17 January 2013

Bolasepak Kelantan vs JDT : Mereka bukan JMF tapi anggota Rejimen 21 Grup Gerak Khas [Komando] - TMJ




Gambar Askar Timbalan Setia Negeri Johor 150x150 Isu JMF: Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang? JOHOR BAHRU - Anggota tentera yang kelihatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu ketika perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dan Kelantan dua hari lepas merupakan anggota komando Rejimen 21 Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).
"Mereka (anggota Gerak Khas) berada di stadium kerana menerima arahan yang menyatakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan mencemar duli menyaksikan perlawanan itu," titah baginda pada sidang media di kediaman baginda di sini hari ini.


Baginda bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan persediaan keselamatan sekiranya Sultan Johor, yang juga Kolonel Komandan GGK menyaksikan perlawanan terbabit.
Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan dan tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak.
"Kita boleh tanya kepada para pegawai mereka (Grup Gerak Khas), mereka ditugaskan bersedia untuk kehadiran Sultan Johor," titah baginda.

Media hari ini melaporkan ketidakpuasan hati penyokong pasukan Kelantan berikutan kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata yang disangka daripada TSN pada perlawanan antara kedua-dua pasukan dua hari lepas.
Sementara itu, Tunku Ismail juga melahirkan kekecewaan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang tidak melakukan persediaan bagi mengawal keselamatan penyokong Johor yang hadir di stadium semasa perlawanan itu.
Tindakan Kafa tidak meletakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keselamatan penyokong Johor sepanjang mereka berada di stadium adalah amat dikesali, titah baginda.
Tunku Ismail bertitah pihak baginda menerima banyak aduan penyokong Johor dibaling batu dan botol oleh penyokong fanatik Kelantan.
"Selain itu para pemain dan penyokong Johor terpaksa menyelinap keluar melalui pintu lain selepas lampu limpah dipadamkan dan diiringi Polis Diraja Malaysia sejauh 20 kilometer meninggalkan stadium," titah Tunku Ismail. - Bernama

BERITA AWAL

8 comments:

Anonymous said...

Lama-kelamaan esok, penyokong pun takut nak masuk stadium lagi sbb ada pasukan bersenjata.

Itu pasal kita tak berapa suka klu ketua agama bergiat aktif dalam sukan.

Ikut suka dia lah, tapi harap2 benda ni tak akan berulang lagi....

Anonymous said...

cuba tengok kat EPL ada tak anggota keselamatan dengan rifel automatik?
ada tak sejarah raja-raja atau ahli parlimen di malaysia kena baling dengan botol?

baretta said...

Knpa pulak masa final Piala Malaysia, presiden FAM turun menonton, tak ada pun letak askar standby?? Dahlah tu, klu tgk pada corak uniform, bukan Komando punya uniform, mcm askar Thailand jer... Warna beretpun tak hijau mcm GGK punya... Tak tahu pulak klu dah tukar warna baru...

Anonymous said...

pasni siap la...
briged perisai akan turun bersama...
KD Tungku Abd Rahman...

Anonymous said...

Nak kelentong pun agak2 la. Abis tu nape truk 2, 3 bijik tu plat JMF. Tentera mana pakai plat camtu broo

kayru1 said...

senang-senang kalau macam ni tak payah bersukan la

Nathan said...

haiyaaa....
bagi aje semua piala tu kat dia laaa..

Anonymous said...

Biar la dia.. Procedure dia kot.. Lg pn dia bnyk duit..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive