7 Disember 2013
Saya percaya bukan semua pemimpin UMNO bodoh. Ada yang tahu UMNO dan negara tidak boleh dibangunkan atas landasan kebencian dan pembohongan. UMNO tidak boleh bertahan jika terus menerus menjuarai rasuah, salah guna kuasa,ekstremisme, incompetence dan perpecahan dalam masyarakat. Bila pemimpin UMNO mahu sedar dari kegilaan mereka?
Ini bukti yang sangat nyata, UMNO tidak ada kepimpinan dan Najib sebenar nya seorang pemimpin yang kosong lagi lemah. Jika ibarat UMNO itu sebuah kapal, anak2 kelasi kena tukar nakhoda supaya kapal selamat.
Apa sudah jadi kepada wasatho dan wasathiyah?
Cakap2 seperti 1Melayu, cipta jutawan Melayu, peduli apa orang anggap kita rasis semua cakap orang bodoh. Kalau duduk atas pulau berasingan, layak. Sebagai seorang Melayu saya sudah nyatakan kalau serius mengapa tidak beri setiap Melayu yang layak sumber pengkayaan secara lansng? Kenapa beri kepada yang terpilih, orang dan institusi pertengahan? Kenapa kita mahu mengulangi strateji yang salah? Kerajaan beri RM54 billion saham, sibingung UMNO jual RM52 billion dan hanya tinggal RM2 billion. Senaraihitamkan semua penerima yang menjual saham ini dan haramkan mereka mendapat apa apa lagi.
Kenapa beri Vincent Tan ribuan ekar tapi orang Melayu nak dapat 2 ekar pun susah? Mengapa tidak merdekakan tanah reseb Melayu supaya pemilik tanah reseb Melayu miliki tanah yang berharga tinggi. Jika jual mereka boleh jadi jutawawan.
Mengapa mahu tetapkan ekwiti sebanyak 67% sedangkan orang Melayu hanya 50% lebih sahaja. Yang menjadikan sampai 67% termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mengapa UMNO tidak perincikan Bumiputera Melayu berapa dan Bumiputera Sabah dan Sarawak berapa? Jika ikut prinsip ini, maka KM Sabah sepatutnya Kadazan, dusun atau murut. Demikian juga di Sarawak. Lebih baik tetapkan mengikut peratusan ethnic pada setiap lokasi.
Mengapakah orang Melayu( kalau UMNO tidak mahu tidak mengapa) tidak lagi sedar bahawa tidak ada siapa yang boleh mengancam kedudukan orang Melayu. Cina hanya 24% secara keseluruhan. Mustahil mereka dapat mengatasi dari segi jumlah kerusi. Hampir semua lapisan pimpinan dalam negara ini orang Melayu. Raja2 nya, PM2 nya, menteri majority Melayu, KSN2 nya( kecuali baru sekarang mamak India), KSU2 nya, MB2 nya, SS nya, DO2 nya , pengarah2 jabatan, penghulu2 nya dan ketua2 Kampung senya- semua Melayu berkulit sawo matang. Askar dan tentera nya, semua Melayu. Perlembagaan pun melindungi kedudukan Melayu.
Jadi siapa yang boleh ancam Melayu? UMNO yang mereka reka dan mencipta cerita seram. Amat benar kata Tun Daim, orang Melayu suka baca cerita hantu dan seram. Minda orang melayu adalah minda tahap majallah Mestika. Melayu UMNO lah.
Orang UMNO patut berterima kasih kepada DAP dan PAS. Kerana ujud mereka, maka UMNO ada modal mengesahkan keujudan UMNO. Ada PAS dan DAP lah pemimpin UMNO dan perwakilan ada modal mengesahkan kerelevenan mereka. Jika PAS dan DAP tidak ada, sudah tentu sasaran perwakilan ialah kepimpinan, rasuah dan ketidakadilan pimpinan UMNO. Nahas Najib dan geng2 nya.
PM Najib lupa berterima kasih kepada Anwar Ibrahim sebab kalau Anwar Ibrahim tidak ada masaalah, Najib tak jadi PM. Malah ketika dalam jawatan naib presiden lagi, jika saya faham budaya UMNO, dia sudah ditamatkan riwayat.
Jika kita dengar ucapan2 pemimpin dan perwakilan UMNO, kita akan rasa UMNO ini hanya layak memerintah sebuah pulau kecil yang semua nya ahli UMNO sahaja. UMNO tak layak perintah Malaysia. jika UMNO suka, mereka boleh tinggalkan Semenanjung berpindah semua ke Pulau Langakawi, Tioman dan pulau2 di Sabah sana. Binalah kerajaan semua
suka-suka semua disana.
Malah yang kedengaran siuman pula ialah Mukhriz Mahathir yang menyatakan UMNO tidak boleh mempromosi 1Melayu. KJ pula yang nampak bodoh apabila mencanggahi kenyataan supaya UMNO progresif tapi mengekalkkan fundamentalisme nya. fundamentalism UMNO ialah ekstermisme Melayu. Lagi Melayu lagi UMNO.
Politik masa depan adalah politik keterbukaan, berkerajaan atas prinsip undang2 dan demokrasi. UMNO yang tidak adapt akan musnah. Kaitan nya dengan orang Melayu ialah: jika orang Melayu mahu berjaya, mereka mesti menolak UMNO. - Ariff Sabri
No comments:
Post a Comment