mana Berahim Katak?


Nik Aziz Perlu Tanggungjawab, Bukan Lepaskan Kerja Pada Orang Lain - Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, seseorang yang mahu menjadi Menteri Besar seharusnya bertanggungjawab dan bukan hanya melepaskan kerja kepada orang lain.
Beliau berkata, sama ada menteri besar, ketua menteri mahupun perdana menteri, mereka perlu melaksanakan tugas mereka sebagai ketua.
"Mereka kena tahu apa yang sedang berlaku. Kalau tidak, mereka ini boleh menyalahgunakan kedudukan. Bila kerja-kerja berat itu orang lain yang buat, ini bermakna dia tidak terlibat," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," - TGNA


Nik Aziz: Tahniah DAP berani bidas MCA


NONE
pakatan ceramah shah alam 041211 nik azizMursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin DAP Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.

Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu.

"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.


Pelajar, 17, buang anak dalam tali air ditahan


KANGAR: Polis menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, di sini, awal hari ini.

Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira jam 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu. 

Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh sebelum dicampak ke dalam tali air itu.

Lagi ... Surat Menakutkan Kepada Najib Razak


Dear PM Najib,
If you want to win big in this coming 13th General Election, all you have to do is give assurance to the Rakyat (people) that you will “gempar” them by taking on the following essentials:
1. Issue a warrant of arrest to your good friend Abdul Razak Baginda. Charge him in court for abetting in the murder of Altantuya Shaariibuu – yes again. The rakyat really suspect he is guilty of abetting the murder as he was the main player and benefited the most in the Scorpene acquisition.

[Video] Ceramah Mat Sabu - Shah Alam - 21/10/12 : Umno ... parti yang paling jahat di dunia

24 October 2012

Hasan Ali kata ada kerjasama antara DAP dan MCA, untuk tumbangkan politik Melayu, .... Betoi ka?

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP.

Beliau mengesyaki ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat Cina

Chua Soi Lek diberi tempoh seminggu


Chua diberi tempoh seminggu minta maaf

Jamilah Kamarudin
 | October 24, 2012
Jika tidak, satu memorandum akan dihantar kepada Yang DiPertuan Agong.
KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diberi amaran keras untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana lantang mengkritik hukum hudud.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata disebabkan keceluparan Chua yang tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam, tempoh seminggu diberikan kepadanya.
“Pemuda PAS mendesak Datuk Seri (Chua) memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam atas keceluparan kenyataan Datuk Seri.
“Jika tidak, kami akan menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di negara ini untuk mengadukan perkara ini supaya tindakan tegas diambil terhadap Datuk Seri serta MCA,” katanya dalam memorandum.

Selepas Anthony Loke , hari ini Guan Eng pula pertahan TGNA



KUALA LUMPUR: 
Selepas Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menepuk meja di Dewan Rakyat kerana marahkan fitnah MCA terhadap Tuan Guru Nik Aziz, Setiausaha Agung DAP pula mengambil langkah yang sama.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini menyifatkan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa TG Nik Aziz menggalakkan orang bukan Islam dirogol satu pembohongan besar.

"Ini satu pembohongan besar sama dengan pembohongan Utusan Malaysia apabila mendakwa saya anti-Melayu dan anti-Islam kerana Nik Aziz tidak pernah berkata begitu," kata Lim Guan Eng (gambar)dalam kenyataannya.

Semalam, Anthony Loke dalam ucapannya di Dewan Rakyat mempertikaikan kenyataan Chua Soi Lek yang bersetuju dengan Senator Heng dari MCA bahawa TG Nik Aziz menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam.

"Saya rasa ini adalah kenyataan yang paling biadab dari MCA. Chua Soi Lek adalah Presiden MCA yang paling silap dalam perkara ini," kata Anthony Loke, anggota Parlimen Rasah sambil menumbuk meja.

Bagi Lim Guan Eng, MCA adalah versi Cina untuk akhbar Utusan Malaysia yang bertenggek di atas kepalsuan, ketakutan dan kebencian untuk hidup.

Mimpi Rasulullah

Daripada Abdul Rahman bin Samurah ra berkata, Nabi SAW bersabdaMaksudnya,
1- Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang menakjubkan pada malam kelmarin. Aku telah melihat dari umatku didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya..maka malaikat itu terhalang disebabkan ketaatan kepada kedua ibubapanya.
2- Aku melihat seorang umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat wudhuknya
3- Aku melihat seorang daripada umatku telah dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat zikirnya kepada Allah
4- Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi solatnya telah melepaskan dari seksaan itu

22 October 2012

[Video] Bila Zulfahmie lari dari arak ....




                                               video  zulfahmi tak mau celebrate goncang arak... dia blah dari podium...



Syabas terlebih dahulu dari penulis kepada anak muda bernama Zulfahmi kerana mencipta sejarah selaku rakyat Malaysia pertama yang menaiki podium kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam siri perlumbaan Grand Prix di litar lumba Sepang semalam .Ini adalah satu kejayaan yang amat  menbanggakan buat negara Malaysia.

Tetapi yang paling membanggakan kita ialah sikap beliau yang sanggup terjun podium kerana tak mau bersengkongkol dengan air Setan [arak].

[Lihat Video] bagaimana Zulfahmi lari meninggalkan podium setelah  Pelumba Republik San Marino, Alex De Angelis dari pasukan NGM mahu meraikan kemenangan dengan  menyembur air arak terhadap satu sama lain.Tan membuang masa beliau terus lari dari situ.

Taniah kepada anak muda bernama Zulfahmi  kerana menjaga adap dan batas agama Bersukan merupa satu riadah yang digalakan oleh agama dan  bukan menyusahkan umatnya.





Zulfahmi Khairuddin
Pelumba Airasia SIC-Ajo/KTM, Zulfahmi Khairuddin (kiri) berjaya menduduki tempat kedua pada saingan Grand Prix Motosikal Malaysia 2012 (MotoGP 2012).
.

Bila Soi Lek Kamikaze



  • Mohamad Suhaimi Abdul Aziz
  • 5:19PM Okt 22 2012
Dr Chua Soi Lek seperti kerasukan apabila berterusan menyerang PAS dan peribadi YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai sasaran.

Isu hudud dikitar semula dan menjadi topik perbualan mereka, seolah-olah ia suatu ketakutan berpanjangan yang menghantui MCA selama ini. Ia juga menjadi modal untuk mereka menakut-nakutkan pengundi bukan Islam.

Dalam ucapan beliau di perhimpunan agung MCA, bukan hala tuju parti mereka yang menjadi teras ucapannya, tetapi serangan terhadap Pakatan Rakyat menjadi fokus utama. Sudah kering ideakah Dr Chua Soi Lek itu?

RM40 juta Sabah: Kenyataan Najib celaru, SPRM bingung?





KUALA LUMPUR 22 OKTOBER: Penafian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap dakwaan penyeludupan RM40 juta tersebut adalah untuk UMNO Sabah telah menimbulkan kesangsian umum.

Dalam pada itu, Najib juga telah menimbulkan kekeliruan dalam sidang medianya di Ibupejabat UMNO kelmarin yang berkata bahawa “Ia (isu ini) telah pun dijelaskan di Parlimen,”

Menafikan kenyataan Najib, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Parlimen cuma dimaklumkan bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman telah dibersihkan dari tuduhan rasuah dimana wang RM40 juta tersebut merupakan sumbangan kepada UMNO sabah dan bukannya secara peribadi kepada Musa.

Akan tetapi soal beliau, persoalan lain yang timbul ialah bagaimana pula Najib maupun Nazri tahu bahawa wang tersebut tidak diseludup maupun digubah secara haram?

hahahaha .... Blogger sex [Alvin Tan] mengaku peminat Soi Lek


Sex blogger was a fan of Soi Lek

Leven Woon
 | October 22, 2012
A university undergraduate who shot to fame for posting his lovemaking video on the Internet says he used to admire the MCA president.
PETALING JAYA: A 24-year-old law student Alvin Tan, who hogged the media limelight for posting erotic videos and photographs of him and his girlfriend on a blog, said he was a fan of MCA president Dr Chua Soi Lek.
The undergraduate with the National University Singapore said this yesterday in a posting on his Facebook account.
“I used to look up to Dr Chua Soi Lek, sexually. Funny how things turned out,” he said.
The posting has received 389 “likes” and 70 “shares” so far.
Chua was involved in a sex scandal in 2008 when a sensational DVD depicting him having sex with a young woman was widely circulated.

21 October 2012

5 Pembantu Rumah Najib ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino


by Jerome Aning, Phillipne Daily Inquire
Five Filipino members of the household staff of Malaysian Prime Minister Najib Abdul Razak were barred from their flight at Ninoy Aquino International Airport on Tuesday after a confidential agent of the Bureau of Immigration reportedly suspected them of being job seekers planning to enter Malaysia as tourists.
The Filipinos—identified as Maricel Cancejo, Decemera Salceda, Wendelyn Tacotaco, and Janeth and Rene Revadona—were supposed to return to Kuala Lumpur onboard a Malaysian Airlines flight (MH-803) set to leave Naia Terminal 1 at 6:30 p.m. when they were ordered to disembark by the BI agent identified as Nelia Buenaflor.
When contacted by reporters, BI spokesperson Ma. Antonette Mangrobang declined to confirm the incident but said the agency’s main office was awaiting the official report of Benito Se, chief of the BI-Airport Operations Division.

"Jangan nak ajar itik berenang, saya sudah pandai berenang" hahahaha katak dah jadi itik. Ibrahim Ali cabar TGNA bubar PAS



Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali
SHAH ALAM - Perkasa mendakwa kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang  mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah dalam politik sambil berkata “kita tiru tindakan” Tun Dr Mahathir Mohamad, menunjukkan pendirian beliau tidak konsisten.
Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sifat berdiam diri perlu diambil oleh Nik Aziz bagi mengelak kenyataan-kenyataan yang meragukan banyak pihak.
Menurutnya, Nik Aziz dalam kenyataannya dilihat sering tidak konsisten dan boleh menimbulkan kekeliruan.
"Bubar Paslah... sekarang ini, kenyataan Nik Aziz sering bercelaru, kalau Nik Aziz lebih banyak duduk diam lebih mudah orang Islam nak bersatu.
"Lagi banyak dia bercakap lagi banyak bercelaru, dalam parti dia pun banyak bercelaru.

Rakyat sudah sedia pilih Pakatan ganti BN - DSAI


21 Oktober 2012
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
JOHOR BAHRU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat di negara ini sudah bersedia untuk bangkit melakukan perubahan dengan memilih Pakatan Rakyat (PR) menerajui kepimpinan kerajaan sebaik sahaja berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, keyakinan itu berdasarkan suara rakyat yang dilontarkan kepada PR ketika mengadakan program Ceramah Jelajah Rakyat di seluruh negara termasuk negeri ini berserta Sabah dan Sarawak.

“Najib (Perdana Menteri) kini sudah mula goyang. Sebab apa, sebab Sabah yang beliau kata antara kubu kuat Umno-Barisan Nasional (BN) akan kalah.

CHINA DOLL di Kg Air Kota Kinabalu




CHINA DOLL.....Stesen Teksi Kg Air ini menjadi 'Port' China Doll menunggu pelanggan.


Umno mesti keluar BN


Nasrudin Hassan,21 Okt 2012
1.     Semakin jelas “MCA anti Islam”. MCA terlalu prejudis terhadap Islam malah berani menentangnya secara terbuka. Tidak hanya Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini mengambil posisi lantang mempertikai perlaksanaan hukum Islam, tetapi kini Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendedahkan sikap dan wajah MCA yang sebenar.

2.     Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow melahirkan kebimbangan MCA terhadap Ahli Parlimen Islam khasnya daripada UMNO dan BN akan menyokong perlaksanaan hudud di Malaysia berasaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Kumpulan K Pop Wonder Girls berbaju kurung ketika konsert di KL


WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Oktober 2012
Wonder Girls sopan berbaju kurung
Wonder Girls
COMEL sungguh lima gadis dari kumpulan K-Pop terkenal, Wonder Girls yang memakai baju kurung ketika membuat persembahan di konsert mereka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dengan imej sopan sebegitu, mereka langsung tidak kekok menari menghiburkan peminat.

Ramai peminat memuji kumpulan dari Korea Selatan ini kerana pandai membawa diri dan menghormati budaya masyarakat di sini.

Jika artis antarabangsa boleh mengikut garis panduan berpakaian ketika membuat persembahan di Malaysia, mengapa tidak artis kita?

Malah, kebelakangan ini artis tempatan seolah-olah berlumba-lumba untuk tampil seksi di majlis anugerah.

Mungkin selepas ini, penganjuran mana-mana majlis anugerah boleh mengangkat baju kurung sebagai tema pakaian. Pasti ramai artis kita yang tampil sopan dan sejuk mata memandang.

Para Dermawan Rahsia Untuk Musa Aman

 – Kami Dedahkan Wang Sogokan UMNO Sabah!

Pada hujung minggu ini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengatakan adalah “betul” bagi parti politiknya untuk menerima derma berjuta-juta dollar dari penderma yang tidak perlu didedahkan.

Empat tahun yang lalu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah berusaha menafikan bahawa wang ini ada kaitan dengannya atau mempunyai sebarang kaitan dengan seorang yang benama Michael Chia.

Namun kini, Perdana Menteri telah terpaksa berhadapan dengan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wang itu dikaitkan dengan Musa. Musa seharusnya memohon maaf kerana telah menafikan adanya kaitnya dengan Michael Chia, dan dia juga harus memohon maaf pada Sarawak Report yang telah dituduhnya menerbitkan dokumen-dokumen palsu dan menyebarkan fitnah terhadapnya.

20 October 2012

VIDEO (18SX): "TUALA WANITA BERDARAH BUKTI SAYA BUKAN PONDAN"- VIVIAN LEE



Pelajar Malaysia, Alvin Tan dan pasangannya, Vivian Lee, 23 tahun,  memaparkan gambar bogel mereka di Facebook dan blog. Vivian juga menyiarkan gambar tuala wanita berdarah miliknya sekaligus menyangkal  dakwaan mengatakan dia pondan.

Pada usia muda barangkali mereka hanya ingin memancing perhatian masyarakat dan media. Alvin dikatakan pelajar pintar tetapi skop pemikirannya masih skop pemikiran lelaki berusia 23 tahun.

hahahahaha ... mai kita pakat-pakat baca apa SPR dok klentong kita


SPR jelaskan ratusan pengundi di satu alamat
8:06PM Okt 20 2012
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, ratusan pengundi didaftarkan di alamat yang sama disebabkan masalah penempatan setinggan sebelum ini.

"Dalam kes di mana sekelompok pengundi menggunakan satu alamat, apa yang kita lihat di Kuala Lumpur hari ini tidak sama dengan 10 tahun lalu... demografinya sudah berubah," katanya dalam forum di Petaling Jaya hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive