07 March 2012

PAS akan saman Mashitah

PAS mempertimbangkan untuk mengambil tindakan bersesuaian berhubung tulisan Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang memfitnah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Shamsuri Ahmad berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.

"Kita sedang meneliti perkara tersebut, dan kini sedang dalam rangka mendapatkan nasihat peguam sebelum tindakan susulan diambil, sama ada mengambil tindakan undang-undang, atau sebagainya," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.


Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi - blogpolitikus

4 comments:

Anonymous said...

Saman jangan tak saman ajar dia bagaimana bergurau dengan fitnah kalau lojik boleh juga diterima ini cuma tengok TGHH tu makin lama makin lawa dia mula cemburu . Eloklah tu kau TGHH bertindak bagi dia rasa bila masuk dalam mahkamah kena londeh kain dan tudung kepalanya .

Anonymous said...

MB Terengganu dah saman ke belum? lama sgt tu...saman la satu-satu..kalau lambat, nanti nampak sgt PAS menipu...

batu pelangi said...

Saman aje betina ini!!!!

Anonymous said...

Salam,

Saman jgn tak saman, dulu jiran mashitah saman dia..

KLIK:HASIL ANAK TIRI MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive