KUALA LUMPUR 31 Mac - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan haram dengan mendakwa hanya 25 peratus daripada keseluruhan cawangan parti itu di Negara ini yang sah berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Menurut Ketua Penyelaras Kebangsaan SAMM Badrul Hisham Shahrin, masalah pendaftaran parti UMNO itu akan dibongkar sepenuhnya selepas pilihanraya ke 13 kelak (PRU13) sambil merayu kempen 'Haramkan UMNO' disokong ramai pihak.
"Hanya 25 peratus cawangan UMNO seluruh negara yang sah. Kita akan bongkar selepas PRU13.
"Kami menyeru kempen ini disertai oleh semua kelompok," katanya pada sidang media dan perjumpaan bersama blogger dan facebooker di Dewan Auditorium KLSCAH di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Gabungan Blogger Revolusi 13, Datuk Tarmizi Mohd Jam.
Dalam pada itu, Badrul menjelaskan, kempen 'Haramkan UMNO' yang diperkenalkan pada 24 Mac lalu telah mencapai kata sepakat pada Majlis ini dengan mensasarkan tiga matlamat utama iaitu :-
1. Beri kesedaran kepada rakyat, hentikan organisasi yang merasakan mereka mengatasi undang-undang dengan menolak UMNO / Barisan Nasional.
2. Siarkan aktiviti, email, pancing maklumat kepincangan serta mendapatkan maklumat lengkap.
3. Menggunakan proses mahkamah.
Katanya, kempen yang digerakkan bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 inidigerakkan secara agresif malah bakal memberi kejutan terhadap UMNO
"Kita akan menggunakan mahkamah melalui proses berbeza yang pasti akan mengejutkan mereka (UMNO)." ujarnya.

Ketika disoal wakil blogger samada negara akan berlaku darurat sekiranya UMNO berjaya diharamkan, Badrul Hisham berkata ia terletak dibahu Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu.
"Kita percaya kepada Raja-Raja Melayu. Apa jua keputusan ia adalah hak rakyat untuk mengadakan pilihanraya.
"Jika ia (UMNO) diharamkan ia tiada masalah. Ia cuma kempen kesedaran. Pelengkap kepada perubahan negara.
"Walaubagaimanapun kita pertimbangkan risiko (darurat) tersebut.
"Kita percaya dan yakin kepada Duli Yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja yang lebih bijaksana," katanya.

Pada Majlis yang sama, SAMM turut menggesa kesemua blogger dan facebooker Pro PR memainkan peranan utama dalam menggerakkan kempen berkenaan.
Antara peranan yang perlu mereka gerakkan adalah seperti :-
1. Menyampaikan penerangan ‘kenapa UMNO organisasi haram?’ ke seluruh pelusuk negara.
2. Menggerakkan desakan carian status cawangan UMNO di peringkat masing-masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan UMNO tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke emailharamkanumno@gmail.com
3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran UMNO yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com

No comments:
Post a Comment