26 May 2014

Ini la kerja BN .... Janji nak bina Sekolah tahun 2012 BN tak tunai.. hari ini berjanji nak bina Universiti pula?


Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan.

Sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan.

Sebaliknya calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Janji beliau menimbulkan persoalan terhadap janji-janji BN yang jarang ditunaikan. Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DAP

Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berkata, projek Sekolah Menengah Kampung Bahagia sehingga kini menjadi tanya walaupun peruntukan telah diberi pada tahun 2012.
“Baru-baru ini BN telah melancarkan sebuah lebuhraya dengan kos RM5 bilion dan berjanji untuk menaik taraf kemudahan jalur lebar jika mereka menang.

“Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan projek sekolah di Kampung Bahagia?

“Peruntukan telah diberikan sebanyak RM27 juta pada tahun 2012. Sehingga kini papan tanda pun tidak ada,” katanya dalam sidang media di Restoran Sin Loke Thian.

Menurut Dyana, pada 2013, mendiang Seah Leong Peng telah membangkitkannya di Parlimen.

Katanya, pihak kerajaan berjanji akan menyiapkannya tahun ini. “Kita mahu tanya, bila nak buat yang ni dulu?

“Sibuk umum pelbagai projek, tapi yang lain terbengkalai,” tegas beliau.

Pada 11 Februari 2012 Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan RM27 juta untuk pembinaan sekolah itu termasuk pelbagai projek naik taraf di daerah Hilir Perak. -Roketkini.com

1 comment:

Anonymous said...

Tiap-tiap kali PRU dan PRK akan muncullah projek2 Janji Dicapati BN. Projek hospital baru di Parit Buntar pun macam tu juga. Bodoh je sapa yang percaya Janji UMNO BN. Sampai habis beberapa penggal wakil rakyat PR(itupun kalau kawasan tu diwakili PR) memperjuangkannya di parlimen macam Hospital Shah Alam..barulah projek ada gerak sikit. Sebenarnya UMNO BN tak jujur nak tolong rakyat.Mereka jujur nak undi rakyat je.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive