20 May 2014

PRK Teluk Intan : Raja Bomoh kata calon BN akan kalah teruk



Teluk Intan – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa ada pihak-pihak tertentu telah datang berjumpa dan memintanya agar membatalkan hasrat untuk bertanding di pilihanraya kecil Teluk Intan.

Menurutnya ia bertujuan bagi mengelakkan perpecahan undi di kalangan pengundi Melayu yang ingin akan menyokong calon DAP, Dyana Dyana Sofia Mohd Daud kerana faktor kaum dan agamanya.

“Benar,  Datuk pada mulanya memang berhasrat untuk bertanding di Teluk Intan (pilihanraya kecil), namun setelah memikirkan perkara ini semasak-masaknya, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan.

“Pertama, ada pihak yang datang berjumpa dengan Datuk pada malam sebelum penamaan undi, meminta agar hasrat itu tidak diteruskan bagi memberi peluang kepada anak muda Melayu dan Islam seperti Dyana.



“Kedua, setelah berbincang dengan keluarga mereka juga tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, kerana merasakan dunia politik terlalu kotor dan bimbang akan merosakkan imej Datuk.

“Dan faktor yag ketiga, Datuk mendapat alamat calon BN akan kalah teruk dan bimbang alasan itu digunakan untuk menyalahkan Datuk” katanya kepada wartawan Suara.TV petang tadi.

Ibrahim turut menegaskan, namun faktor utama beliau menarik diri kerana ingin memberikan tumpuan untuk merungkai msteri kehilangan pesawat MH370.

Pengamal perubatan tradisional itu sebelum ini mencuri perhatian segelintir masyarakat apabila menyatakan hasrat untuk bertanding di Teluk Intan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa,410 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir luar negara layak mengundi pada PRK itu.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah Leong Peng memperoleh 27,399 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong (20,086 undi) dan calon bebas Moralingam Kannan (279 undi) dengan majoriti 7,313 undi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive