12 October 2008

TERESA SAMAN UTUSAN 30 JUTA - UMNO CHERAS LANCAR TABUNG - Malaysiakini

12/10/2008 11:57am

KUALA LUMPUR 12 Okt. - UMNO Bahagian Cheras hari ini melancarkan Tabung Azan untuk membantu akhbar Utusan Malaysia yang disaman RM30 juta oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, kutipan tabung itu juga akan digunakan untuk membantu masjid-masjid membeli peralatan pembesar suara selain keperluan lain yang berkaitan.

“Kita wujudkan tabung untuk bantu Utusan Malaysia yang disaman Teresa baru-baru ini, buat permulaan kita akan menjadi badan induk yang mengumpul hasil kutipan daripada UMNO bahagian lain dan badan-badan korporat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, di sini hari ini. - Utusan

MS: Kenapa perlu UMNO Cheras sehingga sanggup melancarkan tabung semata-mata hendak membantu Utusan, sebuah syarikat korporat, dan tidak membantu penduduk/pengundi dikawasan mereka sendiri yang memerlukan bantuan?

Lihat ini, Puan Shaliza Shahrul Karib, 38, bekas pramugari MAS dari Taman Cheras Idaman KL, yang menghadapi penyakit Lymphaedema Praecox sejak 19 tahun yang lalu. Berita lanjut DI SINI


Kenapa tidak dibantu? Kenapa Utusan yang jadi keutamaan. Tapi umum mengatahui ini lah cara kerja juak-juak UMNO.

4 comments:

Anonymous said...

Dear Senja

Pandai ambil kesempatan. Masuk akaun siapa dulu?

Sudah menghitung hari ke?

Stone525i said...

Hai yb4all, ini lah kerja juak-juak umno ni. Kita semua sedia maklum

Anonymous said...

Sepatutnya Utusan saman balas balik teresa kok...bukan kutip tabung..

Anonymous said...

Biaselah tu..

Nak bagi kat barua-barua sebelum March 2009..

Dah dasar UMNO penipu. Nak teperanjat apa lagi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive