23 November 2014

Dewan Ulama tegur PKR, DAP 'serang' Hadi



Dewan Ulama PAS hari ini menegur pemimpin pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang "menyerang" Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana didakwa gagal menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pusat pakatan parti pembangkang itu.


Pemangku ketua dewan ulama PAS Datuk Ahmad Yakob berkata jika benar mereka mahu membangkitkan isu berkenaan, rakan strategik PAS itu boleh menyalurkannya melalui forum dalaman pakatan berkenaan.

"Tidak comel kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan keraguan di kalangan ahli dalam Pakatan Rakyat.

"Kita boleh selesai secara peringkat dalaman kerana kita ada forum di dalamnya (untuk meluahkan pendapat)," kata Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan kepada pemberita selepas melawat Pameran Ular di Muzium Negeri di Kota Baharu.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Datuk Md Anizam Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.



Berikutan serangan terhadap Abdul Hadi (kiri) itu, seorang demi seorang pimpinan PAS tampil mempertahankan beliau.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata "perkara bodoh untuk memaksa seseorang yang sakit hadir dalam mesyuarat".

Mengulas lanjut, Ahmad berkata sebagai seorang presiden, Abdul Hadi juga mempunyai tugasan yang sibuk di luar negara seperti membentangkan kertas kerja dan sebagainya.

"Tidak semua masa dapat kita (presiden) suaikan. Sebagai ahli parti kita kena hormat dan sayang kepada presiden," katanya.

Pameran ular itu yang bermula sejak 3 Nov lalu dan akan berakhir 3 Dis ini turut mempamerkan keberanian Rahiza Abdul Rahman, 28, atau lebih dikenali sebagai ‘Baby Andryanna’ tinggal bersama 60 spesies ular senduk.

Lebih 45,000 orang telah mengunjungi pameran itu.

- Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Kena sayang dengan Presiden sekiranya Presiden menunjukan contoh yang,kalau presiden pernah tuduh pil kuda,pernah kata barua pada kawan sendiri,pernah tak hadir mesyuarat penting,pernah tak hadir sesi parlimen,bagaiman? kena sayang juga ke.wahai ulamak Pas,apakah ajaran dan cara itu kita kena ikut?mempertahankan seorang ahli yang ingkar parti dan menghentam yang ingkar parti,bolih begitu?

pandir said...

Adakah UG ni dah masuk fasa maksum tak boleh tegur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive