Showing posts with label himpunan 31 Dec. Show all posts
Showing posts with label himpunan 31 Dec. Show all posts

02 January 2014

Bila mufti tiada ijazah panggil orang lain BUGHAH


Jangan terkejut tindakan Harussani yang terbaru melabelkan peserta2 TURUN sebagai bughah dan halal darah dibunuh.

Sebelum ini Harussani yang sama telah menyeleweng agama Islam untuk menyokong pembunuhan beramai-ramai di Memali (baca di sini). Dia adalah manusia yang menyokong pembunuhan beramai2 Memali dengan menyeleweng agama. 


Jadi, apa nak heran Harussani yang sama menyalahguna agama Islam untuk menyokong UMNO.

Lupakah kita bagaimana Harussani memain peranan menjayakan penipuan UMNO kononnya orang Kristian sedang memurtadkan orang Islam sehingga penipuan itu turut sama dijayakan oleh Dr HAsan Ali serta Kamarulzaman Muhammad (YDP PAS Putraya)

Najwa Latif nafi burukkan peserta himpunan TURUN

  • Najwa LatifNajwa Latif
 1 / 1 
‘ITU tidak benar. Saya tidak ‘tweet’ sebegitu’. Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’,  Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam.

Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.

Mesej bergambar itu dikatakan menjadi “viral” di laman sosial dan mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan seorang isteri pemimpin tertinggi negara.

01 January 2014

TURUN: Kerajaan BN Tidak Pun Terguling, Tiada Bom Yang Meletup, Tiada Bunga Api...!!

Oleh Abdul Rahman Hashim



Heboh di dalam media arus perdana kita mengorkestrakan Perhimpunan TURUN31 Disember 2013 adalah Perhimpunan GULING kerajaan. Pada saya perhimpunan yang digerakkan oleh beberapa NGO ini berjaya dari segi menghimpunkan puluhan ribu orang yang datang atas kesedaran untuk menyatakan kepada kerajaan betapa rimas dan resahnya rakyat akar umbi dengan kenaikan harga barang, kenaikan kadar TOL, kenaikan tarif elektrik, kenaikan harga petrol, pengurangan subsidi gula dan bermacam-macam lagi yang membabitkan kesengsaraan rakyat menjelang tahun 2014 


Di sebalik kejayaan itu, kegagalan yang ketara pula dilihat ialah pihak penganjur gagal mencetuskan huru hara, tiada letupan bom selain percikan bunga api oleh penganjur Ambang Tahun Baru 2014@DBKL. Kegagalan menghuru harakan Dataran Merdeka mungkin mengecewakan juga Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3 dan pihak media yang sekutu dengannya, kerana begitu lama mereka cuba memutar belitkan matlamat perhimpunan ini diadakan kononnya di situ akan berlaku insiden kerajaan akan DIGULINGKAN oleh pencetus demonstran termasuk mendakyahkan kononnya akan ada letupan bom.

Himpunan TURUN berjaya, bersama 50 ribu peserta - Azan

OLEH DIYANA IBRAHIM
JANUARY 01, 2014 r
Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Mohamad Azan Safar (gambar) menyifatkan perhimpunan yang berlangsung dengan aman malam semalam berjaya dan mendakwa disertai 50,000 peserta  menolak tuduhan bahawa Turun merupakan himpunan untuk mengulingkan kerajaan.
"Himpunan ini juga diakhiri dengan lagu Negaraku sebaik saja menjelang tahun 2014 sebagai simbolik bahawa rakyat Malaysia benar-benar cintakan negara, sekali gus menafikan himpunan ini adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Malah, Azan yang sebelum ini pernah ditahan polis gara-gara penglibatanya dengan Turun turut memuji kerjasama baik yang diberikan pihak berkuasa dalam memastikan perhimpunan dijalankan dengan aman.
Tambahnya, kejayaan himpunan Turun merupakan kemenangan tersendiri sebagai pemulaan kepada perjuangan tahun 2014 yang lebih mencabar.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan DBKL yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam memastikan himpunan malam tadi berlangsung dengan aman.
"Dan tahniah kepada rakyat yang berjaya menganjurkan himpunan buat rakyat pada malam tadi," katanya.

29 December 2013

Rafizi pula nak saman polis

Oleh: Norhayati Umor


KUALA LUMPUR 29 DIS : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengambil tindakan undang-undang ekoran tuduhan mengaitkan beliau dengan perancangan letupan bom pada malam 31 Disember ini.

Beliau turut kesal dengan tindakan polis yang memanggil beliau untuk diberi keterangan sedangkan perkara itu jelas disebarkan oleh blogger Barisan Nasional (BN).

Rafizi SAMRafizi menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak adil kerana tidak memanggil pihak yang bertanggungjawab dalam sebaran berita terbabit.

“Tuduhan itu jelas rekaan dari blogger Umno, saya sangat kesal dengan pihak polis yang berat sebelah memanggil saya untuk memberi keterangan.

“Sedangkan yang sepatutnya dipanggil atau memberi keterangan dan disiasat ialah blogger Umno kerana mereka bertindak menjejaskan ketenteraman awam dengan menyebarkan berita palsu,” katanya kepada Selangor Kini ketika ditemui di Program Advokasi Anti Pemerdangangan Manusia, di Pangsapuri Intan, di sini.

Rafizi turut mempersoalkan tindakan polis yang sebelum ini tidak pernah menyoal siasat blogger Umno walaupun pelbagai fitnah dilemparkan berunsurkan jenayah.

“Kalau perkara itu orang biasa, sudah lama polis letak mereka dalam penjara.

28 December 2013

Perhimpunan 3112 : Penganjur bawa senjata termasuk bom tangan ooi, hangpa jaga2 ... depa nak gulin Najib ... hehehe aku gelak gulin-gulin

Kalau mengikut risikan polis himpunan  haram yang dirancang oleh kumpulan yang dipercayai pro pembangkang di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru boleh mencetuskan insiden buruk yang gugat keamanan negara.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan.

Empat kumpulan yang dikenalpasti akan terlibat dalam himpunan itu ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).


Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Sabtu beliau memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka Selasa ini.

Katanya pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012. 

Amar Singh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong perhimpunan sedemikian kerana ia menyalahi undang-undang negara.

Katanya setakat hari ini, pihak polis telah menerima 588 laporan di seluruh negara dari pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan berkenaan.-28/12/2013 - Agenda Daily

27 December 2013

Guling kerajaan 31 Disember, propaganda Umno tak masuk akal

(Basyar Abkadir)
Shamsul_AMKKUALA LUMPUR 27 DIS: Dakwaan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini adalah propaganda murahan Umno yang tak masuk akal dan cuba menakut-nakutkan rakyat.
Ahli parlimen KEADILAN Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tujuan sebenar perhimpunan tersebut adalah untuk menunjukkan kemarahan rakyat terhadap pelbagai kenaikan harga barang yang menyebabkan kos sara hidup rakyat semakin tinggi.
“Rakyat sekarang ditakut-takutkan dengan isu ‘gulingkan kerajaan’ dan sebagainya. Kerajaan cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.

Selepas mungkir janji, BN takut "digulingkan"

KOMENTAR BERITA OLEH AMIN ISKANDAR
DECEMBER 27, 2013
Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.Tahun 2014 sudah pastinya bukan berita gembira bagi majoriti rakyat Malaysia berpendapatan rendah kerana kenaikan kos sara hidup yang bakal mereka hadapi.
Semasa berkempen menjelang Pilihan Raya 2013 lalu, Barisan Nasional melalui “Manifesto: Menepati Janji, Membawa Harapan” memberikan pelbagai janji indah seperti mengurangkan kos sara hidup.
Di antaranya adalah penurunan harga kereta secara berperingkat, menyediakan sejuta rumah mampu milik, pendidikan lebih baik, pembangunan luar bandar secara agresif dan keselamatan awam.

18 December 2013

[Video] TV3suku kata perhimpunan 31 Dec di Dataran Merdeka untuk guling kerajaan?






SHAH ALAM - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menganjurkan Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka, hujung bulan ini menafikan penglibatan mereka dalam satu penganjuran himpunan di lokasi sama yang bertujuan mengguling kerajaan.

Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan berkata, tidak dinafikan ada pihak atau individu tertentu yang bertindak agresif cuba untuk menganjur perhimpunan di lokasi sama dengan harapan menggulingkan kerajaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive