15 November 2011

Saya tahu benda ini keterlaluan dan harap semua boleh ampunkan saya, - Nabila

Minggu lalu, gambar kontroversi yang memaparkan aksi cium serta Nabila Huda berbikini telah tersebar luas dan hangat diperkatakan di beberapa buah blog tempatan.

Ekoran penyebaran gambar tersebut, ramai pihak yang menghentam anak kepada Amy Search ini apatah lagi Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil ini baru saja bercerai baru-baru ini. Banyak pihak media cuba menghubungi Nabila tapi gagal. Mungkin janda anak satu ni tidak mahu menjawab panggilan dari sesiapa kerana masih terkejut mengenai penyebaran gambarnya itu. Atau sengaja melarikan diri?

Apapun, menerusi laporan Gua.com, pada Jumaat lalu, Nabila tampil membuat pengakuan dalam program hiburan di TV9, Galaksi.

“Saya minta maaf kepada semua pihak di atas penyebaran gambar yang tidak sepatutnya keluar itu. Saya sendiri rasa kesal sangat kerana gambar itu boleh keluar kat umum. Saya minta maaf mengenai perkara tersebut,” ujar Abil ketika dihubungi pihak Galaksi.

“Saya tak boleh nak cakap apa-apa lagi sebab orang dah tengok gambar itu dan orang dah tahu dah keadaan itu macam mana. Apa yang boleh saya buat, saya hanya boleh minta maaf kepada semua yang marah kepada saya mengenai gambar itu.

“Pada saya, apa yang terjadi itu mungkin saya boleh cakap yang ada orang telah menyalahgunakan gambar itu dan cuba menganiaya saya. Tapi tak apalah, cuma apa yang boleh saya minta ialah saya harap orang itu boleh minta maaf secara terbuka sebab saya rasa dia dah mengaibkan saya dan juga keluarga saya.

“Bagi saya, tak baik tabur pasir kat periuk nasi orang. Kepada peminat, saya sekali lagi minta maaf sangat-sangat dari hujung rambut hingga hujung kaki saya. Saya tahu benda ini keterlaluan dan harap semua boleh ampunkan saya,” ujarnya mengakhiri perbualan. - gua,com

7 comments:

Anonymous said...

memang jenis lahanat.....ayah dah berubah...anak makin lama perangai ngalahkan iblis.Memang jenis anak yg tak tau menjaga air muka org tua......

Anonymous said...

harap smua rangkaian stesen tv haram kan si lahanat ini keluar dikaca tv..kasi ajar sikit pompuan yg perangai yahudi ni.memang jenis manusia yg tak tau nak menjaga air muka org tua ...........

Anonymous said...

baguslahlah.sekurang2 nya dia mengaku silap dia..bglah dia peluang untuk berubah..lebih baik dpd pemimpin2 umno yang kong kali kong...bnyk putar alam..

Anonymous said...

"Bagi saya, tak baik tabur pasir kat periuk nasi orang"

INI BUKAN DITABUR OLEH ORANG LAIN. DIRI SENDIRI YANG TABUR PASIR DALAM PERIUK NASI SENDIRI.

Tak kenal aurat bagi orang ISLAM ke ?

Tak payah mintak maaf pada peminat. Mintak ampun dari Yang Maha Kuasa.

Anonymous said...

abil...taubat lah...mita lah ampun kepada ALLah, sebab kita tak tahu bila kita akan mati....

Anonymous said...

dah berapa kali buat silap dan dosa.bila org kutuk minta maaf.lepas tu buat semula.hati kalau hitam takde iman bawak sampai kemati la......tapi allah pjgkan umur manusia2 mcm ni.agar mereka bertaubat.

Anonymous said...

kita sesama manusia .. tak dapat ampunkan sesiapa.. hanya Tuhan dapat memberi keampunan jika benar-benar bertaubat... haramkan saja artis hipokrat seperti dia ni.. masih banyak artis lain yang lebih cantik dan perangai sopan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive