13 October 2010

Pemilihan PKR : Chegubard bertanding Ketua AMK

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Badrul Hisham Shahrin mencari jalan selamat dengan enggan mengaitkan dirinya dengan calon-calon yang bertanding jawatan peringkat pusat apabila mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

"Kami tidak mendakwa merestui atau menyokong siapapun.

"Kita semua orang (ketua umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang (presiden) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kita menyokong (calon timbalan presiden) Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub kerana mereka adalah teras pucuk pimpinan kita," katanya.

Namun demikian, kehadiran Mustaffa di sidang akhbar hari ini mungkin memberikan penunjuk di mana terletak kesetiaannya.

Ditanya mengenainya, Badrul (kiri), yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berkata beliau menjemput semua calon timbalan presiden, tetapi percaya yang lain-lainnya ada urusan kerana hari ini adalah hari bekerja.

Beliau bagaimanapun, mengakui berkongsi pandangan reformis Mustaffa dan menghormati kesetiaannya kepada parti.

Regu Badrul adalah ADUN Teja Chang Lih Kang yang bertanding jawatan timbalan ketua AMK.

Chang sebelum ini disenaraikan untuk bertanding jawatan exco AMK oleh pasukan pesaing 'Generasi Reformasi' yang diketuai oleh Rafizi Ramli.

"Saya membuat keputusan ini kerana saya ingin bertanding jawatan yang lebih tinggi daripada anggota exco, yang disenaraikan (dalam pasukan Rafizi)," katanya.

Yang lainnya dalam pasukan Badrul, yang bertanding di bawah slogan 'Penerus Momentum Reformasi', adalah calon naib ketua yang
juga ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamhari dan wakil cabang Keningau, Dr Nicholas J Guntobon.

Barisan muktamad akan hanya dibuat dalam beberapa hari lagi kerana "ada terlalu ramai" yang ingin menjadi menyertai pasukan itu, kata Badrul.

Turut hadir hari ini ialah bekas ketua komunikasi PKR, Jonson Chong dan wakil AMK dari Perak, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor dan kira-kira 30 orang penyokong - malaysiakini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive