Showing posts with label hadi. Show all posts
Showing posts with label hadi. Show all posts

26 November 2014

Subky: Selagi tiada ahli cabar, kedudukan Hadi tak tergugat

pada 26-11-2014 09:11 Ditulis Oleh Syed Muaz Syed Putra
Post Pic
KUALA LUMPUR: Kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden PAS boleh tergugat sekiranya ada ahli parti menawarkan diri sebagai calon pada pemilihan pucuk pimpinan tahun depan.
Menurut bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Subky Abdul Latif, selagi perkara itu tidak berlaku pimpinan serta ahli wajar menghentikan polemik itu.
Selain itu, beliau menambah perubahan jawatan nombor satu PAS boleh berlaku sekiranya Abdul Hadi yang menyandang kerusi itu sejak 2002 bertindak berundur secara sukarela.

20 November 2014

Haji Hadi tidak akan berundur... kekal pimpin PAS 10, 20 tahun lagi


Menjawab desakan pemimpin DAP, PAS sekali lagi menegaskan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan terus memegang jawatan Presiden PAS dan tidak akan berundur, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab mengenai laporan media tentang terdapat wujudnya ahli-ahli parti yang mahu jawatan tertinggi itu dipegang pemimpin lain.
Katanya, PAS masih memerlukan khidmat Haji Hadi berdasarkan kredibilitinya.
Beliau menyifatkan Haji Hadi sebagai pemimpin yang sukar dicari ganti.

07 September 2014

Angkatan Muda PKR desak Hadi tarik balik kenyataan pasal Wan Azizah

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) telah tampil menegur kesal dengan tindak tanduk Presiden PAS Dato’ Seri Haji Hadi Awang yang mendakwa bahawa, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Ketua baru sayap PKR Nik Nazmi Ahmad sebaliknya mempertahankan Presiden PKR itu cukup layak untuk memegang jawatan itu.
Dalam satu kenyataan Ahad, Presiden PAS agar menghormati keputusan pimpinan pusat PAS dan Majlis Pimpinan Pakatan dan menarik balik kenyataan beliau.
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH NIK NAZMI AHMAD

06 September 2014

PKR dan DAP yang minta PAS pujuk Ku Li, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.
“Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis.
Beliau berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan perdana menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Hadi dedahkan kenapa beliau tidak terima Wan Azizah jadi MB Selangor

Hadi: Tolak Wan Azizah kerana soal kebolehan

 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tentangannya ke atas cadangan untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri baru Selangor bukan disebabkan faktor jantina.

Sebaliknya, ia berdasarkan faktor kebolehan presiden PKR tersebut, katanya dalam satu taklimat kepada sekumpulan penyokong parti di Marang semalam.

“Jadi yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor itu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.

"Nak Tubuh Parti Baru...Silakan" - Hadi


Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 5:17 PM

PETALING JAYA: Ahli dan pemimpin PAS yang tidak sependapat dengan parti itu dicabar supaya meninggalkannya dan menubuh parti baharu.
Cabaran keras itu dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada sebilangan ahli partinya yang diumpamakan seperti 'nyamuk' hingga boleh mengganggu tidur.
"Mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia berasa nak tubuh parti...sila. Baik dia keluar, dia tubuh parti dia sendiri, senang. Tak payah duduk di dalam (PAS).

PKR, DAP Mungkin Jalin Kerjasama Dengan PasMA Selepas Hadi Buat Pusingan U



Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 8:20 AM

Abdul Hadi dikatakan menghantar senarai nama baharu untuk jawatan Menteri Besar Selangor kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

PETALING JAYA: Tindakan dramatik yang menyaksikan PAS menghantar tiga nama dan menolak mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor membawa kepada satu ancaman untuk memecah-belahkan parti Islam itu.
Cakap-cakap mengenai kemungkinan PKR dan DAP menarik masuk sebuah parti baharu alternatif kepada PAS berikutan kemunculan sebuah organisasi baharu dikenali sebagai PasMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) yang ditubuhkan pada 11 Ogos lalu, mulai tersebar.
PKR, DAP dan beberapa pemimpin PAS kecewa dengan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menamakan tiga ahli exco daripada PAS untuk jawatan kerusi panas itu.

04 September 2014

PANAS ! Hadi Mahu PAS Duduki Kerusi MB Selangor


Datuk Seri Abdul Hadi Awang



PETALING JAYA: Krisis menteri besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu.

Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.
Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini. 
Mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.

01 September 2014

Hadi dan 'pasukan presiden' berkumpul di Taman Melewar Isnin

Kumpulan pro Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pagi Isnin berkumpul di pusat gerakan pembentukan pemikiran PAS, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar merasmikan satu wacana penting tiga minggu menjelang muktamar parti tersebut.
Wacana Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) itu dianjurkan kumpulan Hadi dipercayai sebagai usaha untuk memperkasa semula displin dikalangan ahli parti tersebut.
PAS sebelum ini menerima tamparan hebat selepas kenyataan beberapa pemimpin utamanya bercanggah antara satu sama lain terumanya berkaitan penukaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

26 August 2014

Kalut dalam Pakatan selepas berita Hadi tawar Azmin sertai PAS

Berikutan laporan berita yang disiarkan oleh portal pro pembangkang The Malaysian Insider (TMI) hari ini yang mendakwa ada usaha untuk menarik Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyertai PAS.
Keadaan dalam rumah Pakatan rakyat berceramuk sana-sini.
Pejabat Azmin menafikan laporakn tersebut, manakala Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri menyifatkan laporan itu bertujuan jahat.
Menurut beliau, berita yang dipaparkan oleh TMI pada, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama UMNO, dakwa AJK Pas Pusat” bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.

Mesyuarat PAS tegang, pemimpin tolak pilihan MB Selangor

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor menolak calon menteri besar Selangor pilihannya – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika mesyuarat jawatankuasa pusat, seminggu selepas mereka memutuskan menghantar dua nama.
Mesyuarat semalam menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kata sumber.
“Terdapat ketegangan apabila Hanipa mempersoalkan langkah menyokong Azmin selepas 30 Adun termasuk Azmin sendiri menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Hanipa mahu tahu siapa lagi menyokong Azmin,” satu sumber memberitahu The Malaysian Insider dan menambah tiada jawapan diberikan kepada soalan itu.

09 August 2014

Chegubard Saman Hadi Awang

alt
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Selepas bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin mengemukakan saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perkara yang sama mungkin dilakukan oleh Badrul Hisham Shaharin.
Menerusi laman pisau.net dan mymassa menyiarkan surat daripada pejabat peguambela & peguamcara Vasudevan Appu mewakili Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai CheguBard yang ditujukan kepada Abdul Hadi.
Surat serahan tangan 6 Ogos itu bertajuk “Kenyataan Fitnah Terhadap Badrul Hisham Shaharin.”
“Kami merujuk perkara di atas di mana kami mewakili En. Badrul Hisham Shaharin yang beralamat di No. 1500, Sungai Setar Kecil, 14310, Nibol Tebal, Pulau Pinang.
“Kami telah diarahkan oleh anakguam kami adalah calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Sungai Acheh, Pulau Pinang dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang diadakan pada 2013,” kenyataan daripada surat itu dipetik.
Alasan yang digunakan Badrul Hisham  hampir sama dengan hujah Mohd. Shamsul Mat Amin yang merujuk kepada ucapan Presiden PAS di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang, Terengganu, pada 22 April 2013.
Dalam ceramah bersempena dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu, Abdul Hadi telah mengeluarkan kenyataan berbentuk umum bahawa ada di antara calon PKR terlibat dalam kegiatan jenayah termasuk menjual pil kuda dan berfahaman komunis sebagai alasan kenapa berlakunya pertindihan calon-calon PAS dan PKR di kawasan-kawasan tertentu.

04 July 2014

Hadi Nafi Terbabit Komplot Singkir Khalid

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 11:20 AM

Kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dikatakan akan diambil alih oleh Dr Wan Azizah (kanan) selepas sambutan Aidilfitri hujung bulan ini.
PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan kononnya beliau terbabit dalam komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari kedudukan Menteri Besar Selangor.
Tegas Abdul Hadi, beliau tidak pernah terbabit dalam mana-mana perbincangan berhubung perkara itu, termasuk ketika kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk melawatnya baru-baru ini.
Penafian itu disampaikan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Samsuri Mokhtar menerusi kenyataan ringkas pada Jumaat.

21 June 2014

Hanya Hadi menjadi halangan penukaran Khalid, kata sumber Pakatan

OLEH ANISAH SHUKRY

Walaupun ramai pihak yang ingin menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau masih selesa dalam kerusinya kerana hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.
Walaupun ramai pihak yang ingin menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau masih selesa dalam kerusinya kerana hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014

Walaupun sudah hampir setengah tahun sejak PKR memulakan pilihan raya kecil Kajang untuk mengeluarkan Tan Sri Khalid Ibrahim, namun Menteri Besar Selangor itu masih selesa di kerusinya hanya kerana satu perkara, iaitu hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata sumber Pakatan Rakyat (PR).
Walaupun PKR dan DAP terus menekan Khalid, sumber itu memberitahu The Malaysian Insider, Langkah Kajang itu tidak pergi ke mana-mana kerana Hadi sehingga kini masih tidak menyokong usaha untuk mengenepikan Khalid daripada kerusi tertinggi dalam negeri terkaya itu.

01 June 2014

Hadi semakin pulih

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 10:38 AM
Abdul Hadi Awang

PETALING JAYA: Keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan perkembangan positif apabila beliau sudah boleh duduk dan bercakap.
Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagaimanapun, pemimpin tertinggi pembangkang itu masih perlu berehat supaya cepat sembuh.
"Dalam masa sama, doktor pakar juga menasihatkan supaya beliau tidak menerima pelawat dalam tempoh dua hari untuk mengelakkan sebarang jangkitan baharu.
"Pihak kami memohon berbanyak maaf sekiranya permintaan ini menyusahkan rakan taulan, sahabat seperjuangan  yang berhajat atau yang sudah berada di Istanbul untuk menziarahi beliau," katanya menerusi facebook Abdul Hadi lewat malam Sabtu.
Abdul Hadi yang mengalami sesak nafas dipercayai kerana komplikasi jantung pada Jumaat kini dilaporkan sedang dirawat di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul.
Abdul Hadi bersama Dr Shamsuri dan seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,  Dr Syed Azman Syed Nawawi berada di Istanbul kerana menghadiri Kongres Umat Islam Antarabangsa anjuran Pusat Penyelidikan Ekonomi (ESAM) yang berpusat di Istanbul.
Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di Beijing untuk lawatan kerja enam hari mengarahkan kedutaan Malaysia membantu bagi memastikan Abdul Hadi mendapat rawatan di negara itu.

30 May 2014

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikejarkan ke hospital

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital Istanbul, sebentar tadi.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.

"Dr (Ahmad) Samsuri (Mokhtar) kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) di Istanbul, Turki.

"Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya.

26 May 2014

PRK Teluk Intan : Jangan Pertikai Pencalonan Dyana - Presiden PAS




Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 8:01 PM


Abdul Hadi bersama Dyana ketika berkempen untuk calon DAP itu di Taman Cicely, Isnin.
TELUK INTAN: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di sini sekadar meminta supaya pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud mewakili DAP tidak dipertikaikan.
Tanpa mengetengahkan isu berkaitan hukum hudud di Kelantan, beliau berkata, calon yang dipilih seharusnya seseorang yang boleh menjadi wakil bagi membawa suara rakyat ke Parlimen.
"Kalau kita cerdik, jangan kita bincang pasal bangsa.
"Kita pilih calon pilihan raya ini sebagai satu amanah," katanya pada majlis minum petang yang turut disertai Dyana di Taman Cicely di sini, Isnin.

29 December 2012

Hadi tak pernah memurtadkan sesiapa - TGNA


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Di sebalik polemik mengenai isu Amanat Haji Hadi yang berterusan termasuk desakan Umno mahu ia ditarik balik, Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah "memurtadkan sesiapa."

Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja.

"Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja," kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang Muslim tetap murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi.

27 February 2012

Hadi bantai Najib

Hadi bidas kenyataan Najib

hadi awang
ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, apabila meminta umat Islam di negara ini memilih pemimpin dan parti politik yang benar-benar memartabatkan dan menjamin kesucian agama Islam.
Abdul Hadi berkata, selama lebih 55 tahun Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), apakah sumbangan parti itu dalam memartabatkan Islam, sedangkan kerajaan BN dilihat lebih banyak menjatuhkan martabat Islam melalui tindak tanduk mereka.
“Apa sudah jadi dengan tulisan jawi di negara ini sepanjang BN memerintah. Peranan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dilemahkan, hak istimewa orang Melayu juga diusik. Bagaimana Malaysia hilang Singapura dan banyak lagi yang melemahkan Islam dibuat sewenang-wenangnya,” katanya ketika menyampaikan ceramah perasmian Karnival Kedah Sejahtera, di Kompleks Pas Pokok Sena, minggu lalu.

20 February 2011

Amaran pada BN : Rakyat boleh bangkit jika terus menerus ditindas


BN tindas, rakyat Malaysia boleh bangkit
Nazri Abdullah

ALOR SETAR, 20 Feb: PAS mengingatkan Umno agar mengambil iktibar dengan kejatuhan pemerintah Tunisia dan Mesir akibat kebangkitan rakyat yang ditindas pemerintah.

Dengan nada memberi amaran, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat Malaysia juga boleh bangkit sedemikian jika pemimpin Umno BN terus menindas rakyat.

"Rakyat ni macam spring, bukan mati hidup, tapi ada perasaan.

"Kalau orang tekan spring ni, bila lama dia pedih tangan dia lepas, spring naik kemuka dia. Ha ingat-ingat..," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah di hadapan lebih 30 ribu rakyat di perkarangan Kompleks PAS, Kota Sarang Semut di sini malam tadi.

Turut serta berceramah pada malam kemuncak Himpunan 30K Dewan Pemuda PAS itu adalah Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani.

Sehubungan itu tambahnya, sebelum Umno BN dimalukan dengan kejatuhan sebegitu, mereka perlu memberikan padang sama rata kepada parti-parti politik lain dalam pilihan raya, agar kejatuhan mereka lebih bermaruah.

"Kita mintak pemimpin Umno ni jaga maruah, jangan tipu pilihan raya.

"Jangan guna media untuk sebelah pihak sahaja," katanya lagi.

PAS ganti Umno

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi pendirian bahawa PAS perlu menggantikan Umno.

Katanya, Umno telah terbukti tidak mampu membawa keadilan Islam untuk rakyat semua kaum dengan sistem penjajah yang diwarisi mereka, apatah lagi sistem sekular itu sendiri merosakkan Islam.

Sebagai bukti katanya, umat Islam negara ini masih lemah walaupun dipimpin orang Islam sendiri dari Umno BN sejak negara merdeka.

"Kenapa lemah? Kerana kepimpinan Malaysia ini mewarisi pemikiran penjajah barat, pemimpin negara tidak berperangai Islam, tak boleh tolong orang Islam, tak boleh tunjuk contoh baik kepada orang bukan Islam.

"Maaflah orang bukan Islam, pemimpin negara ini nama sahaja Islam tapi amalan pemerintahan dia, rasuah boleh, tipu rakyat boleh," katanya lagi.

Keadaan itu berlaku katanya kerana Islam dikurung di pejabat agama sahaja.

Skop Islam juga disempitkan hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, perkahwinan dan zakat sahaja.

Selain turut menghakis Bahasa Melayu, Umno BN juga didakwa gagal mengurus ekonomi negara sehingga berlaku kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat.

Kekayaan negara katanya, hanya berpusing di kalangan pemimpin atasan mereka sahaja dan tauke-tauke yang berkepentingan.

"Orang Melayu kena sedar, bila pilihan raya, tauke-tauke besar bagi duit kepada Umno.

"Bila habis pilihan raya, harga barang dinaikan sebab nak tolong tauke dia yang tolong dalam pilihan raya," tambahnya.

Sehubungan itu beliau mahu rakyat khususnya ahli PAS bekerja kuat untuk memastikan Pakatan Rakyat menggantikan Umno pada Pilihan Raya Umum nanti.

"Pertahankan Kedah ini, kalau Kedah kamu tak perkuat, nak pergi Pptrajaya macam mana.

"Jangan cakap sahaja nak putrajaya, kerja malas, daftar pengundi tak buat, ceramah datang berbatu-batu, tapi nama bila nak mengundi tak ade," tegasnya - HD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive