14 July 2014

Isma ingatkan anak Melayu waspada dengan DAP

 | July 14, 2014
Orang Melayu sendiri seharusnya peka dan sedar agar DAP tidak terus merosakkan bangsa kita
Abdullah_Zaik_Abdul_Rahman_300x200PETALING JAYA: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman mengingati kepada anak-anak Melayu supaya berhati-hati dan jangan mudah dipergunakan oleh DAP dengan agenda komunisnya.
Menurutnya lagi, bangsa Melayu hanya selamat dengan Islam. Beliau mengulas mengenai seoarang ahli DAP, Young Syefura Othman yang mengatakan DAP merupakan parti yang lebih ideal dan sesuai untuk anak muda khususnya mereka yang berbangsa Melayu.
“Hanya satu cara sahaja untuk DAP tidak menampakkan agenda komunisnya yang kelihatan ekstrem iaitu dengan cara memperalatkan anak-anak muda Melayu yang telah diliberalkan.
“Mereka juga telah dilalaikan dan dilihat lupa akan bangsa dan komitmen terhadap agamanya sendiri,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Mengulas mengenai kenyataan daripada Syefura yang mengatakan parti DAP ini nampak lebih ‘cool’ dan realistik, beliau berpendapat Syefura tidak mewakili bangsa Melayu dan Islam keseluruhannya.
“Bangsa Melayu sendiri seharusnya peka dan sedar agar merekan(DAP) tidak terus merosakkan bangsa kita.
“Mereka harus kembali mengingati sejarah dan melihat kembali kepada Islam dengan memperkukuhkan sifat cintakan bangsa dan negara,” jelasnya.
Tegasnya, keruntuhan bangsa dan anak-anak muda Melayu masa ini dilihat hasil daripada kelalaian daripada orang Melayu dan pemimpin-pemimpinnya Melayu sendiri yang tidak begitu peka dengan faktor sejarah.
“Kelalaian ini menyebabkan lahirnya generasi yang telah terputus daripada sejarah dan tidak mengenali asal-usul mereka sendiri.
“Saya berharap bangsa Melayu harus sedar dan tidak mudah untuk terus diperalatkan tanpa mereka sedari,” ujarnya.- FMT

1 comment:

bnmadog said...

Isma bodoh bangang apa beza nya samada cina dap gerakan dan mca , bangsa cina juga ooh mentang cina yg dua tu gang umno apco yahudi kamu labelkan cina lain. Kalau cina tu sama saja bahalol isma.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive