Demo di HQ DAP: Polis tahan enam pemimpin UMNO
Polis menahan enam Pemuda UMNO termasuk Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii petang Isnin.
Difahamkan, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
Turut ditahan Ketua UMNO Bandar Tun Razak datuk Rizalman Mokhtar.
Penahanan Razlan dipercayai ada kaitan dengan demonstrasi di depan Ibu Pejabat DAP Jalan Pudu pada Khamis.
Dalam demonstrasi itu, Razlan bersama-sama lebih 200 Pemuda UMNO telah menghantar memorendum bantahan terhadap ADUN DAP Pulau Pinang RNS Rayer yang menghina UMNO.
DAP pada Jumaat membuat laporan polis terhadap demontsrasi tersebut.
Laporan polis tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.-26/5/2014
1 comment:
Atas arahan mangkuk hayun peminpin umno celaka haramjadah, maka akan terlepaslah mangkuk2 hayun yg ditahan ni!!
Post a Comment