23 November 2014

MB Pahang saman Awang Selamat RM15juta

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menyaman penulis pojok Awang Selamat di Mingguan Malaysia RM15 juta berhubung tulisan dalam ruangannya bertajuk ‘Hebat Sangatkah Adnan?.
Tulisan berdasarkan laporan khas Utusan Malaysia mengenai dakwaan kebanjiran kira-kira 30 ribu pendatang asing Bangladesh di Cameron Highlands disiarkan dalam ruangan pada 9 November lalu.
Awang memaklumkan perkara itu menerusi ruangan sama hari ini.
“Awang telah menerima surat tuntutan guaman daripada Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob berhubung tulisan: ‘Hebat Sangatkah Adnan?’ yang disiarkan dalam ruangan ini pada 9 November lalu,”.
“Surat bertarikh 18 November itu diterima daripada syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman RM15 juta,”
“ Sekadar makluman, tidak molek komen lebih kerana bakal jadi kes mahkamah,” tulis Awang Selamat.- 23/11/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive