SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu menjaga anak.
Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat adik ipar yang jelita dan bertubuh seksi serta berbaju tidur nipis masuk ke bilik saya.
Buat pengetahuan Dang Setia, sememangnya rutin setiap pagi adik ipar masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya yang bertugas sebagai guru pergi ke tempat kerja.
Saya yang bekerja sendiri, akan ke tempat kerja jam 10 pagi. Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar pada setiap hari. Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik saya.
Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya dengan berbaju tidur nipis yang pendek dan seksi, membuatkan saya gagal mengawal nafsu. Pada mulanya saya bergurau dengan mengajak adik ipar berbaring di sebelah.
Kini saya bimbang perlakuan kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan mula ketagih seks. Malah, dia mengajak saya melakukan seks oral walau isteri ada di rumah.
Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila isteri mandi. Jika saya tidak melayan, dia menghantar MMS bogel dan ini membuatkan saya tewas.
Saya tidur lewat dengan alasan ingin menonton bola untuk memuaskan nafsu adik ipar. Namun, saya menyesal dan bersalah terhadap isteri yang menyayangi saya sepenuh jiwa.
Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai cara saya lakukan untuk hentikan semua ini daripada berlarutan, termasuk cuba menghantar adik ipar ke kampung.
Namun, isteri sentiasa membangkang dengan alasan lebih selamat jika anak kami dijaga adik ipar. Saya buntu dan tertekan selagi tidak dapat mengatasi masalah ini.
SUAMI TERTEKAN
Johor Bahru
JAWAPAN
Memang tidak dapat dinafikan saudara bukan Nabi Yusuf a.s yang mampu menepis godaan nafsu wanita secantik Zulaikha tetapi tidak pula bermaksud saudara perlu hanyut dan tenggelam dalam arus nafsu.
Malah, terang dan jelas Allah SWT berfirman dalam al-Quran betapa padah jika terlalu akur mengikut kemahuan bernafsu yang berbunyi: “Sesungguhnya nafsu itu selalu mengajak manusia pada kejahatan.” [Yusuf: 53]
Tambahan pula tindakan mengajak adik ipar seolah-olah menyalakan sumbu api bakal membakar saudara perlahan-lahan dalam bara nafsu.
Lebih mengecewakan, Dang Setia tidak sangka saudara berani memilih teman berasmara daripada kalangan darah daging isteri saudara. Tidak tergambar betapa hancurnya hati isteri seandainya dia mengetahui hal sebenar.
Cuba bayangkan saudara di tempat isteri, mampukah saudara memaafkan tindakan curang seperti saudara lakukan apabila si pelakunya ialah isteri dan saudara lelaki.
Segeralah bertaubat dengan memohon keampunan kepada Allah. Diharap saudara masih ada kesempatan memelihara rumah tangga.
Saudara sendiri mengakui isteri sangat menyayangi saudara. Hargailah isteri dan cukuplah setakat ini saudara berkelakuan curang.
Ambil tindakan segera dengan mengabaikan segala panggilan dan SMS daripada adik ipar. Jangan tempatkan diri dalam situasi berdua-duaan dengan adik ipar.
Jika usaha mengelak tidak difahami adik ipar, saudara perlu bertanggungjawab dengan memperbetulkan kembali kesalahan. Saudara perlu berterus terang dengan adik ipar bahawa saudara tidak mahu lagi menjalin hubungan sulit kerana rasa bersalah.
Malah, jika masih bimbang dengan gangguan adik ipar, saudara perlu berbincang dengan isteri kemungkinan berlaku perkara tidak baik jika terus membiarkan adik ipar kekal tinggal di rumah saudara. Insya-Allah, saudara mampu tangani masalah ini sebelum terlewat.
14 comments:
aku ingat cerita2 begini hanya fantasi.. atau kisah2 rekaan apabila dibaca di laman2/blog2 lucah...
rupanya.. ada juga kejadian2 sebenar yg benar2 terjadi..
apa kes ni..?
kenapa xnikah kawin je.. dgn ipar tu..?
agama melarang...?
peduli apa dgn adat dan agama... asalkan ada surat nikah.. dan asalkan disahkan sbagai suami isteri...
atau ceraikan sj isteri tu...
berganti tikar..
atau sengaja mencari masalah dan bala... sengaja ingin menambahkan lagi statistik anak luar nikah yg direkodkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ..
cantiklah tu
VEBCASTS - Listen web Radio Watching web TV, Tv Online. Watch Over 3000 Online TV Channels And 6500 Radio Stations Free For Around In The Wold clik to watching
>CLIKC TO WATCHING<
Listen Hindi radio click ,watching live movie ,live international radio,indo radio.usa radio and more ,LIVE MOVIE ,LIVE SPOTS,LIVE HINDI RADIO ,HINDI MOVIE ,AXN LIVE ,STAR MOVIE LIVE ,MAX CHANNEL LIVE LIVE UNTERNATIONAL RADIO AND TV BROADCASTER
MALAYSIA TV ONLINE >> http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
MALAYSIA RADIO ONLINE >> http://vecasts.blogspot.com/2011/11/listen-malaysia-radio-online-live-radio.html
mengapa biarkan adik ipar ambil anak dlm bilik pasangan..?itu yang perlu dicegah dari awal. Adik ipar kena menghormati privacy bilik tidur kakaknya yang sudah bersuami...
Wahai anonymous 11:19 AM...dalam Islam, haram mengumpul 2 beradik dalam satu perkahwinan....buat apa pun mesti berdasarkan syariat Islam...ada faham ka
anoy yg 1st komen mcm bodo la....
tu la ... tanye dulu la org alim ... masalah ni... ni tak... pakai logik akal sekular memang mcm bangang...
-belantara hutan
saya sempati dengan masaalah yang dihadapi tuan , sempati saya ini bukan alang kepalangnya lagi, jarang jarang kita dengar sesorng ditimpa musibah seteruk ini maka mengalirlah air mata saya dan seisi keluarga saya membacacerita dari tuan dan jika manpu saya akan mengujudkan tabung bantuan bagi meringgankan masaalah tuan, disini juga dengan redho dan tawaduk saya memberi komitment saya untuk berada disebelah tuan biarlah saya merasa keseronokan opppp keseksaan yang tuan tanggung salama ini
saya yang benar,
bujabg semanagkok
mantap. semoga kita senantiasa dapat menjaga diri dari nafsu sesaat itu.amiiin
terlalu banya berfantasi. biasanya tu sebab banyak baca cerita sex.eheheh
mari berfikir positif. banyak hal yang seharusnya dikerjakan daripada memikirkan dan melakunan hal yang tidak baik. :)
mantab
masalah yang sedap
5192
rezki jangan ditolak,apa punya bodoh la jantan ni seko,crita pulak kat org ramai,jadi salah la nama nya,itu lah nama nya tolong menolong,hidup muafakat membawa berkat,beli satu dpt percuma satu
Post a Comment