Showing posts with label Lajim Ukim. Show all posts
Showing posts with label Lajim Ukim. Show all posts

22 January 2013

Skandal RM40juta Musa Aman ICAC Hong Kong dijangka panggil Lajim


(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 22 Jan: Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang akan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) bakal membongkar skandal RM40 juta Umno Sabah.
Menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong, kes yang masih berjalan itu sedang diteliti secara terperinci berdasarkan dokumen yang diserahkan kepada badan tersebut semasa kunjungan delegasi KEADILAN pada November tahun lalu.

30 July 2012

Lajim punya sokongan akar umbi yang kuat. ... hati-hati BN

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) akan menerima saingan sengit sekiranya bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin bertanding atas tiket parti selain dari BN dalam parlimen Beaufort pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penganalisis Politik, Dr Jeniri Amir berpendapat, BN perlu berhati-hati meletakan calon yang bertanding di parlimen tersebut kerana Lajim mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

"Satu saingan sengit akan berlaku jika Lajim bertanding di kawasannya, kerana beliau sudah lama berkhidmat dan rakyat sudah mengenalinya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tindakan Lajim yang masih belum melepaskan jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno, merupakan salah satu strategi politik beliau.

Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu berkata, berdasarkan tindakan Lajim yang sebelum ini melepaskan jawatan dalam Umno dan BN secara berperingkat, berkemungkinan beliau akan melepaskan jawatan yang disandang itu dalam masa terdekat.

"Ayuh kita naik kapal baru, tinggalkan kapal BN yang bocor bakal tenggelam" -- Lajim Ukim

BEAUFORT 30 Julai: Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Seri Panglima Lajim Ukim mengajak rakyat Sabah supaya meninggalkan ‘kapal Barisan Nasional (BN) yang bocor’ dan bakal tenggelam.
Pada pelancaran Pakatan Perubahan Sabah di rumahnya di Beaufort malam tadi, beliau menggesa rakyat negeri itu, khususnya pengundi Beaufort menaiki kapal baru.
“Ayuh kita masuk kapal baru. Jangan ikut kapal BN yang bocor dan akan tenggelam,” katanya depan kira-kira 20,000 penyokongnya.
Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi KEADILAN Sabah, Thamrin Jaini; bekas menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan pimpinan KEADILAN lain.
Lajim menyifatkan tindakan itu perlu kerana Umno BN selama ini membuli rakyat Sabah dengan mengabaikan mereka lantaran menganggap mereka sebagai pengundi ‘deposit tetap’.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive