26 August 2014

Kalut dalam Pakatan selepas berita Hadi tawar Azmin sertai PAS

Berikutan laporan berita yang disiarkan oleh portal pro pembangkang The Malaysian Insider (TMI) hari ini yang mendakwa ada usaha untuk menarik Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyertai PAS.
Keadaan dalam rumah Pakatan rakyat berceramuk sana-sini.
Pejabat Azmin menafikan laporakn tersebut, manakala Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri menyifatkan laporan itu bertujuan jahat.
Menurut beliau, berita yang dipaparkan oleh TMI pada, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama UMNO, dakwa AJK Pas Pusat” bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.
Katanya, beliau yang juga turut hadir semasa Azmin mengunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Beliau ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin kepada Hadi yang mencalonkan nama beliau (Azmin) sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
"Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang didakwa.
"Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka," tegasnya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Malaysiakini yang melaporkan pegawai di Pejabat Azmin mendakwa berita yang disiarkan TMI itu tidak betul.
"Kami boleh sahkan berita itu tidak benar..."kata pegawai Azmin tersebut.
Dalam pada itu, AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen PAS Temerloh, dalam satu posting di facebooknya mencadangkan Mesyuarat Bulanan PAS Pusat selepas ini diadakan di tengah - tengah Padang Dataran Merdeka.
Ini dipercayai reaksi sinis selepas beberapa kebocoran maklumat dalam mesyuarat PAS kepada media akhir-akhir ini.
"Jemput semua media cetak, elektronik dan media baru ( jangan hanya TMI ) buat liputan secara langsung mesyuarat tersebut kerana selepas ini tiada lagi privasi.
"Justeru itu tidak perlu mana - mana individu bersusah payah untuk feed maklumat keluar dan tidaklah kita tertanya - tanya siapa yang membawa keluar maklumat," ujar beliau.
TMI dalam laporannya mendakwa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan Abdul Hadi yang beliau menawarkan Azmin menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.
Laporan memetik sumber AJK PAS Pusat itu memberitahu, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.
Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.
Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.
Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.
"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.
AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan UMNO.
"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," katanya
Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.-26/8/2014

2 comments:

bat8 said...

Tuan,

Kalau MI buat fitnah, TGHH patut mengemukakan saman. Beranikah TGHH menyaman MI?

Harapan saya perpatah ini tidak benar dalam kes TGHH. Once you lie, you have to keep creating new lie to cover the previous lie until u collapsed.

XUMNO said...

Pihak Pas dah nafi dan pihak Azmin pun dah nafi. Jadi tak ada isu. Saman boleh dilakukan kemudian terhadap MI dan blogger2 yang terlibat menyebarkannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive