Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

23 March 2015

'Tak tahulah kalau DAP ada agenda tersembunyi' - PAS


PAS Kelantan mempersoalkan kenapa DAP terus berkeras untuk menghalang usaha mereka melaksanakan hudud di Kelantan sedangkan perkara itu tidak melibatkan golongan bukan Islam.

Malah, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, usaha itu dijalankan berdasarkan kerangka undang-undang dan demokrasi, melalui Parlimen.

Mohd Amar juga berkata telah membangkitkan perkara itu kepada Lim Kit Siang sendiri berhubung perkara itu dalam pertemuannya dengan pemimpin popular DAP itu di pejabat PAS di ibu negara sebelum ini.

“Kemudian, Lim Kit Siang senyap tak boleh cakap apa. Dia terus diam. Dia tak jawab yang saya hujah.

07 March 2015

DAP dan PAS akan pastikan Anwar bebas




13894_10152860623504542_6582333137952986883_n
KUALA LUMPUR, 7 MAC: Walaupun cuba dilagakan dengan pelbagai isu oleh media tajaan UMNO namun DAP dan PAS tetap bersatu hati menuntut agar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim segera dibebaskan.
Exco Kerajaan Negeri Selangor Teng Chang Khim menegaskan, biar apa pun taktik yang digunakan, DAP akan memastikan usaha membebaskan Anwar tetap tercapai.
“Kita semua hadir ke sini bukan untuk shopping tapi demi memastikan Anwar dibebaskan.
“Kita akan pastikan matlamat itu berjaya dijayakan,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 1,000 rakyat berhampiran Stesen LRT Masjid Jamek.

08 February 2015

Isu PAS-DAP Selesai - Anwar


Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 4:51 PM

Anwar dan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, Ahad.

KUALA LUMPUR: Perbalahan antara PAS dan DAP berhubung isu pelaksanaan hukum hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dianggap selesai dengan semua pihak bersetuju untuk menghormati dasar bersama pakatan pembangkang itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu cabaran debat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga sudah tidak berbangkit.
“Semua dah selesai dalam mesyuarat,” kata Anwar ringkas pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung selasa dua jam di Pejabat Agung PAS di sini, Ahad.
Bagaimanapun menurut Anwar, dua isu berkenaan yang menjadi punca percakaran antara PAS dan DAP akan dibincangkan secara terpeinci dalam mesyuarat berasingan.
“Pakatan Rakyat akan terus meraikan perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti.

28 January 2015

Pilihanraya PBT... Mustapha Ali dakwa Guan Eng 'mulut celupar'

Siapa bohong... itu tanda tanya dalam episod baru perbalahan antara PAS atau DAP dalam isu pilihanraya kerajaan tempatan (PBT) selepas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali lepas semua cerita dalam satu sidang media khas di ibu pejabat PAS pagi Rabu.
Menurut beliau, cerita Guan Eng bahawa beliau tidak jujur dalam isu tersebut adalah satu pembohongan.
"Lim Guan Eng bukan sahaja cakap tidak tepat tapi tidak betul. Dia ni celupar mulut..." kata Mustapha Ali.
Serentak dengan itu beliau mencabar Guan Eng berdebat secara terbuka selepas Ketua Menteri pulau Pinang itu bercakap separuh benar berkaitan isu tersebut.
"Saya akui memang Lim menelefon saya berkait dengan pilihan raya PBT tetapi selepas enakmen itu diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang," kata Mustapha.
Katanya, beliau dimaklumkan mengenai enakmen tersebut apabila ADUN PAS Pinang Tunggal Salleh Man menghubunginya untuk memberitahu dewan akan bentangkan usul tersebut dan tanpa apakah perkara tersebut sudah dibincangkan diperingkat tertinggi parti.
"Saya nasihatkan beliau (Salleh Man) jangan bercakap dan jangan undi," katanya.
Jelas Mustapha, Guan Eng ada menghubunginya selepas anekmen tersebut diluluskan oleh DUN Pulau Pinang.
"Dia telefon saya, jika ada media yang meminta komen mengenainya, tolong komen yang positiflah.”

16 December 2014

DAP Sekali Lagi Dipelawa PAS Keluar PR 2


Gambar FotoGambar FotoPAS Isnin membidas DAP sambil menyarankan parti itu keluar dari pakatan pembangkang sekiranya ia tidak selesa dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata DAP dialu-alukan untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya ia tidak yakin dapat memenangi pilihan raya umum ke-14 jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.
"Kita (PAS) tak akan keluar dari pakatan pembangkang. Kalau dia (DAP) tak selesa dan rasa tak boleh menang dengan pakatan pembangkang, mereka boleh keluar bila-bila masa.
"Tak jadi masalah kepada kita dan kita tak akan tukar perjuangan kita (laksanakan hudud), kita tak akan korbankan perjuangan semata-mata untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Isnin.

14 December 2014

“Hadi Awang, datanglah mesyuarat”


wong_kah_woh
SUBANG, 14 DIS: Perwakilan DAP Perak Wong Kah Woh sekali lagi menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghadirkan diri ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
“Kerjasama DAP dalam PR sentiasa utuh, malangnya terdapat beberapa pimpinan PAS yang degil dan tidak mahu mengadakan perbincangan.

02 December 2014

Timb. Speaker II : PAS, BN Selangor Bantah Cadangan DAP

ADUN PAS Selangor


KUALA LUMPUR 2 Dis - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dan Barisan Nasional (BN) menolak cadangan DAP agar diwujudkan jawatan timbalan speaker kedua untuk DUN Selangor.

ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi berkata, jawatan speaker daripada DAP dan timbalannya daripada PAS sudah memadai.

"Keperluan timbalan speaker ini hanya untuk waktu bersidang sahaja. Yang sedia ada sudah cukup efektif. Jadi, untuk seorang lagi timbalan speaker tidak perlu.

23 November 2014

Dewan Ulama tegur PKR, DAP 'serang' Hadi



Dewan Ulama PAS hari ini menegur pemimpin pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang "menyerang" Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana didakwa gagal menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pusat pakatan parti pembangkang itu.

17 November 2014

Apa untungnya DAP serang PAS?



SUBKY LATIF | .

APA untungnya Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menyerang PAS dan Presidennya secara terbuka sambil memberi amaran DAP sedia bersendirian semula seperti sebelum kelahiran Pakatan Rakyat?
   
Tidak dinafikan dalam masa lebih 10 tahun lalu dan mungkin dalam beberapa tahun yang akan datang DAP adalah parti yang terus maju sama ada ia bersama Pakatan Rakyat ataupun tidak bersama Pakatan Rakyat. Sama ada PAS menyokongnya atau tidak, kuasanya di Pulau Pinang tidak tergugat. Sama ada ia dalam Pakatan atau kembali bersendirian, sekurang-kurangnya untuk dua kali PRU lagi kuasanya tidak tergugat.

18 October 2014

DAP Sarawak Putuskan Hubungan Dengan PAS, PKR


Diterbitkan: Sabtu, 18 Oktober 2014 7:44 PM

Chong Chieng Jen.

KUCHING: DAP Sarawak pada Sabtu menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

28 September 2014

PKR, DAP Pembuli - Nik Abduh


Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 1:10 PM

Nik Abduh Nik Aziz
PETALING JAYA: Anak Mursyidul Am PAS mendakwa Parti Keadilan Rakyat dan DAP kini makin berubah dan lebih menonjol dengan sikap umpama Umno sebagai pembuli.

Kenyataannya yang disiarkan menerusi laman Facebook pada Ahad itu bagai petanda wujudnya pergeseran yang semakin meruncing di kalangan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz itu mendakwa, ada di kalangan pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu dihukum kerana bertindak bertentangan dengan keputusan Pakatan Rakyat ketika krisis menteri besar di Selangor.

25 September 2014

Rakyat tanggung menteri 12 bulan setahun – Tengku Zulpuri


tengku_zulpuri
KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji membidas kenyataan angkuh Timbalan Menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan, kononnya kerajaan ‘menanggung’ hidup rakyat selama tiga bulan dalam setahun.
Ketika berucap sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor di sana semalam, Ahmad Maslan berkata hidup rakyat ditanggung tiga bulan dalam setahun melalui subsidi dan bantuan yang disampaikan kerajaan.
“Campur BR1M, bantuan persekolahan, subsidi minyak, tepung.. tiga bulan kehidupan kita ditaja kerajaan BN dalam setahun. Sembilan bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja yang kita ada,” kata Ahmad Maslan menurut The Malaysian Insider.

06 September 2014

PKR dan DAP yang minta PAS pujuk Ku Li, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.
“Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis.
Beliau berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan perdana menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

PKR, DAP Mungkin Jalin Kerjasama Dengan PasMA Selepas Hadi Buat Pusingan U



Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 8:20 AM

Abdul Hadi dikatakan menghantar senarai nama baharu untuk jawatan Menteri Besar Selangor kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

PETALING JAYA: Tindakan dramatik yang menyaksikan PAS menghantar tiga nama dan menolak mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor membawa kepada satu ancaman untuk memecah-belahkan parti Islam itu.
Cakap-cakap mengenai kemungkinan PKR dan DAP menarik masuk sebuah parti baharu alternatif kepada PAS berikutan kemunculan sebuah organisasi baharu dikenali sebagai PasMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) yang ditubuhkan pada 11 Ogos lalu, mulai tersebar.
PKR, DAP dan beberapa pemimpin PAS kecewa dengan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menamakan tiga ahli exco daripada PAS untuk jawatan kerusi panas itu.

09 August 2014

DAP bidas Nasruddin tiru skrip Umno, persoal setiakawan PAS dalam Pakatan

Lip Eng juga mendesak Nasrudin supaya jangan masuk campur urusan negeri lain, sebaliknya memfokuskan di negeri Pahang, kawasan Parlimen yang diwakilinya.
"Kenapa Tantawi pula begitu gigih menyerang dan mempersoal rakan politik sendiri?
"Susah sangatkah untuk memeriksa fakta daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat terutamanya rakan-rakan PAS di Pulau Pinang? Adakah Umno dan BN di Pahang sudah begitu suci dan cemerlang hingga Tantawi harus memilih untuk menghalakan serangan ke Pulau Pinang?" soalnya.
Lip Eng juga mempersoalkan tindakan Nasrudin ketika Pakatan sedang berdepan saat getir waktu ini, khususnya krisis yang melanda di negeri Selangor menggugat persefahaman antara satu sama lain.
"Saya terkejut dengan tindakan Nasrudin yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur, di saat fitnah-fitnah lain sedang mengancam silaturrahim Pakatan Rakyat," kata ahli DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.
Membangkitkan soal setiakawan Nasrudin dan PAS dalam Pakatan, Lip Eng berkata mereka sepatutnya menjaga hubungan dan bukannya mengeruhkan keadaan lagi.
"Seharusnya kita saling menjaga hubungan setiakawan, bukannya membangkitkan fitnah-fitnah yang sudah lena," kata beliau.
Dia juga menyeru PAS membantah kenyataan Nasrudin tersebut, kegagalan melakukannya akan mengikis komitmen terhadap persaudaraan dalam Pakatan.
"Saya menyeru rakan-rakan di dalam PAS supaya tidak berdiam diri, dan menyuarakan bantahan masing-masing terhadap fitnah yang ditimbulkan oleh Tantawi.
"Berdiam dan redha terhadap fitnah ini pasti akan dilihat mengikis komitmen PAS terhadap persaudaraan Pakatan dan menambah syak wasangka orang ramai terhadap keikhlasan tahalluf siyasi mereka," katanya.
Nasrudin mempersoalkan mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kecaman ekoran projek Lebuhraya Kidex, namun Lim tidak dikenakan apa-apa tindakan berhubung pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.
Nasrudin berkata, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus. – 9 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-bidas-nasruddin-tiru-skrip-umno-persoal-setiakawan-pas-dalam-pakatan#sthash.KDbGpD2E.dpuf

01 August 2014

DAP, PKR Jangan Campur Urusan Pas - Norazli

alt

KUALA LUMPUR 1 Ogos - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan berhenti mendesak Pas mengambil tindakan ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa berkata, desakan yang dibuat oleh pihak-pihak di luar Pas disifatkan seperti mencampuri urusan dalaman parti itu.

Menurut beliau, ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi tidak mempersalahkan Mohd. Zuhdi dalam isu tersebut malah sebaliknya, mereka bersedia untuk mempertahankannya.

"Tahaluf siyasi yang kita jalankan dalam pakatan pembangkang adalah untuk kerjasama politik sahaja.

"Kita tidak pernah mencampuri urusan dalaman DAP dan PKR, jadi jangan campuri urusan dalaman Pas," katanya yang dipetik dari utusan malaysia, semalam.

Mohd. Zuhdi dikecam oleh sekutu-sekutu Pas dalam pakatan pembangkang termasuk Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli selepas analisis beliau tentang situasi politik di Selangor tersebar dalam media sosial sejak Ahad lalu.

Analisis tentang kemungkinan Pas boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN PKR dibentangkan Mohd. Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Anthony dan Rafizi dalam kenyataan masing-masing menggesa pucuk pimpinan Pas mengambil tindakan terhadap Mohd. Zuhdi berikutan analisis yang dihasilkannya itu.

16 July 2014

Saya tak kan murtad - Syefura

 | July 16, 2014
Syefura OthmanSEREMBAN: Syefura Othman, 25, gadis Melayu terbaru yang menyertai parti DAP, membidas kritikan pihak luar dan berkata beliau tidak akan murtad hanya kerana telah menyertai DAP.
“Saya tengok ada orang kata bila saya sertai DAP seolah-olah saya dah lupa asal usul, bangsa dan agama saya.
“Saya tak kan murtad hanya kerana saya jadi ahli DAP. Saya tetap Melayu dan tetap menjunjung Islam.
“Malah ketika ini saya sedang membaca buku Hikayat Merong Mahawangsa.

14 July 2014

Isma ingatkan anak Melayu waspada dengan DAP

 | July 14, 2014
Orang Melayu sendiri seharusnya peka dan sedar agar DAP tidak terus merosakkan bangsa kita
Abdullah_Zaik_Abdul_Rahman_300x200PETALING JAYA: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman mengingati kepada anak-anak Melayu supaya berhati-hati dan jangan mudah dipergunakan oleh DAP dengan agenda komunisnya.
Menurutnya lagi, bangsa Melayu hanya selamat dengan Islam. Beliau mengulas mengenai seoarang ahli DAP, Young Syefura Othman yang mengatakan DAP merupakan parti yang lebih ideal dan sesuai untuk anak muda khususnya mereka yang berbangsa Melayu.
“Hanya satu cara sahaja untuk DAP tidak menampakkan agenda komunisnya yang kelihatan ekstrem iaitu dengan cara memperalatkan anak-anak muda Melayu yang telah diliberalkan.
“Mereka juga telah dilalaikan dan dilihat lupa akan bangsa dan komitmen terhadap agamanya sendiri,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Mengulas mengenai kenyataan daripada Syefura yang mengatakan parti DAP ini nampak lebih ‘cool’ dan realistik, beliau berpendapat Syefura tidak mewakili bangsa Melayu dan Islam keseluruhannya.
“Bangsa Melayu sendiri seharusnya peka dan sedar agar merekan(DAP) tidak terus merosakkan bangsa kita.
“Mereka harus kembali mengingati sejarah dan melihat kembali kepada Islam dengan memperkukuhkan sifat cintakan bangsa dan negara,” jelasnya.
Tegasnya, keruntuhan bangsa dan anak-anak muda Melayu masa ini dilihat hasil daripada kelalaian daripada orang Melayu dan pemimpin-pemimpinnya Melayu sendiri yang tidak begitu peka dengan faktor sejarah.
“Kelalaian ini menyebabkan lahirnya generasi yang telah terputus daripada sejarah dan tidak mengenali asal-usul mereka sendiri.
“Saya berharap bangsa Melayu harus sedar dan tidak mudah untuk terus diperalatkan tanpa mereka sedari,” ujarnya.- FMT

Syefura Othman @ Rara : Dari mana, nak ke mana (Bahagian I)



WAWANCARA
rara1
Populasi wanita muda di Parti Tindakan Demokratik nampaknya kian meningkat. Pasca pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang akhirnya maju ke depan dan dengan berani mengisi borang keahlian sebuah parti yang telah sekian lama difitnah sebagai parti ‘komunis’ dan ‘cauvinis cina’.
Terbaru, DAP menerima permohonan keahlian daripada seorang ikon anak muda yang boleh tahan popular sejak ditemui hadir dalam perhimpunan Bersih 3.0. Young Syefura Othman, atau lebih mesra dipanggil Rara, mengisi borang keahlian DAP setelah menghadiri sesi dialog bersama pimpinan muda parti di ibu kota.
Anak gadis berusia 25 tahun ini merupakan anak perempuan tunggal daripada tujuh orang adik-beradik. Dia mendapat inspirasi politiknya daripada sang ibu yang merupakan seorang aktivis PAS.

13 July 2014

Selepas Dyana Sofya kini DAP mempertaruhkan Syefura Othman @ Rara sebagai penarik minat golongan muda


Selepas satu Malaysia dilanda demam 'Dyana' apabila DAP mempertaruhkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon pilihan raya kecil Teluk Intan, kemasukan seorang lagi jelitawan menjadi taruhan untuk meningkatkan lagi minat anak muda terhadap parti itu.

Dalam temuramah eksklusif siri pertamanya dengan organ Bahasa Melayunya, Roketkini, aktivis Syefura Othman, 25, ditonjolkan sebagai penarik minat golongan muda terutamanya Melayu.

Kemasukan Syefura (kanan), gadis Melayu bertudung yang lebih dikenali sebagai “Rara”, bulan lalu sudah pun menjadi perbualan hangat, termasuk di kalangan penulis blog anti-DAP.

Poster dan grafik di laman-laman sosial misalnya didakwa memfitnah Rara, ahli seumur hidup DAP, berhasrat menghapuskan hak-hak orang Melayu.

Tidak cukup dengan itu, menurut Roketkini, terdapat pihak memuat naik grafik memaparkan gadis bujang yang menetap di Negeri Sembilan itu sebagai pakar urut batin berserta dengan alamat dan nombor telefonnya sekali.


Bagaimanapun, ia tidak dihiraukan oleh tuan punya badan.

“Tapi disebabkan saya macam dah terbiasa, saya biarkan sahaja. Bila saya kena sekali lagi waktu masuk DAP, saya sudah boleh bersedia. Saya ketawakan saja,” katanya dipetik dari Roketkini.

Dari SAMM ke DAP

Walaupun belum diketahui sejauh mana keupayaan anak muda ini, namun ahli Solidariti Anak Muda Malaysia itu menjawab yakin, mengapa memilih DAP dan bukan parti Pakatan Rakyat lain sebagai wadah perjuangannya.

"Saya menyertai DAP kerana ia menyediakan ruang untuk wanita muda Melayu terutamanya,” jelasnya.

“Kita kekurangan pimpinan wanita muda. Kita mungkin ada Nurul Izzah (Anwar) dalam PKR, kalau PAS saya tidak pasti siapa. Kalau kenal pun Kak Aiman (Athirah)” tambahnya.

Rara berkata kemasukannya ke dalam DAP dengan cita-cita untuk mengajak lebih ramai wanita untuk turut ke depan dalam perjuangan mengembalikan demokrasi dan keadilan.

Namun biarlah masa menentukan sama ada kemasukan Syefura sama ada beliau bakal menjadi pemangkin kepada perubahan persepsi terhadap DAP yang sering dimomokkan sebagai parti cauvanis Cina dan memusuhi orang Melayu.

“Kita perlukan seseorang untuk ke depan dan menjadi contoh, pemimpin dan pembuka jalan.”

“Sekali kita maju setapak, orang yang di belakang akan ikut kita,” kata beliau.

Bagaimanapun, sejauh mana Syefura akan diketengahkan DAP, sama ada beliau akan dibariskan di barusan depan sebagai calon pilihan raya seperti Dyana (atas), hanya masa yang akan menentukan. - Malaysiakini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive