12 June 2009

PAS diterima ramai kerana TGNA, bukan kerana Hadi atau Nasa


Nampaknya ada di kalangan barua dan boneka UMNO dalam PAS (geng-geng ustaz Nasharudin) mula mempertikaikan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Mereka juga mempersoalkan campur tangan TG Nik Aziz.... hingga ada yang dengan kurang ajar mengatakan TG Nik Aziz dah nyanyok.......... nampak sangat mereka bodoh dan dungu.

Memang Mursyidul Am PAS tiada kuasa eksekutif dalam Organisasi PAS... namun lupakah ustaz Nasharudin bahawa Mursyidul Am PAS adalah Pengerusi Majlis Syura PAS iaitu badan tertinggi dalam PAS....

Lupakah ustaz Nasha si tali barut UMNO bahawa Mursyidul Am mempunyai kuasa veto membatalkan keputusan Presiden yang pada pandangan Majlis Syura melanggar etika perjuangan Islam, merugikan PAS dan melanggar syariat Islam..... Lupakah mereka????

Nik Aziz punca PAS kuat

Lupakah ahli PAS semua bahawa Tuan Guru Nik Aziz adalah IKON yang menjadikan PAS kuat dan berpengaruh.... Ramai kalangan rakyat bawahan jatuh cinta dengan ketokohan dan kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz dan itu menjadi punca kenapa mereka menyokong PAS.


Kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz terkenal di seantero dunia sehinggakan jika kita merantau ke ceruk Britain, Australia, Amerika..ramai kalangan imam-imam di sana menyatakan kekaguman terhadap Tuan Guru Nik Aziz....

Sehinggakan ramai Muslim Singapura dan Brunei sanggup datang ke Kelantan semata-mata untuk meminta Tuan Guru 'cukur jambul' anak mereka dan mendoakan anak mereka..malahan ada seorang hartawan Singapura yang kagum dengan sikap sederhana Tuan Guru telah memberi sumbangan besar dalam bentuk pelaburan ke Kelantan.

Anak-anak muda masa kini ramai yang sokong PAS bukan kerana ideologi yang dibawa oleh PAS...bukan kerana negara Islam PAS... TETAPI kerana jatuh cinta dengan kesederhanaan dan ketokohan Tuan Guru Nik Aziz yang menjadi IKON dan CONTOH terbaik seorang insan yang bertakwa.... dari situ baru mereka menerima PAS dan menyokong PAS.

Ramai kalangan bukan Islam khususnya orang Cina juga menyokong PAS kerana kagum melihat ketokohan dan kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz.....

Sedarlah.... ramai menyokong PAS kerana jatuh cinta dengan ketokohan, kesederhanaan dan kewarakan Tuan Guru Nik Aziz......

Tuan Guru Hadi Awang????... tanyalah rakyat bawahan..mereka tak kenal pun...malahan semasa Hadi Awang jadi Menteri Besar Terengganu, ramai rakyat Terengganu bengang dan kecewa dengan sikap Hadi Awang yang terlalu ikut telunjuk Mustapha Ali dan Nasharudin si tali barut UMNO.. pengkhianat perjuangan Islam....... hingga kini...sukar bagi PAS menawan Terengganu....

Tidak dapat saya bayangkan PAS tanpa ketokohan Tuan Guru Nik Aziz.....kita sudah pun kehilangan Almarhum Ustaz Fadzil Noor, pemimpin lagenda PAS.... wahai ahli PAS, selagi masih ada Tuan Guru Nik Aziz bersama kita... hargailah..... dengarilah.. taatilah..sebelum dia melangkah pergi....

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai tuan guru antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan

- marul77

4 comments:

Anonymous said...

Betul! sekiranya hadi beria-ia sangat nak bersekongkol dengan UMNO dan membelakangkan pengundi-pengundi yang menaikkan PAS, tunggulah pru13 nanti lihat kesudahannya ! PAS bakal tersungkul ! kita undi PAS bukan kerana hadi, tapi kerana nak tumbangkan BNlakhanat dan UMNO durjana! ada faham? hadi jangan over mengigau !
kalau PAS nak sangat bersetubuh dengan umno, maka kita cadangkan PR tandingi semua kerusi milik PAS, kita akan pastikan umno dan kutu-kutu sekutunya tumbang menyembah tanah !

jambubatu said...

saya rasa betul apa yg anonymous cakap,kalau pas berdegil jugak nak teruskan alamaknya pru 13 byk la pr terkubur.

KITA TAK BOLEH AGAK APA YANG KITA AKAN DAPAT....
SEMUA PENUH DENGAN KEJUTAN....

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Tolong jangan sesekali membuat TG NIk Aziz yang kami cinta menitiskan air matanya . Cukuplah deritaan TG Nik Aziz di zalimi hak nya sebagai Menteri Besar Kelatan selama 13 tahun oleh durjana keparat UMNO BN .
Kepada Tuan Guru Nik Aziz kami berikrar tidak akan membenarkan sesiapa dalam Parti SeMalaysia (PAS) mengaikiti hati TG Nik Aziz . Percayalah TG Nik Aziz ,kmi sentiasa berada disisi mu , dan moga2 Allah SWT memberkati penghidupan dan perjuangan mu. Insyak Allah.

travii said...

i am a chinese malaysian non-muslim, i always voted for pas since the 1st time i can vote. i dont know why. i didnt even know tok guru, but after i knew of him i thot pas shd be a good party.

but it seems like B-end is good in buying people to topple their own party, juz like buying syed hussein to topple party rakyat.

politics...u cannot juz look at the surface.

if hadi keep on doing that he will be toppled by his own members soon.

hidup tok guru! stay healthy and long life, this country needs urgently leader like him, regardless the religion n race.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive