22 January 2013

Skandal RM40juta Musa Aman ICAC Hong Kong dijangka panggil Lajim


(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 22 Jan: Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang akan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) bakal membongkar skandal RM40 juta Umno Sabah.
Menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong, kes yang masih berjalan itu sedang diteliti secara terperinci berdasarkan dokumen yang diserahkan kepada badan tersebut semasa kunjungan delegasi KEADILAN pada November tahun lalu.
“Antara saksi yang akan dipanggil adalah Datuk Lajim (gambar). Cuma kini ICAC belum tetapkan tarikhnya lagi. Tapi ia tidak terlalu lama, mungkin Februari ini.
“Seorang lagi saksi turut akan dipanggil ICAC untuk beri keterangan berhubung skandal itu yang kami rahsiakan atas faktor keselamatan,” katanya kepada Keadilan Daily.
William berkata, pihak ICAC juga menghubunginya baru-baru ini meminta dokumen siasatan tambahan.
“ICAC pernah hubungi saya untuk mendapatkan beberapa laporan dan dokumen baharu. Semua maklumat yang diminta sudah saya hantar,” jelas beliau.
Bagaimanapun katanya, maklumat berkaitan dokumen tersebut tidak boleh didedah ekoran permintaan ICAC supaya ia dirahsiakan.
Sementara itu, Lajim ketika dihubungi mengesahkan ICAC telah memanggil beliau untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.
Katanya tarikh untuknya ke sana setakat ini belum diputuskan ICAC.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini membongkar skandal RM40 juta Umno Sabah melibatkan Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman dan taikun balak, Michael Chia.
Chia ditahan di Lapangan Terbang Hong Kong pada 2008 kerana menyeludup wang tersebut.
Pada November tahun lepas, Rafizi bersama delegasi KEADILAN termasuk William dua kali ke Hong Kong untuk bertemu ICAC.

Rombongan KEADILAN di depan bangunan ICAC 21 November lalu.
Mereka menyerahkan bukti transaksi berhubung kes itu termasuk keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Chia (iaitu Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd).
Turut diserahkan, akuan bersumpah oleh Lajim yang menafikan bahawa wang RM40 juta adalah derma politik kepada Umno kerana ia tidak pernah diumum kepada pengurusan Umno Pusat atau Umno Sabah, yang dipandang serius oleh ICAC.
“Kita tahu ICAC Hong Kong sedang siasat. Kes ini masih berjalan walaupun ada laporan kata sudah tutup. Mereka (ICAC) tidak beritahu media arus perdana bahawa kes ini dalam siasatan bertujuan melindungi kerahsiaan siasatan.
“Rahsia ini akan terjawab bila sampai masanya. Siapa yang bersalah akan dipertanggungjawab. Kita tunggu hasil siasatan itu,” ujar William yang juga Bendahari Agung KEADILAN.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43617

136 comments:

Anonymous said...

KEPUTUSAN LAJIM DIPENGARUHI PERANG PSIKOLOGI PAKATAN PEMBANGKANG - SALLEH

Keputusan bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin untuk meletakkan semua jawatan dalam parti didakwa kerana terpengaruh dengan perang psikologi pakatan pembangkang yang kononnya akan membentuk kerajaan akan datang selepas pilihan raya umum akan datang.

Anonymous said...

KEPUTUSAN LAJIM DIPENGARUHI PERANG PSIKOLOGI PAKATAN PEMBANGKANG - SALLEH

Menyifatkan keyakinan pakatan pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka itu hanya sekadar propaganda politik, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata peletakan jawatan oleh Lajim tidak ada kena mengena dengan masalah dalaman Umno negeri.

"Saya percaya beliau (Lajim) tidak mahu terlepas peluang...sebab itu kenapa beliau cuba mencari sebab untuk misinya itu, tetapi bagi saya, apa yang dijanjikan pakatan hanyalah satu harapan atau impian sahaja," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Anonymous said...

KEPUTUSAN LAJIM DIPENGARUHI PERANG PSIKOLOGI PAKATAN PEMBANGKANG - SALLEH

Lajim sebelum ini mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta merta. Bagaimanapun, beliau memilih untuk kekal sebagai anggota Umno dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik sebagai berkata "apa yang berlaku merupakan isu dalaman yang bersifat peribadi membabitkan Lajim dan orang tertentu dalam kancah politik negeri. Ia tidak sewajarnya dikaitkan dengan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya".

Anonymous said...

KEPUTUSAN LAJIM DIPENGARUHI PERANG PSIKOLOGI PAKATAN PEMBANGKANG - SALLEH

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan juga dipetik sebagai berkata keputusan Lajim untuk keluar daripada BN lebih kepada masalah peribadi.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata pucuk pimpinan negeri sentiasa bersikap terbuka kepada perbincangan mengenai bagaimana untuk memperkukuhkan parti dan setiap orang perlu memainkan peranan.

"Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah (Datuk Seri Musa Aman) amat terbuka dan sedia berbincang. Bagaimanapun, parti mesti menolak pemimpin yang mahu mempertaruhkannya.

Anonymous said...

KEPUTUSAN LAJIM DIPENGARUHI PERANG PSIKOLOGI PAKATAN PEMBANGKANG - SALLEH

"Perkiraan politik Lajim adalah silap. Semua kajian yang dijalankan profesional menunjukkan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di tahap selesa," katanya dan menurutnya keputusan Lajim itu tidak akan menjejaskan kekuatan BN di negeri ini.

Bekas ketua menteri itu berkata: "InsyaAllah, populariti Najib akan dapat menerajui BN memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang".

Salleh berkata Umno dan BN sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Anonymous said...

Serangan Lajim Lebih Bersifat Dendam Politik Untuk Agenda Peribadi: Salleh


“Kerajaan negeri sudah tentu mengharapkan manfaat yang lebih besar, tetapi kita kena akur juga mengenai sumbangan kerajaan Pusat dalam bidang-bidang lain, selain mengambil kira kepentingan dan kesamaratan dalam sebuah Persekutuan.

“Rakyat Sabah mahukan kestabilan politik Negara dan terus menikmati hasil pembangunan dan transformasi yang dilakukan oleh Kerajaan”, katanya.

Justeru, beliau percaya Datuk Seri Najib adalah pilihan Rakyat Sabah untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Anda mungkin juga memi

Anonymous said...

Lajim Ukin, seorang pemimpin Islam Sabah, baru-baru ini telah meletakkan semua jawatanya dalam Umno (tetapi kekal sebagai ahli Umno) dalam satu upacara yang meriah dan penuh adat istiadat. Beliau menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat dan akibat daripada itu, beliau telah disingkir dari Kabinet.

Anonymous said...

Tindakan Lajim itu dikatakan akan menjadi pencetus kepada ramai lagi orang-orang Islam Sabah menyokong Pakatan.

Anonymous said...

Mengapa saya tekankan “pemimpin Islam” dalam para diatas? Senang saja. Sejak Sabah mendapat kemerdekaan dari Britain hampir 50 tahun lalu, penduduk Cina telah merosot dari 23% kepada hanya 9.11%. Oleh itu, Cina tidak lagi dianggap penting di Sabah kecuali dibeberapa kawasan bandar, sama seperti di Semenanjung.

Anonymous said...

Kadazan-Dusun sebelum ini merupakan kumpulan terbesar (32%) tetapi sekarang bukan lagi majoriti di Sabah. Melayu, yang mana sebelum ini hanya sekadar 0.4% telah bertambah kepada 5.71% sementara Bumiputera dan orang-orang Islam lainnya telah bertambah dari 15.8% kepada 20.56%. Oleh itu, Melayu/Bumiputera/Muslim sekarang ini merupakan 1/4 daripada jumlah penduduk Sabah manakala yang bukan rakyat Malaysia pula berjumlah 27.81%.

Anonymous said...

Setengah orang mengatakan ini adalah penjajahan ikut pintu belakang. Walauapapun, apa yang penting ialah rakyat tempatan tidak lagi menjadi majoriti seperti sebelum Merdeka. Melayu/Bumiputera/Muslim sekarang merupakan majoriti, malah bukan rakyat Malaysia yang kebanyakanya Muslim jauh lebih ramai..yang mana boleh diberikan taraf kerakyatan bila-bila masa saja diperlukan.

Anonymous said...

Sekarang anda tau mengapa saya tabik kepada Umno? Sama ada suka atau tidak, Umno jauh lebih bijak. (ataupun lebih licik)

Anonymous said...

Oleh itu, pemimpin Islam terkemuka seperti Lajim Ukin sangat penting bagi PKR danPakatan Rakyat sekiranya mereka mahu mengambil alih Sabah. Itu sebabnya mengapa begitu ramai yang gembira apabila Lajim dan beberapa rakanya membuat pengumuman untuk menyertai pembangkang. Tiba-tiba saja, peluang untuk ke Putrajaya semakin cerah.

Anonymous said...

Tapi Lajim membuat permintaan yang keterlaluan. Selain dari wang tunai, dia juga mahu membayar hutang-hutangnya, dia juga mahu menjadi salah seorang daripada Timbalan Perdana Menteri sekiranya/apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Dan sekiranya tidak dapat ditunaikan, dia mahu sekurang-kurangnya menjadi Ketua Menteri Sabah.

Anonymous said...

Ini menimbulkan masalah kepada Anwar sebab Anwar sudahpun menjanjikan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada orang lain. Malah Anwar telah menjanjikan jawatan tersebut kepada beberapa orang lain. Oleh itu, sekiranya Pakatan Rakyat menawan Sabah, dan orang-orang yang ditawarkan jawatan ini memenangi kerusi masing-masing..kemungkin Sabah akan mengamalkan penggiliran jawatan ketua Menteri supaya setiap orang boleh menjadi Ketua Menteri dan memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM100 juta setahun.

jeremy said...

lajim ukin kini di penghujung karier politik...bila2 masa akan terkubur...

jeremy said...

apa yang pasti rakyat tahu bahawa pembangkang kini dalam keadaan yang terdesak dan sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan sokongan rakyat..

Anonymous said...

So? Is this going to shake our belief?

kennedy said...

apa2 pun yang pembangkang cakap mengenai isu ini tidak penting...jadi rakyat jangan percaya kata2 pembangkang..

cil said...

Lajim lagi muncul mahu jadi hero lah ni konon.

cil said...

pembangkan asyik mainkan isu yang sama berulang kali menyebabkan rakyat jadi bosan.

cil said...

pembangkang dapat maklumat ini dari mana ya? adakah rafizi ni setanding james bond? hehehehe

cil said...

sebelum ini pun, Lajim menang atas tiket BN.

cil said...

tidak mustahil lepas ni lajim lompat parti lagi.

Anonymous said...

Wahai orang Sabah, kamu telah di tipu oleh pemimpin dari umno. Jom tukar haluan kamu dengan Pakatan Rakyat INSYA ALLAH. Kalau Datuk Sri Anuar ditudoh berulang ulang tentu itu tak betul.Jangan percaya kan semua tudohan itu kerana senjata umno adalah fitnah.Dalam sejarah yang nak buat baik itu sentiasa dicemburi syaitan.

terrorist said...

Buang Masa: Rafizi serahkan dokumen palsu atau recycle?
JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Delegasi Keadilan telah mengadakan pertemuan dan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 13 Disember 2012. Bukti-bukti dan dokumen juga telah diserahkan kepada ICAC dalam pertemuan tersebut.

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Semasa pertemuan itu, Rafizi kononnya begitu yakin bahawa bukti-bukti dan dokumen yang diserahkan, termasuklah keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Michael Chia merupakan bukti baru yang belum diperolehi oleh ICAC. Begitu juga dengan akuan bersumpah oleh Dato’ Seri Lajim Ukin yang menafikan bahawa wang RM40 juta itu adalah derma politik kepada Umno.

Anonymous said...

api Lajim tak boleh dijadikan Ketua Menteri Sabah, jauh sekali menjadi Timbalan Perdana Menteri. Bukan sebab jawatan tersebut telah dijanjikan kepada orang lain tetapi kerana Lajim menjadi liabiliti kerana mempunyai banyak skandal. Dan skandal ini akan didedahkan sebaik saja Penamaan Calon dibuat dalam PRU 13 nanti. Oleh itu, adalah lebih baik kami dedahkan sekarang sebelum orang lain buat.

Anonymous said...

Sebenarnya, sebab mengapa Lajim meletakkan jawatanya dari Umno (tetapi tidak sebagai ahli Umno) adalah kerana skandal yang bakal meletup. Oleh itu, dia tidak lagi mempunyai masa depan dalam Umno dalam PRU akan datang. Dan skandal ini melibat seorang yang saya panggil Mr. W.

Anonymous said...

Pada tahun 2007, sebelum PRU 2008, Lajim telah menjanjikan kontrak bernilai RM50 juta untuk membina Kolej Islam di Beaufort tetapi dia meminta Mr. W supaya membayar komisyen pendahuluan untuk digunakan untuk tabung pilihanraya PRU 12

Anonymous said...

Sejak lima tahun lalu, Mr. W telah membayar RM8 juta kepada Lajim.Walaubagaimanapun, Mr. W tidak mendapat apa-apa projek. Apa yang diterima oleh Mr. W ialah 55 keping cek yang tidak bertarikh berjumlah RM3 juta. Tapi semua cek ini tidak bernilai dan Mr. W menjadi marah dan menyedari dia tidak akan mendapat projek tersebut..ataupun wangnya dikembalikan.

Anonymous said...

Ketua Menteri Musa Aman mengetahui skandal ini dan oleh sebab itu, Lajim digugurkan daripada menjadi calon dalam PRU nanti. Menyedari masa depanya yang gelap, Lajim tiba-tiba membuat keputusan untuk menyertai pembangkang yang berjuang untuk perubahan.

Anonymous said...

Pelik. Ramai politikus BN yang tidak lagi mendapat tempat dalam kerajaan..tiba-tiba timbul kesedaran dan menyertai pembangkang untuk melakukan perubahan. Mengapa kesedaran ini tidak timbul ketika mereka menyapu jutaan ringgit semasa dalam BN?

Anonymous said...

Sementara Penaja Kewangan Lajim, seorang rakyat Brunei yang berhijrah ke Sabah dikenali sebagai Mr. W, Lajim sendiri dikenali sebagai Mr. J. “J” bermaksud “jackpot”. Kaitan Mr. W dengan Mr. J sudah bermula sejak Lajim masih dalam Usno lagi. Dan Mr. W telah membantu karier politik Lajim selama ini dengan menyediakan bantuan kewangan. Tapi Lajim mempunyai satu sifat ketagihan yang serius iaitu berjudi. (Ironisnya, dia dianggap pemimpin Islam).

Anonymous said...

Mr. W telah membantu Lajim keluar dari masalah sudah banyak kali. Pernah satu masa, Lajim berhutang kepada Ah Long sejumlah RM800,000 dan dia terpaksa menggadaikan dua jam Rolex emasnya untuk membayar hutang tersebut.

Anonymous said...

Untuk menambahkan peritnya, projek RM50 juta untuk membina Kolej Islam itu sebenarnya tidak wujud. Dan Mr. W tidak lagi mahu membantu Lajim. (Dan itu sebabnya mengapa Lajim mencari seorang penaja baru …cuba teka siapa!)

Anonymous said...

Sebenarnya, Mr. W mahu wangnya dikembalikan dan sekiranya tidak, dia akan mendedahkan perkara ini. Dan oleh sebab itu, Umno tidak mahu lagi mencalonkan Lajim dalam PRU akan datang. Dan sebab itu juga secara tiba-tiba, Lajim “tersedar” dan menyertai pembangkang untuk membuat perubahan…keadilan, ketelusan, kebertanggungjawaban, memerangi rasuah, penyelewengan kuasa…dan macam-macam lagi.

Anonymous said...

Aku tak mau nak mengulang apa yang aku cakap sejak 2008 yang mana aku mahu memastikan bahawa Pakatan Rakyat meletakkan calon-calon yang bersih dalam PRU nanti. Kalau mereka mahu meletakkan Lajim..biarkan… dan kita tengok Pakatan Rakyat akan tumbang di Sabah nanti. Malaysia Timur menjadi penentu untuk ke Putrajaya dan Pakatan tidak akan berjaya ke Putrajaya sekiranya gagal di Sabah dan Sarawak.

Anonymous said...

Jadi…dengan meletakkan Lajim dan kuncu-kuncunya sebagai rakan Pakatan di Sabah hanya akan memastikan BN terus kekal berkuasa. Kemudian, sehari selepas hari mengundi, aku boleh tulis dengan bangganya..”aku dah kata.”

Anonymous said...

Anwar…Anwar…apa ni? Aku tau la hang nak jadi Perdana Menteri. Tapi cara ini hanya akan menggagalkan impian itu. Seperti kata pepatah Melayu..pasai apa nak buang penyamun..dan kemudian pilih lanun? Kita dah kata kita mahukan perubahan. Perubahan bermakna kepada yang lebih baik…bukan kepada yang lebih buruk.

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Melalui jawapan ICAC ini, maka dengan sendirinya Rafizi Ramli berjaya menambahkan lagi rekod terkantoi beliau sepanjang berkecimpung dalam bidang politik.

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Belumpun reda Rafizi dikantoikan oleh Deepak berhubung isu cincin RM13 juta, kini datang pula jawapan ICAC yang mengesahkan bahawa skandal Hong Kong yang dimomokkan pembangkang selama ini hanya pembohongan semata-mata.

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Berkenaan dengan isu cincin RM13 juta, kata Rafizi, bukti(dokumen) yang diperolehinya adalah daripada Deepak. Tapi kemudian, Deepak menyatakan bahawa Rafizi berbohong, bahkan dia tidak pernah pun berjumpa dengan Rafizi Ramli.

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Mungkinkah, dokumen yang diserahkan oleh Rafizi kepada ICAC juga adalah palsu (sama seperti isu cincin RM13 juta)? Jika di Malaysia dia boleh gunakan nama Deepak untuk melancarkan pembohongan dan fitnah beliau, apatah lagi di Hong Kong yang mana pegawai-pegawai ICAC tidak pernah mengikuti sebarang perkembangan politik di negara ini?

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Patutlah Rafizi hanya memerlukan tempoh 3 minggu untuk menyerahkan dokumen-dokumen "baru" itu kepada ICAC, sedangkan ICAC menyiasat kes ini bertahun-tahun malah meluangkan masa sebulan di Sabah untuk menjalankan siasatan namun tetap tidak menemui sebarang bukti-bukti kukuh.

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Hanya ada dua cara bagaimana Rafizi boleh mengemukakan bukti-bukti "baru" itu dengan pantas, iaitu pertama menggunakan dokumen kitar semula, dan yang kedua ialah mencipta sendiri dokumen itu menggunakan teknologi sedia ada.

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Tidak mustahil Rafizi sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan "bos" beliau dapat merasai kerusi empuk Perdana Menteri. Malah, Rafizi tidak gentar sama sekali jika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memfitnah kerana Khalid Ibrahim sedia bermurah hati menggunakan dana awam untuk membiayai kos guaman beliau.

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Memandangkan Pilihanraya Umum sudah semakin hampir, Bullet yakin bahawa Rafizi tidak akan berhenti disini sahaja. Kita tunggu sajalah lepas ni apa lagi yang dia mahu pusing.. tuduh ICAC bersekongkol dengan Musa Aman? Tuduh ICAC dibayar oleh kerajaan BN? Yang pasti Rafizi tidak akan berhenti berbohong selagi kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap penjenayah ini.

terrorist said...

RM40 juta: Rafizi tersungkur, William ganti
JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Senyap seketika isu RM40 juta selepas Rafizi Ramli jatuh tersungkur beberapa kali. Tapi seperti yang dijangka, pembangkang tidak akan berputus-asa bermain dengan persepsi selagi Anwar Ibrahim belum dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Kali ini giliran William Leong pula memikul tanggungjawab meneruskan pembohongan dan fitnah bagi memastikan kesinambungan isu RM40 juta tidak berhenti setakat 9 January 2013.

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Jika Rafizi boleh nafikan laporan New Straits Times yang mengatakan bahawa siasatan terhadap Musa telah digugurkan hanya dengan bermodalkan kerahsiaan butiran siasatan dan status siasatan, bagaimana pula dengan kenyataan William Leong? Adakah konsep Kerahsiaan Siasatan hanya boleh diguna-pakai bila siasatan ICAC memihak kepada mangsa fitnah Pakatan Pembangkang?

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Lebih malang lagi apabila kenyataan William, jika kita susuri satu-persatu, ternyata amat bertentangan dengan makna Kerahsiaan Siasatan.

“Antara saksi yang akan dipanggil adalah Datuk Lajim. Cuma kini ICAC belum tetapkan tarikhnya lagi. Tapi ia tidak terlalu lama, mungkin Februari ini."

“Seorang lagi saksi turut akan dipanggil ICAC untuk beri keterangan berhubung skandal itu yang kami rahsiakan atas faktor keselamatan,”

“ICAC pernah hubungi saya untuk mendapatkan beberapa laporan dan dokumen baharu. Semua maklumat yang diminta sudah saya hantar,”

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Selepas William mendedahkan perkembangan terkini atau maklumat siasatan seperti diatas, menyusul pula kenyataan BODOH beliau seperti di bawah:

“Kita tahu ICAC Hong Kong sedang siasat. Kes ini masih berjalan walaupun ada laporan kata sudah tutup. Mereka (ICAC) tidak beritahu media arus perdana bahawa kes ini dalam siasatan bertujuan melindungi kerahsiaan siasatan."

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Jika ICAC mahu melindungi kerahsiaan siasatan, jangankan media arus perdana, dengan ahli-ahli politik sekalipun jangan harap berpeluang mempolitikkan hasil siasatan ICAC. Amat dangkal kenyataan William Leong apabila beliau mengatakan bahawa ICAC tidak akan memberitahu kepada media bahawa kes itu sedang berjalan sedangkan apa yang dilaporkan NST sebelum ini adalah kes itu sudah digugurkan.

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Seperkara lagi, bukankah William Leong sendiri yang mendedahkan kepada media bahawa siasatan sedang berjalan?? Bukankah William Leong sendiri yang mendedahkan kepada media bahawa Lajim akan dipanggil, dokumen sudah diserahkan dan sebagainya??

Siapa yang cuba mencabuli Kerahsiaan Siasatan disini???

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Timbul juga persoalan berkenaan dengan sikap berdiam diri Rafizi Ramli. Bukankah dia yang berkobar-kobar mahu membuktikan skandal RM40 juta ini benar-benar melibatkan orang-orang yang dia benci? Memandangkan Rafizi bertanggungjawab mengetuai delegasi KEADILAN ke Hong Kong, kenapa bukan dia saja yang dihubungi oleh ICAC?

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Adakah ICAC sudah tidak mempercayai Rafizi ekoran tindakan Rafizi yang gemar mempolitikkan apa sahaja perkembangan kes ini? atau, adakah Rafizi sedang tercungap-cungap menanggung penat lelah selepas membohong tanpa henti sejak menyertai Pakatan? atau, memang benar Rafizi sudah jatuh tersungkur selepas semua pembohongan beliau berjaya dipatahkan secara semulajadi tanpa perlu pemimpin-pemimpin BN bekerja keras?

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

Walau apapun jawapannya, kesungguhan membohong pembangkang hari ini bolehlah kita samakan dengan acara Lari Berganti-Ganti, cuma dalam politik kita tukar namanya kepada acara Membohong Berganti-Ganti.. Inilah istilah yang paling sesuai bagi mengambarkan sifat semulajadi pembangkang hari ini yang tidak pernah jemu membohong selagi hasrat mereka mahu merampas kerajaan belum tercapai.

terrorist said...

JANGAN TERMAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.. ICAC SUDAH KATA SIASATAN DIGUGURKAN..

"Apa agaknya reaksi ICAC bila saksi yang mereka panggil itu pernah membeli "surat cinta" berharga RM50,000?"

Anonymous said...

Presidennya, Zulkarnain Mahdar membuat gesaan itu hanya beberapa hari selepas membuat laporan dengan SPRM berhubung pembelian surat cinta Anwar kepada isterinya, yang telah dibeli oleh Lajim. lajim perlu disiasat.

Anonymous said...

Hebat sungguh PKR berusaha untuk mengenakan pemimpin-pemimpin UMNO-BN.
Tapi jangan diri sendiri pula yang tersungkur.

Anonymous said...

sebagai seorang figura masyarakat, Lajim harus dapat menjelaskan perkara itu, khususnya jika pembelian surat cinta itu dibuat menggunakan wang pembayar cukai.

Anonymous said...

Jika Lajim adalah seorang ahli perniagaan, maka perkara mengenai bagaimana dia membelanjakan wangnya terpulang kepadanya sendiri

Anonymous said...

Surat itu dibeli oleh Lajim dalam satu lelongan menggumpul dana dalam Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Shah Alam, pada 29 September tahun lepas, yang mengandungi mesej pemimpin pembangkang, Anwar, kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah, ketika dia berada dalam penjara.

Anonymous said...

Zulkarnain berkata dia juga telah mengeluarkan surat kepada Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan menuntut beliau memulangkan wang itu, yang beliau kata dapat dimanfaatkan, jika ia dapat dibelanjakan untuk penduduk di Beaufort.

Anonymous said...

ada satu kes yang sudah sangat lama dan sehingga sekarang, tiada sebarang siasatan, tindakan mahupun perbicaraan dibuat. Kes tersebut melibatkan penyelewengan dan rompakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu bergelar Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Anonymous said...

wang itu akan dibelanjakan dengan baik jika ia diberikan kepada mereka yang memerlukan. pembelian itu tidak harus dibuat oleh mana-mana wakil dipilih, sekalipun "surat cinta" itu mempunyai nilai sentimental.

mantera said...

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin membuat Akuan Bersumpah dengan mendakwa pemimpin BN Sabah telah menggunakan balak untuk kekayaan ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah.

Anonymous said...

Jumlah penyelewengan Anwar pula adalah sebanyak RM3 bilion... jumlah yang sangat besar berbanding tuduhan yang dilemparkan kepada Musa Aman mahupun Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Unknown said...

Berita yang baru kami terima daripada orang kanan Datuk Lajim Ukin (Lajim), bahawa Lajim dipaksa Anwar untuk membeli surat penjara anwar kepada Wan Azizah. Lajim belum membayar wang itu,Lajim hanya bersetuju beli atas pentas politik, tetapi pembayarannya dibayar dengan cek kosong.

Unknown said...

Menurut orang kanan Lajim, dia dipaksa Anwar untuk membeli surat tersebut jika mahu dicalonkan oleh PR dann jika mahu dibantu semasa PRU13 kelak.

Unknown said...

Inilah kelemahan Lajim, takut dengan ugutan, apatah lagi ugutan itu dari Anwar sendiri.

Unknown said...

Semua orang tahu sebab Lajim keluar UMNO kerana tidak dapat projek di Beoufort.

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

malah Lajim juga marah-marah kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya kerana projek-projek yang diharap-harapkan di Beoufort tidak sampai-sampai.

Unknown said...

Sehingga di hari-hari terakhir Lajim masih mengharap. Macammana juga kalau Lajim boros untuk kepentingan sendiri.

Unknown said...

Lajim kini semakin terperangkap dan diperangkap, di mana nak cari RM50,000...

Unknown said...

Khabar dari Beoufort, Penduduk Beoufort terkejut dengan kegilaan Lajim dan ketakutan Lajim membeli surat tak bererti kepada penduduk Beoufort itu.

Unknown said...

Lawatan mendapati Penduduk Kampung Suasa, kampung Pintas, Kampung Padas, Kampung Berangkok dan banyak lagi meluahkan rasa marah dengan berita itu.

Unknown said...

Berita yang baru diterima dari Sabah memaklumkan, kegagalan Lajim membawa masuk YB-YB UMNO dan BN ke dalam Sabah Front dan seterusnya menyokong Anwar telah membuatkan Anwar kembali melenting dan membuli Lajim.

arthur said...

kalau lajim diletakkan sebagai calon PR pada pru13 nanti, pasti akan kalah...anwar hanya mempergunakan lajim untuk mendapatkan sokongan dan undi pengikut2 lajim ukin.

arthur said...

sekarang isu ini dimainkan semula oleh pembangkang berikutan pembangkang sudah ketandusan isu dan tercabar dengan laporan NST sebelum ini...jadi skrip baru ini diolah untuk memastikan isu ini terus kekal relevan dimainkan untuk menghadapi pru13..

arthur said...

jika diteliti, sekarang rafizi seperti senyap...tidak seperti sebelum ini di mana dia begitu lantang bersuara di sana sini siap dengan sidang media berhubung dengan isu ini...jangan2 memang sudah kantoi...

Anonymous said...

Everything we have now all thanks to BN

Anonymous said...

Perbalahan yang tiada henti tidak akan memberi manfaat kepada mana2 pihak

Anonymous said...

Pihak pembangkang boleh teruskan ancaman mereka terhadap BN kerana rakyat tidak akan terpengaruh.

Anonymous said...

Cerita yang diulang berulang kali tapi tidak ada hasil. x bosan ka pihak pembangkang?

Anonymous said...

serangan yang berterusan terhadap BN tetapi tidak ada bukti yang kukuh

sam said...

Kita tunggu sahaja hasil siasatan dari ICAC...

akulah said...

Siapa yang bersalah akan dipertanggungjawab

saini said...

betul, rahsia ini akan terjawab uga bila sampai masanya.

Anonymous said...

jika ini adalah siasatan rahsia dari ICAC, mengapakah pembangkang mahu memberitahu perkara ini secara umum?

mandy said...

opposition is now trying to raise speculation ...

mandy said...

maybe this may be how the opposition is trying to mislead the people of Sabah ...

mandy said...

perhaps, opposition could now in a desperate situation?

mandy said...

and they willing to do anything to get the support of the people ..?

Anonymous said...

be careful..the opposition is full of trick ...

aini said...

if Lajim telling the truth, why did he not tell the truth from last time ?

aini said...

jikalau begitu, bukankah Lajim juga telah menipu rakyat selama ini?

aini said...

jika benar kerajaan selama ini telah 'memakan' duit rakyat, maka, Lajim juga telah bersekongkol dengan kegiatan ini selama ini...

Anonymous said...

yes, this show Lajim also not telling the truth

Anonymous said...

Opposition only knows how to aggravate the situation

maz said...

I think the opposition is now trying to attack the government with slanders.

maz said...

Looking out for the fact, the people of Sabah know within their hearts the truth of this matter.

Anonymous said...

Regardless of what they say the people still support BN government.

Ren said...

Anwar juga berjanji akan memberikan 20 peratus royaliti minyak kepada Sabah, jika Pakatan Rakyat mampu merampas Putrajaya.

Anonymous said...

Lepas ni apa lagi yang akan pembangkang lakukan?

gravin said...

Kalau Lajim bertanding, mampukah beliau mendapatkan sokongan rakyat?

Anonymous said...

Pilihan raya tak lama lagi jadi semua ni jadi tak penting after kita tahu siapa pilihan rakyat.

Anonymous said...

Apapun, kita nantikan bersama keputusan PRU nanti.

Anonymous said...

Rakyat patut berhati-hati dalam mmebuat penilaian jangan sampai tersalah undi.

hai said...

nampak seperti ada saja yang mahu cai publisiti guna isu ini.

hai said...

sebut pasal Lajim pasti ingat pasal lompat parti.

hai said...

rata-rata orang berpendapat isu-isu macam ini hangat kerana pilihanraya sudah dekat.

hai said...

pada pilihan raya nanti, parti yang terbaik pasti akan diundi oleh rakyat.

hai said...

apa pun, yang penting setiap parti haruslah mengutamakan rakyat.

Anonymous said...

Tindakan Anwar Ibrahim memujuk wakil rakyat Barisan Nasional menyertai pembangkang dalam peristiwa 16 September 2008 adalah sebuah bentuk rasuah

Anonymous said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia dianggap sebagai antara beberapa negara yang menyinar dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang.

Anonymous said...

in politics nothing is impossible.

Anonymous said...

I cannot wait to see what happens next.

Anonymous said...

Apabila keadaan politik tenang, Najib sukar sudah untuk digertak, atas sebab itu, Najib sanggup kehilangan Lajim, apabila MP Beaufort itu mendesak Najib, agar Musa Aman diganti sebagi Ketua Menteri Sabah. Bukan sahaja Najib menolak mentah desakan Lajim itu, malah menegaskan, Musa akan tetap menjadi Ketua Menteri Sabah selepas PRU-13.

Anonymous said...

Both former Barisan Nasional (BN) leaders, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin and Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, are not sincere in their political struggle as they have not officially announced which party they are joining in Pakatan Rakyat

Anonymous said...

Kalau nak panggil Lajim Ukin membuat kenyataan, baik Wilfred Bumburing dipanggil juga.

Anonymous said...

Ada percanggahan kenyataan antara Wilfred Bumburing dengan Lajim Ukin, tidak tahu siapa sebenarnya yang cakap benar.

Anonymous said...

Wilfred Bumburing pernah berkata beliau tahu UMNO Sabah menerima sumbangan politik, tapi Lajim berkata lain.

Anonymous said...

Diharapkan ICAC akan mengambil keterangan dua-dua orang bekas pemimpin UMNO ini untuk bantuan siasatan supaya adil.

Anonymous said...

Yang lain, kita serah ja kepada Hong Kong ICAC untuk membuat keputusan.

Anonymous said...

Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman told English-language mainstream media on Wednesday not to play up the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants.

Anonymous said...

The RCI, which began on Monday, has seen former government officials revealing how predominantly Filipino and Indonesian immigrants were given blue identity cards or other documents enabling them to vote in the 1994 state election.

Anonymous said...


“It was a request not to play up too much,” a source who did not want to be named for fear of losing his job told The Malaysian Insider today.

“They’re worried of the backlash,” he added.

Anonymous said...

The source said that Musa had made the request at a meeting with state media comprising representatives from New Sabah Times, Daily Express, The Borneo Post, and Barisan Nasional (BN)-controlled newspapers New Straits Times (NST) and The Star, as well as national news agency Bernama.

Anonymous said...

On Wednesday, former Sabah National Registration Department (NRD) director Ramli Kamarudin told the RCI that the late Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, who was then the deputy home minister, had instructed him to provide immigrants with temporary documents that allowed them to vote in the 1994 state election.

Anonymous said...


The Election Commission (EC) had also instructed Sabah NRD to change the names of 16,000 Indonesian and Filipino immigrants in Sabah and to give them identity cards to increase the number of Muslim voters, according to former Sabah NRD deputy director Mohd Nasir Sugip, who testified on Wednesday.

Anonymous said...

But PBS was forced out of government just months after the election when several PBS representatives defected to BN.

Anonymous said...

The Star’s article on the RCI headlined “’No orders from bosses’” is buried in the middle of today’s newspaper.

Anonymous said...

The NST’s report today on the RCI is headlined “Ex-NRD director: G17 did not exist”, referring to an alleged unit in the NRD that provided identity cards to illegal immigrants.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive