Showing posts with label umno.. Show all posts
Showing posts with label umno.. Show all posts

01 January 2015

Cadangan Kerajaan Campuran Idea Jahat UMNO - Mahfuz Omar

datuk mahfuz omar, datuk najib razak, persidangan umno, pas, dap, pkr, parti keadilan rakyat, anwar ibrahim, anwar liwat


KUALA LUMPUR 1 Jan - Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan pembentukan kerajaan campuran Umno-PAS di Kelantan menunjukkan “betapa jahat” parti lawannya itu.

Ia juga, kata Mahfuz, menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan selama ini sukar menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan.

Katanya, cadangan pemilik Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub juga memberi gambaran bantuan hanya akan diberikan jika idea kerajaan campuran itu menjadi kenyataan.

"Saya ucap terima kasih kepada Datuk Hussamuddin yang buat cadangan ini. Tetapi melihat kepada sebalik kenyataan ini, ia menunjukkan betapa Umno dan BN ini jahat.

07 December 2013

UMNO hanya layak perintah sebuah Pulau Terpencil sahaja..!!!

 7 Disember 2013


Saya percaya bukan semua pemimpin UMNO bodoh. Ada yang tahu UMNO dan negara tidak boleh dibangunkan atas landasan kebencian dan pembohongan. UMNO tidak boleh bertahan jika terus menerus menjuarai rasuah, salah guna kuasa,ekstremisme, incompetence dan perpecahan dalam masyarakat. Bila pemimpin UMNO mahu sedar dari kegilaan mereka? 

29 April 2013

Umno Beaufort lumpuh, 2,000 Murut sokong PR,


Harakahdaily,29 Apr 2013

KUALA LUMPUR: Gelombang kebangkitan rakyat Sabah semakin ketara berikutan kira-kira 2,000 orang masyarakat Murut di negeri itu menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat apabila menyertai PKR ketika kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Beaufort, kelmarin.

KeadilanDaily melaporkan, di sebalik itu, Umno Beaufort terus lumpuh berikutan 16 ahli jawatankuasa bahagian, Pemuda (32 orang) dan Wanita (59 orang) menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR.

Selain Umno, parti komponen BN, MCA juga menerima nasib yang sama apabila 23 pemimpin dan ahli mereka meninggalkan parti berkenaan.

Mereka menyerahkan borang keahlian itu kepada Anwar dan calon PKR di Parlimen P.177 Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin pada program di pekarangan rumahnya yang dihadiri ribuan rakyat.

24 April 2013

Video lucah yang dikatakan Datuk Mustafa Ali ditayangkan secara terbuka di K Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu


W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
24 April 2013
Ketua Pemuda BN Terengganu: 'Henti tayang video lucah'
Dari kanan, Badrol Hisham dan Saiful Bahri pada sidang media selepas membuat laporan polis, semalam
KUALA TERENGGANU – “Jika saya dapati ada berlaku perkara ini, memang sewajarnya Pemuda Barisan Nasional (BN) dan pimpinan akan beri arahan supaya hentikan.”

Demikian tegas Ketua Pemuda BN Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin ketika mengulas mengenai isu penayangan video lucah yang dikatakan galak ditayangkan di markas BN di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menjelang kempen pilihan raya.

Video yang dikatakan mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bersama pasangannya dalam sebuah hotel itu dikatakan ditayangkan secara terbuka dalam ceramah BN di tiga kawasan terbabit sejak kempen pilihan raya berlangsung.
Saiful Bahri yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu berkata, penayangan video itu dilihat boleh mencemar imej dan peribadi seseorang.

“Sewajarnya bagi pihak BN, kita memang tidak menggalakkan atau menegah atau menghalang individu atau orang ramai menayangkan filem video kerana ia boleh mencemar imej peribadi seseorang. Kita memang mencegah perkara itu daripada berlaku,”
katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki menjelaskan tidak mendapat maklumat mengenai perkara itu.

Beliau turut mengakui tidak tahu menahu mengenai sebarang tayangan video sedemikian dan menganggap tindakan penayangan secara terbuka tidak mungkin dilakukan BN.

“Setakat yang saya tahu kita tidak pernah menayangkan apa-apa gambar atau filem berkaitan. Kalau secara persendirian itu kita tidak boleh nak kata apa tetapi dalam ceramah atau secara terbuka tidak mungkin.

“Kita tidak mahu sesuatu yang boleh menimbulkan masalah terutamanya dari sudut kesalahan atau dari sudut keselamatan yang kalau menayangkan filem sebegitu menyalahi peraturan dan undang-undang. Tidak mungkin kita buat sesuatu yang menyalahi peraturan,” katanya.

Beliau yang juga Exco Pemuda Umno berkata, arahan penayangan video berkenaan juga tidak pernah dikeluarkan BN untuk tujuan menjatuhkan mana-mana pihak lawan.

“Memang kita tidak pernah keluarkan arahan. Saya sendiri tidak pernah melihat video berkenaan, jadi macam mana kita terfikir untuk tayang. Kalau benar sekalipun, ia boleh mengaibkan seseorang, Islam pun mengharamkan membuka aib orang,” katanya.

Gerakan "Pancung" Mukhriz oleh orang2 UMNO Kedah ... biaq mampuih pi




Maklumat terbaru sampai ke tangan saya tepat jam 7.47 malam tadi.

Pengirim emel yang enggan namanya disiarkan memberitahu gerakan untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN) DUN Ayer Hitam, Mukhriz Mahathir sedang giat dirancang rapi beberapa pemimpin Umno Kedah sendiri.

Enggan memberitahu siapakah mereka yang menjadi dalang di sebalik gerakan tersebut, dia juga memberitahu satu mesyuarat rahsia peringkat negeri dihadiri beberapa pemimpin Umno yang tidak suka kepada Mukhriz akan dibuat dalam masa terdekat.

23 April 2013

Risalah burukkan Pakatan Rakyat tersebar di Kuala Lumpur ... Jangan Percaya

SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan sebuah gambar risalah yang diterimanya. Risalah memburuk-burukkan Pakatan Rakyat itu dikatakan tersebar di Kuala Lumpur.

Risalah itu antara lainnya bertulis janji-janji yang tidak pernah dijanjikan oleh mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat. Ini jelas satu tindakan sabotaj dipercayai dilakukan oleh pihak parti-parti lawan. Di bawah ini risalah yang dimaksudkan.



Gua percaya ini merupakan "Propaganda hitam" yang dilakukan oleh jentera Umno dan Barisan Nasional memandangkan isi propaganda ini selari dengan kempen hitam Umno dan Barisan Nasional yang berlegar di ruang maya selama ini.

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/04/risalah-provokasi-burukkan-pakatan.html#ixzz2RGGpeKIr

Mat Taib : UMNO sudah hilang upaya


OLEH MD IZWAN DAN ZURAIRI AR
APRIL 23, 2013
Muhammad Muhammad Taib (tengah) tunjuk perpaduan dengan parti barunya: “PAS kini bukan parti ‘kampung’.” — Gambar oleh Choo Choy MaySHAH ALAM, 23 April — Beberapa jam selepas menyertai PAS secara rasmi semalam, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai kempen dan mengatakan, beliau melompat parti kerana Umno sudah hilang keupayaan untuk berkhidmat kepada rakyat.
Dalam ceramah pertama Muhammad sebaik sahaja menyertai PAS, hampir separuh daripada hadirin di padang Dataran Kemerdekaan Shah Alam dipenuhi dengan warga Selangor yang hadir untuk mendengar kata-kata bekas menteri besar mereka yang juga bekas naib presiden Umno itu.
“Saya tidak boleh kata Umno tak ada jasa, tapi sampai masanya mereka sudah tidak boleh lagi dah buat kerja dan sudah hilang upaya,” kata Muhammad dihadapan ribuan orang yang berkumpul walaupun padang berlecak. “Mereka dah jadi kurang upaya.”
Menurut Muhammad lagi, PAS kini bukan lagi dilihat sebagai sebuah parti “kampung” dan dianggotai “pak lebai” tetapi memiliki pemimpin yang mempunyai ketokohan untuk mampu menunaikan impiannya melihat Shah Alam sebagai sebuah pusat budaya Melayu Islam yang terkenal.
“Bandar ini hidup tapi tak ada isinya, rohnya.
“Cita-cita nak menjadikan Shah Alam pusat budaya Melayu Islam tidak tercapai... namun, saya suka melihat PAS ada perancangan dengan meletakkan tokoh-tokoh tertentu di Shah Alam ini,” tambah Muhammad merujuk kepada penyandang kerusi Parlimen Khalid Abdul Samad.
Turut bersama dalam ceramah adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang beberapa kali mengusik Muhammad dengan lawak-lawak sinisnya.
“Kalau dahulu Tan Sri Muhammad melawan kita dalam pilihan raya, tetapi kini anak buahnya Datuk Najib pula akan melawan abang seniornya di Selangor,” kata Mohammad merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.
Beberapa tokoh korporat dan pegawai kanan kerajaan yang sudah bersara, termasuk pegawai-pegawai berpangkat tinggi seperti bekas ketua setiausaha, bekas duta serta mereka yang terdiri daripada pegawai polis dan tentera, telah menyertai PAS selepas berakhir perkhidmatan mereka.
Antaranya ialah bekas orang nombor tiga dalam polis, Datuk Fauzi Shaari, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Koperasi dan Pembangunan Tanah Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan Datuk Ramli Buyong, timbalan naib presiden Felcra Berhad.
Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) dibawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008.
PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan ketara keatas negeri terkaya tersebut selepas memenangi 36 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 17 daripada 22 kerusi parlimen.
Tempoh berkempen secara rasmi bagi Pilihan Raya 2013 bermula pada 20 April dan hari mengundi jatuh pada 5 Mei.

22 April 2013

Mat Taib [bekas MB Selangor] : UMNO tak ada pendirian


Mat Taib: 'Saya kena sokong parti ada pendirian'
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
22 April 2013
Muhammad Muhd Taib
Muhammad Muhd Taib bercakap di sidang media selepas penyerahan borang keahliannya untuk menyertai Pas di Ibu Pejabat Pas, hari ini. Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas hari ini berkata, beliau merasakan sudah tiba masanya perubahan dilakukan agar pembangunan dinamik negara ini "mempunyai roh."

Katanya, beliau melihat Pas sebagai satu-satunya parti yang mampu membawa kesedaran tersebut.

“Selama saya menjadi menteri besar dan aktivis Umno, memang benar negara kita maju. Tetapi, sudah sampai masanya pengisian pembangunan ini ada rohnya.

“Saya fikir parti yang boleh isi roh itu mestilah parti yang perjuangkan Islam. Hanya Pas yang bawa kesedaran itu," katanya kepada pemberita.

Muhammad, 65, yang turut dikenali dengan panggilan Mat Taib, menyerahkan sendiri borang kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas juga dilihat mempunyai pendirian untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh.

“Kalau Melayu bawah satu lambang agama dan diterapkan dalam satu ajaran, masyarakat tak akan berkecamuk. Pelaksanaan Islam sekarang tak menyeluruh.

“Saya kena sokong parti yang ada pendirian. Jika semua orang Melayu dan Islam sokong Pas, saya fikir negara ini boleh jadi contoh,” katanya.

Dalam pada itu, Mat Taib berkata, hasrat menyertai Pas sudah timbul setahun lalu namun hanya diumumkan dua hari selepas penamaan calon.

“Hasrat dah setahun tapi saya tunggu masa sesuai. Saya umum selepas penamaan calon sebab tak mahu orang kata saya nak jadi calon.

“Saya tak berhajat jadi calon atau pegang jawatan. Saya cuma nak bagi sokongan kepada Pas,” katanya.

Beliau juga berkata, orang Melayu di bandar mesti menaikkan syiar Islam melalui undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, penyertaan Mat Taib mampu memberi kekuatan kepada Pas.

“Kita mengalu-alukan penyertaan beliau. Kita anggap ini sokongan yang cukup kuat daripada seseorang yang mempunyai pengaruh besar di Selangor.

“Kehadiran beliau juga memberi kekuatan kepada parti untuk terus melangsungkan perjuangan Islam,” katanya.

tak heran pun .. memang perangai puak2 UMporNo ni macam tu ...walaupun yang betinanya ...haramjadah betoi la


Calon parlimen Gopeng dakwa diserang Hamidah

Muhammad Faeez Azahar,22 Apr 2013
IPOH: Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boo Chye mendakwa Calon BN Dun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman menyerang beliau semalam.

Kejadian itu berlaku di Bilik Gerakan PKR di Taman Tasek Permai, Batu Gajah yang dikatakan berpunca disebabkan rasa tidak puas hati penyokong BN terhadap PKR yang mendirikan bilik gerakan kira-kira 500 meter daripada Pejabat Pusat Khidmat Dun Sungai Rapat yang dijadikan bilik gerakan BN.

Katanya, beliau bergegas ke tempat tersebut selepas menerima panggilan dari petugas bahawa sekumpulan penyokong BN datang membuat gangguan di bilik gerakan PKR itu.

“Apabila Datuk Hamidah hadir, dan kami pun berunding tapi keadaan bertukar kecoh apabila Hamidah bertindak liar dengan merampas perakam video petugas PKR lalu mencampakannya.

17 April 2013

marah kerana tak dicalonkan .... Shariff Omar @ Tasek Gelugor TINGGALKAN UMNO ...


Mohd Shariff leaves Umno

Former deputy minister quits after being dropped from Tasek Gelugor
WEDNESDAY, APRIL 17, 2013 - 12:58
Location: 
BUTTERWORTH

FORMER
 agriculture and agro-based industries deputy minister Datuk Seri Mohd Shariff Omar has decided to leave Umno following the dropping of his candidacy in Tasek Gelugor by Barisan Nasional (BN) chief Datuk Seri Najib Razak.
Shariff said that was the right thing to do after he realised that his name was not featured as the replacement to Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Mohd Nor Yakcop’s failure to make the cut in the line-up.
“Yes that is the right thing to do. What else can I do? They (Umno party leadership) have obviously found their winnable candidate for the seat. What can I say?” said the 66-year-old.

PRU 13 : Sharif Omar @ Tasik Glugor mengamuk tak dicalonkan [Video Inside]


Najib Semalam mengumumkan Zul Katak bertanding di Shah Alam sebagai tiket BN, selain dari UMNO Shah Alam bubar kerana kecewa terhadap pemilihan Najib Razak, semalam juga Ahli-ahli UMNO Tasek Gelugor juga kecewa dengan pemilihan Najib di tempat mereka.

Najib telah mengangkat calon yang tak dikenali iaitu P.042 TASEK GELUGOR - Shabudin Yahaya dan menepikan calon pilihan ahli UMNO setempat iaitu Sharif Omar. PRU13 nanti Parlimen Tasek Gelugor akan kelihatan UMNO lawan UMNO  vs PR. Bagaimana UMNO nak bersatu dengan PAS jika dengan UMNO sendiri berpecah? jengjengjeng..

Tonton video di bawah, gerakan Sharif Omar mula mengumpul kekuatan untuk tumbangkan Najib Razak.. Terbaik..

09 April 2013

Kor Risik ATM Latih Ahli Umno Sabotaj Pakatan?


PETALING JAYA: PKR hari ini mendakwa Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah melatih anggota Pemuda Umno dan orang awam yang bukan ahli Umno sabotaj dan mengganggu program Pakatan Rakyat (PR).
Dalam kenyataan segera, Pemuda Umno menafikan dakwaan tersebut.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mendakwa, beberapa hari lalu beliau telah dihubungi oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai salah seorang orang awam yang dilatih untuk membuat huru-hara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 terutamanya di kawasan Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang.

Wakil rakyat Sungai Petani ini berkata, latihan tersebut turut membabitkan pemantauan terhadap kegiatan PR secara berterusan.

"Dua kumpulan yang didakwa telah dilatih oleh Kor Risik ialah Kumpulan Batas dan Warisan Malaya.

31 March 2013

[Video Inside] edisi BONGKAR : hanya 25% cawangan UMNO berdaftar - SAMM


E-mailPrint

KUALA LUMPUR 31 Mac - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan haram dengan mendakwa hanya 25 peratus daripada keseluruhan cawangan parti itu di Negara ini yang sah berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).





27 March 2013

hahaha samseng sangat konon ...hampa mai la tengok, mat rempit UMporNO lari bercempera bila kena ligan , awat tak tunggu [Video]

hahahahahaahahaha KELAKAR NAK MAMPOS .... LARI BUAT APA, TUNGGU LA DAH KATA SAMSENG ....HIHIHIHIHI LAWAK LAWAK
BERCEMPERA - BERSELERAK ......LIGAN - KEJAR ........ AWAT - KENAPA

LOKASI : STAR CITY KOTA KINABALU

25 March 2013

ha Najib/orang2 UMNO, cer hampa mai baca tengok ....



UMNO Yang Maksum, Najib Yang Mukhlisin


Ada pepatah Inggeris bermaksud "orang yang menghuni rumah kaca, jangan melontar batu keluar rumah". Apa makna lainnya? Jika anda tidak begitu baik, jangan cuba bercerita keburukan orang. Sama erti dengan jika perut anda buncit, jangan berceramah tentang penjagaan kesihatan! Juga jika gigi anda kuning berkeladak, jangan jadi jurujual ubat gigi!

Itulah yang PM Najib lakukan di Kelantan pada 15/3/2013. Beliau bercakap tentang tujuh dosa besar PAS dan PR. Sejak bila Najib peduli dan prihatin soal dosa dan pahala? Telahan saya mungkin sejak beliau dibawa bersemuka dengan ulama-ulama Mekah tahun lepas. Alhamdulillah, sekalung tahniah kepada mantan pimpinan PAS yang mengusahakan!

18 March 2013

WARGA PAKISTAN KINI DI'MELAYU'KAN OLEH UMNO DI SABAH?


Written by Admin   
Monday, 18 March 2013 17:44






KEPUTUSAN UMNO Malaysia meluluskan Cawangan Pakistan Sabah Bersatu secara tergopoh-gopoh di Bahagian Silam pada 1991 menyebabkan parti terbesar di Malaysia itu menghadapi dilema kerana kemungkinan besar Presiden UMNO boleh diheret ke Panel RCI yang akan menyambung sidangnya pada 15 hingga 20 April 2013.

Sejak tertubuhnya cawangan Pakistan Sabah Bersatu, Pakistan sudah menjadi komuniti elit dalam UMNO kerana mereka mendapat kad pengenalan projek, menjadi pemilih berdaftar dan mendapat semua kemudahan yang dimiliki Orang Melayu dan Bumiputera Sabah kerana mereka dijenamakan sebagai Melayu atau Bumiputera.
Berikut adalah semakan rambang yang dilakukan terhadap cawangan berkenaan dan mendapati ahli berikut menggunakan Kad Pengenalan Palsu Yang Dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara tetapi masih menjadi ahli UMNO sehingga ke hari ini.

28 February 2013

Mahathir akui UMNO sudah kalah?


27 FEB — Semalam seorang kawan dari Sarawak memberi tahu beberapa hari lepas Mahathir Mohamad telah bertemu dengan para setiausaha politik perdana menteri dan menteri di Putrajaya dalam rangka memberi taklimat dan “arahan-rahan” khusus berhubung pilihan raya. Katanya hampir semua setiausaha-setiausaha politik hadir.
Menurut kawan itu yang mengakui maklumat itu diperolehi dari salah seorang setiausaha politik yang hadir, antara apa yang dijelaskan oleh Mahathir ialah mengenai kedudukan UBN hari ini yang dalam keadaan kritikal dan kalah.
Jelas Mahathir buat masa ini UBN kalah dengan kekurangan 20 kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi. Ini bererti kerusi yang dimenangi UBN kini hanya sekitar 80 atau 85 kerusi saja manakala Pakatan Rakyat meraih sekitar 130 hingga 135 kerusi.
Angka itu meletakkan UBN kehilangan sebanyak 60 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak.
Pertemuan itu katanya amat-amat sulit sekali.
Kawan itu tidak menyebut pula dari mana Mahathir mendapat angka ini atau pun apakah perkiraannya, tetapi khabarnya ia memeranjat mereka yang hadir. Mahathir sendiri serius dengan angka itu lalu lantas membuat beberapa arahan untuk dibuat tindakan segera.
Menariknya di sini inilah pertama kali Mahathir membuat pengakuan mengenai kedudukan sebenar UBN merosot begitu teruk sekali. Apakah pula tujuan pendedahan maklumat yang boleh melemahkan UBN itu tidak diketahui. Yang pastinya menurut kawan itu seperti mana diberi tahu kawannya, Mahathir kecewa degan perangkaan itu dan membayangkan sesuatu yang tidak mahu disaksikan berlaku dalam pilihan ke -13 itu.
Pendedahan Mahathir ini seakan menyamai dengan apa yang disebut oleh bekas Penglima Tentera Darat, Abdul Gafir Abdul Hamid pada majlis perlancaran manifesto Pakatan Rakyat di Shah Alam semalam. Ghafir memjelaskan sambil meminta rakyat tidak perlu bimbang dengan peralihan kuasa yang berlaku selepas pilihan raya nanti.
Katanya peralihan kuasa akan berjalan dengan selamat dan aman kerana beliau percaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sangat profesional dan taat kepada raja dan perlembagaan. Penjelasan dan pengakuan Ghafir sebagai bekas anggota tertinggi tentera itu seolah-olah beliau sudah dapat merasai apa yang berlaku nanti.
Mungkin perasaan samalah yang dialami Mahathir sehinggakan beliau berkongsi kesedihan dan bimbang dengan para setiausaha menteri. Namun dalam pada itu boleh jadi tujuan Mahathir berbuat begitu bagi mencabar setiusaha politik itu berkerja lebih kuat lagi bagi memastikan kemenangan UBN lebih besar. — msomelayu.blogspot.com

20 February 2013

Adakah Pencerobohan Lahad Datu perancangan UMNO? - Jeffrey Kitingan


Is Lahad Datu siege a Umno-BN plan?

Raymond Tombung
 | February 20, 2013
The government's 'unconvincing actions' via negotiations had 'legitimised' the Sulu army's demands and made us a laughing stock, said STAR chief Jeffrey Kitingan.
KOTA KINABALU: Is the incursion of more than 100 armed Filipino men from the alleged royal Sulu army an elaborate federal level Umno strategy to scare Sabahans into voting back the Barisan Nasional in the 13th general election?
Is that why the federal government and its top leaders – Prime Minister Najib Tun Razak included – seem unperturbed by the threats and demands of the Manila-acknowledged Sultan of Sulu Jamalul Kiram III and his men led by brother Raja Muda Abimuddin who are holed up in Lahad Datu since Feb 9?
Isn’t it possible that Putrajaya and Manila are in cahoots? After all, it has been reported in the Philippine media that President Benigno Aquino was “informed of the incursions from Day One”. Also noteworthy is that Malaysia took credit as peacemaker in the long-drawn insurgency in the southern Philippines.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive