30 November 2012

Deepak saman Ropiaah gesa Ketua Wanita UMNO Selangor itu letak jawatan


November 30, 2012
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Peniaga kontroversi Deepak Jaikishan menggesa Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah meletakkan jawatan untuk menyelamatkan Umno daripada malu dengan kes penipuannya.
“Untuk selamatkan Umno, saya gesa beliau untuk meletak jawatan,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.
Beliau (gambar) menyaman ketua wanita Umno Selangor dan syarikatnya, Awan Megah Sdn Bhd kerana dakwaan menipu dalam pembelian tanah seluas 223.33 ekar di Bukit Raja, dimana kesnya didengar semalam.

ANUnya disimbah asid gara-gara perkosa gadis bawah umur


GEORGETOWN, 30 Nov — Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.
“Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.

Panas Terkini... Naib Ketua Wanita Umno Semporna sertai PKR




Naib Ketua Wanita Umno Semporna sertai PKR
(Dari kiri) Ab Habi, Kalasahan dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
PETALING JAYA - Naib Ketua Wanita Umno Semporna, Kalasahan Abd Salam hari ini mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai PKR.

Katanya, tindakan tersebut diambil atas alasan sudah hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Bahagian Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal.

Kalasahan mendakwa, Shafie yang juga anggota Kabinet Pusat mengamalkan sifat pilih kasih dan kronisma, dan amalan  itu semakin menebal dalam corak kepimpinan Umno Semporna.

Mohon Maaf : Najib lebih 'teruk' dari Pak Lah


KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak buat kali ketiga memohon maaf kepada rakyat 'atas kekhilafan kerajaan' menggambarkan beliau lebih teruk 'gagal' berbanding Perdana Menteri sebelumnya, Abdullah Ahmad Badawi.


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin permohonan Najib itu kerana kegagalannya mengurus tadbir negara dengan baik.

"Najib sedar beliau tidak dapat menyempurnakan tugas dengan baik untuk mengangkat negara ke arah yang lebih baik.

"Dan ini menunjukan beliau rasa beliau lagi gagal dari Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi)," kata beliua ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

UMNO takut untuk berdepan PRU13


M FESIAL NORAWI
30 November 2012
tuan-ibrahim-tuan-man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat
TEMERLOH - Pas menyifatkan kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti merupakan ketakutan Umno untuk berdepan pilihan raya.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen, kenyataan itu sangat tidak wajar kerana berbaur hasutan melampau.

Sehubungan itu katanya, polis diminta bertindak segera kerana mendakwa kenyataan emosional Shahrizat itu jelas berupa ugutan kepada rakyat.
Beliau turut menyangkal dakwaan perubahan kuasa politik dan kejatuhan Umno pada PRU13 akan menggugat kedudukan orang Melayu kerana parti akan menggantikan Umno ialah Pas yang terdiri daripada orang Islam berbangsa Melayu.

Saman polis, 2 remaja dibayar gantirugi melebihi setengah juta


Location: 
KUALA LUMPUR

THE
 High Court has awarded more than half a million ringgit in damages to two youths who were unlawfully detained and assaulted by police four years ago.

In her written judgment, Judicial Commissioner Rosilah Yop said Mohammad Shafiq Dollah @ Abdullah and Muhammad Hafiz Saman have proven that the police, named as defendants, were responsible for their injuries and for their unlawful detention.

"The plaintiffs have proven liability against the defendants based on the balance of probability. As such, the plaintiffs are entitled to receive damages from the defendants," she said in her 57-page long judgment delivered yesterday.

Rosilah said the search, arrest and detention of Shafiq and Hafiz were illegal and the police had violated Article 5 of the Federal Constitution and Section 28 of the Criminal Procedure Code.

Yatt Hamzah yang lebih cenderung kepada aktiviti kerohanian dan dakwah selepas mengenakan hijab


Yatt berkata, dia masih lagi menerima tawaran berlakon namun meletakkan beberapa syarat bersesuaian dengan imejnya kini. Foto Ihsan Budiey.com
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah memberitahu lebih cenderung kepada aktiviti kerohanian dan dakwah selepas mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengenakan hijab.
Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 32, berkata, dia berasa seronok dapat berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai penghijrahannya kepada masyarakat terutama golongan muda supaya lebih dekat dengan agama Islam.
"Mengikuti kelas Usrah Fitrah telah banyak mengajar saya pelbagai perkara tentang Islam yang boleh saya kaitkan dengan kehidupan seharian.

29 November 2012

Musa Hassan dedah campurtangan pemimpin Umno bebaskan penjenayah



Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

[Video] Taklimat kes Scorpene di Singapura

28 November 2012

'BOM' DEEPAK: Raja Ropiaah 'curi' tanah sementara keluarga Najib raih jutaan ringgit


'BOM' DEEPAK: Raja Ropiaah 'curi' tanah sementara keluarga Najib raih jutaan ringgit
Nampaknya Deepak Jaikishan yang umum sudah tahu mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan isteri Perdana Menteri Najib Razak, mula tawar hati kepada pasangan itu mahupun ahli-ahli Umno yang lain.
Deepak, penjual karpet yang telah berkecimpung dalam perniagaan besar yang lebih menguntungkan mula menuduh ketua sayap wanita Umno, Senator Raja Ropiaah Abdullah mencuri tanah bernilai RM400 juta daripada syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd dan menjual sebahagian daripadanya kepada pihak ketiga.
Dalam temubual ekslusif bersama Malaysia Chronicle, Deepak juga menuduh ahli keluarga Najib telah meraih komisyen berjumlah jutaan ringgit melalui Najib yang telah menswastakan tanah milik Kementerian Pertahanan kepada Raja Ropiaah pada tahun 2005 dibawah projek Puspahanas.

Pembunuhan Altantuya : Akuan Bersumpah kedua PI Bala tak sah


Merujuk kepada laporan Harakah mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak.
Berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib. Ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi. Pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk.
SAMM melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai ‘bapak’ kepada semua kes jenayah di Malaysia. Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu.

27 November 2012

Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah


Harakahdaily,27 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya.

Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.

Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib.

Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan.

Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Skandal Scorpene : Dua kali nama Najib disebut .

Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene.

Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin ‘kunci’ kepada kes Scorpene di Malaysia.

“Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat,” katanya.

Bagaimanapun, Apoline kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene.

14 November 2012

Ada pihak cuba jatuhkan Nurul Izzah


WARTAWAN SINAR HARIAN
14 November 2012
Dr Muhammad Nur Manuty
Dr Muhammad Nur Manuty
SHAH ALAM - PKR kecewa apabila penjelasan yang dibuat oleh Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama sengaja ditenggelamkan pihak tertentu bagi mengelakkan rakyat mengetahui perkara sebenar.

Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Nurul Izzah komited terhadap agama dan tidak akan membuat sesuatu kenyataan yang bertentangan syariat Islam.

“Beliau pemimpin harapan, ia disukai semua kaum dan agama, malah keterampilan dirinya berpaksikan agama Islam.

“Apa yang kita lihat ada pihak cuba menjatuhkan beliau (Nurul Izzah), tetapi kami akan terus memberikan penerangan agar rakyat mendapat pendedahan sebenar,” katanya.

09 November 2012

Selangor pula tidak benar kamera AES dipasang


Selangor tidak benar AES
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor tidak akan membenar pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri itu atas alasan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah gagal meyakinkan ia cara terbaik untuk mengatasi kemalangan lalu lintas.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, setelah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan semalam, Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk melantik penilai bebas untuk mengkaji sama ada Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira secara menyeluruh langkah-langkah sepatutnya sebelum membuat keputusan untuk menguna pakai dan memasang AES.
"Dari pembentangan tersebut, kerajaan negeri juga mendapati Kementerian Pengangkutan telah gagal mendapatkan kebenaran untuk pembinaan struktur bagi sistem AES daripada pihak berkuasa tempatan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
-sinarharian.com

EDISI SANTAI : Kamera AES yang boleh bergerak [Lawak Gila}

08 November 2012

Murid dipaksa mengaku zina dengan guru


PENDANG, 8 Nov - Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh di sini membuat laporan polis mendakwa dipaksa membuat pengakuan berzina dengan seorang guru sandaran wanita di sekolah itu. 
Laporan itu dibuat pelajar berusia 16 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam selepas pengakuan yang dipaksa dibuatnya itu menyebabkannya menerima kesan, termasuk diberhentikan sekolah.
Pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Wan berkata, dia dipaksa membuat pengakuan itu kira-kira sebulan lalu ketika dipanggil ke sebuah bilik oleh guru disiplin pada 2 Oktober lalu.
 Katanya, seorang guru yang ditemui kemudian menuduhnya melakukan hubungan sulit dengan seorang guru sandaran wanita berusia 20-an yang mengajar bahasa Inggeris. Malah, guru itu turut mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai kejadian itu.
 “Saya menafikannya dan meminta guru berkenaan menunjukkan bukti, namun guru itu enggan atas alasan ia untuk simpanan sekolah. Guru itu kemudian memberikan saya sehelai kertas dan pen lalu memaksa saya menulis surat pengakuan.
“Akur dengan arahan itu, saya menulis surat pengakuan dalam keadaan terpaksa, walaupun tidak berpuas hati kerana berasa dianiaya atas tuduhan tanpa bukti itu.
“Susulan itu, pihak sekolah menghubungi bapa saya dan memintanya datang ke sekolah sebelum saya dimaklumkan digantung persekolahan sehingga 15 Oktober lalu,” katanya ketika ditemui.

Wan mendakwa, dua hari kemudian dua guru lelaki datang semula ke rumahnya memaksanya mengisi borang pertuduhan kes berkenaan.

“Dua guru lelaki itu termasuk ustaz datang ke rumah dan mengajak saya ke sebuah kedai makan atas alasan untuk menenangkan fikiran saya. Bagaimanapun, saya tidak dibawa ke kedai berkenaan, sebaliknya diminta mengisi borang pertuduhan dan menandatanganinya sebelum dihantar semula ke rumah.

“Selepas itu, pada 21 Oktober lalu, saya terima surat pemberhentian daripada pihak sekolah yang bertarikh 15 Oktober. Ia amat memusykilkan kerana surat penggantungan bertarikh 4 Oktober hanya diterima pada 24 Oktober.

“Justeru, saya tampil membuat laporan polis untuk membersihkan nama selepas berasakan diri teraniaya,” katanya. 
Sementara itu, ibu saudara pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, keluarganya tidak berpuas hati dengan cara pihak sekolah mengendalikan kes berkenaan kerana mereka dinafikan hak untuk mendapatkan penjelasan yang sewajarnya.
 “Saya terima jika tuduhan itu benar, namun mereka tidak memanggil keluarga berbincang dan langsung tidak menunjukkan sebarang bukti jelas serta semuanya hanya pada peringkat dakwaan,” katanya.

Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan yang dibuat pelajar terbabit. - KLpos

Chua Soi Lek 'Kafir Zimmi' kata Mashitah


Sudah dengar fatwa baru mashitah? kalau belum baca bawah nei

Orang bukan Islam yang menerima kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai 'kafir zimmi' (bukan Islam yang patuh bawah kepimpinan Islam), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  mashitah ibrahim.

Kah..kah..kah.. ohh rupanya nak tau kafir zimmi atau harbi kene ikut sama ada dia sokong najib tau tak la rupanya.

07 November 2012

MASWing tergelincir di Lapangan Terbang Marudi, Sarawak


Marudi Sarawak: Kejadian berlaku pada kira-kira 02:19 selepas pesawat dalam penerbangan MH 3562 dari Miri mendarat di landasan lapangan terbang Marudi pada kira-kira 2:33 

Pesawat ini dilaporkan telah  menyimpang ke sebelah kiri landasan,kemudian  melanggar  pagar dawai lapangan terbang dan akhirnya berjaya berhenti di dalam parit.

OCPD Baram Abu Bakar Moktar memberitahu akhbar bahawa kemalangan pesawat 19-penumpang yang membawa 17 penumpang itu, dilaporkan hanya seorang penumpang wanita yang mengalami kecederaan kaki kecil.

Penumpang yang cedera menerima rawatan pesakit luar di hospital Marudi. 

[Video] Mahfuz Omar: Satu Saman AES Satu Malaysia, Tolak BN!

06 November 2012

Nurul Izzah lantik 2 peguam saman Utusan, Berita dan beberapa blog


Nurul Izzah Anwar
NURUL IZZAH ANWAR
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berbaur fitnah.

"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat "fitnah akidah" diteruskan.

Rozita Che Wan bercuti bersama bekas menteri pula?


WARTAWAN SINAR HARIAN
6 November 2012
Rozita Che Wan
Rozita Che Wan
Belum pun reda isu gambar separuh bogel yang didakwa miripnya, nama Rozita Che Wan kembali hangat diperkatakan.

Ditimpa kontroversi bertimpa-timpa,  Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta, kembali dikaitkan dengan hubungan cinta bersama golongan VIP yang lebih kurang sama versinya dengan kisah sebelum ini.

Malah ada pihak mendakwa, penerbangan Che Ta ke Kota London yang ditemani adiknya pelakon, Ayu Raudhah, baru-baru ini turut ‘diselitkan’ dengan kehadiran bekas menteri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive