03 July 2014

Kerajaan tak layak tentukan tempat kami bersedekah, kata Dapur Jalanan

"
Sukarelawan Dapur Jalanan KL menyediakan makan untuk warga kota tak berumah di Jalan Panggung pada 30 Mac. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Sukarelawan Dapur Jalanan KL menyediakan makan untuk warga kota tak berumah di Jalan Panggung pada 30 Mac. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari. - 

Kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur, sebuah organisasi yang memberikan makanan percuma kepada golongan tak berumah di sekitar ibu kota setiap hujung minggu, akan tetap meneruskan aktiviti mereka walaupun Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran untuk mengenakan tindakan saman kepada organisasi seperti mereka.
Dapur Jalanan berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan tidak berhak untuk menetapkan jarak tertentu untuk aktiviti amal berkenaan kerana setiap aktiviti yang dijalankan mereka ‎bukan hasil daripada dana kerajaan.
"Kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur tetap akan berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini
‎Baik kementerian atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kami tidak menggunakan dana dari kementerian mahu pun DBKL maka kami berhak untuk menentukan tempat untuk kami bersedekah."
Kumpulan itu turut memaklumkan aktiviti Dapur Jalanan pada Ramadan akan diadakan pada 10 malam, setiap Sabtu.
"Pada hari Sabtu ini Tengku Adnan boleh melihat sendiri dan menilai tahap kebersihan aktiviti kami serta yang lebih penting, menilai sama ada aktiviti berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah benar benar menjejaskan imej banda raya Kuala Lumpur."
Hari ini Tengku Adnan memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan gelandangan dan pengemis di ibu negara.
Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.
"Mengenai gelandangan ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.
"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat.
Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.
Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak 2km dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.
"Kalau mereka nak bagi makan jangan bagi makan dalam bandar paling kurang 2km dari pusat membeli belah Lot 10," katanya. – 3 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerajaan-tak-layak-tentukan-tempat-kami-bersedekah-kata-dapur-jalanan?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.uFYvu7Of.dpuf


         

 HARI KELIMA
hari ini 
petang ini  
sayu dan redup
aku merasa  gelisah
gelisah  apabila aku
terpaksa menulis kasar
ketika dalam  berpuasa
kepada seorang menteri yang ingin
menghalang anak anak muda dari membuat kebajikan

aku sedar
nilai negara ini telah punah 
nilai kita telah ranah

perdana menteri negara ini terlibat dalam 
ketua menteri kanak kanak sekolah
menteri kebudayaan amah

kemudian 
aku  menjadi sedih apabila
melihat gambar gambar
warga miskin kota
dan
dapur jalanan
dalam malaysiakini

lalu aku bertanya
apakah kita  telah hilang 
semua nilai kemanusiaan
apakah
nilai baik kita telah diambil
oleh kerakusaan akidah membeli dan memilik

kita telah menjadi konsumer yang rakus
kita ingin menjadi pemilik
ingin memiliki semua benda 
dalam dunia ini

apakah ada yang
telah berjanji dengan syaitan
berikan  aku segala benda dalam dunia ini
kau ambillah kemanusian aku


PEMBACA
 para pembaca
pasti telah mengikuti setiapa senin
laporan dapur jalanan
aku sendiri pun hairan
melihatkan bagaimana anak anak muda


anak semua bangsa
berduyun datang membantu
ada dari kampus 
ada dari entah dari mana
mereka ini membuat kerja amal

nah apakah ini satu jenayah?



SELAMAT 

BERBUKA

sumber : Tukar Tiub

3 comments:

Anonymous said...

Kerajaan sekarang dipimpin oleh orang gila, nak bersedekah yang dapat meringankan tugas kerajaan pun dianggap salah. Jika kerajaan menjalankan tugas kebajikannya dengan tip-top siapa pun tak kisah kalau nak larang sedekah. Ini buat kerja kebajikan pun jahanam, lupa barangkali beberapa tahun lalu ada orang makan kangkung berlaukan siput babi pun sebab TV3 bukan sebab pegawai kebajikan masyarakat....Kalau adik OKU yang diabaikan tak dijumpai oleh pegawai imigresen haram pegawai kebajikan takkan tahu kesensaraannya... ingat pegawai imigresen yang jumpa bukan pegawai kebajikan masyarakat, bukan JKKK dan bukan panda....GILA memang GILA hasil dari undi pengundi GILA.

NAMPAK SANGAT UNDANG-UNDANG INI DIBUAT DI KALANGAN ORANG KEDEKUT DAN BAKHIL TENTANG HARTANYA. TAKUT HARTA HABIS BERKURANG SEBAB BERSEDEKAH... BARANG KALI JIKA SEDEKAH DIKENAKAN GST, MAKA KERAJAAN AKAN MENGGALAKKAN AMALAN BERSEDEKAH SEBAB DUIT MASUK DALAM KANTUNG KERAJAAN GILA.

fidel castro said...

harap allah swt beri hukuman tunai kepada banjingan yang merompak harta rakyat.

Anonymous said...

tengku fraud sedarah mamakdey..cetak rompak memang haram di Malaysia..mamak antihadis belum boleh murtad lagi di KL..tunggu fatwa dulu baru jadi murtad..hohoho..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive