08 May 2015

Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan


Setelah teka-teki demi teka-teki, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akhirnya mengumumkan kesediaannya mempertahankan jawatan disandangnya itu.

“Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai timbalan presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Agung PAS ke-61 akan datang,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohamad berkata mahu terus membantu parti dan presiden, terutama dalam usaha melebarkan pengaruh PAS di kalangan orang awam, bukan Islam, NGO dan pelajar.

Beliau juga berkata PAS perlu akur bahawa lebih 60 tahun di persada politik, sokongan orang Islam kepada PAS masih bawah paras 50 peratus.

“...oleh sebab itu usaha yang berterusan perlu dilipatgandakan, di samping itu PAS amat perlu melebarkan pengaruhnya kepada bukan Islam dan rakyat awam,” katanya.

Mengakui ia kerja mencabar, Mohamad mengingat anggota PAS supaya kekal yakin, sabar dan tekun untuk meraih hasilnya. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive