Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

14 February 2015

Anwar di penjara, ke mana PR dan BN?


  • Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIBAnwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 1 / 1 
BELUM pun sempat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim memanaskan ranjangnya di Penjara Sungai Buloh, isu siapa akan mengetuai Pakatan Rakyat sudah menjadi tajuk berita.

Dalam sidang akhbar selepas keputusan Mahkamah Persetujuan 10 Februari, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), (Datin Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilaporkan berkata belum ada kepastian yang Mohamed Azmin Mohd Ali akan diangkat menjadi Ketua Pembangkang menggantikan Anwar kerana keputusan belum dibuat.

Katanya, mesyuarat PR akan diadakan dalam masa terdekat bagi memutuskan pemimpin yang layak memegang jawatan tersebut.

"Mana dengar berita itu? Kita tak putuskan apa-apa lagi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik PKR.

Tidak dinafikan yang isu pengganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang Parlimen sangat penting kalau PR berhasrat menggunakan pemenjaraan Anwar sebagai pemangkin baru kawat cepat mereka ke Putrajaya.

06 October 2014

Turunkan BN untuk turunkan harga minyak

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ketika dunia sedang mengalami kemerosotan harga minyak, satu-satunya negara yang tetap menjual minyak pada harga yang tinggi ialah Malaysia.

Bendahari PAS Perak, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, tidak cukup dengan itu, kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib tanpa segan silu menaikkan harga minyak sebagai 'hadiah' istimewa kepada rakyat selepas mereka memenangi PRK Pengkalan Kubor.

"Ini adalah satu berita yang sangat menyedihkan bagi rakyat Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, tambah menyedihkan rakyat, ketika perayaan hari raya korban ingin disambut meriah, dicemari pula dengan jawapan yang sungguh tidak bertanggungjawab oleh pimpinan kerajaan, termasuklah perdana menteri.

13 June 2014

Kesombongan BN Akan Menyebabkan Kekalahan, Kata Daim



Daim ZainuddinDaim ZainuddinBEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin (gambar) mengkritik sikap sombong Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 dan PRU13 pada 2013.
Daim berkata, masalah timbul apabila BN menang dengan majoriti besar pada 2004 dan mula lupa diri sehingga lupa janji manifesto mereka kepada rakyat.
"BN jadi angkuh, sombong, lupa diri dan lupa janji kepada rakyat tetapi rakyat tidak lupa.
"Itu sebabnya pada 2008 majoriti kurang dan 2013 lagi berkurangan.
"Dengarlah kehendak rakyat. Jangan ingat kerajaan tahu semuanya," katanya dalam laporan wawancara khas bersama akhbar Berita Harian, hari ini.

26 May 2014

Ini la kerja BN .... Janji nak bina Sekolah tahun 2012 BN tak tunai.. hari ini berjanji nak bina Universiti pula?


Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan.

Sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan.

Sebaliknya calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen.

23 May 2014

PRK Teluk Intan - Samseng Politik: Mengapa Dyana diserang sebegitu rupa?



_DSC0730

PRK Teluk Intan tidak akan memberi apa -apa kesan besar kepada UMNO dan Barisan Nasional. Sama ada ia kalah atau menang, ia bukan persoalan besar buat koalisi pentadbir negara.

Namun reaksi UMNO-BN dalam kempen ini agak luar biasa. Mereka seolah-olah tergamam dengan pencalonan DAP yang meletakkan seorang wanita muda yang mahu memperjuangkan nasib rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Jika mengikut logik politik, calon DAP yang baru berkecimpung dalam politik itu Dyana Sofya tentunya tak mampu menyaingi kehebatan calon BN yang diwakili Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

Namun cara serangan dan taktik kotor UMNO-BN menggambarkan mereka sedang berdepan dengan kemelut politik yang besar.

Mereka menghantar mat rempit untuk mengganggu lawatan Dyana ke pasar malam. Mereka menghantar jagoan kampung untuk menghalau rombongan kempen Dyana dari desa mereka.

Pimpinan UMNO pusat mengutuk Dyana dan memperlekehkan kemampuannya – kerana dia seorang wanita Melayu beragama Islam yang berani menjadi ahli parti pelbagai kaum DAP.

Di alam maya, walaupun sambutan positif terhadap Dyana amat memberangsangkan, masih ada bajingan siber yang mencipta Facebook palsu untuk memfitnah dan memburukkan calon DAP tersebut.

Bagi pimpinan UMNO khususnya, Dyana hanyalah budak baru belajar yang bertanding melawan tokoh besar BN. Jika begitu, mengapa begitu dahsyat sekali serangan terhadap anak jati Perak itu?

Apalah agaknya yang amat ditakuti oleh UMNO?

PRK Teluk Intan - "Mike Tyson" serang BN




Muhammad Muhd Taib
  (Ubah saiz teks)
GEORGE  TOWN: Pentas kempen Pakatan Rakyat bagaikan tersasar apabila kepemimpinan pembangkang menggunakannya untuk menyerang Barisan Nasional (BN) dan Umno yang pada realitinya tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor.

PRK yang akan berlangsung Ahad ini menyaksikan DAP bukan dicabar BN, sebaliknya Parti Cinta Malaysia serta dua calon Bebas.

Tambah menarik apabila ceramah pada malam Khamis itu dihangatkan lagi dengan kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang membuat penampilan istimewa ketika kempen berbaki dua hari lagi.

20 May 2014

PRK Teluk Intan : Raja Bomoh kata calon BN akan kalah teruk



Teluk Intan – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa ada pihak-pihak tertentu telah datang berjumpa dan memintanya agar membatalkan hasrat untuk bertanding di pilihanraya kecil Teluk Intan.

Menurutnya ia bertujuan bagi mengelakkan perpecahan undi di kalangan pengundi Melayu yang ingin akan menyokong calon DAP, Dyana Dyana Sofia Mohd Daud kerana faktor kaum dan agamanya.

“Benar,  Datuk pada mulanya memang berhasrat untuk bertanding di Teluk Intan (pilihanraya kecil), namun setelah memikirkan perkara ini semasak-masaknya, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan.

“Pertama, ada pihak yang datang berjumpa dengan Datuk pada malam sebelum penamaan undi, meminta agar hasrat itu tidak diteruskan bagi memberi peluang kepada anak muda Melayu dan Islam seperti Dyana.

17 May 2014

BN letak Presiden Gerakan lwn Dyana di PRK Teluk Intan

alt

KUALA LUMPUR 17 Mei - Barisan Nasional (BN) menamakan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan menentang Dyana Sofya dari DAP.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

09 May 2014

Siapa berkuasa, Najib atau Ibrahim Ali?

Siapakah yang sedang mentadbir Putrajaya, Perkasa atau Barisan Nasional (BN)? soal DAP berikutan keputusan perdana menteri mengekalkan ruangan "kaum" dalam borang rasmi kerajaan, bercanggah pengumuman awal seorang menteri yang memaklumkan ia akan dibuang secara berperingkat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan sama ada Datuk Seri Najib Razak atau Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali bertanggungjawab bagi kerajaan persekutuan.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata Putrajaya memutuskan untuk menghapuskan ruangan "bangsa" secara berperingkat.
Bagaimanapun, Ibrahim mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang jika Putrajaya menggugurkan ruangan "bangsa" daripada borang rasmi kerajaan, mendakwa ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Hari ini, Najib mengumumkan tidak ada rancangan untuk menggugurkan ruangan "kaum" itu.
"Kenyataan itu adalah tidak tepat. Kami ada berbincang mengenainya dalam Kabinet tetapi keputusan kami adalah untuk mengekalkannya," kata perdana menteri.
Najib dilaporkan berkata ruang "kaum" diperlukan untuk memastikan "setiap masyarakat diberi pertimbangan adil" dan tidak ketinggalan daripada dasar-dasar kerajaan.
Lim berkata pengumuman Najib mengenai subjek yang tidak mempunyai nilai menimbulkan persoalan sama ada BN atau Perkasa menguasai Putrajaya.
"Joseph Entulu bermaksud baik dengan pengumumannya semalam memandangkan ruangan 'kaum' tidak memberi nilai tambah dalam borang seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia," kata Lim.

27 December 2013

Selepas mungkir janji, BN takut "digulingkan"

KOMENTAR BERITA OLEH AMIN ISKANDAR
DECEMBER 27, 2013
Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.Tahun 2014 sudah pastinya bukan berita gembira bagi majoriti rakyat Malaysia berpendapatan rendah kerana kenaikan kos sara hidup yang bakal mereka hadapi.
Semasa berkempen menjelang Pilihan Raya 2013 lalu, Barisan Nasional melalui “Manifesto: Menepati Janji, Membawa Harapan” memberikan pelbagai janji indah seperti mengurangkan kos sara hidup.
Di antaranya adalah penurunan harga kereta secara berperingkat, menyediakan sejuta rumah mampu milik, pendidikan lebih baik, pembangunan luar bandar secara agresif dan keselamatan awam.

25 December 2013

BN hilang sokongan: Pandangan Pengerusi PAC - Kajian UMCEDEL selari - Saifuddin

BN hilang sokongan: Pandangan Pengerusi PAC - Kajian UMCEDEL selari - Saifuddin
Keputusan hasil kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) membuktikan bahawa pendapat Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah berasas, kata bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah.
Saifuddin yang ditemui ketika pengumuman hasil kaji selidik UMCEDEL di Universiti Malaya hari ini berkata, jangkaan Nur Jazlan bahawa Barisan Nasional (BN) akan mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang  berikutan kenaikan harga barang dan kos kehidupan selari dengan dapatan UMCEDEL bahawa peningkatan kos berkenaan akan menjadi penentu kelangsungan BN.

23 December 2013

Nur Jazlan jangka BN akan kalah lebih teruk ... {ramai yg mendoakan sebegitu}


11:15AM Dis 23 2013
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed menjangkakan BN akan mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Laporan Sinar Harian hari ini memetik kenyataan MP Pulai itu yang berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan kos berkenaan.

“Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. (Dalam) PRU13 kita sudah kalah di bandar dan PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar),” katanya.

05 November 2013

PRK Sg Limau : BN belanja RM15 juta untuk dapat lebih 465 undi - bawa artis gred B - gula sekilo RM1 bukan hari-hari


 
ANALISIS Pada masa ini, BN mungkin boleh berpuas hati dengan kemampuan mereka mengurangkan hampir separuh majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

PAS semalam menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding 2,774 majoriti undi pada pilihan raya umum dalam bulan Mei yang lalu.

Sungai Limau yang mempunyai 19 daerah mengundi, menyaksikan PAS kehilangan empat daerah mengundi kepada BN - Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka dan Padang Lumat.

Ironinya juga, PAS kini menguasai Sungai Limau dengan hanya menang di sembilan daerah mengundi berbanding BN yang menang di sepuluh daerah mengundi.

Bagaimana pun, analisis menunjukkan BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.

Menurut PAS, BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.

Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.

Selebriti 'gred B' 

Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.

Malangnya, hasil daripada perbelanjaan ini hanya berjaya diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 465 undi buat BN- daripada 10,520 undi pada 5 Mei lalu kepada 10,985 undi semalam - jumlah yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan usaha serta wang yang disalurkan kepada pemilih di kawasan itu.

Dan jika jumlah RM15.5 juta itu dibahagikan dengan tambahan 465 tersebut, BN sebenarnya membelanjakan RM32,258 untuk setiap tambahan undi.

Tambahan 465 undi itu juga sebenarnya hanya satu pertiga daripada jumlah majoriti PAS yang berjaya dikurangkan BN iaitu sebanyak 1,690 undi.

Jadi di mana silapnya BN sehingga mereka masih gagal menawan Sungai Limau walaupun mengerahkan banyak jentera kerajaan untuk membantu kempen?

Sama ada BN sedar atau tidak, kempen yang berorientasikan pembangunan dan kemakmuran hidup tidak cukup untuk memujuk emosi majoriti pemilih di kawasan kubu kuat PAS itu.

Pemilih Sungai Limau tahu jualan murah gula dan tepung pada harga RM1 sekilo, dan jualan 5 kilogram beras pada harga RM5 sewaktu Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia sehari sebelum hari mengundi tidak akan berlaku setiap hari walaupun BN menang.

Mereka juga tahu bahawa persembahan barisan selebriti 'gred B' seperti Lan Pet Pet, Zehra Zamri, dan Achong Sweet Child sewaktu Himpunan Berani Hijrah Orang Muda Sungai Limau dua hari sebelum hari mengundi, sekadar hiburan picisan melepaskan batuk di tangga bagi memikat pengundi.
Godaan tawaran keduniaan

Buktinya, golongan muda yang menjadi sasaran program ini tidak juga memberikan kemenangan buat BN.

BN hanya berjaya diterima pemilih muda di kawasan kubu kuat mereka di Dulang Besar dan Dulang Kechil.

PAS, pada masa yang sama walaupun dilabel sebagai konservatif dan kurang memberikan tumpuan kepada pembangunan fizikal, berjaya menarik pengundi muda di banyak pusat mengundi, terutamanya di kubu kuat mereka di Bukit Besar dan Bukit Choras.

Dalam pilihan raya semalam juga, hanya 85.5 peratus (23,249) daripada keseluruhan pemilihan keluar membuang undi.

Soalnya, bagaimanakah 3,973 pengundi itu akan mengundi jika mereka membuang undi semalam?

Menjawab soalan ini, PAS mendakwa sekurang-kurangnya 3,666 orang penyokong mereka tidak mengundi semalam kerana ia jatuh pada hari Isnin yang merupakan hari bekerja.

Namun, BN juga merungut yang pemilihan hari mengundi ini turut mempengaruhi sokongan terhadap mereka dan bukan sahaja PAS.

Buat PAS, walaupun menang, hari-hari mendatang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bermuhasabah bagi mencari diri dan mengukuhkan semula pengaruh mereka selepas 'bertahan' habis-habisan dalam pilihan raya kecil ini.

Buat BN pula, pengaruh wang dan janji-janji pembangunan bukanlah strategi yang ampuh untuk menawan kubu kuat PAS yang selalunya tidak tergoda dengan tawaran keduniaan sedemikian.

31 October 2013

PRK Sg Limau : BN punya 2 calon?



PAS dakwa BN langgar peraturan pilihan raya, guna poster Mukhriz untuk berkempen
 

PAS hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) melanggar peraturan pilihan raya dalam kempen mereka di Sungai Limau apabila menggunakan bahan poster selain calon yang bertanding. 
Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar (gambar) membidas jentera BN yang terdesak sehingga terpaksa memasang poster Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir sebagai gambaran seorang calon pada pilihan raya kecil kali ini.

"Adakah BN menghantar dua orang calon sebab saya tengok ada dua poster calon N20, Dr Sohaimi dan Datuk Mukhriz.

"Kain rentang dan poster yang diletak menunjukkan bahawa seolah-olah adalah Mukhriz," kata Naib Presiden PAS itu yang mempersoalkan corak berkempen sedemikian oleh pemimpin BN.

Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut menuduh BN cuba mengelirukan pengundi Sungai Limau apabila meletakkan poster sedemikian.

"Saya tak tahu jika ia bertujuan untuk mengelirukan pengundi.

"Jadi, mereka gunakan populariti Mukhriz," katanya.

Mahfuz kemudiaan mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut, sama ada ia melanggar Akta Peraturan Pilihan Raya ataupun tidak.

"Saya minta SPR berikan penjelasan.

"SPR harus tampil beri kenyataan, salah ataupun tidak," tegas beliau lagi.

PRK Dun Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan serius.

Azizan menyandang kerusi DUN itu selama lima penggal dan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, beliau mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd Ali daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti sebanyak 2,774 undi. -TMI

06 May 2013

PRU 13 ; BN menang dalam kekalahan


6 MEI — Keputusan pilihanraya kali ini menjadikan keadaan serba tidak kena kepada kedua-dua belah pihak, BN dan Pakatan Rakyat. BN memenanginya sekali lagi tetapi hanya kemenangan yang kecil, lebih kecil dari kemenangannya pada PRU 2008. Pakatan Rakyat pula walaupun kalah telah menambah kemenangannya dari 82 kerusi dalam PRU yang lalu sekarang mendapat 89 kerusi yang di menanginya.
Pendeknya BN telah memenangi PRU ini dalam kekalahan dan Pakatan Rakyat telah kalah dalam kemenangan. Keadaan “stand off” ini adalah satu situasi yang amat merbahaya bagi BN dan tidak akan dapat membentuk kerajaan yang benar-benar stabil dan kuat jika tidak ada usaha dan pengorbanan mana-mana pihak untuk mendapat sebuah kerajaan yang kuat bagi kepentingan masa depan negara dan rakyat.
Sejak akhir-akhir ini saya telah mengingatkan pihak Pakatan Rakyat agar tidak menunjukkan keghairahan yang keterlaluan. Saya telah berkata acapkali, supaya tidak mencurahkan air dalam tempayan semata-mata kerana mendengar guruh dilangit. Tetapi ramai yag membidas saya kerana emosi yang keterlaluan. Tetapi apa yang saya jangkakan mungkin berlaku itu telah pun berlaku dan kekalahan PR terutamanya PKR yang menonjol keterlaluan itu sekarang ternyata benar dan tiada yang lain selain dari kebenaran.
Saya memangnya merasakan perkara yang kita telah lihat sekarang ini akan berlaku. DAP dan PKR telah melakukan kesilapan besar kerana mereka meletakkan diri mereka sebagai pihak yang sudah pasti menang. Tidak adalah lagi perasaan sebagai “underdog” dalam DAP dan PKR. Bagi mereka kemenangan itu hanya untuk menunggu “formality” untuk diumumkan sahaja.
Lain-lain perkataan kedua-dua parti itu telah “berlunjur sebelum duduk” dan berlagak seperti pihak yang sudah pasti mendapat kemenangan. Jika saya selalu menuduh BN sebagai parti yang kufur diatas kenikmatan, keadaan ini juga wujud dalam DAP dan Pakatan Rakyat kerana mereka hanya menunggu waktu untuk menjadi seperti BN dan Umno jika mendapat kemenangan.
Pakatan terutamanya PKR telah berebut-rebut kerusi kerana mendengar guruh dilangit tadi. Ada pimpinan PKR telah berkonspirasi untuk menolak sesiapa yang mereka anggap akan memberikan saingan dalam PR jika menang dalam pilihanraya dan ini terjadi di NS negeri tempat saya mengundi. Akhirnya yang “dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran”. Ketamakan pada kuasa yang belum pun diperolehi itu disaksikan rakyat. Orang ramai memerhatikan tingkah dan laku mereka.
Sebenarnya kekalahan tipis PR itu adalah “unnecessary”. Tetapi PR sendiri yang terlalu meminta-minta keadaan ini untuk berlaku. Laungan pihak PR untuk menjadikan Anwar sebagai PM itu juga merupakan faktor besar penilaian pengundi-pengundi berbilang kaum di negara ini. Tidak kurang yang mahukan perubahan ini tetapi mempunyai “apprehension” apabila Anwar dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri.
Walaupun undang-undang berpihak kepada Anwar tetapi ramai yang merasakan yang Anwar masih tidak boleh terlepas dari isu moral yang sedang beliau hadapi itu. Pandangan yang benar akan mendapat tentangan tetapi sudah menjadi hakikat yang kebenaran itu amat susah untuk di terima oleh setengah pihak.
Satu lagi perkara yang mesti kita ingat dari sekarang, kekuatan “incumbency” BN itu bukannya mudah untuk di pecahkan.
Itu sebab saya mengatakan acapkali pihak yang melakukan kesilapan itu akan menghadapi ketewasan yang “unnecessary” dan itu telah pun berlaku semalam. Diharap kepada siapa yang terlalu garang itu, cuba-cubalah turunkan sifat ketakburan itu. Perubahan yang di sasarkan dari awal itu telah menyimpang kepada matlamat kepentingan peribadi dan menjadi penyumbang kepada kekalahan PR yang saya sebut sebagai kekalahan yang “unnecessary” itu.
Belajarlah yang kuasa yang “ultimate” itu adalah dari Tuhan Semesta Alam. Dia jugalah yang memberikan ketentuan yang sebenarnya. — aspanaliasnet.blogspot.com

22 April 2013

PAS dedah Calon BN disiasat SPRM


Muhammad Faeez Azahar,22 Apr 2013
(Raja Iskandar mendedahkan keratan akhbar yang mendedahkan siasatan SPRM ke atas calon BN)


IPOH: PAS Perak hari ini mendedahkan seorang calon Umno-BN yang sedang  disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, individu tersebut adalah bekas Exco Kerajaan Negeri Perak yang dicalonkan sekali lagi.

Menurutnya, calon berkenaan disiasat atas berhubung isu billboard elektronik beberapa bulan lalu.

“Sebelum ini PAS Perak sudah mendedahkan beberapa kali tentang ada dari kalangan exco kerajaan negeri yang disiasat oleh SPRM dan hari ini kami mendedahkan individu tersebut,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.

19 April 2013

BN memang jahat. Tidak patut lagi dipilih oleh seluruh rakyat Malaysia


19 April 2013

BARISAN Nasional (BN) dan UMNO memang jahat, zalim dan tidak patut lagi rakyat negara ini membenarkan parti yang tidak berhati perut itu terus memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
UMNO/BN sanggup melakukan apa saja, termasuk ‘membunuh’, ‘menipu’, ‘mengugut’ asalkan mereka dapat terus berkuasa, memerintah negara dan terus melakukan penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.
Betul juga dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka yang mengundi UMNO/BN adalah haram dan tidak mendapat pahala kerana parti melakukan pengkhianat serta menghalalkan perkara ‘haram’ asalkan hasratnya berjaya.

17 April 2013

PRU 13 : Lingkup dah BN di Sabah . Pairin umum calon sendiri, BUKAN yang diluluskan Najib

KOTA KINABALU: Within a day of the Barisan Nasional coalition members announcing their pick for the May 5 general election, questions are being raised about whether they were reading from BN  chairman Najib Tun Razak’s script.
It does not appear so and cracks are beginning to appear in the alliance three days before nomination on April 20..
The Parti Bersatu Sabah (PBS) candidates announced by its president Joseph Pairin Kitingan yesterday was not the list finalised and approved by Najib and has caused some confusion in the party.
A party’s leader told FMT that the list of candidates given by Najib to all BN component party leaders in Kuala Lumpur on Monday was different from the list read out by Pairin in Donggongon yesterday.

11 April 2013

Anuar Musa Digugur, Ibrahim Ali Calon BN?



Oleh WTKO


Berita Muktahir daripada Bilik Gerakan Negeri Kelantan, Anuar Musa digugurkan daripada menjadi calon BN bagi pilihan raya umum ke-13 nanti. Bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan tersebut, tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi, sama ada DUN atau parlimen.

Anuar Musa banyak menghabiskan masa untuk kejayaan pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors disamping menaikan dirinya dalam politik melalui gerak kerja bola sepak. Pernah mengaku bahawa ada 200,000 penyokong bola sepak dibelakang dia.

Dalam banyak kes yang dimaklumkan bahawa Anuar telah ditempelak oleh Najib dalam beberapa perjumpaan tertutup.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive