15 July 2014

Adik beradik Naina Merican @ Ahli Parlimen Kepala Batas dahului bidaan pengurusan subsidi minyak

Adik beradik kepada ahli Parlimen Umno dan ahli perniagaan yang rapat dengan Putrajaya berada di belakang Fuelsubs House Sdn Bhd (FHSB), pendahulu bidaan projek pengurusan subsidi minyak dan ia menimbulkan rasa tidak selesa penyokong parti.
Nama Fuelsubs muncul bulan lalu apabila pembuat kad pintar Datasonic Group Bhd berkata akan membayar RM10 juta bagi pemilikan 30% pegangan saham dalam syarikat itu sekiranya memperolehi surat penganugerahan dari Putrajaya untuk melaksanakan projek itu, yang dipersembahkan kepada Majlis Ekonomi.
Pemilik prinsipal Fuelsubs adalah ahli perniagaan Habibul Rahman Kadir Shah dan Datuk Razali Merican Naina Merican, yang merupakan adik beradik kepada Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri. Reezal Merican Naina Merican.
Habibul Rahman, yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri, merupakan ahli lembaga Pengarah kepada beberapa syarikat termasuk Group Lotus PLC, dimiliki Proton Bhd, Felda Global Venture Bhd Twin River Technologies Holdings Inc, dan turut dinamakan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berpangkalan di London, Petronas Energy Trading Limited, pada Mac lalu.
Pemilik lain Fuelsubs termasuk HKS Primatrix Sdn Bhd, yang juga dimiliki Habibul Rahman, dan abangnya Zaid Kadershah, eksekutif kanan telekomunikasi.
Kehadiran mereka dalam projek itu dikatakan menimbulkan rasa tidak selesa sebahagian ahli Umno dan penulis blog pro kerajaan, yang menuntut ketelusan projek dalam menangani ketirisan program subsidi.
Unit kaji selidik Maybank melaporkan Malaysia mengalami ketirisan subsidi bernilai RM7 bilion setiap tahun kesan penyeludupan subsidi petrol dan diesel ke negara luar.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan 40% rakyat Malaysia berpendapatan tinggi menikmati 80% subsidi bahan api negara.
Sejumlah RM24.8 bilion dibelanjakan untuk subsidi bahan api pada 2014, namun daripada jumlah itu, hanya RM3.5 bilion disalurkan kepada kumpulan berpendapatan rendah selepas mengambil kira ketirisan akibat penyeleudupan, yang menyebabkan Putrajaya mencadangkan penubuhan pengurusan subsidi bahan api.
Bulan lalu, Datasonic dan Pos Malaysia Bhd, yang dimiliki usahawan Tan Sri Mokhtar Albukhary dilaporkan bekerjasama untuk membida projek berkenaan yang mana Putrajaya dilaporkan berkata akan memutuskannya pada suku keempat 2014.
Berdasarkan laporan, cadangan program rasionalisasi subsidi bahan api akan menggunakan sama ada Mykad, kad bahan api dan Kad Pintar dan dianggarkan bernilai RM200 juta dan RM1 bilion untuk dilakskanakan.
Pembida lain termasuklah, MyEG Services Berhad, IRIS Corporation Bhd, ICASH Global Rewards Sdn Bhd, MOL AccessPortal Sdn Bhd dan sebuah syarikat berkaitan bekas menteri Kabinet.
Pos Malaysia bagaimanapun menafikan bekerjasama dengan mana-mana firma untuk projek terbabit, walaupun terlibat dengan pemberian pengedaran subsidi minyak secara "one-off" RM625 (kereta) dan RM150 (motosikal) pada 2008.
Pos Malaysia mempunyai jaringan seluruh negara yang mampu membekalkan logistik untuk projek dicadangkan, kata penganalisis.
Datasonic merasionalkan cadangan pegangan dalam Fuelsubs sebagai selari dengan strategi pengembangan pasaran dan peluang terbaik untuk perkembangan masa depan.
Pada April lalu, Datasonic mengumumkan memenangi kontrak membekalkan empat juta Mykad baru yang dilengkapi ciri 100% polikarbonat dan ciri keselamatan baru untuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tempoh enam bulan bermula Januari 2015 bagi RM72 juta.
Syarikat itu juga bakal membekalkan 10 juta Mykad dengan ciri sama kepada JPN untuk dua tahun bermula 1 Julai hingga 30 Jun 2016 untuk RM220.2 juta. – 15 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-perniagaan-berkaitan-umno-dahului-bidaan-pengurusan-subsidi-minyak#sthash.FtJeq2wr.dpuf

1 comment:

Anonymous said...

damn punya mamak.. sila berambus dari tempat aku!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive