18 November 2011

Fauzi Nawawi (suami Lisdawati) nafi ada kekasih gelap. Akan buat laporan polis

Saya akan buat laporan polis!” tegas pelakon Fauzi Nawawi ketika dihubungi bagi menjelaskan mengenai kontroversi yang kononnya dia mempunyai kekasih gelap. Sebuah blog hiburan tempatan hari ini menyiarkan beberapa screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang memaparkan bukti dakwaan kononnya pelakon teater ‘Se-Merah Padi’ ini sedang menjalinkan hubungan sulit dengan seseorang.

“Itu memang bukan saya. Saya memang tak pernah ada kekasih kat luar. Setakat nak tukar nama dan gambar, ia boleh dibuat pada bila-bila masa pun. Sudah tentu sesiapapun boleh menyamar jadi saya. Bagi saya, itu mungkin orang lain yang memang tak suka dengan saya. Jika dia berani menyentuh hal rumahtangga saya, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.”

Antara kandungan perbualan melibatkan ‘Fauzi’ dengan skandalnya itu memaparkan kononnya Fauzi memberitahu yang isterinya, Lisdawati lebih mengutamakan ibu dan adik beradiknya dari dirinya sendiri. ‘Fauzi’ turut memberitahu disebabkan itulah, beliau menjadi nakal dan memberitahu jika beliau tidak balik rumah pun isterinya tidak kisah.

“Saya dah lihat screenshot itu. Ada salah satu kenyataan kononnya saya tulis ‘Kak lis’. Saya tak pernah bahasakan diri isteri saya Kak Lis. Saya selalu panggil dia Lis atau Ayang. Secara logiknya, takkan saya nak tulis Kak Lis, lebih baik saya tulis isteri saya saja. Lis dah tahu mengenai perkara ini dan dia hanya ketawa saja,” ujar Fauzi yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran telemovie ‘Sebelum Lima Perkara’.

“Saya tak pernah kongsi masalah rumahtangga saya dengan ibu atau ibu mertua saya. Inikan pula saya nak cerita kepada orang luar mengenai hal rumahtangga saya. Saya ingin tegaskan bahawa rumahtangga saya dengan Lisdawati bahagia.

“Saya anggap ini semua dugaan. Lagipun, ini bukan kali pertama saya kena macam ini. Sebelum inipun saya pernah kena kononnya mengenai video saya dengan Ida Nerina. Apa-apapun, jika ia melibatkan maruah, saya memang akan membuat laporan polis. Saya juga tidak teragak-agak untuk menyaman blog yang mengeluarkan artikel tersebut jika mereka tidak memohon maaf kepada saya.” gua.com

1 comment:

Anonymous said...

Suka hati kau lah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive