26 November 2014

Subky: Selagi tiada ahli cabar, kedudukan Hadi tak tergugat

pada 26-11-2014 09:11 Ditulis Oleh Syed Muaz Syed Putra
Post Pic
KUALA LUMPUR: Kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden PAS boleh tergugat sekiranya ada ahli parti menawarkan diri sebagai calon pada pemilihan pucuk pimpinan tahun depan.
Menurut bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Subky Abdul Latif, selagi perkara itu tidak berlaku pimpinan serta ahli wajar menghentikan polemik itu.
Selain itu, beliau menambah perubahan jawatan nombor satu PAS boleh berlaku sekiranya Abdul Hadi yang menyandang kerusi itu sejak 2002 bertindak berundur secara sukarela.
"Bagi saya tak berbangkitlah selagi tiada pemimpin dan ahli PAS menamakan diri jadi calon, tiada apa-apalah.
"Lainlah kalau ustaz Hadi meninggal dunia atau dipecat daripada menjadi ahli, kemudian selepas itu adalah penggantinya," katanya kepada Antarapos.
Veteran PAS ini berkata demikian ketika mengulas khabar angin mendakwa Abdul Hadi sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan parti dalam Pakatan, selain masalah kesihatan yang tidak melayakkannya untuk terus memimpin parti itu.
Difahamkan, jika Abdul Hadi bersetuju (berundur), parti  itu boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin Presiden PAS itu.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menerajui PAS pada 2002 menggantikan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor selepas 41 tahun (1964) melibatkan diri dalam arena politik.
Pemimpin PAS perlu diam, fokus kuatkan Pakatan
Kata Subky, mana-mana pihak bebas memberi pandangan tetapi menegaskan ia bukannya hak mereka untuk menentukan kedudukan Abdul
"Jadi setakat ini ahli PAS tidak buat apa-apa, yang bisingnya orang luar.
"Macam (Allahyarham) Datuk Mohd Asri (Muda) dululah macam-macam orang kata. Setiap pemimpin PAS itu ada orang luar kata tapi PAS tak buat apa-apa," katanya.
Bekas penulis ini juga berkata bahawa beliau pernah meminta Abdul Hadi memberitahu kepada pimpinan serta ahli agar tidak melayan dakwaan-dakwaan tidak berasas.
"Saya pesan pada pemimpin PAS beritahu pimpinan dan juga ahli semua diam dan bekerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
"Jadi apa orang katakan itu diamkan sahaja," katanya.
Untuk rekod, pada pemilihan PAS 2013, Abdul Hadi, 67, mengekalkan jawatannya sebagai Presiden PAS apabila menang tanpa bertanding.
Kemenangan itu membolehkan beliau memegang tampuk kepimpinan parti sebagai presiden buat kali keenam berturut-turut sejak 2002, selepas kematian Fadzil.

2 comments:

Anonymous said...

Ana rasa tak payah lah nak tunggu cabar mencabar kedudukan kerusi presiden tu. Bukannya tak nampak...
penyokong dari dlm PAS dan dan di luar PAS dah nampak kemerosotan dan kelemahan dan kegagalan TGHH dlm mengemudi parti. Bukan sahaja dlm PAS tetapi dlm PAKAtan itu sendiri.
Pemikiran TGHH yg agak ketinggalan.
so. Ana rasa patut TGHH berundur dgn cara yg baik.

Anonymous said...

Bukan tidak ada yang berani untuk menjadi calun Presiden tetapi apakah diri sendiri yang patut mencalunkan untk bertanding Presiden ,malulah kalau tidak ada sokongan,Pas perlu melihat luar dan dalam dalam apa juga perkembangan tentang sokongan rakyat,Banyak yang di perkatakan oleh orang luar tentang Hadi,dari segai istiqamah belaiu dengan kawan,ucapan bahasa yang kurang sesuai,kelmahan dalam mempertingkat hubungan ukhwah sesama kawan .Saudara Subky sepatutnya sedar bagaiman lemahnya sokongan dari pengikut bawahan ,apakah saudara tidak sedar bahawa akhbar Harakah yang pada satu masa dulu menjadi kekutan pada Pas,tetapi kini berlambak2 tidak dibeli,itu satu bukti bahawa Pas sudah lemah.Muhasabah diri menjadi belaiu Hj hadi akan di kagumi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive