Showing posts with label JENAKA UMNO. Show all posts
Showing posts with label JENAKA UMNO. Show all posts

02 June 2009

UMNO anggap rakyat bodoh, mudah ditipu

oleh Zulkifli Yahaya

Tidak seperti semua pilihan raya kecil yang pernah dialui oleh rakyat Malaysia sejak demokrasi diperkenalkan di negara ini, kawasan Dun Penanti sepi. Tiada jentera pembinaan yang sibuk di sana sini menurap jalan. Tiada perasmian balai raya, sekolah, masjid dan surau. Tiada menteri dan pemimpin kerajaan Pusat yang turun bagai Santa Claus mengagih pelbagai hadiah untuk rakyat.
Setiap kali berlangsung pilihan raya kecil (sebelum ini) pelbagai projek pembangunan dan bantuan diagihkan untuk rakyat. Apabila pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan mengapa projek tersebut turun hanya di musim pilihan raya, dengan cengilnya mereka menjawab: "Ini tuduhan liar yang dilemparkan oleh pihak pembangkang. Sebenarnya pembangunan untuk rakyat sentiasa berterusan; sebelum, semasa dan selepas pilihan raya pembangunan tetap ada. Takkanlah haya kerana berlangsung pilihan raya maka rakyat disekat untuk menerima pembangunan? Ini tidak adil." Molek dan muluk sekali bunyinya. Cakap mengalahkan peguam.
Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu lalu, apabila diajukan persoalan yang sama, jawapan yang diberi oleh seorang pemimpin BN ialah, "Sebenarnya semua projek itu sudah dirancang sejak lama, cuma secara kebetulan ia diadakan sewaktu pilihan raya."Lucunya, selepas berakhir pilihan raya dan BN tersungkur, semua 'projek kebetulan' itu secara kebetulannya pula berakhir. Nah, sekarang apabila BN tidak sertai pilihan raya kecil Penanti, mana pula projek-projek yang telah dirancang dari awal serta projek-projek 'kebetulan' itu?
Satu perkara yang menyebabkan BN ditolak rakyat ialah sikap pemimpinnya yang tidak pernah berubah. Salah satu perangainya ialah apabila bercakap mereka seolah-olah menganggap semua rakyat bodoh belaka.
Apabila BN diajukan soalan mengapa tak bertanding di Penanti, mereka menjawab kononnya untuk elakkan pembaziran dan tidak mahu terperangkap dengan mainan politik KeADILan. Mereka fikir rakyat tak tahu bahawa sebenarnya mereka takut kalah.
Apabila beberapa pemimpin kaum India dibebaskan dari tahanan ISA sewaktu berlangsung pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang, media tali barut BN menyiarkan komen, terutama dari kaum India, yang memuji muja kerajaan BN kononnya baik hati. Tapi hakikatnya mereka hanya mahu mengambil hati 30 peratus pengundi India di Bukit Selambau.
Adun Kota Alam Shah, Manoharan dibebaskan daripada ISA bersama beberapa pemimpin Hindraf beberapa hari selepas isteri beliau membuat sidang media memaklumkan bahawa Manoharan akan meletakkan jawatan kerana tidak dapat memberi sumbangan untuk rakyat akibat dikurung.
Macam isu sebelumnya, media tali barut BN memuji Najib sebagai seorang pemimpin berjiwa besar kerana sanggup membebaskan musuh-musuh politik BN. Walhal, semua rakyat tahu bahawa BN takut Manoharan benar-benar letak jawatan yang menyebabkan berlaku pilihan raya kecil.
Begitu juga, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairudin yang terpalit dengan isu 'rasuah' yang dimainkan oleh BN, tiba-tiba dibersihkan oleh SPRM. Semua tahu bahawa tujuan pembersihan itu ialah supaya Fairus menarik balik surat peletakan jawatannya, demi mengelakkan pilihan raya kecil.
Professor Dr Ahmad Atory Hussain, seorang pensyarah pro-BN menyifatkan kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz untuk menerima orang bukan Melayu, asalkan dia Islam, untuk menjadi Menteri Besar, adalah satu usaha untuk memikat pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya kecil Manik Urai. Mentang-mentang dia pensyarah, dia ingat boleh tipu orang lain dengan kenyataan tidak logiknya itu. Penduduk bukan Melayu Manek Urai tidak sampai 1 peratus, apa yang nak ditarik?
Dalam 'menjelaskan' isu Perak, pemimpin BN memberitahu bahawa tiga Adun Pakatan Rakyat yang melompat menyokong BN bukan kerana diculik, diugut dan dirasuah tapi atas keikhlasan sendiri. Anehnya mengapa mereka hilang, tak dapat dikesan sampai beberapa hari?Takkanlah tiga "haprak" tersebut sengaja mencari masalah, dicaci oleh masyarakat serta dihina oleh pengundi. kalau tidak kerana imbuhan tertentu.
Semua episod pembohongan pemimpin BN terhadap rakyat tidak pernah berhenti.
Najib mengisytiharkan bahawa zaman di mana kerajaan (BN) tahu segala-galanya sudah berlalu. Tapi nampaknya zaman di mana kerajaan (BN) menganggap semua rakyat bodoh-bodoh belaka dan boleh ditipu, belum lagi berakhir._

18 March 2009

Ku Li pertikai Lembaga Disiplin Umno - malaysiakini

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin semalam yang menjatuhkan hukuman berbeza antara pemimpin tertinggi dan pemimpin peringkat bawah Umno walaupun kesalahan yang dilakukan seolah-olah sama.

Katanya, beliau khuatir orang ramai akan mempertikaikan kredibiliti Lembaga Disiplin kerana ramai yang merasa keliru dengan dengan keputusan yang diumumkan semalam.

"Macam ada di peringkat bawah digantung keahlian tetapi yang terlibat secara tidak langsung, jadi dalang merancang penggunaan duit dalam politik ini terlepas begitu sahaja dengan amaran, cuma tidak dibenarkan bertanding begitu sahaja," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Lembaga Disiplin Umno semalam yang menjatuhkan hukuman ke atas 15 ahli daripada 29 kes yang disiasat berhubung politik wang.

Antara yang dikenakan hukuman adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno dan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan minggu depan.

Selain itu, calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut didapati bersalah mengikut Perkara yang sama tetapi hanya diberikan amaran dan masih dibenarkan bertanding.

Sementara itu, enam ahli yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat bawahan digantung keahlian selama tiga tahun, lima ahli digantung selama setahun dan dua lagi diberi amaran.

Mengulas lanjut, Ku Li berkata, beliau berdukacita kerana siasatan membuktikan gejala politik wang melibatkan ahli peringkat senior.

"Orang yang menawar diri adalah untuk jawatan nombor dua parti dan bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri (merujuk Mohd Ali). Kalau menang, bukannya (jawatan) di peringkat rendah.
"Jadi kalau benar bersalah patut dihukum, tidak boleh diberi amaran saja. Jadi kalau tak bersalah, patut dia dibenarkan bertanding.

"Jangan pilih ikan bilis saja...jerung lepas. Ada sesuatu yang tidak kena sama ada silap maklumat tak cukup, saya tidak tahu tapi pandangan orang ramai akan keliru," katanya.

Ditanya kebarangkalian Mohd Ali akan dibenarkan bertanding sekiranya rayuan beliau hari ini berhubung keputusan Lembaga Disiplin semalam diterima, Tengku Razaleigh berkata, hal itu akan menyebabkan tindakan yang diambil Lembaga semalam dilihat sebagai 'tidak kena'.

"Kalau begitu, ahli-ahli Lembaga Disiplin kena berhenti. Mereka sudah pun menjejaskan kedudukan seorang calon untuk bertanding.

"Tiba-tiba selepas rayuan didengar, dia dibenarkan bertanding. Jadi saya rasa, di mana nak letak muka (ahli-ahli Lembaga).

"Mereka semua kena letak jawatan. Kalau begitu, semua tindakan Lembaga tidak kena," katanya.

Ditanya sama ada Khairy perlu menarik diri daripada bertanding kerana melibatkan hal moral dan etika, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak menyalahkan Khairy dalam hal itu sebaliknya hukuman itu sendiri yang sepatutnya dijatuhkan secara adil.

"Kalau betul bersalah, patut semua orang tidak boleh bertanding, patut dihukum.

"Tengok (Tan Sri) Isa Samad dihukum enam tahun. Kalau ada orang terlibat dengan politik wang patut dikenakan hukuman setimpal, tidak hanya amaran saja, patut digantung terus. -- mStar

12 October 2008

TERESA SAMAN UTUSAN 30 JUTA - UMNO CHERAS LANCAR TABUNG - Malaysiakini

12/10/2008 11:57am

KUALA LUMPUR 12 Okt. - UMNO Bahagian Cheras hari ini melancarkan Tabung Azan untuk membantu akhbar Utusan Malaysia yang disaman RM30 juta oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, kutipan tabung itu juga akan digunakan untuk membantu masjid-masjid membeli peralatan pembesar suara selain keperluan lain yang berkaitan.

“Kita wujudkan tabung untuk bantu Utusan Malaysia yang disaman Teresa baru-baru ini, buat permulaan kita akan menjadi badan induk yang mengumpul hasil kutipan daripada UMNO bahagian lain dan badan-badan korporat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, di sini hari ini. - Utusan

MS: Kenapa perlu UMNO Cheras sehingga sanggup melancarkan tabung semata-mata hendak membantu Utusan, sebuah syarikat korporat, dan tidak membantu penduduk/pengundi dikawasan mereka sendiri yang memerlukan bantuan?

Lihat ini, Puan Shaliza Shahrul Karib, 38, bekas pramugari MAS dari Taman Cheras Idaman KL, yang menghadapi penyakit Lymphaedema Praecox sejak 19 tahun yang lalu. Berita lanjut DI SINI


Kenapa tidak dibantu? Kenapa Utusan yang jadi keutamaan. Tapi umum mengatahui ini lah cara kerja juak-juak UMNO.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive