31 July 2014

Isu MB Selangor - PR boleh hilang Selangor - Dr Jeniri Amir.

  • Dr Jeniri AmirDr Jeniri Amir
 1 / 1 
SHAH ALAM –  Kemelut terkini dihadapi PR dalam isu kerusi Menteri Besar Selangor perlu diselesaikan segera, kata Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir.

Katanya, jika dibiarkan berlarutan terlalu lama, PR bakal berdepan risiko kehilangan Selangor seperti mana krisis yang melanda negeri ditadbir mereka, Kedah, satu masa lalu.

Beliau berkata, PR sepatutnya menjadikan isu itu pengajaran dan tidak mengulangi kesilapan sama, sehingga menggambarkan pimpinan tertinggi parti tiada kesepakatan dan tidak mampu menangani krisis dalaman mereka.

“Ini beri gambaran yang amat buruk kepada rakyat, bukan sahaja di Selangor, malah seluruh negara terhadap keupayaan PR yang dikatakan menjadi pengganti BN di masa hadapan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, lebih membimbangkan jika lewat ditangani secara bijaksana dalam waktu terdekat akan menimbulkan keretakan yang amat besar dan mungkin kesudahannya berlaku perpecahan komponen PR.

“Saya fikir mereka tidak harus membiarkan isu ini terlalu lama. Mereka perlu belajar dengan  kegagalan urus tadbir di Kedah yang akhirnya terlepas kerana rakyat kecewa.

“Jangan hairan hal ini juga berlaku di Selangor dan pentadbiran negeri bakal kembali semula akan kepada BN,” katanya.

Bagaimanapun, katanya itu terpulang kepada kepimpinan parti menyelesaikan segera konflik tersebut.

Husam mahu Zuhdi bertanggungjawab atas analisis WhatsApp terbocor

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mahu Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki bertanggungjawab atas analisisnya terbocor dari WhatsApp yang berbaur istilah rasis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2014.












Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mahu Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuk bertanggungjawab atas analisisnya terbocor dari WhatsApp yang berbaur istilah rasis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2014
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ekoran terbocornya tulisan beliau dalam WhatsApp AJK PAS Pusat.
Bagi Husam, PAS tidak boleh diseret dalam masalah ini dan Zuhdi perlu mengambil tanggungjawab jamaah dan bertindak sewajarnya tanpa perlu parti itu mengambil tindakan atas implikasi tersebarnya kenyataan itu.
"Memang pihak yang membocorkan tulisan dalaman itu juga salah, tetapi tanpa ada pihak yang menulis sedemikian rupa, ini tidak akan berlaku," kata Husam kepada The Malaysian Insider.

Najib, Mahathir, dan Pak Lah antara dikaitkan kes rasuah, dedah WikiLeaks

WikiLeaks berjaya mendapatkan salinan arahan kebenaran injuksi demi menjaga hubungan baik Australia dengan negara antarabangsa.
Pengasas WikiLeaks, Julian Assange berkata arahan dibuat bagi mengelakkan prejudis terhadap kepentingan hubungan Komanwel dengan keselamatan negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dua mentornya dan beberapa bekas menteri tersenarai dalam arahan kerajaan Australia supaya media menutup mulut daripada melaporkan kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam, dedah laman web WikiLeaks hari ini.
Antaranya melibatkan kes anak syarikat Reserve Bank Australia, Securency and Note Printing Australia.
Pekerja syarikat terbabit didakwa menyogok pegawai asing di Malaysia, Indonesia dan Vietnam daripada tahun 1999 hingga 2004 untuk mendapatkan kontrak percetakan wang.
Selain Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara ahli politik terkemuka dinamakan dalam injuksi itu.
Turut dinamakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar.
Turut dinamakan dalam injuksi itu adalah adik ipar Abdullah, yang dinamakan sebagai Non
"Arahan itu dianggap penting bagi mengelakkan risiko besar prasangka terhadap pentadbiran yang adil dan tidak boleh dihalang oleh cara lain yang difikirkan wajar," katanya.
Assange menyelar kerajaan Australia kerana memperoleh injuksi itu, dan menuduh mereka cuba menutup mulut dan mata rakyat Australia.

Tugas Saya Ambil Alih MB Selangor - Wan Azizah





Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PERMATANG PAUH: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia merupakan tugas dan tanggungjawabnya untuk mengambil alih peranan sebagai Menteri Besar Selangor apabila parti sudah pun membuat keputusan berhubung perkara itu.
"Semua jawatan yang saya pegang adalah satu tanggungjawab.
"Malah tanpa jawatan pun, ia merupakan khidmat kepada rakyat," katanya pada majlis keagamaan di masjid Permatang Nibong di sini, Rabu.
Mengenai dakwaan sebagai MB bahawa beliau sekadar "boneka" kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata: "Beliau berada di penjara ketika saya dilantik sebagai presiden (parti).
"Mereka boleh mengkritik apa sahaja yang mereka mahu, tetapi kita mempunyai satu pasukan dan kerja sepasukan yang kita tekankan di sini," katanya.
Majlis Pimpinan Pusat PKR pada minggu lalu mencadangkan Dr Wan Azizah untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
Pada Rabu lalu, keputusan parti untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipersetujui secara dasar oleh rakan sekutu Pakatan Rakyat, DAP dan PAS.
Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu mempertahankan Khalid dengan menyatakan bahawa beliau mahu Menteri Besar Selangor itu dikekalkan.
Mengulas kenyataan Abdul Hadi itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kenyataan Presiden PAS itu adalah pandangan peribadi dan bukannya pendirian rasmi parti.
Mursyidul Am PAS, Datuk Niz Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong pandangan Abdul Hadi dengan menyatakan bahawa Khalid tidak melakukan sebarang kesalahan.- mStar

PKR Tuntut Hadi Jawab Dua Perkara

SHAH ALAM: PKR hari ini meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian sama ada akan mengenakan tindakan disiplin ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki kerana mengutarakan cadangan yang didakwa mengkhianat PR.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan turut mempersoalan, berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat Pas yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti Dr Zuhdi supaya PR tahu pendirian mereka.
"Kita mahu tahu dan bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada PR dalam perbincangan tertutup seperti ini?
"Saya yakin selama ini bahawa kebersamaan Pas di dalam PR yang membawa pendekatan melalui dakwah kepada orang bukan Islam telah banyak membantu meningkatkan syiar Islam.
"Pendekatan itu melunakkan pandangan banyak orang bukan Islam yang melihat keadilan kepada semua yang dibawa oleh Islam melalui PR, selaras dengan sifat Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam," katanya.

Terdahulu, analisis senario politik PR di Selangor yang ditulis Dr Zuhdi di komunikasi Whatsapp grup AJK Pas Pusat bocor kepada umum.
Menurut Rafizi, antara perkara yang dinyatakan Dr Zuhdi termasuklah supaya Pas mempertimbangkan untuk keluar PR dan bersama-sama Umno dengan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Malah, beliau mempertimbangkan juga supaya seorang Adun PKR melompat bersama-sama Pas keluar PR untuk bergabung dengan Umno demi mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Selain itu, dr Zuhdi turut didakwa menyatakan perancangan bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan Pas itu untuk menekan bukan Melayu.
"Ayat yang digunakan olehnya bukanlah ayat yang membicarakan kemungkinan (atau senario), tetapi melambangkan sentimen kebencian dan semangat perkaumannya.
"Dia juga secara tidak langsung menyatakan persetujuan kepada tindakan-tindakan yang diambil Jais terhadap penganut agama lain setakat ini," ujar Rafizi lagi.

Selain itu, Dr Zuhdi turut didakwa merancang bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan Pas itu untuk mengubah persempadanan pilihan raya agar berat sebelah dan mengenepikan orang bukan Melayu.
"Cadangan dan pertimbangan Dr Zuhdi ini melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh Pas – baik secara dalaman atau dengan rakan-rakan politik dan NGO lain," katanya.
Tambah Rafizi lagi, lebih dikesali, Dr Zuhdi sedikit pun tidak menafikan menulis mesej itu malah cuba memberi pelbagai alasan.

"Tidak kiralah apa alasan yang diberikan oleh Dr Zuhdi, kenyataan-kenyataan beliau yang berikut seperti di dalam komunikasi Whatsapp tidak boleh dinafikan lagi," katanya lagi.
- Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/politik/pkr-tuntut-hadi-jawab-dua-perkara-1.303489

29 July 2014

WhatsApp bocor, PAS tak boleh dipercayai, kata pengguna Internet

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
Published: 29 July 2014
PAS sekali lagi dikritik pengguna Internet selepas mesej WhatsApp di kalangan pemimpinnya – membincangkan “analisis senario” sekiranya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat – dibocorkan pada Ahad lepas dan tersebar luas kepada pengetahuan umum.
Ramai mengatakan PAS terbukti tidak boleh dipercayai apabila mesej yang merupakan perbincangan sulit antara pemimpin kanan parti itu dalam kumpulan WhatsApp PAS Pusat boleh tersebar.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki di dalam WhatsApp mesejnya berkata sekiranya PAS keluar Pakatan, ia masih boleh berkuasa di Selangor dan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, dengan bergabung membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.
Sebahagian lagi mesejnya memetik Zuhdi berkata: "Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini."
Ini menimbulkan kemarahan pengguna Twitter yang bertindak menyeru rakan lain dalam Pakatan – DAP dan PKR – untuk memutuskan sekutu mereka dengan PAS.

Mila Jirin [Mila AF] kini berhijap penuh

  • Mila Jirin
 1 / 1 
BULAN Ramadan lalu menyaksikan beberapa orang artis wanita memilih untuk tampil dengan imej berhijab penuh.

Terbaharu, Mila Jirin yang juga juara Akademi Fantasi 5 mengambil keberkatan bulan mulia itu untuk melakukan penghijrahan.

Hal tersebut turut dinyatakan di laman Instagram miliknya selepas ramai yang bertanyakan tentang penampilan baharunya itu.

Dibuang keluarga  kerana peluk Islam

  • Dibuang keluarga kerana peluk Islam
 1 / 1 
SERDANG - [VIDEO] Hati siapa yang tidak kecewa apabila kehendak diri mendapat tentangan hebat oleh keluarga, hati siapa yang tidak ralat apabila keputusan yang dibuat menyebabkan diri dibuang keluarga.

Demikianlah perasaan yang dialami oleh sesetengah golongan saudara baharu yang ditinggal, dibuang dan diabaikan keluarga kandung apabila buat keputusan untuk memeluk Islam.

Seorang aktivis dan ahli kumpulan nasyid Safiya, Nuraian T Abdullah yang telah 15 tahun menjadikan Islam sebagai agamanya, terpaksa menempuh kenyataan dibuang keluarga kandung sebaik dia memaklumkan telah memeluk Islam.

Saya tidak sokong usul PAS keluar Pakatan, kata Zuhdi

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menjelaskan beliau tidak termasuk dalam sekumpulan ahli PAS yang menyokong parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat. - Gambar ihsan laman Facebook Zuhdi.Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menjelaskan beliau tidak termasuk dalam sekumpulan ahli PAS yang menyokong parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat. - Gambar ihsan laman Facebook Zuhdi 
Berikutan mesej WhatsAppnya yang tersebar luas, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki menjelaskan dalam status Facebooknya yang dia tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.
"Saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu.
“Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam PAS yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur.seorang ahli dalam kumpulan WhatsApp itu.
"Ia dilakukan untuk memalitkan nama saya dengan gerakan untuk membawa PAS keluar dari PR, setelah saya melakukan beberapa kritikan keras ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut isu menteri besar Selangor," katanya.

Jangan nilai perbualan peribadi kami, kata AJK PAS Pusat

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014.
Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014. 
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad meminta akar umbi, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat tidak menganggap serong perbualan peribadi antara kumpulannya dalam mesej 'WhatsApp' yang dibocorkan dan tersebar luas dalam media sosial.
Dzulkefly berkata, pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal.
Katanya, tidak adil jika menuding jari dan menyuruh AJK PAS Pusat bertanggungjawab kerana menimbulkan kontroversi PAS mahu keluar Pakatan.
"PAS sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan, tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum.
"Secara tegasnya, olahan perancangan senario Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS dan tidak pula mewakili dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP)," katanya.

'Pengkhianat' Porak-Perandakan PAS







PETALING JAYA: Pembocoran maklumat sulit berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat disifatkan sebagai perbuatan khianat di saat banyak pihak meramalkan perpecahan bakal berlaku dalam pakatan pembangkang selepas Aidilfitri.

Kesal dengan kebocoran maklumat rahsia berkenaan, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan individu yang menjadi dalang dalam parti itu jelas dibuat dengan niat jahat.

Penjelasan Nik Abduh berhubung kebocoran perbualan AJK PAS Pusat mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Jelas beliau, paparan skrin aplikasi WhatsApp yang seolah-olah menggambarkan seorang AJK PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki sebagai penggerak disebalik cadangan berkenaan diambil dalam konteks yang tidak menyeluruh.

"Itu pengkhianatan terbesar dalam PAS Pusat. Print screen perbincangan yang paling sulit dah rahsia.daripada Pakatan Rakyat.


Paparan skrin perbincangan AJK PAS Pusat yang bocor kepada umum.

Akuinya, senario kemungkinan PAS bertekad untuk kembali bergerak tanpa sokongan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dibincangkan secara terpeinci oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

Dr Zuhdi khianat Pakatan, kata Rafizi

Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli menganggap Pengarah Pusat Penyelidikan Operasi PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki mengkhianati PKR dan DAP kerana kenyataan yang dibuatnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014. Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli menganggap Pengarah Pusat Penyelidikan Operasi PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki mengkhianati PKR dan DAP kerana kenyataan yang dibuatnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014. 
Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli menganggap kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Operasi PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh diterima dan mengkhianati PKR dan DAP.
Rafizi berkata, cadangan Zuhdi itu melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan termasuk Buku Jingga.
"Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi.
"Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS ini yang lebih biasa kita dengar dari Perkasa dan Isma memberi gambaran bahawa masih ada unsur-unsur yang khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS, walaupun PAS mendapat laba (keuntungan) besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini. – 29 Julai, 2014.
MENYUSUL LAGI
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-zuhdi-khianat-pakatan-kata-pkr#sthash.Jb4Trf3b.dpuf

Data kotak hitam sahkan MH17 ditembak

  • MH17
 1 / 1 
MOSCOW – RUSIA. Data yang diperoleh daripada kotak hitam MH17 yang terhempas baru-baru ini menunjukkan kapal terbang itu telah ditembak jatuh sehingga menyebabkan berlakunya letupan besar.

Melalui laporan sebuah portal hari ini, kenyataan tersebut didakwa didedahkan oleh jurucakap Majlis Pertahanan dan Keselamatan Ukraine, Andriv Lysenko.

Bagaimanapun pihak berkuasa Eropah yang turut menganalisa data dan maklumat yang terdapat dalam kotak hitam terbabit masih belum membuat sebarang pendedahan setakat ini.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal termasuk bayi telah disahkan ditembak jatuh pada 17 Julai lalu pada ketinggian 33,000 kaki di udara.

Nahas tersebut telah mengorbankan kesemua nyawa penumpang dan anak kapalnya.

Dalam pada itu, Malaysia kini sedang mengadakan usaha rundingan bagi menggesa Belanda untuk mempercepatkan proses mengecam dan bedah siasat ke atas mangsa bagi memastikan jenazah rakyat Malaysia dapat dibawa pulang secepat mungkin.

Data penerbangan dan perakam suara kokpit pesawat pesawat tersebut direka dan dipasarkan pada pertengahan tahun 1990-an dan ia mungkin akan menyukarkan pasukan penyiasat untuk memperoleh data jelas dan lengkap.

28 July 2014

Pakatan hancur jika krisis MB Selangor tidak selesai, kata penganalisa

"Kalau mereka tidak boleh mencapai persetujuan tentang siapa bakal calon menteri besar, saya rasa susah untuk Pakatan meneruskan kelangsungannya.
"Kedua-dua PKR dan DAP hendak Khalid keluar, sementara PAS sendirian dalam menyokong Khalid," kata ketua Merdeka Center itu kepada The Malaysian Insider.
Di tengah-tengah usaha untuk menukar Tan Sri Khalid Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang terang-terangan mengumumkan sokongannya terhadap menteri besar yang sudah masuk penggal kedua itu, mengatakan Khalid tidak pernah mengkhianati amanah rakyat.
Pendirian Hadi disokong pemimpin berpengaruh parti Islam itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ini membuatkan situasi makin bercelaru kerana Pakatan pada hari Rabu telah bersetuju yang Selangor perlukan seorang menteri besar baru.
Disebabkan itu, Ibrahim berkata PAS telah letakkan dirinya dalam keadaan yang rapuh dan mungkin sedang menuju satu krisis kepimpinan.
Dewan Ulama parti itu juga menyatakan sokongan terhadap Hadi dan ini boleh memberi kesan besar kepada parti sehingga ke tahap melumpuhkannya, memandangkan satu kumpulan pemimpin lagi bersetuju bekas ahli korporat, Khalid, itu mesti turun dari jawatannya. – 28 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-hancur-jika-krisis-mb-selangor-tidak-selesai-kata-penganalisa?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.NRUja5mx.dpuf

Dejavu, PAS lakukan kepada PKR apa yang Umno lakukan pada PAS dulu

Begini kisahnya: Menteri besar sebuah negeri yang ditadbir satu kerajaan pakatan telah hilang keyakinan partinya sendiri yang mahu beliau ditukar.
Beliau tidak mahu letak jawatan dan partinya, yang menguasai Dewan Undangan Uegeri (DUN), mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya. Dua puluh wakil rakyat dari partinya mengundinya keluar, tetapi 14 wakil dari partinya bertindak keluar dewan kerana tidak setuju dengan penyingkirannya.
Namun, menteri besar masih enggan menyerahkan takhta, sebaliknya mahu DUN dibubarkan bagi membolehkan sebuah pilihan raya negeri diadakan. Kekecohan tercetus dan darurat diisytiharkan.
Tidak. Ini bukan tentang Selangor pada 2014, tetapi Kelantan pada 1977.
Menteri besar itu bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, tetapi Mohamad Nasir dari PAS.
Tetapi situasinya seakan hampir sama.
Seperti Khalid hari ini, Nasir hilang kepercayaan partinya – PAS. Dan seperti Khalid hari ini, Nasir tidak disokong oleh ahli partinya, tapi ahli parti rakannya – Umno dan MCA.
PAS menjadi mangsa pada 1977 kerana rakannya (Umno dan MCA) enggan mematuhi prinsip pakatan di mana parti yang layak mendapat jawatan menteri besar akan dapat hak penuh untuk menamakan calon pilihannya.
Pada 2014, PKR ialah mangsanya apabila presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang lakukan kepada PKR apa yang Umno lakukan kepada partinya sendiri pada 1977.
Di sinilah ironinya, kerana pemimpin PAS selalu katakan mereka tidak akan lupakan atau maafkan Umno atas apa yang ia lakukan di Kelantan 37 tahun lalu.
Hilang ingatan di sini nampaknya menjadi satu kemudahan politik (“political convenience”).
Tapi, bagaimanapun, mungkin Hadi bukan hilang ingatan, tetapi memutuskan untuk mengikut skrip 1977 Kelantan pada 2014 untuk mendapatkan jawatan menteri besar Selangor dari parti rakan.
Sesetengah ahli PAS menganjurkan 15 wakil rakyatnya di Selangor boleh bergabung dengan Khalid, seorang lagi wakil rakyat PKR mungkin, dan 12 wakil rakyat Umno, bagi membentuk satu kerajaan dengan majoriti mudah di negeri terkaya di Malaysia ini.
Tetapi, adakah semua dalam PAS Selangor akan setuju? Mahukah mereka bekerjasama dengan Umno? Dan mahukah PAS ikut jejak langkah Umno dan menegaskannya kepada PKR seperti apa yang Umno lakukan kepada PAS pada 1977? – 28 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dejavu-pas-lakukan-kepada-pkr-apa-yang-umno-lakukan-pada-pas-dulu#sthash.Wi54lqzb.dpuf

Isu MB: Khalid Beri Bayangan Bubar DUN



Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 2:30 PM

PETALING: Peralihan kuasa di Selangor dilihat bakal berdepan situasi sukar apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membayangkan bahawa kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor perlu ditentukan oleh rakyat menerusi proses pilihan raya.


Menyedari ditolak partinya, beliau menegaskan, perubahan jawatan Menteri Besar negeri itu seperti yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat di negeri itu.

Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak menyebut mengenai kemungkinan beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri (DUN) diadakan sebagai salah satu cara mempertahankan kedudukannya
"Dalam bidang politik pentadbiran, pemimpin sentiasa bersilih ganti manakala kerajaan yang memerintah kerap bertukar corak dan gaya.
"Bagaimanapun, peralihan pemimpin dan kerajaan terbukti lebih lancar dan menguntungkan rakyat serta negara sekiranya ditentukan oleh majoriti rakyat melalui pilihan raya umum," katanya melalui perutusan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 pada Ahad.

Sebelum ini banyak pihak meramalkan bahawa Abdul Khalid berkemungkinan mengambil langkah untuk membubarkan DUN jika beliau dipaksa melepaskan jawatan.

Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid.

Pencalonan Dr Wan Azizah dibuat dengan alasan ia bakal menyelesaikan banyak perkara khususnya di Selangor.

Mengulas lanjut Abdul Khalid mengingatkan semua pihak supaya menghormati institusi diraja sebagai pemerintah negeri.

"Sebagai peneraju kerajaan negeri yang terkaya dan termaju, saya wajar mengingatkan diri saya dan rakyat supaya kita menghormati institusi raja berperlembagaan sebagai pemerintah negeri ini dan terhadap barisan pemimpin yang menerajui kerajaan negeri sekarang," katanya.

27 July 2014

Kisah keberanian Muslim pertama di Inggeris

abdullah quilliam
Jahangir Mohammed mengatakan Qulliam mendirikan media Muslim pertama.
Seorang pakar hukum Inggris, putra seorang pendeta gereja Metodis, William Henry Quilliam, yang membuka Insititut Muslim Liverpool pada 1889, disebutkan sebagai orang Inggris pertama yang masuk Islam.
Dua tahun sebelum membentuk lembaga itu -yang kemudian dijadikan masjid- William Henry masuk Islam dan mengubah nama menjadi Abdullah.

Jahangir Mohammed dari Masyarakat Abdullah Quilliam mengatakan Quilliam menunjukkan keberaniannya untuk pindah agama setelah ia bertolak ke Moroko.Institut Muslim Liverpool di Merseyside itu baru-baru ini dibuka lagi setelah dipugar dan Klikdijadikan masjid yang dapat menampung 20.000 orang.
"Dalam perjalananya, ia meliat jemaah haji yang baru kembali beribadah dan ia melihat bagaimana damainya mereka saat sembayang," kata Mohammed.
"Seorang kolega Muslim kemudian menerangkan bahwa Islam adalah kelanjutan agama sebelumnya, Yudaisme, Kristiani. Semua penjelasan dianggap logis dan ia menjadi seorang Muslim saat itu."
"Saat ia kembali, ia memutuskan untuk mempromosikan Islam yang saat itu dianggap sebagai agama setan, jadi langkah dia sangat berani."

Bermula di Moroko

Humayun Ansari, profesor tentang sejarah Islam dari Universitas Royal Holloway, London, mengatakan kehidupan yang disaksikan Quilliam di Moroko sangat menarik baginya.
"Ia merasa bahwa orang di sana hidup sederhana, dengan mengangkat moral dan ada suasana solidaritas, baik kaya maupun miskin," kata Ansari.
abdullah quilliam
Quilliam mengajak sekitar 600 orang untuk masuk Islam.

Anwar pertahan keputusan tukar Khalid...Guan Eng bimbang Pakatan Rakyat retak

Sejak Jumaat bila Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang bersuara menentang keputusan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail ganti Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor,semua orang menunggu nak dengar apa Datuk Seri Anwar Ibrahim nak cakap.

Tunggu punya tunggu twitternya sepi..begitu juga blog rasminya.

Yang bersuara mempertikaikan kenyataan Haji Hadi cuma dua orang kepercayaan Anwar yakni Rafizi Ramli dan kemudian Saifuddin Nasution.

Kemudian awal pagi Ahad....mereka mendapat kejutan selanjutnya bila Datuk Nik Aziz Nik Mat pula bersuara mendokong penuh kenyataan Haji Hadi mahu Khalid kekal Menteri Besar.

Senarionya nampak cukup berserabut dalam Pakatan Rakyat menghadapi suasana yang cacamarba ini hinggakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyuarakan kebimbangan Pakatan Rakyat boleh retak.

Astro Tanya Kenapa Melayu Jadi Arab?

Sama ada secara kebetulan atau disengajakan, berikutan banyak kritikan terhadap Astro yang memberi kontrak kepada syarikat Israel, Astro Awani menerbitkan artikel di bawah.
SAMPAI habis bulan puasa saya tak jumpa jawapan kenapa apabila menjemput berbuka puasa atau bercerita bab buka puasa, ada sesetengah orang Melayu menyebutnya sebagai “iftar”? Hanya sesetengah, bukannya semua. Kenapa tidak kata “buka puasa”? Kenapa “iftar”?
Kalau segan sebut “buka puasa”, kenapa tidak kata “sungkai”? “Sungkai” dalam ejaan baku atau “sung-kei” dalam sebutan lisan adalah perkataan yang juga membawa maksud “buka puasa”. Ia bahasa sukuan Melayu di Sabah dan Sarawak.
Kenapa jauh-jauh sampai ke Arab mencari perkataan untuk “buka puasa”? Kenapa tidak jenguk ke Sabah dan Sarawak?
Saja tanya: Apakah lebih diterima puasa mereka yang “iftar” berbanding mereka yang “buka puasa”? Wallahu’alam.

26 July 2014

Wartawan Malaysia Gazeette didakwa aibkan mangsa MH17


Satu video menunjukkan seorang wartawan Malaysia mengusik bahan bukti di lokasi bencana MH17 mendapat kritikan meluas pengguna Internet yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai perbuatan yang mengaibkan mangsa.

Video tersebut menunjukkan wartawan blog Malaysia Gazette memeriksa satu objek di lokasi nahas, dengan keterangan bahawa ia disyaki sebagai kulit manusia.

"Malaysia Gazette telah menjumpai cebisan yang dipercayai kulit manusia di lokasi MH17 terhempas," kata ketua wartawan portal itu, Khairuddin Mohd Amin dalam video berkenaan.

Video tersebut turut menunjukkan objek nipis, panjang dengan kesan terbakar yang diangkat oleh wartawan tersebut dengan menggunakan sebatang kayu.

Putin bersalah tembak jatuh MH17 - White House

alt
WASHINGTON 26 Julai - White House berkata Presiden Rusia Vladimir Putin 'bersalah' menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dalam zon perang di Ukraine dan mengulangi kerjasama dengan Kesatuan Eropah dan G7 untuk mengenakan lebih sekatan ke atas Moscow.
Jurucakap White House, Josh Earnest membuat beberapa komen tegas sejak pesawat ditembak jatuh, mengaitkan kejadian itu dengan Rusia, di mana Amerika Syarikat turut membuat kritikan kerana menyediakan senjata untuk pemisah Ukraine.
"Apa yang kami tahu, pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang dilancarkan dari permukaan tanah. Ia telah dilancarkan dari tanah di kawasan yang dikuasai oleh puak pemisah, dan di kawasan di mana Ukraine sendiri sebenarnya tidak mengendalikan senjata anti-pesawat pada masa itu," kata Earnest kepada pemberita di White House semalam.

Ahli PAS perlu akur pendirian Hadi sokong Khalid - Dewan Ulama

Dewan Ulama PAS menyeru kepada semua ahlinya supaya akur dengan pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berbeza dengan DAP dan PKR apabila mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan jawatannya sebagai menteri besar Selangor.
Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan sehingga kini untuk mewajarkan penukaran Khalid dan beliau patut dibenarkan meneruskan amanah sehingga ke akhir penggal.
“Ahli PAS perlu menghayati kebijaksanaan Presiden dalam hal ini, tambahan lagi Presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Facebook block link to www.chedet.cc


Popular social networking site Facebook has barred its users from directly accessing Tun Dr Mahathir Mohamad’s blog site, days after the former prime minister wrote a scathing piece on the current Gaza conflict between the Israelis and Palestinians.
No official reason has been given, although users can still opt to copy and paste the former prime minister’s blog postings onto their own Facebook status page.
Repeated attempts to access Dr Mahathir’s blog site www.chedet.cc were unsuccessful at the time of writing.
A pop-up appears with each attempt stating: “We believe the link you are trying to visit is malicious. For your safety, we have blocked it. Learn more about keeping your account secure. If you think this link should not be blocked, please let us know.”
Dr Mahathir who is known for his anti-Israeli stand, had accused the Jews in his latest blog posting of acting worse than the Nazis who persecuted them during World War II with their continued military oppression of the Palestinians.
The former prime minister accused the state of Israel of behaving like untouchables in their annexation of Palestinian land, secure in their arrogance as the “chosen” people of God.
Dr Mahathir said the ongoing Israeli military offensive, which has so far killed over 600 Palestinian civilians and razed numerous public buildings and private homes, is proof that the Israelis “don’t care” what the world thinks of the massacre.
The retired politician, who is a staunch supporter of the establishment of a Palestinian state and the ouster of Jews from Arab land, accused the West of supporting Israel’s conduct by branding those who criticise the Israelis as anti-Semitic.
The country’s longest serving prime minister — who has a history of having used the controversial Internal Security Act (ISA) to allegedly stem political dissent — also accused the Israeli administration of detaining “hundreds” of Palestinians indefinitely, to be used as bargaining chips whenever an Israeli soldier is caught by the other side. - Malay Mail

Amerika namakan Putin dalang MH17


Sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh, Amerika Syarikat melalui The White House menyalahkan Presiden Rusia Vladimir Putin sebagai dalang di sebalik kejadian tersebut. – Gambar fail, 26 Julai, 2014.

Washington semalam mendakwa Presiden Rusia Vladimir Putin “bersalah” kerana menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di zon perang Ukraine dan menegaskan hanya akan bekerjasama dengan Kesatuan Eropah dan G7 bagi mengadili Moscow.
Tuduhan itu berikutan kenyataan rasmi Pentagon yang mendakwa Moscow memindahkan sistem peluru berpandu canggih kepada puak pemisah Ukraine, lapor Wall Street Journal (WSJ).
Laporan itu berkata pihak Amerika mempunyai bukti Rusia menyediakan sistem peluru berpandu berat dan lebih berkuasa, termasuk senjata anti-pesawat sistem SA-11 yang dikatakan menyebabkan MH17 terhempas pada 17 Julai di kawasan puak pemberontak yang beberapa minggu ini berdepan dengan tentera Ukraine.
Jurucakap White House Josh Earnest membuat dakwaan berat itu sejak pesawat Boeing 777-200 berkenaan ditembak jatuh dengan menyalahkan Rusia.
“Apa yang kami tahu pesawat MAS ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari darat. Ia ditembak di kawasan yang dikuasai puak pemisah dan Ukraine sendiri tidak mengoperasikan senjata anti pesawat pada masa itu,” Earnest memberitahu pemberita di White House semalam.
“Oleh kerana itulah kita menyimpulkan Putin dan Rusia bersalah dalam tragedi ini.
“Sama ada Rusia sendiri yang menjadi dalang atau puak pemisah Rusia yang dilatih oleh negara itu, ia semuanya sama kembali kepada Putin,” katanya seperti dilaporkan WSJ.

25 July 2014

Rakyat Malaysia cedera dalam letupan bom di Betong


YALA - THAILAND. Seorang rakyat Malaysia adalah antara mangsa letupan bom di Betong yang terletak di wilayah Yala, selatan Thailand, yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan berpuluh mangsa lain.
   
Daripada senarai di hospital Betong, warga Malaysia itu ialah seorang pemuda berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Jeemihan dan dipercayai berketurunan India sementara mangsa-mangsa lain adalah rakyat Thai.
   
Menurut pihak hospital ada 24 orang yang cedera tetapi sumber lain dan laporan media tempatan ada menyebutkan sehingga hampir 40 orang.
   
Menurut maklumat sumber kakitangan di Hospital Betong, empat orang yang cedera parah dan dalam keadaan kritikal dihantar menggunakan helikopter untuk menerima rawatan di Hospital Pusat Yala.

KPN ke mahkamah kerana abai perintah tangkap Ridzuan

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menerangkan kenapa beliau gagal menjalankan perintah mahkamah pada 30 Mei untuk menangkap mualaf Muhammad Ridzuan Abdullah dan mencari anak bongsunya.
Hakim Lee Swee Seng, membenarkan permohonan mandamus bekas isteri Ridzuan, M Indira Ghandi ke atas Khalid kerana menghina mahkamah apabila gagal mematuhi arahan mahkamah, berkata dia ada bukti yang Khalid ada kes untuk dijawab.
Hakim menetapkan perbicaraan pada 12 September.
Peguam Indira, M Kula Segaran berkata, satu perintah mahkamah akan dikeluarkan untuk Khalid hadir di mahkamah pada tarikh itu.
"Jabatan Peguam Negara akan mewakili KPN memandangkan Indira mengambl tindakan atas Khalid sebagai pegawai polis tertinggi negara," kata Kula Segaran yang juga ahli Parlimen Ipoh Barat.
Dia berkata anak guamnya terpaksa datang semula ke mahkamah kerana Khalid enggan menjalankan perintah dikeluarkan Lee pada 30 Mei.

MB Selangor: Muktamad...PAS umum sokong Abdul Khalid


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini hari ini.


Bernama melaporkan Abdul Hadi berkata hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Laman web palsu dakwa putera raja Selangor murtad

Laman web palsu World News Daily Report mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna Internet mendakwa Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (gambar) menukar agama ke Katolik minggu lalu.
Agama ialah topik yang sensitif di Malaysia di mana Islam ialah agama rasminya dan majoriti penduduk dan semua Sultannya beragama Islam.
Tetapi, laman web itu dikenali sebagai palsu dan mengandungi tajuk berita yang mengarut seperti 'Lelaki Bengali mengandung anak kembar' dan 'Lelaki curi 32 tan daging babi' - sesetengahnya juga dipetik laman web lain.
Dalam laporannya bertarikh 24 Julai, World News Daily melaporkan:"Satu-satunya anak lelaki dan waris Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Shah, mengejutkan masyarakat Islam dunia dengan berita yang majalah People's sifatkan 'kisah benar Romeo dan Juliet zaman ini'."
"Raja Muda Selangor itu meletakkan semua jawatannya dan peluang menaiki takhta untuk mengikut kata hatinya dan mengahwini model dan bintang terkenal Sepanyol, Cristina Gomez, 16, yang namanya melonjak naik tahun ini bila televisyen merakamkan gambarnya menonton perlawanan bola sepak yang dinanti-nantikan peminat."
Setelah diperiksa, didapati tiada model terkenal bernama Cristina Gomez.
Berita itu juga salah dalam melaporkan umur Tengku Amir sebagai 21 sedangkan Raja Muda itu berusia 23 tahun.
Laporan palsu itu mendakwa "upacara pembaptisan bekas umat Islam itu yang diadakan minggu ini di Santa Maria Cathedral, di Braga, Portugal mendapat kritikan hebat umat Islam sedunia ke atas bekas waris takhta Selangor itu."
Ia juga berkata: "Pasangan kekasih itu akan dikahwinkan bulan ini di San Marco Cathedral di Venice dan masih belum diketahui di mana mereka akan berbulan madu."

Mayat dililit ular sawa


Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 1:00 AM

Astro Oasis Sahkan Gambar Mayat Dililit Ular Rakaman 'Tanah Kubur



PETALING JAYA: Stesen televisyen saluran Astro Oasis mengesahkan beberapa gambar jenazah dililit seekor ular yang tersebar dan menimbulkan kekecohan masyarakat merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur: Kutuk Azan.
Pengurus saluran itu, Namanzee Harris berkata, gambar tersebut diambil oleh salah seorang krew produksi untuk simpanan pihak Astro, bagaimanapun ia tersebar di laman-laman blog dengan pelbagai cerita yang menimbulkan kerisauan orang ramai.
"Ya, itu merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur bagi episod Kutuk Azan, saya juga tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar di internet kerana drama itu belum lagi ditayangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive