18 February 2013

Dekat2 nak mampoih dah Utusan : Lagi Utusan Haramjadah diarah bayar gantirugi pada YB Azan - Ahli Parlimen Indera Mahkota


Azan bersama peguamnya. KUALA LUMPUR 18 FEB: Mahkamah hari ini memerintahkan Utusan Malaysiamemohon maaf terbuka dan membayar sejumlah pampasan kepada Azan Ismail ekoran laporan fitnah akhbar tersebut ke atas Ahli Parlimen Indera Indera Mahkota itu.
Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kamar pada jam 10.00 pagi ini.
Permohonan maaf tersebut perlu disiarkan di akhbar kawalan Umno itu dalam tujuh hari bermula hari ini.
Azan bersama peguamnya.
Utusan sedia membayar gantirugi dan permohonan maaf seperti yang dituntut sebelum ini. Jumlah pampasan tak dapat kita sebut kerana dalam surat penghakiman, mahkamah meminta supaya ia tidak diberitahu umum,” jelas Azan, diwakili peguam, A Vasudevan.
Mengulas kemenangan itu, Azan mengingatkan etika pemberitaan perlu telus dan tepat.
“Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Pengerusi KEADILAN Terengganu itu memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambarnya bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.
Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45319

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive